rancangan orientasi sekolah smk taman tunku miri
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
1/9
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUNKU,
JALAN SIBU, TAMAN TUNKU,
98000, MIRI, SARAWAK.
No.Tel:085472371
No.Fax:085472402
E-mel:[email protected]
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH TAHUN 2011
NAMA SEKOLAH : SMK TAMAN TUNKU
KOD SEKOLAH : YEA4108
NO PTJ : 60L301
GRED SEKOLAH : B
PERINGKAT SEKOLAH : MENENGAH RENDAH DAN ATAS
JENIS BANTUAN : KERAJAAN
BAHASA PENGANTAR : BAHASA MELAYU
SESI : PAGI SAHAJA
ALAMAT SURAT : SMK TAMAN TUNKU, JALAN SIBU,
TAMAN TUNKU, MIRI
POSKOD : 98000NOMBOR TELEFON : 6085472371
NOMBOR FAX : 6085472402
E-MEL : [email protected]
JARAK KE PPG MIRI : 14KM
BILANGAN KELAS : 36 BUAH KELAS
BILANGAN KELAS BEROERASI : 32 BUAH KELAS
SEJARAH
LOKASI PENDAFTARAN : BANDAR
LOKASI SEMASA : BANDARAYA
LUAS KAWASAN SEKOLAH : 12.05 EKAR / 5.06 HEKTAR
TARIKH MULA PEMBINAAN : JULAI 2001
TARIKH SIAP PEMBINAAN : 4 SEPTEMBER 2003
TARIKH MULA BEROPERASI : 5 JANUARI 2004
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
2/9
NILAI KONTRAK TERMASUK
HARGA TANAH : RM 20,100,000.00
SENARAI BANGUNAN : BLOK PENTADBIRAN
BLOK A
BLOK B
KANTIN
SURAU
PONDOK PENGAWAL
Sejarah SMK Taman Tunku
SMK Taman Tunku satu lagi sekolah yang tercatat dalam senarai warga Jabatan
Pelajaran Gabungan Miri sebagai sekolah yang dibina di bawah Project Design and
Build. Kewujudannya memang ditunggu-tunggu, memandangkan masalah
kebanjiran murid peringkat sekolah menengah di kawasan Taman Tunku dan juga
sebagai hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu sesi. Lokasinya sangat
strategik dan kondusif, sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.Kedudukannya 3km dari Lapangan Terbang Miri dan 12 km dari
Bandaraya Peranginan Miri. Saiz keseluruhan SMK Taman Tunku ialah 12.5 hektar
iaitu termasuk bangunan sekolah, padang bola sepak, kawasan letak kereta dan
lanskap serta gelanggang permainan.Pembinaan SMK Taman Tunku bermula Julai 2001 dan telah siap sepenuhnya pada
4 September 2003. Nilai kontrak SMK Taman Tunku adalah RM 20,100.00.00
termasuk harga tanah. Mengandungi 1 Blok Pentadbiran ( Pejabat Am, Bilik Guru,
Bilik Mesyuarat, Bilik Kaunseling, Bilik Perkembangan Staf ) , 6 Makmal Sains, 4
Bengkel ( Kejuruteraan, KHB ), 36 Bilik Kelas, 10 Bilik Khas ( Pusat Sumber, Bilik
Matapelajaran, Bilik Pengawas, Bilik Rawatan, Bilik Komputer ) dan 1 surau. Untuk
menampung keperluan sekolah, beberapa bilik kelas telah diubahsuai sebagai bilik
khas matapelajaran.
SMK Taman Tunku beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2004 dengan tenaga
pengajar seramai 33 orang dan 675 orang murid yang rata-ratanya datang dari SMK
Riam kecuali Tingkatan 1 dan Peralihan. Mempunyai 1 kelas Peralihan, 5 kelas
tingkatan satu, 4 kelas tingkatan dua, 4 kelas tingkatan tiga dan 4 kelas tingkatan
empat.
Tahun 2011, merupakan tahun ke lapan SMK Taman Tunku bergerak bersama
matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, pelbagai kejayaan telah
dicapai oleh SMK Taman Tunku selari dengan semangat Making A Difference. SMK
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
3/9
Taman Tunku telah mengorak langkah bersama dengan sekolah lain membentuk
satu demensi.
PHILOSOPHY / FALSAFAH
Each individual is powerful. The empowered individual can empower the school to
achieve the heights of excellence.
Setiap insan adalah perkasa. Keperkasaan insan itu mampu memperkasakan
sekolah ke arah kegemilangan.
OBJECTIVE / MATLAMAT
To ensure that SMK Taman Tunku fullfils the purposes enshrined in the National
Philosophy of Education
Untuk menentukan SMK Taman Tunku sentiasa memenuhi hasrat yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Negara.
VISION / VISI
To be a leader in producing quality students and positive change agents.
Menjadi pencetus dalam menghasilkan insan yang berkualiti dan agen perubahan
yang positif.
MISSION / MISI
To identify, to promote and to maximize the full potential of staff and students in all
aspects: physical, social, intellectual and spiritual so that they can make a positive
difference to their environment.
Untuk mengenalpasti, mempertingkatkan dan mengembangkan tahap potensi staf
dan pelajar dalam semua aspek: fizikal, sosial, intelek dan rohani agar dapat
mewujudkan perubahan yang positif dalam persekitaran mereka.
MOTTO
To Make A Difference
Pemangkin perubahan.
Lagu Sekolah
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
4/9
Pemangkin Perubahan
Di sini
Bermula segalanya
Impianku yang terlaksana
Memajukan bangsa dan negara
Menjadi insan yang berguna
Dikaulah pemangkin perubahan
Membina semangat kegigihan
Sehati sejiwa memupuk perpaduan
Ke arah kecemerlangan
Majulah SMK Taman Tunku
Mendukung ikrar dipadu
Lahirkan genarasi berilmu
Majulah dan terus maju
Dikaulah pemangkin perubahan
Tempat mencipta kejayaan
Sekolahku yang tercinta dan berwawasan
Jasamu dalam ingatan
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
5/9
Pengertian Logo :
Simbol
Pengertian
1. Separuh Bulatan /
Matahari Bersinar
Keteguhan semangat perpaduan yang wujud tanpa
mengira bangsa, agama dan kebudayaan kerana
sinaran ilmu yang mampu menghindarkan kegelapan
dan kejahilan
2. Bintang Terbit
Pelajar yang cemerlang berlandaskan ilmu, nilai-nilai
murni dan inspirasi daripada wahana pendidikan
dalam era sains dan teknologi
3. Orang dengan buku
Warga Pendidik dan Pelajar yang menimba ilmu
sepanjang hayat
4. Buku yang terbuka
Landasan ilmu untuk menuju kejayaan
5. Topi Ijazah
Hala tuju warga sekolah untuk mencapai kejayaan
hakiki
6. Pemangkin
Perubahan
Matlamat warga sekolah untuk membawa perubahan
ke arah peningkatan diri, masyarakat dan negara
Pengertian Warna Logo :
Warna
Pengertian
1. Kuning
Faith & Hope
Kebahagiaan dan penghargaan yang dirasai oleh
semua warga sekolah
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
6/9
2. Biru Peace &
Harmony
Keharmonian dan kedamaian yang dikecapi
bersama tanpa mengenal bangsa, agama dan
kebudayaan
3. Hitam
Determination
Keteguhan semangat sekolah dalam mencari ilmu
pengetahuan
4. Jingga
Success
Kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan yang
diimpikan oleh semua warga sekolah
5. PutihPurity
Keluhuran dan kesucian hati warga sekolah
berlandaskan kepada pegangan agama dan nilai-
nilai murni
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
7/9
1. MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
1.1 Nama dan alamat sekolah
1.2 Lokasi sekolah
1.3 Pelan sekolah
1.4 Gred sekolah
1.5 Jenis sekolah
1.6 Logo, Visi dan Misi
1.7 Bilangan pelajar
1.8 Bilangan guru dan kakitangan sokongan
1.9 Sejarah sekolah
1.10 Takwim sekolah
2. ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH
2.1 Melaporkan maklumat
2.2 Struktur organisasi induk sekolah
2.3 Struktur organisasi mengikut bidang (Guru Pelatih)
2.4 Peranan, tugas dan tanggungjawab bagi setiap komponen
2.5 Budaya sekolah (amalan murni seperti bacaan doa)2.6 Hubungan antara organisasi induk sekolah dengan pihak PPD dan JPN
3. KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH
Pelajar diminta meninjau kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah dan
merekodkan maklumat tersebut di Lampiran A.
4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 Matlamat
4.1.1 Memberi pendedahan awal kepada Guru Pelatih terhadap suasana pengajaran
dan pembelajaran di sekolah
4.1.2 Menghayati suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah oleh
Guru Pelatih
4.1.3 Membina keyakinan diri sebagai seorang bakal guru terlatih
4.1.4 Menghubungkan antara amalan sebenar dalam bilik darjah dengan teori
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
8/9
pengajaran dan pembelajaran
4.2 Tugas
4.2.1 Merekod sekurang-kurangnya satu pemerhatian pengajaran dan pembelajaran
merangkumi elemen berikut:
Tajuk
Objektif pengajaran
Kaedah mengajar
Penggunaan alat Bantu
Pengurusan kelas
Pengurusan masa pengajaran
Kaedah penilaian
Penutup
4.2.2 Menyediakan catatan pembelajaran elemen berikut:
Menyenaraikan kemahiran yang dipelajari oleh murid
Teknik pembelajaran
Hasilan pembelajaran
4.2.3 Menjalankan sekurang-kurangnya satu waktu pengajaran mata pelajaran GuruPendamping. Pelajar perlu menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai.
5. AKTIVITI KO-KURIKULUM
5.1 Menyediakan carta organisasi ko-kurikulum sekolah
5.2 Melengkapkan borang aktiviti ko-kurikulum sekolah
5.3 Memerhati dan merekod satu aktiviti ko-kurikulum
6. REFLEKSI KENDIRI
Membuat refleksi daripada penglibatan dan pengalaman dalam Program ROS
selama dua minggu terhadap aspek berikut:
6.1 Aspek-aspek positif yang boleh dijadikan panduan
6.2 Aspek-aspek yang boleh diperbaiki
6.3 Aspek-aspek yang menarik perhatian
-
7/29/2019 Rancangan Orientasi Sekolah Smk Taman Tunku Miri
9/9