rancangan korporat 2014 - 2016

43
Rancangan Korporat PIDM 2014 - 2016 1 R ancan g an K orporat P IDM 2014 - 201 6 1 RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

Upload: hoangcong

Post on 19-Jan-2017

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 61

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 61

RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

Page 2: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 62

PIDM mengutamakan pengurusan bertanggungjawab dalam setiap aspek operasi kami. Ini jelas terbukti daripada penggunaan kertas mesra alam yang dipilih khas untuk penerbitan Rancangan Korporat ini. Kertas ini disahkan oleh Forest Stewardship Council (FSC), iaitu organisasi antarabangsa yang menyokong piawaian tertinggi dalam pengurusan hutan.

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 6

Page 3: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 61

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 61

Dari ibu negara ke pedalaman desa, cahaya merupakan suatu simbol universal yangmelambangkan kebijaksanaan dan pengetahuan.Ia menandakan harapan dan sikap optimis, kerana melalui ilmu pengetahuan yang dipelajari dandiperolehi, pasti wujudnya keyakinan dankepercayaan diri. Di PIDM, kami percaya bahawa memberi maklumat dan mendidik konsumer kewangan di Malaysia adalah penting untuk menyumbang kepada keyakinan awam terhadap sistem kewangan negara. Mengetahui cara sistem perlindungan konsumer kewangan berfungsi, memberikan jaminan dan keyakinan kepada orang awam bahawa simpanan hasil titik peluh mereka menerusi deposit bank atau manfaat insurans dan takaful adalah selamat. Sama ada dekat atau jauh, muda atau tua, kami terus berusaha memastikan orang awam mengetahui dan memahami ciri-ciri utama, manfaat dan had perlindungan Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans yang ditadbir oleh PIDM. Pengetahuan sebegini amat berguna kerana pendeposit dan pemilik polisi insurans lebih mampu untuk membuat keputusan kewangan bermaklumat yang sejajar dengan matlamat dan aspirasi kewangan mereka.

Page 4: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 62

LAPORAN TAHUNAN TERBAIK NACRA BAGI ORGANISASI BUKAN SENARAIAN AWAM 2009, 2010, 2011, 2012, 2013

PIDM mendapat pengiktirafan menghasilkan “Laporan Tahunan Terbaik Organisasi Bukan Senaraian Awam” daripada Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (National Annual Corporate Report Awards - NACRA) bagi lima tahun berturut-turut.

Objektif NACRA ialah untuk menggalakkan kebertanggungjawaban dan tadbir urus korporat organisasi yang lebih baik menerusi penerbitan laporan tahunan yang relevan, berwawasan, boleh dipercayai dan berwibawa untuk memberikan keyakinan dan memupuk kepercayaan lebih tinggi dalam kalangan pemegang kepentingan.

Anugerah tersebut mengesahkan pematuhan PIDM kepada piawaian tinggi pendedahan dan pelaporan korporat. Ia juga merupakan bukti komitmen berterusan PIDM untuk mendukung piawaian tinggi tadbir urus dan ketelusan, dan menyumbang kepada keyakinan awam terhadap kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

ORGANISASI INSURANS DEPOSIT TERBAIK PERSATUAN INSURANS DEPOSIT ANTARABANGSA 2011Usaha PIDM juga mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Insurans Deposit Antarabangsa (International Association of Deposit Insurers – IADI), dengan anugerah “Organisasi Insurans Deposit Terbaik IADI 2011”, atas usaha dan pencapaiannya dalam mengukuhkan insurans deposit di Malaysia serta perkongsian pengetahuan dan inisiatif latihannya yang disediakan kepada ahli-ahli Persatuan Insurans Deposit Antarabangsa lain.

SIJIL SEMAKAN SEMULA JAMINAN KUALITI INSTITUT JURUAUDIT DALAMAN MALAYSIA 2011 PIDM telah diberi pengesahan oleh Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (Institute of Internal Auditors Malaysia – IIAM) yang mengiktiraf pematuhannya kepada Piawaian Antarabangsa bagi Amalan Profesional Audit Dalaman Institut Juruaudit Dalaman. Ini merupakan pengiktirafan bahawa fungsi audit dalaman PIDM mematuhi piawaian prestasi kerja yang berkualiti dan piawaian antarabangsa serta menggunakan amalan pengauditan yang berjaya.

PMAA DRAGONS OF ASIA (KEMPEN PENJENAMAAN TERBAIK) – ANUGERAH GANGSA DRAGON 2012 DAN SIJIL MERIT 2013

PIDM dianugerahkan dengan anugerah Gangsa dan Sijil Merit masing-masing bagi kempen pengiklanan 2011 dan 2012 oleh Promotion Marketing Awards of Asia (PMAA), bagi peringkat Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf inisiatif komunikasi yang dilaksanakan bagi kempen pengiklanan Perbadanan masing-masing pada tahun 2011 dan 2012.

PMAA merupakan penganjur anugerah serantau, mengiktiraf program pemasaran promosi terbaik yang dijalankan di Asia.

Komitmen Menuju Kecemerlangan

PIDM menyasar untuk menjadi pihak berkuasa perlindungan konsumer kewangan dengan amalan terbaik dan berpandukan kepada nilai-nilai korporatnya dalam mewujudkan budaya kecemerlangan bagi memenuhi mandatnya. Usaha-usaha PIDM ini mendapat banyak pengiktirafan, dari dalam dan juga luar negara.

2013

2009 2010 2011 2012

berjaya.

20013

0092010

2011

2012

Page 5: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 63

Isi Kandungan

Ringkasan Rancangan Korporat Kami 2014 - 2016 5

Pendekatan Perancangan Strategik Kami 7

Rangka Kerja Pengurusan Strategik 7

Nilai Korporat 8

Objektif Korporat 9

Peta Strategi 10

Perbandingan Prestasi Dengan 12Rancangan Korporat Tahun Sebelumnya

Sorotan Pencapaian Kami Bagi Rancangan Korporat 2013 - 2015 12

Imbasan Kad Skor Korporat 2013 15

Prestasi Kewangan Lepas – Tahun 2013 18

Rancangan Tiga Tahun Kami 2014 - 2016 21

Persekitaran Operasi 21

Ulasan Pengurusan Risiko Organisasi 22

Andaian Perancangan Utama 25

Hala Tuju Strategik 26

Kad Skor Korporat 2014 - 2016 29

Rancangan Kewangan 2014 31

Kesimpulan 35

Halangan Pencapaian Rancangan Korporat 35

Ringkasan 35

Lampiran: Mengenai PIDM 37

Mengenai Perbadanan 37

Mandat Kami 37

Institusi Ahli Kami 38

Lembaga Pengarah 39

Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif 40

Hubungi Kami 41

Page 6: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

Visi KamiMenjadi pihak berkuasa perlindungankonsumer kewangan dengan amalan terbaik

Nilai Korporat Kami

Objektif Korporat Kami

terdidik dan bermaklumat

Misi Kami

negara dengan:

mengambil kira kepentingan pemegang kepentingan utama dan kakitangan kami.

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 64

Page 7: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 65

Ringkasan Rancangan Korporat Kami 2014 - 2016

Hala tuju strategik, fokus dan keutamaan yang memacu

aktiviti bagi tempoh perancangan 2014 - 2016 boleh

didapati di dalam Rancangan Korporat Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia (PIDM) tiga tahun ini. Bagi

memastikan mandat kami dipenuhi, rancangan operasi

utama menghuraikan kaedah yang akan diguna pakai

dalam mencapai hasrat yang diinginkan, dengan sokongan

rancangan kewangan bagi tahun 2014. Inisiatif terancang

kami juga diselaraskan kepada hala tuju strategik dan

objektif korporat yang akan memajukan kami ke arah

visi kami untuk menjadi pihak berkuasa perlindungan

konsumer kewangan dengan amalan terbaik.

Rancangan Korporat ini dibangunkan berasaskan kepada

pendekatan bersepadu dengan pengurusan risiko, yang

mana kami mengenal pasti dan menilai cabaran dan risiko

utama yang dihadapi oleh PIDM dengan menggunakan

rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi. Kami juga

telah mengambil kira perancangan senario dengan

matlamat untuk bertindak secara efektif sekiranya berlaku

intervensi atau resolusi dalam sesebuah institusi ahli

yang bermasalah yang boleh menjadi halangan kepada

pencapaian Rancangan kami yang telah diluluskan.

Pencapaian Kami pada 2013

Tahun 2013 menandakan operasi tahun kelapan kami sejak

penubuhan Perbadanan pada tahun 2005. Sepanjang

tempoh ini, kami berjaya mencapai kemajuan penting

dalam memastikan keberkesanan dan kesediaan operasi

dalam memenuhi mandat berkanun kami. Bagi tahun 2013,

majoriti inisiatif kami disempurnakan mengikut rancangan

kewangan yang diluluskan, dengan pengecualian

empat inisiatif yang ditangguhkan disebabkan keadaan

yang di luar kawalan kami. Inisiatif-inisiatif yang telah

disempurnakan disasarkan untuk mengukuhkan asas dan

kapasiti operasi kami, di samping terus membangunkan

atau memantapkan polisi dan prosedur serta infrastruktur

kami bagi memastikannya kekal relevan dan terkini.

Rancangan Kami pada Masa Hadapan

Bagi tempoh perancangan ini, hala tuju strategik bertumpu

kepada inisiatif yang disasarkan untuk mengukuhkan

keberkesanan dan kesediaan operasi Perbadanan, iaitu

dengan meningkatkan dan mengekalkan kecekapan

kakitangan dan pengurusan tenaga kerja; mengeratkan

hubungan dengan pemegang kepentingan utama; serta

meningkatkan tahap kesedaran awam dan pendidikan

konsumer kewangan. Penetapan hala tuju strategik kami

menerusi rangka kerja pengurusan strategik menyeluruh

adalah penting agar inisiatif yang sewajarnya boleh

dilaksanakan bagi mengurangkan risiko dan mengukuhkan

lagi keupayaan Perbadanan untuk mencapai mandat,

visi dan misinya dengan cara yang efektif dan efi sien. Ini

seterusnya akan menyumbang ke arah menggalakkan dan

mengekalkan keyakinan awam terhadap sistem kewangan

negara.

Kesimpulan

Dalam usaha mencapai strategi dan sasaran mencabar

yang ditetapkan sepanjang tempoh perancangan,

Perbadanan akan menumpukan usaha dan sumbernya

bagi mengukuhkan tahap kesediaan dan keberkesanan

operasinya dalam memenuhi mandatnya. Sebagai

sebahagian penting daripada jaringan keselamatan

kewangan negara, Perbadanan akan terus mengukuhkan

hubungannya dengan pemegang kepentingan utama,

mengembangkan kapasiti dan keupayaannya serta

terus menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan

dengan menggalakkan kesedaran awam. Perbadanan

melaksanakan amalan terbaik bagi amalan tadbir urus

dan pengurusan dalam menyediakan perlindungan

konsumer kewangan kepada pendeposit serta pemilik

polisi insurans.

Page 8: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

P I D M C o r p o r a t e P l a n 2 0 1 4 – 2 0 1 6

6

Pendekatan Perancangan Strategik Kami

Page 9: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 67

MandatMandat Perbadanan ialah untuk:a) mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans; b) menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit dan menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans;c) menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan d) menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam mencapai matlamat di bawah perenggan (b) dan (d), Perbadanan akan bertindak dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

VisiMenjadi pihak berkuasa perlindungan konsumer kewangan dengan amalan terbaik.

MisiKami berusaha menggalak dan menyumbang kepada keyakinan awam terhadap kestabilan sistem kewangan negara dengan: • melindungi deposit Islam dan konvensional; • melindungi manfaat takaful dan insurans; dan• memenuhi mandat perlindungan konsumer kewangan kami secara efektif dan efi sien, dengan mengambil kira kepentingan pemegang kepentingan utama dan kakitangan kami.

Nilai Korporat• Pengelolaan Kewangan yang Berhemat• Kecemerlangan dan Profesionalisme• Hormat dan Adil• Integriti dan Kebolehpercayaan• Komunikasi dan Kerja Berpasukan

Objektif Korporat• Pemegang kepentingan yang terdidik dan bermaklumat• Perkongsian efektif• Organisasi yang ditadbir dan diurus dengan baik• Keupayaan penilaian dan pemantauan risiko, intervensi serta resolusi yang kukuh • Amalan urusan dan kewangan yang mantap• Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan• Persekitaran korporat yang kondusif

Pendekatan Perancangan Strategik Kami

Rangka Kerja Pengurusan StrategikPIDM membangunkan rancangan tiga tahun yang dikemas kini setiap tahun, yang mana hala tuju strategik, objektif, inisiatif sokongan dan sasaran prestasi masing-masing ditetapkan. Dalam membangunkan Rancangan Korporat, PIDM mengkaji semula dan memperhalusi elemen-elemen rangka kerja pengurusan strategik dan takrifannya. Kami terus mengguna pakai rangka kerja pengurusan strategik menyeluruh untuk membuat perancangan, yang merangkumi tinjauan persekitaran luaran operasi kami serta pengenalpastian dan penilaian risiko-risiko utama yang perlu diurus oleh Perbadanan dengan menggunakan rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi kami. Dengan maklumat ini, kami berupaya menyelaras andaian perancangan yang menjadi asas kepada Rancangan kami.

Proses perancangan strategik memerlukan pertimbangan kami dari segi:• persekitaran luaran dan dalaman operasi Perbadanan;• andaian perancangan utama yang digunakan bagi tempoh perancangan tersebut;• hala tuju strategik dan inisiatif korporat yang akan dilaksanakan semasa tempoh perancangan tersebut; • bajet yang diperlukan untuk menyokong inisiatif korporat; dan • hasil yang ingin dicapai Perbadanan.

Gambaran keseluruhan rangka kerja pengurusan strategik kami adalah seperti berikut.

Piramid pengurusan strategik di atas menunjukkan cara kami membangunkan Rancangan Korporat dengan menyelaraskan inisiatif terhadap objektif korporat bagi mencapai visi dan misi kami ke arah memenuhi mandat kami. Rejim kebertanggungjawaban dan pelaporan di bahagian paling bawah piramid memerlukan pemantauan dan pelaporan kemajuan kami berbanding Rancangan Korporat secara berterusan. Ini sejajar dengan komitmen kami ke arah kebertanggungjawaban dan ketelusan yang lebih tinggi dalam memenuhi objektif organisasi kami.

INISIATIF

VISI, MISI,NILAI KORPORAT

OBJEKTIF KORPORAT

REJIM KEBERTANGGUNGJAWABANDAN PELAPORAN

MANDAT

Page 10: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 68

Nilai KorporatKakitangan PIDM mendukung lima Nilai Korporat dan terus berusaha untuk memenuhi piawaian etika dan urusantertinggi dalam semua aspek tugas mereka.

PENGELOLAAN KEWANGAN YANG BERHEMATPIDM harus melaksanakan integriti

kewangan dalam pengurusan operasinya.

KECEMERLANGAN DAN PROFESIONALISMEPIDM menggalakkan kecemerlangan danprofesionalisme dalam mengendalikanurusan dan hal ehwalnya. Kakitangandiharapkan: • bersikap profesional;• didorong oleh prestasi;• mengambil risiko pintar untuk mencapai penyelesaian yang kreatif dan inovatif;• berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kerja;• bertanggungjawab atas tindakan mereka; dan• menerima kebertanggungjawaban untuk mencapai hasil yang disasarkan.

HORMAT DAN ADILKakitangan harus saling menghormati antara satu sama lain yang mana mereka perlu:• menghargai dan menghormati kepelbagaian idea dan pandangan;• menjalin hubungan kerjasama dengan orang lain berasaskan kepada kepercayaan dan rasa hormat; dan • menghormati perasaan orang lain.

PIDM harus mengurus dan menyokong kakitangannya secara adil dan konsisten dengan: • menyediakan persekitaran yang mana kakitangan diberikan peluang sama rata dan boleh menunjukkan prestasi optimum; • memastikan kakitangan diberi pertimbangan bagi kenaikan pangkat berdasarkan keupayaan, prestasi kerja dan kecenderungan;• membahagikan tugas dengan sewajarnya dengan kuasa dan tanggungjawab yang jelas;• menggalakkan inovasi dan bekerja dalam suasana berpasukan; dan• menyatakan harapan dan memantau prestasi.

INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN Kakitangan akan mematuhi piawaian

etika tertinggi dalam melaksanakan tugas

dan tanggungjawab mereka. Mereka

harus:

• bertindak dan berurusan dengan niat

ikhlas;

• menampilkan tahap integriti yang

tinggi; dan

• mewujudkan suasana kepercayaan

dan keyakinan.

KOMUNIKASI DAN KERJA BERPASUKAN Kakitangan akan mengekalkan

komunikasi terbuka dan bekerjasama

ke arah mencapai mandat PIDM.

Kakitangan akan bekerjasama secara

efektif antara satu sama lain bagi

mencapai matlamat organisasi yang

sama yang mana mereka harus:

• melibatkan diri secara aktif;

• menyediakan dan memperoleh input;

• mengiktiraf sumbangan orang lain;

• berkomunikasi dengan jelas; dan

• bersikap terbuka dan mudah dihubungi

pemegang kepentingan.

NILAIKORPORAT

KOMUNIKASI DAN KERJA BERPASUKAN

INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN

PENGELOLAAN KEWANGAN

YANG BERHEMATHORMAT DAN ADIL

KECEMERLANGAN DAN

PROFESIONALISME

Page 11: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 69

Objektif KorporatObjektif korporat kami, yang merupakan tunjang strategi kami, adalah berdasarkan kepada tiga perspektif, iaitu Pemegang Kepentingan, Tadbir Urus dan Proses Dalaman serta Pembelajaran dan Pembangunan.

Organisasi yang ditadbir dan diurusdengan baik

Kami menunjukkan bahawa kami ditadbir

dan diurus dengan baik menerusi tata

laku urusan dan amalan tadbir urus yang

mantap, serta mengguna pakai rangka

kerja pengurusan risiko organisasi dan

kawalan dalaman yang efektif. Bagi

mencapai nilai-nilai ini, kami sentiasa

berpandukan kepada amalan tadbir urus

yang terkini dan amalan terbaik yang

relevan.

Keupayaan penilaian dan pemantauan risiko, intervensi serta resolusi yang kukuh

Bagi memastikan kami memenuhi mandat

dan kesediaan operasi kekal sebagai

fokus utama Perbadanan, kami akan

terus mengekalkan keupayaan penilaian

dan pemantauan risiko yang kukuh, serta

membangunkan kapasiti dan keupayaan

bagi mengendalikan aktiviti intervensi

dan resolusi kegagalan dengan efektif.

Kami juga menyediakan insentif bagi

pengurusan risiko yang mantap dalam

sistem kewangan menerusi Sistem

Premium Berbeza, Sistem Levi Berbeza

serta polisi dan peraturan berkaitan.

Amalan urusan dan kewangan yangmantap

Bagi mentadbir Sistem Insurans Deposit

serta Sistem Perlindungan Manfaat

Takaful dan Insurans dengan efektif, kami

terus memastikan polisi, proses, prosedur

dan infrastruktur yang kukuh untuk kekal

terkini dan relevan. Amalan mantap

yang mentadbir dan mengurus operasi

kami akan didasarkan kepada amalan

terbaik domestik dan antarabangsa

yang relevan. Kami juga akan terus

membangunkan kapasiti dan keupayaan

bagi memastikan kecemerlangan operasi

supaya kami dapat memenuhi peranan

dan tanggungjawab kami secara efektif

dan efi sien.

TADBIR URUS DAN PROSES DALAMAN

PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN

PEMEGANG KEPENTINGAN

Pemegang kepentingan yang terdidik dan bermaklumat

Pemegang kepentingan yang bermaklumat adalah penting

kepada keberkesanan Sistem Insurans Deposit serta Sistem

Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans. Kami akan terus

berinteraksi dengan semua pemegang kepentingan dan orang

awam serta mendidik mereka menerusi kempen kesedaran

awam menyeluruh dan program pendidikan serta mengambil

kira maklum balas pemegang kepentingan kami apabila

membangunkan peraturan dan garis panduan kami.

Perkongsian efektif

Berdasarkan model urusan kami, perkongsian efektif adalah

penting bagi memenuhi mandat kami. Kami akan terus

bekerjasama rapat dengan rakan kongsi strategik Bank Negara

Malaysia, badan pengawal selia lain, penginsurans deposit dan

skim jaminan insurans antarabangsa serta penyedia perkhidmatan

utama. Kami juga akan terus mengekalkan hubungan kerjasama

yang baik dengan institusi ahli kami.

Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan

Kakitangan kami merupakan aset terpenting. Kami menyediakan

pakej penggajian dan program yang kompetitif bagi memperoleh

dan mengekalkan tenaga kerja dengan kepakaran, pengalaman

dan tingkah laku yang sesuai. Kami komited terhadap

menyediakan peluang pembelajaran dan pembangunan secara

berterusan kepada kakitangan kami serta peluang meningkatkan

kemahiran dan kepakaran mereka supaya mereka dapat

mencapai potensi penuh mereka.

Persekitaran korporat yang kondusif

Kami memupuk budaya dan persekitaran korporat yang kondusif

dengan menerapkan nilai korporat kami serta menyediakan

persekitaran kerja yang selamat, sihat, bebas daripada gangguan

serta menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan.

TADBIR URUS DANPROSES DALAMAN

PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN

PEMEGANGKEPENTINGAN

Page 12: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 610

Peta StrategiPeta strategi kami menggambarkan hubungan antara mandat dan objektif korporat kami dalam tiga perspektif tersebut.

Tenaga kerja yang cekap dan berpengetahuan

Dengan cara yang meminimumkan kos kepada sistem kewangan

Menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau

kesemua deposit dan menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat

takaful atau insurans

Menyediakan insentif bagi pengurusan

risiko wajar dalam sistem kewangan

Menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan

Mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan

insurans

Organisasi yang ditadbir dan diurus

dengan baik

Keupayaan penilaian dan pemantauan risiko, intervensi

serta resolusi yang kukuh

Amalan urusan dan kewangan yang mantap

Persekitaran korporat yang kondusif

Pemegang kepentingan yang terdidik dan bermaklumat

Perkongsian efektif

TADBIR URUS DANPROSES DALAMAN

PEMEGANGKEPENTINGAN

MANDAT

PEMBELAJARANDAN PEMBANGUNAN

Page 13: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

P I D M C o r p o r a t e P l a n 2 0 1 4 – 2 0 1 611

Perbandingan Prestasi Dengan Rancangan Korporat

Tahun Sebelumnya

Page 14: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 612

Perbandingan Prestasi Dengan Rancangan Korporat Tahun Sebelumnya

Sorotan Pencapaian Kami Bagi Rancangan Korporat 2013 - 2015

Perbadanan mencapai kemajuan ketara dalam Rancangan Korporat 2013 - 2015, yang bertumpu kepada inisiatif-inisiatif

untuk:

• menyokong kapasiti dan keupayaan PIDM dengan tumpuan bagi memantapkan kecekapan kakitangan dan

membangunkan infrastruktur yang diperlukan;

• mengukuhkan kesediaan operasi berkaitan dengan intervensi dan resolusi kegagalan; dan

• meningkatkan tahap pendidikan dan kesedaran awam konsumer kewangan berkaitan dengan sistem perlindungan

PIDM.

Dalam usaha kami untuk menjadi pihak berkuasa perlindungan konsumer kewangan dengan amalan terbaik,

Perbadanan berjaya mencapai strategi dan memenuhi sasaran prestasi utama yang dirancang. Inisiatif-inisiatif yang

berjaya disempurnakan telah mengukuhkan asas dan kapasiti operasi Perbadanan dan meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan dalam mentadbir sistem perlindungan konsumer kewangan negara.

Sepanjang tahun 2013, Perbadanan meraih Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan 2013 bagi “Laporan

Tahunan Terbaik Organisasi Bukan Senaraian Awam” untuk Laporan Tahunan 2012, bagi tahun kelima berturut-turut.

Selain itu, Perbadanan bersama dengan agensi pengiklanan kami, juga menerima Order of Merit bagi “Anugerah Kempen

Penjenamaan Terbaik” di Malaysia, oleh Promotion Marketing Awards of Asia. Anugerah ini merupakan pengiktirafan

terhadap inisiatif-inisiatif komunikasi yang dilaksanakan bagi kempen pengiklanan Perbadanan pada tahun 2012.

Sasaran utama dan inisiatif sokongan telah dikenal pasti untuk menyokong hala tuju strategik Perbadanan. Keputusan

unjuran yang diringkaskan dalam Kad Skor Korporat 2013 di halaman 15 hingga 17, menunjukkan majoriti inisiatif utama

kami yang dirancang berjaya disempurnakan:

• 17 inisiatif berjalan lancar yang dijelaskan dengan lebih lanjut di halaman 17;

• berikut ialah empat inisiatif korporat yang telah ditangguhkan disebabkan oleh keadaan yang di luar kawalan kami:

- pembangunan rangka kerja Sistem Levi Berbeza sementara bagi pengendali takaful. Perancangan awal ialah untuk

membangunkan rangka kerja sementara, namun begitu, satu rangka kerja penuh akan dibangunkan pada tahun

2014 sejajar dengan pelaksanaan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi pengendali takaful oleh Bank Negara

Malaysia (BNM).

- pengukuhan Sistem Penilaian Risiko bagi Sistem Insurans Deposit. Pengukuhan ini akan diteruskan pada tahun 2014

selaras dengan pembangunan Sistem Statistik Bersepadu BNM.

- pembangunan Sistem Penilaian Risiko bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans. Sistem ini akan

dibangunkan selaras dengan pembangunan Sistem Statistik Bersepadu BNM.

- pembinaan sebuah Pusat Pemulihan Bencana kekal. Pembinaan pusat ini akan bermula pada tahun 2014 kerana

kelulusan yang perlu daripada pihak berkuasa berkaitan masih belum diperolehi pada tahun 2013.

Semua inisiatif lain disempurnakan mengikut rancangan kewangan yang diluluskan.

Page 15: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 613

PEMEGANG KEPENTINGAN

• Kami memenuhi keperluan perundangan untuk menyerahkan Laporan Tahunan 2012 kepada Menteri Kewangan pada 31 Mac 2013 dan kemudiannya, Laporan Tahunan ini dibentangkan di Parlimen1. Selepas itu, Laporan Tahunan tersebut diedarkan kepada semua pemegang kepentingan.

• Dalam usaha kami untuk mewujudkan kesedaran berkaitan perlindungan konsumer kewangan kepada audien sasaran, kami telah memulakan inisiatif-inisiatif berikut:

- memeterai perjanjian komunikasi kerjasama dengan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia atau Hua Zong;

- bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia untuk melatih penceramah yang telah dikenal pasti bagi menyampaikan taklimat mengenai PIDM, Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans kepada masyarakat dan melancarkan kempen sokongan PIDM MoneySmart 123 kami bersempena dengan bulan celik kewangan Gabungan Persatuan ini; dan

- terus melaksanakan inisiatif Rancangan Komunikasi Bersepadu kami, termasuk pengiklanan menerusi saluran televisyen, radio, dalam talian dan media cetak. Kami juga mendidik pemegang kepentingan kami menerusi pelbagai aktiviti seperti taklimat, sesi latihan, jerayawara dan pameran serta mengadakan Program Capaian Korporat di Melaka.

• Kami menyempurnakan tinjauan pertengahan tahun dan akhir tahun mengenai indeks kesedaran awam bagi PIDM, Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.

• Kami terus melaksanakan Program Pendidikan kami, dengan tambahan komponen baharu seperti Cabaran Kampus PIDM MoneySmart, Pertandingan Fotografi dengan Kapsyen Terbaik dan Program Duta PIDM MoneySmart.

• Kami memeterai Memorandum Persefahaman dengan Philippine Deposit Insurance Corporation untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran bagi meningkatkan keberkesanan Sistem Insurans Deposit kedua-dua negara.

• Kami terus mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan penginsurans deposit lain dan bank-bank pusat di seluruh dunia menerusi penglibatan kami dalam Persatuan Penginsurans Deposit Antarabangsa dan Forum Antarabangsa Skim Jaminan Insurans serta menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi lawatan sambil belajar dan seminar termasuklah:

- Lawatan rasmi oleh Penginsurans Deposit Rantau Afrika; dan

- Seminar Antarabangsa bagi “Strategi Penyelesaian, Sistem, Proses dan Kawalan Pembayaran Balik dan Tuntutan”.

• Kami menganjurkan secara bersama acara sukan kakitangan BNM-PIDM dengan tiga Jabatan Penyeliaan BNM, yang diadakan pada bulan Mei dan Jun 2013 untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama.

• Kami terus menyertai forum antarabangsa dengan menghadiri, menganjur dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai acara. Kami juga menyertai dan mengadakan pelbagai taklimat, seminar, forum dan persidangan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

1 Dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Julai 2013 dan di Dewan Negara pada 1 Ogos 2013.

Sorotan pencapaian utama kami pada tahun 2013:

Page 16: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 614

• Sebagai sebahagian daripada program pendidikan dan orientasi Lembaga Pengarah, kami mengendalikan beberapa sesi pendidikan mengenai topik seperti “Kesediaan Sistem Pembayaran Balik dan Konsep Pembayaran Balik Berterusan”, “Sejarah dan Falsafah Utama Perbadanan, Risiko-Risiko Utama” dan “Gambaran Keseluruhan Industri Insurans dan Takaful serta Evolusinya”.

• Jawatankuasa Lembaga Pengarah bagi Perancangan Penggantian ditubuhkan.

• Kami terus menunjukkan komitmen terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat yang mana kami:

- menganugerahkan biasiswa kepada 10 individu yang layak di bawah program biasiswa pelbagai tahun.

- menaja Pameran Kewangan dan Kerjaya DeafMoolah 2013 dengan tema “Merapatkan Hubungan OKU dan Komuniti Perniagaan” yang diadakan di Sunway College.

- menganjurkan pertandingan antara Bahagian bagi mengutip tab tin aluminium untuk disumbangkan kepada Prosthesis Foundation of Thailand.

- menjemput penghuni Rumah Nur Qaseh ke Majlis Berbuka Puasa PIDM.

• Kami terus menyokong Program Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan dan menyediakan sokongan kepada Alumni, Forum Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan.

• Cadangan pindaan perundangan kepada Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2011 telah disempurnakan dan diusulkan kepada Menteri Kewangan.

• Kami terus memastikan proses dan sistem penilaian dan pemantauan risiko yang mantap bagi memantau institusi ahli kami dengan efektif. Ini termasuk membangunkan Rangka Kerja Penilaian Risiko Takaful dan Insurans bagi pengendali takaful dan Garis Panduan Sistem Levi Berbeza bagi ahli penginsurans konvensional. Kami juga mengeluarkan Garis Panduan Program Pengesahan: Sistem Levi Berbeza dan Pengiraan Premium.

• Berkaitan dengan kesediaan operasi sekiranya berlaku aktiviti intervensi dan resolusi kegagalan, kami telah mengeluarkan Garis Panduan Sistem dan Serahan Maklumat Deposit serta Garis Panduan Program Pengesahan bagi Sistem dan Serahan Maklumat Deposit. Kami juga menyempurnakan ujian percubaan bagi pengesahan format fail piawaian bagi semua bank ahli PIDM sehingga Ogos 2013.

• Kami terus membangunkan kesediaan operasi kami dengan menjalankan sesi latihan dan simulasi intervensi dan resolusi kegagalan. Fokus sesi latihan ini yang dikendalikan bagi kakitangan terpilih, adalah berkaitan dengan kegagalan sesebuah ahli penginsurans.

• Kami menjalankan latihan simulasi bagi menguji Pelan Kesinambungan Urusan dan Pelan Pemulihan Bencana di Tapak Pemulihan Bencana sementara dengan tumpuan diberikan kepada fungsi-fungsi paling kritikal, iaitu pusat panggilan, tempat menyambut tetamu dan komunikasi kepada pemegang kepentingan.

• Kami mengkaji semula dan mengemas kini Matriks Autoriti yang meringkaskan kuasa pembahagian tugas Lembaga Pengarah dan Pengurusan bagi pentadbiran harian urusan dan hal ehwal Perbadanan.

• Program Pengurusan Rekod yang bertumpu kepada amalan penyimpanan rekod dan pengklasifi kasian maklumat telah dilaksanakan pada Jun 2013.

TADBIR URUS DAN PROSES DALAMAN

• Kami menyempurnakan latihan pemetaan kecekapan tahunan untuk mengenal pasti jurang kecekapan bagi tujuan pembangunan.

• Kami menganjurkan program latihan kepimpinan kepada kakitangan yang mempunyai peranan penyeliaan.

• Tinjauan Kepuasan Kakitangan telah dijalankan bagi mengukur indeks pembabitan kakitangan yang mana kami mencapai Indeks Pembabitan sebanyak 90% dan Indeks Pembabitan Mapan sebanyak 94%.

• Kami terus menerapkan nilai-nilai korporat kami menerusi aktiviti-aktiviti yang melibatkan kakitangan seperti Hari Keluarga, Majlis Berbuka Puasa, sesi latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan, taklimat mengenai Kod Konfl ik Kepentingan dan Kod Tata Laku Urusan dan Etika serta Majlis Makan Malam Tahunan.

PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN

Page 17: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 615

Imbasan Kad Skor Korporat 2013

A

P Berjalan lancar seperti yang dijadualkan; dan / atau dalam lingkungan bajetSasaran dicapai, inisiatif disempurnakan D

F Belum dimulakan / tarikh bermula pada masa hadapan

Ditangguhkan disebabkan pengutamaan semula inisiatif tertentu

Objektif Korporat Petunjuk Prestasi Utama / Inisiatif Korporat Sasaran 2013Keputusan

Unjuran Dis 2013

Pem

egan

g Ke

pent

inga

n

A

Pemegang kepentingan

yang terdidik dan

bermaklumat

1. Indeks kesedaran awam:

a. Kesedaran umum mengenai PIDM 50% A

b. Kesedaran umum mengenai sistem insurans deposit 40% A

c. Kesedaran umum mengenai sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans

25% A

2. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Mengkaji semula dan melaksanakan Pelan Komunikasi Bersepadu Disempurnakan A

b. Program pendidikanDilaksanakan

dan kajian semula

A

BPerkongsian

efektif

3. Hubungan PIDM dengan:

a. Bank Negara Malaysia Kukuh A

b. Institusi ahli Memuaskan A

c. Penyedia perkhidmatan utama dan rakan kongsi strategik Kukuh A

d. Penginsurans deposit lain Kukuh A

e. Pemegang kepentingan lain Memuaskan A

4. Forum antarabangsaPenyertaan

aktifA

5. Program Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan dan AlumniPenyertaan

aktifA

Tadb

ir Ur

us d

an P

rose

s Da

lam

an C

Organisasi yang ditadbir dan diurus

dengan baik

6. Penilaian Lembaga Pengarah terhadap:

a. Amalan terbaik tadbir urus yang diguna pakai dan dikekalkanTahap

kepuasan tinggiA

b. Polisi dan amalan utama yang dipatuhi serta kekal terkini dan relevanTahap

kepuasan tinggiA

c. Kualiti sokongan pengurusan kepada Lembaga PengarahTahap

kepuasan tinggiA

7. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Polisi dan Laporan Risiko bagi Pengurusan Risiko Organisasi Lembaga Pengarah

Kajian semula dan

dipertingkatkanA

b. Mengkaji semula Akta PIDM 2011 dan mengesyorkan pindaan, yang mana perlu

Disempurnakan A

D

Keupayaan penilaian dan pemantauan

risiko, intervensi serta resolusi yang

kukuh

8. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Mengkaji semula dan memantapkan peraturan-peraturan berkaitan Jumlah Deposit Diinsuranskan dan Sistem Premium Berbeza bagi Sistem Insurans Deposit

Dibangunkan dan

dirundingkanA

b. Rangka kerja Sistem Levi Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans:

i. Rangka kerja Sistem Levi Berbeza bagi konvensional Dilaksanakan A

Page 18: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 616

Objektif Korporat Petunjuk Prestasi Utama / Inisiatif Korporat Sasaran 2013Keputusan

Unjuran Dis 2013

Tadb

ir Ur

us d

an P

rose

s Da

lam

an

D

Keupayaan penilaian dan pemantauan

risiko, intervensi serta resolusi yang

kukuh

ii. Rangka kerja Sistem Levi Berbeza bagi Takaful (Sementara)Dikaji

selidik dan dibangunkan

D

c. Mengkaji semula dan memantapkan peraturan-peraturan berkaitan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Kajian semula dan

dipertingkatkanA

d. Metodologi dan Rangka Kerja Penilaian dan Pemantauan Risiko:

i. Memantapkan Sistem Penilaian Risiko bagi Sistem Insurans Deposit Dibangunkan

dan dilaksanakan

D

ii. Membangunkan Sistem Penilaian Risiko bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Dibangunkan D

e. Sistem Amaran Awal:

i. Sistem Insurans Deposit Dibangunkan dan disahkan

A

ii. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans Dikaji selidik P1

f. Rangka Kerja Intervensi dan Resolusi Kegagalan termasuk polisi, proses dan prosedur:

i. Pengendalian polisi dan prosedur Intervensi dan Resolusi Kegagalan bagi bank-bank ahli

Dibangunkan P2

ii. Meminda polisi dan prosedur Intervensi dan Resolusi Kegagalan untuk penggunaan pakai terhadap ahli penginsurans

Dibangunkan A

g. Model dan Sistem Pentaksiran - Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Dibangunkan P3

h. Rangka kerja pemulihan dan resolusi bagi institusi kewangan yang kompleks

Dibangunkan P4

i. Polisi dan peraturan:

i. Peraturan-Peraturan Maklumat Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Dibangunkan dan

dirundingkanP5

ii. Peraturan-Peraturan Terma dan Syarat Keahlian - Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Dilaksanakan P6

j. Simulasi bagi Intervensi dan Resolusi Kegagalan Disempurnakan A

k. Menyempurnakan pembangunan program audit bagi memastikan integriti Data, Sistem dan Proses Pembayaran Balik Deposit bagi bank- bank ahli

Disempurnakan P7

l. Infrastruktur, polisi dan prosedur pengurusan tuntutan bagi ahli penginsurans:

i. Fasa 1a: Sistem Pendaftaran Produk Dilaksanakan P8

ii. Fasa 1b: Sistem Pengurusan Tuntutan Dibangunkan P9

iii. Fasa 1c: Sistem Pengurusan Sokongan Pemilik Polisi Dibangunkan P9

iv. Fasa 2: Sistem Pengurusan Pembayaran Dibangunkan P9

m. Program pematuhan institusi ahli dengan Akta PIDM Kajian

semula dan dipertingkatkan

A

EAmalan urusan dan kewangan yang mantap

9. Pelaporan menerusi:

a. Laporan Tahunan Disempurnakan A

b. Rancangan Korporat Disempurnakan A

Page 19: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 617

Objektif Korporat Petunjuk Prestasi Utama / Inisiatif Korporat Sasaran 2013Keputusan

Unjuran Dis 2013

Tadb

ir Ur

us d

an P

rose

s Da

lam

an

EAmalan urusan dan kewangan yang mantap

10. Perbezaan perbelanjaan sebenar berbanding bajet yang diluluskan ±10%

perbezaan A10

11. Pematuhan Kawalan Dalaman Kukuh A

12. Tahap kepuasan terhadap perkhidmatan antara Bahagian 75% A

13. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Dana Sasaran bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan InsuransDikaji

selidik dan dibangunkan

P11

b. Membangunkan dan melaksanakan pelan strategik berikut:

i. Pelan Strategik Teknologi Maklumat Tahunan Disempurnakan P12

ii. Pelan Pengurusan Kesinambungan Urusan Tahunan Disempurnakan A

c. Tapak Pemulihan Bencana dan infrastruktur Pembinaan D

d. Pengurusan Maklumat Korporat Dilaksanakan A

Pem

bela

jara

n da

n Pe

mba

ngun

an

F

Tenaga kerja yang cekap dan

berpengetahuan

14. Program pembelajaran dan pembangunan yang berterusan Disempurnakan A

15. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Polisi dan Amalan Pengurusan Pengetahuan Dilaksanakan P13

GPersekitaran korporat yang

kondusif

16. Indeks Tahap Komitmen dan Kepuasan Kerja Kakitangan (tinjauan dijalankan dua tahun sekali bagi mengukur tahap kepuasan kakitangan)

75% A

17. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Program berkaitan kakitangan Dilaksanakan A

1 Penyelidikan tentang Sistem Amaran Awal bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans berjalan lancar mengikut jadual.

2 Pembangunan rangka kerja untuk mengoperasikan polisi dan prosedur Intervensi dan Resolusi Kegagalan bagi bank-bank ahli berjalan lancar mengikut jadual.

3 Pembangunan Model Penilaian akan disempurnakan pada tahun 2015. 4 Pembangunan rangka kerja pemulihan dan resolusi bagi institusi kewangan kompleks, inisiatif bersama dengan BNM,

berjalan lancar dan akan diteruskan ke tahun 2014. 5 Proses perundingan bagi Peraturan-Peraturan Maklumat Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans akan diteruskan

ke tahun 2014. 6 Peraturan-peraturan akan dikeluarkan pada tahun 2014.7 Pembangunan program audit terperinci bagi Sistem Pengurusan Pembayaran Balik Deposit akan diteruskan pada tahun

2014. 8 Proses perundingan seterusnya bagi draf Garis Panduan Penyerahan Maklumat Produk akan dijalankan pada tahun 2014.9 Spesifikasi keperluan pengguna sedang dimuktamadkan dan pembangunan infrastruktur pengurusan tuntutan bagi ahli

penginsurans akan diteruskan pada tahun 2014. 10 Kami mencapai perbezaan positif bagi kedua-dua perbelanjaan operasi dan modal.11 Pembangunan rangka kerja Dana Sasaran berjalan lancar mengikut jadual dan akan dibangunkan terlebih dahulu bagi

perniagaan am dan hayat dan kemudiannya bagi perniagaan takaful. 12 Kami telah menyempurnakan kebanyakan inisiatif strategik dan operasi seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik

Teknologi Maklumat PIDM kecuali bagi inisiatif-inisiatif berikut yang telah ditangguhkan:

• Pengukuhan Sistem Penilaian Risiko bagi Sistem Insurans Deposit

• Pembangunan Sistem Penilaian Risiko bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

• Pembangunan sistem e-Intervensi dan Resolusi Kegagalan

• Pembangunan Infrastruktur Keselamatan Maklumat Korporat13 Draf Polisi Pengurusan Pengetahuan sedang dimuktamadkan dan akan dilaksanakan pada tahun 2014.

Page 20: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 618

Prestasi Kewangan Lepas – Tahun 2013

A. Keputusan Operasi

2013 2013 Unjuran* Bajet Perbezaan

Pendapatan RM’000 RM’000 RM’000 (%)

Premium 245,100 227,300 17,800 8Pelaburan 56,100 56,000 100 0Keuntungan / (kerugian) daripada jualan pelaburan tersedia-untuk-dijual (710) - (710) -

Jumlah Pendapatan 300,490 283,300 17,190 6

Perbelanjaan Operasi

Gaji dan Manfaat 43,800 51,900 8,100 16Am dan Pentadbiran 27,650 38,125 10,475 28Komunikasi 11,000 10,975 (25) (0)

Jumlah Perbelanjaan Operasi 82,450 101,000 18,550 18

Lebihan Bersih Tahun Semasa 218,040 182,300 35,740 20

B. Perbelanjaan Modal

2013 2013 Unjuran* Bajet Perbezaan

Perbelanjaan Modal RM’000 RM’000 RM’000 (%)

Tanah dan Bangunan 2,000 16,500** 14,500 88Perabot, Kelengkapan dan Ubah Suai Pejabat 330 600 270 45Sistem Komputer dan Peralatan Pejabat 2,770 13,000 10,230 79

Jumlah Perbelanjaan Modal 5,100 30,100 25,000 83

* Unjuran 2013 = Sebenar (Jan - Nov 2013) + Unjuran (Dis 2013).

** Bajet asal yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah bagi kos pembinaan Pusat Pemulihan Bencana ialah RM16 juta. Lembaga Pengarah meluluskan tambahan RM0.5 juta bagi pengukuhan asas bangunan Pusat Pemulihan Bencana.

Page 21: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

C. Ulasan Prestasi Kewangan 2013

Keputusan Operasi

Kami mengunjurkan lebihan bersih operasi kira-kira RM218 juta berbanding RM182.3 juta seperti yang dibajetkan dalam

Rancangan Korporat kami. Anggaran lebihan ini lebih tinggi sebanyak RM35.7 juta, disebabkan terutamanya oleh premium

lebih tinggi yang diterima pada tahun 2013 serta jangkaan perbezaan positif bagi perbelanjaan operasi berbanding bajet.

Pendapatan

• Jumlah premium yang diterima daripada bank ahli pada tahun ini ialah RM180.3 juta atau 5% lebih tinggi berbanding

bajet RM172.2 juta. Premium lebih tinggi yang diterima ini disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan lebih tinggi

daripada dijangkakan dalam Jumlah Deposit Diinsuranskan.

• Premium yang diterima daripada ahli penginsurans pada tahun ini ialah RM64.8 juta, iaitu RM9.7 juta atau 18% lebih

tinggi berbanding bajet. Perbezaan positif ini adalah disebabkan terutamanya peningkatan Liabiliti Penilaian Aktuari bagi

segmen industri insurans hayat.

Perbelanjaan Operasi

• Jumlah perbelanjaan operasi sehingga 31 Disember 2013 diunjurkan sebanyak RM82.5 juta, iaitu RM18.6 juta atau 18%

lebih rendah berbanding bajet.

• Perbezaan positif ini disebabkan terutamanya perbelanjaan gaji dan manfaat yang lebih rendah hasil daripada penjadualan

masa pengambilan pekerja baharu pada tahun ini.

• Perbezaan positif RM10.5 juta atau 28% bagi kos am dan pentadbiran adalah disebabkan terutamanya oleh perbelanjaan

lebih rendah bagi profesional dan pakar runding, perbelanjaan berkaitan telekomunikasi dan teknologi maklumat,

penganjuran acara antarabangsa, program biasiswa serta perbelanjaan perjalanan.

Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan modal kami dianggarkan berjumlah RM25 juta atau 83% lebih rendah berbanding bajet. Perbezaan positif ini

disebabkan terutamanya kelewatan Pihak Berkuasa Tempatan memberikan kelulusan relevan bagi kami untuk meneruskan

pembinaan Pusat Pemulihan Bencana kekal. Pembinaan Pusat Pemulihan Bencana tersebut kini dijangka akan bermula

pada awal tahun 2014. Perbezaan positif ini juga ekoran daripada penangguhan beberapa projek sistem teknologi

maklumat disebabkan terutamanya oleh faktor-faktor luaran.

Metodologi Peruntukan Perbelanjaan

Sepanjang tahun ini, kami memantau, membezakan, merekod dan memperuntukkan perbelanjaan operasi dan modal

antara dua sistem perlindungan dan enam Kumpulan Dana masing-masing. Bagi tahun 2013, keputusan peruntukan

perbelanjaan operasi bagi Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans masing-masing

ialah 60% dan 40%, manakala peruntukan perbelanjaan modal ialah masing-masing pada 78% dan 22%. Kami akan terus

memperuntukkan semua kos langsung dan tidak langsung kepada Kumpulan Dana masing-masing berdasarkan kepada

undang-undang relevan.

Secara ringkasnya, kami mencapai perbezaan positif dalam kedua-dua perbelanjaan operasi dan modal kami kerana

kami mengamalkan pengurusan kewangan berhemat dan kawalan dalaman yang kukuh. Sepanjang tahun 2013, kami

melaksanakan inisiatif-inisiatif utama yang dirancang mengikut Rancangan Korporat kami. Majoriti inisiatif-inisiatif ini

disempurnakan mengikut rancangan kewangan yang diluluskan.

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 619

Page 22: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

P I D M C o r p o r a t e P l a n 2 0 1 4 – 2 0 1 6

20

Rancangan Tiga Tahun Kami 2014 - 2016

Page 23: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 621

Rancangan Tiga Tahun Kami 2014 - 2016

Persekitaran OperasiSebagai sebahagian daripada rangka kerja jaringan keselamatan yang memainkan peranan penting dalam memastikan

kestabilan sistem kewangan, Perbadanan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan peka dengan isu-isu dan risiko

semasa yang boleh memberi kesan kepada Perbadanan, pendeposit, pemilik polisi dan institusi ahli. Sehubungan dengan

ini, kami sentiasa memantau dan menilai aliran dan perkembangan terkini ekonomi global dan domestik serta persekitaran

operasi institusi ahli kami. Dalam organisasi, kami terus mengguna pakai rangka kerja Pengurusan Risiko Organisasi untuk

mengenal pasti dan menilai risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada Perbadanan.

Persekitaran Ekonomi

Dengan keadaan ekonomi tidak menentu yang masih berterusan, landskap operasi global masih mencabar. Pemulihan

ekonomi di negara-negara maju masih belum cukup kukuh untuk meningkatkan eksport manakala momentum

pertumbuhan dalam pasaran sedang pesat membangun masih belum stabil. Pada masa hadapan, prospek

pertumbuhan dijangka terus lemah disebabkan oleh kesan-kesan daripada kelemahan pertumbuhan perdagangan

dunia, ketidakpastian akan kemampanan ekonomi China dalam tempoh sederhana, ketidakseimbangan dalam pasaran

sedang pesat membangun dan keadaan pasaran kewangan yang tidak menentu yang berkait dengan isu-isu politik

yang masih belum selesai di Amerika Syarikat dan teka-teki tarikh akhir pengurangan program rangsangan monetari

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan, meskipun terdapat kelemahan sektor luaran ketika ini.

Dengan kewujudan pasaran pekerjaan yang stabil, pertumbuhan berterusan pendapatan dan keadaan monetari yang

menggalakkan, justeru pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus disokong oleh permintaan domestik yang kukuh,

dengan kemungkinan, sokongan daripada permintaan luar pada tahun 2014.

Persekitaran Institusi Ahli

Meskipun persekitaran ekonomi global yang mencabar, keseluruhan prospek sistem kewangan domestik masih

kekal utuh, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, keadaan pasaran kewangan yang teratur dan keyakinan

tinggi terhadap sistem kewangan negara. Menerusi sokongan permodalan yang mapan, institusi ahli kami secara

keseluruhannya masih kukuh dan kami tidak menjangkakan sebarang aktiviti intervensi dan kegagalan dalam kalangan

institusi ahli kami semasa tempoh perancangan. Pada masa hadapan, kami akan terus berwaspada dalam mengenal

pasti sebarang risiko yang memberi kesan kepada institusi ahli memandangkan wujudnya potensi risiko negatif

daripada persekitaran luaran.

Page 24: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 622

Ulasan Pengurusan Risiko OrganisasiPerbadanan berjaya menyempurnakan satu lagi kitaran penuh aktiviti penilaian risiko Pengurusan Risiko Organisasi pada

tahun 2013, dalam mengenal pasti dan menangani risiko-risiko utama yang boleh menghalang Perbadanan daripada

mencapai objektifnya. Berdasarkan kepada penilaian lima kategori risiko kami, Pengurusan telah memuktamadkan bahawa

tiga kategori risiko boleh diterima manakala dua lagi kategori risiko boleh diurus.

Huraian risiko serta pelan tindakan risiko utama dan inisiatif-inisiatif yang dicadangkan bagi menangani lima kategori

risiko tersebut adalah seperti berikut:

1. Risiko Kewangan boleh diterima dan dalam aliran stabil. Pendedahan utama Perbadanan kepada Risiko

Kewangan ialah daripada Risiko Pasaran dan Risiko Mudah Tunai, yang diurus dengan baik. Portfolio pelaburan

Perbadanan yang dilaburkan mengikut Polisi Pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah, menyediakan

sumber dana bagi operasi kami dan juga sumber dana sekiranya berlaku aktiviti Intervensi dan Resolusi Kegagalan.

Perbadanan, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai kuasa untuk membuat pinjaman daripada Kerajaan

dengan kelulusan Menteri Kewangan, dan / atau menerbitkan sekuriti hutang awam untuk mengumpul dana.

Sehubungan dengan ini, Perbadanan bekerjasama dengan wakil daripada Kementerian Kewangan untuk

mendokumenkan perjanjian bagi pinjaman mudah tunai sekiranya Perbadanan memerlukan kemudahan tersebut bagi

aktiviti intervensi dan resolusi kegagalan. Tambahan lagi, Perbadanan sedang mengkaji pengumpulan dana daripada

pasaran modal dan akan membangunkan proses untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

2. Risiko Insurans boleh diurus dengan aliran menurun. Perbadanan berhadapan dengan cabaran berterusan

bagi memastikan kesediaan operasi Intervensi dan Resolusi Kegagalan dan bagi mendapatkan kuasa perundangan

yang mencukupi untuk menjalankan mandatnya dengan efektif dan efi sien sebagai pihak berkuasa resolusi bagi

institusi ahli. Justeru, Perbadanan menjalankan semakan semula yang berterusan untuk mengukuhkan Akta PIDM

dan perundangan subsidiarinya serta menilai dan memantau keadaan kewangan dan profi l risiko institusi ahli dan industri

secara keseluruhannya. Selain itu, Perbadanan juga terus mengkaji semula dan memantapkan polisi dan prosedur,

kakitangan, infrastruktur dan sistemnya, serta kesediaan pembiayaan berkaitan dengan intervensi dan resolusi kegagalan.

3. Risiko Operasi boleh diterima dan dalam aliran menurun. Bahagian yang menjadi tumpuan Perbadanan

berkaitan Risiko Operasi ialah Risiko Kakitangan dan Risiko Maklumat. Risiko Kakitangan berkait dengan

perancangan penggantian bagi jawatan utama dan mengekalkan tenaga kerja. Fokus utama Perbadanan ialah

untuk terus memantapkan kepakaran teknikal kakitangan dan memiliki tenaga kerja yang sesuai dengan tugas,

menyediakan dan menerapkan keseimbangan kerja dan kehidupan serta memastikan kesinambungan tugas

menerusi aktiviti perancangan penggantian. Sementara itu, Risiko Maklumat berkait dengan akses maklumat.

Selain mengelaskan maklumat berdasarkan kepada sensitiviti dan kepentingannya mengikut Polisi Klasifi kasi

Maklumat, Perbadanan akan membangunkan Rangka Kerja dan Polisi Keselamatan Maklumat secara menyeluruh

bagi menangani semua aspek Risiko Maklumat.

4. Risiko Reputasi boleh diurus dan dalam aliran menurun. Perbadanan terus memberi penekanan dalam

meningkatkan kesedaran awam mengenai PIDM dan pemahaman terhadap Sistem Insurans Deposit serta Sistem

Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans. Pendekatan jangka panjang dan berterusan diperlukan untuk

memaklumkan dan mendidik orang awam, membangun atas kejayaan inisiatif tahun-tahun sebelumnya serta

melaksanakan strategi dan perancangan terperinci berdasarkan kepada hasil penyelidikan. Perbadanan juga akan

menjalankan program kesedaran awam pelbagai tahun dan inisiatif pendidikan. Sesi taklimat bagi pelbagai pemegang

kepentingan akan terus menjadi sebahagian daripada usaha Perbadanan untuk meningkatkan interaksi dan

hubungan dengan pemegang kepentingan.

5. Risiko Strategik dan Tadbir Urus boleh diterima dan dalam aliran menurun. Perbadanan terus menumpukan

kepada amalan tadbir urus yang baik dan pengurusan terbaik dengan polisi dan prosedur yang sesuai serta

menyediakan matriks pembahagian kuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan. Pengurusan risiko, kawalan dalaman

serta pematuhan kepada polisi dan prosedur dan matriks autoriti merupakan elemen utama amalan tadbir urus

Perbadanan.

Page 25: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 623

Kategori Risiko / Subkategori Risiko Pengkadaran

Risiko ResidualAliranRisiko

Risiko Kewangan: Ini merujuk kepada kumpulan risiko yang berpunca daripada pergerakan negatif dalam nilai aset dan liabiliti kewangan, kedua-duanya di dalam dan di luar lembaran imbangan. Kategori Risiko Kewangan – biasanya dipacu oleh faktor-faktor luaran – secara umumnya terdiri daripada Risiko Pasaran (termasuk ekuiti, mata wang asing atau aset, kadar faedah yang memberi kesan kepada harga atau nilai), Risiko Mudah Tunai dan Risiko Kredit.

a) Risiko Pasaran: Risiko kerugian berkaitan dengan pergerakan negatif dalam kadar atau harga pasaran.

b) Risiko Mudah Tunai: Risiko yang mana dana tidak tersedia kepada Perbadanan tepat pada masanya bagi memenuhi obligasinya apabila diperlukan semasa operasi biasa dan / atau semasa berlakunya Intervensi dan Resolusi Kegagalan.

Risiko Insurans: Ini merujuk kepada kumpulan risiko berkaitan dengan keupayaan Perbadanan dalam melaksanakan penilaian, pemantauan, intervensi dan risiko berkaitan yang lain dalam mentadbir Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.

a) Risiko Penilaian dan Pemantauan: Ini merujuk kepada risiko yang mana Perbadanan gagal mengenal pasti, memantau dan melaporkan dengan segera mengenai institusi ahli berisiko tinggi yang memberi ancaman kepada Kumpulan Dana Perbadanan.

b) Risiko Intervensi dan Resolusi Kegagalan: Ini merujuk kepada kesediaan Perbadanan untuk melaksanakan tindakan intervensi dan / atau resolusi kegagalan secara efektif berkaitan dengan institusi ahli bermasalah dengan cara yang memenuhi mandat Perbadanan.

c) Risiko Kuasa Insurans: Ini merujuk kepada peristiwa risiko yang berkaitan dengan keberkesanan Akta PIDM dan undang-undang berkaitan.

Risiko Operasi: Ini merujuk kepada risiko berkaitan dengan proses dalaman, kakitangan, teknologi maklumat, keperluan pematuhan dan keselamatan maklumat yang boleh menjejaskan keupayaan Perbadanan untuk melaksanakan mandatnya.

a) Risiko Pematuhan dan Undang-Undang: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan kegagalan Perbadanan mengenal pasti, membuat pertimbangan, memenuhi atau mematuhi undang-undang, surat pekeliling, polisi dalaman serta obligasi dan keperluan lain, dalam menjalankan urusan dan hal ehwalnya.

b) Risiko Maklumat: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan kegagalan Perbadanan dalam melindungi keselamatan maklumat sulit. �

c) Risiko Teknologi Maklumat: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan kemerosotan sistem teknologi maklumat dan keupayaan sistem ini untuk menyokong Perbadanan secara efektif dalam menjalankan urusan dan hal ehwalnya serta mencapai mandatnya.

d) Risiko Proses: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan pelaksanaan yang tidak betul, kegagalan atau jurang dalam polisi, amalan atau kawalan dalam proses. �

e) Risiko Kakitangan: Ini merujuk kepada peristiwa risiko akibat daripada kekurangan kecekapan, kapasiti atau prestasi, atau layanan tidak wajar daripada kakitangan Perbadanan.

f) Risiko Keselamatan Fizikal: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan kegagalan Perbadanan memastikan keselamatan kakitangan dan sekuriti asetnya. �

Jadual di bawah menunjukkan pengkadaran setiap kategori risiko dan subkategori risikonya:

Page 26: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 624

¡ Boleh Diurus Risiko residual mewajarkan pelan tindakan risiko sebagai mitigasi, dan tindakan mitigasi yang sesuai dan tepat pada masa dilaksanakan untuk menangani risiko tersebut.

¡ PeringatanRisiko residual mewajarkan pemantauan rapi, dan / atau inisiatif yang telah dikenal pasti sebelumnya untuk mengukuhkan pengurusan risiko tidak dilaksanakan sepenuhnya, walaupun tindakan yang sesuai dan tepat pada masa sedang dijalankan untuk berbuat demikian.

¡ Kebimbangan SeriusRisiko residual tidak boleh diterima dan mungkin termasuk jurang ketara yang wujud dalam amalan dan kawalan pengurusan risiko.

Aliran Risiko:

� Meningkat � Menurun � Stabil

Pengkadaran Risiko Residual:

¡ Boleh DiterimaRisiko residual boleh diterima dan amalan pengurusan risiko yang sesuai dilaksanakan.

Kategori Risiko / Subkategori Risiko Pengkadaran

Risiko ResidualAliranRisiko

Risiko Reputasi:Ini merujuk kepada peristiwa yang mungkin memberi kesan negatif kepada kepercayaan dan keyakinan pemegang kepentingan utama terhadap kemampuan dan keupayaan Perbadanan untuk melaksanakan mandatnya.

a) Risiko Liputan Media: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan ulasan media, pelaporan dan keberkesanan komunikasi Perbadanan. �

b) Risiko Imej / Persepsi: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan kesedaran dan pemahaman awam mengenai peranan Perbadanan.

Risiko Strategik dan Tadbir Urus: Ini merujuk kepada risiko yang menjejaskan pencapaian hala tuju strategik Perbadanan seperti yang digariskan dalam Rancangan Korporat dan risiko-risiko yang mungkin menghalang keberkesanan struktur dan proses tadbir urusnya.

a) Risiko Luaran: Ini merujuk kepada peristiwa risiko luaran yang tidak dapat dikawal yang mengancam kemampuan Perbadanan untuk memenuhi mandatnya serta menjalankan urusan dan hal ehwalnya.

b) Risiko Tadbir Urus: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan hubungan Perbadanan dengan pemegang kepentingannya, Lembaga Pengarah dan Pengurusan, serta persekitaran kawalan dalamannya.

c) Risiko Strategik: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan keputusan strategik yang lemah, pelaksanaan keputusan yang tidak sesuai atau tindak balas yang perlahan terhadap perubahan persekitaran.

d) Risiko Kesinambungan Urusan: Ini merujuk kepada peristiwa risiko berkaitan dengan gangguan yang memberi kesan kepada kakitangan, premis atau operasi Perbadanan yang menghalang kemampuannya untuk mencapai mandat dan menjalankan urusan dan hal ehwalnya.

Page 27: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 625

Andaian Perancangan Utama

Hala tuju strategik, pelan dan bajet sokongan yang digariskan dalam Rancangan Korporat ini adalah berdasarkan andaian-

andaian perancangan utama yang dinyatakan seperti berikut.

a) Persekitaran ekonomi domestik dan sistem kewangan negara akan kekal berdaya tahan.

b) Mandat Perbadanan akan kekal terkini dan relevan. Bagaimanapun, kami akan membangunkan pelan untuk

menangani implikasi cadangan pengukuhan peranan kami sebagai Pihak Berkuasa Resolusi Kebangsaan.

c) Tiada aktiviti Intervensi dan Resolusi Kegagalan dirancang sepanjang tempoh perancangan. Bagaimanapun,

Perbadanan perlu bersedia dari segi operasi, yang akan memerlukan pembangunan dan pengukuhan kepakaran,

instrumen dan infrastruktur yang perlu bagi menyokong aktiviti Intervensi dan Resolusi Kegagalan.

d) Pembiayaan Perbadanan:

(i) pendapatan premium akan meningkat disebabkan pertumbuhan jumlah deposit diinsuranskan dan kenaikan kadar

bagi bank-bank ahli, serta jumlah sijil atau polisi yang layak bagi ahli penginsurans, seperti berikut:

• Rangka kerja premium dan Dana Sasaran bank ahli

- Susulan pelaksanaan rangka kerja Dana Sasaran, kadar premium di bawah Sistem Premium Berbeza akan

terus meningkat sebanyak 0.01% bagi kategori kadar terbaik pada tahun 2014 hingga 2015, dan kemudiannya,

akan dikekalkan pada kadar 0.06%. Kadar bagi tiga kategori lain di bawah sistem ini akan mempunyai

perubahan lanjutan, mengguna pakai pendekatan “dua kali ganda” yang sedia ada.

- Tempoh masa untuk mencapai paras Dana Sasaran yang ditetapkan diunjurkan antara 10 hingga 12 tahun.

• Rangka kerja levi dan Dana Sasaran ahli penginsurans

- Bagi ahli penginsurans konvensional, pendapatan premium akan berdasarkan kepada Sistem Levi Berbeza

dan kadar diluluskan yang dikira mengikut Liabiliti Penilaian Aktuari dan / atau premium bersih Jumlah Polisi

yang Layak.

- Bagi pengendali takaful, pendapatan premium akan terus berdasarkan kepada kadar rata dikira mengikut

Liabiliti Penilaian Aktuari dan / atau premium bersih Jumlah Sijil yang Layak.

- Rangka kerja Dana Sasaran bagi ahli penginsurans konvensional akan dibangunkan untuk dilaksanakan

bermula pada tahun 2015.

(ii) rizab yang disimpan dalam enam Kumpulan Dana menjana pendapatan pelaburan. Bagi tujuan perancangan,

diandaikan kadar faedah akan kekal stabil bagi tahun kewangan 2014.

e) Perbadanan akan terus bergantung kepada kumpulan teras kakitangan yang disokong oleh penyedia perkhidmatan

dan rakan kongsi utama, hubungan kerja berterusan yang baik dengan pemegang kepentingan serta proses, sistem dan

infrastruktur yang efektif. Bilangan kakitangan tidak dijangka bertambah dengan ketara semasa tempoh perancangan.

Page 28: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 626

Hala Tuju StrategikDalam membangunkan Rancangan Korporat, Perbadanan mengkaji semula hala tuju strategiknya, dengan mengambil kira

persekitaran operasi semasa dan yang dijangkakan serta risiko-risiko utama yang dihadapi oleh Perbadanan. Bagi memacu aktiviti

Perbadanan sepanjang tempoh perancangan, hala tuju strategik yang telah dikenal pasti seperti berikut:

“Dalam usaha memenuhi mandat berkanun Perbadanan, kami akan terus menggalak dan menyumbang kepada

keyakinan awam terhadap kestabilan sistem kewangan negara. Keberkesanan dan kesediaan operasi Perbadanan

akan diperkukuhkan khususnya, dengan memantapkan dan mengekalkan kecekapan kakitangan dan pengurusan

tenaga kerja; mengukuhkan hubungan dengan pemegang kepentingan utama; serta meningkatkan tahap kesedaran

awam dan pendidikan konsumer kewangan.”

Sorotan pelan dan inisiatif yang menyokong hala tuju strategik digariskan seperti berikut.

Mengukuhkan keberkesanan dan kesediaan operasi: Sepanjang tempoh perancangan, PIDM akan terus

mengukuhkan kesediaan operasinya dengan menumpukan kepada penilaian dan pemantauan risiko-risiko yang memberi kesan

kepada institusi ahli serta mengembangkan kepakaran dan kapasiti Intervensi dan Resolusi Kegagalan kami. Proses yang efektif

dan efi sien penting kepada kemampuan Perbadanan untuk memenuhi mandatnya dan Perbadanan sentiasa mencari peluang

untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasinya. Bagi tujuan ini, infrastruktur dan proses yang sewajarnya perlu

diperkukuh untuk menyokong keupayaan dan kapasiti Perbadanan dalam menangani dengan segera intervensi dan resolusi

kegagalan institusi ahli.

Di samping itu, adalah penting untuk mengekalkan dan mengukuhkan perkongsian dengan peserta jaringan keselamatan

kewangan lain serta hubungan kerja dengan pemegang kepentingan utama. Dalam usaha kami untuk meningkatkan interaksi

dengan pemegang kepentingan ini, program kesedaran awam dan interaksi seperti dialog, perundingan dan mesyuarat akan

dilaksanakan atau diperkukuhkan.

Penilaian dan Pemantauan Risiko: Dengan pelaksanaan rangka kerja Sistem Levi Berbeza bagi ahli penginsurans konvensional

dan penyempurnaan rangka kerja penilaian risiko bagi pengendali takaful pada tahun 2013, platform operasi utama bagi Sistem

Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans telah disempurnakan. Ini telah mengukuhkan fungsi penilaian dan pemantauan risiko

PIDM, yang membolehkan Perbadanan mengenal pasti dan bertindak balas dengan segera terhadap risiko yang berpotensi

menjejaskan institusi ahli. Memandangkan Perbadanan memerlukan akses terkini kepada data yang boleh dipercayai, fokus

utama adalah untuk terus mengukuhkan infrastruktur dan keupayaan penilaian risiko di samping terus mengkaji semula dan

mengikuti perkembangan terkini dan perubahan dalam peraturan dan polisi yang memberi kesan kepada institusi ahli, bagi

memastikan rangka kerja dan sistem kami yang sedia ada kekal efektif.

Berkenaan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, pembangunan infrastruktur utama bagi tempoh tiga tahun akan

datang ialah penyempurnaan Sistem Penilaian Risiko Takaful dan Insurans, yang sama seperti Sistem Penilaian Risiko yang ketika

ini menyokong tugas penilaian risiko bank ahli. Berkenaan pentadbiran insurans dan levi, pembangunan rangka kerja Sistem Levi

Berbeza bagi pengendali takaful, Program Pengesahan bagi Sistem Levi Berbeza dan rangka kerja Dana Sasaran akan disiapkan

semasa tempoh perancangan.

Bagi Sistem Insurans Deposit, pengukuhan rangka kerja Sistem Premium Berbeza sedia ada, yang sebahagian besarnya

melibatkan perubahan kepada pendekatan penilaian kuantitatif bagi menyediakan penilaian yang lebih menyeluruh untuk bank

ahli, disasar untuk dilaksanakan pada tahun 2015. Infrastruktur, keupayaan dan kecekapan Sistem Penilaian Risiko sedia ada akan

dipertingkatkan sejajar dengan pengukuhan sumber data di bawah Sistem Statistik Bersepadu BNM. Sistem Amaran Awal bagi

Sistem Insurans Deposit akan disempurnakan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Fasa 1 Sistem Amaran Awal melibatkan

Model Ramalan Penarafan, iaitu sistem model statistik yang meramalkan kemungkinan perubahan kepada penarafan sedia ada

institusi ahli.

Malaysia, menerusi Perbadanan, diiktiraf sebagai peneraju dunia dalam pembangunan dan pelaksanaan Sistem Insurans Deposit

menyeluruh yang merangkumi Sistem Insurans Deposit Islam serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans. Bagi

mengukuhkan kedudukan Perbadanan sebagai peneraju dalam bidang Sistem Insurans Deposit Islam dan Sistem Perlindungan

Manfaat Takaful dan Insurans, Perbadanan akan terus menumpukan usahanya dalam membangunkan nota panduan, kertas

penyelidikan dan prinsip teras bagi operasi insurans deposit Islam.

Intervensi dan Resolusi Kegagalan: Perbadanan terus melaksanakan inisiatif bagi memastikan kesediaan operasi untuk

menjalankan intervensi lebih awal dan menangani dengan segera institusi ahli bermasalah bagi memenuhi mandat kami dengan

cara yang efektif dan kos yang minimum. Fasa 1 pelan hala tuju kesediaan operasi Intervensi dan Resolusi Kegagalan yang

bertumpu kepada membangunkan asas keupayaan dan kapasiti Intervensi dan Resolusi Kegagalan telah disempurnakan dengan

jayanya. Perbadanan kini boleh merujuk kepada set Polisi dan Prosedur Intervensi dan Resolusi Kegagalan sebagai panduan.

Page 29: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 627

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, Perbadanan akan menyempurnakan Fasa 2 pelan hala tuju tersebut, meningkatkan

tahap kesediaan untuk melaksanakan tindakan Intervensi dan Resolusi Kegagalan dengan lebih efektif. Inisiatif di bawah Fasa

2 telah dirancang dengan sasaran untuk:

• menjalankan usaha wajar dengan menggunakan maklumat yang disediakan oleh institusi ahli secara berterusan, disokong

oleh kepakaran penyedia perkhidmatan untuk mengemas kini penilaian dan kajian semula operasi terperinci institusi ahli;

• melaksanakan penilaian kos terendah bersepadu menggunakan sistem penilaian menyeluruh;

• melaksanakan secara berterusan opsyen Intervensi dan Resolusi Kegagalan dengan lebih efektif menerusi perancangan,

infrastruktur dan pengurusan penyedia perkhidmatan yang lebih baik; dan

• melaksanakan pembayaran balik kepada pendeposit dan pemilik polisi secara berterusan dengan gangguan minimum.

Berhubung dengan cara menangani institusi kewangan kompleks yang besar, inisiatif dan garis panduan antarabangsa terus

berkembang dan Perbadanan berusaha untuk kekal berada pada tahap amalan terbaik ini. Bagi tempoh perancangan, Perbadanan

akan terus bekerjasama dengan BNM untuk membangunkan pelan intervensi dan resolusi bagi institusi kewangan yang kompleks

serta menyediakan pelan pemulihan dan resolusi terbaik bagi institusi kewangan yang penting dan sistemik.

Dalam membangunkan dan memantapkan keupayaan kakitangan kami berkaitan Intervensi dan Resolusi Kegagalan, latihan dan

pembangunan berterusan serta sesi simulasi akan dijalankan bagi memastikan kesediaan intervensi dan resolusi Perbadanan.

Sesi simulasi juga membantu dalam mengenal pasti proses seterusnya atau pengukuhan infrastruktur.

Memantapkan Infrastruktur dan Operasi: Pelan Strategik Teknologi Maklumat tiga tahun kami menggariskan hala tuju dan

objektif pelaksanaan dan pengurusan teknologi dalam Perbadanan bagi menambah baik kecekapan operasi dan meningkatkan

fl eksibiliti organisasi. Dengan evolusi pantas teknologi, adalah perlu untuk memiliki penyelesaian teknologi yang boleh diyakini,

efektif dan efi sien serta keupayaan dan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) yang responsif untuk menyokong visi dan misi kami,

di samping menambah nilai jangka panjang kepada Perbadanan.

Inisiatif berkaitan infrastruktur IT yang dirancang bagi tempoh tiga tahun akan datang adalah bagi menyokong kesediaan operasi

Perbadanan. Ini termasuk kemudahan yang membolehkan kolaborasi maklumat bagi tujuan komunikasi, pengurusan dokumen

serta perkongsian dan pengurusan maklumat dan pengetahuan. Sejajar dengan amalan terbaik industri dalam membangunkan

infrastruktur bersepadu dan selamat, Perbadanan akan meningkatkan amalan keselamatan maklumatnya, mengguna pakai

dan menguatkuasakan piawaian tambahan yang diterima industri dan melaksanakan instrumen tambahan bagi mengurangkan

ancaman siber dan potensi kebocoran maklumat.

Penyediaan infrastruktur IT yang perlu, juga akan menyokong program pengurusan kesinambungan urusan yang mana fokusnya

adalah untuk memastikan kesinambungan fungsi urusan kritikal Perbadanan sekiranya berlakunya sebarang insiden dan / atau

bencana yang boleh menjejaskan operasi atau fungsi-fungsinya. Pelan Kesinambungan Urusan dan Pelan Pemulihan Bencana

IT Perbadanan diuji setiap tahun di Pusat Pemulihan Bencana sementara menerusi latihan simulasi bagi memastikan program

pengurusan kesinambungan urusan terus efektif, terkini dan relevan.

Dalam tempoh perancangan, pembinaan Pusat Pemulihan Bencana tetap yang juga akan berfungsi sebagai kemudahan

simpanan luar pejabat, akan dimulakan. Kerja pembinaan disasarkan bermula pada tahun 2014, tertakluk kepada kelulusan yang

perlu diperolehi dan dijangka siap pada tahun 2016.

Memantapkan dan mengekalkan kecekapan kakitangan dan pengurusan tenaga kerja: Perbadanan kini

menuju ke arah fasa matang dan telah mencapai tahap keperluan sumber manusianya. Justeru, fokus Perbadanan adalah kepada

pembangunan dan pengekalan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja bagi tujuan perancangan penggantian dan menyokong

kapasiti strategik dan operasi Perbadanan.

Perbadanan terus berkembang dan membangunkan keupayaan dan kecekapan kakitangan menerusi pelbagai usaha untuk

menyokong kesediaan operasi. Perbadanan akan meningkatkan kecekapan kakitangannya menerusi peruntukan inisiatif

pembelajaran dan pembangunan berkaitan dan pindahan pengetahuan melalui kerjasama dengan pakar tempatan dan

antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada usaha perancangan penggantian untuk membangunkan kekuatan bagi Pengurusan Utama dan

jawatan kritikal, pengganti berpotensi telah dikenal pasti dan bakatnya akan dipupuk untuk menyandang jawatan kritikal apabila

tiba masanya, dengan penekanan dalam membangunkan pasukan kepimpinan yang lebih mantap dan berkebolehan. Peluang

penggiliran pekerjaan juga dimulakan bagi kakitangan dalam peranan khusus dan mereka yang memiliki potensi dan kemahiran

yang diperlukan.

Page 30: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 628

PIDM komited menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan menggalakkan budaya korporat positif yang kelaknya akan

memantapkan pembabitan kakitangan dan memacu prestasi. Tinjauan Kepuasan Kerja Kakitangan yang dijalankan dua tahun

sekali membantu Perbadanan menilai persepsi kakitangan dalam pelbagai aspek organisasi dan merupakan sebuah platform

bagi kakitangan untuk menyalurkan maklum balas mereka secara sulit. Perbadanan juga menyediakan proses Pengurusan

Prestasi Menyeluruh yang efektif, yang menyelaraskan matlamat individu dengan objektif korporat untuk membezakan dengan

lebih baik dan memberi ganjaran kepada prestasi kakitangan berkaitan dengan keputusan dan tingkah laku yang diharapkan.

Dengan menyertai tinjauan imbuhan dan manfaat tahunan, Perbadanan memastikan bahawa pakej ganjaran kekal kompetitif

dalam pasaran bagi mengekalkan dan memberi ganjaran kepada kakitangan yang sentiasa memenuhi atau menjangkaui

sasaran prestasi.

Meningkatkan tahap kesedaran awam dan pendidikan konsumer kewangan: Sebagai sebahagian daripada

mandat kami untuk menyumbang kepada kestabilan dan keyakinan terhadap sistem kewangan Malaysia, Perbadanan akan terus

menumpukan usahanya untuk menggalakkan kesedaran awam dan pendidikan. Ini dicapai dengan mendidik, meningkatkan

interaksi dan pemahaman mengenai PIDM, Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans,

terutamanya tentang had, perlindungan dan produk yang diinsuranskan. Strategi dan inisiatif komunikasi Perbadanan ditadbir

oleh tiga teras strategik berikut:

• mengukuhkan kesedaran mengenai Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, dan

menggalakkan keyakinan terhadap peranan PIDM;

• menyumbang dengan aktif kepada pemantapan kesedaran dan celik kewangan menerusi inisiatif dan program pendidikan; dan

• meningkatkan interaksi dengan institusi ahli dan rakan kongsi strategik yang relevan.

Dalam mencapai teras-teras ini, Perbadanan akan menumpukan kepada menyediakan inisiatif-inisiatif seperti yang

digariskan dalam rancangan ini untuk:

• memaklumkan peranan Perbadanan sebagai sebahagian penting daripada jaringan keselamatan kewangan Malaysia;

• meningkatkan kesedaran mengenai Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans dalam

kalangan audien sasaran yang diperluas menerusi instrumen dan saluran komunikasi paling sesuai dan efektif; dan

• mengukuhkan lagi pemahaman tentang manfaat dan had yang disediakan oleh Sistem Insurans Deposit serta Sistem

Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans menerusi pelbagai inisiatif interaksi serta pendekatan komunikasi berasaskan

pendidikan dan sokongan, yang akan membantu orang awam membuat keputusan kewangan bermaklumat yang lebih baik.

Perbadanan terus meluaskan capaian terhadap orang awam dan kumpulan sasaran khusus termasuk pegawai bank, ejen

insurans, penjawat awam, peserta industri serta generasi lebih muda untuk mendidik mereka mengenai Sistem Insurans Deposit,

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans serta peranan PIDM menerusi pelbagai aktiviti seperti taklimat, latihan dan

seminar. Program Pelatihan untuk Pelatih (Train-the-Trainers), yang mana pelatih daripada organisasi lain dilatih dan diperakui

oleh Perbadanan untuk menyampaikan maklumat mengenai PIDM, Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat

Takaful dan Insurans akan diperluaskan kepada lebih banyak organisasi, terutamanya daripada sektor perbankan dan insurans.

Bagi memudahkan pembelajaran yang efektif, Perbadanan akan menggalakkan penggunaan bahan latihan interaktif dalam

kalangan audien sasaran. Bagi mendidik generasi muda, Perbadanan akan meneruskan Program Pendidikan PIDM MoneySmart

serta meneroka aktiviti baharu dan kreatif, termasuk memperluas penggunaan media sosial untuk berinteraksi dengan pelajar di

sekolah menengah dan penuntut di pusat pengajian tinggi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Perbadanan akan terus menilai usaha kesedaran awam kami menerusi tinjauan kesedaran

konsumer. Ini akan membolehkan Perbadanan memantau keberkesanan strategi dan taktik komunikasi bersepadu tahunan dan

membuat pengubahsuaian atau penambahbaikan yang perlu berdasarkan kepada keputusan kaji selidik akhir tahun.

Kad Skor Korporat 2014 - 2016Inisiatif korporat yang akan kami laksanakan dalam tempoh perancangan 2014 - 2016 dan sasaran masing-masing, termasuk

inisiatif berdasarkan kewangan dan bukan kewangan, digariskan dalam Kad Skor Korporat kami di halaman-halaman berikut.

Kad Skor Korporat yang mengguna pakai pendekatan Kad Skor Berimbang digunakan sebagai instrumen pengurusan prestasi

untuk membantu kami memantau dan mengukur prestasi kami berbanding sasaran sepanjang tempoh perancangan. Rancangan

kewangan yang menggariskan anggaran sumber yang diperlukan bagi menyokong pelan dan inisiatif kami terdapat di halaman

31 hingga 33 Rancangan Korporat ini. Kemajuan inisiatif ke arah sasaran ini akan dilaporkan dalam Laporan Tahunan 2014 kami.

Page 31: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

Kad Skor Korporat 2014 - 2016

Objektif KorporatPetunjuk Prestasi Utama /

Inisiatif Korporat

Sasaran

2014 2015 2016

Pem

egan

g K

epen

ting

an

APemegang kepentingan

yang terdidik dan bermaklumat

1. Indeks kesedaran awam:

a. Kesedaran umum mengenai PIDM

b. Kesedaran umum mengenai sistem insurans deposit

c. Kesedaran umum mengenai sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans

57%

49%

34%

61%

52%

36%

65%

55%

38%

2. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Pelan Komunikasi Bersepadu

b. Program pendidikan

Dilaksanakan dan kajian semula

Dilaksanakan dan kajian semula

Dilaksanakan dan kajian semula

Dilaksanakan dan kajian semula

Dilaksanakan dan kajian semula

Dilaksanakan dan kajian semula

B Perkongsian efektif

3. Hubungan PIDM dengan:

a. Bank Negara Malaysia

b. Institusi ahli

c. Kementerian-kementerian dan agensi kawal selia kerajaan lain

d. Penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi strategik utama

e. Penginsurans deposit dan Skim Jaminan Insurans

f. Pemegang kepentingan utama lain

Kukuh

Memuaskan

Kukuh

Kukuh

Kukuh

Memuaskan

Kukuh

Memuaskan

Kukuh

Kukuh

Kukuh

Memuaskan

Kukuh

Memuaskan

Kukuh

Kukuh

Kukuh

Memuaskan

4. Forum antarabangsa lain Penyertaan aktif Penyertaan aktif Penyertaan aktif

5. Program Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan dan Forum Pendidikan Pengarah Institusi KewanganPenyertaan aktif

dan disokongPenyertaan aktif

dan disokongPenyertaan aktif

dan disokong

Tad

bir

Uru

s d

an P

rose

s D

alam

an

COrganisasi yang ditadbir dan diurus dengan baik

6. Penilaian Lembaga Pengarah terhadap:

a. Amalan terbaik tadbir urus yang diguna pakai dan dikekalkan

b. Polisi dan amalan utama yang dipatuhi serta kekal terkini dan relevan

c. Kualiti sokongan pengurusan kepada Lembaga Pengarah

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

Tahap kepuasan tinggi

7. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Pindaan kepada Akta PIDM Disempurnakan Kajian semula Kajian semula

D

Keupayaan penilaian dan pemantauan risiko, intervensi serta resolusi

yang kukuh

8. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Garis Panduan Sistem Premium Berbeza bagi Sistem Insurans Deposit

b. Garis Panduan Sistem Levi Berbeza bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

c. Rangka kerja Sistem Levi Berbeza bagi Takaful

d. Sistem Penilaian Risiko:

i. Sistem Insurans Deposit

ii. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

e. Sistem Amaran Awal:

i. Sistem Insurans Deposit

ii. Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

f. Model dan Sistem Penilaian bagi Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Disempurnakan

Kajian semula

Dibangunkan dan dirundingkan

Dilaksanakan

Dibangunkan

Dilaksanakan

Dikaji selidik

Dibangunkan

Dilaksanakan

Kajian semula

Dilaksanakan

Kajian semula

Dibangunkan dan dilaksanakan

Kajian semula

Dibangunkan

Dibangunkan

Kajian semula

Dibangunkan dan dirundingkan

Kajian semula

Kajian semula

Kajian semula

Kajian semula

Dibangunkan dan disahkan

Disempurnakan

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 629

Page 32: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

Kad Skor Korporat 2014 - 2016

Objektif KorporatPetunjuk Prestasi Utama /

Inisiatif Korporat

Sasaran

2014 2015 2016

Tad

bir

Uru

s d

an P

rose

s D

alam

an

D

Keupayaan penilaian dan pemantauan risiko, intervensi serta resolusi

yang kukuh

g. Pelan intervensi dan resolusi bagi institusi kewangan kompleks

h. Sistem, polisi dan prosedur pengurusan tuntutan bagi ahli penginsurans:

i. Sistem Pembayaran Balik Premium dan Pengurusan Tuntutan

ii. Sistem Pengurusan Sokongan Pemilik Polisi

iii.Sistem Pengurusan Pembayaran

i. Simulasi bagi Intervensi dan Resolusi Kegagalan

j. Peraturan-Peraturan:

i. Peraturan-Peraturan Maklumat Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

ii. Peraturan-Peraturan Terma dan Syarat Keahlian – Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

k. Program pematuhan institusi ahli dengan Akta PIDM

Dikaji selidik

Dibangunkan

-

-

Disempurnakan

Dirundingkan dan dilaksanakan

Dipantau

Dilaksanakan

Dibangunkan

Disempurnakan

Dibangunkan

Dibangunkan

Disempurnakan

Dipantau

Dipantau

Dilaksanakan

Dibangunkan

Dilaksanakan

Dilaksanakan

Dilaksanakan

Disempurnakan

Dipantau

Dipantau

Kajian semula dan dipertingkatkan

EAmalan urusan dan

kewangan yang mantap

9. Pelaporan menerusi:

a. Laporan Tahunan

b. Rancangan Korporat

Disempurnakan

Disempurnakan

Disempurnakan

Disempurnakan

Disempurnakan

Disempurnakan

10. Prestasi kewangan berbanding bajet yang diluluskan ±10% perbezaan ±10% perbezaan ±10% perbezaan

11. Kawalan Dalaman dan Pematuhan Pengurusan Risiko Kukuh Kukuh Kukuh

12. Indeks Kepuasan terhadap perkhidmatan antara Bahagian 75% 75% 75%

13. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a(i). Dana Sasaran bagi Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans:

i(1). Dana Am

i(2). Dana Hayat

i(3). Kumpulan Dana Takaful

a(ii). Rancangan pembiayaan alternatif

b. Membangunkan dan melaksanakan pelan strategik berikut:

i. Pelan Strategik Teknologi Maklumat Tahunan

ii. Pelan Pengurusan Kesinambungan Urusan Tahunan

c. Pusat Pemulihan Bencana dan infrastruktur

d. Pengurusan Maklumat Korporat

Dibangunkan

Dikaji selidik

-

Dikaji selidik dan dibangunkan

Disempurnakan

Disempurnakan

Pembinaan

Dibangunkan dan dilaksanakan

Dilaksanakan

Dibangunkan

Dikaji selidik

Disempurnakan

Disempurnakan

Disempurnakan

Pembinaan

Kajian semula

Kajian semula

Dilaksanakan

Dibangunkan

Kajian semula

Disempurnakan

Disempurnakan

Disempurnakan

Kajian semula

Pem

bel

ajar

an d

anP

emb

ang

unan

FTenaga kerja yang cekap

dan berpengetahuan

14. Pelan pembelajaran dan pembangunan Disempurnakan Disempurnakan Disempurnakan

15. Pelan penggantian Dibangunkan dan dipantau Dibangunkan dan dipantau Dibangunkan dan dipantau

GPersekitaran korporat

yang kondusif

16. Indeks Tahap Komitmen dan Kepuasan Kerja Kakitangan

(tinjauan dijalankan dua tahun sekali bagi mengukur tahap kepuasan kakitangan)

- 80% -

17. Menyempurnakan dengan jayanya inisiatif utama:

a. Program berkaitan kakitangan Dilaksanakan Dilaksanakan Dilaksanakan

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 630

Page 33: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 631

Rancangan Kewangan 2014Rancangan kewangan kami dibangunkan untuk menyokong pencapaian inisiatif yang dirancang dan digariskan seperti

berikut.

A. Bajet Operasi 2014 2013 2013 Bajet Unjuran* Bajet

Pendapatan RM’000 (%) RM’000 (%) RM’000 (%)

Premium 301,000 83 245,100 81 227,300 80Pelaburan 61,000 17 56,100 19 56,000 20Keuntungan / (kerugian) daripada jualan pelaburan tersedia-untuk-dijual - - (710) (0) - -

Jumlah Pendapatan 362,000 100 300,490 100 283,300 100

Perbelanjaan Operasi

Gaji dan Manfaat 54,850 54 43,800 53 51,900 51Am dan Pentadbiran 33,950 34 27,650 34 38,125 38Komunikasi 12,200 12 11,000 13 10,975 11

Jumlah Perbelanjaan Operasi 101,000 100 82,450 100 101,000 100

Lebihan Bersih 261,000 218,040 182,300

B. Bajet Modal 2014 2013 2013 Bajet Unjuran* Bajet

Perbelanjaan Modal RM’000 (%) RM’000 (%) RM’000 (%)

Tanah dan Bangunan 17,000 63 2,000 39 16,500 55Perabot, Kelengkapan dan Ubah Suai Pejabat 720 3 330 7 600 2Sistem Komputer dan Peralatan Pejabat 9,030 34 2,770 54 13,000 43

Jumlah Perbelanjaan Modal 26,750 100 5,100 100 30,100 100 * Unjuran 2013 = Sebenar (Jan - Nov 2013) + Unjuran (Dis 2013)

Page 34: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

C. Ulasan Bajet Operasi dan Modal

Pendapatan

• Premium yang dibajetkan bagi Sistem Insurans Deposit pada tahun 2014 ialah sebanyak RM239.5 juta, berdasarkan

struktur kadar Sistem Premium Berbeza. Peningkatan premium ini berbanding tahun 2013 adalah disebabkan

terutamanya semakan semula kadar premium di bawah Sistem Premium Berbeza serta pertumbuhan sederhana dalam

Jumlah Deposit Diinsuranskan.

• Kami juga menganggarkan bajet premium RM61.5 juta daripada ahli penginsurans kami di bawah Sistem Perlindungan

Manfaat Takaful dan Insurans. Premium yang dibajetkan ini ialah sebanyak RM3.3 juta atau 5% lebih rendah berbanding

premium sebenar 2013 yang diterima, disebabkan terutamanya jangkaan peningkatan umum kategori levi ahli

penginsurans di bawah Sistem Levi Berbeza, disokong oleh persekitaran operasi yang stabil. Premium yang dibajetkan

bagi industri Insurans Am dan Hayat adalah berdasarkan kepada struktur kadar Sistem Levi Berbeza, yang diguna pakai

masing-masing bagi premium bersih dan Liabiliti Penilaian Aktuari. Bagi industri Takaful Am dan Takaful Perpaduan

Keluarga, premium yang dibajetkan akan terus berdasarkan kadar sama rata yang diguna pakai dalam Jumlah Polisi

Dilindungi seperti berikut:

¡ Takaful Am – 0.25% daripada pendapatan premium bersih; dan

¡ Takaful Perpaduan Keluarga – 0.06% daripada Liabiliti Penilaian Aktuari.

• Pendapatan pelaburan dibajetkan berdasarkan kepada hasil pulangan pelaburan purata sebanyak 2.8%.

Perbelanjaan Operasi

• Kos gaji dan manfaat termasuk kos ganjaran tahunan bagi 157 kakitangan yang dirancang bagi tahun 2014 dan

mengambil kira kos pelarasan pasaran yang sejajar dengan polisi penggajian dan manfaat kami yang diluluskan. Sumber-

sumber telah dirancang bagi memastikan sokongan bagi tadbir urus dan kawalan dalaman yang mantap, pentadbiran

kedua-dua Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans yang berkesan, pengekalan

tenaga kerja dan rancangan penggantian yang efektif serta memastikan kesediaan operasi yang berterusan.

• Perbelanjaan am dan pentadbiran berkait terutamanya dengan kos pentadbiran operasi harian kami. Kami telah

merancang pemerolehan sumber yang perlu bagi menyokong semua inisiatif utama kami yang telah dikenal pasti bagi

tahun 2014, terutamanya, bagi membangunkan kapasiti dan keupayaan dalam melaksanakan aktiviti Intervensi dan

Resolusi Kegagalan bagi kedua-dua Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

serta menyelenggara dan mengekalkan keberkesanan infrastruktur operasi kami.

• Bagi tahun 2014, Rancangan Komunikasi Bersepadu pelbagai tahun kami akan terus memberi tumpuan terhadap

peningkatan tahap kesedaran dan pemahaman mengenai PIDM. Kami akan meneruskan pelaksanaan program

pendidikan kami bagi meningkatkan pemahaman awam mengenai Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan

Manfaat Takaful dan Insurans. Sumber-sumber bagi aktiviti komunikasi akan diperuntukkan untuk menyokong aktiviti

komunikasi utama, iaitu kempen pengiklanan dan aktiviti perhubungan awam termasuk taklimat dan jerayawara, interaksi

dengan media serta program pendidikan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Perbelanjaan Modal

• Perbelanjaan modal kami telah dirancang untuk menyokong inisiatif utama kami serta keberkesanan operasi menerusi

pemantapan infrastruktur.

• Inisiatif utama PIDM bagi tempoh tiga tahun akan datang ialah pembinaan Pusat Pemulihan Bencana tetap bagi

memastikan kesediaan operasi. Bagi tahun 2014, kami telah merancang kos pembinaan premis bangunan dan

infrastruktur penting Pusat Pemulihan Bencana yang dijangka siap pada tahun 2016.

• Kami juga akan menumpukan sumber kami bagi membangunkan sistem teknologi maklumat utama untuk terus

mengukuhkan keberkesanan serta kesediaan operasi kami. Antara lainnya, kami akan membina sistem teknologi

maklumat utama untuk menyokong operasi Sistem Insurans Deposit serta Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan

Insurans, termasuk Sistem Pembayaran Balik Premium dan Pengurusan Tuntutan, Model Penilaian, Sistem Pengesanan

Format Fail Piawaian serta mengukuhkan Sistem Penilaian Risiko kami.

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 632

Page 35: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

D. Lembaran Imbangan Pro Forma

2014 2013 2013 Bajet Unjuran* Bajet Jumlah Jumlah Jumlah

RM’000 RM’000 RM’000ASET Tunai dan bank 19,540 16,540 12,785Pelaburan 2,119,380 1,873,320 1,824,929Aset lain 20,100 16,660 17,343Hartanah dan peralatan 29,815 20,315 32,405

JUMLAH ASET 2,188,835 1,926,835 1,887,462

LIABILITI Akaun belum bayar 12,000 11,000 10,000

JUMLAH LIABILITI 12,000 11,000 10,000

KUMPULAN DANA DAN RIZAB

KUMPULAN DANA INSURANS DEPOSITBaki awal 768,137 617,077 618,361Lebihan bagi tahun semasa 191,759 151,060 116,929

959,896 768,137 735,290

KUMPULAN DANA PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFULDAN INSURANSBaki awal 1,147,698 1,080,718 1,076,801Lebihan bagi tahun semasa 69,241 66,980 65,371

1,216,939 1,147,698 1,142,172

JUMLAH KUMPULAN DANA DAN RIZAB 2,176,835 1,915,835 1,877,462

JUMLAH LIABILITI, KUMPULAN DANA DAN RIZAB 2,188,835 1,926,835 1,887,462

* Unjuran 2013 = Sebenar (Jan - Nov 2013) + Unjuran (Dis 2013)

E. Penyata Aliran Tunai Pro Forma

2014 2013 2013 Bajet Unjuran* Bajet

RM’000 RM’000 RM’000ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI Penerimaan premium daripada institusi ahli 301,000 245,100 227,300 Penerimaan pendapatan pelaburan 61,000 56,100 56,000Pembayaran semasa beroperasi kepada penyediaperkhidmatan dan kakitangan (75,000) (70,000) (75,000)

Aliran tunai bersih daripada aktiviti operasi 287,000 231,200 208,300

ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN Hasil daripada jualan sekuriti pelaburan 4,050,000 2,723,000 2,700,000Pembelian sekuriti pelaburan (4,323,000) (2,953,370) (2,895,500)Pembelian hartanah dan peralatan (11,000) (3,550) (4,500)

Aliran tunai bersih yang digunakan dalam aktiviti pelaburan (284,000) (233,920) (200,000) Kenaikan / (pengurangan) bersih dalam tunai dan bank 3,000 (2,720) 8,300Tunai dan bank pada awal tahun 16,540 19,260 4,485

TUNAI DAN BANK PADA AKHIR TAHUN 19,540 16,540 12,785

* Unjuran 2013 = Sebenar (Jan - Nov 2013) + Unjuran (Dis 2013)

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 633

Page 36: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 634

Kesimpulan

Page 37: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 635

Halangan Pencapaian Rancangan KorporatInisiatif yang dirancang seperti yang digariskan dalam Rancangan Korporat ini boleh dicapai dengan komitmen penuh

daripada tenaga kerja kami yang cekap dan berpengetahuan serta dengan adanya proses dan infrastruktur yang

mantap. Ketika kami terus mengukuhkan kapasiti dan keupayaan operasi kami, tadbir urus yang mampan, kepimpinan

dan perancangan, latihan dan pembangunan yang berterusan serta hubungan baik dengan pemegang kepentingan

utama juga penting dalam membantu kami mencapai matlamat kami.

Bagaimanapun, sekiranya berlaku intervensi atau resolusi kegagalan dalam institusi ahli yang bermasalah atau kehilangan

kakitangan penting, peristiwa seumpama itu berkemungkinan memerlukan pengutamaan semula inisiatif yang dirancang

dan penyusunan semula pengutamaan sumber tersedia kami pada tugas yang penting pada masa itu. Dalam menangani

potensi risiko-risiko yang boleh menghalang pencapaian Rancangan ini, kami telah membangunkan pelan tindakan berikut:

• Sekiranya aktiviti intervensi dan resolusi kegagalan berlaku semasa tempoh perancangan, kami akan membuat

pengutamaan semula inisiatif kami dan menyelaraskan semula sumber tersedia kami dan pada masa yang sama

mengekalkan operasi semua fungsi kritikal; dan

• Kami meneruskan pelaksanaan perancangan penggantian menyeluruh bagi jawatan-jawatan utama untuk memastikan

impak kehilangan kakitangan penting dapat dikurangkan.

Meskipun peristiwa-peristiwa sedemikian adalah di luar kawalan kami, kami akan terus memantau persekitaran operasi

bagi memastikan risiko-risiko yang boleh menghalang pencapaian Rancangan kami dapat diuruskan dan ditangani dengan

berkesan.

RingkasanDalam mentadbir sistem perlindungan konsumer kewangan ini, Perbadanan sehingga kini telah membina asas tadbir urus

dan amalan pengurusan yang mapan serta inisiatif sedia ada yang efektif, yang seterusnya mengukuhkan lagi keberkesanan

operasinya. Perbadanan terus memulakan inisiatif baharu serta memantapkan inisiatif sedia ada untuk meningkatkan lagi

tahap kesediaan operasi dan keberkesanannya dalam memenuhi mandatnya.

Sebagai sebahagian penting daripada sistem jaringan keselamatan kewangan negara, Perbadanan akan terus mengukuhkan

hubungannya dengan pemegang kepentingan utama, yang akan ditangani secara proaktif, mengembangkan kapasiti dan

keupayaannya dalam semua aspek dan menyumbang kepada keyakinan awam terhadap kestabilan sistem kewangan

dengan menggalakkan kesedaran awam. Perbadanan juga terus mengguna pakai amalan terbaik tadbir urus dan

pengurusan dalam menyediakan perlindungan konsumer kewangan kepada pendeposit serta pemilik polisi insurans.

Kesimpulan

Page 38: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 636

Lampiran: Mengenai PIDM

Page 39: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 637

Mengenai PerbadananPIDM merupakan badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

(PIDM). Peranan kami di bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir dan menyediakan perlindungan insurans deposit bagi

melindungi pendeposit daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit mereka serta sistem perlindungan manfaat

takaful dan insurans untuk melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.

Sebagai sebahagian penting daripada sistem jaringan keselamatan kewangan negara, kami mempunyai kuasa yang luas

bagi menggalak dan menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan, menyediakan insentif bagi pengurusan risiko yang

mantap dalam sistem kewangan, melaksanakan intervensi dan resolusi bagi institusi ahli bermasalah dan bertindak demi

kepentingan pendeposit dan pemilik polisi insurans dan sijil takaful.

PIDM melapor kepada Parlimen menerusi Menteri Kewangan. Kami juga dikenali sebagai Malaysia Deposit Insurance

Corporation, terutamanya dalam konteks antarabangsa.

Perlindungan yang disediakan oleh PIDM terdiri daripada:

Lampiran: Mengenai PIDM

Mandat kamiMandat PIDM digariskan dalam Akta PIDM dan matlamatnya adalah untuk:

a) mentadbir sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans;

b) menyediakan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit dan menyediakan perlindungan

terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans;

c) menyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistem kewangan; dan

d) menggalak atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan.

Dalam mencapai matlamatnya di bawah perenggan (b) dan (d), Perbadanan akan bertindak dengan cara yang

meminimumkan kos kepada sistem kewangan.

Sistem Insurans Deposit

Melindungi pendeposit terhadap kehilangan

deposit diinsuranskan yang disimpan di bank-bank

ahli, sekiranya berlaku kegagalan bank ahli.

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans

Melindungi pemilik sijil takaful dan polisi insurans

terhadap kehilangan manfaat takaful dan insurans

yang layak, sekiranya berlaku kegagalan ahli

penginsurans.

Page 40: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 638

Institusi Ahli KamiInstitusi ahli PIDM terdiri daripada:

• bank perdagangan dan bank Islam, termasuk bank luar negara yang diperbadankan dan beroperasi di Malaysia, yang

dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; dan

• syarikat insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan insurans hayat

dan / atau insurans am di Malaysia dan pengendali takaful yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 untuk menjalankan perniagaan takaful keluarga dan / atau takaful am di Malaysia.

Pada 31 Disember 2013, institusi ahli PIDM ialah seperti berikut:

Bank Perdagangan (27)1. Affi n Bank Berhad2. Alliance Bank Malaysia Berhad3. AmBank (M) Berhad4. Bangkok Bank Berhad5. Bank of America Malaysia Berhad6. Bank of China (Malaysia) Berhad7. Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad8. BNP Paribas Malaysia Berhad *9. CIMB Bank Berhad10. Citibank Berhad *11. Deutsche Bank (Malaysia) Berhad *12. Hong Leong Bank Berhad13. HSBC Bank Malaysia Berhad14. India International Bank (Malaysia) Berhad15. Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia)

Berhad16. J.P. Morgan Chase Bank Berhad17. Malayan Banking Berhad18. Mizuho Corporate Bank (Malaysia) Berhad19. National Bank of Abu Dhabi Malaysia Berhad20. OCBC Bank (Malaysia) Berhad21. Public Bank Berhad22. RHB Bank Berhad23. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad24. Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia

Berhad25. The Bank of Nova Scotia Berhad26. The Royal Bank of Scotland Berhad27. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Bank Islam (16)1. Affi n Islamic Bank Berhad2. Alliance Islamic Bank Berhad3. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia)

Berhad4. AmIslamic Bank Berhad5. Asian Finance Bank Berhad6. Bank Islam Malaysia Berhad7. Bank Muamalat Malaysia Berhad8. CIMB Islamic Bank Berhad9. Hong Leong Islamic Bank Berhad10. HSBC Amanah Malaysia Berhad11. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad12. Maybank Islamic Berhad13. OCBC Al-Amin Bank Berhad14. Public Islamic Bank Berhad15. RHB Islamic Bank Berhad16. Standard Chartered Saadiq Berhad

Syarikat Insurans (33)1. ACE Jerneh Insurance Berhad2. AIA Bhd.3. AIG Malaysia Insurance Berhad 4. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad5. Allianz Life Insurance Malaysia Berhad6. AmGeneral Insurance Berhad (dahulunya dikenali

sebagai Kurnia Insurans Malaysia Berhad)7. AmLife Insurance Berhad8. AXA Affi n General Insurance Berhad9. AXA Affi n Life Insurance Berhad10. Berjaya Sompo Insurance Berhad11. Etiqa Insurance Berhad12. Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad13. Hong Leong Assurance Berhad14. ING Insurance Berhad15. Lonpac Insurance Berhad16. Manulife Insurance Berhad17. MCIS Zurich Insurance Berhad18. MSIG Insurance (Malaysia) Bhd. 19. Multi-Purpose Insurans Berhad20. Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad21. Pacifi c & Orient Insurance Co. Berhad22. Progressive Insurance Berhad23. Prudential Assurance Malaysia Berhad24. QBE Insurance (Malaysia) Berhad25. RHB Insurance Berhad26. The Pacifi c Insurance Berhad27. Sun Life Malaysia Assurance Berhad (dahulunya

dikenali sebagai CIMB Aviva Assurance Berhad)28. Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad29. Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd.30. Tune Insurance Malaysia Berhad 31. Uni.Asia General Insurance Berhad32. Uni.Asia Life Assurance Berhad33. Zurich Insurance Malaysia Berhad

Pengendali Takaful (12)1. AIA AFG Takaful Berhad2. AIA Public Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai

ING Public Takaful Ehsan Berhad)3. AmFamily Takaful Berhad4. Etiqa Takaful Berhad5. Great Eastern Takaful Berhad 6. Hong Leong MSIG Takaful Berhad7. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.8. MAA Takaful Berhad9. Prudential BSN Takaful Berhad10. Sun Life Malaysia Takaful Berhad (dahulunya dikenali

sebagai CIMB Aviva Takaful Berhad)11. Syarikat Takaful Malaysia Berhad12. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

* Menandakan bank ini menyediakan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (SPI). SPI ditakrifkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai skim perbankan Islam yang disediakan oleh institusi berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan berasaskan prinsip-prinsip Islam.

Page 41: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 639

Lembaga PengarahPIDM ditadbir oleh sembilan orang ahli Lembaga Pengarah, dengan perwakilan seimbang daripada sektor awam dan

swasta. Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal PIDM.

Pengerusi bukan eksekutif mengetuai Lembaga Pengarah manakala wakil-wakil lain termasuk dua ahli ex offi cio, iaitu

Gabenor BNM dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dua pengarah daripada sektor awam dan empat pengarah daripada

sektor swasta dengan tiga orang daripadanya mempunyai pengalaman berkaitan sektor perbankan dan kewangan.

Pengerusi dan semua ahli bukan ex offi cio dilantik oleh Menteri Kewangan.

Encik George AnthonyDavid Dass

Ahli Lembaga Pengarah

Encik Lim Tian HuatAhli Lembaga Pengarah

Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

Ahli Lembaga Pengarah

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Ahli Lembaga Pengarah

Tan Sri Datuk Dr. Abdul SamadHaji AliasPengerusi

Datuk Dr. Rahamat Bivi binti Yusoff

Ahli Lembaga Pengarah

Encik Alex Foong Soo HahAhli Lembaga Pengarah

Dato’ Halipah binti EsaAhli Lembaga Pengarah

Encik Mohamad Abdul Halim bin Ahmad

Ahli Lembaga Pengarah

Page 42: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 640

Lee Yee MingPengurus Besar,

Polisi dan Antarabangsa

Jawatankuasa Pengurusan EksekutifJawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang bukan ahli Lembaga

Pengarah. Jawatankuasa ini merupakan forum perbincangan isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan operasi harian

PIDM. Ahli-ahlinya terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian yang bertanggungjawab menyokong Lembaga Pengarah

dalam memenuhi tanggungjawab tadbir urusnya serta menguruskan urusan dan hal ehwal harian PIDM. Jawatankuasa

Pengurusan Eksekutif PIDM bertujuan untuk memudahkan komunikasi yang efektif, kerjasama berpasukan, keupayaan

menyesuaikan diri kepada perubahan dan kerjasama efektif dalam semua bidang kerja PIDM, serta bertindak sebagai

saluran maklumat kepada semua kakitangan.

Jean Pierre SabourinKetua Pegawai Eksekutif

Rozita AhmadPengurus Besar,

Komunikasi dan Hal Ehwal Awam

Lim Yam PohKaunsel Am dan

Setiausaha Korporat

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Besar,

Kewangan dan Pentadbiran

Noorida BaharuddinKetua Audit Dalaman dan Pengurus Besar,

Audit dan Khidmat Perundingan

Chua Ee LeenPengurus Besar,

Perancangan Strategik

Lim Kong KuanPengurus Besar,

Intervensi dan Resolusi Kegagalan

Margaret Fong Gook PhengPengurus Besar, Sumber Manusia

Rafi z Azuan AbdullahPengurus Besar,

Insurans, Penilaian dan Pemantauan Risiko

Affeiz Abdul RazakPemangku Ketua Pegawai Risiko,

Pengurusan Risiko Organisasi

Page 43: RANCANGAN KORPORAT 2014 - 2016

R a n c a n g a n K o r p o r a t P I D M 2 0 1 4 - 2 0 1 641

Untuk maklumat lanjut mengenai PIDM

• Hubungi Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan kami di:

Talian bebas tol 1-800-88-1266

8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat

• Layari laman web kami di www.pidm.gov.my

• Emel kepada [email protected]

• Tulis kepada:

Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Aras 12, Quill 7,

No. 9, Jalan Stesen Sentral 5,

Kuala Lumpur Sentral,

50470 Kuala Lumpur.

Telefon: 603 - 2173 7436

Faks: 603 - 2173 7527 / 2260 7432

Hubungi Kami