rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

13
Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6 Hijau Tarikh : 28 Mei 2013 Masa : 9.15-10.15 pagi (60 minit) Tahun : 6 Hijau Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Bilangan murid : 32 orang Tema : Sejahtera Sepanjang Usia Tajuk : Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri HASIL PEMBELAJARAN: Fokus Utama 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 2 i. Membina perenggan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk. Fokus Sampingan 3.1 Menyampaikan maklumat tentang seuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1 ii. Mengemukakan isi yang diperoleh dengan jelas. Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat: 1. Menyatakan empat maklumat penting yang terdapat dalam petikan dialog dengan betul. 2. Membaca keseluruhan petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3.Membina lapan ayat majmuk untuk menghasilkan karangan dengan betul. Sistem Bahasa Tatabahasa : Ayat penyata, ayat aktif, ayat pasif Kosa kata : obesiti,diabetes,nutrien,kolesterol, berkhasiat,memudaratkan Pengisian Kurikulum Ilmu : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Nilai : Menjaga kesihatan,kesyukuran,kebersihan fizikal dan mental, kerjasama dan hormat- menghormati,. Kemahiran berfikir : Menjana idea dan merumus, Kajian masa depan. Kecerdasan pelbagai : Interpersonal. Konstruktivisme : Menjelajah(explore) dan menerangkan(explain). Bahan bantu mengajar: Risalah tentang kesihatan Laman web tentang penjagaan kesihatan Laptop 1

Upload: zuzanariah-osman

Post on 20-Jul-2015

263 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6 Hijau

Tarikh : 28 Mei 2013

Masa : 9.15-10.15 pagi (60 minit)

Tahun : 6 Hijau

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Bilangan murid : 32 orang

Tema : Sejahtera Sepanjang Usia

Tajuk : Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

HASIL PEMBELAJARAN:Fokus Utama8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 2

i. Membina perenggan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk. Fokus Sampingan3.1 Menyampaikan maklumat tentang seuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1

ii. Mengemukakan isi yang diperoleh dengan jelas.

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1. Menyatakan empat maklumat penting yang terdapat dalam petikan dialog dengan betul.2. Membaca keseluruhan petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3.Membina lapan ayat majmuk untuk menghasilkan karangan

dengan betul. Sistem Bahasa

• Tatabahasa : Ayat penyata, ayat aktif, ayat pasif• Kosa kata : obesiti,diabetes,nutrien,kolesterol, berkhasiat,memudaratkan• Pengisian Kurikulum• Ilmu : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.• Nilai : Menjaga kesihatan,kesyukuran,kebersihan fizikal dan mental,

kerjasama dan hormat- menghormati,.• Kemahiran berfikir : Menjana idea dan merumus, Kajian masa depan. • Kecerdasan pelbagai : Interpersonal.• Konstruktivisme : Menjelajah(explore) dan menerangkan(explain).

Bahan bantu mengajar:• Risalah tentang kesihatan• Laman web tentang penjagaan kesihatan• Laptop

1

Page 2: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

• Kertas sebak• Kamus dewan• Poster kesihatan(Piramid Aktiviti /Piramid Makanan)• Radio kaset/pita rakaman• Carta lagu

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah dilawati oleh bahagian kesihatan daerah ke sekolah dan mendengar ceramah tentang kesihatan diri. .

LANGKAH

/ MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI P & P CATATAN

Set Induksi

( 5 minit )

Kad perkataan :

S T

Klu:perkara

KESIHATAN

i.Guru memberi kad huruf kepada

setiap kumpulan.

ii.Setiap kumpulan diminta

menyusun huruf menjadi satu

perkataan dalam masa dua minit.

iii.Guru memaparkan hasil kerja

murid untuk dinilai.

iv.Murid bersoal jawab bersama-

sama guru tentang aktiviti yang

telah dilakukan.

vi.Guru mengaitkan aktiviti yang

dilakukan dengan pembelajaran

pada hari tersebut.

Kaedah :

Kelas

Teknik:

Soal jawab

Langkah 1

( 15 minit )

Petikan Dialog:

“Makanan Dijaga

Kesihatan Terpelihara”

i) Murid membaca secara senyap

keseluruhan teks dialog sambil

menggarisi perkataan yang sukar.

Kaedah:

Kelas

Individu

2

Page 3: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

ii) Murid dipilih secara rawak

membaca dialog secara kuat dan

jelas.

iii) Murid diminta menyatakan

tiga maklumat penting tentang

petikan dialog yang dibaca

dengan tepat dan jelas.

iv) Murid bersoal jawab dengan

guru tentang penjagaan kesihatan

serta langkah-langkah penjagaan

berdasarkan tayangan video klip.

v) Murid menjawab soalan yang

diberi dengan mengemukakan

pendapat masing-masing.

Pengisian

Kurikulum:

Ilmu:

Sains

Pendidikan

Jasmani.

Pendidikan

Kesihatan

Nilai:

Mensyukuri nikmat kesihatan yang diberi.

Menjaga kesihatan.

Kemahiran:

Menjana idea

BBM:

i. Risalah

ii.Video klip

iii.Petikan Dialog

Langkah 2

( 15 minit )

Soalan penulisan:

Cara-cara Menjaga

Kesihatan Diri.

i) Murid membaca soalan

penulisan serta mencari

pernyataan soalan,kata kunci dan

bentuk penulisan dalam

kumpulan.

iii)Murid diberi kertas sebak dan

diminta mencari isi-isi penting

berdasarkan petikan soalan

Kaedah:

Kumpulan

Teknik:

Sumbang saran

Nilai:

Kerjasama

3

Page 4: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

melalui perbincangan kumpulan.

iv)Murid dikehendaki

menggunakan istilah, perkataan,

atau frasa yang terdapat dalam

petikan dialog sebagai panduan

ke arah penggunaan kosa kata

yang sesuai sebagai panduan

menulis karangan. Murid

dikehendaki merujuki perkataan

atau istilah menggunakan kamus.

iv)Wakil setiap kumpulan

diminta membaca hasil

perbincangan kumpulan.

v)Sesi sumbang saran untuk

memantapkan hasilan kumpulan.

vi)Murid diberi penerangan

selanjutnya tentang aktiviti yang

akan dijalankan.

Tekun dan berani

Menghormati

Kemahiran:

Menjana idea

Menyenarai

Ilmu:

-Kebersihan Fizikal

dan Mental.

-Pendidikan

Jasmani/Kesihatan.

BBM:

Petikan Soalan

Kertas sebak

Pen marker

Langkah 3

( 20 minit )

Isi-isi penting:

1.Melakukan senaman/

bersukan

2.Makan makanan

seimbang

3.Minum air

i)Murid menulis karangan

tentang tajuk yang diberi dengan

lengkap berdasarkan isi-isi

penting yang dinyatakan.

ii) Kumpulan murid lemah diberi

bimbingan membina ayat mudah

Kaedah:

Individu

Teknik :

Menyelesaikan

masalah.

4

Page 5: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

enam hingga lapan

gelas sehari.

4.Tidur yang

mencukupi

Lain-lain jawapan

yang sesuai diberi

oleh murid diterima.

berdasarkan gambar bersiri.

iii)Murid menyemak semula ayat,

tanda baca dan ejaan bersama-

sama guru.

iv)Guru memberi motivasi yang

membina kepada sebuah

karangan murid yang terpilih.

Pengisian

Kurikulum:

i.Ilmu:

Sains

ii.Nilai:

Kerjasama

ketelitian

iii.Kemahiran:

Konstruktivisme.

Penutup

( 5 minit )

Petikan lagu :

“Dikir Teka-teki”

i)Guru menyoal murid tentang isi

pelajaran pada hari ini:

- Menyatakan kebaikan

menjaga kesihatan diri.

- menyatakan nilai-nilai yang

diperoleh.

ii)Guru mengucapkan tahniah

kepada murid-murid kerana dapat

mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran dengan efisen.

ii)Murid-murid diminta

menyanyikan lagu “Dikir Teka-

Kaedah:

Kelas

Pengisian

Kurikulum:

i.Ilmu :

Kebersihan Fizikal

dan Mental.

ii.Nilai:

Menjaga kesihatan.

Bersyukur atas

kesihatan yang

diberi.

5

Page 6: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

teki.”

Aktiviti pengayaan:

Mengisi Teka Silang Kata.

Aktiviti Pemulihan/Peneguhan:

Menyalin karangan terbaik rakan.

BBM:

1. Radio kaset

2. Pita rakaman

3. Carta lagu

Refleksi :

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, sesuatu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang hendak

dilaksanakan oleh guru kepada murid-murid di dalam bilik darjah bukanlah suatu yang

mudah kerana memerlukan perancangan yang rapi.Guru tersebut perlu menguasai kemahiran-

kemahiran bahasa dan psikolinguistik untuk menjamin pembelajaran yang berkesan. Di

samping itu, perancangan yang rapi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan

minat,rasa ingin tahu serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan

bermakna kepada murid-murid. Pengetahuan dan kemahiran-kemahiran bahasa yang mampu

dikuasai oleh guru dapat menghasilkan strategi, kaedah dan teknik dalam pengajarannya serta

membantu menjadikan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Oleh itu, sebagai pengajar

serta pendidik wajarlah merancang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai

kepada murid-muridnya semoga objektif yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya dan

murid-murid mendapat input ilmu yang bermakna serta berkesan untuk dirinya.

6

Page 7: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

Rujukan

Faridah Nazir. (2009).Kurikulum dan perkaedahan dalam pengajaran bahasa Melayu.Selangor.Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia.

Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Megawati Jalaludin. (2012). Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6; Contoh rancangan harian tahun 6. Retrieved 30 April 2013 from http://www.slide share.net/megapgsr/rph-bm-thn-6

Mohd Nasar Sukor,, Mohamad Musip, Napisah Muhammad, Syamsul Yusli Mohd Yusof. (2007). Bahasa Malaysia; sekolah kebangsaan; buku panduan guru. Kuala lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Raminah Sabran,Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Rashidi Azizan, Abdul Razak Habib. (1996): Pengajaran dalam bilik darjah kaedah dan Strategi. Selangor: Masa Enterprise.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

7

Page 8: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

Baca petikan dialog di bawah ini dan fahami betul-betul isi kandungan dialog .

Cikgu Azli : Apa khabar, Faiz dan anak-anak didik semua? Bagaimana dengan ceramah

tentang kesihatan yang kamu semua dengar tadi?

Faiz : Khabar baik, cikgu. kami mendapat banyak maklumat yang penting dan

berguna untuk menjamin kesihatan yang sempurna.

Hani : Betul, cikgu. Saya pun risau apabila mengetahui bahawa banyak risiko

yang boleh menyerang kita sekiranya mengabaikan kesihatan. Antaranya kita

akan diserang penyakit jantung, strok, diabetes, tekanan darah tinggi dan

kanser. 8

Page 9: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

Cikgu Azli : Bahaya betul kalau berat badan kita berlebihan atau obes. Seseorang yang

mempunyai berat badan yang berlebihan berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit.

Hani : Apakah punca obes, cikgu?

Cikgu Azli : Selain baka dan sikap seseorang, cara pemakanan juga menjadi punca obes.

Ramli : Jadi kita haruslah menjaga kesihatan dengan bersenam?

Hani : Bukan sahaja bersenam malahan menjaga pemakanan kita dengan makan

makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana pemakanan juga menentukan

keadaan kesihatan kita.

Ramli : Makanan? Maksud kamu, kita tidak boleh makan sesuka hati? Kalau begitu

rugilah…

Cikgu Azli : Bukan begitu,Ramli. Kamu perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk

membesar, bergerak, bermain, berfikir dan belajar. Seelok-eloknya, ikutilah

panduan makan secara sihat seperti dalam poster daripada Kementerian

Kesihatan Malaysia.Bersenamlah untuk mengekalkan berat badan yang unggul.

Elakkan makanan yang berlemak, berminyak, bergula yang berlebihan dan

jangan minum minuman bergas untuk mengekalkan kesihatan.

Risalah Panduan Pemakanan Secara Sihat

Panduan Makan Secara Sihat

• Nikmati pelbagai jenis makanan daripada pelbagai sumber nutrient(zat makanan).

• Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal yang lazim dilakukan.

• Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

9

Page 10: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

• Pilihlah makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

• Kurangkan penggunaan garam dalam makanan.

• Pilih makanan yang rendah kandungan gula.

• Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas atau 1.5 hingga 2.5 liter sehari.

(Dipetik dan diubah suai daripada poster Bahagian Pendidikan Kesihatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia)

Contoh Peta Minda

10

Minum 6 hingga 8 gelas air sehari

Cara-cara menjaga kesihatan diri

Amalkan

senaman/

bersukan

Makan makanan berkhasiat dan

seimbang

Page 11: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

Lampiran Aktiviti Panduan Untuk Murid

11

Tidur yang

Mencukupi

Page 12: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

Petikan lagu.

Dikir Teka-teki

Korus

Ewau bulan, ewau bulan,

Ewau bulan, teraju tiga.

Wahai adik, apa bendanya,

Di dalam tubuh, duduk bertakhta,

Sentiasa bekerja, setiap masa,

Terhenti fingsinya, matilah kita.

Ulang Korus

12

CARA-CARA MENJAGA

KESIHATAN DIRI

Page 13: Rancangan pelajaran harian bahasa melayu tahun 6 hijau 2013

Sepasang benda, paling berguna,

Bagai bintang, bersinar ceria,

Tekalah adik, kakak semua,

Pancainderalah, apa namanya.

Ulang Korus

Penghias wajah, putih berseri,

Ketika makan, amat berguna,

Kalau adik, bijak bestari,

Sila nyatakan, apa bendanya.

Ulang Korus

Di dalam tubuh, hadir sepasang,

Mengawal pernafasan,setiap orang,

Cuba fikir, adikku sayang,

Namanya berganda, amatlah senang.

13