penerbit rancangan

18
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN PUSAT PENGAJIAN BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU PROGRAM PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENI SESI 2013/2014 SKMA 6053 SEMINAR SENI DAN TEKNOLOGI PERSEMBAHAN TAJUK TUGASAN 5: ANDA BERTINDAK SEBAGAI PENERBIT DAN DITUGASKAN UNTUK MENERBIT SATU PROGRAM KONSERT SECARA LANGSUNG UNTUK TV, DIPERTANGGUNGJAWAB MENGHASILKAN SATU PROGRAM YANG CEMERLANG DAN BERMUTU SUPAYA KHALAYAK PENONTON TV MERASA KAGUM. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU ANDA AMBILKAN? PENSYARAH : ENCIK MOHD YUSZAIDY BIN MOHD YUSOFF

Upload: wynn-yasser

Post on 20-Nov-2015

316 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Tugasan seorang penerbit rancangan.

TRANSCRIPT

9

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAANPUSAT PENGAJIAN BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

PROGRAM PENGURUSAN PERSEMBAHAN SENISESI 2013/2014

SKMA 6053 SEMINAR SENI DAN TEKNOLOGI PERSEMBAHAN

TAJUK TUGASAN 5:ANDA BERTINDAK SEBAGAI PENERBIT DAN DITUGASKAN UNTUK MENERBIT SATU PROGRAM KONSERT SECARA LANGSUNG UNTUK TV, DIPERTANGGUNGJAWAB MENGHASILKAN SATU PROGRAM YANG CEMERLANG DAN BERMUTU SUPAYA KHALAYAK PENONTON TV MERASA KAGUM. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU ANDA AMBILKAN?

PENSYARAH :ENCIK MOHD YUSZAIDY BIN MOHD YUSOFF

NAMA PELAJAR:SITI SYARINA BINTI ABDUL KHALIDP71819

1.0 PENGENALAN

Tugas seorang penerbit rancangan adalah lebih kurang sama peranannya seperti pengarah dalam sesebuah filem. Tugas dan tanggungjawab penerbit bukanlah mudah kerana mereka lah yang menentukan baik buruknya sesuatu rancangan terbitannya.

Seseorang penerbit mestilah berkebolehan di dalam bidang pilihannya di samping mempunyai inisiatif dan daya kreativiti yang tinggi bagi menentukan sesebuah rancangan itu bertenaga dan mampu menarik perhatian penonton. Selain itu, penerbit juga mestilah berilmu dan berpengetahuan luas dan sentiasa peka terhadap perkembangan dan isu semasa.

Berikut adalah antara tugas-tugas seorang penerbit rancangan:

i. Menyediakan program/ segmen yang hendak diterbitkan dan menilai pencapaiannya.

ii. Mentadbir, mengarah dan mengatur jadual kerja kakitangan di dalam produksi termasuklah menjaga tentang kebajikan mereka.

iii. Menyediakan laporan mengenai rancangan-rancangan terbitan.

iv. Mengawal perbelanjaan dengan menghasilkan produktiviti yang tinggi dengan mengarahkan kakitangann di bawah tadbirannya membuat kerja-kerja dan rancangan yang baik dan sesuai yang menepati kehendak dan matlamat stesyen tv.

v. Menggalak dan membimbing idea-idea yang kreatif dalam format satu-satu rancangan.

vi. Menyediakan skrip/teks atau rangka penugasan pengacara rancangan yang diterbitkan.

vii. Menyediakan jadual rakaman, jadual siaran dan tapisan bagi rancangan-rancangan yang hendak disiarkan.

2.0ANDA BERTINDAK SEBAGAI PENERBIT DAN DITUGASKAN UNTUK MENERBIT SATU PROGRAM KONSERT SECARA LANGSUNG UNTUK TV, DIPERTANGGUNGJAWAB MENGHASILKAN SATU PROGRAM YANG CEMERLANG DAN BERMUTU SUPAYA KHALAYAK PENONTON TV MERASA KAGUM. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU ANDA AMBILKAN?

Sebagai seorang penerbit, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah membuat perancangan, jadual kerja dan memilih pasukan produksi. Kemudian, saya akan mengadakan sesi perbincangan/ mesyuarat dengan pasukan produksi yang telah ditetapkan. Di dalam perbincangan, kami akan menetapkan perkara-perkara berikut:

i. Tarikhii. Masa dan tempatiii. Temaiv. Artis jemputanv. Tetamu jemputan (VIP)vi. Rekaan set pentasvii. Pemilihan laguviii. Penggunaan alat muzikix. Penggunaan kamera MCPx. Penggunaan LEDxi. Sistem siaraya (PA system)xii. Sistem pengcahayaanxiii. Bajet/ Anggaran perbelanjaanxiv. Jadual kerja

Selepas perbincangan/mesyuarat diadakan dan semua pihak bersetuju, maka setiap ahli produksi bolehlah memulakan tugas mereka mengikut apa yang telah dirancang. Sebagai penerbit, saya perlu memastikan setiap ahli produksi menjalankan tugas mengikut masa yang telah ditetapkan.

Seterusnya saya akan mengadakan lawatan ke tempat acara yang dirancang akan diadakan. Untuk sebuah konsert besar, biasanya acara tersebut akan diadakan di sebuah kawasan terbuka seperti stadium. Penggunaan stadium adalah lebih mudah kerana ia mempunya pintu masuk dan keluar yang boleh dikawal. Pihak produksi hanya perlu memasang pentas (stage) yang besar dan bersesuaian dengan konsert yang akan diadakan dan menyediakan peralatan teknikal dan sepatutnya. Saya akan memastikan dimanakah tempat yang bersesuaian untuk diletakkan OB (outside broadcasting). OB merupakan sebuah kontena yang menempatkan peralatan untuk penyiaran terutamanya papan kawalan yang akan mengawal segala bentuk rakaman video dan audio untuk dipancarkan ke seluruh negara melalui televisyen ataupun radio. Ia boleh juga dikatakan sebagai sebuah studio bergerak bagi sesebuah produksi penyiaran.

Bagi menjayakan program konsert tersebut, saya memilih untuk menggunakan Multi Camera Production (MCP). MCP adalah merupakan suatu proses sistem produksi video dengan menggunakan lebih dari satu kamera. Terdapat dua jenis Multi Camera Production (MCP) iaitu penerbitan yang dirakam dan akan disunting kembali dalam pos produksi dan sebuah siaran langsung yang tidak mungkin dapat diperbetulkan sebarang kesilapan jika berlaku. Antara contoh program yang dirakamkan secara Multi Camera Production (MCP) ialah Berita, Forum Perdana, Bolasepak, Sambutan Kemerdekaan, konsert dan lain-lain yang seumpamanya.

Kemudian, saya akan memastikan perletakkan peralatan teknikal seperti sistem siaraya/audio, kamera MCP, OB, lampu dan lain-lain. Berikut adalah contoh lakaran pentas dan sistem teknikal yang akan saya gunakan:

Rajah 1: Pelan pentas yang akan digunakan

Saiz pentas yang akan digunakan adalah 20 kaki x 40 kaki. Scaffholding akan dipasang bagi meninggikan pentas agar mudah dilhat oleh penonton. Peralatan muzik untuk konsert tersebut akan diletak di atas pentas menggunakan platform-platform bagi menampakkan level yang akan membantu penataan artistic pentas.

Skrin LED akan dipasang di bahagian belakang. Ia akan dijadikan sebagai latar belakang (backdrop) pentas. Latar yang menraik dan beunsur 3D akan dimainkan pada skrin LED tersebut agar menimbulkan unsur kekaguman di mata penonton. Lampu par dan moving head akan di pasang di bahagian atas dan belakang pentas. Selain itu, penggunaan T-bar di bahagian hadapan dan follow spot akan ditambah bagi menambah efek kepada konsert yang akan diadakan.

Sistem siaraya/audio akan menggunakan fly speaker yang mampu mengawal bunyi agar ia sampai kepada penonton di bahagian paling hujung. Tiga buah kamera video akan diletakkan di atas tripod di hadapan pentas sementara dua buah kamera video akan diletakkan di atas jimmy jib bagi memberi variasi kepada tontontan penonton di rumah. Manakala dua buah kamera lagi akan digunakan secara hendheld di atas pentas.

Selepas kesemua plan ini siap, saya akan kembali ke studio untuk menyiapkan arahan kerja dan membuat tempahan alatan teknikal dan OB. Perkara ini perlu dilakukan segera kerana terdapar banyak produksi yang memerlukan alatan teknikal yang serupa. Tindakan awal akan memudahkan kerja di peringkat akhir dan akan dapat menjimatkan wang dan masa.

Berikut adalah antara peralatan yang sewajarnya ada untuk membuat penerbitan sebuah konsert yang bermutu adalah:

i. Kamera video

ii. Tripod

iii. Jimmy jib

iv. Sistem siaraya/audio dan papan kawalan

v. Sistem lampu dan papan kawalan

vi. Skrin LED

Setelah selesai membuat tempahan dan arahan kerja, pihak produksi bolehlah meneruskan tugas yang seterusnya. Pentas, peralatan teknikal dan persiapan lain perlu dibuat tiga hari sebelum konsert berlangsung. Beberapa plan B perlu dibuat sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingi contohnya terputus bekalan elektrik dan hujan lebat.

Sebagai penerbit, saya perlu memastikan kesemua tugasan dan perancangan berjalan dengan lancar. Saya akan bertindak memberikan arahan kepada jurukamera dan audio ketika konsert sebenar berlangsung. Dengan kepelbagaian warna dan bentuk lampu, sudut kamera, bunyi audio yang terbaik serta pancaran LED yang menarik, konsert tersebut akan kelihatan gah di mata para penonton.

Pada zaman Greek, teater (pentas) dikatakan sebagai tempat melihat - seeing place tetapimenurut Aristotle yang banyak memperkatakan tentang kualiti seni visual dalampersembahan telah mengkategorikan aspek visual dalam seni persembahan ini sebagai kekaguman. Aristotle juga mengatakan yang ia mempunyai kesan emosi yang kuatdengan sentuhan artistik dan berkait rapat dengan seni bahasa yang indah (Kennedy,1996). Begitu pentingnya peranan dan tanggungjawab seorang penerbit sehingga apa yang dilihat dan didengar itu mampu memberi kesan emosi kepada penonton.

Seorang penerbit yang baik, mestilah mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi. Mereka perlu sentiasa merujuk kepada pengarah produksi dan bekerjasama dengan pereka set dan props, jurutera bunyi dan jurutera lampu dalam menghasilkan sebuah persembahan yang penuh artistik dan mengkagumkan khalayak. Dalam proses mereka bentuk, ianya merupakan persoalan memberi dan menerima antara satu sama lain dalam pasukan (Oren, 1990).

Dari segi reka bentuk pentas, seorang penerbit perlu mencari idea dan unsur-unsur kreatif yang wajar diletakkan di dalam set dan bahan props agar ia memberi impak yang menarik sepanjang persembahan berlangsung. Susun atur set, tinggi dan rendahnya, tanpa atau berset adalah dari sudut pandangan pereka bentuk set dan penerbit. Menjadi tanggungjawab penerbit untuk memperbaiki atau memberi idea yang lebih kreatif kepada penghasilan set serta pembuatan dan penggunaan peralatan di atas pentas. Tidak kira seringkas mana sesuatu set tersebut, setiap set pentas memerlukan sebuah rekaan atau lakaran yang akan dipersetujui oleh penerbit bagi memastikan objektif persembahan tercapai.

Begitu juga dari sudut tatacahaya dan bunyi, menjadi tanggungjawab seorang penerbit untuk memberikan idea kreatif kepada perkara-perkara tersebut. Penataan cahaya pentas bermaksud bentuk-bentuk iluminasi di pentas. Jurutera cahaya memutuskan setiap ruang cahaya: warna, adunan, bilangan lampu, intensiti dan kebenderangan lampu, sudut di mana cahaya menyinari artis yang membuat persembahan dan jangka waktu yang diperlukan untuk diterangkan, digelapkan atau disuramkan. Manakala, jurutera bunyi pula, bertugas mencipta dan menentukan apakah bentuk kesan bunyi yang digunakan dalam persembahan. Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan konsep serta keperluan persembahan. Maka, menjadi tanggungjawab penerbit untuk berfikir, menyampaikan dan akhirnya melaksanakan idea-idea kreatif bagi tatacahaya dan bunyi yang terbaik dan kreatif.

3.0KESIMPULAN

Seorang penerbit tidak dapat lari daripada bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dibuat sama ada keputusan itu menghasilkan satu keputusan yang baik atau sebaliknya. Dalam setiap produksi, penerbit bertanggungjawab kepada pemikiran dan penghasilan idea kreatif untuk dipersembahkan di atas pentas. Mereka dikehendaki menentukan hasil idea-idea kreatif tersebut dapat mencapai matlamat persembahan yang ditetapkan mengikut perancangan awal produksi yang telah disusun. Dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang penerbit itu, setiap keputusan terhadap idea kreatif yang diambil seharusnya selaras dengan matlamat persembahan.

Terdapat beberapa aspek penting yang harus menjadi perhatian seseorang penerbit agar segala yang dirancang, direka dan bina akan memberi kesan yang baik dalam sesuatu persembahan. Aspek yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang penerbit antaranya jenis persembahan, tempat persembahan, latar set dan prop yang terlibat, bahan yang digunakan dalam rekaan dan binaan set, saiz dan kuantiti dalam rekaan dan binaan set, kesan persekitaran pentas, tatacahaya lampu yang bersesuaian dengan latar dan mood serta keunikan yang wujud atau unsur-unsur kekaguman dan kesan pada muzik atau bunyi dalam persembahan. Semua elemen ini sangat penting bagi seseorang penerbit untuk diberi perhatian agar segala idea, rekaan dan binaan yang dihasilkan nanti mesti berarah ke matlamat pengarah dalam sesuatu produksi.

Penerbit perlulah bijak dalam menghadapi dan menangani cabaran di dalam menghasilkan sesebuah persembahan yang terbaik dan dapat mendatangkan kesan yang mendalam kepada khalayak penonton. Kejayaan seorang penerbit seringkali dikaitkan dengan perancangan yang rapi dalam setiap kerja yang dihasilkan. Dalam konteks ini, seorang penerbit mestilah mempunyai sifat serta keterampilan yang menampakkan seorang yang berwawasan dan bercita-cita untuk maju kehadapan. Menjadi seorang penerbit bukanlah semudah yang difikirkan. Penerbit yang berjaya memerlukan daya pemikiran yang sentiasa kreatif dan produktif dalam setiap hasil kerjayanya. Hanya dengan gaya pemikiran sebegini memungkinkan seseorang penerbit itu dapat bertahan dan seterusnya menempa nama dalam bidang yang diceburinya dan terus maju pada masa hadapan.

SENARAI RUJUKAN

Hatta Azad Khan. 2013. Teater, Filem dan Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaPauline Manear. 1988. Stage Management and Theatre Administration (A Phaidon Theatre Manuals). Oxford: PhaidonTobie S. Stein, Jezsica Bathurst. 2008. Perfomance Arts Management. New York: Allworth PressHelen Garvy. 1995. Before You Shoot: A Guide to Low-budget Film and Video Production. United Kingdom: Shire Press

Taylor & Francis. 2013. The Video Maker: Guide to Video Production. Massachusetts: Focal Press

Ahmad Atory Hussain. 1991. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Francis Reid. 1998. Stages for Tomorrow: Housing, funding and marketing live performances. Great Britain: Biddles Ltd, Guildford and Kings Lynn.