rancangan mengajar9.6

5
RANCANGAN MENGAJAR SUBJEK: Pengajian Perniagaan 1 TINGKATAN: Enam Atas 1. Ciri-Ciri Kelas a) Tingkatan / Tahun b) Pengetahuan Sedia Ada Tingkatan Enam 1. Murid telah menghadapi PMR, SPM dan ujian-ujian bulanan dan tahu makna berjaya 2. Murid telah mempelajari dan boleh menggunakan internet untuk mencari bahan pelajaran dan tahu menggunakan e-mail. 3. Murid boleh menggunakan perisian asas MS PowerPoint, MS Excel dan MS Word. 2. Peruntukan Masa 80 minit. 3. Tema Pelajaran / Topik 9.6 Tabii Orang Berjaya Definisi berjaya, 7 Tabii Orang Berjaya, Kejayaan Seimbang 4. a) Hasil Pembelajaran b) Nilai Murni c) KBKK Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat: 1. Memberi definisi efektif/berjaya 2. Menyenaraikan 7 tabii orang berjaya menurut Stephen Covey 3. Menjelaskan bagaimana individu dan organisasi boleh membantu pekerja mencapai kejayaan seimbang 1. Berfikir secara rasional 2. Mengawal perasaan 3. Berusaha untuk berjaya 1. Sumbangsaran dan menyenarai 2. Membanding dan membezakan faktor-faktor 3. Mengkelaskan faktor

Upload: zahari-rusdi

Post on 27-Jun-2015

3.536 views

Category:

Technology


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Mengajar9.6

RANCANGAN MENGAJAR

SUBJEK: Pengajian Perniagaan 1TINGKATAN: Enam Atas

1. Ciri-Ciri Kelas

a) Tingkatan / Tahunb) Pengetahuan Sedia Ada

Tingkatan Enam

1. Murid telah menghadapi PMR, SPM dan ujian-ujian bulanan dan tahu makna berjaya

2. Murid telah mempelajari dan boleh menggunakan internet untuk mencari bahan pelajaran dan tahu menggunakan e-mail.

3. Murid boleh menggunakan perisian asas MS PowerPoint, MS Excel dan MS Word.

2. Peruntukan Masa 80 minit.

3. Tema Pelajaran / Topik

9.6 Tabii Orang Berjaya Definisi berjaya, 7 Tabii Orang Berjaya, Kejayaan Seimbang

4. a) Hasil Pembelajaran

b) Nilai Murni

c) KBKK

Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat:1. Memberi definisi efektif/berjaya2. Menyenaraikan 7 tabii orang berjaya menurut Stephen

Covey3. Menjelaskan bagaimana individu dan organisasi boleh

membantu pekerja mencapai kejayaan seimbang

1. Berfikir secara rasional2. Mengawal perasaan3. Berusaha untuk berjaya

1. Sumbangsaran dan menyenarai2. Membanding dan membezakan faktor-faktor3. Mengkelaskan faktor

5. Objektif Pembelajaran

Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat: 1. Memberi definisi efektif dan kejayaan seimbang2. Menyenaraikan 7 Tabii orang Berjaya3. Menjelaskan bagaimana individu boleh mencapai

kejayaan seimbang4. Menjelaskan bagaimana organisasi boleh membantu

pekerja mencapai kejayaan seimbang5. Menghantar tugasan yang telah siap kepada guru

menggunakan e-mail

6. Persediaan TMK 1. Menempah Makmal Bestari ( dan projektor LCD) .

Page 2: Rancangan Mengajar9.6

2. Memastikan sistem rangkaian dan internet berfungsi3. Menyediakan soalan latihan dan edaran4. Menyediakan slaid MS PowerPoint bertajuk Tabii Orang

Berjaya

7. Penerapan TMK

1. Menjawab soalan latihan dalam format yang betul 2. Mengakses maklumat mengenai falsafah pendidikan

kebangsaan dan sinergi menggunakan internet3. Menghantar tugasan kepada guru dalam bentuk e-mail.

8. Persediaan Guru Bukan TMK 1. Bahan maujud seperti buku, keratan akhbar

9. Aktiviti Pelajaran

1. Set InduksiPelajar melihat keratan akhbar Minguan Malaysia (2 minit)

2. Pencetusan Idea

Bersoaljawab berkaitan kejayaan dan kegagalan yang pernah dialami pelajar dan 10 orang terkaya di Malaysia. Persembahan MS PowerPoint tentang Tabii Orang Berjaya Penerangan lanjut dari guru mengenai tabii tersebut dan bagaimana untuk mencapai kejayaan seimbang. (23 minit)

3. Penstrukturan semula idea Murid mengakses internet dan menghasilkan tugasan dalam aktiviti P&P (20 minit)

4. Aplikasi Idea Mengadakan sesi perbincangan dalam kumpulan dan menyelesaikan tugasan kumpulan (20 minit)

5. Penilaian Penilaian rakan dan guru secara lisan berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran (10 minit)

6. Penutup Refleksi pelajaran: semua murid diminta menyebut kembali definisi, menyenaraikan tujuh tabii orang berjaya dan kaedah mencapai kejayaan seimbang (5 minit)

10. Aktiviti Guru 1. Meminta pelajar mengenalpasti gambar-gambar yang ditunjukkan

2. Mengemukakan soalan berkaitan dengan ketegangan yang pernah dialami pelajar.

3. Meminta pelajar melihat persembahan klip video dan MS PowerPoint yang disediakan.

4. Membuat penerangan lanjut tentang 7 tabiiorang berjaya

5. Meminta pelajar membuat latihan individu 6. Meminta pelajar menyiapkan tugasan kumpulan.

Page 3: Rancangan Mengajar9.6

7. Menerima e-mail tugasan daripada pelajar

11. Aktiviti Pelajar

1. Memberi tumpuan terhadap persembahan slaid MS PowerPoint yang ditunjukkan

2. Mendengar penjelasan yang diberi guru3. Membuat latihan yang diberikan.4. Menyiapkan tugasan kumpulan menggunakan MS Excel

dan menghantar kepada guru menggunakan e-mail.

12. Liputan Kurikulum

Meliputi objektif dan hasil pembelajaran mata pelajaran Pengajian Perniagaan 1 Tingkatan Enam, kemahiran berfikir, dan kemahiran generik bestari yang berunsurkan kemahiran, kecekapan, dan ketrampilan serta strategi konstruktivisme pengajaran dan pembelajaran.

13. Keperluan Khusus Tiada

14. Literasi1. Menggunakan terminologi seperti bersinergi, tajamkan

gergaji, menang-menang, persepsi, kondusif dan lain-lain

15. Numerasi Tiada

16. a) Penilaian

b) Refleksi

Pengajaran dan pembelajaranPenilaian dijalankan secara formatif berdasarkan beberapa

perkara seperti yang berikut:1. menjawab soalan guru secara lisan2. menyelesaikan latihan indiviu dan tugasan berkumpulan3. penilaian rakan sebaya

Kesesuaian TMK mengikut kriteria CIPS1. Adakah murid boleh melayari internet untuk mengakses

maklumat berkaitan?2. Bolehkan murid mengaitkan apa yang dipelajari dengan

kehidupan seharian mereka?3. Bagaimana rakan sebaya dapat membantu dalam

tugasan kumpulan?

1. Adakah hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran?

2. Adakah proses P&P dapat berjalan lancar dengan bantuan TMK?

3. Adakah pelajar berjaya menghasilkan tugasan yang baik ?

4. Apakah strategi lain yang akan saya gunakan untuk membaiki kelemahan dan masalah yang timbul semasa pengajaran?

Page 4: Rancangan Mengajar9.6

17. Bahan Rujukan TMK dan bukan TMK

1. Pengajian Perniagaan1, Federal Publications

18. Laman Web

http://www.moe.gov.my