sejarah hidup tunku abdul rahman

48
1. PENDAHULUAN Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini Md HaSrul Bin Ja’Afar 1

Upload: ayulashrul

Post on 10-Jun-2015

113.249 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Kenali Sejarah Tokoh Bapa Kemerdekaan Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

1. PENDAHULUAN

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara

masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang

mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah

Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri

Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik

iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang

berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku

Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting.

Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan

Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan

peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan.

Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat

kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun

sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang berjaya

menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu

Melayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku

telah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan

kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan

kemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin

yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan Tanah

Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan dan

Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalam

kalangan rakyat Malaysia.

Tunku adalah seorang ahli kebangsaan yang tidak ada tolok bandingannya.

Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara ini

Md HaSrul Bin Ja’Afar 1

Page 2: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

sewajarnya diambil ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan

datang. Beliau harus diberi penghargaan yang tinggi atas jasa dan pengorbanan beliau

sebagai seorang manusia, seorang negarawan, seorang pembela bangsa Melayu, seorang

yang bertimbang rasa terhadap rakyatnya khususnya orang-orang bukan Melayu dan

kesabaran serta penderitaan yang beliau alami sepanjang menjadi pemimpin negara.

Nama Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam sejarah lipatan

kemerdekaan negara ini. Sehingga kini dan untuk selama-lamanya rakyat negara ini akan

terus menganggap beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

2. BIOGRAFI

Nama asal: Tengku Abdul Rahman Putera ibn Abdul Hamid Halim Shah.

Nama dan Gelaran Popular: Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Tunku, YAM Tunku

Tarikh dan tempat lahir: 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.

Tarikh dan tempat meninggal: 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur.

Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor Setar, di Bangkok, seterusnya di

Penang Free School, di Ct. Cathering, Cambridge University, England dan Inner

Temple, England. B.A. (1925), LIB ( INNER) (1948).

Pengalaman Jawatan Awam:1931-Penolong Pegawai Daerah, Kulim dalam

Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (1935) di Langkawi, kembali ke Kulim (1938),

Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Undang-undang dan 1956 Ketua Menteri dan akhir

sekali 1957-1970 menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an: dalam Seberkas, Alor Setar, 1946- membantu

menubuhkan Persatuan United Kingdom, 1951- dicalonkan dan memenangi jawatan

Yang Dipertua / Presiden UMNO, Presiden UMNO (hingga September 1970).

Kegiatan Antarabangsa : Setiausaha Agung 1 OIC- Komanwel Negara-negara Islam

(1971-1980).

Perkahwinan : 1933-dengan Meriam di Alor Setar, 1935- dengan Violet Coulson di

Singapura, 1939- dengan ( Tun) Sharifah Rodziah .

Anak: Katijah dan Tun Nerang ( hasil perkahwinan dengan Meriam)

Karya-karya Tunku: Sebelum dan Sesudah 13 Mei 1969, Mahsuri (filem 1972),

Memoirs Beliau: Looking Back (Pandangan Balik). Viewpoints (Sudut Pandangan), Lest

Md HaSrul Bin Ja’Afar 2

Page 3: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

We Forget, Something ti Remember, As A Matter of Interest, Cotemporary Crisis in

Malaysian Politics, Political Awakening, The Road to Independence.(Ramlah

Adam:2003:541).

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim

Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa di sebalik

kejayannya. Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat

pertimbangan, berjiwa rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati,

sentiasa bersimpati, bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau

mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap

bergaul dengan sesiapa sahaja. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau

yang ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada

Md HaSrul Bin Ja’Afar 3

Page 4: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

1881 dan mangkat pada tahun 1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan

Burma telah menukar namanya kepda Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.

3. PENDIDIKAN AWAL

Tunku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu Alor Setar

kemudiannya ke Sekolah Inggeris ( sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid

Alor Setar) Kedah. Ketika berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke Bangkok

meneruskan pengajiannya di sana. Pada tahun 1915, beliau meneruskan pengajiannya di

Penang Tree School. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke St. Cathrine

College, Universiti Cambridge, England untuk belajar undang-undang dan kemudiannya

balik ke Tanah Melayu pada tahun 1925 setelah menamatkan pelajarannya. Tunku

mendapat ijazah B.A. dalam sastera. Beliau kembali ke England untuk menyambung

pelajarannya dalam bidang undang-undang di Inner Temple, England pada tahun 1938

namun pengajiannya terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus. Demi

menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka pada tahun 1947 beliau sekali lagi ke

England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pengajian undang-undang di Cambridge

Universiti dan dilanjutkan pada tahun 1949.

4. KEPERIBADIAN

Md HaSrul Bin Ja’Afar 4

Page 5: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan

dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang

pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Kualiti Tunku

memanglah tiada persamaan atau bandingannya dengan orang lain. Apabila beliau sudah

yakin akan sesyaty perkara, biasanya beliau akan bertindak tegas dengan apa cara

sekalipun. Sikapnya menepati pepeatah ‘gengam bara api biar sampai menjadi arang’ dan

‘alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan’. Biasanya Tunku tidak

menghampakan harapan kawan-kawannya dan tidak mengecewakan amanah yang diberi

kepadanya.

Dalam menghadapi sesuatu isu, Tunku sentiasa bersikap mengejar masalah dan

bukannya menanti masalah. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah itu terselesai

dengan sendirinya. Sifat atau kelebihan ini memang sudah pun dapat dilihat sejak beliau

mula mengambil alih pimpinan UMNO daripada Dato’ Onn. Denagn keazaman, banyak

perkara yang pada mulanya mustahil telah menjadi kenyataan. Falsafah atau sikap Tunku

terhadap ideologi komunis sebenarnya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya.

Dalam pada itu, Tunku sanggup memberi peluang kepada komunis untuk

bertaubat dengan syarat mereka menyerah diri dan kemudian bersumpah untuk taat setia

kepada negara dan raja. Sebenarnya, Tunku boleh meneruskan peperangan terhadap

komunis kerana rakyat di belakangnya. Sementara itu, Tunku sebagai pemimpin yang

Md HaSrul Bin Ja’Afar 5

Page 6: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

menpunyai pandangan yang jauh sanggup mmeperlembutkan sikapnya terhadap komunis

demi kepentingan negara, terutama sekali kerana memandangkan bahawa berjuta-juta

ringgit telah dibelanjakan untuk memerangi komunis.

Kesabaran Tunku memang cukup jelas. Malah beliau sanggup mengorbankan apa

sahaja demi kepentingan negara. Beliau sanggup berhadapan dengan segala bentuk

masalah baik masalah yang ternit daripada kawan ataupun masalah yang dicipta oleh

pihak lawan. Pendeknya Tunku sanggup memberikan segala masa dan peluang untuk

sesiapa sahaja. Begitu jugalah halnya semasa Tunku menghadapi konfrontasi Rejim

Soekarno. Tunku tidak lengah menemui Soekarno di mana sahaja yang dikehendaki

asalkan Presiden Soekarno dapat melihat dan mengakui suatu kebenaran. Menghadapi

masalah tersebut Tunku menunjukkan sikapnya yang berlemah lembut, tetapi tegas.

Jika ditimbang dari segi politik antarbangsa, memang tidak ada sebab mengapa

Soekarno dan Macapagal mesti menentang pembentukan Malaysia.Tunku yang mereka

anggap sebagai pemimpin yang mentah itu berdaya melahirkan sesuatu yang murni dan

boleh dibanggakan sedangkan Soekarno yang menganggap dirinya sebagai negarawan

dan pemimpin di dunia di sebelah sini tidak pun berbuat apa-apa untuk melepaskan

rakyat Borneo daripada belenggu penjajah. Dengan adanya usaha Tunku, maka rakyat

mereka yang dijajah dapat membebaskan diri daripada penjajah. Dengan itu sudah

tentulah Presiden Soekarno berasa kecewa dan cemburu di atas keputusan dan inisiatif

Tunku.

Tunku memberikan garis perjuangan kepada pemuda UMNO dengan menegaskan

bahawa tindak balas terhadap konfrontasi Presiden Soekarno itu janganlah sekali-kali

tesalah maklumatnya. Tunku ternyata bimbang sangat salah faham akan timbul antara

rakyat Malaysia dengan rakyat Indonesia kerana kedu-dua rakyat negara tersebut berasal

dari rumpun yang sama. Malah Tunku menunjukkan sikapnya dengan perbuatannya

sendiri. Ini jelas terbukti semasa pemuda UMNO menawan Kedutaan Indonesia. Tunku

telah didesak supaya memijak lambang negara Indonesia tetapi Tunku berkeras enggan

melakukannya. Tunku menegaskan bahawa lambang itu merupakan kedaulatan

Md HaSrul Bin Ja’Afar 6

Page 7: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Indonesia, bkannya lambang Soekarto. Jika lambang itu dijadikan sasaran sudah tentulah

rakyat Indonesia akan mentafsirkannya sebagai rasa permusuhan rakyat Malaysia

terhadap mereka. Seyerusnya jika lambang itu diusik, maka sudah tentulah rakyat

Indonesia akan membenci rakyat Malaysia.

Bapa Perpaduan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau seorang

pemimpin yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai

perwatakan dan keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Tunku

Abdul Rahman telah menunjukkan bakat kepimpinannya sejak menjadi Pegawai Daerah.

Beliau sentiasa prihatin terhadap insan lain serta memperbaiki mutu kesihatan penduduk-

penduduk di luar bandar yang diserang penyakit malaria dan membela nasib pemandu

teksi di Sungai Patani. Beliau juga sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke

Congo, Afrika yang dilanda perang saudara 1961.

Beliau berusaha menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum dalam usaha

menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga berusaha

meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara. Beliau turut dikenali sebagai “ Bapa

Keamanan dan Perpaduan”. Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti

Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu rundingan Baling membolehkan

negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh komunis. Kegigihan, keberanian dan

ketegsan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Rakyat

seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai

kesanggupannya mengorbankan masa-masnya yang berharga bagi membentuk negara

yang merdeka.

Sikap pandangan jauh Tunku ini terkadang-kadang payah henak dimengertikan

oleh rakyat. Hanya setelah beberapa lama baharulah mereka akan mengetahui dan

memahami akan tindakan dan tujuan sebenar Tunku. Memang inilah yang selalu dihadapi

oleh Tunku semasa beliau memimpin negara. Fikirannya atau pandangannya terlalu jauh

kedepan sehinggakan sukar untuk difahami dan dimengertikan oleh orang lain.

Pendeknya memanglah banyak buah fikiran atau idea yang Tunku selalu utarakan yang

Md HaSrul Bin Ja’Afar 7

Page 8: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

boleh menimbulkan salah faham. Kebenaran atau manfaatnya selalunya hanya dapat

dinikmati dan diketahui dalam beberapa tahun selepas itu. Inilah antara keseronokan

Tunku apabila mengenangkan telatah mnusia tenatng sumbangannya terhadap negara,

nusa dan agama. Memang dalam banyak hal, Tunku telah mamandang jauh ke depan

lebih dulu sebelum orang lain dapat mengetahui manfaat atau ertinya beberapa tahun

kemudiannya.

5. KERJAYA

Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama

pada tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum

menjadi Perdana Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya

bermula pada 10 Disember 1931 apabil beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah

Kuala, Padang Terap, Kuala Nerang, Sungai Petani dan Kulim,Kedah. Pada tahun 1940,

Tunku menjadi Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah. Pada tahun 1943, beliau

telah dilantik menjadi Penyelia Pelajaran Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai

pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur. Pada tahun 1955, Tunku

dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Penglibatan beliau dalam

bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri

Malaysia pada 22 September 1970.

6. SUMBANGAN BELIAU

6.1. BIDANG PENULISAN

Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik

perhatian orang ramai. Walaupun pada masa Tunku bersara ketika berumur 85 tahun,

beliau masih bergiat cergas malah semakin aktif dalam bidang penulisan seperti ruangan

Looking Back dan As I See It dalam akhbar The Star. Sepanjang 16 September 1974

sehingg 16 Ogos 1975, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam ruangn

Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah menghasilkn buku beliau yang pertama,

Md HaSrul Bin Ja’Afar 8

Page 9: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

iaitu May 13, Before and After. Selepas itu, beliau meneruskan penulisannya dalam

akhbar The Star melalui ruangan baru, iaitu As I See It. Artikel-artikel yang beliau

hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan masyarakat dan menghasilkan Viewpoints

(1970), Looking Back (1977), As Matter of Interest (1981), Something to Remember

(1983), Less We Forget dan Contemporary Issuus n Malaysia Politics (1984),

Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986). Semua hasil tersebut adalah

tentang isu-isu semasa.

6.2. KESENIAN

Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayan negara. Sebelum menjadi

Perdana Menteri, beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayan.

Pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan Persidangan

Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan tujuan menonjolkan

Kebudayaan Melayu di mata dunia. Tunku telah menghasilkan tiga karya yang

kemudiannya difilemkan, iaitu “Mahsuri”, “ Raja Bersiung” dan “ Sumpahan Mahsuri”.

Filem Malaysia yang ditayangkan adalah untuk mengutip derma bagi tabung Tugu

Peringatan Rosli Dhobie.

6.3 PERINGKAT ANTARABANGSA

Md HaSrul Bin Ja’Afar 9

Page 10: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Tunku memang memasuki arena politik jauh lebih lewat daripada Soekarno.

Malah bolehlah dikatakan bahawa Tunku sebagai seorang new comer dalam arena ini jika

dibandingkan dengan Soekarno. Sungguhpun demikian ternyata tunku masih juga dapat

bercatur politik di arena antarabangsa dengan cepatnya, dan pada ketika-ketikanya lebih

mengagumkan, khususnya apabila Tunku menonjolkan isu anti Apartied Afrika Selatan

di persidangan komanwel. Dengan pengusiran Afrika Selatan daripada pertubuhan

tersebut, maka seluruh dunia mengutuk dasar Afrika Selatan. Dengan isu tersebut Tunku

menaiki tangga kejayaan politik dunia sehingga Tunku dapat meletakkan nama negara

Malaysia di peta dunia. Di sesetengah negara, khasnya di Benua Afrika dan Asia Barat,

nama Tunku memang cukup dikenali sebagai seorang hero dan wira menentang

perbezaan warna kulit. Di sesetengah negara nama Tunku lebih dikenali daripada negara

ini sendiri.

Dalam perjuangan menentang perbezaan warna kulit, rasanya seorang pun dalam

zaman politik moden ini tidak dapat dibandingkan dengan Tunku. Presiden Abraham

Lincoln membuat peristiharan pembebasan abdi di Amerika Syarikat dalam tahun 1863

dan peristiharan itulah yang menjadikannya sebagai negarawan dunia, sedangkan Tunku

Abdul Rahman pula dalam tahun enam puluhan berjaya menyingkirkan Afrika Selatan

daripada Komanwel kerana dasar apartied negara tersebut. Dengan sikapnya itu, maka

Tunku telah menjadi hero menentang perbezaan wanra kulit dalam masa usia politiknya

yang masih muda.

Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South East

Asian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Negara Thai. Pada 11

Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina

dibentuk. Akan tetapi, persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi konfrontasi

dengan Indonesia dan Filipinasebaik sahaja Malaysia diisytiharkan. Ketika berusaha

menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila Singapura memutuskan

untuk keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1965. Tunku berjaya

mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan Indonesia pada 2 Jun 1966 dan

Md HaSrul Bin Ja’Afar 10

Page 11: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

dengan Filipina pada 3 Jun 1966. Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung

Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) olej Raja Faizal dari Jeddah.

Tunku telah menunjukkan kebijaksanaan dan kehandalan beliau dalam

memainkan peranannya digelanggang politik antarabangsa dengan menimbulkan dan

menarik pandangan dunia pada sesuatu masalah yang besar yang mesti dihadapi bersama

oleh seluruh kerajaan di negara-negara di dunia ini. Salah satu daripada kejayaan-

kejayaan Tunku ialah tindakan yang keras dan tegas beliau dalam isu apartied. Langkah

yang dipelopori oleh Tunku itu telah disambut dengan hangat oelh negara-negara lain

sehingga menyebabkan Afrika Selatan dipecat daripada anggota Negara-Negara

Komanwel. Setelah persoalan ini dibawa ke Bangsa-bangsa Bersatu negara afrika Selatan

telah dikecam dan dikutuk oleh semua negara yang berpegang kepada hak-hak asasi

manusia.

6.4. PERKEMBANGAN ISLAM

Md HaSrul Bin Ja’Afar 11

Page 12: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara

kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri

dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran. Menjadi Presiden Pertubuhan

Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Atas kebolehan dan daya usaha

gigihnya beliau berjay meletakkan PERKIM sebagai sebuah pertubuhan yang terkemuka

dan dihormati oleh semua umat Islam. Tunku Abdul Rahman adalah seorang pejuang

kemanusiaan yang tulen. Beliau telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah

menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua

yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra.

Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian

Kemboja yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan

Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang

pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik

menjadi Presiden ‘Regional Islamic Council for South East Asia and The Pacific’

(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di Persidangan Negara-negara Islam. Atas

segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, beliau mendapat penghargaan dari Pakistan

dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari

Arab Saudi pada tahun yang sama.

Tunku jugalah pemimpin Islam yang telah mencetuskan idea supaya diadakn

Pertubuhan Negara-Negara Islam bagi menjaga kepentingan negara-negara dan umat

Islam. Cadangan Tunku itu sungguhpun telah memakan masa yang panjang untuk

menjadi kenyataan, tetapi dapat dilaksanakan dengan tertubuhnya Sekretariat Islam baru-

baru ini.

6.5 UMNO

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di

jiwa Allahyarham. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah

seorang yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya yang telah diadakan di Kelab

Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada tahun 1949, Allahyarham YTM Tunku Abdul

Md HaSrul Bin Ja’Afar 12

Page 13: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Rahman Putra Al-Haj menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato'

Onn bin Jaafar  kkeluar dari pertubuhan UMNO sebagai presiden untuk menubuhkan

Parti Kemerdekaan Malaya, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah

dipilih dengan sebulat suara yang terbanyak bagi mengisi kekosongan sebagai Yang

Dipertua Agong UMNO pada 26 Ogos 1951.

Sungguhpun beliau telah lama bercita-cita hendak meninggalkan jawatan

kerajaan, untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi tidak berapa hari sebelum tarikh yang

bersejarah itu Tunku masih belum dapat menentukan pendirian beliau sama ada

menerima atau tidak pencalonan sebagai Yang Dipertua Agong UMNO. Setelah dipujuk

oleh Datuk Razak dan En. Bahaman bin Shamsuddin baharulah beliau bersetuju untuk

menerima pencalonan sebagai Yang Dipertua Agong UMNO. Sebagai seorang pemimpin

beliau terpaksa mengorbankan masa bersama dengan isteri dan anak-anak di rumah.

Beliau sering bertandang ke kampung-kampung yang teruk untuk melihat keadaan rakyat

sehinggakan beliau mengorbankan segala kkesenangan behkan kesihatanya kerana tidak

ingin memgecewakan rakyat.

Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyarham YTM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan satu kerjasama dengan MCA

dengan menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan

dominan yang memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah negara telah memperolehi

kebebasan mutlak apabila Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut

setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan iaitu Hari menyambut Kemerdekaan.

Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga telah membuktikan

kenegarawanan beliau apabila Parti Perikatan telah dihasilkan bersama-sama dengan

MCA dan kemudian disertai pula oleh MIC. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj telah menegaskan bahawa kemerdekaan hanya akan dicapai melalui

kerjasama di antara tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Kewibawaan

Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang pemimpin lebih

Md HaSrul Bin Ja’Afar 13

Page 14: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

terserlah apabila hasil daripada rundingan Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj dengan pihak British telah membawa kepada pilihanraya yang pertama pada

31 Ogos 1955 dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang

dipertandingkan. Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga telah

dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha beliau yang penting adalah cubaan

menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa darurat dengan memberi tawaran

pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah diri. Ini diikuti oleh

Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan kerajaan tetapi

menemui jalan buntu.

Tunku juga telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa dengan

menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel, mengambil dasar anti-

apartheid dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta Congo. Pada September 1963,

Tunku telah menjadi bapa kepada sebuah lagi negara baru, Malaysia, apabila Tanah

Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).

 

Selain itu, Tunku juga telah memulakan penubuhan Association of Southeast Asia

(ASA) pada tahun 1961; menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.

Gabungan ini kemudian telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang

lebih besar iaitu Association of Southeast Asian Nations (Asean) pada 1967. Era

pentadbiran Tunku merupakan zaman penuh pancaroba dan pancawarna, dan tentunya

tidak semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Krisis-krisis seperti Konfrontasi

Indonesia, perpisahan Singapura, peristiwa 13 Mei dan Darurat 1948-1960 telah

menggegarkan seluruh negara, namun Tunku berjaya melaluinya dengan kebijaksanaan,

kesabaran, toleransi yang tinggi serta peri kemanusiaan.

Pada May 1961, Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga

bertanggungjawab dalam menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu,

Singapura, Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei.

Kesemuanya kecuali Brunei telah menyertai gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk

pada 16 September 1963, satu gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu,

Md HaSrul Bin Ja’Afar 14

Page 15: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati

kemudiannya telah menyingkirkan Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya bahawa Singapura adalah 'barah

yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau politik merebak ke seluruh negara

Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysiadan

menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat

Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang

DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.

Md HaSrul Bin Ja’Afar 15

Page 16: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

7. KEJAYAAN TUNKU

Rakyat menyanjung tinggi Tunku kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan

menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat.

Sebelum mencapai kemerdekaan, Tunku sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi

pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan

rakyat. Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah

dilantik menjadi presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan

bagi Tanah Melayu. Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk

menyatupadukan parti-parti kaum yang lain bagi mencapai tujuan ini.

Oleh itu, dia membentuk Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO-MCA.

Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Majlis

Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi

Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan ini.

Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul Rahman.

Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada

kerajaan British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah sedia

untuk merdeka. Tunku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan

majoriti. Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat

Md HaSrul Bin Ja’Afar 16

Page 17: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

dan lelah. Akhirnya beliau berjaya melepasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya

itu. Beliau seterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956

untuk mendapatkan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan

sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian masyarakat

di seluruh dunia, terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah

mengemukakan cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah,

Sarawak dan Brunei bagi membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Idea

tersebut mendapat sokongan dari negara-negara tersebut kecuali Brunei. Pada 6 Januari

1962, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya

Cobbold bagi meninjau reaksi dan pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang

pembentukan Malaysia. Akhirnya Malaysia dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan

menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak

8. ANUGERAH YANG DIPEROLEH OLEH TUNKU

Md HaSrul Bin Ja’Afar 17

Page 18: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti

Universiti Malaya, Universiti Sydney, Universiti Araneta dan Universiti India. Beliau

juga menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford, England pada

tahun 1970, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Cambridge (1970)

dan Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla, Thailand

(1977). Beliau juga menerima penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah

kebesaran sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Ini termasuklah pangkat-

pangkat seperti Order of Istiqqlal, Maghribi pada tahun 1957, Darjah Utama Negeri

Kedah pada tahun 1958, Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri Paduka Mahkota

Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of the Order of the Crown dari Belgium Order of

Sikatuna dari Filipina (1959), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Kelas Pertama),

Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960), Knight Grang Cross of the Most

Illustrios Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962), Darjah Seri Paduka Mahkota

Selangor (S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.

9. TUNKU SEORANG NEGARAWAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang negarawan berjiwa rakyat

yang lahir di sebuah istana raja. Sebagai seorang putera raja, Tunku memepunyai karisma

yang sangat unik. Beliau tidak dapat dibandingkkan dengan pemimpin-pemimipin dunia

yang lain, khsnya dalam kalangan pemimipim-pemimipin dari negara-negara yangbaru

muncul dan merdeka selepas Perang Dunia Kedua. Di Asia, pemimpin seperti Presiden

Soekarno, Presiden Ayoub Khan dan Presiden Sheikh Mujibul Rahman telah turun dari

jawatan masing-masing baik secara paksa ataupun terkorban. Di India, Nehru sendiri

membawa jawatannya ke liang lahad. Di Afrika pula, pemimpin-pemimpin seperti

Nkrumuh, Abu Bakar Tafewa dan lain-lain kebanyakannya memegang atau meregang

kuasa hingga dijatuhkan, dikorbankan atau meninggal dunia. Tidak juga sebenarnya

dapat dicari perbandigan dengan Tunku. Di Negara-negara bertamadun, kahsnya

Amerikak Syarikat, pemimpin-pemimpin seperti George Washington dan Franklin D.

Md HaSrul Bin Ja’Afar 18

Page 19: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Rooselvet mati sebelum tamat tempoh perkhidmatan masing-masing. Sementara Presiden

de Gaulle pula turun dari jawatannya selepas namanya dicemarkan.

Kewibawaan Tunku rasanya hanya boleh disamakan dengan Sir Winston

Churchill. Kedua-duanya mempunyai banyak persaman misalnya kedua-duanya dating

daripada lingkungan diraja. Kedua-duanya mempunyai “sense of humor”. Kedua-duanya

meninggalkan jawatan dalam masa nama masing-masing masih harum dalam kalangan

rakyat.Tunku memimpin Negara selama 15 tahun iaitu satu era yang panjang bagi

seseorang pemimipin. Sir Winston Churchill bermula sebagai wartawan, manakala Tunku

pula masuk kke dunia kewartawanan selepas bersara. Pendeknya kedua-duanya sentiasa

dalam lubuk hati rakyat yang dipimipinnya dulu. Lagi lama mereka meninggalkan

jawatan, lagi banyak kebaikan yang mereka zahirkan.

Tunku mempunyai beberapa kualiti istimewa semulajadi. Amalan hidupnya

seperti rakyat biasa bukanlah direka-reka. Kualiti itu sentiasa bersemadi dalam jiwa

Tunku sejak kecil lagi. Kualiti itu memberikan harapan masa depan rakyat. Sokongan dan

harapan rakyat serta keputusan pilihanraya pertama 1955 merupakan mandat yang mutlak

kepada Tunku. Sebagai seorang putera raja, maka kedudukan Tunku memberikan

keyakkinan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Baginda Raja-Raja Melayu

yakin bahawa kemerdekaan tidak akan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Perjuangan Tunku untuk menyatukan rakyat dan mendapat sokongan mereka boleh

dikatakan lebih senang daripada mendapatkan keyakinanan Raja-Raja Melayu.

Kemerdekaan bermakna memberi kuasa kepada rajyat dan sebaliknya bagi Ke Bawah

Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu merupakan perpisahan tradisi iaitu

menyerahkan kuasa kepada rakyat.

Raja-Raja Melayu pada zaman dulu mempunyai kuasa eksekutif. Dalam proses

politik moden, maka Raja-Raja Melayu diasuh untuk berkongsi kuasa dengan rakyat.

Dengan adanya proses kewibawaan serta kebijaksanaan Tunku menghadapi proses

perubahan itu, maka soal Raja-Raja Melayu tidak mahu berkongsi kuasa dengan rakyat

tidak lagi timbul. Malah pihak Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan bersetuju

Md HaSrul Bin Ja’Afar 19

Page 20: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

berkongsi kuasa dengan rakyat dibawah Perlembagaan Merdeka. Detik sejarah

perjuangan Tunku ini hendaklah diserap dan dipindahkan ke jiwa rakyat dari satu

generasi ke satu generasi supaya perjuangan tidak tergelincir dari landasan.

Dalam arena politik, soal kebolehan dan kebijaksanaan seseorang merupakan soal

kedua. Soal yang pertama dan penting sekali ialah kepercayaan rakyat kepada seseorang

pemimpin, kepercayaan yang khususnya dinilai dari segi integriti dan kredibiliti. Tunku

bersara dalam keadaan yang tenang dan kesihatan yang baik serta fikiran yang masih

segar. Timbul rasa cemburu dalam kalangan pemimpin pemuda kerana pengaruh Tunku

yang tidak luntur. Mereka bimbang Tunku akan menerima dan tunduk kepada rakyat

untuk memimpin semula dan mereka bimbang kepada stail Tunkku yang tersendiri.

Selepas Tunku bersara golongan yang bimbang itu mencipta pula satu gimik

“order lama”. Gimik ini sebenarnya bertujuan hendak memisahkan Tunku dengan

pengikut-pengikut baru Tun Razak. Mereka lupa bahawa Tun Razak juga adalah seorang

rakan seperjuangan Tunku sendiri. Gimik ini “order lama “ dan “order baru” bukanlah

satu gimik baru yang tulen tetapi sebenarnya berpunca dari Indonesia semasa Presiden

Soekarno digulungkan dan digantikan oleh Jeneral Suharto. Denagn lahirnya gimik baru

dan lama ini dalam kalangan UMNO, maka mulalah timbul riak perbezaan fikiran antara

ahli-ahli UMNO pramerdeka dengan ahli-ahli UMNO yang muda. Gimik sedemikian

tidak dapat diterima dalam UMNO. Sudah bertahun-tahun UMNO hidup dan akan terus

hidup. UMNO memang tidak bergerak atas landasan satu-satu gimik sebaliknya ia

berkembang subur atas keperibadian dan identitinya yang tersendiri. Tidak hairanlah

kalau Tunku menganggap perbuatan mengada-adakan gimik sebagai kebudak-budakan

sahaja. Kepercayaan rakyat terhadap Tunku sebenarnya tidak pernah luntur. Semakin

lama Tunkku meninggalkan kerajaan semakin ramailah rakyat menyedari akan

kebenaran dan kejujuran perjuangan Tunku. Kesayangan rakyat terhadap Tunku semakin

bertamabh menjelang Tunku menyambut hari keputeraan yang ke-80 pada tahun 1983.

Sambutan penulis-penulis tanah air mengenai perjuangan Tunku ini meneapti

pepatah ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ keran dulu memang kerap para penulis

Md HaSrul Bin Ja’Afar 20

Page 21: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

bercanggah pendapat mengenai Tunku. Pendeknya keperibadian dan karisma Tunku akan

sentiasa memberi ilham dan topic kepada para penulis. Kemuncak penghargaan kepada

Tunku tiba pada maalm Barisan Nasional mengadakan perayaan secara besar-besaran

bagi menyambut hari keputeraannya. Jamuan makan malam yang disulami ucapan-

ucapan serta filem dokumentari itu membawa kembali para hadirin yang bersam Tunku

dulu kebeberapa sudut penting perjuangan Tunku. Ramai juga yang berasa seolah-olah

berada dalam zaman perjuangan kemerdekaan dan era pemerintahan Tunku.

Sebagai seorang pengasas kemerdekaan, Tunku sudah tentulah merupakan ‘the

happiest statement’ kerana Tunku sendiri dapat melihat tiga orang Perdana Menteri yang

mewarisi perjuangannya iaitu Tun Razak, Tun Hussein Onn dan dato’ Seri Dr. Mahathir

Mohammad. Tiga puluh satu tahun yang lampau apabila Tunku memulakan kerjasama

pilitik UMNO-MCA bagi mengahdapi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur,

terjalin satu perkahwinan politik yang melahirkan Perikatan dan kemudiannya Barisan

Nasional dan tanpa disedari Tunku sebenarnya tealh meletakkan asas kerjasama politik

sepanjang suku abad ini. Keberanian Tunku mencipta kerjasama ini tidak boleh

dipertikaikan.

Pada waktu kaum-kaum di Negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kuat

konfrontasi, usaha kea rah kerjasama antara kaum adalah satu perkara yang merbahaya

bagi seorang pemimpin yang bergantung kepada sokongan ramai menganjurkannya

tetapi’the charm and the personality of the Tunku won over everyone.’ Hari ini kita

lihat bertapa langkah Tunku merupakan langkah yang bijak. Sementara di Negara-negara

lain di mana penduduknya terdiri daripada berbagai kaum, ketenteraman dan

pembangunan diganggu sepanjang masa kerana sengketa kaum. Di Malaysia perselisihan

faham antara kaum dalah minimum. Kestabilan politik dan ketenteraman di Malaysia

adalah hasil yang terbesar dalam usaha Tunku. Sealgi parti campuarn yang diasaskan

oleh Tunku dalam tahun 1952 berkuasa, dasar dan prinsip perjuanagn Tunku akan

dikekalkan.

Md HaSrul Bin Ja’Afar 21

Page 22: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Tunku telah menjadi salah seorang yang tokoh yang terpenting dalam sejarah

moden Malaysia. Kejayaan belaiu dan kemampuan melibatkan diri secara langsung

dalam pilitik Negara kita selama hampir suku abad, sebagai Presiden UMNO, Pengerusi

Periaktan, Ketua Menteri dan Perdana Menteri tealh menyebabkan penciptaan saty zaman

tersendiri dalam sejarah Malaysia, zaman yang penuh dengan cabaran, zaman yang

memulakan satu lagi babk baru dalam sejarah Negara kita. Oleh kerana itu apabila

menghargai dan mengingati Tunku kita sebenarnya menghargai dan mengingati sejarah

bengsa dan Negara kita. Dan bagi suatu bangsa yang bertekad untuk terus maju dan

kukuh, mengingati serta mempel;ajari sejarah amatalh penting, kerana ia adalah contoh

dan teladan. Sejarah membentangkan kepada kita peristiwa suka-duka dn kegagalan serta

kejayaan masa lalu. Sejarah juga menjelaskan kepada kita bahawa dunia dan kehidupan

manusia terus berubah. Pemimpin akan silih berganti, pergi dan dating, perubahan juga

tiada siapa yang dapat menahan. Yang perlu kita lakukan ialah menjalankan ikhtiar

supaya perubahan itu dapat dikawal dan dibentuk, sesuai dengan kehendak dan keperluan

kita, satu bangsa yang merdeka dan bermaruah.

Dalam zamannya Tunku telah menjadi pemimpin gigih yang meneruskan

perjuangan kebangsaan yang telah dimulakan menjelang perang dunia kedua dulu. Di

bawah pimpinannya maruah dan kemerdekaan Negara dapat ditebus kembali. Sesudah

itu, sebagai tokoh politik dan negarawan, Tunku memulakan langkah mengisi

kemerdekaan. Lagi sekali di bawah pimpinannya, asas dan infrastruktur yang kukuh bagi

menegakkan sebuah Negara moden yang maju, telah dapat dibina. Perjuangan Tunku

selepas beliau berpindah ke Kuala Lumpur dan memasuki arena nasional. Perjuangan

Tunku bermula lebih awal daripada itu sebenarnya sebelum perang dunia kedua. Setelah

kembali ke tanah air selepas ke United Kingdom untuk belajar, Tunkku telah

menceburkan diri dalam usaha menolong rakyat. Pada waktu masih kecil nama Tunku

sudah pun terkeknal dalam kalangan rakyat Kedah sebagai seorang anak raja yang

bersimpati dan dekat dengan rakyat.

Pada waktu kita menentang Malayan Union, petisyen yang dihantar kepada

Kerajaan British oleh Kesatuan Melayu Kedah, Seberkas dan Kesatuan Pemuda Melayu

Md HaSrul Bin Ja’Afar 22

Page 23: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Kedah ditulis oleh Tunku sendiri. Aktiviti politik pada waktu Tunku masih berkhidmat

dengan Kerajaan Kedah tidak menyenangkakn beberapa pihak tapi kepada rakyat,

penyertaan Tunku dalam perjuangan rakyat amatlah dihargai. Oleh itu, memanglah kena

pada tempatnya apabila TUnku dijemput untuk menjadi Yang Dipertua UMNO selepas

UMNO kehilangan ketua. Langakh ini merupakan langkah yang terpenting sekali dalam

sejarah Malaysia. Sebagai tanda penghargaan kita yang paling bererti ialah menjadikan

kewajipan serta tanggungjawab kita, khususnya para pemimpin parti-parti komponen

Barisan Nasional untuk memastikan supaya asas dan infrastruktur yang telah dibina oleh

Tunku akan terus kukuh dan kekal.

Sekiranya berlaku keretakan atau kerosakan di mana-mana, maka perlualh kita

perbaiki dengan mesyuarat dan muafakat bersama. Adalah menjadi kewajipan kiat juga

untuk menentang habis-habisan barangsiapa juga yang hendak merosakk dan

merobohkan asas dan infrastruktur nasional ini. Salah satu musuh yang paling besar ialah

kata-kata, kegiatan dan tindakan yang boleh menyalakan api perkauman dan yang

bertentangan dengan kekpentingan nasional. Tunku tidak pernah bermain-main dengan

politik, apalagi politik perkauman. Maka kita janganlah cuba-cuba untuk bermain politik

untuk kepentingan diri dan kelompok, untuk memprtahankan kekuasaan dan

memperkayakan diri sendiri. Yang teramat mulia tunku adalah seorang putera Malaysia

yang tulen. Cita-cita beliau dan tindak-tanduk beliau sentiasa mengutamakan kepentingan

nasional, lebih daripada kepentingan sempit untuk kaumnya sendiri sahaja. Beliau tidak

pernah merasa takut dan sentiasa menerima apa juga kritik dan hukuman, demi untuk

perjuangan bangsa dan tanah airnya. Hidupnya sentiasa sederhana, kesenangan dan

kebahagiaannya ialah kehidupan dan kebahagiaannya ialah kehidupan yang harmoni,

aman dan damai. Inilah antara warisan yang paling berharga ditinggalkan kepada kita

apabila beliau dengan senang hati mengucapkan selamat tinggal kepada kegiatan politik

secara langsung.

Malaysia bertuah mendapat seorang anak watan yang telah menjadi penganjur dan

pemimpin dan mempunyai sifat-sifat seorang ketua yang ikhlas, jujur dan bijaksana.

Tunku telah muncul pada saat yang penting dalam sejarah perjuangan bangsa kita.

Md HaSrul Bin Ja’Afar 23

Page 24: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tunku telah dapat menimbulkan kesedaran

dan keinsafan pada segenap lapisan rakyat jelata dan mereka telah memberikan sokongan

dan berjuang bersama-sama Tunku sehingga tercapai azamdan cita-cita mereka untuk

menjadikan satu bangsa yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mana-mana

bangsa dalam dunia ini. Kemashyuran nama Tunku bukan sahaja di negara ini bahkan

telah tersebar diseluruh penjuru alam. Hal ini telah terbukti dengan jelasnya di

sesetengah-sesetengah negara asing, di mana terdapat rakyatnya lebih dulu mengenali

nama Tunku daripada nama negara Malaysia.

Ringkasnya Tunku telah memainkan peranan beliau sebagai seorang negarawan

antarabangsa yang memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia dan mengharumkan nama

negara kita sekalipun ianya sebuah negara kecil. Dengan kejayaan Tunku memainkan

peranan antarabangsa dengan cara yang bijak itu, Malaysia telah menjadi sbuah negara

yang berkesan yang di hormati di kalangan bangsa-bangsa di dunia ini.

10. PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN

Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 memang

menjulang tinggi nama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam politik

Persekutuan Tanah Melayu. Pertemuan Tunku dengan Donald MacGillivary pada hari

Ahad 31 Julai 1955, merupakan langkah pertamanya dalam proses mununtut

kemerdekaan. Inilah langkah pertama Tunku sebagai pemimpin Perikatan meminta kuasa

pemerintahan daripada kerajaan British. Namun setelah berbincang selama dua jam

setengah Tunku gagal untuk membincangkan kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dan

pelantikan Suruhanjaya Bebas untuk mendraf perlemagaan. Keinginan Tunku untuk

membolehkan Perikatan campur tangan dalam pentadbiran secepat mungkin, seperti yang

dijanjikanya dalam pilihan raya yang lepas tidak kesampaian.

Bagi Tunku mandat yang diterima daripada rakyat ialah mencapai kemerdekaan

atau keluar daripada kerajaan. Kata-kata Tunku yang cukup bersemangat itu disambut

dengan jeritan ‘ Merdeka ‘ oleh penyokong Perikatan. Ini merupakan demontrasi yang

Md HaSrul Bin Ja’Afar 24

Page 25: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

menujukkan kekuatan dan kepimpinan Tunku. Keadaan ini menyababkan Lennox Boyd

berbincang dengan raja-raja Melayu tentang tuntutan Perikatan itu. Pada bulan September

1955, raja-raja melayu telah mengeluarkan persetujuan mereka untuk mengizinkan

kehendak Perikatan bagi meminda Perjanjian Persekutuan 1948. Bagaimanapun, mereka

tidak setuju hanya perikatan yang akan berunding dengan kerajaan British. Raja-raja

Meleyu juga mendesak untuk menghantar wakilnya. Raja-raja Melayu mencadangkan

rombongan itu dianggotai oleh tujuh orang wakil iaitu empat orng wakil Raja-raja melayu

dan tiga dari Perikatan dan Peguam Negara sebagai penasihat. Perikatan telah

menolaknya kerana tidak mahu diperlakukan sebagai kumpulan mioritiseperti dahulu.

Persetujuan dicapai dengan melantik empat wakil daripada Raja-raja Melayu dan empat

wakil dari Perikatan.

11. ROMBONGAN MERUNDING KEMERDEKAAN DI LONDON

Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul

Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir

Shamsudin telah menaiki kapal M.V. Asia di Pelabuhan Tanjung Pagar,

Singapura.Bersama-sama dengan Tunku ialah dua orang wakil raja-raja Melayu iaitu

Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor,

dan Dato’ Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja Melayu menaiki kapal terbang

bersama-sama dengan Dato’ Mohd Seth dua hari selepas itu. Rombongan Tunku Abdul

Rahman dihantar dengan meriah sekali dari Raffles Hotel, tempat penginapanya di

Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pagar.

Kapal yang dinaiki oleh Tunku dan rombonganya telah singgah di Ceylon (Sri

Lanka), India dan Pakistan. Di Karachi, Pakistan , Tunku dan rombonganya telah

mendarat untuk berehat beberapa hari. Tunku menjejakan kakinya ke bumi

Landon,England pada 13 Januari 1956. Manakala rundingan kemerdekaan berlangsung

selama hamper tiga minggu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Dalam ucapan

pembukaanya pada pagi 8 Januari di Lancester House, Setiausaha Tanah Jajahan, Lennox

Boyd , telah mengalu-alukan kedatangan Tunku dengan rombonganya dengan ramah

sekali. Bagi beliau rundingan itu adalah sebuah janji yang telah dibuat dalam Perjanjian

Md HaSrul Bin Ja’Afar 25

Page 26: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Persekutuan 1948 diantara British dengan raja-raja Melayu. Selesai ucapan, diikuti pula

dengan perbincangan terbuka antara rombongan Merdeka Persekutuan Tanah Melayu

dengan Pejabat Tanah Jajahan. Pebincangan berkisar pada beberapa perkara iaitu soal

pertahanan dan keselamatan, perkhidmatan awam, dan perubahan perlembagaan.

Pembentukkan Suruhanjaya Bebas seperti yang dikehendaki , Perikatan telah

meletakkanya sebagai tajuk kecil di akhir perbincangan. Kesemua hal ini telah difahami

oleh kedua-dua pihak sejak tahun 1954, sewaktu pilihan raya tahun 1955 hendak

dijalankan. Perkara ini hanya pengulangan terhadap penekananya. Perbincangan itu

hanya berlangsung selama dua hari. Tunku memudahkan perbincangan dengan sikapnya

yang tersendiri. Keadaan ini telah memberi ruang yang banyak kepada pihak British

melaksanakan cadanganya yang telah disediakan sebelum kedatangan rombongan

merdeka. Britain telah menyiapkan ‘Memorandum of United Kingdom’.

Tunku setuju dengan cadangan pihak British supaya dibentuk jawtankuasa-

jawatankuasa bagi memperincikan perlembagaan. Sementara itu Tunku mengadakan

mensyuarat sehari dengan Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di Church House berkenaan

dengan hal-hal pentadbiran semasa. Pada 2 Februari 1956, menurut Tunku , pihak British

telah membuat kenyataan dari Lancaster House tentang hasil rudingan dengan

rombongan merdeka dan keputusan ini memberi keadaan yang positif kepada Tunku

sebagai pemimpin Perikatan.

Rombongan Tunku Abdul Rahman di sambut bangga oleh ahli-ahli UMNO

Singapura sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang diadakan di

padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Sekembalinya Tunku dan

rombonganya dari Landon pada Jun 1957, Tunku terpaksa mengakui bahawa

kemerdekaan yang dicapai tidaklah begitu memuaskan , kerana hal-hal yang tidak dapat

diatasi seperti penghapusan kerakyatan komanwel, pengekalan pegawai pinjaman British

dan pertahanan yang masih bergantung pada pihak British. Malah bidasan pihak

pembangkang Melayu juga terpaksa diakuinya. Maka dalam Mensyuarat Agung yang

diadakan pada 29 dan 30 Jun 1957, di Kuala Lumpur satu ketetapan telah di buat untuk

Md HaSrul Bin Ja’Afar 26

Page 27: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

menganugerahkan gelaran Bapa Kemerdekaan Tanahair kepada Tunku atas jasa-jasa

perjuangan dan pengorbanan yang telah ditunjukan dan diberikan oleh Yang Dipertua

UMNO itu.

Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tunku dan

cadangan perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja itu kemudia

dibincangkan oleh raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dan diluluskan oleh

Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Kelulusan itu dengan mudah

diperolehi hanya kerana tedapat seorang pembangkang iaitu wakil PAS, Haji Ahmad

Husien. Beliau tetap menegakkan kepentingan orang Melayu yang terhapus sebagai

bumiputera kerana kemerdekaan yang akan di capai pada 31 Ogos 1957. Namun

bangkangan beliau tidak diendahkan.

12. UPACARA KEMERDEKAAN

Pada 3 Ogos 1957, di waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu

untuk memilih Yag di-pertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British.

Perlantikan itu perlu sebagai menandakan ketua Negara di sandang oleh pemerintah

tempatan. Semua raja telah menghadirinya kecuali Sultan Ibrahim dari Johor yang

diwakili Tengku Mahkota , Tunku Ismail.

Pada 5 Ogos 1957, bertempat di King House,Kuala Lumpur, Perjanjian

Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani diantara wakil Ratu England dan

Wales, Donald MacGillivaray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dengan

Raja-raja Melayu, Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan dan Dato’-Dato’ Undang

Luak Negeri Sembilan. Perjanjian 197 itu, mengakui persetujuan Perjanjian Persekutuan

1948 untuk menubuhkan sebuah Persekutuan yang mengandungi negeri yang tersebut di

dalamnya sebagai asas Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu.

Md HaSrul Bin Ja’Afar 27

Page 28: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Kesemua kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali Yng di-

Pertuan Agong menjadi ketua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British, kerana

kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri yang telah merdeka. Bagi

Pulau Pinang dan Melaka satu perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk

melantik Gabenor dan hal-hal tertentu diteruskan sebagai satu peralihan.

Sultan Kedah, Sultan Badlishah telah berucap menyatakan kegembiraan raja-raja

Melayu mendapat bimbingan kerajaan British selama ini sehingga negeri ini telah maju

dengan jayanya dalam lapangan masyarakat, iktisad dan sahsiah. Kebaikan hati raja-raja

Melayu seperti juga rakyatnya, tergambar sehingga pada saat akhir penjajahan British di

Persekutuan Tanah Melayu. MacGillivaray pula telah menyatakan antara lain “ Dengan

terhentinya hubungan lama itu, timbulah hubunagan baharu dengan berdasarkan perasaan

dan kepercayaan antara satu sama lain serta hormat-menghormati yang lam telah

tertanam antara kedua-dua pihak.

Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah sebuah perlembagaan

merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Satu jawatankuasa

sambutan besar-besaran telah diatur yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin

Hussien. Selain upacara pembarisan ketenteraan, jamuan negara dan perayaan awam di

Kuala Lumpur , tetamu-tetamu kehormat dari luar Negara juga telah dijemput untuk

menghadiri upacara pengistiharan kemerdekaan pada 31 Ogos. Dalam hal ini, kesemua

perancangan dirujuk pada kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan untuk diluluskan.

Perikatan Pemuda UMNO telah diberi tugas untuk menurunkan bendera Umion

Jack. Tepat pukul 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan mengikut gema

bunyi jarum jam besar Pejabat Setiausaha Persekutuan. Serentak dengan itu bendera

Persekutuan Tanah Melayu dengan jaluran merah putih dan kotak biru dengan bulan

bintang di tengahnya mendaki gagah menuju ke kemuncaknya. Sorak –sorai dan pekikan

’ Merdeka ’ bergema dan berkumandang di udsrs memecsh kesunyian malam kota yang

dihiasi lampu neon yang bergemelapan di sepanjang jalan utama . Merdeka! Merdeka!

Md HaSrul Bin Ja’Afar 28

Page 29: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Merdeka! Laungan sahut menyahut menandakan berakhirnya penjajahan British secara

fizikal dan politik di Persekutuan Tanah Melayu. Upacara gilang gemilang telah diadakan

pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur . Perarakan dan barisan

pasukan tentera dan orang ramai membanjiri Stadium Merdeka sejak pukul 6.00 pagi.

Walaupun hujan turun pada awalnya, tetapi mereka tetap tidak berganjak menanti saat

yang paling mengembirakan itu. Di atas pentas yang di his indah dan di bentang

permaidani merah, Raja-raja Melayu dan Duke of Clocester dan pegawai kerajaan British

duduk berderet dengan pakaian yang indah dan di payungi oleh binduanda.

Tunku Abdul Rahman, dengan pakaian baju melayu bertekad benang emas dan

bertengkolok seperti seorang raja, berdiri tegak membaca pemasyuran Kemerdekaan

dalam bahasa Inggeris, bahasa yang di anggap paling layak oleh Tunku Abdul Rahman,

wira kemerdekaan negara, untuk nenyatakan kebebasan dan kemerdekaan Persekutuan

Tanah Melayu daripada Penjajahan British. Terjemahan dalam bahasa Melayu, bahasa

kebangsaan hanya di baca oleh Senu Abdul Rahman di sebalik tirai di belakang pentas.

Begitulah juga lebih kurang caranya Tunku menghdapi cabaran peristiwa 13 Mei 1969.

Pada hari kemerdekaan Tunku mengarahjan supaya diadakan perarakan tentera melalui

Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan lalu ke Jalan Ipoh. Inilah juga jalan

yang diikuti oleh perarakan jenazah anasir komunis yang ditembak mati beberapa hari

sebelum pilihanraya bulan Mei itu. Disinilah juga pertumpahan darah berlaku ketika

rusuhan 13 Mei. Walau bagaimanapun, kehendak Tunku itu tidak mendapat sokongan

sangat daripada orang-orang tertentu yang tidak berapa bersetuju dengan cadangan

tersebut. Mereka yang membantah memberi alasan bahawa perarakan seperti itu mungkin

akan memprovoke komunis lagi untuk bergiat aktif. Tunku mengatakan bahawa itulah

sebenarnya yang beliau cuba tunjukkan kepada komunis kekuatan sebenar orang Melayu.

Jika menunjukkan kepada mereka kekuatan ketenteraan kita mereka pasti akan berasa

takut. Sebaliknya jika kita lemah, komunis akan mengambil kesempatan untuk

menganggu-gugat kestabilan politik negara. Tujuan Tunku hendak mengadakan

perarakan tersebut adalah untuk menunjukkan kepada pihak musuh bahawa negara sudah

pulih dan mempunyai bala tentera yang kuat dan bersiap sedia untuk menentang musuh

yang cuba memporak-perandakan kedaulatan negara

Md HaSrul Bin Ja’Afar 29

Page 30: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Dengan tangan yang tergenggam di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Gema suaranya kemudian di sahut penuh gemuruh oleh

para hadirin yamg terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang bangsa.

Pada pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang pertama

dijalankan di Federal House, Kuala Lumpur, tempat parlimen pertama kerajaan merdeka

Persekutuan Tanah Melayu. Selepas upacara itu, Yang di-Pertuan Agong

memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat sumpah Perdana Menteri

dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara itu juga tidak kurang

gemilangnya kerana inilah kali pertama sebuah kerjaan yang berdaulat dilantik dan

disahkan dalam sebuah yang telah mencapai kemerdekan. Malah memang selayaknya

Tunku diberi tugas untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu ke gerbang kemerdekaan

negara walaupun terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilaluinya.

13. PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA

Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 87

tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat

Pengebumian Negara” kepada beliau. Pada 7 Disember 1970, jenazah beliau telah diberi

penghormatan terakhir oleh orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala

Lumpur. Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai Besi. Setibanya

Md HaSrul Bin Ja’Afar 30

Page 31: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

di sana, jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Bangunan

Parlimen, Kuala Lumpur. Selepas itu, jenazah beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai

Besi. Setibanya di sana, jenazahnya diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan

Sultanah Kedah di Balai Besar, Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk

menjalani istiadat pengebumian. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar

dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.

14. KESIMPULAN

Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 ketika usianya meningkat

kira-kira 87 tahun. Beliau sempat menyaksikan tiga orang tokoh penggantinya sebagai

Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak

(1970-1976), Allahyarham Tun Hussein Onn (1976-1981) dan selama hampir 10 tahun di

bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri, iaitu Yang Amat Berhormat Dr.

Mahathir.

Tunku sesungguhnya cukup bangga dan memang boleh dibanggakan oleh kerana

beliaulah yang berjaya “menebus” kemerdekaan dan belenggu penjajahan Inggeris yang

telah dimulakan oleh tindakan tertentu pihak Raja-raja Melayu sendiri.

Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu dalam UMNO

seperti Dato Onn dan rakan-rakan pergagasan UMNO 1946, namun warisan parti UMNO

yang diterajui oleh Tunku bukanlah sebuah lombong emas. Tunku sesungguhnya

terpaksa bekerja keras, berkorban masa dan tenaga, termasuk gaji lumayannya sebagai

pegawai kanan perundangan, serta darjatnya sebagai seorang anak raja untuk turun ke

tengah rakyat dengan segala kesukaran menjelajah seluruh tanah air bagi merealisasikan

perjuangan UMNO itu.

Bukan itu sahaja, Tunku juga sebenarnya perintis penting terhadap hubungan

kaum dan etnik di negara ini dengan segala pendekatan kesederhanaannya sehingga ada

kalanya beliau kelihatan mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula

komitmen nasionalisme Melayunya itu. Sedangkan beliau pernah meletakkan jawatan

Md HaSrul Bin Ja’Afar 31

Page 32: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

sebagai Perdana Menteri untuk selama enam bulan menjelang pilihan raya umum 1959

berkempen semata-mata berlakunya keretakan dalam Parti Perikatan akibat tuntutan

kerusi yang lebih banyak oleh MCA. Sementara itu, sungguhpun Tunku mencapai

kejayaan dan kemenangan tertentu sebagai pemimpin politik dan kerajaan serta

mendapat sanjungan dari dalam dan luar negeri, namun beliau turut juga menerima

kritikan dan kecaman terutamanya beberapa tahun terakhir kepimpinannya dengan mercu

tanda kemerosotannya ialah tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, iaitu pergaduhan antara

Melayu dan bukan Melayu. Sungguhpun suasana pasang surut politik ini bukanlah

sesuatu yang luar biasa dalam pengalaman politik majoriti pemimpin, dan tidak terkecuali

juga Tunku dalam hal ini, tidak ada sebab untuk menafikan bahawa beliau turut

meninggalkan sekian banyak jasa dan baktinya yang menjadi yang menjadi sebahagian

daripada khazanah dan keagungan yangmenjadi milik dan kebanggaan bersama generasi

hari ini.( Ramlah Adam (Hussain Mohamed).2003. Pejuang-pejuang

Kemerdekaan:547-548)

Md HaSrul Bin Ja’Afar 32

Page 33: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

15. BIBLIOGRAFI

1) Abdul Aziz Ishak. 1987. Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman Putra, Karya

Bistari. Sdn Bhd.

2) Mohamad Abid .2003. Imbasan Peristiwa-peristiwa Sebelum Kemerdekaan

Malaysia, Pelanduk Publications, Selangor.

3) Ramlah Adam. 2003. Pejuang-pejuang Kemerdekan dalam ‘Tunku Abdul

Rahman’ Putra Al Haj (1903-1990), Melaka.

4) Ramlah Adam .2003. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

5) Shariff Ahmad. 1991. Tunku Abdul Rahman . Memoir Patriotik. Penerbitan

Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Md HaSrul Bin Ja’Afar 33

Page 34: Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman

Md HaSrul Bin Ja’Afar 34