rancangan pengajaran harian

5
Rancangan Pengajaran Harian Disediakan oleh:NURUL NADIA BT KAMARUDIN(JEF 120012) Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tarikh : 24 April 2013 Kelas/tahun : pelajar tahun 4 Jumlah murid : 32 orang Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi Bidang : menggambar Aktiviti : 1. Murid-murid dapat membuat lukisan daripada pelbagai media dengan teknik mozek. 2. Murid-murid menghasilkan sebuah lukisan mozek yang kreatif. Tajuk : Rumah Impianku. Teknik : Mozek (guntingan dan tampalan) Keperluan : 1. Alat / Bahan : a) Warna air b) Gunting c) Kertas lukisan d) Majalah, surat khabar,kertas berwarna 2. Rujukan a) Internet b) buku

Upload: jiateh

Post on 17-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran HarianDisediakan oleh:NURUL NADIA BT KAMARUDIN(JEF 120012)

Mata pelajaran : Pendidikan Seni VisualTarikh : 24 April 2013Kelas/tahun : pelajar tahun 4Jumlah murid : 32 orang

Masa : 10.30 pagi 11.30 pagiBidang : menggambarAktiviti : 1. Murid-murid dapat membuat lukisan daripada pelbagai media dengan teknik mozek. 2. Murid-murid menghasilkan sebuah lukisan mozek yang kreatif.Tajuk : Rumah Impianku. Teknik : Mozek (guntingan dan tampalan)Keperluan : 1. Alat / Bahan : a) Warna air b) Gunting c) Kertas lukisan d) Majalah, surat khabar,kertas berwarna 2. Rujukan a) Internet b) buku

Objektif pengajaran

1. Pelajar dapat mempelajari kemahiran menggunting dan menyusun kepingan kertas daripada pelbagai media (teknik mozek).2. Mencari sumber rujukan dan melakar gambar rumah di tepi bukit. 3. Menghargai sumbangan pelukis tempatan yang telah menghasilkan lukisan teknik mozek yang kreatif.

Objektif pengajaran dan pembelajaran

1. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari.2. Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual.3. Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman pembelajaran dalam portfolio.4. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, ketekunan, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan.

Induksi

Guru memulakan P&P dengan menunjukkan sebuah karya seni mozek.Guru menyoal murid-murid tentang teknik lukisan berdasarkan karya yang dipilih. (Mencungkil pengetahuan sedia ada murid)

Lngkah-langkah pembuatanGuru menerangkan tentang definisi mozek.

( Mozek adalah satu aktiviti guntingan,susunan dan tampalan).

Murid melengkapkan lakaran rumah yang disediakan.

Gunting kertas warna berbentuk segi empat atau berbagai bentuk dalam pelbagai saiz.

2 . Murid menyusun kertas yang digunting pada kertas lukisan yang telah dilakar Dengan lukisan rumah. Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid. Murid menyiapkan tugasanDalam masa yang ditetapkan.Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil kerja rakan-rakan mereka. Guru memberi bimbingan murid-murid membuat pembentangan.BUTIRAN / MASAAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATANLangkah 1 : ( 10 minit) Guru memberikan sedikit penerangan berkenaan topic pembelajaran iaitu cara membuat teknik kolaj menggunakan kertas. Guru meminta murid menggambarkan rumah impian masing-masing.

o Terdapat sesi soal jawab berkaitan dengan teknik kolaj.Langkah 2 : (10 minit)

Guru meminta semua murid menumpukan sepenuh perhatian,mendengar dan melihat dengan teliti cara-cara yang ditunjukkan oleh guru. Guru menerangkan dahulu langkah-langkah untuk membuat rumah impian menggunakan teknik mozek sambil menunjukkan demo kepada murid.

o Murid memberikan perhatian.Langkah 3 : (20 minit)

Guru meminta semua murid membuat rumah impian masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibawa oleh murid. Guru turut membuat rumah impian bersama mereka serta menyebut langkah demi langkah supaya dapat membimbing murid-murid membuatRumah impian mereka. Guru membantu pelajar yang masih keliru dan tidak faham langkah yang di terangkan.o Murid membuat rumah impian dengan teliti dan kemas.o Terlihat idea kreatif setiap murid.Langkah 4 : (5 minit)

Guru meminta murid menyiapkan rumah impian dengan menghias rumah tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

o Idea dan kreativiti murid terselah dengan terhasilnya rumah impian yang pelbagai jenis dan corak yang menarik.Langkah 5 : (15 minit)Murid-murid diminta untuk membentangkan tentang rumah impian masing-masing.Murid-murid membentangan dengan penuh bersemangat tentang rumah impian mereka.

Pembentangan hasil kerja.Murid-murid menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan secara kritis dan memberi respon/komen berdasarkan pengalaman pembelajaran sepanjang aktiviti dijalankan.

Refleksi guruPengajaran dapat dijalankan dengan berkesan pada masa yang telah ditetapkanMurid-murid memberikan kerjasama dan membuat kerja dengan baik.