rancangan pengajaran harian

13
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun : 2 Mutiara Bilangan murid : 32 orang Tarikh : 10 April 2012 (Selasa) Masa : 10.30 pagi 11.30 pagi TEMA KEKELUARGAAN TAJUK IBUKU SAYANG FOKUS STANDARD KANDUNGAN 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur STANDARD PEMBELAJARAN 4.4.1 Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i. Melafazkan pantun empat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas ii. Membina sekurang-kurangnya lima ayat yang mengandungi konsonan bergabung dengan betul dan kemas

Upload: zue-layhar

Post on 20-Jul-2015

1.286 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia

Tahun : 2 Mutiara

Bilangan murid : 32 orang

Tarikh : 10 April 2012 (Selasa)

Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi

TEMA KEKELUARGAAN

TAJUK IBUKU SAYANG

FOKUS STANDARD

KANDUNGAN

4.4 Melafaz dan memahami puisi

dengan intonasi yang betul

menggunakan bahasa yang

indah secara didik hibur

STANDARD

PEMBELAJARAN

4.4.1 Melafazkan dan memahami

pantun empat kerat dengan

sebutan yang betul dan

intonasi yang jelas secara didik

hibur

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

i. Melafazkan pantun empat dengan sebutan yang betul dan

intonasi yang jelas

ii. Membina sekurang-kurangnya lima ayat yang

mengandungi konsonan bergabung dengan betul dan

kemas

PENGISIAN

KURIKULUM

i. Ilmu : Muzik, Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, Pendidikan Islam, Pendidikan

Moral

ii. Nilai murni : Menghargai, menghormati, bekerjasama

iii. Peraturan sosiobudaya : Laras bahasa pantun

iv. Kemahiran bernilai tambah :

Kemahiran berfikir – membuat inferens, menghubungkait,

menilai, menganalisis, menjana idea, mengumpul dan

mengelaskan, membuat kesimpulan

Belajar cara belajar – mendengar, mengingat

Kecerdasan pelbagai – verbal-linguistik, intrapersonal,

muzik, interpersonal, kinestatik

SISTEM BAHASA i. Sebutan dan intonasi

ii. Ejaan

iii. Konsonan bergabung

MEDIA Skrin, LCD, rakaman lagu, teks pantun, lembaran kerja

Langkah dan aktiviti Pengisian kurikulum Catatan

Set induksi (5 minit)

Murid diperdengarkan lagu “Jasa

Bonda” dan lirik dipaparkan pada

skrin

Guru bertanya mengenai mesej

yang disampaikan melalui lagu

tersebut

Guru mengaitkan jawapan murid

dengan isi pelajaran pada hari ini

KP

Verbal-linguistik

Muzik

KBT

Membuat

inferens

Menghubungkait

BCB

Mendengar

BBB

Skrin

LCD

Rakaman

lagu

Langkah 1 (10 minit)

Murid dipertontonkan video

pantun empat kerat

Murid diberikan teks pantun

bertemakan ibu

Secara berpasangan, murid

dikehendaki berbincang dan

melafazkan pantun mengikut

kreativiti masing-masing dengan

intonasi yang betul

Murid yang lain diberikan borang

pemarkahan untuk menilai rakan

mereka

KBT

Menilai

Menjana idea

KP

Verbal-linguistik

Interpersonal

BBB

Teks pantun

Video pantun

Markah yang tertinggi dianggap

sebagai pemantun terbaik

Langkah 2 (10 minit)

Murid dikehendaki mengenal pasti

konsonan bergabung yang

terdapat dalam teks pantun

Murid membina ayat yang

mengandungi konsonan

bergabung berdasarkan teks

pantun

KBT

Menghubungkait

Menganalisis

KP

Verbal-linguistik

Intrapersonal

Langkah 3 (15 minit)

Guru menunjukkan kad manila

yang mengandungi pantun dan

gambar

Murid dikehendaki mermbaca

pantun tersebut

Murid dikehendaki memahami

pantun dan memilih gambar yang

berkaitan dengan gambar

KBT

Menganalisis

Menghubungkait

Menginterpretasi

maklumat

KP

Verbal linguistik

Interpersonal

Kinestatik

BBB

Kad manila

Gambar

Pentaksiran (5 minit)

Murid dikehendaki menjawab

pantun teka-teki yang diberikan

KBT

Menganalisis

Murid bersoal jawab

menggunakan pantun tersebut

secara berpasangan

Pemulihan (5 minit)

Murid diedarkan dengan lembaran

kerja

Murid memilih dan memasukkan

perkataan yang mengandungi

konsonan bergabung dalam petak

yang disediakan

BCB

Mengingat

KBT

Mengumpul dan

mengelaskan

BBB

Lembaran

kerja

Pengayaan (5 minit)

Murid diberikan lembaran kerja

Murid dikehendaki mengisi tempat

kosong dengan jawapan yang

betul

KBT

Menjana idea

BBB

Lembaran

kerja

Penutup (5 minit)

Murid diransang merumus isi

pelajaran dan bertanya tentang

nilai-nilai murni yang terdapat

sepanjang pengajaran dan

pembelajaran

KBT

Membuat

kesimpulan

Guru memberi pujian atas sikap

murid.

Murid menyanyikan lagu “Jasa

Bonda” beserta paparan lirik lagu

Lampiran 1

Lirik lagu “Jasa Bonda”

Di saat kau lena dia berjaga

Kau bersenang dia bekerja

Untuk mu tiada terbatas

Memberi tidak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu

Kehidupan yang sempurna

Punya kekuatan jiwa

Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur

Itulah yang diwarisi

Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan pesan

Untuk kebaikan

Marah bukan kebencian

Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa

Berjiwa merdeka

Sedang dia semakin tua

Membilang usia

Di saat kau berjaya

Dia tiada berdaya

Semoga kau tak lupa

Jasa bonda

Lampiran 2

Langkah 1

Pantun Ibu

Sunyi pagi tanpa cerita,

Riuh malam dengan reriang;

Walau berada jauh di mata,

Pesanan ibu tetap mengiang

Anak Cina mandi perigi,

Tertelan air kelar dirasa;

Biar jasad telah pergi,

Lembut tangan ibu tetap terasa.

Menanam kenanga di tepi pagar,

Kenanga hidup sungguh subur;

Nasihat ibu jangan dilanggar,

Mengharap berkat hingga ke kubur.

Gadis desa menjahit kebaya,

Jarum diguna tertusuk jari;

Walau sudah dimamah usia,

Pengorbanannya dilupa jangan sekali.

Si dara sedang termenung merindu,

Mencongak hari pinangan si teruna;

Tidak kira masa dan waktu,

Sentiasa usaha gembirakan hatinya.

Lampiran 3

Langkah 3

Tarian gamelan lagu senandung,

Warisan bangsa penuh keramat;

Sembilan bulan sarat mengandung,

Tetap ceria sedia berkhidmat.

Ulam pegaga tumbuh melata,

Tumbuh banyak di laman depan;

Emas permata tiada dipinta,

Kejayaan anak menjadi harapan

Pergi ke pekan membeli laici,

Singgah berehat bersama teman;

Marahnya bukan marah membenci,

Sebagai nasihat jadikan pedoman.

Pedas rasanya cabai melaka,

Masak bersama ikan keli;

Sekali hatinya terguris luka,

Nikmat syurga jauh sekali.

Air dicedok dari perigi,

Membasuh tangan selepas makan;

Andai dia telah pergi,

Sepotong doa anak sedekahkan

Lampiran 4

Pentaksiran

Terbang tinggi si burung helangHinggap di atas pohon meranti

Anak ramai ibunya seorang,Bila bergesel berapi-rapi?

Tinggi duduk di atas sekali,Bukan bulan bukan matahari;

Bila malam ia berseri,Bila siang ia berganti.

Mulut manis hati nak baik,Itulah amalan turun temurun;

Benda apa yang akan naik,Apabila saja hujan turun.

Bila kecil boleh ditiup,Sudah besar janganlah lagi,Kalau tercucuk ia meletup,

Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Tarik pukat dari pangkalan,Gula Melaka dibuat inti;

Bila diikat ia berjalan,Bila dibuka ia berhenti?

Pilihan jawapan

Lampiran 4

Pemulihan

Pilih dan masukkan konsonan bergabung dalam jadual di bawah

Konsonan bergabung

1.

2.

3.

4.

5.

Lembut

Kakak Tanpa

Senyum

Gembira

Abang Tempat

Gambar

Lampiran 5

Pengayaan

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

1) Ibu dan ayah pulang …………………..(kerja / kedai)

2) Adik tersenyum, rasa ……………………..(gembira / duka)

3) Ibu saya ……………………….( cantik / jahat)

4) Abang seorang pelajar yang …………………………..(pandai / nakal)