adat perkhawinan masyarakat malaysia

37
Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

Upload: anburudh-subramaniam

Post on 03-Jun-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 1/37

Adat PerkhawinanMasyarakat Malaysia

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 2/37

 Adat Perkhawinan

Masyarakat Melayu

Pengenalan

 Masyarakat Melayu begitu berpegang teguhdengan adat resam kerana ia dipercayai

mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagimasyarakat Melayu, adat resam perkahwinanbegitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalamperingkat perkahwinan itu akan dijalankandengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalamadat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapatbeberapa peringkat penting.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 3/37

1.Merisik

Adat ini juga dikenali sebagai meninjau atau menengok.

Ianya adalah bagi memastikan gadis yang hendak dipinangmasih belum berpunya. Ini adalah kerana Islam melarangmeminang gadis yang telah bertunang. Ia juga bertujuanuntuk menyelidik latar belakang keluarga gadis, kemahiranberumahtangga, adab sopan, tingksh laku, rupa parasserta pengetahuan agamanya. Biasanya adat ini dijalankanoleh saudara mara terdekat pihak lelaki.

Semasa merisik, biasanya pihak lelaki akan memberikansebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dansekiranya pihak gadis bersetuju, tarikh peminangan akanditetapkan. Namun begitu, adat merisik sudah jarangdilakukan kerama mereka sudah saling mengenali disamping untuk menjimatkan kos.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 4/37

2. Meminang

Setelah merisik dan diketahui bahawa si gadis masihbelum berpunya, pihak lelaki akan menetapkan satu tarikh

untuk menghantar rombongan peminangan. Urusanpeminangan ini juga akan dilakukan oleh keluarga terdekatpihak lelaki. Adat meminang ini adalah bagi pihak lelakimenyatakan hasrat mereka secara rasmi. Turutdibincangkan di dalam adat meminang ini adalah berkenaan

 jumlah hantaran dan bilangan ahli rombongan yang akandatang pada majlis pertunangan bagi memudahkan pihakgadis membuat persiapan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 5/37

3.Pertunangan

Setelah majlis meminang di selesaikan, maka majlispertunangan diadakan. Pihak lelaki akan diwakili oleh

saudara mara terdekat. Sempena majlis pertunangan, satukenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjungsebagai bingkisn utama, sebentuk cincin beserta hantaranlain seperti bunga rampai, kuih muih, buah-buahan,pakaian dan lain-lain yang digubah cantik akan diberikankepada pihak perempuan.

Mengikut adat, hantaran akan turut diberikan kepadakakak si gadis jika si kakak masih belum berkahwin. Inidinamakan langkah bendul. Bilangan hantaran juga dihantar dalam bilangan ganjil seperti lima, tujuh, sembilan,sebelas dan tiga belas kerana bilangan genap membawaimplikasi yang tidak baik. Bilangan hantaran pihak

perempuan juga akan melebihi hantaran daripada pihaklelaki.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 7/37

4.Akad Nikah

Akad nikah bukanlah suatu adat tetapi adalah merupakan ajaranagama dan merupakan kemuncak kesahihan sebuah perkahwinan.

Akad nikah dilaksanakan selepas semua perjanjian yang dibuatdengan pihak perempuan telah disempurnakan seperti wanghantaran, mas kawin dan barangan lain.

Upacara ini boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau dirumah pengantin perempuan. Di dalam upacara ini, bapapengantin prempuan perlu menjadi wakil untuk menikahkan

anaknya. Namun begitu, dia boleh mewakilkan kepada jurunikahuntuk menjalankan bagi pihaknya. Kebiasanya, majlis akad nikahakan diadakan sehari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.Pada majlis itu, pengantin lelaki akan mengenakan pakaianberwarna cerah seperti majlis pertunangan. Sebelum akad nikah,Tuan Kadhi akan memeriksa wang belanja dan hantaran lainbersama dua orang saksi dari pihak pengantin perempuan.Pengantin lelaki akan duduk di atas sebuah hamparan sementaraTuan Kadhi akan masuk menemui pengantin perempuan bagimendapatkan persetujuan untuk dinikahkan. Selepas itu, TuanKadhi akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara

umum hal-hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 8/37

  Kemudian, Tuan Kadhi akan membacakan lafaz nikah

sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Saksiakan mengesahkan lafaz nikah itu jelas atau tidak. Jikatidak, akad nikah akan dilakukan semula sehingga saksiberpuas hati. Selepas itu, doa selamat di bacakan sebagaitanda kesyukuran.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 9/37

Selepas itu, pengantin lelaki akan menyarungkan cincinperkahwinan ke jari pengantin perempuan sebagai tandamembatalkan air sembahyang. Si isteri akan menunggu dibilik yang dihias indah. Sesudah itu, mereka akanbersalaman sebagai tanda mereka telah diijabkabulkan.Kemudian , adat berinai dijalankan dimana kedua mempelaidi tepung tawar. Peralatan yang digunakan adalahseperti semangkuk bertih, semangkuk beraskunyit,sepiring ini, beberapa tangkai daun seribu yang

diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua pihakakan melakukan upacara tepung tawar dengan caramencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapaktangan pengantin. Beras kunyit dan bertih akan di tabur dihadapan pengantin dan orang ramai. Bunga telur akan

diberi kepada orang yang menepung tawar.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 10/37

5.Upacara Perkhawinan

 ADAT BERINAI  

Majlis berinai biasanya diadakan berpingkat-peringkat.

BERINAI CURI - biasanya diadakan tiga malam sebelumhari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

BERINAI KECIL - biasanya diadakan dua malamsebelum hari langsung untuk jiran,saudara mara dansahabat handai sahaja.

BERINAI BESAR - biasanya diadakan satu malamsebelum hari langsung atau selepas akad nikah untukpara jemputan khas daripada pihak lelaki danperempuan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 11/37

Selepas adat Berinai Besar dilakukan, pengantin lelakitidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan..Sebaliknya pengantin lelaki akan pulang terus ke rumahnyaatau bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang

berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 12/37

 Adat Perkhawinan

Masyarakat CinaPengenalan  Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak

 yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga danmelaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripadasatu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina,

sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwintanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat duabentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisitiaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orangtengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih

pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwanmasyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang,bertunang dan majlis perkahwinan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 13/37

1.Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakanggadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil

berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dantingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untukmewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisikterpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapapihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan

 yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagianmasyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangantersebut di restoran-restoran dengan disertai saudaramara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalammasyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan

perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincanganketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umumterutama tentang latar belakang keluarga dan asalketurunan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 14/37

2.Meminang

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar

belakang keluarga masing-masing adat meminang akandijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung kerumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkaraberkaitan perkahwinan. Ibu pengantin perempuan pulaakan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah

mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan danmemilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akantawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkanmaruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapapihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untukmenyediakan segala permintaan daripada pihakperempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah salingmengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adatbertunang dijalankan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 15/37

3. Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cinadan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran

kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilikdigunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukankepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana

 jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayaiakan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalamikegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki

berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikanpermintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikutmasa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kirioleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hariperkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadisberkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah ataunyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh

lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan.Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepadatukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentangdirinya.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 16/37

Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuaiberdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat padasehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketikamenentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat

ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan.Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukangtilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikankepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin.Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan

adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantinmerangkumi adat-adat tertentu.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 17/37

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacarabertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain sepertihari istiadat perkahwinan yang diadakan di PejabatPendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialahsebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wangtunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan baranghantaran yang cukup kepada pengantin perempuan,sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta denganpenghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan

diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuatdengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina,semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggimartabat dan kedudukan pihak lelaki.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 18/37

4.Majlis Perkhawinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun

bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui olehkedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinansekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluargabakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan padatahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidakmanis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedangberkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebutpengantin perempuan dan lelaki dihias indah. MasyarakatCina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yangdiperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori.

Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah ataukuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dankelabu kerana dipercayai warna-warna tersebutmelambangkan kematian dan kesedihan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 19/37

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumahpengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelakidan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing.Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas

pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acarabersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahlikeluarga masing-masing. Pengantin lelaki akanmemperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepadaisterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu jugakedua pengantin akan meminta restu daripada keluargamertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara

meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Iamerupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasanganpengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami disamping bertujuan untuk mengeratkan hubungankekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akanmemberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak

lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacaraminum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cinahari ini.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 20/37

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialahpada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan inidiadakan secara besar-besaran sama ada di rumah, dewan,atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan

membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasanganpengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akancuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluargakedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai buktiperkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani

dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su dihadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adatperkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankanperkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan

perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 21/37

 Adat Perkhawinan

Masyarakat IndiaPengenalan Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di

Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbangke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk dinegara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India

 juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masihmengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adatresam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyaibanyak persamaan dengan kebudayaan masyarakatMelayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran danperkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakatIndia terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu

maklumat berikut hanya memaparkan adat resammasyarakat India secara umum. 

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 22/37

1.Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberiperhatian seperti faktor etnik, kasta dan agama. Selainitu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan statussosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan,

 jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latarbelakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunyamaklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari

pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsungmenerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanyaorang tengah yang dipanggil tirumana taraga akanmembantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranantersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan

 yang berdaftar. 

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 23/37

2.Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakalpengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantinperempuan untuk melihat sendiri paras rupa danperawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai penpaarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagaimelihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perludatang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebutramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa.Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatanganmereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagihubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima

hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak,mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamudan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. 

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 24/37

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dandipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masaitu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantinperempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantinperempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang

termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas olehwakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turutserta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal jugabertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantinlelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagaiThairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu,

dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukankesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikandimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan olehmasyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam,Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam,Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam,

Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 25/37

3.Ikat Janji (Niccayam)

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapatpersetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan

datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan sepertikelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendanadan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin

perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincangmengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salahseorang bakal pengantin telah meninggal dunia,perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju,

mereka akan mengikat janji.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 26/37

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwinibakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinantersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai

tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirihpinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudianmereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinandan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad

 jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam

akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan denganbertukar-tukar kalungan bunga. 

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 27/37

4.Pertunangan (Parisam)

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasaatau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah

 yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yangdilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelumperkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India,parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat

pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telahdipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantinlelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam

 jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggilcumanggali. 

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 28/37

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuandiketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakaipakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yangsama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan

meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakanbuyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yangdiletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggilsebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puuranakumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 29/37

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akandilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantinperempuan akan membawa parisam yang mengandungi saridan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama

pengantin perempuan menulis sesuatu denganmenggunakan kunyit sebagai meminta restu daripadatuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lainboleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakaisari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lainke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakalpengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalaiatau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad

 jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 30/37

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin(pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberianhadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukanoleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan

mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untukmengelakkan pembaziran.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 31/37

5.Sebelum Majlis Perkhawinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapaperkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu,

antaranya: Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalamperkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuatberdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan,

bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyitcair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akandibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai).Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit,

kelapa, pinang sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakansebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumahpengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki danbegitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akandiberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 32/37

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan inidinamakan sebagai thaalippadaiyal . Dalam upacara itububur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhotidan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali

tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini keranathaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakanlebih selamat dan tidak dicuri orang.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 33/37

Mukuurtta Kaal 

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinandilangsungkan. Adat mukuurtta kaal  ini diadakan pada hari

 yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk

menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masihmuda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurttakaal . Batang pokok tersebut berukuran dua atau tigameter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30sentimeter.

d di ik k k l d l h b i

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 34/37

Adat mendirikan mukuurtta kaal  adalah sebagaimenandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumahtersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kumkum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluargapengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan

dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambildan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orangperempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyitcair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkalhingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daunara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayuakan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahantadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagailambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyangdilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuantersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur padabatang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yangsama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar

sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar.Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaa l dilakukan dirumah pengantin lelaki.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 35/37

6.Selapas Majlis Perkhawinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakatIndia selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.

Antara adat tersebut ialah pengantin perempuandikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagaimenghormati suami selepas mereka disahkan sebagaipasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki puladikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selamatiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akanmenghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan

 jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya

akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akandisembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara

perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukanpada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yangdiberikan kepada mereka yang merobohkan khemahperkahwinan.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 36/37

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepasupacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinandilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepadapara tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan,

makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecualidaging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara maraserta sahabat handai.

8/12/2019 Adat Perkhawinan Masyarakat Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/adat-perkhawinan-masyarakat-malaysia 37/37

  Disediakan oleh:

  Kavineiya A/P Yoagesuvaran

  Pereethy A/P Chandra Saekheran

  Sharmila A/P Magandran

  Lerwin A/L Karuna Karen

  Yashiny A/P Manggaiha