rancangan pengajaran harian
DESCRIPTION
rphTRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran : MatematikKelas : 5 DahliaBilangan Murid : 30 OrangTarikh : 08 April 2014Masa : 7.45pagi 8.45pagiTopik : PerpuluhanSubtopik : PenolakanObjektif : Murid diajar untuk membuat penolakan perpuluhan tanpa pengumpulan semula.Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran murid haruslah boleh :i) Menyusun semula penolakan perpuluhan dalam bentuk lazim dengan betul sewaktu membuat aktiviti dengan bimbingan guru.ii) Membuat penolakan perpuluhan tanpa pengumpulan semula dari satu titik perpuluhan sehingga tiga titik perpuluhan dengan betul sebanyak dua kali pada lembaran kerja yang diberikan.Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui penolakan perpuluhan sehingga dua titik perpuluhan.Kemahiran Berfikir : Membuat ramalan, penyelesaian masalah.Nilai Moral / Murni : Kerjasama, hormat-menghormati, rasional.Bahan Bantu Mengajar : Papan perpuluhan, belon, persembahan multimedia, buku kerja, lembaran kerja.
Langkah / MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan
Set Induksi (5 Minit)Mengingati pelajaran lepas1. Berapakah hasil tolak 29 15 = ? (14)2. Berapakah hasil tolak 79 61 = ? (15)
Kisah upin dan ipin (Lampiran 1)
Berapakah baki duit yang perlu Upin dan Ipin berikan pada Kak Ros?Murid diingatkan dengan konsep penolakan.
Guru menceritakan murid tentang penolakan dalam perpuluhan.
Murid disoal tentang cerita yang telah diceritakan oleh guru.Bahan :
-Persembahan multimedia.
Teknik :
-bercerita-soal jawab
Langkah 1(15 Minit) Konsep penolakan perpuluhan
Langkah-langkah
1. Kedudukan titik perpuluhan mesti selari dengan titik perpuluhan lain.2. Nombor ditolak seperti biasa.
Contoh:
0.85 1.8- 0.25 - 0.5
Guru perlu menegaskan bahawa titik perpuluhan perlu disusun pada satu garis tegak.
Aktiviti :
1. Guru menerangkan cara menolak dua titik perpuluhan sehingga 3 titik perpuluhan tanpa mengumpul semula.Bahan:
-Papan perpuluhan-Persembahan multimedia.
Teknik :
-berpusatkan guru-demonstrasi
Nilai :
-Hormat menghormati
Langkah 2(20 Minit)Aktiviti Kumpulan
Papan Perpuluhan
Contoh :-
34.637- 24.122
Contoh soalan penyelesaian masalah: Sebuah kotak mengandungi coklat beratnya 1.573 kg manakala berat bagi kotak yang tidak mengandungi coklat ialah 0.216 kg. berapakah berat bagi coklat dalam kotak tersebut?
-Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
-Guru menggunakan konsep kuiz atau pertandingan untuk aktiviti kali ini.
1. Setiap soalan yang dijawab dengan betul diberikan 5 mata.2. Kumpulan yang mendapat markah paling banyak dikira pemenang.3. Wakil kumpulan memilih dua belon yang mengandungi nombor perpuluhan.4. Murid meniup belon dan ahli kumpulan memecahkan untuk mendapatkan nombor.5. Murid menampal nombor yang diperolehi pada Papan Perpuluhan dan menyelesaikan secara berkumpulan.6. Murid perlu menyelesaikan operasi menggunakan empat langkah algoritma:-
a. Menganggar nilai nombor.b. Menyusun nombor mengikut rumah nombor.c. Melaksanakan operasi.d. Memeriksa kewajaran jawapan.
7. Wakil kumpulan diminta untuk menerangkan cara menyelesaikan operasi penolakan nombor tersebut kepada rakan-rakan kelas yang lain berdasarkan algoritma yang diberi.8. Seterusnya wakil setiap kumpulan diminta untuk memilih satu belon yang mengandungi operasi penolakan yang melibatkan penyelesaian masalah.9. Kumpulan yang dapat menyelesaikan soalan dengan betul dan paling cepat akan diberikan ganjaran pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.10. Jumlah nombor ditambah kepada tiga untuk operasi penolakan nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.
Bahan :
-Belon -Papan perpuluhan
Teknik :
-gerak kerja berkumpulan
Nilai:
-Kerjasama
Langkah 3(15 Minit)Pengukuhan konsep penolakan perpuluhan.1. Murid diedarkan lembaran kerja.2. Murid diminta membuat latihan dalam tempoh 5 minit secara kumpulan.3. Murid berbincang dengan guru mengenai latihan yang telah dilakukan dalm tempoh 10 minit.Bahan:
-lembaran kerja
Teknik:
-berkumpulan
Nilai :
-Kerjasama
Penutup (5 Minit)Guru menyoal kefahaman murid.
Apakah yang anda pelajari pada hari ini?
Guru buat rumusan.Murid disoal kembali oleh guru mengenai pelajaran yang telah diajar pada hari ini.
-guru membuat rumusan mengenai apa yang telah diajarkan kepada murid.
-guru memberikan kerja rumah kepada murid. (Rujuk buku kerja)Bahan :
-Buku kerja