rancangan pengajaran harian

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Nama : Muhamad Al-Mu`izz Bin Omar Tarikh : 18 Mei 2015 Hari : Isnin Masa : 40 minit Subjek : Sejarah Tingkatan : 5 Topik : Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia Sub Topik : Malayan Union Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid akan dapat 1. Menyenaraikan sebab dan ciri-ciri Malayan Union 2. Memahami Malayan Union secara mendalam. 3. Menjelaskan reaksi dan tindakan orang Melayu menentang Malayan Union 1946

Upload: muizzomar

Post on 06-Nov-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH pengajian malaysia

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANNama : Muhamad Al-Mu`izz Bin OmarTarikh : 18 Mei 2015Hari : IsninMasa : 40 minitSubjek : Sejarah Tingkatan : 5Topik : Pembinaan Negara dan Bangsa MalaysiaSub Topik : Malayan Union Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid akan dapat1. Menyenaraikan sebab dan ciri-ciri Malayan Union2. Memahami Malayan Union secara mendalam.3. Menjelaskan reaksi dan tindakan orang Melayu menentang Malayan Union 1946

Langkah

TajukAktivitiCatatan

Set Induksi( 5 minit )

Menarik perhatian pelajar terhadap isi pembelajaran

Tayangan Video

Guru menayangkan video pendek yang berkaitan dengan Malayan Union

Guru bersoal jawab tentang video yang ditayangkan dan mengaitkan video tersebut dengan tajuk pengajaran

Pelajar menonton dan memberikan respon terhadap perkara yang dibincangkan.

Strategi pembelajaran :- Berpusatkan bahan - Berpusatkan pelajar

Kaedah & teknik pembelajaran :- TOC (Sumbangsaran)

BBM : Video

Langkah 1( 5 minit )

Pengenalan terhadap Malayan Union Guru menerangkan subtopik Malayan Union dengan menggunakan slaid.

Guru memberi pengenalan tentang Malayan Union

Pelajar mendengar dan mencatat nota.

Strategi Pembelajaran : Berpusatkan Guru

Kaedah : Penerangan, komunikasi dua hala.

Nilai : Kerajinan

ABM : Slaid, komputer, LCD

Langkah 2( 10 Minit )

Sebab dan ciri-ciri Malayan Union 1946. Guru menerangkan apakah sebab dan ciri-ciri Malayan Union 1946 ditubuhkan di Tanah Melayu.

Guru menulis di papan putih untuk menerangkan kepada pelajar

Pelajar memberikan perhatian dan mencatat nota.

Guru meminta pelajar untuk menjelaskan salah satu sebab dan ciri-ciri Malayan Union.

Strategi Pembelajaran : Berpusatkan pelajar

Kaedah : TOC - Teknik sebab dan akibat

Nilai : Kerajinan

KBKK : Menjana idea, memberi pendapat.

Langkah 3( 10 Minit )

Reaksi dan Tindakan Orang Melayu menentang Malayan Union 1946

Guru menerangkan reaksi dan tindakan orang Melayu menentang Malayan Union dengan menggunakan slaid.

Pelajar memberi perhatian dan mencatat nota

Guru meminta pelajar untuk menyatakan pendapat tentang tindakan orang Melayu menetang Malayan Union.

Strategi Pembelajaran : Berpusatkan PelajarBerpusatkan Guru

Kaedah : Komunikasi dua hala, perbincangan kelas.

Nilai : bekerjasama

KBKK: Memberi pendapat, kemahiran komunikasi.

Langkah 4(5 minit)

Aktiviti (Soal Jawab bersama pelajar)

Guru akan meminta beberapa pelajar untuk menjawab soalan yang telah disediakan.

1. Apakah sebab British menubuhkan Malayan Union dan berikan dua ciri Perjanjian Malayan Union.

2. Nyatakan reaksi dan sebab orang Melayu terhadap Malayan Union

3. Nyatakan 3 syarat perjanjian Malayan Union

4. Berikan pendapat anda tentang penubuhan Malayan Union

5. Apakah matlamat utama British di dalam Malayan Union?

Guru meminta pandangan pelajar terhadap Malayan Union

Strategi Pembelajaran :Berpusatkan GuruBerpusatkan Pelajar

Nilai: bekerjasama

Kaedah : Komunikasi dua hala, perbincangan kelas.

KBKK: Kemahiran komunikasi, memberi pendapat .

Penutup( 5 minit )

Rumusan Dan Penilaian

Guru merumuskan hasil pembelajaran

Guru membuat refleksi dengan pelajar

Strategi Pembelajaran : Berpusatkan Guru

Nilai : Patuh, menghargai

KBKK : menjawab soalan

Refleksi : Permulaan pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah berjalan dengan lancar, tetapi terdapat dua pelajar yang tidak memberi perhatian yang sebaiknya. Pelajar tersebut berbual ketika guru memberi penerangan. Walaubagaimanapun, guru bertindak untuk menegur pelajar tersebut agar memberi perhatian yang sebaiknya. Di dalam aktiviti soal jawab, terdapat seorang pelajar yang pasif terhadap aktiviti tersebut. Pelajar tersebut dipercayai lemah dalam subjek sejarah. Guru akan bertindak bagi memastikan pelajar tersebut aktif dan dapat menguasai subjek sejarah pada kelas yang akan datang