rancangan pengajaran harian

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tajuk : Bola Keranjang Sub tajuk : Melantun dan mengawal bola. Hasil pembelajaran : Pada akhir pelajaran dan pembelajaran murid – murid dapat: 1. Psikomotor : a. Melakukan ativiti kemahiran asas melantun bola paras pinggang sekurang-kurangnya 7 kali dari 8 percubaan dengan menggunakan teknik yang betul. b. Melakukan aktiviti kemahiran asas melantun dan mengawal bola dengan baik sebelum menghantar kepada kawan sekurang-kurangnya 7 kali dari 8 kali cubaan dengan teknik yang betul. 2. Kognitif : Murid berjaya menerangkan tentang dua teknik tersebut dengan tepat. 3. Afektif : Murid gembira dan menunjukkan minat yang mendalam semasa aktiviti dijalankan. Penerapan nilai : Mendengar arahan, disiplin kendiri, kerjasama dan kepimpinan. Bahan : 1. Skitel besar – 4 buah

Upload: zack-der-zwan

Post on 27-Jun-2015

449 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tajuk : Bola Keranjang

Sub tajuk : Melantun dan mengawal bola.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pelajaran dan pembelajaran murid – murid dapat:

1. Psikomotor :

a. Melakukan ativiti kemahiran asas melantun bola paras pinggang sekurang-kurangnya 7 kali dari 8 percubaan dengan

menggunakan teknik yang betul.

b. Melakukan aktiviti kemahiran asas melantun dan mengawal bola dengan baik sebelum menghantar kepada kawan

sekurang-kurangnya 7 kali dari 8 kali cubaan dengan teknik yang betul.

2. Kognitif : Murid berjaya menerangkan tentang dua teknik tersebut dengan tepat.

3. Afektif : Murid gembira dan menunjukkan minat yang mendalam semasa aktiviti dijalankan.

Penerapan nilai : Mendengar arahan, disiplin kendiri, kerjasama dan kepimpinan.

Bahan : 1. Skitel besar – 4 buah

2. Bola keranjang – 10 biji

Page 2: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MASA AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI CATATAN/ALATAN

Set induksi

(0-10 minit)

(10 minit)

Memanaskan

badan.

1. Lari anak dalam kawasan yang telah

ditentukan.

2. Apabila wisel ditiup, berhenti dan lakukan

regangan badan mengikut ketua.

Kepala : dongak, tunduk, pandang ke kiri

kemudian ke kanan dalam kiraan 6.

Pinggang : meleding ke kiri kemudian ke

kanan dalam kiraan 6.

Kaki : angkat kaki kanan dan tahan dalam

kiraan 6 kemudian balas ke kaki kiri

4 biji skital besar

Page 3: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Perkembangan

(11-30 minit)

(20 minit)

Langkah 1 :

Gerak kerja kelas :

Pengenalan

kemahiran asas

melantun bola

1. Berada dalam bulatan menghadap guru.

2. Guru menunjukkan demonstrasi kepada

pelajar.

3. Bila wisel ditiup, pelajar membengkokkan

lutut dengan kepala tegak memandang

kehadapan dan melantun bola setempat

dengan menggunakan tangan kanan

disebelah badan.

4. Apabila wisel ditiup kali kedua, pelajar

seterusnya melakukan aktiviti yang sama.

5. Guru memerhati dan membuat pembetulan

4 biji skital besar

10 biji bola

Page 4: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Langkah 2:

Gerak kerja

berkumpulan :

Unsur maju

Mengiring dan

megawal bola

sambil berlari.

kepada perlakuan yang salah.

1. Kemudian, pelajar beratur (4 orang dalam

satu barisan).

2. Pelajar melihat demonstrasi dari guru

melantun bola sambil berlari perlahan-

lahan.

3. Pelajar melantun bola dibahagian hadapan

sambil berlari ke hujung bahagian

gelanggang dan kembali untuk menghantar

bola kepada rakan.

4. Aktiviti diulang sehingga wisel dibunyikan.

5. Guru memerhati dan membuat pembetulan

kepada perlakuan yang salah.

4 biji skital besar

10 biji bola

Page 5: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kemuncak

(31-38 minit)

(7 minit)

Pertandingan antara

kumpulan kecil

1. Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan.

2. Pelajar bermain bola keranjang separuh

gelanggang sekali gus. (3 lawan 3)

3. Guru memerhati permainan.

Penutup

(39-45 minit)

(6 minit)

Menyejukkan

badan

Soal jawab:

Sesi refleksi

1. Seorang pelajar mengetuai melakukan

regangan.

- Bahagian bawah anggota badan

- Bahagian atas anggota badan

2. Guru membetulkan kesalahan yang sering

dilakukan dan cara untuk mengatasinya

Guru memberikan rumusan tentang aktiviti yang

dijalankan.

Guru menerangkan kepentingan melakukan

teknik-teknik asas melantun bola dengan betul.