proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam melayu

41
MENGGALURKAN MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU ALAM MELAYU

Upload: ieyda

Post on 21-Jun-2015

2.771 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

MENGGALURKAN MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN PROSES PEMBENTUKAN

MASYARAKAT MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM PLURALISTIK DI ALAM

MELAYUMELAYU

MENGGALURKAN MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN PROSES PEMBENTUKAN

MASYARAKAT MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM PLURALISTIK DI ALAM

MELAYUMELAYU

Page 2: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

PENGENALAN

• Mengikut Kamus Dewan, konsep ‘masyarakat’ membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.

• ‘Pluralistik (Majmuk)’ terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat, ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.

Page 3: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud ‘satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’.

Page 4: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK

• Tidak adanya penyesuaian nilai (value consensus) di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.

• Tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan.

• Selalu berlaku konflik dan pertentangan antara kelompok yang ada.

• Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa autonomi mengikut bahagian sistem sosial mereka.

Page 5: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam

bidang ekonomi antara satu kelompok dengan

kelompok yang lain sebagai faktor asas untuk

berlakunya interaksi.

• Dominasi dari segi kuasa politik oleh satu

kelompok dengan kelompok yang lain.

• Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada

kepentingan kelompok tertentu. Tiap-tiap

kelompok mempunyai fungsi serta kepentingan

mereka sendiri.

Page 6: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK

PENJAJAHAN BRITISH

PENJAJAHAN PORTUGIS

KESULTANANMELAYU MELAKA

PENJAJAHAN BELANDA

Page 7: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

KESULTANAN MELAYU MELAKA

• Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-negeri persisir Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa.

• Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal.

Page 8: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Kemudahan yang disediakan dan dasar menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang ke situ.

• Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah mewujudkan interaksi dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan campur.

Page 9: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina Peranakan di Melaka.

• Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka meninggalkan banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam, perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah Melaka diserang Portugis pada tahun 1511.

Page 10: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

PENJAJAHAN PORTUGIS

• Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis.

• Tujuannya bolehlah diringkaskan kepada 3 perkataan iaitu ‘agama, kekayaan dan kemegahan’ (Gospel, Gold and Glory).

• Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa kepada berakhirnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu kurun.

Page 11: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis menduduki Melaka selama lebih kurang 130 tahun.

• Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang beragama Kristian hasil dari perkahwinan bangsa Portugis dengan penduduk tempatan.

Page 12: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King Philip (raja negara Sepanyol).

• Akibat daripada pertikaian agama, Belanda bangun melawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1548.

• Portugal dan Belanda mempunyai hubungan perniagaan. Apabila Portugal ditawan oleh King Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka terputus.

PENJAJAHAN BELANDA

Page 13: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus ke kawasan yang mengeluarkan hasil rempah di Asia.

• Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka melalui perjanjian dengan negeri Johor.

• Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Page 14: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

PENJAJAHAN BRITISH

ORANG MELAYU

ORANG CINA

ORANG INDIA

Page 15: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

ORANG MELAYU

• Orang Melayu merupakan penduduk peribumi dan telah menetap berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Orang Melayu telah berhijrah ke Tanah Melayu dari Yunan kira-kira 3 500 tahun dahulu.

• Bilangan orang Melayu semakin bertambah pada pertengahan abad ke-19 apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai orang Indonesia ke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Minangkabau, Bugis, Jawa dan Banjar.

Page 16: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

FAKTOR KEDATANGAN1) Berlaku pertambahan penduduk dengan pesat

tetapi kawasan untuk pertanian adalah terhad. Oleh itu, wujud masalah kebuluran di Indonesia dan kerajaan Belanda gagal mengatasi masalah tersebut.

2) Kerajaan Belanda telah mengenakan pelbagai cukai seperti cukai buruh, cukai kepala, cukai garam dan cukai tol sehingga membebankan rakyat. Akibatnya, banyak yang kehilangan tanah apabila gagal membayar pinjaman kerana bunga yang dikenakan adalah tinggi.

Page 17: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

3) Kerajaan Belanda telah melaksanakan Sistem Tanaman Paksa untuk mencari sumber pendapatan selepas Perang Napoleon. Mengikut sistem ini, petani-petani Indonesia diwajibkan menanam 1/10 daripada tanah pertanian mereka dengan tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan Belanda. Ini menyebabkan petani-petani mengabaikan tanaman sendiri kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tanaman kerajaan. Hal ini menyebabkan hasil pertanian petani-petani Indonesia rendah dan akibatnya kehidupan petani bertambah miskin dan menderita.

Page 18: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

4) Wujud ketidakstabilan politik di Indonesia kerana berlaku beberapa penentangan rakyat Indonesia yang tidak tahan dengan penindasan Belanda.

5) Kepesatan ekonomi Tanah Melayu hasil perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menawarkan banyak peluang pekerjaan.

Page 19: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

ORANG CINA • Kemasukan penghijrahan Cina bermula sejak

zaman kerajaan Melayu Melaka apabila terdapat hubungan perdagangan antara Kerajaan Melaka dengan negara China.

• Pada awal abad ke-19, orang Cina yang berhijrah tertumpu di Negeri-Negeri Selat (NNS) terutama Singapura dan Pulau Pinang untuk menjadi buruh di ladang-ladang tebu dan kopi.

Page 20: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Pada pertengahan abad ke-19, jumlah orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu bertambah ramai. Kebanyakannya bertumpu di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan selaras dengan perkembangan perusahaan melombong bijih timah di Larut (1850) dan Selangor (1860). Pembesar-pembesar Melayu telah membawa masuk orang Cina untuk menjadi buruh di lombong bijih timah mereka.

• Kemasukan orang Cina bertambah ramai apabila sektor bijih timah diambil alih oleh pedagang Eropah. Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dengan melonggarkan syarat kemasukan ke negeri-negeri Melayu.

Page 21: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah telah meningkat daripada 27 801 orang pada tahun 1911 kepada 50 056 orang pada tahun 1931.

• Di Sarawak, di bawah pemerintahan keluarga Brooke telah menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan penduduk Cina di Sarawak telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada tahun 1871 kepada 123 626 orang pada tahun 1939.

Page 22: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

FAKTOR KEDATANGAN1) Kesukaran hidup di negara China. Di zaman

tersebut kebanyakan penduduk Cina mengalami hidup sengsara di mana berlaku pertambahan penduduk yang pesat, bencana alam yang kerap (banjir dan kemarau) dan sumber-sumber alam yang terhad.

2) Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping dan Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.

Page 23: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

3) Perusahaan bijih timah dan getah yang berkembang menyebabkan keperluan terhadap tenaga buruh. Ini dikatakan faktor penarik yang kuat lebih-lebih lagi apabila harga bijih timah dan getah melambung tinggi.

4) Kestabilan politik di Tanah Melayu menyebabkan kedudukan ekonomi bertambah baik (melalui perusahaan bijih timah dan getah) dan bagi memperoleh tenaga buruh, maka buruh-buruh daripada negara China digalakkan untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

Page 24: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

5) Kemudahan sistem pengangkutan seperti adanya kapal stim dan juga ejen-ejen yang membawa penghijrah telah memudahkan mereka berhijrah.

6) Penduduk di kawasan selatan China (seperti Kwangtung dan Fukien) merupakan mereka yang dikatakan mempunyai ciri-ciri daya usaha yang tinggi dan bersifat suka mengembara. Faktor ini menggalakkan lagi mereka berhijrah.

Page 25: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

ORANG INDIA

• Perhubungan awal India dengan Semenanjung Tanah Melayu bermula di sekitar abad pertama masihi. Ini berkait rapat dengan pengaruh Hindu dan Buddha.

• Pada zaman kerajaan Melayu Melaka, ramai saudagar India tinggal di negeri Melaka dan menjalankan perniagan.

• Penghijrahan orang India secara beramai-ramai berlaku mulai tahun 1840-an untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.

Page 26: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Pada awal abad ke-20, berlaku kemasukan paling ramai buruh India ke Tanah Melayu selaras dengan perkembangan pesat perusahaan getah. Contohnya, pada tahun 1819, terdapat seramai 75 000 orang India di Tanah Melayu. Jumlah ini meningkat kepada 471 536 orang pada tahun 1921.

• Negeri Sarawak dan Sabah tidak mengalami arus kedatangan imigran India tetapi banyak buruh Jawa dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang.

Page 27: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

FAKTOR PENGHIJRAHAN

1) Kesukaran hidup di India. Kawasan pertanian dan seterusnya pekerjaan di India adalah terhad. Penyebab utama ialah pertambahan penduduk India yang begitu pesat. Keadaan bertambah buruk dengan kejadian bencana alam. Ramai petani kehilangan tanah dan berhutang. Bagi yang berpendidikan pula, sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Sistem kasta pula dikatakan menyekat mobiliti sosial dan menyebabkan yang berkasta rendah cenderung untuk berhijrah.

Page 28: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

2) Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Tanaman pertanian dagang yang diperkenalkan di Tanah Melayu, khususnya getah seterusnya kelapa sawit adalah memerlukan kepada tenaga buruh.

3) Galakan daripada kerajaan Inggeris kepada orang-orang India untuk bekerja di ladang-ladang, perkhidmatan awam (kerani dan teknikal), dan pembinaan (bangunan dan jalanraya).

Page 29: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

KESAN

POLITIK EKONOMI

SOSIOBUDAYA

Page 30: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

POLITIK

• Dari segi politik, masyarakat pluralistik telah menyebabkan timbulnya fahaman politik dan parti politik yang berbeza.

• Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi kepada 3 corak berdasarkan 3 kaum yang terbesar mendiami negara ini.

• Orang Melayu menunjukkan taat setia mereka kepada Tanah Melayu, bangsa Cina kepada negara China dan bangsa India pula ialah kepada negara India.

Page 31: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Menjelang pertengahan abad ke-20, sikap dan taat setia bangsa Cina dan India secara beransur-ansur mula bertumpu kepada Tanah Melayu, iaitu bumi tempat mereka mencari rezeki dan perlindungan.

• Malayan Union telah membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu dengan amat luas sekali.

• Kejayaan memansuhkan Malayan Union, UMNO telah muncul sebagai parti politik Melayu. UMNO menjadi tempat pergantungan orang Melayu bagi kemajuan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Page 32: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Bagi orang India pula, Parti Kongres India Malaysia (MIC) pula ditubuhkan untuk:

1) Memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu.

2) Memperjuangkan kemajuan politik di Tanah Melayu bersama-sama kaum lain.

3) Mewakili dan menyampaikan pendapat kaum India kepada kerajaan.

Page 33: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Bagi masyarakat Cina pula, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan yang mempunya 2 tujuan utama iaitu:

1) Melindungi hak kepentingan orang Cina

2) Menggalakkan dan memelihara keharmonian kaum dan membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu.

• Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti politik yang mewakili kepentingan kaum masing-masing.

Page 34: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

EKONOMI

• Kemasukan imigran luar telah membentuk penempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa.

• Kaum Cina bertumpu di bandar-bandar, kawasan lombong serta menceburi bidang kewangan.

• Kaum Melayu menceburi bidang pertanian di kawasan pedalaman bahagian barat Timur dan Utara.

Page 35: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Orang India bertumpu di kawasan perladangan

getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat.

• Kemasukan buruh-buruh asing telah memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan sistem pengangkutan, hospital, pelabuhan, telegraf dan sekolah-sekolah dibina.

• Penduduk Bumiputra di luar bandar kurang mendapat perhatian terhadap masalah ini. Ini disebabkan anggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan tenaga kerja yang penting.

Page 36: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

SOSIOBUDAYA• Budaya yang dibawa dari negara China, India

dan Tanah Arab ini sedikit sebanyak diubahsuai dan wujudlah budaya Malaysia.

• Dari segi bidang kesenian, kedatangan berbagai bangsa telah mewujudkan pelbagai variasi budaya antaranya dari segi muzik dan cara berpakaian.

• Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap perkara atau benda ghaib didatangkan dari negara luar khususnya India.

Page 37: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Pada Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan.

• Dari segi pendidikan, corak pendidikan orang Cina dan India di Tanah Melayu dahulu tetap berorientasikan corak pendidikan di negara China dan India sehingga tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.

Page 38: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

KESIMPULAN

• Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa faktor sejarah.

• Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.

Page 39: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

• Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum.

Page 40: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

RUJUKAN:• Hj. Ahmad b. Hj. Salleh (1980), Sejarah Tanah Melayu, Kuala

Lumpur: DBP.

• Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman (2006), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

• Fauziah Shaffie, Ruslan Zainuddin (2000), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

• Adnan b. Muhammed, Hjh. Norzita bt. Hj. Mansur, Osman b. Soh (1996), Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur: DBP.

• Mohamad Idris Soleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

• Shamsul Amri Baharuddin (2007), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: UTM.

Page 41: Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu

DISEDIAKAN OLEH:NOOR HIDAYAH BINTI ABDULLAH HALIM

UNIT:PPPRP4T PAI 2