rancangan pengajaran harian 2

Upload: cik-farsyah

Post on 17-Jul-2015

413 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 6

Tarikh Masa Kelas Bilangan murid Umur Mata Pelajaran Tema Tajuk

: 4 Ogos 2011 : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi (60 minit) : 6 Cerdik : 20 orang : 12 tahun : Bahasa Melayu : Keselamatan : Keselamatan di Jalan Raya

Fokus utama: 4.2 Kemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. Aras 2 (i) Memberikan komen berkaitan sesuatu isu berdasarkan keperluan masa depan.

Fokus sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul. Aras 3 (i) Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar.

Objektif pelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat : (i) (ii) (iii) mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. mengemukakan pandangan yang membina tentang perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. membaca lancar teks pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Pengurusan kurikulum: 1. Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dan Pendidikan Sivik. 2. Nilai : Menjaga keselamatan di jalan raya dan keprihatinan ketika di jalan raya.

Kemahiran Bernilai Tambah: 1. Kemahiran Berfikir (KB) 2. 3. 4. 5. : Kemahiran berfikir kreatif dan kritis, reka cipta, meramal, dan membuat gambaran mental. Belajar Cara Belajar (BCB) : Kemahiran mendengar dan membaca. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KCP) : Kecerdasan linguistik dan kecerdasan visual Kemahiran Kajian Masa Depan : Meramal Kemahiran Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait.

Bahan Bantu Mengajar: Video, paparan slide pantun, gambar kenderaan, kertas lukisan, pensel warna

Pengalaman sedia ada murid: Menonton kemalangan jalan raya di televisyen.

Langkah/Masa Set induksi (5 minit)

Isi pelajaran Nyanyian lagu ingatlah orang yang tersayang.

Pagiku cerah, matahari bersinar ayah pakaikan Guru bersoal jawab helmet di kepala dengan murid-murid tolonglah ayah tentang kandungan aku sangat rimas lagu. kerana helmet ku terasa berat Langkah 1 (15 minit) Simulasi situasi di jalan raya Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil untuk membuat simulasi situasi di jalan raya. Murid melakukan simulasi berdasarkan tugasan yang diberikan. Murid memerhati dan menghayati simulasi yang dilakukan oleh rakan mereka di hadapan kelas. Guru meminta setiap kumpulan untuk berbincang dan memberikan komen mengenai simulasi tersebut.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru memperdengarkan lagu Ingatlah Orang yang Tersayang

Catatan BBM: Lagu Ingatlah Orang Yang Tersayang KBT BCB Kemahiran mendengar Kemahiran psikomotor BBM: Gambar kenderaan. BCB: Kemahiran mendengar. KB: Kritis Kontekstual Menghubung kait. Ilmu: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Pendidikan Sivik.

Nilai: Menjaga keselamatan di jalan raya. Keprihatinan ketika di jalan raya.

Murid membentangkan pandangan yang telah dibincangkan serta membuat simulasi. Langkah 2 (15 minit) Kenderaan masa depan Cerita masa hadapan: Kamu bayangkan sekarang berada di... Murid masih dalam kumpulan yang sama. Guru menceritakan keadaan dan situasi pada masa hadapan. Guru meminta murid melukis kenderaan masa depan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Setiap wakil kumpulan membentangkan lukisan yang telah dihasilkan kepada rakan-rakan kelas. BBM KB

Kertas lukisan Pensel warna Kreatif dan kritis. Reka cipta Meramal Membuat gambaran mental

KKP: Kecerdasan Visual Kemahiran Kajian Masa Depan Meramal Nilai: Menjaga keselamatan di jalan raya.

Langkah 3 (15 minit)

Teks pantun tentang keselamatan jalan raya.

Guru memaparkan tiga rangkap pantun tentang keselamatan jalan raya. Guru membacakan pantun dengan nada dan intonasi yang betul dan meminta murid mengikut cara guru berpantun.

BBM: Slide pantun. BCB: Kemahiran membaca. KCP: Kecerdasan linguistik.

Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Murid membaca pantun mengikut kumpulan dengan suara yang kuat dan nada intonasi yang betul. Guru meminta setiap kumpulan membina serangkap pantun tentang keselamatan jalan raya dengan format yang betul dan tuliskan di papan putih. Murid membaca pantun yang telah dibina bersamasama. Penutup (10 minit) Rumusan tajuk. Tayangan video keselamatan jalan raya. Murid menonton tayangan video berkenaan keselamatan jalan raya. Guru merumuskan tajuk secara keseluruhan. BBM: Klip video Nilai: Menjaga keselamatan di jalan raya. Keprihatinan di jalan raya.

Ulasan pensyarah pembimbing: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ _____________________________________________________________________