rancangan pengajaran harian 2

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tarikh/Hari : 9 Julai 2014 /Khamis Kelas : Pendidikan Khas 1 Masa : 8.00 – 9.00 pagi Tajuk : Suku Kata Bil. Murid : seorang Nama Murid Nama Umur Masalah Kehadiran Mohamad Fakhrul Aziz Bin Abdul Rahman 9 tahun Sindrom Down / Kemahiran : Bacaan Dan Penulisan 4.1menyebut suku kata KV. 4.2. membaca suku kata KV. 4.3. menulis suku kata KV Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat, Mengenalpasti suku kata dengan betul. Membaca suku kata KV dengan betul. Menulis suku kata dengan betul menyusun suku kata menjadi perkataan yang betul.

Upload: malarvani-chennappen

Post on 18-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian 2

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MELAYU

Mata Pelajaran: Bahasa MelayuTarikh/Hari : 9 Julai 2014 /KhamisKelas: Pendidikan Khas 1Masa: 8.00 9.00 pagiTajuk : Suku KataBil. Murid: seorang Nama MuridNamaUmurMasalahKehadiran

Mohamad Fakhrul Aziz Bin Abdul Rahman

9 tahunSindrom Down

/

Kemahiran: Bacaan Dan Penulisan4.1menyebut suku kata KV.4.2. membaca suku kata KV.4.3. menulis suku kata KV

Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat, Mengenalpasti suku kata dengan betul. Membaca suku kata KV dengan betul. Menulis suku kata dengan betul menyusun suku kata menjadi perkataan yang betul.

Pengetahuan sedia ada : Murid telah pun belajar Suku kata KV pada tahun sebelumnya.Penerapan nilai : Kerajinan, mendengar arahan, keyakinan diriUnsur terapi : Main, PertuturanSistem bahasa : Kosa kataBBM : Bahan Bantu Mengajar ( BBM) : Kad gambar, kad perkataan, slide powerpoint

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktivitiCatatan

Set induksiPengenalan kepada suku kata melalui beberapa objek.

1. guru akan memperkenalkan beberapa objek atau benda seperti, baju, dadu, bola, buku, roti dan sebagainya.2. Guru meminta murid untuk memberitahu nama bagi benda-benda yang diperkenalkan.3. Murid akan memberitahu nama setiap benda yang dilihat.4. Guru akan membantu murid untuk menyebut nama benda dengan betul.5. Guru akan mengaitkan nama benda-benda tersebut dengan suku kata KV yang akan belajar kemudian.

Terapi : pertuturan

Nilai : berani mencuba

BBM : Benda yang sebenar seperti, bola, baju, roti, buku dan dadu.

Langkah 1Pengenalan Kepada suku Kata KV melalui Slide Powerpoint1. Murid akan menonton slide powerpoint yang dipaparkan oleh guru.2. Guru akan menerangkan suku kata KV.3. Guru akan mengajar beberapa suku kata kepada murid.4. Murid-murid akan cuba menyebut setiap suku kata KV .5. Guru akan memastikan murid dapat menyebut setiap suku kata yang diajar.6. Guru akan meminta murid untuk mengenalpasti suku kata yang disebut

Terapi : pertuturan/pendengaran

Nilai : berani mencuba

BBM : slide powerpoint,buku latihan

Langkah 2Pengenalan kepada perkataan1. Murid akan terus menonton slide powerpoint.2. Guru akan bertanya nama objek yang dipaparkan dalam slide powerpoint3. Murid akan cuba menjawab nama objek.4. Guru akan memastikan murid dapat menjawab soalan guru.5. Nama objek tersebut dalam bentuk audio akan didengar oleh murid-murid.

Terapi : pertuturan/pendengaran

Nilai : berani mencuba

BBM : Slide Powerpoint

Sesi pengajaran dalam bentuk soal jawab.

Langkah 3Perkataan daripada suku Kata KV1. Murid akan terus menonton slide powerpoint yang dipaparkan.2. Murid akan diminta untuk padankan suku kata KV dengan betul supaya dapat membentuk perkataan yang bermakna.3. Murid akan cuba padankan suku kata KV dengan betul.4. Guru akan memberikan suku kata KV yang dapat membentuk perkataan yang bermakna.

Langkah 4Lembaran kerja1. Guru meneruskan sesi pengajaran dalam bentuk kuiz.]2. Jawapan untuk kuiz akan dibincangkan bersama.3. Murid diberi lembaran kerja suku kata.4. Murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.5. Guru akan menyemak lembaran kerja yang dibuat oleh murid.6. Guru akan memastikan kesilapan yang dibuat oleh murid dapat dibetulkan oleh mereka.

Terapi : Berfikir/pendengaran/Penulisan

Nilai : berani mencubaBBM: Lembaran kerja

Sesi pengajaran dalam bentuk latihan

Penutup (5minit)Soal jawab dan rumusan.1. murid ditanya kembali mengenai isi pelajaran pada hari ini.

2. guru merumuskan keseluruhan isi pelajaran pada hari ini.Teknik : soal jawab

Terapi : pertuturan

Nilai : berani mencuba