rancangan malaysia

10
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

Upload: muhammad-aizat

Post on 23-Jun-2015

1.354 views

Category:

Economy & Finance


0 download

DESCRIPTION

Rancangan pembangunan 5 tahun

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan malaysia

Rancangan Malaysia Kesembilan

2006-2010

Page 2: Rancangan malaysia

Latar Belakang

• Dibentangkan pada 30 Mac 2006.• Objektifnya ialah “Mengukuhkan Perpaduan

Nasional” dengan bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”.

• RMK-9 dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran.

• Merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara

Page 3: Rancangan malaysia

Strategi Pelaksanaan

• Strategi utama ialah untuk memantapkan bidang perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru.

• Terdapat lima teras utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini.

• Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara

Page 4: Rancangan malaysia

Lima Teras RMK-9

Meningkatkan ekonomi dalam

rantaian nilai lebih tinggi.

Meningkatkan keupayaan

pengetahuan dan inovasi negara serta

memupuk ‘minda kelas pertama’.

Menangani masalah ketidakseimbangan

yang berterusan secara membina dan

produktif

Meningkatkan tahap dan kemapanan

kualiti hidup.

Mengukuhkan keupayaan institusi

dan pelaksanaan negara.

Page 5: Rancangan malaysia

 Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

• Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada,

• Selain itu, kerajaan juga ingin mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nano teknologi dan perkhidmatan.

• Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.

Page 6: Rancangan malaysia

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas

pertama’.• Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan

yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian.

• Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional.

• Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D).

• Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Page 7: Rancangan malaysia

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara

membina dan produktif• Kerajaan bermatlamat untuk membasmi

kemiskinan, • Selain itu, kerajaan mahu menjana

pembangunan lebih seimbang serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

• Hal ini bagi memastikan jurang perbezaan antara golongan bandar dan luar bandar tidak terlalu jauh.

Page 8: Rancangan malaysia

Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.

• Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain.

• Namun begitu, penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.

Page 9: Rancangan malaysia

Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

• Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana.

• Untuk itu, Kerajaan komited membuat penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat.

• Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.

Page 10: Rancangan malaysia

PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH

• Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tiga pembangunan wilayah koridor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

• Wilayah yang terbabit ialah:-– Wilayah Ekonomi Koridor Utara– Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar– Wilayah Ekonomi Koridor Timur