puraliti & masyarakat pluralistik di malaysia
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Puraliti & Masyarakat Pluralistik Di Malaysia
1/6
BAB 2
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat:
Memahami konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik
Menjelaskan sejarah pembentukan pluralisme dan masyarakat pluralistik
Tanah Melayu sebelum merdeka
Memahami proses asimilasi antara golongan imigran dengan
masyarakat tempatan
Menghuraikan elemen pembentukan masyarakat pluralistik selepas
merdeka
2.1 PENGENALAN
Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud
sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para
pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh
penjajah Eropah.
Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G
(Gold, Gospel dan Glory).
Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagaiaktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan.
2.2 CIRI-CIRI PLURALISME
Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela,
tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.
Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam
Melayu. Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga.
Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan
budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakatBaba-Nyonya Melaka.
Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka
kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga
manggar, bunga telur dan sebagainya.
2.3 KEMUNCAK PLURALISME DI ALAM MELAYU
-
7/31/2019 Puraliti & Masyarakat Pluralistik Di Malaysia
2/6
Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan
Kesultanan Melayu Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan
laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam. Menurut Tom
Pires , seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul
Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) Malacca is very
famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world.. It is a city more suitable for trading products than any other in trhe
world(Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6). Manakala seoranglagi
penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan Malacca is the
richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping
services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6)
Antara faktor yang membawa keagungannya sehingga diberi jolokan
The Venice of the East:
i. Pemerintahan yang bersistematik
Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi
yang jelas untuk maju, untuk menjadikan Melaka sebagai
tempat pertemuan pedagang timur dan barat. Pemerintah
telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan
lagi sistem pemerintahan seumpama jawatan Bendahara,
Laksamana, Shahbandar dan sebagainya
Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan
mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada
masa itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah
membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segipolitik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka
memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang
menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam.
Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat
berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir
luar.
Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan
terbuka. Perlantikan kejawatan penting dalam kerajaan adalah
terbuka kepada semua etnik . Dalam halini, menurut sejarah
Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernahdilantik memegang jawatan penting di istana sultan.
Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di
Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan.
Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas
untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan
-
7/31/2019 Puraliti & Masyarakat Pluralistik Di Malaysia
3/6
pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka yang berteraskan Islam
ii. Perdagangan
Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan
keselamatan dan undang-undang. Ancaman lanun dapat
dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e
laksamana, shahbandar dan sebagainya yang menjalankan
tugas dan tanggungjawab dengan baik.
iii. Kebudayaan
Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan
sebagainya.
Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah
kota metropolitan
2.4 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan
penjajah khususnya Inggeris.
British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di
lombong dan diladang getah.
Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah divide and rule
antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di
Tanah Melayu.
Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-
mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap
di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak
berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk
penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.
Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola danberasingan, namun negara terus berada dalam suasana aman dan
harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.
Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan
Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah
berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.
-
7/31/2019 Puraliti & Masyarakat Pluralistik Di Malaysia
4/6
Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti
bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara
mereka.
Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka
seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya,kepada penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa
perkara bukti :
Politik dan pemerintahan
Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama
(sains, ekonomi dan sebagainya)
Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa
(kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak
membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap
badan yang lain.
i. Sistem dan Struktur
Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan
(pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya)
berada di tangan Raja-raja Melayu.
Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan
Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan
gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad
kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapimerebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan
sebagainya.
2.5 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA
Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik
peninggalan penjajah.
Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat
menerusi beberapa aspek :
i. Aspek politik
Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah
berteraskan etnik. UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili
orang Cina dan MIC orang India.
Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA
dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah
-
7/31/2019 Puraliti & Masyarakat Pluralistik Di Malaysia
5/6
diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang
lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional
Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara
etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini
telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokuskepada soal pembangunan negara.
ii. Perlembagaan
Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan
Persekutuan Malaysia)
Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa perubahan telah dibuat
bagi membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan Singapuramenyertai Malaysia.
Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-
undang tertinggi negara. Ia menjadi asas kepada kontrak sosial
dan juga pembentukan parti politik
iii. Pendidikan
Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis
sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan
selepas merdeka.
Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di
ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa
mengkaji sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan
penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk
menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem
iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar.
iv. Ekonomi
Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu adalah
dasar ekonomi bebas laissez faire.
-
7/31/2019 Puraliti & Masyarakat Pluralistik Di Malaysia
6/6
Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua sistem
ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan pertanian)
yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan
pasaran dan modal) yang melibatkan orang Cina.
Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagaimasalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang luas
antara etnik.
Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan
ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah
pembangunan berencana, antaranya
Rancangan Malaysia
DEB
Wawasan 2020 dan sebagainya
2.6 KESIMPULAN
Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik,
membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi
juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan
dan sebagainya.
Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa
kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan
sebagainya.
Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu
diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam
susana aman dan harmoni.