rancangan pelajaran harian matematik

Upload: zalina-yaacob

Post on 14-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh aktiviti linus

TRANSCRIPT

KERANGKA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

TAHUN 2

Kumpulan Murid Sudah MenguasaiKumpulan Murid Belum MenguasaiTopik : Panjang Topik : Ukuran PanjangStandard Pembelajaran :Standard Pembelajaran : mengukur dalam unit sentimeter dan meter mengukur panjang objek menggunakan unit bukan piawai.

ProsedurKumpulan Murid Sudah MenguasaiKumpulan Murid Belum Menguasai

Permulaan 2 orang murid (kumpulan murid menguasai) dipanggil ke hadapan kelas untuk mengambil bahan yang disediakan oleh guru. Murid lain membuat perbandingan ukuran objek tersebut. Ulang aktiviti di atas kepada murid kumpulan belum menguasai.

Langkah 1Aktiviti berdikari secara kumpulan kecil: Guru mengedarkan kad gambar dan meminta murid mengklasifikasikan objek kepada panjang dan pendek dalam bentuk jadual.Aktiviti bersama guru: Guru menyediakan kad gambar dan keratan perkataan murid memadankan keratan perkataan dengan gambar.

Langkah 2Aktiviti bersama guru : Murid mengukur bahan yang ditentukan oleh guru dengan menggunakan unit piawai (pita pengukur dan pembaris) Bahan yang ditentukan; meja murid, kasut sekolah, buku teks, buku latihan, kotak pensel.Aktiviti berdikari: Murid mewarnakan objek mengikut warna yang ditetapkan. Contohnya warna merah untuk objek yang panjang dan warna biru untuk objek pendek.

Langkah 3Aktiviti berdikari : Murid mengukur ukuran objek dalam lembaran kerja yang diberi.Aktiviti bersama guru: Murid menyiapkan latihan di dalam modul murid di muka surat 281 dan 282.

Penutup Guru bersoal jawab dengan murid menggunakan soalan pemikiran matematik

Contoh soalan: 1. Apakah alat lain yang boleh digunakan untuk mengukur buku teks anda selain menggunakan pembaris?2. Jika sekiranya objek tersebut lebih panjang contohnya papan hitam, apakah alat lain yang sesuai digunakan untuk mengukur panjang?3. Jika panjang sebuah papan hitam bersamaan 10 buah buku teks, berapakah panjang bagi 2 buah papan hitam yang sama?