rancangan pengajaran harian

7
Rancangan Pengajaran Harian. Tarikh : 13 Ogos 2009. Hari : Khamis. Masa :8.45 pagi – 9.45 pagi. Tahun :5 Intelek. Bilangan murid ;30 orang. Mata Pelajaran :Bahasa Melayu. Tema :Kegigihan Tajuk :Tabung Istimewa. Hasil Pembelajaran: Fokus utama : 9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 i. Membentangkan dapatan tentang sesuatu isu dengan memberikan penjelasan yang setimpal. Aras 2 i.mengembangkan idea berdasarkan pemerhatian dengan menyatakan bukti yang sahih. Fokus sampingan:

Upload: musthafa-saleem

Post on 21-Jun-2015

364 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian.

Tarikh : 13 Ogos 2009.

Hari : Khamis.

Masa :8.45 pagi – 9.45 pagi.

Tahun :5 Intelek.

Bilangan murid ;30 orang.

Mata Pelajaran :Bahasa Melayu.

Tema :Kegigihan

Tajuk :Tabung Istimewa.

Hasil Pembelajaran:

Fokus utama:

9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1

i. Membentangkan dapatan tentang sesuatu isu dengan memberikan penjelasan yang setimpal.

Aras 2

i.mengembangkan idea berdasarkan pemerhatian dengan menyatakan bukti yang sahih.

Fokus sampingan:

3.1 Menghuraikan maklumat dengan menggunakan alatan yang diyakini.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian

Aras 3

i. Menterjemahkan maklumat yang terdapat dalam teks prosa ke dalam bentuk grafik.

Objektif pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan dan membentangkan dua daripada tiga isu yang terdapat dalam teks.

2. Mengembangkan dua daripada maklumat hasil daripada bahan yang dibaca.3. Memindahkan dua daripada tiga maklumat yang terdapat dalam teks ke dalam

bentuk grafik

Sistem bahasa

1. Tatabahasa

2. Kata nama khas.

3. Kosa kata; pembentukan, teragung, naungan, kepimpinan, dominan

Pengisian Kurikulum

1. Nilai - Keberanian, patriotisme

2.Ilmu - Sejarah.

3. KBT - Kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan.

4.Teknik - Bercerita.

Bahan bantu mengajar (BBM):

ICT (laptop), tayangan video petikan teks.

Pengetahuan sedia ada:

murid pernah melihat akan tokoh-tokoh yang menyumbang bakti kepada negara melalui media televisyen dan majalah serta surat khabar.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian

Langkah Isi pelajaran Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Catatan

Set induksi.(+- 5 minit)

-Tayangan gambar power point.

-Apakah yang kamu faham tentang tayangan tersebut?

-Apakah impak daripada tayangan tersebut?

1.Guru menunjukkan tayangan gambar mengenai wira-wira negara yang berjuang dalam peperangan.2.Guru meminta murid menyatakan apakah yang dapat dilihat melalui tayangan gambar tersebut.3.Murid memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan yang ada.4.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.

BBM; ( ICT-tayangan slaid power point)

Nilai;Patriotisme.

Teknik;Bercerita

Langkah 1(+- 15 minit)

-Tayangan video “Bukit Kepong”

-Soal jawab:1.Apakah yang dilakukan oleh perajurid-perajurid negara?

2.Apakah yang akan terjadi sekiranya mereka ini tidakmempertahankan negara?

1.Guru menunjukkan tayangan video petikan daripada filem “Bukit Kepong”.

2.Guru meminta murid untuk menonton dan menghayati petikan daripada filem yang ditayangkan.

3.Guru bersoal jawab dengan murid mengenai tayangan video tersebut.

4.Guru membuat perbincangan mengenai jawapan yang diberikan oleh murid-murid.

5.Guru menceritakan kepada murid-murid mengenai jasa pejuang-pejuang terdahulu sehingga mencapai kemerdekaan.

BBM; Tayangan video “Bukit Kepong”

Nilai:Patriotisme.

KBT; Kemahiran berfikir-menjana masa depan.

Teknik;Bercerita.

Langkah 2(+- 15 minit)

-Tayangan gambar power point.(rujuk lampiran)

1.Guru menunjukkan tayangan gambar mengenai beberapa orang tokoh negara sebelum mencapai kemerdekaan.

BBM;Slaid power pointVideo

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian

-Tayangan video sambutan Hari Kemerdekaan yang pertama.

2.Guru membuat perbincangan mengenai tayangan gambar tokoh-tokoh yang ditunjukkan.

3.Guru memilih seorang sahaja tokoh untuk membuat perbincangan selanjutnya tentang jasa-jasa yang dicurahkan kepada negar- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

4.Guru menunjukkan kepada murid tayangan video mengenai sambutan Hari Kemerdekaan yang pertama kali disambut pada 31 Ogos 1957.

5.Guru membuat perbincangan mengenai tayangan video yang dipertontonkan kepada murid.

Nilai;PatriotismeKeberanian.

KBT;Kajian masa depan

Kecerdasan pelbagai:Interpersonal

Langkah 3(+- 20 minit)

-Petikan teks ”Tunku Abdul Rahman” yang diambil daripada laman web.(rujuk lampiran)

-Isi-isi utama:1)Biodata diri tokoh(tarikh lahir,tempat lahir, anak ke berapa)

2)Sumbangan:-Pengerusi UMNO bahagian Negeri Kedah-Presiden UMNO.-Menubuhkan parti perikatan.

1.Guru mengedarkan kepada murid petikan teks “Tunku Abdul Rahman” kepada murid-murid.

2.Guru meminta murid-murid untuk membaca secara senyap petikan yang diedarkan untuk mengesan isi-isi utama yang terdapat dalam petikan tersebut

BBM;Petikan teks.

Nilai;Patriotisme.

KBT;Kajian masa depan

Kecerdasan pelbagai;Interpersonal.

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian

3)Perkataan-perkataan sukar-pembentukan.-teragung.-naungan.-kepimpinan.-dominan.

4)Borang grafik

3.Guru meminta murid untuk mengesan perkataan yang sukar difahami dalam petikan tersebut.

4.Guru mengedarkan borang grafik kepada murid-murid

5.Guru meminta murid untuk melengkapkan borang grafik tersebut.

6.Guru membuat perbincangan mengenai jawapan yang diberikan oleh murid.

Penutup(+- 5minit)

1)Rumusan isi pelajaran:-Biodata diri tokoh(tarikh lahir,tempat lahir, anak ke berapa)

- Sumbangan:-Pengerusi UMNO bahagian Negeri Kedah-Presiden UMNO.-Menubuhkan parti perikatan.

2)Lagu “Inilah Barisan Kita”.

1.Guru dan murid sama-sama membuat rumusan mengenai isi pelajaran pada hari ini.

2.Guru meminta murid untuk menyanyikan lagu “Inilah Barisan Kita” sebagai penutup kepada aktiviti pengajaran pada hari ini.

BBM;ICT

Kecerdasan pelbagai;Muzik

Nilai;Kerjasama.

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian

Aktiviti susulan:

Guru meminta murid-murid untuk mencari gambar salah seorang Perdana Menteri Malaysia beserta dengan biodata dan menampal di dalam buku latihan.

Refleksi guru:

Objektif pengajaran pada hari ini tercapai. Murid dapat menyatakan dua daripada tiga isu tentang tajuk pelajaran dan murid gembira dengan tayangan video yang dipertontonkan.