puisi melayu tradisional

15
PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di Ka abah pada Zaman Jahiliah. Orang Melayu berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun. Puisi Melayu Tradisional yang akan kita bincangkan terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu: Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu; dan Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam. 1. Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu Puisi dalam kumpulan ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu: Terikat: Pantun dan Gurindam Bebas: Seloka 1.1 Pantun Bentuk-bentuk Pantun Bentuk-bentuk pantun yang paling popular ialah pantun dua kerat dan pantun empat kerat. Contoh-contohnya ialah: Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. Bentuk-bentuk yang lain ialah pantun enam kerat, pantun lapan kerat, dan pantun dua belas kerat. Ciri-ciri Pantun Setiap baris pantun mempunyai empat hingga lima patah perkataan. Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata. Baris pertama dan kedua pantun empat kerat dinamakan pembayang atau sampiran. Dua baris kemudiannya disebut maksud. Pantun empat kerat memakai skema rima a-b-a-b.

Upload: jie-jang-aziz

Post on 11-Jan-2016

261 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jie

TRANSCRIPT

Page 1: PUISI MELAYU TRADISIONAL

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik digantung di Ka’abah pada Zaman Jahiliah. Orang Melayu berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun.

Puisi Melayu Tradisional yang akan kita bincangkan terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu:

Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu; dan

Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam.

1. Puisi Melayu Tradisional Warisan Melayu

Puisi dalam kumpulan ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:

Terikat: Pantun dan Gurindam

Bebas: Seloka

1.1 Pantun

Bentuk-bentuk Pantun

Bentuk-bentuk pantun yang paling popular ialah pantun dua kerat dan pantun empat kerat.

Contoh-contohnya ialah:

Gendang gendut tali kecapi,

Kenyang perut suka hati.

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Bentuk-bentuk yang lain ialah pantun enam kerat, pantun lapan kerat, dan pantun dua belas kerat.

Ciri-ciri Pantun

Setiap baris pantun mempunyai empat hingga lima patah perkataan.

Setiap baris mempunyai lapan hingga dua belas suku kata.

Baris pertama dan kedua pantun empat kerat dinamakan pembayang atau sampiran.

Page 2: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Dua baris kemudiannya disebut maksud.

Pantun empat kerat memakai skema rima a-b-a-b.

Setiap rangkap pantun melengkapkan satu idea yang hendak disampaikan.

Pantun berkait memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan idea yang hendak disampaikan

Jenis-jenis Pantun

Peranan dan Fungsi

Pantun memainkan peranan penting di dalam masyarakat Melayu seperti di dalam upacara meminang, majlis berbalas pantun, penghias ucapan dan sebagainya.

Antara fungsinya ialah mendidik, menyindir, menyatakan perasaan, menyampaikan buah fikiran dan menghibur.

1.2 Gurindam

Kata ‘gurindam’ berasal daripada bahasa Sanskrit. Genre puisi ini tergolong sebagai satu daripada Puisi Melayu Tradisional di dalam kategori bukan naratif.

Ciri-ciri gurindam ialah:

Setiap untai mengandungi dua baris ayat.

Baris pertama disebut syarat, manakala baris kedua disebut jawab.

Rima hujungnya sama, iaitu a-a.

Isinya ialah hal-hal yang berat dan serius.

Puisi bertulis.

Contoh gurindam ialah:

Barang siapa mengenal Allah,

Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

Barang siapa tiada mengenal agama,

Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

Page 3: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Peranan dan fungsi

Gurindam berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mendidik khalayak.

Unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan moral yang baik.

1.3 Seloka

Kata ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit ‘shloka’. Puisi jenis ini digunakan di dalam epik Mahabharata dan Ramayana. Walau bagaimanapun, seloka Melayu tidak sama dengan seloka Sanskrit.

Ciri-ciri seloka ialah:

Sejenis puisi bebas;

Rangkapnya tidak tetap;

Tidak tetap jumlah baris serangkap;

Tidak tetap jumlah perkataan sebaris; dan

Ada yang berima dan ada yang tidak berima.

Contoh seloka ialah:

Baik budi emak Si Randang,

Dagang lalu ditanakkan,

Tiada berkayu rumah diruntuh,

Anak pulang kelaparan,

Anak di pangku diletakkan,

Kera di hutan disusukan.

Peranan dan fungsi:

Seloka berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk menyindir, mengejek, bergurau senda, atau berjenaka.

Page 4: PUISI MELAYU TRADISIONAL

2. Puisi Melayu Tradisional Warisan Islam

Bahagian ini akan memfokuskan perbincangan kepada genre puisi yang paling popular, iaitu syair. Kata ‘syair’ berasal daripada kata ‘syi’r’ di dalam bahasa Arab yang bermaksud puisi.

Ciri-ciri syair ialah:

Sejenis puisi naratif di dalam bahasa Melayu;

Bentuknya berangkap-rangkap;

Setiap rangkap yang biasa ada empat baris;

Setiap baris mengandungi purata empat patah perkataan;

Setiap baris mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata;

Rima hujungnya sama, iaitu a-a-a-a;

Tidak mempunyai pembayang dan maksud seperti pantun, dan

Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan sesuatu idea.

Syair Agama telah diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri untuk menyampaikan hal-hal keagamaan. Contohnya ialah Syair Sidang Fakir dan Syair Perahu.

Jenis-jenis syair

Syair Romantik mempunyai struktur dan juga isinya yang sama dengan cerita dongeng. Contoh-contohnya ialah Syair Siti Zubaidah Perang China dan Syair Dandan Setia. Syair sejarah mengandungi kisah berunsur sejarah. Contoh-contohnya ialah Syair Singapura Terbakar dan Syair Sultan Maulana. Syair kiasan menggunakan watak binatang untuk menyedarkan khalayak melalui sindiran-sindiran tajam. Contohnya ialah Syair Burung Pungguk dan Syair Ikan Terubuk.

Contoh serangkap syair:

Peranan dan fungsi syair

Ada kepada suatu hari,

Saya ke pasar berlari-lari,

Page 5: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Berjumpa dengan seekor nuri,

Sangatlah bijak ia berperi.

Syair berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk memberi hiburan dan pendidikan.

Dicatat oleh Din Senu

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/puisi-melayu-tradisional.html

Page 6: PUISI MELAYU TRADISIONAL

uesday, May 29, 2012

PUISI MELAYU TRADISIONAL

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, satu tinjauan akan dilakukan terhadap warisan bahasa Melayu yang mempunyai peradaban yang tinggi serta mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu puisi tradisional Melayu. Huraian akan ditumpukan kepada definisi dan konsep puisi-puisi tradisional Melayu. Dalam lain bahagian, penjelasan ringkas akan diberikan tentang ciri-ciri yang terdapat dalam pantun, syair, seloka dan lain-lain. Seterusnya, perkara yang akan dibincangkan ialah bahagian-bahagian pecahan kecil daripada puisi yang dibincangkan berserta contoh.

1.2 Ruang Lingkup

Penulisan ilmiah saya merangkumi ruang lingkup yang terhad. Kertas ini mengupas dengan lebih mendalam tentang pantun, syair, seloka serta banyak lagi puisi-puisi tradisional Melayu yang lain.

1.3 Batasan

Batasan daripada penulisan ilmiah saya ini merangkumi definisi dan konsep puisi-puisi tradisional Melayu. Selain itu, pecahan-pecahan kecil puisi serta ciri-ciri pentingnya turut dibincangkan. Contoh-contoh yang relevan juga dilampirkan bagi mengukuhkan lagi penulisan ilmiah saya.

Page 7: PUISI MELAYU TRADISIONAL

2.0 DEFINISI DAN KONSEP

Puisi tradisional Melayu merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik. Puisi tradisional Melayu telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan lagi. Menurut Abdul Halim Ali (2004:2), puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni, malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama dan ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan juga kepercayaan.

Menurut Mohd Rosli Saludin (2000:10), bentuk-bentuk dan jenis-jenis puisi yang terdapat dalam puisi tradisional Melayu adalah seperti pantun, syair, seloka, teromba, gurindam, peribahasa berangkap, talibun, nazam, rubai, kit ’ah, masnawi, ghazal, zikir dan selawat, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah dan dabus.

3.0 GENRE PUISI TRADISIONAL MELAYU

Sejarah kesusasteraan Melayu telah mencapai kegemilangannya pada abad ke-17 sebelum menerima pengaruh kemodenan pada awal abad ke-20. Berikutan dengan itu, hasil-hasil sastera ini telah dibahagikan kepada dua golongan iaitu kesusasteraan Melayu tradisional dan moden. Hasil kesusasteraan ini kemudiannya dibahagikan kepada dua betuk iaitu prosa dan juga puisi

Berdasarkan kepada pembahagian tersebut, dapat dirumuskan bahawa puisi Melayu tradisional termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif). Pelbagai kajian telah dilakukan oleh para sarjana. Mereka telah mengklasifikasikan jenis-jenis puisi Melayu tradisional dengan pelbagai istilah. Walau bagaimanapun, istilah-istilah tersebut tidak pernah konsisten. Harun Mat Piah (1998) telah mengenal pasti 34 istilah yang digunakan oleh para pengkaji. Beliau mencadangkan pengelasan genre puisi Melayu tradisional dilakukan berdasarkan bentuk, isi, tema, dan fungsi puisi. Oleh yang demikian, puisi Melayu tradisional dirumuskan kepada dua belas iaitu pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun, prosa berirama dan juga zikir

4.0 PUISI TRADISONAL MELAYU

4.1 Pantun

Pantun merupakan puisi tradisional Melayu yang paling popular. Hal ini disebabkan oleh sifatnya yang asli. Keaslian yang dimaksudkan adalah kerana pantun hanya dijumpai pada bangsa Melayu Nusantara sahaja. Menurut Za’ba 1965:219), pantun adalah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal orang Melayu sebenar. Sejak orang Melayu belum tahu menulis surat lagi, mereka telah pun pandai berpantun dan kerap berbalas pantun sesama mereka. Menurut Harun Mat Piah, et al (2000:112) pula, pantun yang telah pun diterima umum merupakan puisi asli ciptaan orang Melayu iaitu bukan saduran atau penyesuaian daripada puisi-puisi Jawa, India, Cina dan sebagainya.

4.1.1 Ciri-ciri pantun

Ciri-ciri pantun dapat dilihat dari aspek strukturnya. Ciri pertama yang ada pada pantun ialah pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkap terdiri daripada baris-baris yang sejajar serta berpasangan seperti 2,4,6 hingga 16.

Seterusnya, pantun mempunyai jumlah suku kata dalam setiap baris antara lapan hingga dua belas suku kata iaitu mengandungi kata dasar antara empat hingga lima patah perkataan. Namun begitu, pada kebiasaannya pantun mengandungi antara lapan hingga sepuluh suku kata.

Page 8: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Selain itu, setiap rangkap pantun mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan juga bahagian maksud. Sebagai contoh, dala satu quatrain terdapat dua unit, satu unit pembayang dan unit satu lagi merupakan unit maksud.

Ciri keempat ialah pantun mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b-a-b. Walau bagaimanapun, terdapat juga variasi pada rima hujung pantun iaitu a-a-a-a, a-a, a-b, b-a, dan sebagainya. Pada kebiasaannya, pantun akan menggunakan rima akhir a-b-a-b.

Ciri terakhir ialah satu rangkap pantun sahaja sudah memiliki kesatuan fikiran yang lengkap dan sempurna. Dalam kata lain, satu rangkap pantun sahaja sudah dapat memberikan maksud yang hendak disampaikan secara keseluruhan.

4.1.2 Pengelasan pantun

Pantun dapat dibahagikan kepada beberapa tema dan persoalan iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, serta pantun naratif atau cerita.

Berdasarkan tema dan juga persoalan pantun, muncul jenis-jenis pantun seperti pantun budi, pantun nasihat, pantun jenaka dan sebagainya. (Lihat contoh jenis pantun pada lampiran)

Berpantun ketika majlis merisik merupakan adat Melayu.

Budaya berpantun harus diteruskan oleh golongan muda.

Budaya berpantun harus dipupuk dari usia muda.

4.2 Syair

Syair dikatakan berasal dari Arab. Walau bagaimanapun, didapati bahawa bentuk syair Melayu berbeza dengan bentuk syair yang terdapat dalam kesusasteraan Arab. Menurut Muhd. Mansur Abdullah (1991:109), dalam puisi Melayu klasik ditegaskan bahawa walaupun syair bukanlah hak mutlak ataupun kepunyaan bangsa Melayu, namun memandangkan ia sudah berakar umbi di alam Melayu sejak sekian lama, maka ia sudah dianggap dan diterima oleh orang Melayu sebagai puisi tradisi mereka.

4.2.1 Ciri-ciri syair

Seperti pantun, syair juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Syair mempunyai susunan baris yang terikat. Susunan terikat yang dimaksudkan ialah syair hanya mempunyai empat baris sahaja bagi setiap rangkap.

Selain itu, setiap hujung baris syair hanya mempunyai satu rima yang sama sahaja. Rima akhir bagi syair adalah a-a-a-a. Namun begitu, syair juga mempunyai variasi yang bergantung pada bentuk rima iaitu dua baris serangkap dengan rima a-b, tiga baris serangkap dengan rima a-a-b, empat baris serangkap dengan rima a-b-a-b, empat baris serangkap dengan rima a-b-b-b, empat baris serangkap

Page 9: PUISI MELAYU TRADISIONAL

dengan rima a-a-a-b, c-c-c-d, d-d-d-d dan seterusnya, empat baris seirama da yang terakhir empat baris berbait.

Ciri seterusnya, satu rangkap syair iaitu empat baris syair merupakan kesatuan idea. Bagi tujuan menyampaikan maksud, setiap unit-unit dari rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri. Walau bagaimanapun, setiap unit rangkap syair akan bersambung-sambung dan menjadi kesatuan yang sistematik seterusnya berkembang.

4.2.2 Jenis syair

Kumpulan syair dalam kesusasteraan Melayu dalam digolongkan dalam beberapa jenis. Syair terdiri daripada syair rekaan pengarang yang berisi cerita, syair yang mengandungi cerita atau hikayat lama, syair mengenai sesuatu peristiwa atau sejarah, syair yang bersifat kiasan atau sindiran dan juga syair yang berisi nasihat dan pengajaran agama. ( Lihat contoh jenis syair pada lampiran)

Walaupun syair dikatakan berasal dari Arab, syair telah berakar umbi dalam jiwa bangsa Melayu.

4.3 Gurindam

Gurindam pada asalnya sudah terkenal sejak zaman Hindu lagi. Dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional Melayu (1996:25) ada menyatakan bahawa kata gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit yang dibawa masuk ke alam Melayu melalui bahasa Tamil. Walau bagaimanapun, isi gurindam yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu berbeza dengan isi gurindam yang terdapat dalam puisi Sanskrit atau Tamil. Gurindam terkenal dalam masyarakat Melayu khususnya di Sumatera. Menurut Gazali Dunia (1992:104) di Sumatera, gurindam juga dikenali dengan nama lain seperti Muslihat Aceh, Gurindam Barus, Lagak Minang, dan sebagainya. Seperti pantun, gurindam juga merupakan puisi ciptaan masyarakat Melayu.

4.3.1 Ciri-ciri gurindam

Page 10: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Gurindam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Gurindam tergolong dalam golongan puisi bebas. Oleh itu, jumlah baris, perkataan, dan juga suku kata dalam setiap baris tidak ditetapkan. Namun demikian, gurindam pada kebiasaannya hanya mempunyai dua baris dalam setiap rangkap seperti Gurindam Dua Belas karangan Raja Ali Haji, tetapi jumlah baris dan bentuk rima nya tetap bersifat bebas.

Gurindam juga mengandungi ciri-ciri puisi lama. Ciri-ciri puisi lama yang dapat dilihat seperti kadang kala terdapat unsur-unsur asonansi dan aliterasi dalam baris gurindam. Bentuk-bentuk puisi lain seperti pantun dan syair juga kadang kala dapat dilihat pada awal, tengah, mahupun akhir gurindam.

Ciri lain ialah gurindam kebiasaannya menyampaikan maksud yang agak serius, terutamanya apabila sesuatu gurindam itu disampaikan bagi tujuan menyampaikan pengajaran. Peranan gurindam lebih berfokus kepada pendidikan moral yang baik. ( Lihat contoh gurindam pada lampiran)

Gurindam jiwa merupakan gurindam yang pernah dipopularkan oleh Noordin Ahmad dan Latifah Omar.

Gurindam Dua Belas merupakan hasil kerja Raja Ali Haji.

Page 11: PUISI MELAYU TRADISIONAL

4.4 Seloka

Menurut Harun Mat Piah, et al (2000:122), perkataan seloka berasal dari kata shloka dalam bahasa Sanskrit yang membawa erti puisi yang terdiri daripada dua baris. Seloka dikatakan berasal daripada kesusasteraan Hindu klasik yang didapati dalam epos Mahabhrata dan Ramayana. Menurut Tun Seri Lanang dalam buku Sejarah Melayu 1612 membandingkan gambaran bunyi burung-burung di taman Puteri Gunung Ledang dengan orang bergurindam dan berseloka.

4.4.1 Ciri-ciri seloka

Seloka mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut pandangan C.Hooykaas, Gazali Dunia (1992:108) seloka merupakan suatu puisi yang mengandungi empat baris dalam setiap rangkap. Setiap baris seloka pula mengandungi dalam lingkungan lapan hingga sebelas suku kata.

Harun Mat Piah dalam kajiannya telah menyatakan beberapa ciri-ciri seloka. Antara ciri yang dinyatakan oleh beliau ialah seloka merupakan karangan yang berangkap yang menggunakan rima hujung berbentuk bebas.

Ciri seterusnya ialah dasar seloka bertujuan sebagai suatu sindiran ataupun jenaka. Kata-kata yang berbentuk sindiran, mahupun ejekan disampaikan dalam bentuk rangkap-rangkap seloka. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya isi seloka lebih berunsurkan jenaka dan gurauan.

Seloka juga pada kebiasaannya menggunakan bahasa yang meleret-leret dalam penceritaan nya di samping sindiran yang tajam.

4.4.2 Jenis seloka

Jenis sesebuah seloka bergantung kepada tema seloka. Mengikut pendapat Harun Mat Piah, tema dan isi seloka amat terbatas. Hal ini disebabkan oleh dasar isi kepada seloka yang berunsurkan sindiran dan jenaka. Berikutan dengan itu, tema seloka juga hanya terhad dalam lingkungan unsur-unsur sindiran da jenaka sahaja.

Namun demikian, terdapat terselit pengajaran dan panduan kepada masyarakat daripada ejekan dan sindiran rangkap-rangkap seloka yang digubah. ( Lihat contoh seloka pada lampiran)

Antara seloka yang melambangkan kenegerian yang popular dalam kalangan masyarakat.

5.0 PENUTUP

Secara tuntas, puisi tradisional Melayu merupakan warisan bangsa Melayu yang mempunyai keunikan tersendiri dan berharga. Definisi dan konsep beberapa puisi-puisi tradisional telah dihuraikan bagi memberi lebih pemahaman tentang puisi-puisi tersebut. Pemahaman terhadap puisi-puisi tersebut dipertajam kan lagi dengan adanya ciri-ciri puisi berserta contoh yang relevan.

Page 12: PUISI MELAYU TRADISIONAL

BIBLIOGRAFI

Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati puisi Melayu tradisional. Tanjung Malim. Penerbitan Profesional Baharu

Mohd Yusof Md. Nor, Dr. Abd. Rahman Kaeh. (1985). Puisi Melayu tradisi. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Rosli Saludin. (2007). Puisi Melayu tradisional. Bukit Mertajam, Penang. Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.

Noriah Mohamed. (2006). Sentuhan rasa dan fikir dalam puisi Melayu tradisional. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Harun Mat Piah et al,. (2000). Puisi Melayu tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Posted by Ceritadaribulan at 7:57 PM

http://cikgu-girang.blogspot.com/2012/05/puisi-melayu-tradisional.html

MONDAY, OCTOBER 25, 2010

PUISI TRADISIONAL

DEFINISI

Page 13: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika. Bentuk, pemikiran dan fungsi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradidionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Sesetengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.

CIRI-CIRI

Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut:

a) Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.

b) Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar.

c) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, itonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi.

d) Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.

e) Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai.

f) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional.

g) Binaanya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya.

h) Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat sebagai pengajaran, hiburan, keramaian, ritual, keagamaan dan sebagainya.

i) Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan adat istiadat, misalnya adat perpatih.

j) Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imejan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati.

JENIS-JENIS

Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah pantun, syair, gurindam dan seloka.

Page 14: PUISI MELAYU TRADISIONAL

PANTUN

Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian, asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila’ dalam kesusasteraan Melayu. Istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya, ‘tuan umpama kilat cermin, di balik gunung nampak juga’.

Ciri-ciri Pantun

Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya:

a) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea.

b) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan, misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas kerat. Namun pantun yang popular dan terus berkembang ialah pantun dua kerat dan empat kerat.

c) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan.

d) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.e) Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar berselangan, iaitu ab;ab. Ada juga skema ringan yang sama iaitu aa;aa.

f) Stuktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia.

g) Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.

h) Penggunaan lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

i) Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dengan unit maksud.

SYAIR

Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha’r yang bererti penyair, pengarang atau penyajak. Istilah ini berkembang dalam pelbagai bahasa Nusantara seperti sa’e, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Punggak, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.

Page 15: PUISI MELAYU TRADISIONAL

Ciri-ciri Syair

Syair mempunyai beberapa ciri, antaranya:

a) Empat baris serangkap.

b) Jumlah perkataan dalam setiap baris tiga hingga lima patah perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris lapan hingga dua belas suku kata.

c) Tergolong dalam jenis puisi kata.

d) Skema rima hujungnya sama iaitu aa;aa.

e) Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea namun rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri.

f) Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda.

g) Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.

h) Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.

GURINDAMGurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema rima a;a. Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanya bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.

Ciri-ciri Gurindam

Gurindam mempunyai beberapa ciri, antaranya:

a) Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris dan jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak tetap.b) Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan.c) Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap.d) Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a.e) Ada kalanya wujud unsure asonansi dan aliterasi dalam perkataan yang digunakan.f) Ada kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain seperti pantun atau syair.

Page 16: PUISI MELAYU TRADISIONAL

g) Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua).h) Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.

Jenis-jenis Gurindam

Gurindam dapat dijeniskan berdasarkan bentuknya. Terdapat dua jenis gurindam, iaitu gurindam berbentuk bebas (tidak terikat) dan gurindam berbentuk terikat.

SELOKAIstilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu, seloka beerti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan.

Ciri-ciri Seloka

Seloka mempunyai beberapa ciri, antaranya:

a) Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.b) Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat).c) Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.d) Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.e) Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

POSTED BY ROHANA MOHD NOOR

http://cikgurohanasmkkamil.blogspot.com/2010/10/puisi-tradisional-definisi-puisi.html