dasar luar era tunku abdul rahman

42
HUBUNGAN LUAR MALAYSIA ERA TUNKU ABDUL RAHMAN (1950-1970) Pengenalan Hubungan di antara sesebuah negara dalam konteks dunia hari ini amat penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran negara berkenaan. Di mana kebanyakan negara di dunia mengamalkan sikap saling bergantungan di antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, keselamatan dan teknologi. Oleh itu, dasar luar dilihat sebagai satu medium bagi sesebuah negara dalam mewujudkan satu hubungan dengan negara lain . Dalam esei ini, akan membincangkan dasar luar Malaysia pada era pentadbiran Tunku Abdul Rahman dari tahun 1950 sehingga tahun 1970. Fokus perbincangan tertumpu kepada pengamalan dasar pro-barat dan anti komunis negara kita pada era itu. Penulis akan cuba untuk mengupas rasional terhadap dasar luar yang memihak itu dan sejauh manakah ia berjaya menyumbang kepada kestabilan negara khususnya sehingga 1970. Menurut Jayum A Jawan Karisma ( 2003 ), dasar luar merupakan satu kesinambungan daripada dasar domestiknya. 1 Di mana ia merupakan refleksi kepada corak hubungan luar sesebuah negara. Terdapat dua corak hubungan yang dominan 1 Jayum A Jawan , Malaysia Politics and Government, Karisma,, Shah Alam, 2003, hlm.206. 1

Upload: razali-samad

Post on 12-Jun-2015

9.831 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Nota Pengajian Am STPM

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

HUBUNGAN LUAR MALAYSIA

ERA TUNKU ABDUL RAHMAN (1950-1970)

Pengenalan

Hubungan di antara sesebuah negara dalam konteks dunia hari ini amat penting dalam

menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran negara berkenaan. Di mana

kebanyakan negara di dunia mengamalkan sikap saling bergantungan di antara satu sama

lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, keselamatan dan teknologi. Oleh itu,

dasar luar dilihat sebagai satu medium bagi sesebuah negara dalam mewujudkan satu

hubungan dengan negara lain .

Dalam esei ini, akan membincangkan dasar luar Malaysia pada era pentadbiran

Tunku Abdul Rahman dari tahun 1950 sehingga tahun 1970. Fokus perbincangan

tertumpu kepada pengamalan dasar pro-barat dan anti komunis negara kita pada era itu.

Penulis akan cuba untuk mengupas rasional terhadap dasar luar yang memihak itu dan

sejauh manakah ia berjaya menyumbang kepada kestabilan negara khususnya sehingga

1970.

Menurut Jayum A Jawan Karisma ( 2003 ), dasar luar merupakan satu

kesinambungan daripada dasar domestiknya.1 Di mana ia merupakan refleksi kepada

corak hubungan luar sesebuah negara. Terdapat dua corak hubungan yang dominan pada

hari ini. Pertama hubungan ‘bilateral’ yang hanya melibatkan perjanjian antara dua

negara manakala hubungan ‘multi bilateral ’ pula merupakan satu bentuk kerjasama yang

melibatkan sekumpulan negara tertentu.2 Misalnya penubuhan ASEAN pada tahun 1967

dan melibatkan lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, dan

Filipina.

Menurut M. Ghazali Shafie ( 1982 ), dasar luar berkait rapat dengan kepentingan

serta keperluan dalam menjaga serta mempertahankan kepentingan nasional.3 Lantaran 1 Jayum A Jawan , Malaysia Politics and Government, Karisma,, Shah Alam, 2003, hlm.206. 2 Ibid. 3 M. Ghazali Shafie, Malaysia: International Relations, Creative Enterprise Sdn Bhd, Kuala

Lumpur, 1982, hlm.164.

1

Page 2: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

itu, dasar luar perlu bersifat dinamik, tidak kaku dan streotaip tetapi berupaya mengubah

corak dan orentasinya dari masa ke semasa selaras dengan keperluan serta kepentingan

negara.

Abdul Rani Abdullah ( 1979 ) pula berpendapat dasar luar merupakan satu garis

panduan bagi sesebuah negara menentukan bentuk hubungan dengan negara lain.4 Ia

bergantung kepada siapa yang memerintah kerana hubungan sesebuah negara dengan

negara lain ditentukan oleh pemerintah yang berkuasa di negara berkenanan.

Kesimpulannya dasar luar merupakan satu usaha sesebuah negara dalam

menjalinkan hubungan baik dengan negara lain. Ia bertujuan untuk mewujudkan satu

usaha sama dalam pelabagai aspek dan juga untuk keamanan serta kemakmuran sejagat.

Pembentukan dasar luar biasanya tidak bersifat rigid dan sentiasa berubah-ubah mengikut

keperluan nasional sesebuah negara. Ia banyak bergantung kepada faktor-faktor ekonomi,

sejarah, penduduk, kedudukan geografi dan kepimpinan negara.

2. Dasar Luar Malaysia 1957-1960

Dasar luar Malaysia berkait rapat dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di

mana ia mendukung idea keamanan sejagat, melindungi hak asasi manusia, mewujudkan

keadilan dan kesaksamaan dalam perundangan, kerjasama dalam membangunkan

ekonomi negara anggota dalam satu situasi yang bebas daripada diskriminasi dan

penindasan. Kita juga menyokong pendirian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam

isu kebebasan sesebuah negara dalam menentukan ideologinya dan sistem sosial serta

ekonomi tanpa campur tangan dari negara asing.

Dasar luar Malaysia dutentukan oleh Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra

yang dipertanggungjawabkan dalam menggubal dasar luar dan mengendalikan hubungan

dengan negara luar. Semasa era Tunku Abdul Rahman, kementerian ini diketuai seorang

Setiausaha Tetap yang diberi tugas mengawasi tiga buah jabatan iaitu politik dan

4 Abdul Rani Andullah (ed.), Latarbelakang dan Sejarah Malaysia Moden, Adabi Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1979, hlm.291.

2

Page 3: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

maklumat, pentadbiran dan protokol.5 Peranan Kementerian Luar dalam penggubalan

dasar negara tidak dapat dinafikan. Ia jelas ketika Tan Sri Ghazali memegang jawatan

Setiausaha Tetap Kementerian itu. Tan Sri Ghazali dianggap sebagai seorang pegawai

yang berkaliber, fahaman sederhana dan kurang birokrasi telah banyak memainkan

peranannya dalam dasar luar Malaysia.

Ott ( 1972 ) mengganggarkan bahawa kira-kira 80%-90% daripda keputusan

penting dalam dasar luar Malaysia merupakan hasil interaksi Ghazali Shafie dengan

Tunku Abdul Rahman. Pendapat itu dinyatakan dalam penulisaan “ Foreign Policy

Formulation in Malaysia”, sebagai:

The relationship may best be characterized as one in which Ghazali and his ministry provide the intiative and ideas while the Tunku acts a ‘screen of acceptable’ and feasible policies’- selecting and modifying.6

Kenyataan itu membuktikan peranan Ghazali Shafie dalam menggubal dasar luar

Malaysia yang kemudiannya dikemukakan kepada Tunku Abdul Rahman untuk

dipertimbangkan serta dilakukan penyesuaian demi kepentinagn nasional.

Dalam membincangkan dasar luar Malaysia semenjak merdeka sehingga 1970, ia

dapat dibahagikan kepada tiga tahap utama. J. Saravanamuttu ( 1983 ) menganggap

tahun-tahun pasca kemerdekaan itu ( 1957-1963 ) sebagai ‘dilema kemerdekaan’ Malaya

yang mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 dilihat tiada pilihan lain selain

daripda bergantung kepada Britian dalam soal pertahanannya. Ia berhadapan dengan dua

ancaman besar iaitu pemberontakan Parti Komunis Malaya ( PKM ) dan juga ancaman

dari kuasa-kuasa besar terutamanya China dan Soviet. Lantaran itu,Malaya telah

menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britain ( AMDA ) yang menjanjikan

bantuan ketenteraan dan kelengkapan perang kepada Malaya sekiranya ia diancam oleh

negara-negara lain.

5 J. Saravanamuttu, The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy 1957-1977, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1983, hlm. 16.

6 Marvin C, Ott, Foreign Policies Formulation in Malaysia, Asian Survey, 1972, hlm. 234.

3

Page 4: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Menjelang tahun 1964-1966 pula, ia digambarkan sebagai satu era yang penuh

dengan kontroversi dan cabaran bagi Malaya yang hanya ‘setahun jagung’ pada ketika

itu. Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 disambut dingin oleh

negara-negara jirannya khususnya Indonesia dan Filipina. Presiden Sukarno yang

didalangi oleh Parti Komunis Indonesia ( PKI ) mengganggap pembentukkan Malaysia

dicetuskan oleh British dan Tunku hanyalah boneka British dalam meneruskan agenda

imperialisme di rantau Asia Tenggara. Indonesia mendakwa pembentukan Malaysia

hanya akan menguatkan tentera British di rantau ini dan memberi peluang kepadanya

menguasai hasil bumi di Brunei, Sabah dan Sarawak melalui Malaysia yang dianggap

sebagai neo-kolonialisme.7 Pada 13 Februari 1963, Indonesia melalui Presiden Sukarno

secara rasmi mengumumkan kempen menentang Gagasan Malaysia. Dalam siding media

yang diadakan di Jakarta, beliau menyatakan I now declare that Indonesia opposes

Malaysia.8 Selepas pengumumna rasmi itu, hubungan Malaya dengan Indonesia semakin

tegang sehingga Indonesia mengambil pendirian memutuskan hubungan diplomatiknya

dengan Malaysia pada 16 September 1963. Filipina turut menentang pembentukan

Malaysia kerana tuntutannya ke atas Sabah dan telah mengikut jejak Indonesia

memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia.

Menjelang tahun 1967 pula, dasar luar Malaysia mengalami beberapa perubahan

yang drastik. Pengalaman semasa konfrantasi Indonesia menyedarkan kita betapa

pentingnya hubungan serantau kepada Malaysia. Lantaran itu, sikap memihak dan

condong kepada satu pihak mulai menuju ke non-alignment iaitu berkecuali.

Tanda-tanda awal itu kelihatan menerusi penubuhan Kesatuan Negara Asia

Tenggara ( ASEAN ) yang disertai oleh Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura dan

Indonesia. Di mana selepas berakhirnya konfrontasi Indonesia, negara-negara Asia

Tenggara termasuklah Malaysia menyedari betapa pentingnya mengekalkan rantau ini

sebuah kawasan yang bebas, aman dan berkecuali. Kejayaan penubuhan ASEAN pada

Ogos 1967 merupakan asas kepada titik tolak perubahan dasar luar Malaysia yang pro-7 Rodzi Abd. Razak, “ Dari Gagasan ke Gestapu ”, Seminar Kebangsaan Sempena Empat Puluh

Tahun Penubuhan Malaysia, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 16 September 2003, hlm. 3.

8 Ibid, hlm.5.

4

Page 5: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

barat kepada berkecuali. Selain itu, negara kita turut mengadakan hubungan diplomatik

dengan negara-negara komunis dan sosialis. Yugoslavia menjadi negara komunis pertama

menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia. Ia diikuti Soviet pada pertengahan

tahun 1968 berikut lawatan Tun Abdul Razak ke Soviet.9 Ia menyaksikan Malaysia

secara beransur-ansur keluar dari kepompong British dan mengikis imejnya yang pro-

barat.

Namun begitu, faktor pengunduran British dari Terusan Suez menjelang tahun

1968 dan penarikan tentera British dari rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia menjadi

titik tolak yang penting dalam dasar luar Malaysia menjelang tahun 1970. Ini kerana

Sistem Pertahanan Lima Kuasa ( FPDA ) yang diperkenalkan bagi menggantikan AMDA

hanyalah satu rangka keselamatan yang kuarang terikat dan ia tidak menjanjikan bantuan

ketenteraan secara automatik. FPDA dilihat sebagai hanya satu rundingan antara negara-

negara anggota apabila Malaysia atau Singapura diserang negara lain.10 Ia jelas dalam

kenyataan seorang pegawai tentera Australia, Malcom Fraser pada Mac 1970 yang

menyatakan bahawa‘ Governments nowadays do not give blank cheques saying

automatically that if something happens their troops will march”.11 Pendapat Malcom

disetujui oleh Setiausaha Pertahanan Britian Denis Healey pada April 1970 apabila beliau

mengatakan bahawa ‘there would be no automatic British commitment.’12 Malaysia yang

mengikuti perkembangan ini dengan teliti menyedari bahawa ia perlu mengubah dasar

kebergantungannya terhadap barat khususnya Britian dan negara-negara Komanwal.

Lanataran itu, menjelang tahun 1970, Malaysia telah pun menuju ke arah normalisasi.

Perubahan-perubahan dari satu fasa ke fasa yang lain banyak dipengaruhi oleh

faktor-faktor yang saling berkait dengan lingkungan antarabangsa, kepimpinan dan

pelbagai perkembangan ekonomi dan ketenteraan dalam negara.

3. Dasar Luar Malaysia Yang Memihak

9 Abdullah Dahana, China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2002, hlm.147.

10 Chin Kin Wah, The Defence of Malaysia and Singapore: The Transformations of a security system 1957-1971, Cambridge University Press, Cambridge, 1983, hlm.176.

11 Ibid, hlm. 171.12 Ib id.

5

Page 6: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Dalam pengamatan dasar luar Malaysia dari tahun 1957-1970, kepimpinan Tunku secara

jelas bersifat pro-barat dan anti komunis. Bdullah Dahana ( 2002 ) mengurai fenomena

itu dengan menyatakan:

“ Tunku adalah musuh besar fahaman komunis dan sangat pro-barat. Beliau dianggap sebagai tokoh politik yang berpandangan politik sederhana,dan pragmatik. Tunku turut dilihat sebagai seorang tokoh yang konservatif,sikap terbuka terhadap reformasi dan amat memusuhi revolusi.”13

Kenyataan itu jelas menggambarkan dasar luar Tunku yang condong ke satu pihak.

Beliau dilihat menjalin hubungan yang akrab dengan Britain, Australia, Kanada, New

Zealand, Amerika Syarikat serta negara Eropah yang mendukung amalan demokrasi.

Disebaliknya, Tunku mengamalkan pendekatan yang pasif terhadap negara-negara blok

komunis dengan tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara

seperti Soviet dan China. Trend hubungan luar ini berterusan sehingga 1967 yang dilihat

sebagai satu detik penting dalam perubahan menuju non-alignment iaitu dasar

berkecuali.14

Pengamalan dasar pro-barat dan anti komunis memberi implikasi yang amat besar

dalam kestabilan Malaysia, sebuah negara dunia ketiga yang hanya mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Dasar luar Malaysia yang memihak itu jelas dalam

beberapa persetujuan atau kerjasama yang dijalankan sepanjang tempoh 1957-1970.

Dasar pro-barat Tunku dilihat condong pada Great Britian dan Komanwel. Ia

adapat dilihat melalui tindakan Tanah Melayu menyokong kemasukan Britian ke dalam

Pasaran Bersama Eropah.. Sikap memihak itu juga dapat dilihat dalam manifesto Parti

Perikatan dalam Pilihanraya Umum 1955 di mana Tunku menjelaskan bahawa Tanah

Melayu akan menyertai Komanwel apabila ia merdeka nanti.15

13 Abdullah Dahana, China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, hlm.119. 14 Ibid.15 Ghazali Shafie, Malaysia: Nilai Politik dan Budaya , Dinamika, Kuala Lumpur, 1978, hlm. 94.

6

Page 7: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Ini kerana Tunku berpendapat Komanwel merupakan sebuah ‘kelab yang bagus’ dan

keanggotaan di dalamnya akan mengeratkan hubungan Tanah Melayu dengan kuasa

barat, negara Afrika dan Asia yang menjadi anggota Komanwel.

Hubungan yang baik dengan Britian telah membawa kepada Perjanjian

Pertahanan Persekutuan Tanah Melayu dengan Britian. Mesyuarat pertama Jawatankuasa

Kerja Pertahanan dan Bantuan Bersama dimulakan di Kuala Lumpur pada 16 April

1956.16 Jawatankuasa ini terdiri daripada 5 orang wakil Persekutuan dan 5 wakil kerajaan

Britian. Malcom Macdonald, Persuruhjaya Agung Asia Tenggara dilantik sebagai

Pengerusi Jawatankuasa ini. Tanah Melayu telah diwakili oleh Tunku bdul Rahman, H.S.

Lee, Tuan Haji Mustapa Al-Bakri, Encik Abd Aziz b. Hj Majid, dan Dato Abdul Razak.

Perjanjian Pertahanan Persekutuan Tanah Melayu-Britian ( AMDA ) telah

ditandatangani pada 12 Oktober 1957.17 Tunku Abdul Rahman telah mewakili kerajaan

Persekutuan Tanah melayu manakala British diwakili Encik G.W Tory, Pesuruhjaya

Tinggi British. Perkara-perkara yang dipersutujui meliputi kebenaran Britian untuk

menempatkan tenteranya di Tanah Melayu tetapi dengan syarat jumlah anggota dan

kedudukan pengkalan tentera British ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan. Dalam

Perjanjian AMDA, Britian, New Zealand serta Australia bersetuju untuk melindungi

Tanah Melayu daripada ancaman luar dan Tanah Melayu pula membenarkan kuasa-kuasa

itu menggunakan pengkalan tenteranya di negara kita untuk mempertahanakan

kepentingannya di rantau Asia.18 Ini bermakna, kerajaan Malaya cuma bertanggungjawab

atas pertahanan dalaman sahaja dan pertahanan luaran Malaya menjadi tanggungjawab

Britian , Australia dan New Zealand.

Selain Britian dan Komanwel, dasar pro barat Tanah Melayu turut digambarkan

melalui hubungan akrabnya dengan Amerika Syarikat. Tanah Melayu merupakan antara

negara pertama menerima ‘Peace Corps’ atau Pasukan Sukerelawan Keamanan Amerika

Syarikat di samping pinjaman bagi pembangunan ekonomi dan pertahanan Malaysia.19

16 Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid ii, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 63. 17 Ibid, Jilid iv, 1986, hlm. 7. 18 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm. 8.19 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.128

7

Page 8: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Dasar Malaysia yang pro Amerika turut digambarkan dalam sokongan Tanah Melayu

terhadap penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam. Malahan Saigon telah

menjadi destinasi luar negeri pertama Tunku selaku Perdana Menteri Tanah Melayu.

Dalam kunjungan itu, pada tahun 1958, Tunku telah mengunjungi Presiden Vietnam

Selatan, Ngo Dinh Diem. Dalam lawatan itu, Tunku telah membuat kecaman yang keras

terhadap ancaman fahaman komunis.20Sebagai sokongan moral dalam membendung

ancaman komunis, Malaya telah memberi latihan kepada polis Vietnam Selatan di

samping bekalan senjata.21

Dasar ekonomi luar Malaysia memberi kesan yang besar kepada pertumbuhan

ekonomi domestik. Ini memandangkan ia merangkumi ½ daripada pengeluaran dan

keperluan dalam negara.22 Polisi utama ekonomi negara ialah meluaskan pasaran bagi

barangan keluaran negara di samping melindungi harga komoditi utama negara

khususnya bijih timah dan getah.23 Lantaran itu, Malaya tidak membeza-bezakan idelogi

sesebuah negara dalam mengadakan perhubungan ekonomi.

Namun begitu, kebergatungan negara terhadap negara-negara Barat terutamanya

Amerika Syarikat dan Britian begitu ketara. Dalam tahun 1958 misalnya, sejumlah 45.3%

eksport negara adalah ke negara-negara barat yang pro demokrasi. Sebanyak 18.5%

eksport Malaya adalah ke Britian manakala eksport ke Amerika Syarikat pula

merangkumi 10.6% eksport Malaya.24 Selebihnya ia dikuasai oleh negara-negara seperti

Jerman Barat ( 5% ), Itali ( 3.8% ), Peranchis (2.6% ), Australia (1.7% ), Kanada (1.6% )

dan Belanda (1.5% ).25 Dari aspek import pula, Britian menguasai 25% daripada jumlah

import negara manakala Australia, Amerika Syarikat, Jermana Barat dan Belanda pula

merupakan antara negara-negara pengimport utama Malaya dengan jumlah import

20 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Edisi 2, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 413.

21 J. Saravanamuttu, The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy 1957-1977, hlm. 26.

22 John Gullick,.Malaysia: Economic Expansion and National Unity, Westview Press, London, 1981, hlm. 209.

23 Ibid, hlm.212. 24 Saravanamuttu, The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy

1957-1977, hlm. 32.25 Ibid, hlm, 33.

8

Page 9: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

sebanyak 12% daripada keseluruhan import negara yang kebanyakannya terdiri daripada

bahan makanan dan tembakau dan barangan pengguna.

Selain jumlah eksport dan import yang besar dari negara-negara pro demokrasi,

Malaya turut menandatangani Perjanjian ‘bilateral’ dengan negara Jerman Barat dan

Amerika Syarikat pada tahun 1957. Di samping Perjanjian dagangan dengan Australia

( 1958 ) dan New Zealand pada ( 1961 ). Melalui perjanjian-perjanjian ini, hubungan

luar dan dagangan antara Malaya dengan negara-negara Barat dapat dipertingkatkan. Ini

seterusnya membawa kepada satu corak kebergantungan negara terhadap Barat.

Dasar negara yang anti komunis menyaksikan jumlah dagangan antara Malaya

dengan negara komunis iaitu China dan Soviet begitu rendah. Pada tahun 1958, hanya

3.9% eksport Malaya ke Soviet manakala hanya 2.9% dieksport ke China. Pada tahun

yang sama, jumlah import dari China hanyalah 5.7% dan tiada langsung barangan yang

dibawa masuk dari Soviet.26 Perkembangan ini membuktikan bahawa dasar luar negara

turut memberi kesan terhadap trend dagangan negara walaupun kita mengamalkan corak

dagangan bebas tanpa mengira idelogi.

Dasar anti komunis Tunku adalah wajar dan dapat difahami sekiranya diimbas

daripada pengalaman Tanah Melayu bergelut dengan ancaman Parti Komunis Malaya

( PKM ). Darurat yang diisytiharkan pada tahun 1948 telah berlanjutan dan memasuki

tahun yang ke sembilan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Kekejaman

serta kemusnahan yang diakibatkan oleh tindakan-tindakan subversif komunis memberi

impak yang begitu besar dalam dasar luar Malaya.

Tunku begitu bimbang dengan dasar agresif Parti Komunis China telah

menyatakan bahawa:

“ Saya bukan anti komunis secara membuta. Saya hanya

26 Saravanamuttu, The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy 1957-1977, hlm. 35.

9

Page 10: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

menentang negara-negara komunis yang cuba mengeksport idelogi mereka ke negara lain melalui kegiatan subersif dan militant”.27

Dasar anti komunis Tunku turut jelas dalam kenyataan beliau bahawa ‘ dalam pergolakan

antara Barat dan komunis, Tanah Melayu akan timbul dan tenggelam dengan Barat.’28

Lantaran itu, Tanah Melayu pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengambil tindakan

drastik dengan tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara

komunis seperti Soviet, China, Yusgoslavia dan Bulgaria.

Dalam dasar anti komunisnya, Tunku dilihat lebih anti China berbanding Soviet.

Ia berkait rapat dengan perjuangan PKM yang dipelopori oleh orang Cina dan ia diakui

Tunku yang berpendapat: “Kita mesti menyedari Cina komunis sepanjang masa

memandang ke arah kita dengan harapan suatu hari kelak akan menguasai seluruh Asia

Tenggara”.29 Malahan beliau turut yakin China sentiasa mencari peluang untuk

mengembangkan ideologinya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kenyataan

Tunku itu ada benarnya sekiranya kita melihat perkembangan di Vietnam, Thailand,

Malaya, Indonesia mahupun Filipina. Di mana ancaman komunis menjadi satu dilema

bagi negara-negara yang baru merdeka itu. Justeru itu, Tunku dilihat begitu bimbang

dengan dasar Parti Komunis China yang menjadi dalang kepada pergerakan komunis di

rantau Asia Tenggara. Dalam usaha membendung penularan idelogi komunis di Malaya,

beberapa perkembangan semasa yang berlaku sepanjang era pentadbiran Tunku jelas

menunjukkan sikap anti komunis China.

Konflik pertama China – Malaya tercetus pada Januari 1959.30 Pada Disember

1958, Dewan Rakyat telah meluluskan satu undang-undang perbankan yang melarang

bank-bank asing yang 50% daripada modalnya dikuasai orang asing beroperasi di

Malaya.31 Bank of China yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur telah menerima

surat penghentian operasi pada 1 April 1959. Tindakan Malaya itu dibidas kerajaan China

dan diangggap sebagai ‘sikap yang sangat tidak bersahabat dengan rakyat China’

27 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.5.28 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan dan Perkembangan., hlm. 412.29 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.4.30 Abdullah Dahana, China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, hlm.122.31 Ibid, hlm. 123.

10

Page 11: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Malahan Renmin Ribao di China mengutuk tindakan itu dengan dakwaan langkah itu

merupakan satu usaha imperialisme Amerika dalam usaha merosakan pembangunan

ekonomi China.32

Selain itu, Tunku turut berpihak kepada India dalam konflik India - China pada

tahun 1962.33 Sebagai tanda sokongan kepada India satu tabung ‘Selamatkan Demokrasi’

telah dilancarkan dan berjaya mengutip 1 juta dolar. Ia telah disumbangkan kepada India

sebagai usaha membantu India, sebuah negara Komanwel dalam menghadapi ancaman

komunis China. Usaha Malaya itu juga menunjukan sokongannya menegakkan

demokrasi dan menentang komunis.

Dasar anti komunis China juga dapat dilihat dalam krisis pencerobohan China ke

atas Tibet pada tahun 1959. 34 Persekutuan Tanah Melayu dan Ireland telah membawa

usul berkaitan ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.35 Dato Ismail, Menteri

Luar dengan lantang telah mengutuk pencerobohan itu malah secara terus terang

mengatakan sokongan Malaya terhadap usaha Dalai Lama membuat permohonan ke

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pendirian itu jelas menunjukkan sikap anti komunis

Malaya yang memperjuangkan idelogi demokrasi iaitu kebebasan rakyat dalam

menentukan hala tuju negara tanpa campur tangan negara lain. Tindakan Republik China

dalam menceroboh Tibet dianggap sebagai satu penindasan kuasa besar terhadap negara

kecil dan tindakan seumpama itu tidak dapat diterima oleh Malaysia.

4. Rasional Dalam Pengamalan Dasar Luar Yang Memihak

32 Ibid.33 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.35.34 Saravanamuttu, The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy

1957-1977, hlm. 27.35 Ghazali Shafie, Malaysia: Nilai Politik dan Budaya , Dinamika, Kuala Lumpur, 1978, hlm.

102.

11

Page 12: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Pada awal kemerdekaan, Tanah Melayu yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman

memilih untuk mengamalkan dasar pro-barat dan ia menjalin hubungan yang akrab

dengan Britian dan pro Komanwel. Dasar luar itu berterusan sehingga pembentukan

Mlaysia pada tahun 1963. Ia mendapat kritikan daripada sesetengah Negara jiran kita

yang kurang senang dengan dasar itu. Indonesia misalnya melihat hubungan baik antara

Malaysia dengan Britian merupakan satu projek neokolonialisme dan merupakan neo-

imprerialisme, satu bentuk penjajahan baru di Asia Tenggara. Ia membawa kepada

konfrantasi Indonesia yang mengamalkan dasar anti komunis. Namun begitu, Tunku

berpendapat dasar memihak kepada barat merupakan langkah yang tepat berdasarkan

situasi Malaysia pada ketika itu.

Dasar Negara yang pro British dan Komanwel membolehkan Britian dan negara-

negara Komanwel termasuklah New Zealand dan Australia memberi bantuan pertahanan

kepada Malaya dan kemudiannya Malaysia. Ia menjadi payung pertahanan negara

sepanjang tempoh 50an sehingga 70an. Di mana Malaysia terpaksa mengharung pelbagai

cabaran dalam proses mencapai kematangannya. Ia termasuklah ancaman komunis,

konfrantasi Indonesia dan ancaman Filipina. Kerjasama Pertahanan Tanah Melayu dan

British dalam AMDA telah hebat diperdebatkan di Dewan Rakyat. Ini kerana ia dianggap

sebagai satu muslihat kolonial yang bercita-cita untuk meluaskan penjajahan mereka di

Asia Tenggara.36 Pada masa yang sama, AMDA turut dikhuatiri akan mengheret Malaya

ke dalam kancah perang dingin.37 Malahan dasar luar negara yang pro barat itu juga akan

mengakibatkan kita disisihkan daripada negara Afro-Asia. Walaupun begitu, Tunku

begitu yakin AMDA dan kerjasama pertahanan dengan negara-negara Komanwel cukup

penting dalam menjamin kedaulatan serta kesinambungan negara Malaya yang merdeka.

Pada awal kemerdekaan Malaya, kita belum bersedia untuk mempertahankannya.

Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) tidak mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk

36 Federation of Malaya, Malayan Second Legislative Council Debates, Kuala Lumpur, Government Printers, 3 October 1957, hlm. 3319.

37 Ibid.

12

Page 13: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

pertahankan negera keseluruhannya. Perkara ini dibangkitkan oleh Tunku Abdul Rahman

pada 2 Oktober 1957:

… let us face the facts, and the facts are that we have at our command an army of less than one division, we have no air force, not even a single plane, or a single man, we have no navy, not even a single sailor and we have not even a single sea-going craft.With the revenue at our command we can never be able to build our forces to strength which we require for the defence of our country.38

Dalam situasi sedemikian, kerajaan Malaya tiada pilihan lain kecuali mengamanahkan

pertahanan luarannya kepada British dan negara-negara Komanwel seperti yang

termaktub dalam AMDA. Ini kerana Malaya dibebankan dengan tanggungjawab

pembangunan negara yang berat dan enggan membelanjakan wang yang terlalu banyak

untuk pertahanan. Malaya yang hanya mempunyai pendapatan sebanyak $761,000,000

juta hanya memperuntukkan $70,000 untuk tujuan pertahanan. Hasrat kerajaan itu

dicerminkan oleh Tunku pada Mei 1956 bahawa kerajaan Malaya cuma ingin

menubuhkan ‘a small army’ kerana menubuhkan tentera yang besar akan melibatkan kos

yang besar.39 Pembangunan sosio-ekonomi diberi keutamaan berbanding pembangunan

ketenteraan dan ia diperjelaskan oleh Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak pada 1960.40

Beliau menyatakan ‘higest priority ’ akan diberikan kepada pembangunan sosio-ekonomi

yang bertujuan untuk meninggikan kemajuan dan kemakmuran negara.

Malaya turut menjalin hubungan yang baik dengan Amerika selaku tunjang utama

dalam negara demokrasi. Malaya yang menyokong sepenuhnya konsep demokrasi dilihat

sebagai sekutu rapat Amerika Syarikat di Asia Tenggara. Hubungan yang rapat ini dapat

dilihat semasa konfrontasi Indonesia di mana Presiden Johnson telah dengan terang dan

tegas menyatakan sokongan Amerika Syarikat terhadap Malaysia. Beliau menawarkan

kemudahan-kemudahan latihan tentera kepada Malaysia.41 Malahan Amerika Syarikat

turut memberi jaminan bagi pertimbangan yang sewajarnya kepada permintaan Malaysia

untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli kelengkapan tentera. Amerika Ayarikat juga

38 Federation of Malaya, Malayan Legislative Council Debates, Kuala Lumpur, Government Printers, 2 October 1957, hlm. 3382.

39 Yap Pak Choy, Perkembangan Kuasa Udara – Pengalaman Tentera Udara Diraja Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1997, hlm. 20.

40 Ibid. 41 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.64.

13

Page 14: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

bertindak menahan bantuan ketenteraannya yang berjumlah kira-kira $ 15 million kepada

Indonesia.42 Di samping itu, Amerika Syarikat juga membatalkan persidangan

antarabangsa untuk memberi pinjaman sebanyak $ 50 million kepada kerajaan pimpinan

Sukarno43. Pendirian Amerika Syarikat dalam konfrontasi Indonesia jelas iaitu

sokongannya kepada Malaysia yang bebas dan merdeka serta mengiktiraf usaha-

usahanya dalam meneruskan pertumbuhan dalam keadaan aman dan harmoni.44

Semenjak sebelum merdeka lagi, Tanah Melayu bergantung kepada eksport

komoditinya khususnya bijih timah dan getah. Kebanyakan estet getah dan lombong bijih

timah dimiliki pelabur asing terutamanya dari Britian. Pada masa yang sama, pengimport

utama bijih timah dan getah negara ialah Amerika Syarikat dan Britian. Fenomena ini

berterusan sehingga kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Persekutuan Tanah

Melayu menghadapi masalah kekurangan modal dan kepakaran bagi menjana

ekonominya.45 Justeru itu, ia terpaksa bergantung kepada pelabur-pelabur asing untuk

menanam modal, mendirikan kilang dan bank di negara kita. Trend ini berterusan

sehingga tahun 70an, di mana sebanyak 68.3% daripada pemilikan syarikat dan saham

Malaysia dikuasai oleh pelabur asing.46

Keperluan untuk menstabilkan harga komoditi turut mengakibatkan kita

mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara Barat terutamanya Britian dan Amerika

Syarikat yang dianggap sebagai negara maju dan mengawal jentera pasaran. Tindakan ini

perlu untuk mengelakkan harga komoditi seperti timah dan getah jatuh mendadak

sehingga menjejaskan pendapatan negara. Ia penting memandangkan keterbergantungan

negara terhadap hasil-hasil itu pada era 50an sehingga 70an.

Kepentingan rakan dagang dari barat terutamanya Amerika Syarikat dalam

menjana ekonomi domestik negara cukup mustahak dalam era 50an sehingga penghujung

42 Rodzi Abd. Razak, “ Dari Gagasan ke Gestapu ”, Seminar Kebangsaan Sempena Empat Puluh Tahun Penubuhan Malaysia, hlm. 8.

43 Ibid. 44 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.64.45 Jim Baker, Crossroad: A Popular History of Malaysia and Singapore, Times Books

International, Singapore, 2000, hlm. 292.46 Ibid, hlm. 293.

14

Page 15: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

60an. Menurut statistik, Amerika Syarikat merupakan pengimport kedua terbesar

Malaysia dari tahun 1958 sehingga 1968. Ia menduduki tempat kedua selepas Singapura

dan jumlah importnya dari Malaysia. Pada tahun 1958 jumlah ekspot ke Amerika

Syarikat adalah sebanyak 10.6%, diikuti 11.5% pada tahun 1959, 10.3% pada tahun 1960,

12.6% pada 1961, 14.5% dan 14.4% pada tahun 1962 dan 1963.47

Kepentingan Amerika Syarikat dalam dagangan negara dapat dilihat dalam

lawatan Tun Abdul Razak ke Amerika Syarikat pada penghujung 1966. Di mana dalam

satu ucapan ketika menghadiri Konvensyen Tahunan Persatuan Industri dan Dagangan di

New York, beliau menyatakan :

“ Malaysia is a peaceful and democratic country, politically andeconomically stable and friendly with the United Sates… If you want toexpand and invest and you look around the world for a suitable place to do this, than I suggest you look towards Malaysia”48

Kenyataan Tun Abdul Razak itu merupakan satu usaha untuk menarik kemasukan

pelabur asing ke Malaysia dengan memberi jaminan kestabilan negara dalam pelbagai

aspek termasuklah keselamatan, politik dan ekonomi.

Dalam membincangkan rasional pengamalan dasar luar yang pro-Barat, faktor

kepimpinan dan keperibadian Tunku Abdul Rahman juga perlu diteliti. Menurut Silcock (

1963 ), ketokohan Tunku memain peranan yang sangat penting atas dasar luar Negara

antara tahun 1957-1970. Beliau menyatakan bahawa:

Dasar luar Malaysia lahir lebih daripada watak Perdana Menterinya,Tengku Abdul Rahman dari apa yang menjadi kebiasaan, dalam dasar luar negara-negara yang baru merdeka. Kita dapat melihat tanda-tanda itu terlukis jelas dalam sifat-sifat peribadinya…49

Pendapat Silcock disetujui oleh Pathmanathan ( 1980 ) yang berkata ‘ada bukti

kuat yang menunjukan bahawa sifat-sifat Tengku memainkan peranan penting dalam

47 Saravanamuttu, The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia’s Foreign Policy 1957-1977, hlm. 32.

48 Ibid, hlm. 78. 49 T.H. Silcock, The Development of Malayan Foreign Policy, Australia Outlook, Jilid 17, I,

Melboure, April 1963, hlm.42.

15

Page 16: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

usaha-usaha dasar luar dan keputusan negara.’50 Tunku yang berpendidikan Cambridge

dilihat merumus dan mengarah dasar luar Malaysia dari tahun 1957-1970. Beliau

mendapat pendidikan di St. Catherine College, Cambridge seawal usia 16 tahun.

Kehidupan beliau di England diwarnai dengan gaya hidup kebaratan dan serba mewah.

Tunku dikatakan menghabiskan masa dengan mengunjungi kelab menari ‘The Swan’

yang terletak di Bedford.51 Beliau juga dikatakan sering memandu kereta Reley sportnya

bersama-sama temannya di jalan-jalan Cambridge dan London. Sikap borosnya juga

ketara apabila Tunku menghabiskan wang yang banyak untuk mengadakan parti dan

mengamalkan corak hidup ‘happy go – lucky’ dan ‘taking life easy’.52 Minat Tunku yang

cenderung kepada lumba kuda sejak usia yang muda lagi menjadikan beliau

memperkenalkan sukan itu di negara kita. Ia ditambah dengan pengenalan bentuk-bentuk

perjudian yang lain seperti ‘pertaruhan luar gelanggang’, loteri tiga dan empat nombor.53

Latar pendidikan dan gaya hidup kebaratan Tunku terbawa-bawa dalam corak

kepimpinannya. Beliau dilihat lebih selesa untuk bekerjasama dengan negara-negara

barat berbanding dengan negara lain dan memandang negara-negara komunis dengan

perasaan penuh prejudis. Tunku dikatakan jarang berunding dengan kabinet mengenai

usaha-usaha yang dijalankannya dalam bidang dasar luar negeri. Sebaliknya Tunku

sering menggunakan cara ‘fait accompli’ iaitu membentangkan pendapatnya kepada

kabinet untuk dipersetujui bersama.54 Justeru itu, Tunku Abdul Rahman dikatakan

membentuk serta mencorakkan dasar luar negara pada era pasca kemerdekaan Malaysia.

Keperibadian beliau banyak digambarkan menerusi dasar serta pendekatan diplomatik

negara pada ketika itu.

Percaturan untuk mengamalkan dasar anti komunis diambil kira berdasarkan

kepada perkembangan semasa yang berlaku di Tanah Melayu sejak era darurat lagi.

Ancaman komunis di Tanah Melayu telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh

50 M. Pathmanathan, Reading in Malaysia Foreign Policy, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 79. 51 Yusof Harun, Tunku-Idealisme Dalam Kenangan, Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, Pulau

Pinang, 1991, hlm. 36.52 Ibid. 53 Aziz Zarina Ahmad, Putera Negara: Tunku Abdul Rahman,Firma Publishing Sdn Bhd, Taiping,

1987, hlm. 37. 54 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.1-2.

16

Page 17: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

British pada tahun 1948. Ia berlanjutan sehingga tahun ke sembilan kemerdekaan

Persekutuan Tanah Melayu. Kegagalan rundingan Baling menunjukkan kedegilan

komunis dan ancamannya terhadap Malaya yang merdeka.

Darurat 1948-1960 banyak meninggalkan impak negatif terhadap pembangunan

sosial dan ekonomi negara. Ia merupakan satu lembaran sejarah hitam rakyat jelata yang

terpaksa hidup dalam ketakutan serta kesengsaraan. Menjelang 31 Julai 1960, setelah

darurat diisytiharkan tamat, seramai 1865 anggota keselamatan terkorban dan 2406

terbunuh. Di pihak orang awam pula, seramai 2473 terbunuh, 1383 cedera dan 818

hilang.55 Justeru itu Tunku mengambil pendekatan yang cukup berhati-hati dalam

menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis agar ia tidak menguris hati

rakyat yang banyak menanggung penderitaan angkara kekejaman PKM.

Dalam melihat perkembangan serantau pula, Tunku begitu bimbang dengan

perkembangan politik di rantau Asia Tenggara. Parti Komunis Thailand bermaharajalela

di Timur laut negara berkenaan manakala Filipina pula diancaman gerakan Hukbalahap

fahaman komunis. Parti Komunis Indonesia pula semakin aktif dan berpengaruh di dalam

kerajaan Sukarno. Manakala di Vietnam pula, Perang Vietnam yang melibatkan campur

tangan Amerika Syarikat memasuki tahap yang kritikal dan menyaksikan penularan

pengaruh komunis ke Laos.

Tunku percaya Teori Domino akan menjadi kenyataan sekiranya Saigon jatuh ke

tangan komunis. Malaya dan negara-negara Asia Tenggara yang lain akan terasa

tempiasnya. Kebimbangan ini telah menjadi teras kepada dasar anti komunis Tunku

sepanjang era pentadbirannya. Sekilas pandang, ketegasan Tunku adalah rasionalnya

kerana Malaya masih bergelut dengan ancaman komunis yang mendapat bantuan dan

sokongan moral dari Parti Komunis China ( PKC ). Tunku tidak mahu menjalin

hubungan diplomatik dengan sebarang negara komunis kerana keselamatan Negara tidak

55 Aziz Zarina Ahmad, Putera Negara: Tunku Abdul Rahman,hlm. 105.

17

Page 18: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

membenarkan beliau untuk berbuat demikian.56 Selain itu, ia juga bertujuan untuk

mengelak sebarang salah faham yang mungkin timbul apabila Tanah Melayu berbaik-

baik dengan negara komunis. Ia seolah-olah Malaya menerima ideology komunis.

Dalam pengamalan dasar anti komunis, Tunku dilihat lebih anti China berbanding

Soviet. Ia jelas menjelang tahun 1968 apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik

dengan Soviet tetapi hubungan Malaysia dan China tetap dingin sehinggalah tahun 1974.

Kedinginan hubungan Malaysia dengan China berpunca daripada sokongan dan simpati

republic itu terhadap perjuangan Parti Komunis Malaya. Ia dikatakan bermula seawal

1950an lagi. Menurut Gene Z. Hanrahan ( 1954 ), seawal 1950an lagi:

Kadet-kadet baru dari China disusupkan ke wilaya Malaya secara teratur. Mereka banyak berperanan dalam menghidupkan kembali komandogerila serta mempertingkatkan juang pemberontakan.57

Malahan sejak tahun 1949, propaganda China telah memiji serta meningkatkan moral

anggota PKM di Malaya dengan berita-berita perjuangan ‘rakyat Malaya’ yang dipimpin

oleh PKM dalam menentang kolonialisme Inggeris.58 PKM dikatakan berjaya dalam

perjuangannya menentang 200,000 tentera British di samping semakin mendapat

sokongan rakyat jelata bagi penubuhan kerajaan Republik Malaya. Penglibatan China

dalam perjuangan PKM jelas apabila corak perjuangannya secara gerila dan taktik-

taktiknya merupakan hasil inspirasi perjuangan Mao Zedong.

Walaupun darurat ditamatkan pada tahun 1960, PKC masih terus menerus

memberi memebri ancaman kepada negara. Ia dapat dilihat dalam peranan Peking dalam

konfrantasi Indonesia. Peking dilihat menjadi dalang dengan mempengaruhi Parti

Komunis Indonesia untuk memperalatkan Presiden Sukarno untuk melancarkan

‘Ganyang Malaysia’. Sokongan Chia terhadap konfrantasi Indonesia dinyatakan oleh

Presiden China Liu Shao-Chi dalam lawatannya ke China.59 Malahan penubuhan

Malaysia turut mendapat kritikan media-media China yang beranggapan Malaysia lahir

56 Abdullah Dahana, China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, hlm.5.57 Harahan, Gene G, The Communist Struggle In Malaysia, New York, Institute of pacific

Relation, 1954.58 Abdullah Dahana, China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, hlm.80.

59 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.51.

18

Page 19: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

sebagai ‘produksi gabungan’ antara ‘imperialisme Amerika dengan kolonialisme

Inggeris’.60

Selain China, Indonesia turut mendapat bantuan Soviet yang bersaing dengan

China bagi mengimbangi kuasa komunis di Timur. Tentera-tentera Indonesia seramai

500,000 dilengkapi dengan senjata-senjata Soviet di samping pesawat-pesawat pejuang

buatan Soviet seperti Bagder, MiG-15,17, 19 dan 21.61 Pencerobohan Indonesia telah

mendapat bantahan Malaysia dan konflik itu telah dirujuk di Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi Soviet telah menggunakan kuasa vetonya

untuk menghalang PBB daripada mengambil tindakan terhadap pencerobohan Indonesia

itu.

Perang Dingin antara Beijing dengan Kuala Lumpur kemuncak pada pertengahan

tahun 1968 apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Soviet dan ia

membawa kepada sokongan terbuka China terhadap hasrat PKM untuk mengaktifkan

semula pemberontakan bersenjata menjelang 1 Jun 1968. Pada penghujung tahun 1969,

Suara Revolusi Malaya ( VOMR ) stesen radio PKM telah beroperasi di Wilayah Yunan

China Selatan.62 Stesen ini telah menjadi stesen rasmi PKM bagi menyebarkan

ideologinya di samping penghubung PKM dengan PKC.

Penglibatan blok komunis khususnya China dan Soviet dalam konflik yang

menjejaskan keselamatan serta kestabilan negara dan juga serantau jelas merupakan satu

bentuk campur tangan asing serta pencabulan terhadap kedaulatan negara lain. Malaya

pimpinan Tunku mengambil langkah drastik dengan tidak menjalin hubungan diplomatik

dengan blok komunis sebagai tanda protes terhadap dasar komunis yang agresif.

5. Sumbangan Dasar Luar Tunku Kepada Kestabilan Malaysia Sehingga 1970

60 Abdullah Dahana, China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, hlm. 130-131.61 Yap Pak Choy, Perkembangan Kuasa Udara – Pengalaman Tentera Udara Diraja Malaysia,

hlm. 24-25.62 Abdullah Dahana, China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-1974, hlm.153.

19

Page 20: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Dasar pro-Barat dan anti komunis Tunku Abdul Rahman mencetuskan reaksi yang

berbalah bagi di kalangan pemimpin tempatan. Kehadiran tentera Britian dan Komanwel

dianggap sebagai satu bentuk campurtangan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan

dilihat menjejaskan kredibilitinya sebagai sebuah Negara yang bebas merdeka.

Pada masa yang sama, golongan nasionalis haluan kiri melahirkan kebimbangan

terhadap dasar pro-Barat dan anti komunis itu akan membawa kepada penglibatan kita

dalam SEATO, sebuah pakatan menentang ideologi komunis yang diketuai oeh Amerika

Syarikat.63 Ia seterusnya akan menjebakkan diri kita dalam Perang Dingin antara Amerika

Syarikat dan Soviet Union. Sebaliknya golongan ini inginkan Malaya menjalin hubungan

yang lebih akrab dengan negara Afro-Asia dan tidak terlalu rapat dengan Barat.

Bantuan Britian kepada Persekutuan Tanah Melayu dilihat mempunyai agenda ‘

tersembunyi ’. Menurut laporan dari pejabat Kommissioner Jeneral ( 1957 ), Britian

begitu mengambil berat Tanah Melayu kerana empat faktor utama iaitu Tanah Melayu

merupakan sumber bahan mentah utama Britian, di samping menjadi simbol pengaruh

Britian di rantau Asia Tenggara.64 Selain itu, Tanah Melayu juga merupakan pusat

pelaburan utma para pelabur British dan turut menjadi pengkalan tentera British di rantau

Asia.65

Namun begitu, setelah mengambil kira faktor keselamatan negara serta

kepentingan ekonomi dan pembangunan domestik, Tunku Abdul Rahman dengan yakin

dan lantang menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang

pro-Barat dan anti komunis. Walaupun pelaksanaan sering dipertikaikan namun dasar

memihak itu ternyata merupakan formula terbaik bagi Persekutuan Tanah Melayu. Ia

berjaya menyumbang kepada kestabilan Malaysia khususnya sehingga 1970. Kestabilan

itu merujuk kepada keselamatan negara yang terjamin, perkembangan ekonomi yang

63 Commissioner General Office, The Outlook in Malaya Up to 1960, FO 371/129342, no.8, 1957, hlm.395.

64 Ibid, hlm.389. 65 Ibid.

20

Page 21: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

membanggakan, pembangunan domestik yang berterusan serta hubungan luar yang

positif di antara negara jiran dan serantau.

Sumbangan terpenting dasar pro-Barat kepada Malaya yang hanya ‘ setahun

jagung’ ialah dari aspek pertahanan. Britian dan negara-negara Komanwel telah

menjanjikan bantuan ketenteraan kepada Tanah Melayu melalui Perjanjian Anglo-

Malayan Defence Agreement ( AMDA ). Peranan Britian dalam membangunkan

pertahanan udara negara tidak dapat dinafikan. Ini dapat dibuktikan dengan pemimpin-

pemimpin TUDM bagi sepuluh tahun permulaannya adalah pegawai-pegawai yang

dipinjamkan dari Royal Aior Force ( RAF ). Justeru itu, Britian menjadi pelopor kepada

perkembangan awal Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ). Di mana idea penubuhan

TUDM telah dicadangkan oleh pegawai tertinggi British pada Disember 1953.66

Penubuhan TUDM secara simboliknya bermula pada 17 April 1958 dengan ketibaan

pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer yang mendarat di pengkalan udara British Kuala

Lumpur.67 British pada dasarnya bersetuju untuk menaggung kos kelengkapan TUDM

manakala Persekutuan Tanah Melayu pula akan membiayai kos penyelenggaranya.

Perkembangan kuasa udara di Malaya pada ketika itu memainkan peranan penting

bagi menghadapi ancaman komunis. Di mana pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer

digunakan untuk tujuan bantuan pengangkutan udara yang merangkumi tugas-tugas

peperangan psikologi, peninjauan udara dan juga payung terjun.68 Menjelang tahun 1960,

Malaya turut dibekalkan pesawat-pesawat lain seperti Cessna 310, Dove, Heron dan

digunakan untuk tujuan latihan dan tugas penerbangan orang-orang kenamaan.69 Di

samping kelengkapan udara, British juga ditanggungjawabkan untuk melatih juruterbang

tempatan bagi mengendalikan pesawat-pesawat yang dibekalkan.

66 Yap Pak Choy, Perkembangan Kuasa Udara – Pengalaman Tentera Udara Diraja Malaysia, hlm. 20.

67 Ibid.68 Ibid, hlm. 22.69 Ibid, hlm. 23.

21

Page 22: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Peranan tentera-tentera Komanwel dari Fiji dan Nepal dalam memerangi ancaman

komunis cukup bermakna.70 Malaya telah merdeka dalam era darurat yang masih

berterusan sehingga 1960. dalam menangani ancaman komunis, tentera Tanah Melayu,

Britian dan Komanwel telah berganding bahu dan berjaya melemahkan kekuatan PKM

yang akhirnya berundur ke sempadan sempadan Malaysia-Thailand. Menjelang

penghujung tahun 31 Disember 1956, seramai 9,319 gerila PKM berjaya dibunuh,

ditawan atau menyerah diri manakala seramai 2,724 cedera.71

Komitmen Britian dan Komanwel dalam pertahanan negara terserlah ketika

Malaysia menghadapi konfrontasi Indonesia. Walaupun konfrantasi adalah perang

insurgensi sahaja tetapi sebahagian besarnya ditangani oleh tentera-tentera British,

Australia dan New Zealand. Kesungguhan tentera-tentera Komanwel terbukti ketika

lawatan Ketua Turus Angkatan Bersenjata Diraja British, General Sir Richard Hull

mengunjungi Tanah melayu dan beliau menyatakan sokongan ketenteraan kepada

Malaysia untuk menghadapi tentangan Indonesia.72 Seramai 6000 tentera British di

bawah kepimpinan Major Jeneral Walter Walker telah dihantar ke Borneo untuk

mengawasi pergerakan tentera Indonesia di wilayah berkenaan.73 Royal Air Force

( RAF ) turut dikerahkan sepenuhnya dalam mempertahankan Malaysia. Pesawat-pesawat

Hunters dan Javelinsnya di Labuan dan Kuching digunakan untuk menyekat

pencerobohan ruang udara negara oleh Angkatan Tentera Udara Republik Indonesia

( AURI ).74 Ia seterusnya melumpuhkan mobiliti dan bekalan udara tentera-tentera

Indonesia. Pada masa yang sama, kita turut mendapat bantuan daripada Australia dan

New Zealand yang telah menawarkan bantuan berjumlah RM 4.5 juta untuk membantu

latihan ketenteraan dan kelengkapan pertahanan kepada Malaysia pada April 1964.75

70 Mokhtar A. Kadir, Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia Dalam Antara Bangsa, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 171.

71 Federation of Malaya, Malayan Legislative Council Debates, Kuala Lumpur, Government Printers, 3 October 1957, hlm. 3316.

72 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.48.73 Rodzi Abd. Razak, “ Dari Gagasan ke Gestapu ”, Seminar Kebangsaan Sempena Empat Puluh

Tahun Penubuhan Malaysia, hlm. 9. 74 Yap Pak Choy, Perkembangan Kuasa Udara – Pengalaman Tentera Udara Diraja Malaysia,

hlm. 25.75 Rodzi Abd. Razak, “ Dari Gagasan ke Gestapu ”, Seminar Kebangsaan Sempena Empat Puluh

Tahun Penubuhan Malaysia, hlm. 9.

22

Page 23: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Secara keseluruhannya konfrontasi ketenteraan dan ancaman subversif tentera-

tentera Indonesia berjaya ditangani dengan berkesan hasil kerjasama tentera-tentera

Komanwel dengan pasukan keselamatan tempatan. Menurut laporan kerajaan Malaysia,

sehingga 31 Julai 1964, seramai 206 anggota tentera Indonesia dibunuh di Sabah dan

Sarawak, 150 ditangkap dan 55 orang menyerah diri manakala 83 cedera dan berjaya

melepaskan diri.76 Akhirnya peralihan kuasa di Indonesia selepas peristiwa GESTAPU

telah mengubah dasar Indonesia terhadap Malaysia. Ia membawa kepada perjanjian

damai pada 11 Ogos 1966.

Tamatnya Konfontasi Indonesia berjaya memulihkan hubungan diplomatic

Malaysia, Indonesia serta Filipina. Namun begitu, hubungan Malaysia-Filipina kembali

tegang pada tahun 1968. Ia berikutan terbongkarnya peristiwa Corregidor yang

mendakwa penglibatan kerajaan Filipina dalam melatih orang Islam di Selatan Filipina

untuk kegiatan infiltrasi di Sabah.77 Malaysia telah membuat bantahan tetapi Filipina

terus berdolak-dalih dalam isu itu dan bersikap mendiamkan diri dalam tuntutannya

terhadap Sabah.

Hubungan Kauala Lumpur- Manila semakin tegang apabila Kongress Filipina

meluluskan satu rang undang-undang ‘menakluki Sabah’ dan ia dianggap oleh Malaysia

sebagai satu penentangan secara terbuka terhadap Malaysia dan mengancam

kedaulatannya. Lantaran itu, sekali lagi kita menekan ‘butang kecemasan’ bagi

mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan Komanwel yang menandatangani Perjanjian

AMDA. British sekali lagi menunjukkan sokongan tidak berbelah baginya dalam

membantu Malaysia. Ia ditunjukkan melalui jaminan Panglima Agung Tentera Brtish di

Timur Jauh, General Sir Michael Cerver yang berkata:

Kerajaan British menyokong penuh pendirian Malaysia bahawa Sabah adalah sebahagian Malaysia yang tidak dapat dipisahkan danmengesahkan bahawa Britian akan menjunjung tanggungjawabnya di bawah Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaysia ( AMDA ) sekiranya

76 Ibid, hlm.10. 77 Chin Kin Wah, The Defence of Malaysia and Singapore: The Transformations of a security

system 1957-1971, hlm.149.

23

Page 24: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

terjadinya pertempuran.78

Dalam menyahut permintaan Tunku, British telah menunjukkan taringnya apabila enam

kapal terbang Hunters dari RAF telah terbang melalui ruang angkasa Kota Kinabalu

dalam perjalanan pulang dari Hong Kong ke pengkalan mereka di Singapura. Dalam

penerbangan itu, ia telah singgah di Pengkalan Udara Amerika di Clark Field, Manila.79

Ia seolah-olah mengingatkan Filipina bahawa wujudnya satu hubungan yang istimewa

antara Inggeris dengan Amerika. Di samping itu, satu pasukan kapal perang British telah

belayar melalui perairan Filipina berhampiran Sabah dari Australia ke Singapura.80

Semua tindakan itu dilihat sebagai satu perang psikologi terhadap Filipina bahawa Britian

akan menghulurkan bantuan bagi mempertahankan Sabah yang diiktiraf sebagai wilayah

Malaysia yang sah. Dalam menunjukkan semangat setiakawannya, Australia turut

menyumbang 10 jet Sabre untuk mempertahankan ruang udara Malaysia walaupun ia

turut terikat dalam pakatan SEATO yang dianggotai Filipina.

Bantuan Britain dan Komanwel sekali lagi dapat mengelakkan ancaman secara

terbuka terhadap Malaysia. Tentera Udara Filipina pada ketika itu memiliki pesawat

Northrop F-5 A/B dan pesawat Sabre sebagai pesawat pejuang garis hadapannya dan

tidak mungkin dapat ditandingi oleh TUDM.81 Namun begitu kewujudan bantuan dari

Komanwel berjaya mengawal tindak-tanduk Filipina.

Dalam melihat sumbangan dasar pro-Barat terhadap kestabilan ekonomi

Malaysia, peranan Komanwel banyak membantu dalam bidang ekonomi, pelajaran dan

teknikal. Misalnya Rancangan Colombo, Malaysia turut mendapat bantuan teknikal

daripada negara-negara seperti Britain, Kanada, Australia dan New Zealand. Di samping

itu, melalui Perbadanan Pembangunan Komanwel, bantuan dalam bentuk pinjaman dan

pengurusan untuk projek-projek pembangunan turut giat dijalankan. Di Malaysia,

perbadanan itu melaburkan kira-kira $ 500 juta dalam pelbagai sektor terutamanya sektor

78 Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, hlm.91.79 Ibid, hlm. 163.80 Ibid. 81 Yap Pak Choy, Perkembangan Kuasa Udara – Pengalaman Tentera Udara Diraja Malaysia,

hlm. 27.

24

Page 25: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

pertanian.82 Antara pelaburannya ialah di Ladang BAL di Sabah dan ia melibatkan

tanaman kelapa sawit, getah dan koko.83 Perbadanan itu turut mempunyai pelaburan

minyak sawit di Sarawak serta pelaburan dalam kilang aluminium di Johor Bharu.

Hubungan dagangan yang positif antara Malaysia dengan negara-negara Barat

yang lain khususnya Amerika Syarikat turut menyumbang ke arah kestabilan ekonomi

negara. Ini seterusnya merangsangkan perkembangan ekonomi domestik Malaysia.

Keterbergantungan negara terhadap eksport timah dan getah mengakibatkan ekonomi kita

terumbang-ambing lantaran daripada ketidakstabilan harga komoditi tersebut di pasaran

dunia. Namun begitu, Malaysia mendapat banyak manfaat daripada hubungannya yang

baik dengan negara Barat. Keistimewaan dagangan seperti pelepasan cukai, kemudahan

kredit serta kemasukan pelabur serta teknologi baru banyak membantu ke arah

membangunkan sektor industi di negara kita dan berjaya mengurangkan

keterbergantungan terhadap eksport bahan mentah yang tidak menentu harganya di

pasaran dunia.

Kesimpulan

Tunku Abdul Rahman merupakan seorang putera raja Kedah yang muncul dalam

kekalutan UMNO selepas Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan sebagai presiden dan

menubuhkan Pari Kemerdekaan Malaya. Karisma beliau terserlah apabila berjaya

mengawal situasi yang genting dalam politik orang Melayu dan seterusnya

menyatupadukan pendudukan berbilang kaum di Tanah Melayu melalui permuafakatan

politik UMNO-MCA-MIC. Ia membawa kepada terbentuknya Parti Perikatan yang

mencapai kejayaan yang besar dalam pilihan raya 1955. Setelah mendapat mandat

sepenuhnya dariapada rakyat, rombongan kemerdekaan London yang diterajui Tunku

berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan kelahiran sebuah

negara bebes merdeka dan dikenali sebagai Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu.

82 Mokhtar A. Kadir, Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia Dalam Antara Bangsa, hlm. 177.83 Ibid.

25

Page 26: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman berada dalam keadaan dilemma kerana tugas yang begitu berat.

Beliau selaku Bapa kemerdekaan dan juga Perdana Menteri yang pertama terpaksa

membangunkan Malaya yang serba kekurangan malah tidak mampu mempertahankan

dirinya daripada ancaman luar. Lantaran itu, Tunku mengamalkan dasar pro-Barat dan

anti komunis. Dasar pro-Barat Malaya dilihat cenderung kepada British dan Komanwel.

Ia bergantung kepada British dan Komanwel dalam aspek pertahanan, perdagangan,

pelajaran, latihan dan juga perniagaan. Asas dasar luar Tunku ialah Perjanjian Pertahanan

Inggeris-Malaya ( AMDA ) yang memberi payung pertahanan kepada Malaya.

Tunku sedar, dasar berkecuali tidak memungkinkan Malaya terus maju dan risiko

diancam kuasa asing begitu tinggi. Beliau beranggapan dasar pro-Barat dan anti komunis

itu merupakan formula terbaik kepada negara dan ia bersesuaian dengan situasi pada era

1957-1970. Walaupun dasar luar Tunku tidak seimbang namun begitu ternyata hubungan

yang akrab dengan Komanwel dan Amerika Syarikat serta Barat berjaya memberi banyak

manfaat kepada Malaysia seperti yang terbukti daripada perkembngan-perkembangan

dari tahun 1963-1970.

Malaya melangkah setapak lagi dengan pembentukan Gagasan Malaysia yang

menggabung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.

Namun begitu, usahasama Malaya-Inggeris itu ternyata menimbulkan perasaan tidak puas

hati Indonesia dan Filipina. Ia membawa kepada dasar agresif Indonesia yang

melancarkan konfontrasi. Krisis ini telah mengukuhkan lagi dasar Pro-Barat Malaysia

dan pada masa yang sama menyedarkan Tunku betapa pentingnya Malaysia menjalin

hubungan yang lebih akrab dengan negara-negara dunia ketiga terutamanya negara Afro-

Asia sambil memelihara hubungan yang rapat dengan sahabat-sahabat yang lama.

Penyingkiran Singapura daripada Malaysia, berakhirnya konfontasi, pembentukan

ASEAN dan peristiwa 13 Mei serta pemulihan hubungan dengan negara-negara Islam

telah membawa satu dimensi baru dalam dasar luar Malaysia. Ia telah membawa kepada

satu orentasi baru dalam dasar luar Malaysia mulai pertengahan tahun enam puluhan.

Malaysia mula membina identitinya yang tersendiri dan secara beransur-ansur keluar

26

Page 27: Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

daripada bayangan Britian dan Komanwel. Penubuhan ASEAN pada 8 Ogos 1967 di

Bangkok berjaya mengukuhkan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi, sosial dan

budaya. Malaysia memberi komitmen sepenuhnya kepada penubuhan ASEAN kerana

yakin pertubuhan itu bakal membawa kepada kemakmuran serta kestabilan serantau.

Sesungguhnya kepimpinan Tunku dari tahun 1957-1970 bukan sekadar berjaya

mengekalkan kemerdekaan negara malahan berjaya menyumbang ke arah kestabilan

negara . Ia dapat dicapai dengan pengamalan dasar luar yang pro-Barat dan anti komunis

dan dasar itu semakin neutral menjelang pertengahan tahun enam puluhan. Ia

menunjukkan dasar luar Malaysia yang fleksible dan berubah mengikut situasi dan

kepentingan nasional sering menjadi pertimbangan yang utama.

27