perkembangan bandar dan pelancongan : miri, sarawak

16
PERKEMrnANGANBANDARDANPELANCONGAN: MIRI, SARAWAK. Ubong Imang PENGENALAN lumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia dan hasil pendapatan yang diperolehi daripada industri pelancongan secara umumnya menunjukkan peningkatan yang positif pada dekad kebelakangan ini. Misalnya, jumlah kehadiran pelancong dianggarkan meningkat dengan ketara pada tahun 1990, iaitu kepada 7.5 juta peiancong berbanding 4.8 juta pada tahun 1989. Walaupun begitu, hasil pendapatan pelancongan pad a tahun 1990 adalah lebih rendah berbanding pada tahun 1997 yangjumlah pelancongnya hanya 6.2juta (Lembaga Penggalakan Peiancongan, 1997). Perkembangan industri pelancongan yang pesat di Malaysia ini tidak dinafikan telah banyak mendorong perkembangan sebahagian petempatan bandar di Malaysia sejak dekad 1980-an, khususnya petempatan bandar yang mempunyai kelebihan dari segi faktor sejarah, lokasi dan persekitaran semula jadi. Keadaan ini selari dengan trend perkembangan bandar di kebanyakan petempatan ban dar dunia pada hari ini, iaitu sebagaimana yang telah berIaku di negara rnaju terutarnanya di Las Vegas dan Orlando di Amerika Syarikat. Petempatan bandar pada umurnnya unik berbanding dengan jenis peternpatan lain kerana motivasi kunjungan ke bandar adalah pelbagai iaitu, pemiagaan, aktiviti hiburan dan riadah, melawat sanak saudara dan sababat handai serta urusan peribadi (Law, 1996). Kebanyakan pelancong yang rnengunjungi peternpatan bandar rnempunyai motivasi kunjungan lebih daripada satu. Misalnya, pengunjung mungkin mengunjungi bandar untuk tujuan pemiagaan, tetapi pad a masa yang sama kunjungannyajuga bertujuan untuk beriadah atau bagi pelancong asing, peternpatan bandar tersebut sebagai pintu rnasuk ke tempat rnenarik di sekitamya. Sehubungan itu, petempatan bandar bukan saja dianggap sebagai destinasi pelancongan penting pada rnasa kini malah, pada rnasa yang sarna kebanyakan pentadbir bandar menganggap sektor pelancongan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi bandar(Law, 1996 & Law, 1993). Selari dengan perkembangan ini, terdapat minat yang ketara di kalangan pengkaji geografi pelancongan dan pengkaji geografi bandar untuk rnengkaji sektor pelancongan di bandar kebelakangan ini (Guhathakurta & Wichert 1998; Gladstone 1998; Schofield 1997; Thoms 1997; Law (ed) 1996; Lomholt 1995; Timothy & Butler. 1995; Verbeke 1986; Smith 1985). Antara aspek yang disentuh oleh pengkaji ini 1

Upload: lamdieu

Post on 20-Dec-2016

401 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

PERKEMrnANGANBANDARDANPELANCONGAN: MIRI, SARAWAK.

Ubong Imang

PENGENALAN

lumlah pelancong asing yang datang ke Malaysia dan hasil pendapatan yang diperolehi daripada industri pelancongan secara umumnya menunjukkan peningkatan yang positif pada dekad kebelakangan ini. Misalnya, jumlah kehadiran pelancong dianggarkan meningkat dengan ketara pada tahun 1990, iaitu kepada 7.5 juta peiancong berbanding 4.8 juta pada tahun 1989. Walaupun begitu, hasil pendapatan pelancongan pad a tahun 1990 adalah lebih rendah berbanding pada tahun 1997 yangjumlah pelancongnya hanya 6.2juta (Lembaga Penggalakan Peiancongan, 1997). Perkembangan industri pelancongan yang pesat di Malaysia ini tidak dinafikan telah banyak mendorong perkembangan sebahagian petempatan bandar di Malaysia sejak dekad 1980-an, khususnya petempatan bandar yang mempunyai kelebihan dari segi faktor sejarah, lokasi dan persekitaran semula jadi. Keadaan ini selari dengan trend perkembangan bandar di kebanyakan petempatan ban dar dunia pada hari ini, iaitu sebagaimana yang telah berIaku di negara rnaju terutarnanya di Las Vegas dan Orlando di Amerika Syarikat.

Petempatan bandar pada umurnnya unik berbanding dengan jenis peternpatan lain kerana motivasi kunjungan ke bandar adalah pelbagai iaitu, pemiagaan, aktiviti hiburan dan riadah, melawat sanak saudara dan sababat handai serta urusan peribadi (Law, 1996). Kebanyakan pelancong yang rnengunjungi peternpatan bandar rnempunyai motivasi kunjungan lebih daripada satu. Misalnya, pengunjung mungkin mengunjungi bandar untuk tujuan pemiagaan, tetapi pad a masa yang sama kunjungannyajuga bertujuan untuk beriadah atau bagi pelancong asing, peternpatan bandar tersebut sebagai pintu rnasuk ke tempat rnenarik di sekitamya. Sehubungan itu, petempatan bandar bukan saja dianggap sebagai destinasi pelancongan penting pada rnasa kini malah, pada rnasa yang sarna kebanyakan pentadbir bandar menganggap sektor pelancongan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi bandar(Law, 1996 & Law, 1993).

Selari dengan perkembangan ini, terdapat minat yang ketara di kalangan pengkaji geografi pelancongan dan pengkaji geografi bandar untuk rnengkaji sektor pelancongan di bandar kebelakangan ini (Guhathakurta & Wichert 1998; Gladstone 1998; Schofield 1997; Thoms 1997; Law (ed) 1996; Lomholt 1995; Timothy & Butler. 1995; Verbeke 1986; Smith 1985). Antara aspek yang disentuh oleh pengkaji ini

1

Page 2: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Ubong Imang

ialah sistem pengurusan pelancongan bandar dan hubungannya dengan perubahan ruang dalaman bandar.

Minat yang sarna ditunjukkan oleh sebilangan kecil pengkaji di Malaysia. Oppermann et al. (1996) misalnya, mengatakan salah satu eIemen penting dalam evolusi pelancongan bandar adalah perkembangan hotel. Kajian tersebut mendapati bahawa kedudukan lokasi hotel di Kuala Lumpur pada masa kini lebih bergantung kepada kepentingan ruang dan pengwujudan fungsi baru ban dar dan bukan lagi dipengaruhi sepenuhnya oleh kedudukan stesen pengangkutan seperti lokasi hotel di bandar pada dua dekad yang lalu. Tan (1994) pula memfokuskan kajiannya kepada kesan pelancongan bandar. Beliau mendapati bahawa pelancongan bandar yang pesat di lohor Bahru telah memberi dua kesan negatif yang utama kepada penduduk tempatan iaitu kesesakanjalan raya dan kadar inflasi yang serius.

Walaupun kajian oleh pengkaji-pengkaji ini membincangkan pelancongan bandar dan hubungannya dengan struktur ruang bandar, namun tiada satu kajian khusus yang membincangkan hubungan industri pelancongan yang bersifat global dengan perkembangan fungsi ban dar secara keseluruhannya. Kekurangan kajian dalam aspek inilah yang diberi perhatian dalam kajian ini dan diharapkan dapat membantu memberikan pemahaman asas tentang trend perkembangan bandar pad a dekad kebelakangan ini khususnya di Malaysia.

METODOLOGI KAJ1AN

Data primer dikumpul melalui temubual dengan beberapa orang pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merancang dan mengurus pembangunan bandar Miri seperti pegawai di Majlis Perbandaran Miri, labatan Ukur Tanah bahagian Miri dan Pusat Penerangan dan Pelancongan Miri. Ini bertujuan mendapatkan data berkenaan pembangunan semasa Bandar Miri dan gambaran umum tentang senario perkembangan pembangunan industri pelancongannya. Pengumpulan data sekunder khususnya berkenaan aspek guna tanah, bilangan unit fungsi, pertambahan penduduk, bilangan pelancong dan isu­isu semasa yang berkaitan dari jabatan kerajaan dan sektor swasta juga dilihat penting terutamanya untuk tujuan perbandingan dan penganalisaan trend perke~bangan bandar. Kaedah analisis perbandingan dalam bentuk peratusan da~ OI~b~h merupakan kaedah menganalisis data yang utama digunakan dalam kaJlan 101.

2

Page 3: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Perkembangan Bandar dan Pelancongan : Iflrl, Sarawak

PERKEMBANGAN FUNGSI BANDAR DAN PELANCONGAN

Idea awal tentang sistem ban dar dikemukakan oleh Walter Chris taller pada tahun 1933 melalui Teori Petempatan Pusat. Teori tersebut menekankan bahawa petempatan bandar adalah petempatan yang menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada penduduk bandar dan di kawasan pedalamannya. Sebaran barangan dan perkhidmatan tersebut ditentukan oleh jarak. Oleh itu, kepentingan atau hierarki petempatan bandar ditentukan mengikut luas kawasan pengaruh perkhidmatannya (Herbert 1982; Hartshorn 1980; Beavon 1977.)

Walau bagaimanapun, dalam dunia hari ini melalui perkembangan ilmu sains pasca-moden yang berjaya meningkatkan kualiti hidup dan tahap keselesaan manusia untuk bertindak, berkomunikasi dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat, telah mengurangkan kepentingan faktor jarak sebagai halangan kepada pergerakan manusia untuk mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan yang diingininya. Dan, ini seterusnya mengalakkan proses glabalisasi berlaku di sesuatu petempatan bandar iaitu, ruang kawasan pengaruh barangan dan perkhidmatan sesuatu petempatan bandar pada masa kini, bukan saja ruang di peringkat tempatan seperti beberapa dekad yang lampau, malah menjangkau ruang di peringkat wilayah. nasional dan antarabangsa.

Implikasi proses globalisasi dalam konteks petempatan bukanlah sesuatu yang baru yang hanya wujud pada dekad 1990-an. Kesan-kesan global ke atas petempatan dikesan dari awallagi, iaitu melalui aktiviti perdagangan, penjajahan dan penaklukan sesuatu petempatan oleh kuasa luar, terutamanya Eropah. Namun implikasinya tidaklah sebegitu luas dan ketara seperti apa yang berlaku pada masa ini. Apa yang membezakan era globalisasi yang berlaku pada masa kini ialah bukan sahaja petempatan itu menerima tekanan global, malah ia harus juga menyediakan diri memberi khidmat kepada masyarakat global. Ini bermakna, selain menjadi penyumbang kepada pertambahan perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam menentukan pembangunan dan arah perkembangan sesuatu petempatan, proses globalisasi juga turut menjadi penyumbang kepada pertambahan bilangan tanggungjawab dan fungsi yang harus dipikul oleh sesuatu petempatan dan seterusnya mengalakkan perubahan ruang dalaman petempatan tersebut (Male, 1996).

Maka, ini akan mewujudkan keadaan di mana penawaran sesuatu jenis dan bilangan fungsi di sesuatu petempatan bandar yang mengalami proses globaJisasi akan berlebihan berbanding dengan keperluan sebenar penduduk tempatan dan kawasan pendalamannya. Dalam dunia sebenar, keadaan ini baleh menyebabkan sesuatu petempatan bandar kecil dari segi saiz penduduk mahupun kawasan pentadbirannya menawarkan fungsi petempatan bandar yang lebih ban yak bilangannya dan terdiri dad .pelbagai jenis fungsi sehingga menyebabkan petempatan bandar tersebdt mempunyai kepentingan yang lebih penting berbanding petempatan bandar yang lain di peringkat nasional.

3

Page 4: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Ubonll/mang

Antara eonloh yang dapal kita lihal dengan je\as ialah melalui senario pembangunan pelempalan bandar di kawasan kecil seperti Singapura. Hong Kong dan Taiwan. Fungsi pelempalan bandar di negara lersebul adalah lebih meluas berbanding fungsi pelempalan bandar di negara China, India dan Indonesia yang mempunyai ',awasan yang luas danjumlah pendudukjauh lebih ramai.

Selain pendidikan, induslri pembualan dan induslri perkilangan, industri pelaneongan juga dilihal sebagai pemangkin yang penting kepada berlakunya proses g\oba\isasi di sesuatu petempatan bandar (Thoms, 1997). Kewujudan pelancong dengan jumlah yang signifikan di sepanjang masa di sesuatu petempatan bandar khususnya pelancong dari luar sempadan negara yang sudah tentu mempunyai latar belakang, eita rasa, budaya, tingkah laku dan tujuan lawatan yang berbeza dengan penduduk lempatan memberi satu intepretasi bahawa petempatan bandar lersebul memben khidmal kepada masyarakal global. Dengan itu, kawasan pengaruh barangan dan perkhidmalan yang dilawarkan menjangkau kawasan di 1uar sempadan wilayahnya. Keadaan ini sudah lenlu akan mempengaruhi trend perkembangan petempatan bandar tersebul iailu kepada yang lebih pesat.

Oalam konleks pemahaman umum, pelaneong dirujuk sebagai individu yang meninggalkan lempal asalnya lebih dan 24 jam unluk lujuan riadah. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membezakan pengunjung harian mengikut tempat asal pengunjung lersebut. Ini adalah kerana individu yang membual kunjungan di luar kawasan pergerakan harian alau kebiasaannya juga boleh dianggap sebagai pelaneong (Law, 1996). Sehubungan itu, pengunjung bandar yang linggal sekurang-kurangnya salu malam di kawasan bandar dan pengunjung harian yang membuat pergerakan di luar sempadan wilayahnya ke sesuatu petempatan bandar dengan lujuan selain bekerja dianggap sebagai pelancong di bandar terse but.

Ramai pengkaji berpendapal adalah sukar untuk mengukur kepenlingan pelancongan kepada perkembangan sesuatu petempatan bandar seeara jitu. Ini kerana kebanyakan kemudahan ban dar yang diwujudkan dikongsi bersama oleh penduduk tempalan dan pelancong bandar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengkaji telah mengemukakan eara untuk mengukur kepentingan pelancongan di sesualu pelempatan bandar. Misalnya Law (1996), bagi memudahkan pengukuran seeara kuantitatif dibuat untuk mendapat indeks keterlibalan petempatan ban dar tersebut. beliau meneadangkan beberapa aspek perlu diambil kira iailu, jumlah hari yang diluangkan oleh pengunjung bandar, jumlah pengunjung per kemudahan,jumlah pengunjung yang tinggal berma1am, perbelanjaan per pengunjung dan bilangan pekerjaan seeara langsung yang berkaitan dengan seklor pelancongan. Oalam konteks perbincangan ini, selain dan aspek di alas, pertambahan unit fungsi ban dar yang berkaitan dengan pelancongan dalam tempoh tertentu juga dilihal sebagai satu aspek pengukuran yang pen ling.

Page 5: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Perkembangan Bandar dan Pelancongan : IIlrl. Sarawak

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PERTUMBUHAN BANDAR MIRI

Bandar Miri terletak kira-kira 500 kilometer di timur laut Bandaraya Kuching, ibu Negeri Sarawak dan kira-kira 200 kilometer di barat Bandar Sri Bagawan, Brunei. Bentuk muka bumi Negeri Sarawak yang secara umumnyl,\ landai di sepanjang persisiran pantainya membolehkan Bandar Miri mudah dihubungi melalui jalan darat dari kedua-dua bandar tersebut dan juga bandar-bandar utama Sarawak yang lain yang terletak di antara keduanya, iaitu Serian (781 km), Sri Aman (665 km), Sarikei (502 km), Bintagor(484 km), Sibu (418 km), dan Bintulu (214 km). Bandar Miri juga boleh dihubungi melalui jalan udara. Khidmat penerbangafl harian yang dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menghubungkan Bandar Miri secara terus dengan kawasan pedalaman Sarawak, bandar-bandar utama di dalam negeri Sarawak, bandar utama di negeri lain di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabal u, dan juga dengan Negara Brunei. Selain itu, Bandar Miri juga boleh dihubungi melalui jalan air, terutamanya dari Daerah Marudi.

Sejarah Pertumbuhan Bandar Miri

Seperti sejarah petempatan yang lain. pembentukan dan pertumbuhan awal Bandar Miri juga dipengaruhi oleh unsur persekitaran fizikal dan pengaruh kuasa luar terutamanya dari negara barat. Perubahan pertumbuhan Miri dari sebuab perkampungan nelayan kepada sebuah petempatan bandar berlaku sejurus selepas penemuan telaga minyak pertama atau dikenali sebagai The Grand Old Lady pada bulan Disember 1910. Pad a tabun 1939, pen dud uk di Bandar Miri dianggarkan seramai 11,000 orang. Walau bagaimanapun, kemusnahan Bandar Miri semasa Perang Dunia Kedua telah membantut proses perkembangannya. Antara tahun 1939 hingga tahun 1947,jumlah penduduk Bandar Miri menguncup kira-kira 52 peratus, dan antara tahun 1947 hingga tahun 1960, penduduk Bandar Miri banya bertambah sebanyak 22 peratus. Kadar pcrtambahan ini jauh lebih rendah berbanding Kuching (10.1 peratus dan 3~.1 peratus) dan Sibu (17.6 peratus dan 19.3 peratus) dalam dua tempoh yang sarna.

Pada tahun 1960, terdapat peralihan pengurusan kemudahan yang disediakan oleh syarikat Shell kepada kerajaan. Selari dengan tanggungjawab yang semakin penting, dan untuk menampung keperluan pembangunan yang baru, taraf pihak berkuasa tempatan Miri telah ditukar dari MajJis Bandaran kepada Majlis Daerah pada 1 Januari 1961 dengan keluasan 976.43 kilometer persegi. Pada 6 November 1981 taraf pihak berkuasa tempatan di kawasan kajian sekali lagi ditingkatkan, iaitu dari Majlis Daerah kepada MajIis Perbandaran. Sehingga kini, kepesatan pertumbuhan Bandar Miri jelas dilihat dari sudut pertumbuhan penduduk yang positif(rujukJaduall).

5

Page 6: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Ubong Imllng

Jaduall : Jumlah Penduduk Di Daerah Miri Berbanding Dengan Daerah Bandar Utama Di Sarawak.

Daerah 1980 1991 2001 KPPT KPPT 1980-1991 1991-2001

Kuching 262,085 369,065 495,996 3.11 338

Miri 92,554 161,373 219,571 5.05 3.42

Sibu 125,254 170,399 209,012 280 2I7

Catatan : KPPT - Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan Sumber: (1) Laporan Banci Penduduk dan Peru mahan 1970, 1980 dan 1991.

(2) Laporan Permulaan Kiraan Banci Penduduk dan Peru mahan 2000.

Selain itu, peningkatan kualiti kemudahan awam dan asas, kewujudan banyak bangunan kedai dan pusat membeli belah, usaha pembaikan kemudahan jalan perhubungan yang menghubungkan Bandar Miri dengan kawasan di sekitamya, dan keluasan guna tanah bukan pertanian yang memberangsangkan khususnya dalam dekad 199O-an juga membuktikan Bandar Miri sedang bertumbuh dengan pesat pad a tempoh kebelakangan ini. .

PERKEMBANGAN BANDAR MIRI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PELANCONGAN

Proses pembandaran an tara daerah di Sarawak mengambarkan pola yang tidak seimbang pada awal abad ke-20, dan tidak dinafikan pola tersebut masih wujud sehingga kini (Jackson, 1968). Namun dengan lebihan lokasi dan sumber illam di sekitarnya, Bandar Miri mampu bersaing hampir dalam semua aspek dengan bandar-bandar yang telah lama wujud di Sarawak, seperti Kuching (1841), Kanowit (1851), Sarikei (1856), Sibu (1862), Simanggang (1864), Bintulu (1868), Kapit (1875), dan Marudi (1883). Pada masa ini, Bandar Miri adalah antara bandar di Sarawak iaitu, selain dari Bintulu dan Kuching, yang dilihat sedang berkembang pesat pada dekad 1990-an. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui peningkatan pendapatan tahunan MPM khususnya sejak awal dekad 1990-an (rujuk Rajah 1).

Selain itu, perkembangan pesat tersebut juga dapat dilihat dalam konteks perubahan ke arah ruang bandar yang lebih kompleks dan padat. Ini termasuklah perluasan kawasan tepu bina, kepesatan pembangunan fizikal, perkembangan fungsi bandar dan pertambahan bilangan penduduk. Dengan merujuk kepada kira-kira 192.7 kilometer persegi kawasan pembangunan utama Bandar Miri, guna tanah handaran dan yang berkaitan meningkat kira-kira lO3.2 peratus dalam tempoh tahun 1980-1998, iaitu dari 8.1 peratus pada tahun 1980 kepada 16.5 peratus pada tahun 1998.

6

Page 7: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Perkembangan Bandar dan Pelancongan : If/rl, Sarawak

Tatuill

···X •• Perbanda ... KMchin. • •• + •• Binda .. ,. Kuchin.lh.. ···X·· Bonda .. ,.. KuchinaSeIo.o.

-:I: - Perbanda ... SiMa ~Perbando ... Miri

RAJAH 1 : Pendapatan Majlis Perbandaran - Sarawak 1967 -1995

Catatan : Bandaraya Kuching Utara dan Bandaraya Kuching Selatan ditubuhkan pada 1 Ogos 1988~ Majlis Perbandaran Kuching dimansuhkan pada tarikh yang sama.

Sumber : Laporan Tahunan Sarawak 1997

Pertukaran guna tanah dari gun a tanah pertanian kepada guna tanah bandaran akan semakin lee tara pada delead ini ekoran terdapat beberapa cadangan pembangunan yang berskala besar yang telah diluluskan. Sebahagian besar cadangan pembangunan ini secara tidak langsung ke arah menyokong

. pembangunan sektor pelancongan di ban dar Miri iaitu, seperti waterfront Miri, Miri City Fan (10.52 hektar), Miri Marina Park (300 hektar), Riam Happy Resort. pembangunan peru mahan mewah Bukit Kanada dan East Wood Valley (3,870 hektar), pembesaran Lapangan Terbang Miri, dan eadangan pembinaanjambatan yang menghubungkan Bandar Miri dengan Kuala Belait. Peningkatan peratusan guna tenaga yang ketara dalam sektor perdagangan borong dan rune it, hotel dan restoran di bandar Miri berbanding dengan sektor lain dalam tempoh 1980-1991 juga membuktikan penglibatan bandar Miri dalam sektor pelancongan semakin aletiC (rujuk ladual 2). Perkembangan ini selari dengan pertambahan unit Cungsi bandar terutamanya unit fungsi rundt, perkhidmatan dan sosial yang ketara mulai dekad 1990-an iaitu,lebih dari 90 peratus jumlah unit fungsi tersebut wujud pada dekad 1990-an (rujukladuaI3).

7

Page 8: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Ubong Imang

JADUAL 2: Peratusan Guna Tenaga Mengikut Sektor Perusahaan Di Bandar Miri

Sektor Perusahaan Pertanian. perhutanan temakan dan perikanan Perkhidmatan masyarakat. sosial dan persendirian Perkilangan Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran Pembinaan Perkhidmatan kewangan. insurans. harta benda dan pemiagaan Melombong dan mengali Eletrik. gas dan air Pengangkutan Total

1980 16.9 29.0 17.4 14.0 9.4 2.0 4.8

0.4 5.9 100

Sumber : Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 1980 dan 1991

1991 9.4

24.4 16.2 19.5 14.2 3.9 5.3

0.85 6.1 100

Jadual3: Pertambahan Sebabagian Unit Fungsi Runcit dan Fungsi Perkhidmatan di Bandar Miri Selepas Dekad 1990.

Beza -7.5 -4.62 -1.2 +5.5 +4.8 +1.9 +0.54

+0.45 +0.2

Jenis Fungsi Tahun Penubuhan Jumlah Sebelum Selepas 1990-an 199O-an

Retail

• Kompleks Membeli-belah 1 9 10

Perkhidmatan

• Hotel 50 bilik dan ke atas 0 12 12 • Restoran berhawa dingin 4 42 46 • Pusat Hiburan 3 41 44 • Perkhidmatan Kewangan 4 9 13

Sumber: Majlis Perbandaran Miri. 1999.

Umumnya. perkembangan pembangunan bandar yang pesat dalam aspek yang telah dibincangkan di at as pada dekad kebelakangan ini dikaitkan dengan permintaan pelancong yang semakin meningkat. Pada tahun 1972. serarnai 32.818 orang pelancong telah mengunjungi bandar Miri. Jumlah ini meningkat kepada 65.820 orang pada tahun 1980. 159.945 orang pada tahun 1991 dan 430.562

. orang pada tahun 1997. Jumlah pelancong pelancong pada tahun 1997 telah mengatasi jangkaan jumlah penduduk tempatan pada tahun tersebut iaitu hanya 205.000. Lebih separuh daripadajumlah pelancong dalam tempoh tersebut ialah pelancong dari Negara Brunei (rujuk Rajah 2).

8

Page 9: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

450000

400000

350000 c: • 300000 .3 'ii 250000 ~ ~ 200000 • E :::I 150000 ~

100000

50000

0 Tahun Tahun 1972 1980

Perkembangan Bandar dan Pelancongan : Mlrl, Sarawak

_. __ .- -_ .. _-"-

90

80

70

60

50

40

30

20

10

0 Tahun Tahun 1990 1997

c: :I ~ I!! .. ~

_ Juniah Kelibaan Pelancong

___ Peratusan Ketibaan Petancong Brunei

RAJAH 2: Ketibaan Pelancongan Di Bandar Miri

Sumber: Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak 1997

Berdasarkan rajah 2. walaupun trend ketibaan pelancong di bandar Miri menunjukkan trend yang positif. namun peratusan yang mewakiIi pelancong Brunei pula menunjukkan penurunan pada tahun 1980 dan 1990 berbanding dcngan tahun 1972. Penurunan peratusan ini adalah kerana adanya peningkatan kepada jumlah pelancong antarabangsa dan pelancong domestik yang mengunjungi bandar Miri khususnya selepas pengistiharan Gua Mulu dan Gua Niah sebagai taman negara pada pertengahan tahun 1970-an. Walau bagaimanapun. bagi tempoh 1990-1997. peratusan yang mewakili pelancong dari Brunei jelas meningkat. Antara sebab utama peningkatan jumlah pelancong Brunei bagi tempoh tersebut ialah kerana nilai mata wang negara Brunei semakin tinggi berbanding mata wang Malaysia terutama pada pertengahan tahun 1990-an. Peningkatan kemasukan pelancong Brunei yang memberangsangkan ini jelas memberi kesan kepada sektor perhotelan di Bandar Miri. Misalnya. pada tahun 1997 semasa kemelesetan ekonomi. walaupun pada keseluruhannya purata kadar penginapan hotel di Malaysia menurun berbanding tahun 1996. namun purata kadar penginapan hotel di Mirijelas meningkat (JaduaI4).

9

Page 10: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Ubong Im.ng

JADUAL 4: Purata Kadar Penginapan Hotel Di Malaysia 1997

BandarlKawasan 1996 1997 Beza

Semenanjung Malaysia 632 58.4 -4.8

Mirl 41.0 44.2 +3.2

Kuching 627 55.9 -6.8

Kota (/).6 56.0 -13.6

Kinabalu

Sumber: (1) Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1997 (2) Lembaga penggalakan Pelancongan Cawangan Sarawak 1997

Selain peningkatan daripada segi jumlah kemasukan, purata perbelanjaan harlan mereka juga meningkat, iaitu dari RM249 pada tahun 1993. RM269 pada tahun 1994. RM378.2 pad a tahun 1996 kepada RM426.6 pada tahun 1997. Purata perbelanjaan harlan pelancong Brunei pada tahun 1997 adalah purata perbelanjaan harian pelancong yang kedua tertinggi di Malaysia, iaitu selepas pelancong Singapura (RM446.2) (Lembaga Pengalakan Pelancongan Ma\aysia 1997). Maka. je\as menunjukkan ketibaan pelancong yang ramai khususnya pelancong dari Negara Brunei adalah pemangkin kepada perkembangan bandar Miri yang penting.

Selain itu, kekuatan pengaruh sektor pelancongan kepada perkembangan bandar Miri boleh dilihat jelas dengan membuat perbandingan kewujudan unit fungsi bandar yang berkaitan di bandar Miri dengan beberapa buah bandar utama lain di Sarawak dan menjadikan jumlah penduduk tempatan sebagai asas perbandingan. Ini adalah berdasarkan andaian asas sistem bandar iaitu, barangan dan perkhidmatan yang disediakan di petempatan bandar adalah untuk penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya. Misalnya, Jadual 5 dan Jadual 6, jelas menunjukkan bahawa kewujudan dua jenis fungsi perkhidmatan tersebut di Bandar Miri kurang disokong oleh penduduk tempatan dan pedalamannya berbanding dengan bandar utama Jain. Ini bermakna kewujudan fungsi perkhidmatan ini adalah disokong oleh orang yang tinggal di luar sempada wilayah Bandar Miri. .

10

Page 11: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Perkembangan Bandsr dan Pe/llncongBn : Mlrl, SsrBWBk

JADUAL 5: Bilangan Bilik Hotel Di Beberapa Bandar Utama Di Sarawak 1997

Bandar Bilik Hotel "'Penduduk """Nisbah.

Kuching 2268 451,700 1: 199.2

Miri 2193 205,000 1: 93.5

Sibu 1151 204,400 1 : 177.6

Bintulu 684 112,900 1 : 165.1

Total "'''''''8303 """"'1,990,200 "'''''''1: 239.7

Catatan: '" Anggaran penduduk mengikut daerah pada tahun 1997 '" '" Nisbah 1 bilik hotel per penduduk daerah "'''''''Total bilik hotel dan penduduk di Sarawak keseluruhannya.

Sumber: (1) Lembaga Pengalakan Pelancongan Sarawak 1998 (2) Iabatan Imigresen Sarawak 1998

JADUAL 6 : Bilangan Teksi Dan Kereta Sewa Yang Berdaftar Mengikut Bahagian Di Sarawak

Bahagian

Kucing dan

Samarahan

SriAman

Sarikei

Sibu

Bintulu

Mirl Kapil

Limbang

Total

Bilangan

1,196

72

153

442

341

1404

8

144

3,760

Peratusan

31.8

1.9

4.1

11.8

92

37.0

0.3

3.8

100

*·Nisbah

716,600 1:599

186,100 1 :2,585

137,300 1: 897 308,400 1 :698

139,~ 1 :410 293,800 1: 209

120,200 1: 15,000

88,200 1 :613

1,990,200 1: 529

Catatan : • Anggaran penduduk mengikut bahagian pada tahun 1997

.'" Nisbah 1 teksi at au kerete sewa per penduduk bahagian

Sumber: Laporan perangkaan Bulanan Sarawak 1998

11

Page 12: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Ubong Imang

PENUTUP

Umumnya. perkembangan sesuatu petempatan bandar dilihat dari perspektif luas. iaitu termasuklah dari perspektif ekonomi. sosial dan politik. Dengan itu. faktor yang mempengaruhi perkembangan sesuatu petempatan bandar juga terdiri dari pelbagai faktor. Walau bagaimanapun. antara faktor asas yang seringkali dikaitkan dengan perkembangan sesuatu petempatan bandar oleh para pengkaji bandar sejak dulu lagi ialah faktor kependudukan. lokasi. kebolehsampaian dan sumber semula jadinya.

Jackson (1968). seorang pengkaji petempatan Negeri Sarawak tahun 1960-an dalam kajiannya. membuat andaian bahawa potensi petempatan Bandar Miri untuk terus berkembang dengan lebih pesat setelah kehabisan sumber minyak di kawasannya adalah malap. Beliau meletakkan sektor pertanian sebagai altematif yang kedua kepada faktor perkembangan kawasan kajian pada dekad yang seterusnya. Andaian ini dibuat berdasarkan senario perkembangan petempatan Bandar Miri dan kemerosotan pengeluaran minyak dari telaga minyak Miri - The Grand Old Lady - pada dekad tersebut. Namun. apa yang nyata pada hari ini ialah. walaupun pengeluaran minyak di kawasan telaga minyak Miri dihentikan sejak awal tahun 1970-an. dan operasi pengeluaran minyak beralih sepenuhnya ke kawasan laut dan Lutong. petempatan Bandar Miri masih lagi mampu berdiri setanding dalam semua aspek pembangunan dengan petempatan yang telah lama wujud di Negeri Sarawak. dan malah bertambah pesat berbanding dekad sebelumnya.

Antara sebabnya ialah. dengan peningkatan dari segi cita rasa manusia. kualiti hidup dan keberkesanan dalam sistem perhubungan dan komunikasi yang pacta masa ini bukan saja berlaku di Sarawak. malah di merata tempat menjadikan faktor lebihan lokasi mampu memainkan peranan sebagai salah satu faktor altematifkepada faktor perkembangan Bandar Miri yang seterusnya. khususnya pad a dekad 1990-an. Sejauh mana faktor lokasi mempengaruhi perkembangan sesuatu petempatan bandar adalah bergantung kepada ciri-ciri yang istimewa (unik) yang terdapat di petempatan bandar tersebut. dan seterusnya boleh mempengaruhi keputusan perjalanan kebanyakan orang. Walau bagaimanapun kepentingan ciri-dri keistimewaan (motivasi) tersebut adalah berbeza bagi satu orang dengan orc1Og yang lain. Antaranya termasuklah harga barangan. tempat-tempat yang menarik. mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan dan sebagainya.

Penglibatan Bandar Miri di dalam industri pelancongan yang bersifat global adalah didorong oleh faktor lebihan lokasinya. Letakannya yang berhampiran dengan Negara Brunei dan empat buah taman negara di Negeri Sarawak (Taman Negara Mulu. Taman Negara Niah. Taman Negara Lambit dan Taman Negara Logan Bunut). dan seterusnya menjadi pintu masuk utama bahagian utara Negeri Sarawak telah menjadikan Bandar Miri sebagai satu altematif tempat kunjungan yang penting di Negeri Sarawak.

12

Page 13: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Perkembangan Bandar dBn Pe/ancongan : Mlrl, Sarawak

Dalam konteks ini, Bandar Miri bukan saja menjadi satu aIternatif tempat kunjungan kepada penduduk di kawasan pengaruhnya, malah juga penduduk (peJancong) dari peJbagai negara yang mempunyai Jatar beJakang, cita rasa, budaya tingkah Jaku dan tujuan lawatan yang berbeza. Keperluan dan kehendak (pelT(1intaan) yang berbeza ini seterusnya mencetuskan penawaran yang berbeza. Ini telah menggalakkan perkembangan Bandar Miri, khususnya dari segi bilangan dan jenis fungsi bandar yang ditawarkan. Hasil analisis menunjukkan bahawa perkembangan fungsi runcit dan perkhidmatan di Bandar Miri dalam dekad 1990-an adalah selari dengan peni'ngkatan kedatangan pelancong khususnya pelancong dari Brunei.

Keadaan ini membuktikan bahawa dalam era globalisasi faktor geseran jarak tidak lagijelas sebagai satu halangan yang utama mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan dalam memenuhi kehendaknya seperti yang menjadi prinsip as as Teori Petempatan Pusat Christaller. Dengan itu, kawasan pengaruh sesebuah petempatan pusat yang mengalami proses globalisasi bukan saja lagi terhad kepada kawasan di dalam lingkungan sempadannya (heksagon), malah boleh dikatakan meliputi seluruh dunia. Inijelas dilihat melalui aktiviti pelancongan, seperti yang sedang berlaku di Bandar Miri pada mas a ini. Kewujudan sesuatu fungsi bandarnya tidak lagi semata-mata bergantung kepada keperluan dan kehendak, serta kecukupan jumlah minimum penduduk di kawasan pengaruhnya yang ditentukan oleh jarak tertentu.

Sehubungan dengan itu, proses globalisasi melalui industri pelancongan yang berlaku pada masa ini adalah antara aspek yang sangat penting mempengaruhi kemampuan faktor lokasi sebagai faktor altematif kepada perkembangan Bandar Miri. Proses tersebut juga menyebabkan fungsi bandar Miri yang dikaji 'membengkak'. Ini bermakna ruang kawasan pengaruh barangan dan perkhidmatan di Bandar Miri bukan saja terhad di ruang kawasan pengaruh di peringkat tempatan, malah juga ruang di peringkat wilayah, negara dan antarabangsa. Oleh yang demikian dalam membincangkan perkembangan sesuatu petempatan bandar, khususnya perkembangan bandar pada dekad ini dan dekad­dekad yang seterusnya, adalah penting aspek globalisasi diambilkira untuk memahami proses perkembangan petempatan tersebut.

RUJUKAN

Aisah Zaharah. (1993). Miri Idamkan Bandaraya Tahun 2000. Gaya Merdeka. Kuching: JA Communication and Publications.

Beavon, K. S. (1977). Central Place Theory: A Reinterpretation. London: Longman.

Camn, J. C. (1970). Space, People, Place: Economic and Settlement Geography. Hong Kong: Longman.

13

Page 14: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Ubong Im.ng

Gladstone. D. L. (1998). Tourism Urbanization in the United States. Urban Affairs Review. 34 (1).3-27.

Guhathakurta. S. & Wichert. M. L. (1998). Who Pays for Growth the City of Phoenix: An Equity-Based Perspective on Suburbanization. Urban Affairs Review, 33 (6).813-838.

Hall. P. (1993). Forces Shaping Urban Europe. Urban Studies. 30 (6).883-898.

Hartshorn. T. A. (1980). Interpreting the City: An Urban Geography. New York: John Wiley & Sons.

Herbert. D. T. & Thomas. C. J. (1982). Urban Geography: A First Approach. New York:John Wiley & Sons.

Hutchinson. J., Dudycha & Wall, G (1985). Point Pattern Analyses of Accom­modation in Toronto. Annals of Tourism Research. 12.603-618.

Jackson, J. C. (1968). Sarawak: Satu Kajian Jlmu Alam Tentang Sebuah Negeri yang sedang Membangun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Johnson. J. H. (1972). Urban Geography: An Introduction. Oxford: Pergamon Press.

Katiman Rostam. (1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lamholt, J. (1995). The American Dream and Theme Park Cities. Tesis Ph.D. University of Sheffield.

Law. M (ed.). (1996). Tourism in Major Cities. United Kingdom: International Thomson Business Press.

Lee Boon Thong. (1992). Mobilizing the Unmobilized Interior of Sarawak: Patterns of Outmigration in the Baram Valley, Sarawak. MalaysiQJl Journal of Geography, 23 (2),61-68.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. (1990).iAporan Tahunan Statistik Pelancongan. Kuala Lumpur.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. (1993). Laporan Tahunan Statistik Pelancongan. Kuala Lumpur.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. (1994). Dirutory Hotel. Kuala Lumpur.

14

Page 15: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Perkembangan Bandar dan Pelancongan : Mlrl, Sarawak

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. (1997). Laporan Tahunan Statistik Pelancongan. Kuala Lumpur.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. (1998). Agency Travel (Malaysian Licensed Travel Agents' Directory). Kuala Lumpur.

Malaysia. (1970). Laporan Band Penduduk dan Perumahan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Negara.

Malaysia. (1970). Laporan Penduduk Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Negara.

Malaysia. (1980). Lapuran Penduduk Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Negara.

Malaysia. (1991). Laporan Band Penduduk dan Perumahan Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Negara.

Malaysia. (1991). Laporan Penduduk Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Negara.

Mele. C. (1996). Globalization, Culture, and Neighborhood Change. Urban Affairs Reviews, 32 (1),3-22.

Miri : From Cowboy Town to Resort City. (1997). Travel Week Australia. Australia: Peter Isaacson Ltd.

Miri. (1994). Laporan Tahunan Majlis Perbandaran Miri.

Oppermann, M. (1991). Tourism in Malaysia: The Spatial Difference. llmu A lam, 20( 1),67-80.

Oppermann, M, (1992). International Tourist Flows in Malaysia. Annals 0/ Tourism Research, 19,482-500.

Oppermann, M. & Kadir Din. (1996). Urban Hotel Location and Evolution in a Developing Country: The Case of Kuala Lumpur. Tourism Recreation Research, 21 (1). 55-63.

Robinson, H. (1976). A Geography o/Tourism. Norwich: Fletcher & Son.

Winwin Consultanl(l998). Sarawak Yearbook. Kuching.

15

Page 16: Perkembangan Bandar Dan Pelancongan : Miri, Sarawak

Ubong Im.ng

Sarawak. (1970). Laporan Peranglcaan Ketibaan Pelawal Sarawak. Kuching: Lembaga Pengalakan Pelancongan Sarawak.

Sarawak. (1980). Laporan Peranglcaan Ketibaan Pelawal Sarawak. Kuching: Lembaga Pengalakan Pelancongan Sarawak.

Sarawak. (1990). Laporan Peranglcaan Ketibaan Pelawal Sarawak. Kuching: Lembaga Pengalakan Pelancongan Sarawak.

Sarawak. (1997). Laporan Peranglcaan BulanalL Kuching: labatan Perangkaan Cawangan Sarawak.

Sarawak. (1997). Laporan Perangkaan Ketibaan Pelawal Sarawak. Kuching: Lembaga Pengalakan Pelancongan Sarawak.

Sarawak. (1998). Laporan Perangkaan Bulanan. Kuching: Jabatan Perangkaan Cawangan Sarawak.

Saunders, G (1996). Early Travellers in Borneo. Dim. Hitchock, M. (pnyt.). Tourism in South· East Asia. Routledge. London.

Scotfield, P. (1997). Tourist Destination Images: A Cognitive Behavioral APProach to the Study of Day Trip Tourism and the Strategic Marketing of Castle field Urban Heritage Park. Tesis Ph.D. Manchester.

Smith, S. L. (1985). Location Patterns of Urban Restaurants. Annals o/Tourisl7l Research 12,581-602.

Tan Chin Pee. (1994). Kegiatan Pelancongan Dari Singapura-lohor Bahru dan Implika .. i Kepada Komuniti lohor Selatan. Latihan I1miah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Theobald, W. F. (1994). Global Tourism The Next Decade. Britain: Butterworth Heinemann.

Thoms, D. C. (1997). The Global Meets the Local : Tourism and the Representation of the New Zealand City. Urban Affairs Review, 33(2),189-208.

TImothy, D. J & Butler, R. W. (1995). Cross-Border Shopping: A North American Perspective. Annals o/Tourism Research, 22, 16-34.

Verbeke, M. J. (1986). Inner-city Tourism: Resources, Tourists and Promoters. Annals a/Tourism Research. J 3,79-100.

White, J. W. (1998). Old Wine, Cracked Bottle?: Tokyo, Paris and the Global City Hypothesis. Urban Affairs Review. 33 (4),451-477.

16