rancangan pengajaran

10
RANCANGAN PENGAJARAN Subjek : Sains Tarikh : 1 April 2015 (Rabu) Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari (60 minit) (Masa ke-9 & ke- 10) Kelas : Tahun 5 Kehadiran murid : /10 (5L/ 5P) Bidang pembelajaran : Menyiasat hidupan Tajuk : Unit 3 Proses hidup haiwan Standard kandungan : 3.4 Hubungan Makanan Antara Hidupan Standard pembelajaran : Murid boleh:- 3.4.5 Menyatakan maksud siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat 3.4.6 Membina siratan makanan di pelbagai habitat seperti kolam, hutan, padang rumput, sawah padi dan ladang

Upload: vivian-kwon

Post on 21-Dec-2015

301 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

siratan makanan

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN

Subjek : Sains

Tarikh : 1 April 2015 (Rabu)

Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 tengah hari (60 minit) (Masa ke-9 & ke-10)

Kelas : Tahun 5

Kehadiran murid : /10 (5L/ 5P)

Bidang pembelajaran : Menyiasat hidupan

Tajuk : Unit 3 Proses hidup haiwan

Standard kandungan : 3.4 Hubungan Makanan Antara Hidupan

Standard pembelajaran : Murid boleh:-3.4.5 Menyatakan maksud siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat3.4.6 Membina siratan makanan di pelbagai habitat seperti kolam, hutan, padang rumput, sawah padi dan ladang

Objektif pembelajaran : Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

(a) Menyatakan pengeluar dan pengguna dalam rantai makanan yang diberi

Standard prestasi : 3. Membina rantai makanan dan siratan makanan dengan mengenal pasti pengeluar dan pengguna

Page 2: RANCANGAN PENGAJARAN

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah belajar tentang rantai makanan.

Kemahiran saintifik :

Kemahiran Proses Sains(KPS) : (a) Membuat ramalan

(b) Berkomunikasi

(c) Memerhati

Kemahiran Manipulatif : Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Kemahiran Berfikir (KB) : Meramalkan, membuat gambaran mental

Sikap saintifik dan nilai murni : (a) Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling (b) Bekerjasama

Sumber P&P : Video National Geographic, speaker, laptop, LCD projektor, slaid, pen papan putih, topeng muka haiwan/tumbuhan dan kad peranan, kertas mahjong, kotak ‘pancing ikan’, lembaran kerja

FASA/MASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Orientasi(5 minit)

Video National Geographic singa memburu dan makan kuda belang di hutan Afrika”:

1. Guru menayangkan video National Geographic yg menunjukkan seekor singa memburu dan makan kuda belang di sebuah hutan Afrika.

Alat Bantu Mengajar:

Video National Geographic

Page 3: RANCANGAN PENGAJARAN

2. Guru menyoal beberapa soalan mengenai video tersebut.

Soalan:1. Apakah yang dapat kamu lihat dalam video?2. Apakah siratan makanan yang boleh dibina?

Soalan KBAT:1. Ramalkan apakah yang akan berlaku

kepada singa jika bilangan kuda belang berkurangan.

Saranan jawapan:1. Singa memburu dan makan kuda belang2. Rumput Kuda belang Singa

Saranan jawapan KBAT:1. Bilangan singa akan berkurangan

Speaker Laptop LCD projektor

Kemahiran Proses Sains: Memerhati Meramal

Page 4: RANCANGAN PENGAJARAN

Pencetusan idea

(10 minit)

Video situasi.

Situasi

1. Murid diminta memerhatikan video yang ditayangkan.

2. Guru menyoal beberapa soalan mengenai video tersebut.

3. Guru memanggil beberapa orang murid untuk menulis jawapan papan putih.

Soalan:1. Namakan haiwan yang terdapat di

dalam video ini.2. Apakah yang dilakukan oleh haiwan-

haiwan tersebut?3. Di manakah situasi ini dirakam?

Saranan jawapan: Situasi

1. Burung, tikus, helang2. Mencari makanan3. Sawah padi

Alat Bantu Mengajar: Video LCD projektor Pen papan putih

Kemahiran Proses Sains: Memerhati

Page 5: RANCANGAN PENGAJARAN

Penstrukturan Semula Idea

(25 minit)

Penerangan tentang matahari merupakan sumber tenaga utama dalam rantai makanan. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, manakala haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali sebagai pengguna.

Penerangan tentang istilah yang terdapat dalam rantai makanan.

Istilah:1. Padi – pengeluar2. Tikus – pengguna pertama

(primer)3. Ular – pengguna kedua

(sekunder)4. Helang – pengguna ketiga

(tertier)

Aktiviti dalam kumpulan: Membina rantai makanan dan main peranan serta menyatakan pengeluar, pengguna pertama, kedua dan ketiga

1. Guru menayangkan slaid power point ‘Rantai Makanan’ yang menunjukkan perkaitan antara istilah pengeluar, pengguna primer, sekunder dan tertier.

2. Guru menerangkan bahawa matahari merupakan sumber tenaga utama dalam rantai makanan.

3. Guru menerangkan istilah pengeluar dan pengguna.

4. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.

5. Setiap murid diberi topeng muka haiwan/tumbuhan dan kad peranan.

6. Setiap kumpulan dikehendaki membina satu rantai makanan berdasarkan situasi dan kad peranan yang telah diberikan dan membentangkan hasil perbincangan dengan kaedah role play (main peranan) di mana setiap ahli kumpulan akan mewakili setiap haiwan atau tumbuhan yang terlibat dalam rantai makanan yang dipersembahkan.

7. Murid diminta menyatakan pengeluar, pengguna pertama, pengguna kedua dan pengguna ketiga.

8. Murid diminta membuat ramalan berdasarkan situasi yang diberi.

Contoh situasi:1. Apa akan jadi pada tikus jika padi

berkurangan?2. Apa pula akan terjadi jika bilangan

Alat Bantu Mengajar: Slaid power point

(Rujuk Lampiran A) Topeng muka

haiwan/tumbuhan dan kad peranan (Rujuk Lampiran B)

Kemahiran Proses Sains: Memerhati Meramal

Kemahiran Berfikir: Meramalkan Membuat

gambaran mental

Page 6: RANCANGAN PENGAJARAN

helang bertambah?

Aplikasi Idea(15 minit)

Perbincangan dalam kumpulan: Membina rantai makanan dan menyatakan pengeluar dan pengguna

Kotak ‘Pancing Ikan’

Jenis-jenis habitat:1. Di hutan2. Di padang rumput3. Di sawah padi4. Di kolam ikan

1. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas mah-jong dan marker pen.

2. Guru menunjukkan sebuah kotak ‘Pancing Ikan’.

3. Seorang wakil dari setiap kumpulan diminta memancing seekor ikan. Setiap ikan dinomborkan dan mewakili jenis habitat yang berlainan.

4. Murid diminta membina satu rantai makanan bagi jenis habitat yang diberi.

5. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

6. Guru memberi lembaran kerja 1 kepada murid-murid dan meminta murid-murid menyiapkannya.

7. Guru berbincang jawapan dengan murid-murid.

Alat Bantu

Mengajar:

Kertas mahjong Kotak ‘Pancing

Ikan’ Lembaran Kerja 1

(Rujuk Lampiran C)

Kemahiran Proses Sains: Berkomunikasi Membuat ramalan

Kemahiran Berfikir: Meramalkan Membuat

gambaran mental

Refleksi(5 minit)

Pengukuhan dan menyatakan pengeluar dan pengguna.

1. Guru meminta beberapa orang murid memberi contoh rantai makanan yang terdapat di sawah padi dan padang rumput.

2. Guru meminta murid menyatakan pengeluar dan pengguna berdasarkan rantai makanan yang diberi rakan mereka.

3. Murid diminta menyiapkan lembaran kerja 2 di rumah sebagai latihan pengukuhan.

Alat Bantu Mengajar: Pen papan putih Lembaran Kerja 2

(Rujuk Lampiran D)

Kemahiran Proses Sains: Berkomunikasi

Kemahiran Berfikir: Membuat

Page 7: RANCANGAN PENGAJARAN

gambaran mentalKomen Pensyarah/ Guru Pembimbing

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Refleksi

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 8: RANCANGAN PENGAJARAN