rancangan pengajaran harian

17
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Hari : Jumaat Tarikh : 7 Januari 2011 Tingkatan : 4 Permata Masa : 30 minit Bidang pembelajaran : 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi Nilai : 6.2 Kebebasan Bersuara Tajuk : Kebebasan Bersuara Di Tempat Awam Berasakan Adab Dan Peraturan Pengetahuan sedia ada : Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat: Kognitif:

Upload: shuhaida-mohamed

Post on 29-Jun-2015

184 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Jumaat

Tarikh : 7 Januari 2011

Tingkatan : 4 Permata

Masa : 30 minit

Bidang pembelajaran : 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

Nilai : 6.2 Kebebasan Bersuara

Tajuk : Kebebasan Bersuara Di Tempat Awam Berasakan Adab

Dan Peraturan

Pengetahuan sedia ada :

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan

dapat:

Kognitif:

i. Menyenaraikan faedah kebebasan berucap di tempat

awam

ii. Menyenaraikan adab dan peraturan ketika berucap

Afektif:

i. Menimbangkan perasaan dan hak individu lain ketika

berucap di tempat awam.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian

Perlakuan:

i. Memberikan cadangan cara untuk berucap mengikut

adab dan peraturan.

ii. Mengarang satu teks ucapan yang menggambarkan

dirinya sebagai calon Ketua Pengawas Sekolah.

Pendekatan : Pembelajaran Koperatif

Teknik :

i. Lakonan

ii. Perbincangan dalam kumpulan

iii. Sumbang saran

Bahan bantu mengajar : klip video, slaid Power Point (nota), teks ucapan dan kad

tugasan

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian

Jadual rancangan aktiviti

Langkah/ MasaKemahiran/

penyerapanAktiviti Strategi/ sumber

i. Set induksi

(5 minit)

Tayangan video - Pelajar ditontonkan klip video mengenai

adab ketika bercakap.

- Selepas tayangan, guru meminta pelajar

memberikan pendapat atau maklum balas

mengenai situasi yang ditontonkan

- Klip video

(“Budi bahasa

budaya kita”)

ii. Langkah 1

(5 minit)

Slaid power point - Guru memperkenalkan topik pengajaran.

- Guru memberikan penerangan secara

ringkas mengenai topik pengajaran.

- Guru mengajukan beberapa persoalan untuk

menggalakan pelajar berfikir dan

memberikan pendapat. Antara persoalan

yang dikemukakan ialah:

- Apakah peraturan berucap?

- Mengapa perlu mengelakkan daripada

menimbulkan keadaan huru hara

ketika berucap?

- Contoh isu-isu sensitif dan sebagainya.

- Slaid Power

Point (nota)

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian

iii. Langkah 2

(5 minit)

Aktiviti 1

Lakonan

- Seorang pelajar diminta tampil kehadapan

untuk melakokan satu babak ketika berucap

di majlis rasmi

- Guru meminta pelajar tersebut membaca

teks ucapan yang diberikan

- Selepas itu, pelajar diminta untuk

memberikan maklum balas mengenai gaya

pengucapan yang dilakonkan oleh pelajar

tersebut

- Guru menimbulkan beberapa persoalan

untuk menggalakkan pelajar untuk

memberikan pandangan mereka

- Lakonan

(sila rujuk

Lampiran A –

Teks ucapan)

iv. Langkah 3

(10 minit)

Aktiviti 2

Kad tugasan

Perbincangan

dalam

kumpulan

- Guru mengedarkan 3 keping kad tugasan

yang menggandungi gambar sesuatu situasi.

3 situasi tersebut adalah berbeza.

- Pelajar diagaikan kepada 3 kumpulan.

Setiap kumpulan dikehendaki membuat

perbincangan dan memahami situasi yang

diberikan berdasarkan kad tugasan yang

telah diberikan

- Guru bertindak sebagai pemudah cara.

- Pelajar diminta untuk membuat

- Kad tugasan

(sila rujuk

Lampiran B)

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian

perbentangan hasil perbincangan yang telah

dibuat.

- Pelajar lain digalakkan untuk mengajukan

sebarang persoalan atau komen berkaitan

pembentangan yang telah dijalankan oleh

kumpulan lain.

v. Penilaian/

Pengukuhan

(5 minit)

Membuat

kesimpulan

Kerja rumah

- Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan

pembelajaran, guru meminta beberapa

orang pelajar membuat rumusan mengenai

topik pembelajaran yang telah dipelajari

- Guru juga mengajukan beberapa persoalan

untuk menggalakkan pelajar berfikir dan

memberikan pendapat mereka berkaitan:

- Cara untuk berucap mengikut saluran

yang betul

- Hukuman terhadap individu yang

melanggar peraturan dan adab ketika

berucap

- Guru memberi kerja rumah

- Pelajar di minta untuk membuat satu

teks ucapan mengikut format yang

betul

- Sila rujuk

Lampiran C

(soalan esei)

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian

Penilaian/pengukuhan : Lakonan (Lampiran A), Kad Tugasan (Lampiran B) dan

Soalan esei (Lampiran C).

Refleksi:

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian

Teks ucapan 1 (Olahan isi kandungan dan gaya bahasa mengikut adab dan peraturan)

Sempena menyambut Hari Kitar Semula Kebangsaan tahun 2011, anda di minta memberikan satu ucapan mengenai kepentingan kitar semula.

Berdasarkan teks ucapan di bawah, sila baca teks tersebut mengikut protokol majlis rasmi.

Selamat petang dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi, kerana telah sudi melapangkan masa beliau untuk bersama-sama dengan kita pada petang ini bagi merasmikan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan Tahun 2011.

Kami amat menghargai kehadiran Yang Amat Berhormat di majlis ini, yang dengan sendirinya menunjukkan bahawa YAB Perdana Menteri kita mengambil berat terhadap isu-isu alam sekitar khususnya pelaksanaan program kitar semula di negara kita.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada masa ini, setiap individu di negara kita menghasilkan sampah-sarap kira-kira 0.8kg sehari dan kadar ini dijangka akan meningkat lagi sekiranya kita tidak mula mengawal cara pengeluaran dan pembuangan sampah kita. Dengan melaksanakan Program Kitar Semula, masalah kekurangan kawasan tanah untuk menyediakan tapak-tapak pelupusan dapat diminimakan.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak kerana sudi hadir ke majlis perasmian sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan tahun 2011, tidak lupa kepada saudara dan saudari kerana kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini. Saya berharap apa yang saya katakana sebentar tadi tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Jika ada, saya memohon maaf. Sekian, terima kasih.

Teks ucapan 2 (Olahan isi kandungan dan gaya bahasa tidak mengikut adab dan

peraturan)

LAMPIRAN A

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian

Sempena menyambut Hari Kitar Semula Kebangsaan tahun 2011, anda di minta memberikan

satu ucapan mengenai kepentingan kitar semula.

Berdasarkan teks ucapan di bawah, sila baca teks tersebut tanpa mematuhi protokol majlis

rasmi.

Selamat petang dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib Bin Abdul

Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi, kerana telah sudi melapangkan masa beliau untuk

bersama-sama dengan kita pada petang ini bagi merasmikan Sambutan Hari Kitar Semula

Kebangsaan Tahun 2011.

Pada masa ini, setiap individu di negara kita menghasilkan sampah-sarap kira-kira 0.8kg

sehari dan kadar ini dijangka akan meningkat lagi sekiranya kita tidak mula mengawal cara

pengeluaran dan pembuangan sampah kita. Dengan melaksanakan Program Kitar Semula,

masalah kekurangan kawasan tanah untuk menyediakan tapak-tapak pelupusan dapat

diminimakan sekaligus mengurangkan pencemaran udara, tanah dan air.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN B

Page 9: Rancangan Pengajaran Harian

Teliti gambar rajah di bawah ini

Jawab soalan-soalan yang berikut.

i. Apakah batasan berucap yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?

- Kedua-dua orang tersebut berucap secara sopan yang mana individu pertama

berucap manakala individu kedua mendengar apa yang cuba disampaikan.

ii. Mengapakah perlu ada batasan berucap?

- Agar pemimpin dan rakyat tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara

- Supaya maklumat atau info yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan dan

diterima oleh semua.

- Untuk menjamin ketenteraman bersama

iii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kebebasan bersuara tidak berasaskan

sebarang batasan? Berikan satu contoh yang spesifik.

- Negara akan menjadi huru-hara, keamanan dan keselamatan rakyat tidak

terjamin. Misalnya, dengan meluahkan apa sahaja yang terfikir tanpa batasan

akan membawa padah kepada diri sendiri dan masyarakat.

Teliti gambar rajah di bawah.

Page 10: Rancangan Pengajaran Harian

Jawab soalan-soalan yang berikut.

i. Apakah batasan berucap yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?

- Sekumpulan individu yang cuba bersuara atau mempertahankan hak mereka

yang mana situasi begini kadangkala boleh menyebabkan berlaku kekecohan

dan mengundang huru-hara serta boleh melibatkan kecederaan dan

kemusnahan harta benda sekiranya tidak terkawal.

ii. Mengapakah perlu ada batasan berucap?

- Agar pemimpin dan rakyat tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara

- Supaya maklumat atau info yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan dan

diterima oleh semua.

- Untuk menjamin ketenteraman bersama.

iii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kebebasan bersuara tidak berasaskan

sebarang batasan? Berikan satu contoh yang spesifik.

- Negara akan menjadi huru-hara, keamanan dan keselamatan rakyat tidak

terjamin. Misalnya dengan meluahkan apa sahaja yang terfikir tanpa batasan

akan membawa padah kepada diri sendiri dan masyarakat.

Teliti gambar rajah di bawah.

Page 11: Rancangan Pengajaran Harian

Jawab soalan-soalan yang berikut.

i. Apakah batasan berucap yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?

- Ketiga-tiga orang itu tidak berucap secara sopan

ii. Mengapakah perlu ada batasan berucap?

- Agar pemimpin dan rakyat tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara.

- Supaya maklumat atau info yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan dan

diterima oleh semua.

- Untuk menjamin ketenteraman bersama.

iii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kebebasan bersuara tidak berasaskan

sebarang batasan? Berikan satu contoh yang spesifik.

- Negara akan menjadi huru-hara, keamanan dan keselamatan rakyat tidak

terjamin. Misalnya dengan meluahkan apa sahaja yang terfikir tanpa batasan

akan membawa padah kepada diri sendiri dan masyarakat.

LAMPIRAN C

@#*!!....*#@#*

*#@#*

Isk…!*#@*##

Page 12: Rancangan Pengajaran Harian

Soalan esei.

Perhatian: sila baca arahan di bawah dengan teliti dan hasilkan satu teks ucapan yang mana

panjangan karangan tidak lebih daripada 350 patah perkataan. . Tugasan ini perlu diserahkan

pada 12 Januari 2011 (Rabu).

Andaikan anda terpilih sebagai calon Ketua Pengawas bagi sesi persekolahan 2011. Anda telah

diberikan peluang untuk berucap semasa perhimpunan mingguan di sekolah.

Berdasarkan pernyataan tersebut sediakan satu teks ucapan yang mengambil kira kebebasan

bersuara berasaskan adab dan peraturan. (15 Markah)