rancangan pengajaran harian 2

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH Matapelajaran : Pendidikan Seni visual Tahun : 4 ( Tahap 2 ) Masa : 11.05-12.05 ( 60 minit ) Bilangan Murid : 33 orang Bidang : Menggambar Aktiviti : Menghasilkan corak sisik ikan dengan teknik kolaj Tajuk : Ikan hiasan Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat ikan sebenar di dalam akuarium Hasil pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat : 1. Menyatakan alat, bahan dan teknik bagi menghasilkan ikan dengan menggunakan teknik kolaj. 2. Menghasilkan gambar ikan yang berbentuk 2 dimensi. 3. Menyatakan keindahan haiwan ciptaan Tuhan 4. Murid dapat mengecam bahagian-bahagian ikan ada 3 bahagian iaitu kepala, badan dan ekor. (kepala, abdomen dan toraks)

Upload: norhaniza-iza

Post on 24-Jun-2015

415 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

Matapelajaran : Pendidikan Seni visual

Tahun : 4 ( Tahap 2 )

Masa : 11.05-12.05 ( 60 minit )

Bilangan Murid : 33 orang

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Menghasilkan corak sisik ikan dengan teknik kolaj

Tajuk : Ikan hiasan

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melihat ikan sebenar di dalam akuarium

Hasil pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menyatakan alat, bahan dan teknik bagi menghasilkan ikan dengan menggunakan teknik kolaj.

2. Menghasilkan gambar ikan yang berbentuk 2 dimensi.

3. Menyatakan keindahan haiwan ciptaan Tuhan

4. Murid dapat mengecam bahagian-bahagian ikan ada 3 bahagian iaitu kepala, badan dan ekor. (kepala, abdomen dan toraks)

Nilai-nilai murni : Kreatif, berhati-hati

Unsur KemahiranBerfikir : Perbincangan, sumbang saran, mensyukuri kejadian alam.

Page 2: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

BBM : Kertas lukisan , warna pensel, krayon, gam gunting, kertas warna, radio

Langkah Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan / strategi

Set Induksi( 4 minit )

-Nyanyian lagu Ikan kekek

-Memperlihatkan rupa ikan yang sebenar

1. Guru memperdengarkan lagu Si ikan kekek kepada murid-murid dan mengajak mereka menyanyi bersama-sama.

Senikata lagu:

Ikan kekek mak iloi-iloi,Ikan gelama mak ilai-ilai,Mari kita buat kolaj

Page 3: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang rupa bentuk ikan yang sebenar.

3. Kemudian guru memperlihatkan rupa bentuk ikan yang terdapat didalam balang ikan

dik oi...Sisik timbul bersepai-sepai

Ikan kekek mak iloi-iloi,Ikan gelama mak ilai-ilai,Sisik ikan cantiknya amboi,Warna warni nampak bernilai

Langkah 1( 4 minit )

Memperkenalkan alat-alat dan bahan yang akan digunakan dalam aktiviti membuat kolaj.

1. Guru menunjukkan satu persatu alatan yang akan digunakan dalam aktiviti membuat corak sisik ikan teknik kolaj

2. Guru menerapkan mata pelajaran Sains tentang bentuk, bahagian –bahagian yang terdapat pada ikan dan kegunaan sisik pada ikan.

Kertas warna-gam-gunting-duit syiling 50sen

Langkah 2( 15 minit )

Teknik menghasilkan sisik ikan teknik kolaj

Lukiskan bentuk bulat dengan mengguna-kan duit siling 50sen dengan menggunakan

1. Guru mengarahkan murid mengambil bahan dan alatan untuk aktiviti membuat kolaj.

2. Setiap murid diberi sehelai kertas warna yang berlainan warna untuk membuat sisik ikan.

3. Guru menerangkan cara-cara membuat siisk ikan dengan menggunakan duit siling 50 sen dengan menggunakan kertas

Page 4: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

kertas pelbagai warna untuk membuat sisik ikan.

warna pelbagai warna.

4. Guru mengarahkan murid melukis bentuk bulat dengan menggunakan duit siling 50sen diatas kertas warna.

5. Gunting sisik ikan yang siap dibina dan letakkannya didalam sebuah bekas.

Langkah 3( 30 minit )

-Menggunakan sisik ikan yang telah siap tadi untuk menghasilkan bentuk ikan dalam bentuk 3 dimensi.

1. Guru mengarahkan murid duduk dalam kumpulan supaya mereka dapat bertukar sisik ikan pelbagai warna dengan rakan-rakan yang lain.

2. Guru mengarahkan murid melukis sebuah gambar ikan.

3. Warnakan gambar ikan tersebut pada bahagian kepala, ekor dan ridip dengan menggunakan warna krayon atau warna pensel.

4. Guru meminta murid melipat sisk ikan yang telah dibina tadi kepada dua bahagian.

Page 5: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

5. Kemudian secara demontrasi guru menunjukkan cara meletakkan gam pada sisik ikan tersebut pada gambar badan ikan secara tersusun dan teratur.

6. Ulangi aktiviti tadi sehinggga semua sisik ikan telah digamkan pada badan ikan.

7. Pada bahagian bawah lukisan bolehlah ditambah dengan membuat gambar tumbuh-tumbuhan air dan warnakannya atau dengan menggunakan kertas warna.

8. Setelah ini murid dapat menghasilkan sebuah kolaj bentuk ikan 2 dimensi yang menarik.

9. Guru mengarahkan murid mengemas semua peralatan dan membuang semua sampah yang telah dihasilkan.

Penilaian( 4 minit )

Membuat apresiasi hasil kerja

1. Setiap murid mempamerkan hasil kerja mereka .

Page 6: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

2. Guru memilih beberapa hasil kerja murid ( yang baik dan lemah )

3. Murid menyatakan hasil kerja mereka dan rakan.

4. Guru menyatakan tentang kelemahan dan kekuatan hasil kerja murid .

5. Guru dan murid bersama-sama berbincang dan memberi cadangan bagaimana untuk memperbaiki hasil kerja yang tidak bagus.

Penutup( 3 minit )

Teknik-teknik lain menghasilkan kolaj

1. Guru menerangkan

teknik-teknik lain yang sesuai bagi menghasilkan kolaj

2. Murid menyanyikan semula lagu ‘Ikan Kekek’ sambil memegang dan mempamerkan hasil lukisan masing-masing.

Refleksi :

Pendidikan Seni Visual adalah satu matapelajaran yang amat menarik. Biasanya kelas PSV akan meriah dengan penglibatan murid. Semua murid biasanya memang gembira bila mereka berada didalam kelas PSV. Bersyukur saya kehasrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan kerja kursus ini mengikut kehendak soalan yang telah ditetapkan.

Page 7: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerja sama dalam menghasilkan folio rancangan harian ini terutamanya sekali kepada pensyarah PSV kami yang banyak member tunjuk ajar dan ilmu berkaitan dengan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada anak didik saya yang sanggup menjadi model dalam membantu saya membuat alat bantuan mengajar untuk kerja kursus ini.

Terima kasih juga kepada pihak sekolah SK Haji Hasan yang memberi kerja sama yang amat tinggi membantu saya mencari maklumat dan bahan membuat kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan PGSR elektif seni yang banyak bertukar-tukar idea dan berkongsi maklumat dengan saya.

Oleh itu saya berharap agar kita bersama-sama mengambil sedikit pengetahuan berkenaan kerja kursus yang telah saya buat ini. Semoga kita akan menjadi pendidik bangsa yang cemerlang, terbilang dan cemerlang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA, PERAK

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

Page 8: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

PGSR SAINS

Ambilan November 2008

NAMA : NORHANIZA BT. HAJI SAUFI

NO K/P : 640701-08-6720

NO MATRIK : 25684

KUMPULAN : PGSR SAINS (2008-2012)

MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL

KOD : PSV 3104

NAMA PENSYARAH : ENCIK KASRAN BIN MAT JIDDIN

KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL