rancangan pengajaran harian

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) Tahun (kelas) : 2 Orkid Bilangan pelajar : 26 orang ( Lelaki : 12 orang , Perempuan 14 orang ) Tarikh : 21 Julai 2011 Masa : 11.00 – 11.30 pagi Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan Tajuk yang hendak diajar : Pengurusan kesihatan diri Sub-topik : Menjaga pakaian dan keperluan diri Pengetahuan sedia ada murid : (i) Murid menyimpan pakaian di dalam almari. (ii) Murid membasuh pakaian mereka setiap minggu. Objektif pengajaran : Pada akhir proses pembelajaran, murid akan dapat : 1) Kognitif : i. Menjelaskan tiga kepentingan menjaga kebersihan pakaian. ii. Menyenaraikan pakaian yang bersih dan tidak bersih. iii. Menyatakan 2) Afektif i. Murid bercerita cara penjagaan kebersihan yang dilakukan di rumah. ii. Menyanyikan lagu “marilah menjaga diri” dengan penuh bersemangat.

Upload: nani-noraini

Post on 26-May-2015

9.600 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan pengajaran harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tahun (kelas) : 2 Orkid

Bilangan pelajar : 26 orang ( Lelaki : 12 orang , Perempuan 14 orang )

Tarikh : 21 Julai 2011

Masa : 11.00 – 11.30 pagi

Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan

Tajuk yang hendak diajar : Pengurusan kesihatan diri

Sub-topik : Menjaga pakaian dan keperluan diri

Pengetahuan sedia ada murid : (i) Murid menyimpan pakaian di dalam almari.

(ii) Murid membasuh pakaian mereka setiap minggu.

Objektif pengajaran : Pada akhir proses pembelajaran, murid akan dapat :

1) Kognitif : i. Menjelaskan tiga kepentingan menjaga kebersihan pakaian.ii. Menyenaraikan pakaian yang bersih dan tidak bersih.iii. Menyatakan

2) Afektif i. Murid bercerita cara penjagaan kebersihan yang dilakukan di

rumah.ii. Menyanyikan lagu “marilah menjaga diri” dengan penuh

bersemangat.iii. Menunjukkan keyakinan dengan mengangkat tangan apabila

ditanya soalan oleh guru.3) Psikomotor

i. Murid menunjukkan cara-cara untuk membersihkan diri dengan betul

ii. Memeriksa kebersihan pakaian murid.

Penerapan nilai : Menjaga kesihatan dan kebersihan diri

Penggabungjalinan : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan – Pengurusan diri

Page 2: Rancangan pengajaran harian

Alatan : LCD, komputer riba, dan kad imbasan.

Langkah / masa

Isi pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set induksi(5 minit )

Permainan kad imbasan dengan kaedah permaianan ‘kotak beracun’. Murid memilih perabot

yang sesuai untuk menyusun baju.

Guru meminta beberapa orang murid menceritakan perabot yang digunakan untuk menyusun baju di rumah.

Guru menunjukkan kad imbasan dan meminta murid mengkategorikan perabot yang sesuai untuk menyusun pakaian mereka.

i. Murid ditunjuk dengan gambar perabot yang sesuai untuk pakaian dan tidak sesuai.

Almari raga baju

ii. Murid disuruh memilih prabot yang sesuai untuk menyusun pakaian mereka.

iii. Murid yang mengangkat tangan dipilih secara rawak.

iv. Murid disuruh bercerita tentang tempat menyimpan pakaian dirumah mereka.

v. Bagi motivasi kepada murid yang bercerita dalam bentuk pujian.

vi. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan kecil.

vii. Guru bagi kad imbasan kepada murid.

Teknik :Permainan

BBB : Kad

imbasan Gambar

berbentuk 2D.

Page 3: Rancangan pengajaran harian

viii. Minta murid untuk mengelaskan perabot yang sesuai dan perabot yang tidak sesuai.

ix. Kumpulan paling cepat siap mengelaskan akan dikira pemenang.

Langkah 2(10 minit)

Peringkat kenalpasti Guru menerangkan

mengenai cara menjaga kebersihan pakaian.

Guru memberitahu keperluan menjaga kebersihan.

Guru menerangkan contoh-contoh barang keperluan diri sewaktu mandi.

guru menunjukkan tempat yang sesuai untuk menyimpan pakaian, kasut dan alatan keperluan diri.

i. MS power point menunjukkan slide tentang mandi, gosok gigi, potong kuku dan shampoo rambut.

ii. Murid menyanyi lagu “menjaga kesihatan diri”.

iii. Murid ditayangkan alat keperluan diri seperti shampoo,sabun,ubat gigi, berus gigi dan minyak rambut.

iv. Murid di tunjukkan dengan slaid tempat yang sesuai untuk menyimpan pakaian.

ABM :1) LCD

projector2) Computer

riba

Teknik :Menerangkan menggunakan MS Power point.

Page 4: Rancangan pengajaran harian

Langkah 3(5 minit )

Peringkat perkembangan Guru membuat

pemeriksaan kesihatan ke atas murid.

i. Guru menyuruh murid untuk menunjukkan kuku mereka.

ii. Guru memeriksa kuku murid-murid dan memberi alat pemotong kuku kepada murid yang kuku panjang.

iii. Guru mengajar murid cara-cara memotong kuku dengan betul.

iv. Guru memberikan nasihat kepada murid supaya menjaga kebersihan kuku kerana murid makan menggunakan tangan.

v. Murid duduk secara berpasangan dan guru meminta murid melihat pakaian yang dipakai oleh mereka. Guru meminta murid memberi pendapat tentang pakaian yang dipakai oleh rakannya.

Langkah 4( 5 minit )

Peringkat menilai semula. (evaluate) Guru memberi latihan

kepada murid melalui lembaran kerja.

Guru memberi respon kepada jawapan yang murid beri.

Murid menjawab latihan menggunakan ICT.

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. (lampiran 1)

Lembaran kerja berbentuk teka silang kata dan kaedah suaikan perkataan dengan gambar. (lampiran 2)

Murid menjawab soalan dalam MS power point yang telah duru sediakan.

Lembaran kerja :

1) Teka silang kata.

2) Suaikan gambar.

Page 5: Rancangan pengajaran harian

Penutup(5 minit )

Guru membuat refleksi dan kesimpulan tentang apa yang dipelajari.

Beberapa orang murid ditanya berkaitan kefahaman tentang isi pengajaran.

Murid diminta untuk melontarkan pendapat mereka mengenai kebaikan menjaga kebersihan diri mereka.