q5 - lapor, analisis, refleksi temubual

7
5.1 LAPORAN DAN ANALISIS Pada 7 Mac 2011 yang lalu, saya dan dua orang rakan sekelas lagi telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, (PBS) selama seminggu di Sekolah .Sepanjang berada di sana, kami telah dibekalkan dengan beberapa tugas yang perlu diselesaikan dan salah satu daripadanya adalah tugasan ini. Bagi melengkapkan tugasan ini, kami telah menemubual beberapa orang guru yang mengajar Bahasa Melayu antaranya ialah Ketua Panitia Bahasa Melayu dan juga guru-guru opsyen Bahasa Melayu. Temu bual bersama dengan guru-guru Bahasa Melayu telah saya jalankan pada hari kedua ketika menjalani PBS. Jika mengikut pada perancangan awal yang telah saya buat, saya perlu menemubual Ketua Panitia Bahasa Melayu terlebih dahulu namun oleh kerana Ketua Panitia tersebut tidak hadir ke sekolah, maka untuk mengelakkan berlakunya pembaziran masa, saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menemubual guru-guru lain yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Lokasi utama tumpuan kami ialah bilik guru. Setelah berkenalan dengan guru-guru di situ, saya dapati bahawa majoriti guru yang mengajar Bahasa Melayu adalah daripada kalangan mereka yang sudah berusia. Maka saya membuat tanggapan awal bahawa guru-guru Bahasa Melayu di sekolah ini mempunyai banyak pengalaman mengajar di dalam bidang ini. Tanggapan saya benar sama sekali apabila majoriti daripada guru-guru yang saya temubual mengakui bahawa mereka telah berkhidmat di sekolah ini lebih daripada 10 tahun dan telah mengajar subjek Bahasa Melayu lebih daripada 15

Upload: justine-miller

Post on 25-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

Kemahiran Bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Q5 - Lapor, Analisis, Refleksi Temubual

5.1 LAPORAN DAN ANALISIS

Pada 7 Mac 2011 yang lalu, saya dan dua orang rakan sekelas lagi telah

menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, (PBS) selama seminggu di Sekolah

.Sepanjang berada di sana, kami telah dibekalkan dengan beberapa tugas yang

perlu diselesaikan dan salah satu daripadanya adalah tugasan ini. Bagi

melengkapkan tugasan ini, kami telah menemubual beberapa orang guru yang

mengajar Bahasa Melayu antaranya ialah Ketua Panitia Bahasa Melayu dan juga

guru-guru opsyen Bahasa Melayu.

Temu bual bersama dengan guru-guru Bahasa Melayu telah saya

jalankan pada hari kedua ketika menjalani PBS. Jika mengikut pada

perancangan awal yang telah saya buat, saya perlu menemubual Ketua Panitia

Bahasa Melayu terlebih dahulu namun oleh kerana Ketua Panitia tersebut tidak

hadir ke sekolah, maka untuk mengelakkan berlakunya pembaziran masa, saya

dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menemubual guru-guru lain yang

mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah tersebut.

Lokasi utama tumpuan kami ialah bilik guru. Setelah berkenalan dengan

guru-guru di situ, saya dapati bahawa majoriti guru yang mengajar Bahasa

Melayu adalah daripada kalangan mereka yang sudah berusia. Maka saya

membuat tanggapan awal bahawa guru-guru Bahasa Melayu di sekolah ini

mempunyai banyak pengalaman mengajar di dalam bidang ini. Tanggapan saya

benar sama sekali apabila majoriti daripada guru-guru yang saya temubual

mengakui bahawa mereka telah berkhidmat di sekolah ini lebih daripada 10

tahun dan telah mengajar subjek Bahasa Melayu lebih daripada 15 tahun. Maka

Page 2: Q5 - Lapor, Analisis, Refleksi Temubual

tidak hairanlah ramai diantara mereka telah berjaya memperolehi Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang.

Berbalik kepada tujuan asal kami menemubual guru-guru Bahasa Melayu

ini, antara maklumat yang telah kami kumpulan ialah pertama berkaitan dengan

perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, (P&P) Bahasa Melayu.

Menurut Puan Roslina yang mengajar Bahasa Melayu bagi murid tahun satu dan

dua, beliau berpendapat bahawa suasana yang kondusif merupakan perkara

penting dalam menarik minat murid untuk belajar subjek ini. Oleh yang demikian,

sebagai seorang guru bahasa, beliau akan memastikan murid-murid yang

diajarnya akan sentiasa berada dalam persekitaran intelektual yang berfaedah

seperti persekitaran yang dipenuhi dengan buku, surat khabar, majalah dan

pelbagai jenis gambar dan bhan bacaan yang menarik. Beliau juga berpendapat

bahawa persekitaran intelektual ini mampu memberi pengalaman-pengalaman

bermakna yang akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca

dalam kalangan murid sekolah rendah.

Pada pandangan saya, P&P akan menjadi lebih menarik sekiranya guru

mampu mewujudkan pelbagai jenis situasi yang berkait rapat dengan

pengalaman persekitaran murid ke dalam kelas. Sebagai contoh, untuk mengajar

topik sayur-sayuran dan buah-buahan guru boleh mewujudkan persekitaran

seperti di pasar raya ataupun persekitan di kebun sayur atau dusun buah-

buahan. Keadaan ini bukan sahaja mampu menarik minat murid untuk belajar

malah ia juga membantu murid dalam proses mengingati isi pelajaran.

Selain itu, saya juga merasakan bahawa P&P Bahasa Melayu boleh

dijalankan diluar bilik darjah seperti di bilik tayangan, di perpustakaan, di bawah

pokok atau di pondok bacaan. Pada pandangan saya, perubahan suasana yang

Page 3: Q5 - Lapor, Analisis, Refleksi Temubual

berlaku sekali sekala mampu menyegarkan minda para murid terhadap

pembelajaran. Faedahnya bukan sahaja dirasa oleh murid, malah guru juga akan

berasa seronok untuk meneruskan rutin harian mereka. Selain itu, saya

merasakan bahawa apabila P&P berjalan diluar bilik darjah, pelbagai aktiviti

bahasa dapat drancang dan dijalankan. Sebagai contoh, murid boleh melakukan

pelbagai aktiviti psikomotor sambil mempelajari subjek Bahasa Melayu ini.

Seorang daripada guru yang telah saya temubual ada mengatakan bahawa

murid akan berasa seronok sekiranya guru mengadakan P&P diluar bilik darjah.

Buktinya, apabila guru pernah melaksanakan P&P diluar bilik darjah, murid akan

bertanya dan meminta agar diadakan lagi P&P diluar bilik darjah. Ini bererti murid

sudah meminati P&P yang dijalankan oleh guru dan secara tidak langsung murid

juga akan meminati subjek yang diajar oleh guru.

Maklumat kedua yang berjaya kami kumpulkan ialah berkaitan dengan

proses penyampaian pengajaran Kemahiran Berbahasa. Berdasarkan temubual

saya dengan seorang lagi guru Bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa

sebelum mengajar kemahiran bacaan kepada murid, guru perlu mengetahui

tahap kesediaan murid tersebut terutamanya mengenai tahap penguasaan

bahasa dan kemahiran sedia ada yang ada pada murid kerana ia dapat

membantu guru menyediakan murid bagi pelajaran membaca. Selain itu, majoriti

daripada guru-guru yang telah saya temubual berpendapat bahawa mendirikan

asas bacaan kepada murid adalah satu perkara yang sangat penting. Bagi

melancarkan sesuatu P&P, guru boleh menggunakan pelbagai alat bantu

mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan

hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna.

Pengajaran kemahiran membaca terbahagi kepada dua iaitu bacaan kuat

(mekanis) dan bacaan senyap (mentalis). Kemahiran membaca kuat lebih

menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca.

Page 4: Q5 - Lapor, Analisis, Refleksi Temubual

Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memahami

dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan. Mengajar kemahiran

membaca kepada murid tahap rendah hendaklah dibuat secara berperingkat-

peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik.

Beliau juga memberitahu bahawa ujian-ujian pemahaman bacaan perlu

dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid

dalam bacaan. Beliau juga ada menambah iaitu kemahiran membaca perlu

dikuasai oelh setiap murid sejak awal lagi. Ini adalah kerana kemahiran-

kemahiran bahasa yang lain sangat berkait dengan kemahiran membaca ini.

Sekiranya murid tidak mampu menguasai kemahiran membaca sejak peringkat

awal lagi, maka murid tersebut akan menghadapi masalah untuk menguasai

kemahiran bahasa yang lain.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan

secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses

membaca. Melalui pembacaan saya, terdapat pelbagai jenis ujian bacaan yang

boleh dilaksanakan oleh guru. Satu daripadanya ialah ujian bacaan nyaring.

Ujian ini merangkumi beberapa peringkat iaitu peringkat huruf, peringkat

perkataan, peringkat frasa dan peringkat ayat. Guru boleh menggunakan kad-

kad ujian untuk menguji setiap peringkat yang dinyatakan. Satu daripada

caranya ialah dengan meminta murid membaca secara kuat dan guru

merekodkan kesalahan yang dilakukan murid.

Beralih kepada kemahiran seterusnya, kemahiran lisan adalah penting

untuk diajar kepada semua murid. Namun realitinya pada hari ini, beliau

memberitahu bahawa ramai guru bahasa memandang ringan akan hal ini.

Majoriti daripada guru bahasa yang ada pada hari ini kurang memberikan fokus

kepada pengajaran kemahiran lisan. Pada pandangan saya ini terjadi mungkin

disebabkan oleh kurangnya penilaian yang dilakukan bagi kemahiran ini dalam

Page 5: Q5 - Lapor, Analisis, Refleksi Temubual

peperiksaan besar. Oleh yang demikian, guru merasakan tumpuan lebih perlu

diberikan pada penguasaan dua kemahiran yang lain.

guru boleh mengesan kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran

lisan dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika

menjalankan aktiviti lisan. Selain itu, guru juga boleh menjalankan ujian lisan

yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk bertutur dan mendengar.

Beliau juga ada mencadangkan beberapa cara untuk mengatasi murid yang

mengalami masalah lisan. Antaranya ialah, guru sendiri menjadi model sebagai

penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid, guru menggabungjalinkan

kemahiran lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan

pembelajaran, guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid

berinteraksi melalui susun atur tempat duduk di dalam bilik darjah dan guru

boleh memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama pada

kelemahan khusus murid-murid. Kemudian, beliau juga ada mengingatkan agar

semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika

didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara

spontan. Ini adalah bagi mengelakkan murid tersebut terbiasa dengan sebutan

yang salah.

Pada keesokan harinya, saya ada bertemu dengan seorang lagi guru

Bahasa Melayu dan temubual kami berkisarkan tentang kemahiran tulisan.

masalah tulisan dalam kalangan murid masih berlaku walaupun ada diantara

mereka sudah berada dalam tahun lima dan enam. Antara masalahnya ialah

seperti bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas, mencampur adukkan huruf besar

dan huruf kecil, masalah pembalikkan huruf atau perkataan, tulisan yang terlalu

condong, penggunaan simbol dan singkatan dan juga perkataan ditulis terlalu

rapat diantara satu sama lain. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh murid

dengan sewenang-wenangnya gemar dan terpengaruh dengan gaya tulisan

yang dilihat di dalam majalah dan komik. Selain itu, kurangnya pemantauan dan

teguran yang dibuat oleh guru mengakibatkan masalah ini berlaku dengan

Page 6: Q5 - Lapor, Analisis, Refleksi Temubual

berleluasanya. Bagi mengatasi masalah ini, antara tindakan yang diambil oleh

guru tersebut ialah dengan memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-

contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara

individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Bahkan, beliau juga mencadangkan

agar guru boleh menyediakan kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja

bertulis yang sempurna dan memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya

pada peringkat permulaan untuk mendirikan asas tulisan dalam diri murid.

Melalui pengalaman saya, antara aktiviti menulis yang boleh dijalankan

antaranya ialah dengan mengadakan aktiviti seperti menyalin petikan, membuat

imlak, mencatat maklumat yang didengar atau ditonton, menjawab soalan dan

guru mengadakan pertandingan tulisan tercantik dan terkemas.

Hasil temu bual saya dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu, saya

dimaklumkan bahawa sejak awal tahun lagi, pelbagai program bahasa telah

dirancang dan ada diantaranya telah dijalankan. Saya telah diberi salinan

senarai program yang telah diatur sepanjang tahun 2011. Berdasarkan senarai

program tersebut, saya berpendapat bahawa kesemua aktiviti yang dirancang

adalah merangkumi semua aspek yang perlu ada seperti mana yang telah

digariskan di dalam sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah. Kesemua

aspek bahasa dan elemen-elemen pengisisan kurikulum telah dirangkum ke

dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti yang

dijalankan di dalam program hari bahasa, minggu bahasa dan bulan bahasa

merangkumi aktiviti yang menengahkan ketiga-tiga kemahiran bahasa iaitu

kemahiran lisan, membaca dan menulis. Selain itu, ia turut menyelitkan aspek-

aspek utama bahasa seperti sistem bahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi,

kosa kata, peribahasa dan pengisisan kurikulum yang terdiri daripada ilmu, nilai,

kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah.

Semua aktiviti ini telah dirancang dengan teliti agar setiap aktiviti yang

dijalankan memenuhi keperluan pembelajaran bahasa murid seperti yang telah

Page 7: Q5 - Lapor, Analisis, Refleksi Temubual

ditetapkan didalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang

mana ia berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.