rancangan pelajaran harian-keselamatan

7
KPD 3026 – Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 Semester 2 Sesi 2013/2014 Rancangan Pelajaran Harian – Keselamatan Komputer Disediakan oleh: Nama No. Matrik Kumpulan NOOR ANISAH BINTI OMAR D20111048135 AT20-A Pensyarah: Cik Razana binti Baharudin Jabatan Komputeran Fakulti Seni Komputeran Dan Industri Kreatif (FSKIK) Universiti Pendidikan Sultan Idris Tarikh Serahan Tugasan: 08 Mei 2014 Hari: Khamis PEMARKAHAN

Upload: quna-jakian

Post on 30-Sep-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh rph untuk topik Keselamatan Tingkatan 4. pelajar ict

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

KPD 3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2Semester 2 Sesi 2013/2014

Rancangan Pelajaran Harian Keselamatan Komputer

Disediakan oleh:

Nama No. MatrikKumpulan

NOOR ANISAH BINTI OMARD20111048135AT20-A

Pensyarah:Cik Razana binti Baharudin

Jabatan KomputeranFakulti Seni Komputeran Dan Industri Kreatif (FSKIK)Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tarikh Serahan Tugasan: 08 Mei 2014Hari: Khamis

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Subjek: Teknologi MaklumatTingkatan : 4 DedikasiTarikh: 22 Oktober 2013Masa: 9.00-9.40 pagi (40 minit)Bilangan Pelajar :Kehadiran : /17

Topik : 1.3 Keselamatan KomputerHasil Pembelajaran:1.3.3 Langkah-Langkah Keselamatan1.3.3.1 Memilih langkah keselamatan yang sesuai bagi mengatasi ancaman komputer yang dikenal pasti1.3.3.2 Menggunakan prosedur yang betul Antivirus Anti-Spyware Kriptografi Tembok Api Salinan Data Aspek kemanusiaan.

Objektif Pembelajaran:Di akhir Pengajaran dan Pembelajaran, pelajar dapat :1) menyenaraikan prosedur keselamatan komputer dengan tepat.2) menganalisis dan menerangkan dengan lisan prosedur keselamatan komputer dalam bentuk peta minda dengan sempurna.3) menilai hasil peta minda yang dihasilkan oleh rakan sekelas dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada :1. Pelajar dapat mendefinisikan maksud keselamatan komputer.2. Pelajar dapat mengenalpasti ancaman terhadap keselamatan komputer.3. Pelajar pernah dan biasa menggunakan komputer dan internet.Bahan Bantu Mengajar :1. Slide Power Point keselamatan komputer.pptx2. Kad Manila3. Sampul surat kecil4. Sampul surat besar5. Helaian soalan silang kata

Pelaksanaan Pengajaran:LangkahKandunganAktiviti PembelajaranKaedah/Nilai/KBKK/BBM/Nota

Pengenalan:Set Induksi

5 minit(9.00-9.05 pagi)Pembentangan bergambar

1. Pelajar diminta untuk memerhatikan gambar yang ditunjukkan.

2. Pelajar menyatakan pelbagai pendapat mereka tentang gambar tersebut.

3. Pelajar mengaitkan topik keselamatan dengan pengajaran yang bakal diajar.

Kaedah:Sumbang saran

Nilai:-Keberanian

KBKK:-membuat ramalan

BBM:- keselamatan komputer.pptx (slaid 1-2)

Langkah 1

5 minit(9.05-9.10 pagi)

6 prosedur keselamatan komputer.

1. Pelajar memberikan tumpuan terhadap pengajaran.

2. Pelajar menjawab secara lisan akan 6 senarai keselamatan komputer.Kaedah:Pengajaran terus

Nilai:Keberanian

KBKK:-

BBM:keselamatan komputer.pptx (slaid 3-7)

Langkah 220 minit(9.10-9.30 pagi)6 Prosedur keselamatan komputer.

a) AntivirusSebuah program antivirus melindungi komputer terhadap virus dengan mengenalpasti dan menghapuskan virus komputer yang ditemui dalam memori komputer pada media simpanan atau e-mail fail masuk.

b) Anti- SpywareAdakala program aplikasi kadang-kadang disebut perisian pelacakan atau spybot yang digunakan untuk menghapuskan spyware.

c) KriptografiProses menyembunyikan maklumat dengan mengubah maklumat tertentu kepada bentuk yang lain.

d) Tembok apiSebuah peranti keras atau perisian yang berfungsi dalam persekitaran rangkaian untuk mencegah beberapa komunikasi dilarang oleh polisi keselamatan.

e) Salinan DataAdalah program menduplikasi fail. Jika ada kes-kes kecemasan.

f) Aspek kemanusiaanAspek kemanusiaan merujuk pada pengguna dan juga penyusup sistem komputer.

1. Pelajar memberikan perhatian kepada pengajaran.

2. Pelajar mendengar arahan yang diberikan.

3. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan melantik seorang ketua setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan mendapat sehelai kad manila dan satu sampul surat yang mengandungi klu tugasan.

4. Setiap ahli kumpulan akan menyelesaikan klu tugasan bersama-sama.

5. Pelajar akan menyelesaikan maklumat di dalam kad manila bersama-sama.

6. Kumpulan yang dapat menyiapkan tugasan dengan pantas dan tepat akan diminta untuk membuat pembentangan oleh seorang wakil kumpulan dan akan menerima hadiah.

7. Pelajar lain akan memberi tumpuan dan mendengar penerangan rakan sekelas.Kaedah:-Pengajaran terus-Perbincangan kumpulan

Nilai:Kerjasama

KBKK:-membuat ramalan-membuat kategori

BBM:- Kad manila- sampul surat kecil-sampul surat besar- keselamatan komputer.pptx (slaid 8-18)

Langkah 37 minit(9.30-9.37 pagi)Menilai peta minda1. Pelajar menilai hasil pembentangan peta minda oleh wakil setiap kumpulan satu persatu.

2. Pelajar menerima helaian soalan silang kata dan menyempurnakan silang kata tersebut.Kaedah:Pembelajaran kendiri

Nilai:Keyakinan diri

KBKK:-membanding dan membeza.BBM:-helaian soalan silang kata

Penutup

3 minit(9.37-9.40 pagi)

Rumusan Pengajaran dan Pembelajaran hari tersebut.1. Pelajar membuat rumusan tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut.

2. Wakil kumpulan yang menang akan membuat pilihan hadiah.

3. Pelajar menerima kerja rumah.

Kaedah:Pengajaran terus

Nilai:Keberanian

KBKK:-

BBM:keselamatan komputer.pptx (slaid 19-22)

Refleksi:-