rancangan pengajaran harian

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2 Tarikh : 24 Mac 2011 (Khamis) Masa : 9.45 pagi – 10.45 pagi (1jam) Tahun : 4 Mulia Bil. Murid : 28 orang Tema : Kepenggunaan Tajuk : Hari Usahawan Muda Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1) Menggunakan borang pengursan grafik bagi mengenal pasti isi yang sesuai sebagai kerangka penulisan 2) Menulis karangan lengkap mengikut format Fokus Utama : 8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan. 8.6 Aras 1 (ii) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format. Fokus Sampingan: 8.6 Aras 1 (i) Menggunakan pengurusan grafik bagi mengenal pasti isi yang sesuai sebagai kerangka penulisan. Pengisian Ilmu : i – Matematik Nilai : 1) Jujur 2) Amanah Bahan Bantu Mengajar: Gambar, borang pengurusan grafik, buku teks RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) Ayat permulaan: Pada suatu pagi, Pak Mat bersiap-siap untuk ke pasar. Dia… Guru menulis ayat permulaan cerita pada papan hitam Murid menyambung cerita melalui aktiviti radio karat Kemahiran: Bercerita BBB: - LANGKAH 1 (10 Contoh: Ketika Guru mengedarkan contoh Kemahiran: Kefahaman

Upload: juliet-coji-siew

Post on 21-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MELAYU TAHAP 2

Tarikh             : 24 Mac 2011 (Khamis)Masa              : 9.45 pagi – 10.45 pagi (1jam)Tahun                        : 4 MuliaBil. Murid       : 28 orangTema              : KepenggunaanTajuk              : Hari Usahawan MudaObjektif           : Pada akhir pengajaran, murid dapat:

1)    Menggunakan borang pengursan grafik bagi mengenal pasti isi yang sesuai sebagai kerangka penulisan

2)    Menulis karangan lengkap mengikut formatFokus Utama            :

8.6                   Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan   karangan.8.6 Aras 1 (ii) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan format. Fokus Sampingan:

8.6 Aras 1 (i) Menggunakan pengurusan grafik bagi mengenal pasti isi                                                     yang sesuai sebagai kerangka penulisan.Pengisian Ilmu         : i – MatematikNilai                            :   1) Jujur

    2) Amanah

Bahan Bantu Mengajar: Gambar, borang pengurusan grafik, buku teks

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANLANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN

SETINDUKSI(5 MINIT)

Ayat permulaan:Pada suatu pagi, Pak Mat bersiap-siap untuk ke pasar. Dia…

Guru menulis ayat permulaan cerita pada papan hitamMurid menyambung cerita melalui aktiviti radio karat

Kemahiran: BerceritaBBB: -

LANGKAH 1(10 MINIT)

Contoh:KetikaAmi terjatuh ketika berlari di padangWalaupunWalaupun Aminah sangat cantik, dia seorang yang malas.

Guru mengedarkan contoh penggunaan wacana dan contoh teksGuru memberikan contoh-contoh ayat penggunaan bagi setiap penanda wacanaGuru meminta murid mengeluarkan penanda wacana yang tedapat dalam teks dan menulisnya di papan hitam

Kemahiran:Kefahaman dan Berfikir

BBB: Teks

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian

LANGKAH 2(10 MINIT)

Contoh soalan:1)    Apakah barangan yang

dijual?2)    Mengapakah Hari Usahawan

dijalankan?

Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada muridGuru meminta murid mengisi maklumat yang diperlukanGuru berbincang isi-isi penting yang perlu ditulis dalam karangan

Kemahiran: Perbincangan BerfikirBBB: Borang pengurusan grafik

LANGKAH 3(30 MINIT)

Gambar suasana ‘Hari Usahawan’

Guru mengedarkan bahan/gambarGuru memberi beberapa contoh ayat yang berkaitan.Guru meminta  murid menyiapkan karangan berpandukan gambarGuru memberi bimbingan kepada murid dalam menyiapkan karangan Guru membetulkan kesilapan murid

Kemahiran:BerfikirBBB: Gambar Hari Usahawan

PENUTUP(5 MINIT)

Nilai-nilai murni:1. Amanah2. Jujur

Guru menerapkan nilai- nilai murni yang terdapat dalam tajuk

Kemahiran: KomunikasiBBB: -

PENANDA WACANA

Fungsi ContohTambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,

selanjutnya, seterusnya, di sampingUrutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian,

kemudian daripada itu, akhirnyaPenyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang

diterangkanContoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,

umpama, bagai, bak kata, sebagaiRumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan,

akhir kata, sebagai penyimpul kataTempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan,

bertentangan denganWaktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada

mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnyaSebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi,

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian

dengan ituBandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama

juga denganPertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau

bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah,

pastilah, RefleksiAlhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat saya melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu.            Tema yang saya pilih bagi pengajaran mikro tersebut ialah Kepenggunaan yang bertajuk ‘Hari Usahawan Muda’. Topik ini sangat sesuai memandangkan sekolah tersebut baru sahaja menganjurkan Hari Usahawan pada minggu sebelumnya. Lantaran, murid telah mendapat pengalaman sebenar mengenai tajuk tersebut. Selain itu juga, objektif pembelajaran yang dibentuk juga diharap dapat membantu murid untuk membina karangan dengan lebih baik. Tambahan pula, kelas yang dipilih terdiri daripada murid-murid tahun 5 di mana mereka perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan awam pada tahun depan. Dalam tajuk ini juga, dapat diketengahkan beberapa nilai murni yang perlu ada dalam diri setiap murid.                          Sepanjang saya menjalankan pengajaran mikro tersebut, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan  dan penambahbaikan yang perlu diambil kira sebagai latihan untuk saya menimba pengalaman sebagai guru sebenar. Sebelum memulakan proses pengajaran mikro tersebut, saya telah membuat persediaan daripada aspek fizikal dan mental serta penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) agar proses pengajaran dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Saya juga berbincang dengan guru kelas dan guru Bahasa Melayu untuk setiap perkara yang bakal saya lakukan nanti.            Namun demikian, menjadi guru bukan semudah yang dilihat. Pelbagai perkara perlu diambilkira semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping meneruskan objektif pengajaran pada hari tersebut, guru juga perlu menghadapi pelbagai tingkah laku murid serta mengurus fizikal bilik darjah secara tidak langsung. Justeru, agak sukar untuk saya melaksanakan kesemua tugas tersebut dalam satu masa. Tugasan ini telah memberi pengalaman dan kemahiran berharga secara langsung kepada saya untuk membentuk diri menjadi guru yang berkemahiran dalam semua aspek.            Pengalaman semasa proses pengajaran mikro tersebut telah menyedarkan saya betapa banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki.      Pertama, saya perlu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan murid-murid. Perkara ini perlu agar murid-murid meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita untuk menerima isi pengajaran tanpa ragu-ragu dengan keupayaan guru. Dan yang kedua, saya perlu lebih mendalami kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai digunakan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga, saya perlu tahu untuk mengurus tingkah laku murid yang mengganggu semasa proses tersebut berlangsung. Jadi, kelas dapat dikawal dengan baik.            Kesimpulannya, pengajaran mikro merupakan pendedahan awal kepada seorang guru bagi mendapatkan pengalaman mengajar. Diharap segala ilmu yang

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian

dipelajari di institut sama ada secara teori mahu pun amali dapat dipraktikkan sepenuhnya ketika menjadi pendidik kelak.