kesantunan masyarakat malaysia minggu 3

47
KESANTUNAN BERBAHASA (6 JAM) i. Definisi Santun ii. Definisi Santun Berbahasa iii. Konsep kesantunan iv. Definisi oleh tokoh-tokoh antarabangsa 1 Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang Oleh: Dr. Tiwi binti Kamidin Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Batu Lintang

Upload: kamektok2011

Post on 21-May-2015

4.570 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

KESANTUNAN BERBAHASA(6 JAM)

i. Definisi Santunii. Definisi Santun Berbahasa

iii. Konsep kesantunaniv. Definisi oleh tokoh-tokoh antarabangsa

1Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Oleh: Dr. Tiwi binti KamidinJabatan Sains Sosial

IPG Kampus Batu Lintang

Page 2: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Definisi Santun

2

Kamus Dewan, 1994: perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)

Awang Sariyan(2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara

Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 3: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

3Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat

(KESANTUNAN = DISEPAKATI OLEH MASYARAKAT) – oleh itu berbeza mengikut masyarakat tertentu

Masyarakat A

Masyarakat B

Masyarakat B

Nilai kesantunan yang diterima oleh negeri/negara

Aspek kesantunan sesuatu masyarakat dan negeri harus disepakati oleh masyarakat =

menjadi garis panduan penilaian kesantunan.

Page 4: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Takrif Kesantunan Dalam Masyarakat Melayu

4

Dalam pengertian orang Melayu kesantunan seharusmya dikaitkan dengan tiga komponen keperibadian atau sahsiah seseorang manusia,

TUTUR KATA

PERANGAI HATI BUDI

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 5: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

KONSEP KESANTUNAN

5

MELALUI BAHASA/ TUTUR KATA:

•CARA SAPAAN LISAN•CARA SAPAAN BERTULIS•PEMAKAIAN BAHASA•KATA GANTI NAMA•KATA DAN UNGKAPAN BERTATASUSILA

PERANGAI:

TINDAKBALAS/RESPON KETIKA BERBAHASA•CARA BERAKSI MENGIKUT KEDUDUKAN

HATI BUDI:•IKHLAS/ TIDAK DIBUAT-BUAT

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 6: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

TAKRIFAN TOKOH2 ANTARABANGSA

6

1. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

contoh: bahasa mesti halus beradab sopan perlakuan lemah-lembut berbudi pekerti

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 7: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

TAKRIFAN TOKOH2 ANTARABANGSA

7Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

2. J. Ferguson dan Das Gupta (1968) - kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

Contoh:

Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat Biasanya mengamalkan budaya yang sama Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

Page 8: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

8

Grice mendefinisikan kesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan.

Beliau telah membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu:

i. Maksim kuantitiii. Maksim kualitiiii. Maksim kekeluargaan (pertalian)iv. Maksim cara

TAKRIFAN TOKOH2 ANTARABANGSA

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 9: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

9

MAKSIM KUANTITI: (komunikasi didukung fakta)

Merujuk kepada apabila seseorang bercakap atau berkomunikasi haruslah didukung dengan fakta atau data yang lengkap agar terhindar daripada yang tidak benar agar maklumat yang diberikan itu diterima pendengar dengan hati terbuka.

Jika pendengar berminat untuk mendapatkan maklumat tambahan hendaklah disampaikan melalui pernyataan yang lebih kuat atau hujah-hujah yang kukuh. Selain itu penutur hendaklah diminta memberikan penjelasan akan sesuatu yang diperkatakan agar pendengar dapat menerima dengan hati terbuka tetapi jika tidak dapat memberikan sesuatu penjelasan atau memberikan sebahagian sahaja alasan akan dianggap biadap dan melanggar prinsip kesantunan.

TAKRIFAN TOKOH2 ANTARABANGSA

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 10: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

10

MAKSIM KUALITI:

penutur tidak membicarakan hal yang benar sebaliknya mengatakan hal yang palsu atau tidak mempunyai bukti yang cukup kuat.

Dalam konteks ini penutur akan memendamkan maklumat oleh sebab tidak ada pengetahuan yang cukup bagi meyakinkan pendengar.

TAKRIFAN TOKOH2 ANTARABANGSA

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 11: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

TAKRIFAN TOKOH2 ANTARABANGSA

11

MAKSIM pertalian:

ketika berkomunikasi haruslah releven atau berkaitan dengan apa yang diucapkan. Penutur hendaklah bercakap dengan yang releven dan tidak menyimpang dengan tajuk yang diberikan. Penutur tidak oleh membuat sebarang andaian yang mengelirukan pendengar agar mematuhi prinsip kerjasama dan semasa memberikan maklumat ketika berkomunikasi hendaklah beradab dan tidak mengikut perasaan.

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 12: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

TAKRIFAN TOKOH2 ANTARABANGSA

12

MAKSIM cara:

merujuk kepada cara seseorang itu berkomunikasi. Jika penyampaiannya menyinggung perasaan orang lain,dengan menggunakan bahasa kasar maka tujuan berkomunikasi secara santun tidak tercapai.Oleh itu ketika berkomunikasi hendaklah menggunakan pilihan kata, ungkapan santun yang menandakan bahawa keperibadian orang itu memang baik. Begitu juga jika seseorang itu berpura-pura bersantun di hadapan khalayak sedangkan dia tidak ikhlas maka daia telah melanggar prinsip kesantunan.

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 13: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Asmah Haji Omar, 2000

13

“ kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun”

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 14: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

14

Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis:

KESANTUNAN ASAS:•kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.

Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain. Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.

KESANTUNAN BERKALA•Kesantunan berkendala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain

Antara kala tersebut ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 15: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

15

Asmah Hj. Omar (2000), kesantunan bukan strategi semata-mata sebaliknya kesantunan merupakan ciri budaya yang menghendaki ahli masyarakatnya bersopan santun dan menghormati antara satu sama lain.

Pembinaan tingkah laku yang santun dalam kalangan orang Melayu adalah menerusi proses didikan yang panjang dan berterusan. Ini menjadi ciri budaya orang Melayu. Oleh hal yang yang demikian Islam adalah tunjang pembinaan budaya orang Melayu.

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 16: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

RUMUSAN TAKRIF KESANTUNAN BERBAHASA

16

Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut dapatlah dibuat kesimpulan :

santun berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi.

Bahasa yang digunakan mestilah digunakan penuh dengan adab, tertib dan bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi yang harmoni tanpa sebarang pergeseran atau konflik.

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 17: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Kesantunan Berbahasa Merangkumi:• Pemilihan kata: Sesuai dengan

– Situasi– Topik perbincangan – Hubungan penutur-pendengar (X bahasa

mesra)• Nada : rendah / lembut• Gerak laku: lemah lembut• Gaya dan ragam: tidak mengejek, menyindir,

perli atau menempelak **

17Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 18: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:

18Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.

contoh: Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya

ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lainMisalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali-Penggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu

Page 19: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:

19Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya.

-Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa. -Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar

Page 20: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:

20Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:

• a) cara berpakaian (berbusana),b) cara bekerjac) cara bertuturd) cara makane) cara belajarf) cara berpolitik

• g) dan lain-lain

Page 21: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

21

Kesantunan bahasa , merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. (Awang Sariyan, 2012)

Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat

Daripada satu sisi, kepatuhan kepada sistem bahasa merujuk kepada sistem bahasa yang terdapat dalam bahasa masyarakatnya sendiri. Daripada sisi yang lain, kepatuhan kepada peraturan atau sistem bahasa berkaitan juga dengan kepatuhan kepada sistem bahasa lain apabila kita berhubung dengan menggunakan bahasa asing tersebut, terutama kepada anggota masyarkat bahasa itu.

Page 22: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

22Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Sebahagian peraturan bahasa bersifat sejagat, seperti penggunaan panggilan hormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila

Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa, seperti bentuk-bentuk panggilan hormat menurut sistem susun lapis masyarakat, protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat berkenaan

Kesantunan berbahasa = sapaan, pemilihan kata ganti diri, pemilihan kata dan cara penolakan.

Page 23: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

23Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2.Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3.Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

Page 24: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

24Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Page 25: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

1. Kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga

25

Keluarga Diraja• Patik• Tuanku• Baginda

Keluarga rakyat biasa•Sedarah (ayah, emak, abang, kakak, adik,along, angah, usu, acik dll)

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 26: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

2. KATA GANTI DIRI & SAPAANDALAM MASYARAKAT

26

Berdasarkan faktor:

umur

Pangkat / status

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

(abang/ kakak; pakcik/makcik dll)/

Page 27: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

27

Gelaran Pergaulan Formal

Gelaran Warisan

Gelaran Kurniaan Kerajaan

Gelaran Kurniaan Iktisas

Gelaran Keagamaan

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 28: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

28

Pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan-sekatansosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan,kedudukan sosial atau sekatan sosial disebabkan sipenyapabelum begitu kenal antara satu sama lain.

Tuan Orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya dan yang bergelar Haji, Doktor, dan Profesor

PuanPerempuan yang sudah bersuamiBelum kahwin tetapi memegang jawatan Guru Besar / Pengerusi

Encik / Cik Sama seperti “tuan” Saudara / saudarai Orang muda

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 29: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

• Tun• Toh Puan• Tan Sri• Datuk Sri• Datin Sri• Datuk• Datuk Paduka

29

DoktorProfesorHaji

Nama+ +

Datuk Sri Dr Mahathir

Dianugerahkan oleh Kerajaan kerana berjasa

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 30: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

30

Tengku / Engku

Megat

Tuan Syed

Wan

Nik

Abang

Awang Dayangku **

Gelaran yang diwarisi sejak kelahirannya

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 31: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

31

Haji & Hajah

Imam, Lebai & Bilal

Orang yang telah menunaikanFardhu Haji

Petugas di masjid

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 32: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

32

Gelaran yang diperoleh kerana kejayaan dalam bidang ikhtisas atau akademik

Profesor, doktor, cikgu, ustazah, ustaz dsb.

Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus Batu Lintang

Page 33: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Gelaran Warisan • Contoh Raja (Perak, Selangor),

Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

33Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 34: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su).

34Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 35: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

35Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 36: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinanDiwakili oleh kata menantu, mertua dan ipar. (Pak Mertua, Mak Mertua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mertua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

36Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 37: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syeikh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

37Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 38: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

38Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 39: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu).

39Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 40: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

Rujukan Hormat • Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri

AgongKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

• Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja PermaisuriDuli Yang Maha Mulia

40Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 41: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

• Balu RajaYang Maha Mulia

• Raja Muda atau Tengku MahkotaDuli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

41Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 42: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

• Kerabat Diraja KaribYang Amat Mulia

• Bergelar warisanYang Mulia

• Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua MenteriYang Amat Berhormat

42Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 43: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

• Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)Yang Berhormat

• Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau RajaYang Berhormat Mulia

43Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 44: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

• Tun, Toh PuanYang Amat Berbahagia

• Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Yang Berbahagia

44Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 45: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

• Ketua Hakim NegaraYang Amat Arif

• Ketua Polis NegaraYang Amat Setia

• Hakim, KadiYang Arif

45Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 46: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

• Mufti dan pemimpin IslamSahibul Samahah

• Ketua jabatan tanpa gelaranYang Berusaha

46Dr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang

Page 47: Kesantunan masyarakat malaysia  minggu 3

47

Peraturan sapaan semasa memberi ucapan:

1. Memberi salam2. Pengerusi / pengacara majlis3. Tetamu khas (VIP)4. Tetamu lain mengikut protokol

Sapaan: Tuan-tuan, saudara saudariDr. Tiwi binti Kamidin, IPG Kampus

Batu Lintang