rancangan mengajar harian jimmy

9
Rancangan Pengajaran Harian Tahun : 1 Merpati Bilangan Murid : 24 orang Tarikh : 12 April 2013 Masa : 30 minit Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Tajuk Lagu : Jantungku Modul : Pengalaman Muzikal Standard Kandungan : 1.3 Membuat gerakan mengikut muzik Fokus : Tempo – cepat, lambat Konsep : Irama Standard Pembelajaran : 1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi Objektif Eksplisit : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat: 1. Menyanyi lagu Jantungku mengikut tempo. 2. Menyanyi lagu sambil membuat pergerakan mengikut tempo yang betul.

Upload: encik-ganu

Post on 01-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rph muzik kssr

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian

Tahun: 1 MerpatiBilangan Murid: 24 orangTarikh: 12 April 2013Masa: 30 minitMata Pelajaran: Pendidikan MuzikTajuk Lagu: JantungkuModul: Pengalaman MuzikalStandard Kandungan: 1.3 Membuat gerakan mengikut muzikFokus: Tempo cepat, lambatKonsep: IramaStandard Pembelajaran: 1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyiObjektif Eksplisit: Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:1. Menyanyi lagu Jantungku mengikut tempo.2. Menyanyi lagu sambil membuat pergerakan mengikut tempo yang betul.Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid boleh menyanyi lagu Jantungku dengan pic dan corak irama yang betul.Bahan Bantu Mengajar: Buku Besar Tempo Cepat dan LambatKemahiran Berfikir:1. Membanding dan membeza2. Membuat kategoriPenerapan Nilai-nilai Murni: KerajinanLangkah/MasaKemahiranAktiviti GuruAktiviti MuridCatatan/BBM/Nilai

Set Induksi(5 minit)Bercerita

SimulasiGuru menceritakan kepada murid-murid kisah perlumbaan di antara arnab dan kura-kura.

Guru meminta murid-murid menunjukkan cara arnab berlari.

Guru meminta murid-murid menunjukkan cara kura-kura berjalan.

Guru bertanya kepada murid-murid: Apakah perbezaan antara cara arnab berlari dengan kura-kura berjalan?Murid-murid mendengar kisah perlumbaan di antara arnab dan kura-kura.

Murid-murid menunjukkan cara arnab berlari.

Murid-murid menunjukkan cara kura-kura berjalan.

Andaian jawapan daripada murid-murid: Arnab berlari cepat manakala kura-kura berjalan lambat.Nilai: Kerajinan

BBM: Gambar arnab

BBM: Gambar kura-kura

Kemahiran berfikir: Membanding dan membeza

Langkah 1(5 minit)Pengenalan kepada tempoGuru meminta murid-murid untuk memegang dada mereka dan merasa degupan jantung.

Guru menunjukkan gambar seseorang di dalam ketakutan dan sedang berlari.

Guru bertanya kepada murid-murid: Bagaimanakah jantung kita berdegup semasa kita di dalam ketakutan dan sedang berlari?

Guru memberi pengenalan kepada tempo cepat.

Guru menunjukkan gambar seseorang yang sedang berehat dan tidur.

Guru bertanya kepada murid-murid: Bagaimanakah jantung kita berdegup semasa kita sedang berehat dan tidur?

Guru memberi pengenalan kepada tempo lambat.Murid-murid memegang dada mereka untuk merasa degupan jantung.

Andaian jawapan daripada murid-murid: Jantung akan berdegup cepat.

Andaian jawapan daripada murid-murid: Jantung akan berdegup lambat.BBM: Gambar jantung manusia

Langkah 2(9 minit)Nyanyian lagu JantungkuGuru membuat ulangkaji nyanyian lagu Jantungku

Selepas mengulangkaji, guru meminta murid-murid untuk berdiri dan bersedia membuat pergerakan.

Guru meminta murid-murid untuk berjalan di dalam bulatan. Apabila tempo cepat, murid akan berjalan laju dan apabila tempo lambat, murid akan berjalan perlahan sambil membongkok.Murid-murid menyanyi lagu JantungkuPBS: Guru melakukan pentaksiran

Langkah 3(6 minit)Aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihanGuru mengenalpasti murid-murid yang dapat membezakan tempo cepat dan lambat. Guru akan menunjukkan keadaan dua buah basikal yang sedang dikayuh pada dua tempat yang berbeza.

Guru meminta murid-murid untuk memberi contoh situasi lain yang boleh menggambarkan cepat dan lambat.

Guru mengenalpasti murid-murid yang lemah untuk memahami tempo cepat dan lambat.

Guru akan menggunakan permainan Gelongsor Tempo yang boleh digunakan pada pelbagai aras ketinggian.

Guru bertanya kepada mereka apakah sebab tanah liat tersebut bergolek cepat atau lambat bergantung kepada ketinggian gelongsor.

Berdasarkan jawapan daripada murid-murid, guru akan membuat perkaitan dengan tempo.Murid-murid akan memberi justifikasi kenapa kedua-dua buah basikal tersebut bergerak sedemikian rupa?

Murid-murid yang lemah akan bermain permainan ini.

Selepas bermain dan melakukan pada pelbagai aras ketinggian, murid-murid akan cuba menjawab persoalan guru.BBM: Ini Basikal Saya

BBM: Gelongsor Tempo

Penutup(5 minit)PenilaianGuru membuat penilaian secara keseluruhan terutamanya murid-murid yang membuat aktiviti pemulihan untuk memastikan semua murid faham dan mencapai objektif pembelajaran.

Guru berbincang bersama murid tentang perubahan tempo yang dialami semasa menyanyi dan membuat gerakan.

Murid-murid menceritakan pengalaman mereka tentang tempo cepat dan lambat semasa melakukan aktiviti.