sejarah perkembangan puisi melayu

25
SEJARAH PERKEMBANGAN PUISI MELAYU 1.0 PENDAHULUAN Puisi pada mulanya lahir sebagai bentuk kesenian yang berpindah dari mulut ke mulut. Pawang, bomoh, dan penglipur lara menghafaz mentera-mentera, doa, pantun dan syair untuk dibaca dan dinyanyikan dalam istiadat perkahwinan, tolak bala, kelahiran, kematian, memuja semangat padi, menyeru arwah-arwah penjaga laut dan istiadat lain yang penting dalam kehidupan orang bermasyarakat. Bahasa digunakan untuk menyusun puisi pada bentuk yang awal, mudah, berirama dan tepat. Menurut seorang sarjana, Md. Ali Bachik ( 1989:ix ), menjelaskan puisi bermakna karangan berangkap atau berbaris- baris. Puisi meliputi seloka, gurindam, bahasa berirama, pantun, talibun, syair, nazam, nasyid, mantera, perbilangan adat dan teromba, rangkait dan teka teki. Manakala Rahman Shaari (1987:70) menyatakan puisi merupakan ungkapan atau rangkaian kata-kata yang berangkap- rangkap. Kata-kata dalam puisi disusun dengan memberatkan irama, bunyi, rima, dan kiasan. Biasanya pada masa dahulu, karya seni ini dicipta untuk maksud tertentu, misalnya jampi mentera untuk perubatan (tradisional), pantun remaja untuk meluahkan perasaan dan fikiran. Selain jampi mentera dan pantun, terdapat pula gurindam, syair, seloka dan lain-lain. Selain itu, Samsina Abd Rahman (1999:91) turut menyatakan bahawa puisi adalah salah satu genre sastera. Puisi berfungsi sebagai penghias, penyempurnaan dan memperindahkan karya prosa di samping sebagai sebuah hasil karya yang kaya dengan ciri-ciri estetika serta mengandungi mesej dan wawasan yang tinggi nilai falsafahnya.

Upload: nor-kasma-saman

Post on 23-Jan-2016

158 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pengenalan pada sejarah dan latar belakang perkembangan puisi Melayu di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

SEJARAH PERKEMBANGAN PUISI MELAYU

1.0       PENDAHULUAN

           Puisi pada mulanya lahir sebagai bentuk kesenian yang berpindah dari mulut ke mulut. Pawang, bomoh, dan penglipur lara menghafaz mentera-mentera, doa, pantun dan syair untuk dibaca dan dinyanyikan dalam istiadat perkahwinan, tolak bala, kelahiran, kematian, memuja semangat padi, menyeru arwah-arwah penjaga laut dan istiadat lain yang penting dalam kehidupan orang bermasyarakat. Bahasa digunakan untuk menyusun puisi pada bentuk yang awal, mudah, berirama dan tepat.

          Menurut seorang sarjana, Md. Ali Bachik ( 1989:ix ), menjelaskan puisi bermakna karangan berangkap atau berbaris-baris. Puisi meliputi seloka, gurindam, bahasa berirama, pantun, talibun, syair, nazam, nasyid, mantera, perbilangan adat dan teromba, rangkait dan teka teki.

          Manakala Rahman Shaari (1987:70) menyatakan puisi merupakan ungkapan atau rangkaian kata-kata yang berangkap-rangkap. Kata-kata dalam puisi disusun dengan memberatkan irama, bunyi, rima, dan kiasan. Biasanya pada masa dahulu, karya seni ini dicipta untuk maksud tertentu, misalnya jampi mentera untuk perubatan (tradisional), pantun remaja untuk meluahkan perasaan dan fikiran. Selain jampi mentera dan pantun, terdapat pula gurindam, syair, seloka dan lain-lain.

          Selain itu, Samsina Abd Rahman (1999:91) turut menyatakan bahawa puisi adalah salah satu genre sastera. Puisi berfungsi sebagai penghias, penyempurnaan dan memperindahkan karya prosa di samping sebagai sebuah hasil karya yang kaya dengan ciri-ciri estetika serta mengandungi mesej dan wawasan yang tinggi nilai falsafahnya.

     

         Menurut Arba’ie Sujud dan Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi (Sastera Melayu Suatu Pengantar :2010:26), sajak tergolong dalam puisi moden yang terkeluar daripada ciri-ciri rigid puisi melayu tradisional. Dari segi bentuk, sajak berbentuk bebas. Dalam hal ini kebebasan bermaksud keupayaan dan kesediaan menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk-bentuk yang ada. Walaupun daripada sudut bentuk wujud kebebasan, namun sajak masih terikat dengan penerapan dan penggunaan bahasa sebagai medium penyampaian. Secara umum sajak terbentuk daripada kata-kata terbaik bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang dan bersifat harmonis antara  kata dan maksud yang disampaikan.      

          Daripada pandangan beberapa orang penulis di atas dapatlah disimpulkan bahawa puisi adalah pandangan tentang kehidupan, kebenaran, kecantikan, fikiran terbaik, emosi dan bahasa yang indah yang membawa mesej seseorang pengkarya. . Puisi juga merupakan sebuah wacana

Page 2: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

yang lengkap. Untuk semua masyarakat. Oleh itu puisi merupakan karya kreatif yang boleh digunakan untuk menyampaikan fikiran, nasihat, tunjuk ajar dan pendidikan seperti yang terdapat dalam mentera, pantun, syair dan lain-lain.

          Kertas kerja ini akan membincangkan tentang sejarah perkembangan puisi melayu yang akan di bahagikan kepada lima zaman iaitu Zaman Pemerintahan Jepun, Selepas Pemerintahan Jepun, Tahun Lima Puluhan, Tahun Enam Puluhan dan Tahun Tujuh Puluhan

2.0       ANALISIS DAN PERBINCANGAN

              Terdapat beberapa faktor dalam perkembangan puisi melayu iaitu situasi sosial dan politik, sikap penciptanya, peranan penerbitan dan pemimpinnya serta sikap pembaca. Berdasarkan faktor-faktor inilah diperlihatkan perkembangan puisi Melayu moden yang akan dibahgikan kepada lima period atau zaman. Perkembangan ini akan diterangkan secara rinci pada analisis di bawah.

2.1       ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN (1942-1945)

            Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dilandasi oleh matlamat politiknya yang dijelmakan dalam slogan “Asia Untuk Asia” dan “Asia Timur Raya Makmur di Bawah Pimpinan Dai Nippon”. Ini dimaksudkan, Jepun bercita-cita menjadi kuasa besar yang dihormati di Asia dan berusaha menyingkirkan kuasa Barat. Oleh itu melalui slogan-slogan tersebut, pemerintahan Jepun menyebarkan propaganda untuk mendapatkan sokongan serta keyakinan rakyat. Ditegaskannya, bahawa kedatangan mereka ke negeri-negeri di Asia Tenggara untuk memberikan kenikmatan baru dan menyelamatkan rakyatnya daripada kekejaman penjajah Barat.

            Selain daripada itu, pemerintahan Jepun menetapkan dasar penerbitan akhbar dan majalah supaya dapat menyalurkan propagandanya dengan lebih berkesan. Setiap penerbitan diarahkan menggunakan nama yang mencerminkan konsep “cahaya matahari” lambang semangat dan keagungan bangsa Jepun. Demikianlah lahirnya majalah-majalah Matahari Memancar, Sinaran Matahari dan akhbar Pancaran Matahari yang diterbitkan oleh penerbit persendirian. Selanjutnya, Berita Malai, Semangat Asia dan Fajar Asia, iaitu tiga penerbitan terkemuka diletakkan di bawah pengawasan pemerintahan Jepun.

            Sesungguhnya, kegiatan propaganda dan dasar pemerintahan Jepun serta perubahan sosiobudaya dan politik bangsa Melayu inilah yang mempengaruhi arah perkembangan puisi. Dengan adanya pengawasan yang ketat terhadap akhbar dan majalah, tentunya puisi atau sajak-sajak yang dihasilkan lebih ketara membawakan nafas atau semangat Jepun. Terlihat dalam period 1942-1945 ini, sebilangan besar daripada jumlah sajak yang dihasilkan adalah mengemukakan semangat kebangsaan. Pernyataan semangat tersebut memberikan penekanan kepada perjuangan, persatuan serta permuafakatan bangsa Melayu dan Indonesia. Malah buat pertama kalinya penyataan “Nasionalisme Asia” menjadi begitu dinamik. Penyataan demikian antaranya ditemui dalam sajak-sajak “Marilah Bersatu” (Berita Malai, 31 Oktober 1944) dan “Membela Nusa” (Berita Malai, 21 November 1944) dan “Bakti Putera Timur” (Berita Malai, 13 Februari 1945) karya Masuri S.N., yang muncuk sebagai penyair terpenting sumbangannya.

Page 3: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

            Melalui sajak “Marilah Bersatu” itu, terkihat seruan kearah mewujudkan perpaduan dan kekuatan bangsa Asia, iaitu sesuai dengan semangat “Asia Untuk Asia” yang dibina oleh pemerintahan Jepun. Antaranya Masuri menyuarakan:

                                 Bukan masanya berpecah belah

                               Satu ke barat, satu ke timur   

                               Tenaga semua perlu tersimpul

                                Agar Asia menjadi makmur.

                               Wahai saudara bangsa Asia

                               Tetapkan hati mengadap derita

                               Awal bermula, azab sengsara

                               Kelak bertukar bahagia raya.

  

            Pada lahirnya sajak-sajak zaman Jepun amat mudah dianggap menjadi alat propaganda. Ini, pertamanya kerana sajak-sajak yang dihasilkan begitu banyak membawakan slogan yang melambangkan semangat, kemegahan serta keagungan bangsa Jepun seperti ‘Cahaya Asia’, ‘Asia Raya’ dan ‘Matahari Timur’. Keduanya, sajak-sajak yang mengambarkan kemiskinan dan kemelaratan hidup rakyat amat kecil jumlahnya. Kalau ada pun, seperti sajak “Kepada Kaum Tani” (Semangat Asia, Julai 1943), lebih menyarankan supaya rakyat bekerja kuat mendapatkan bahan makanan sendiri.

            Namun demikian, penggunaan slogan dan lambang-lambang kemegahan Jepun itu dapat dimanfaatkan sebagai penghubung cita-cita politik dan perjuangan bangsa Melayu. Tiga buah sajak Masuri S.N., iaitu “Bunga Sakura” (Berita malai, 5 September 1944), “Ros Kupuja” (Berita Malai, 5 September 1944), dan “Perajurit Negara” (Berita Malai, 12 September 1944) dapat dikemukakan sebagai contoh. Dalam sajak terakhir ini, antara lainnya disuarakan:

                            Berjuanglah, berjuanglah “Perajurit Negara”

                            Tunjukkan keperwiraan bangsa Asia

                            Sanggup membela turut bertempur

                            Haram menyerah tak pernah undur.

                            Jangan bimbang janganlah walang

Page 4: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

                            Teruskan menggempur pihak sekutu

                            Bunga pujaanmu, mekar berkembang

                            Menanti pulangmu sarat merindu.

  

            Walaupun seruan ini menepati strategi Jepun, tetapi tidak pula terlihat secara jelas menyokong perjuangan tentera Jepun. Dengan itu, seruannya lebih tepat ditujukan kepada barisan tentera pemuda Melayu dalam PETA. Penubuhan barisan ini pada lahirnya menentang musuh Jepun, sedangkan matlamat sebenarnya adalah untuk mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu. Jadi, apabila disuarakan ‘menggempur pihak Sekutu’, tidaklah dimaksudkan berjuang menentang Inggeris dan Amerika sahaja melainkan termasuk juga Jepun sebagai bangsa yang menjajah. Dan ini memperjelaskan pula bahawa ‘Bunga pujaanmu’ itu bukanlah bunga sakura, tetapi bunga ros yang melambangkan tanahair dan bangsa Melayu menanti kejayaan perjuangan barisan tentera pemudanya.

            Suatu hal lain yang menarik ialah terdapatnya sebuah sajak yang mengemukakan persoalan bahasa, iaitu sajak “Bahasa dan Bangsa” (Sinaran Matahari, 24 Ogos 1942) karya Muhammad Hassan Abdul Wahab. Dengan sajak ini menunjukkan, semangat kesedaran bangsa  Melayu mencintai bahasanya, menjadi sama pentingnya, malah seiring dengan perjuangan menegakkan kedaulatan bangsa dan tanahair:

                  Bahasa boleh melemahkan pedang

                  Menewaskan musuh yang masih gadang

                  Bahasa pula bukan kepalang

                  Patutlah kita menaruh pandang.

                  Oh bahasa, kamulah senjata

                   Kepada kamu aku bercinta

                  Dengan kamu aku meronta

                  Buat menjaga bangsa dan nusa.

  

            Begitulah sajak-sajak sepanjang period atau zaman pemerintahan Jepun ini. Perkembangannya yang jelas ialah berlakunya perubahan dari segi corak serta kesan penyataan persoalannya. Dari kesan penyataannya yang lebih banyak menyarankan sikap pesimis dan nada melankolik (mendayu-dayu) pada zaman sebelum perang, berubah kepada sikap optimis dan

Page 5: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

nada patriotik. Tetapi dari segi teknik, pada umumnya masih memperlihatkan persambungan dengan ciri-ciri puisi Melayu tradisional. Sajak “Di Senja Kala” (Berita Malai, 17 Oktober 1944) karya Masuri S.N. adalah di antara contohnya. Sajak ini yang begitu berkesan membawakan gambaran keindahan alam kerana dihubungkan dengan keagungan Tuhan, ternyata masih mengekalkan penyusunan baris dan penggunaan rima seperti pantun atau syair. Cuma sajak-sajak yang dihasilkan olen penyair dari Indonesia sahaja yang telah melakukan penyimpangan atau pemutusan daripada ikatan bentuk pantun dan syair. Ini terlihat jelas pada sajak-sajak “Memuja Bonda” (Semangat Asia, April 1943) dan “Kewajipan Kita” (Fajar Asia, 27 Mac 1943) karya Bacthiar Effendi. Walaupun demikian, perubahan pernyataan sikap itulah menjadi titik tolak arah perkembangan puisi yang penting selanjutnya, iaitu selepas berkahirnya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

2.1       SELEPAS PEMERINTAHAN JEPUN (1946-1949)           

            Matlamat gerakan orang-orang Melayu dalam pertubuhan-pertubuhan politik menjadi lebih lantang dan tegas. PKMM misalnya, mempunyai penerbitan sendiri untuk menyalurkan cita-cita perjuangannya. Antaranya ialah akhbar Pelita Malaya, yang mendukung dasar “Menuju Kebenaran, Pendamaian dan Kemerdekaan Bangsa”. Begitu juga majalah-majalah Suluh Malaya, yang mengutamakan dasarnya sentiasa “Berterus Terang Dalam Segala Hal” dan Kris, dengan dasarnya ke arah mencapai “Kedaulatan Bangsa”. Matlamat serta corak gerakan demikian amat erat pula  hubungannya denga kesedaran orang-orang Melayu di Tanah Melayu terhadap kejayaan Indonesia mencapai kemerdekaan pada waktu itu.

            Kelantangan serta ketegasan pertubuhan-pertubuhan politik menyalurkan matlamat perjuangan melalui penerbitan, adalah juga berpunca daripada dasar penerbitan. Ketika itu tiada lagi sekatan atau pengawasan pemerintahan yang ketat, seperti pada zaman Jepun. Dan ini turut memungkinkan penyaluran fikiran, pandangan serta pendapat secara lebih bebas dalam penerbitan lain. Kesan kebebasan itu terlihat terutamanya dalam akhbar-akhbar Utusan Zaman, Majlis dan majalah-majalah Kencana, Hiburan , Mastika, dan Medan Masyarakat, yang mengambil peranan penting menyiarkan puisi sepanjang period 1946-1949 ini. 

            Puisi atau sajak-sajak yang mengemukakan persoalan semangat perjuangan terus mengambil tempat utama dalam period tersebut. Pernyataannya menjadi lebih tegas dan khusus, iaitu menentang penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan tanahair dan bangsa Melayu. Ini jelas ditemui dalam sajak-sajak Masuri S.N. yang semakin produktif. Demikian juga sajak-sajak dari penulis atau penyair yang baru muncul seperti Tongkat Warrant (Usman Awang), Asmara (Ismail Zainuddin), Aishak Norida (Abdul Ghani Ishak), Ghazali Hassan dan Zulkifli Muhammad.

            Dalam sajak “Penderitaan Kita” (Medan Masyarakat, Mac 1947), Zulkifli Muhammad menggambarkan keburukan serta kemelaratan nasib bangsanya yang telah berabad-abad di bawah kuasa penjajah. Segalanya itu adalah sebagai akibat daripada ketidakjujuran serta kekejaman dasar penjajah, seperti yang disuarakan:

                        Bercerai-cerai rakyat murba merata ceruk

Page 6: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

                        ‘pecah-pecahkan kemudian perintah’ cita-cita busuk

                        Asas penjajah menipu rakyat mendaya murba

                        Menjadikan bangsa gah mulia budak hamba.

            Tujuan gambaran serta penyuaraan ini adalah jelas untuk menanamkan rasa kebencian  dan menguatkan semangat menentang penjajah, iaitu berjuang mencapai kemerdekaan. Demikianlah, dalam sajak-sajak yang menyuarakan semangat perjuangan ketika itu, amat banyak ditemui kata-kata dan ungkapan-ungkapan ‘Merdeka’, ‘Malaya Merdeka’, ‘Tetap Merdeka’ dan ‘Hidup Merdeka’. Usman Awang, misalnya, menerusi sajak “Aliran Hidup” (Utusan Zaman, 31 Julai 1949), setelah menyedari dirinya dan bangsa Melayu ‘senasib dengan hampas’, lalau menyuarakan dengan lantang hasrat untuk bertindak untuk mengubahnya. Bentuk serta arah tindakan itu ditegaskan:

                    Aku bangun semula merampas kepunyaanku

                    Aku terus berdiri semula

                    Sebagai dahulu bebas merdeka

                    Dan bila sekali merdeka “tetap merdeka”.

            Terdapat juga sejumlah besar sajak yang menyuarakan perjuangan seperti “Aliran Hidup” ini ditujukan kepada golongan khusus dalam masyarakat Melayu. Antaranya kepada golongan pemuda, kaum wanita dan anggota pasukan keselamatan, terutama pasukan Askar Melayu. Dalam hubungan inilah terlihatnya suatu perkembangan yang menarik. Sepanjang period 1946-1949 itu, telah muncul sebarisan penulis wanita menghasilkan sajak. Nama-nama yang ditemui ialah Mariam Abdul Ghani, Hafsah, Siti Aishah, Kamariah Johor, Wanita Kampung dan Normah Kamarudin. Sajak-sajak mereka tidak secara ghairah membawakan kesepian serta kerinduan dunia wanita, tetapi menyarankan peranan kaum wanita dalam perjuangan mencapai kemerdekaan.      

            Perkembangan lain dan amat penting untuk arah kematangan  pengucapan puisi Melayu moden, terlihat pada pernyataan yang dibawakan oleh sajak “Angkatan Baru” (Kencana Zaman, Julai 1947) karay Masuri S.N. dan “Jiwa Hamba” (Utusan Zaman, 27 Mac 1949) karya Usman Awang. Kedua-dua sajak ini mula menyuarakan keinginan untuk membebaskan puisi daripada ikatan tradisional sesuai denga perubahan sosiobudaya masyarakat, iaitu perubahan yang membawa pengucapan kebebasa dan kemerdekaan daripada pemerintahan penjajah. Keinginan demikianlah kemudiannya dikemukakan dengan jelas oleh Masuri S.N. pada tahun 1949, melalui sajak “Tiada Peduli”, yang dimuatkan dalam antalogi Awan Puteh. Gambaran kebebasan daripada ikatan puisi tradisional yang seimbang pula dengan pernyataan peasaan, pemikiran dan sikap penyairnya, diperlihatkan dalam petikan berikut:

   

Page 7: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

                            Sekali ini aku tidak peduli

                            Kegusaran malam bintang-bintang malap

                            Meski yang lain menyambut sunyi

                            Di atas dasar yang satu terang atau gelap

                            Aku tetap berdiri.

            Dengan sajak inilah ditemui pembaharui pengucapan puisi Melayu moden yang sebenarnya. Malah sajak tersebut sama kuatnya dengan sajak “Aku” karya Chairil Anwar. Namun pembaharuan yang berkesan ini tidak pula dilanjutka oleh Masuri dan penyair-penyair lain pada waktu itu. Betapa pun jua, pentingnya period selepas pemerintahan Jepun ini terletak pada suatu hal yang lain, iaitu telah bermulanya arah kematangan teknik pengucapan puisi moden.

2.2 TAHUN LIMA PULUHAN (1950-1959)

            Tahun Lima Puluhan membuka suatu sejarah baru dalam perkembangan kesusateraan Melayu moden yang berpusat di Singapura. Ini berikutan dengan tertubuhnya Angkata Sasterawan 50 atau kependekannya ASAS 50, yang membawa slogan “Seni Untuk Masyarakat”.

            Peranan bahasa  dalam perjuangan ASAS 50 ini, adalah suatu pengukuhan serta perluasan kesedaran yang telah disuarakan oleh Muhammad Hassan Abdul Wahab pada zaman Jepun. Corak pengucapan pengukuhan itu, terpancar jelas dalam sajak “Bahasa Bonda” (Utusan Zaman, 12 Disember 1954) karya Usman Awang, seperti yang dapat dilihat dalam petikan ini:

                        Ada ketika marah menyala

                        Memercik api semngat bangsa

                        Meletus gemuruh menyedap segala

                        Menjadi alat perjuangan merdeka.   

            Di samping itu di kalangan masyarakat penulis dan pembaca, turut juga menerima dan mengakui kepentingan alat perjuangan ASA 50 melalui bahasa dan kesusasteraan. Penerimaan serta pengakuan tersebut, antaranya ditemui dalam sajak-sajak “Sebuah Gambar” (Hiburan, 30 September 1950) karya Ramlimah, “Pujangga Baru” (Matika, September 1950) karya Awam-il-Sarkam, “Tahniah” (Hiburan 4 November 1950) karya kamar-al-Halim dan “Untuk Angkatan 50” (Utusan Zaman, 1 September 1953) karya A.Samad Said. Keadaan demikianlah yang menjadikan cita-cita ASAS 50, amat mudah dan amat banyak dikemukakan dalam puisi. Tambahan pula, Utusan zaman dan Mastika, dua penerbitan terpenting menyiarkan puisi sekitar Tahun Lima Puluhan, kebetulannya dipimpin oleh tokoh-tokoh ASAS 50, iaitu Keris Mas, Asraf

Page 8: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

dan Usman Awang.

            Oleh itu, dalam sajak-sajak yang dihasilkan olen penyair-penyair ASAS 50, seperti Masuri S.N., Usman Awang dan Awam-il-Sarkam, terlihat kepatuhan mereka mengisi cita-cita angkatannya. Sajak-sajak mereka, di samping terus membawakan teriakan kemerdekaan, nasib rakyat golongan  petani, nelayan dan buruh. Penyuaraannnya terasa dengan lantang menuntut keadilan, menghapuskan penindasan dan membasmi kemiskinan. Malah penyair-penyair lain yang baru muncul tetapi bergerak di luar ASAS 50, seperti Suhaimi Haji Muhammad, Halim Anuar, Afrini Adhan dan Mokhtar Yassin, turut juga menyuarakan persoalan yang sama.

            Dengan begitu, memberikan sifat atau corak tertentu kepada sajak-sajak yang dihasilkan. Pada keseluruhannya isi sajak adalah realistik, bahasanya mudah difahami dan dapat dinikmati oleh para pembaca. Sifat demikian ada juga hubungnya dengan sifat kritikan pada waktu itu. Asraf, yang agak giat membuat kritikan sajak dalam Mastika , lebih memberi penekanan kepada isi atau tema dan bahasa sehingga tidak pernah mencadangkan pembaharuan teknik. Kritikannya lebih mendekati slogan “Seni Untuk Masyarakat” . dalam makalahnya “Nilai Sastera” (Mastika, Ogos 1950), Asraf menegaskan, bahawa karya yang mempunyai nilai sastera:

   “…ialah yang dapat memberi gambaran yang nyata tentang hidup, tentang masyarakat, tentang dunia umumnya, dan gambaran yang nyata itu akan dapat membuka mata pembaca terhadap segala yang berlaku disekelilingnya.”

            Ternyata pula pandangan yang dikemukakan oleh Asraf itu, dapat diterima oleh masyarakat pembaca. Dan ini terbukti apabila slogan “Seni Untuk Seni” yang dipelopori oleh Hamzah, tidak dapat bertahan lama pengaruhnya. Demikian pulalah yang berlaku pada Suhaimi Haji Muhammad. Pembaharuan teknik dan pemberontakan dari kebiasaan-kebiasaan yang dibawakan dalam sajak-sajak sejak awal Tahun Lima Puluhan, kurang mendapat perhatian serta penelitian.

            Jadi, kejayaan dan terkemukannya Usman Awang sebagai tokoh penyair Tahun Lima Puluhan, bukanlah kerana pembaharuan teknik. Sajak-sajaknya yang terhasil, seperti “ Ke Makam Bonda”, “Pak Utih”, “Gadis di Kuburan” dan “ Bunga Popi”, yang termuat dalam antalogi Gelombang itu, adalah didasarkan kepada keistimewaan isi dan bahasanya. Malah yang sering mempersona pembaca ialah kehalusan serta kerjernihan bahasanya yang terukir secara harmonis dengan ciri-ciri kebudayaan Melayu Tradisional. Manakala Mahsuri S.N. yang berusaha melanjutkan pembaharuan teknik sajak “ Tiada Peduli” dalam sajak “ Seribu Harapan” ( Mastika, Mac 1951) lebih dilihat dalam perkembangannya yang lain. Perkembangan tersebut ialah kesungguhan beliau menyuarakan persoalan moral, semangat dan budi manusia. Semuanya ini, mencerminkan keyakinan dan harapan Mahsuri untuk menjadikan puisi alat membentuk ‘ manusia baru’, tidak pernah luntur.           

            Dalam pertengahan Tahun Lima Puluhan, muncul pula penyair-penyair muda seperti A.Samad Said, Salmi Manja, Noor S.I., A.S.Amin dan M.Ghazali. kemunculan A.Samad Said yang bermula pada tahun 1955, dapat dianggap penyair terpenting selepas Masuri S.M dan Usman Awang. Pentingnya beliau terletak pada usahanya melakukan pelbagai percubaan untuk menimbulkan pembahruan dalam teknik persajakan Melayu. Ini adalah sebagai pengaruh

Page 9: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

daripada latar pendidikannya, yang memungkinkan dirinya dapat menimba pengalaman serta berkenalan dengan karya penyair-penyair Barat seperti T.S. Eliot, L.Powell, Auden dan sebagainya.

            Pelbagai percubaan yang dilakukan oleh A.Samad Said, jelas terlihat pada sajak-sajak, “ Pencurian”, “Arah” dan “Bara” dalam antologi Liar di Api. Pada sajak “ Arah”, percubaannya itu diperlihatkan melalui petiakn berikut :

                                             Sampai di sini keungguan senja

                                            Yang sinemaskopis

                                            Kemerduan angin puncak mesra

                                            Yang streoponis

                                            Terhenti

                                            Dibawah keningmu.

  

            Percubaan ini telaksana dari ketelitian memberikan bentuk yang seimbang diantara pemikiran dengan perasaan. Begitu juga melalui kesedaran serta keberanian mencipta kata-kata baru. Dengan percubaan demikian, sajak-sajak A.Samad Said jauh meninggalkan teknik Puisi Melayu tradisional dan berhasil pula membawakan ekspreasi yang segar. Sayangnya, A.Samad Said berhenti di peringkat percubaan itu.

            Percubaan lain untuk menimbulkan pembaharuan dilakukan juga oleh Noor S.I., A.S.Amin dan M.Ghazali. tetapi percubaan mereka telah membawa kepada kemuculan sajak-sajak kabur atau lebih tepat lagi sajak-sajak yang sukar difahami. Kekaburan itu adalah berpunca daripada keghairahan serta kebebasan mereka menggunakan lambing-lambang. Kesannya, dalam sajak-sajak mereka begitu banyak lambing yang amat peribadi sifatnya. Ini antara lain ditemui dalam sajak-sajak, “ Senja” (Mastika, Februari 1958) karya Noor S.I, “ Berbaju Merah” (Mastika Oktober 1958 ) karya A.S. Amin dan “ Dua Telaga” ( Mastika, Mei 1958) gunakan lambing-lambang yang amat peribadi itu, terabailah kesedaran untuk membentuk kesatuan imej. Umpamanya, “ Dua Telaga” yang diperturunkan petikan ini :

                                                 Petualang di daerah bulan

                                                Rindu keamanan hatinya

                                                Sekali bulan berlaga

                                                Manusia padanya berguguran.

Page 10: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

                                   

            Amat jelas, penggunaan lambang-lambangnya jauh terkeluar dari kelaziman. Dengan sifat lambang-lambang tersebut, terlihat percubaan menjadikan sajak bukan sekadar alat perhubungan tetapi juga penyebatian antara penyair dengan pembaca. Namun begitu masyarakat pembaca yang sudah sekian lama dilunati oleh pantun dan syair serta sajak-sajak yang mudah difahami sebelumnya, mula merasa sukar menangkap masksud sajak penyair-penyair yang menyimpang ini, yang secara tidak langsung telah memberontak menentang konvensi. Tetapi kecuali pengguanaan lambang-lambang, sajak-sajak ketiga-tiga penyair itu, seperti juga sajak-sajak A.Samad Said, masih membicarakan persoalan-persoalan keamanan, keadilan serta kemerdekaan.

            Di sini ternyata pula bahawa kemunculan sajak-sajak kabur mempunyai kepentingan dalam puisi Melayu moden. Sajak-sajak tersebut dapat mencabar daya intelek pembaca menyelam kedasar dan lekuk-liku inti maknanya serta meredah rimba indah pengucapanya. Dan cabaran yang timbul dari pelbagai percubaan kearah pembahruan teknik itu, mula menemui kesannya yang agak kukuh dalam Tahun Enam Puluhan.

2.4       TAHUN ENAM PULUHAN (1960-1969)

  

            Tahun Enam Puluhan adalah tahun-tahun selepas kemerdekaan. Tahun-tahun tersebut membawa dua perubahan yang penting hubungannya dengan perkembangan puisi Melayu moden. Pertama, meletakkan suatu asas yang kukuh kepada peningkatan bidang pendidikan dan penggunaan bahasa kebangsaan. Kedua, perpindahan pusat kegiatan kesusasteraan dari singapura ke Kuala Lumpur. Dengan ini, Kuala Lumpur mula berkembang menjadi kota ilmu pengetahuan dan kebudayaan.

            Bermula dari awal Tahun Enam Puluhan, kegiatan perciptaan puisi disertai oleh penyair-penyair muda dari maktab-maktab perguruan dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Antaranya yang amat produktif dan agak penting sumbangannya ialah A. Wahab Ali, Dharmawijaya, Firdaus Abdullah, Hadzrami A.R., Jihaty Abadi, Kemala, Rustam A. Sani dan Syamsudin Jaafar. Mereka ini telah terlebih dahulu memerhati dan banyak belajar dari tradisi penulisan puisi yang dibentuk oleh Masuri S.N. dan Usman Awang. Tetapi kemudian berkembang bersama pengalaman dan bakat yang mereka punyai.

            Oleh itu sajak-sajak penyair yang digolongkan sebagai ‘penyair enam puluhan’ ini, terlihat persambungan atau lanjutan dari karya penyair ASAS 50. Ini kerana mereka masih terpukau dengan kerinduan kepada tanah kelahiran dan pedih derita kehidupan  rakyat jelata. Namun corak penyuaraannya dibawakan dalam suasana pengucapan yang baru. Contoh yang jelas ialah dalam persoalan kehidupan golongan petani, buruh dan nelayan. Penyuaraan tidak lagi secara berlebih-lebihan tentang kemiskinan serta kemelaratan golongan tersebut. Kelantangan pengucapan mula menipis melalui pengalaman emosi. Sebaliknya, yang lebih ditonjolkan ialah ketabahan serta keyakinan hidup. Corak pengucapan yang membawa pembaharuan ini, dapat dirasakan melalui petikan sajak “Tanah Kasih Yang Wangi” (Dewan Masyarakat, April 1967),

Page 11: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

karya Kemala berikut:

                                            Tanah kasih yang wangi dan hati

                                            Sepasang matanya digemasi manic-manik kenangan

                                            Dapatkah dipisahkan oleh benteng tujuh kota

                                            Dua buah  jiwa yang dimesrai oleh air mata.

  

            Pembaharuan corak pengucapan seperti inilah yang menempatkan Kemala dan teman-teman dari golongannya, berhasil memperhalusi puisi ASAS 50 dengan bahasa yang baik. Bahasa puisi Kemala dan penyair-penyair golongannya adalah dating dari kata-kata purba dan kata-kata biasa. Tetapi penggunaannya terlaksana dalam penyusunan yang teliti. Dengan penggunaan demikian, ternyata kesannya lebih mampu menimbulkan pengucapan yang lunak dan menampung keharuan serta kehalusan perasaan. Bersama-sama kesan penggunaan itu, pada Kemala ada kelainan pembaharuan bahasa yang dibentuknya. Beliau banyak membawakan penggabungan dua kata tunggal untuk hidup senafas, seperti kata-kata ‘kotalahir’, ‘mawarduka’, ‘nestapawaktu’, ‘lampuhayat’, dan ‘doakudus’. Begitu juga penyingkatan kata pergandaan, seperti ‘beburung’, ‘dedaun’, dan ‘pepohon’ turut menjadi kecenderungannya. Contoh lain penggunaannya dapat diperhatikan sajak “Berikan Daku Dukamu” dari antalogi Timbang Terima, berikut ini. 

               

                                                Suatu kemampuan menanggung pedihderita

                                                Mendepani gelombanguji

                                                Membeber rerumput yang lembut

                                                 Miliknyalah kemenangan masa

                                                Tembok-tembok ketika menguatkan pintunya

                                                Dukaindah melayah bicara.

  

            Pada akhir tahun 1960-an, muncul dengan banyaknya ‘sajak protes’. Ini adalah sebagai akibat daripada kekecewaan rakyat termasuk penyair, terhadap kealpaan serta ketidak-tegasan pemerintah terhadap soal-soal bahasa, sosial dan politik. Rakaman protes itu, termuat dalam antalogi-antalogi Telok Gong (1967), Keranda 152 (1967), dan kebangkitan (1969). Tetapi ‘penyair enam puluhan’ yang turut terkibat menghasilkan ‘sajak protes’ ini, masih dapat bertahan

Page 12: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

dengan penyuaraan tanpa marah dan luahan emosi.

            Dari Firdaus Abdullah, Rustam A. Sani dan Ahmad Sarju, ditemui suatu kecenderungan membawakan kehalusan serta ketajaman pengucapan dengan menggunakan suasana dan rentak pantun. Ini antaranya dibawakan oleh Rustam A. Sani, seperti dalam petikan sajak “Lagu Pesawah Turun Ke Tanah”, yang diperlihatkan beikut;

                                                Lagu pesawah turun ke tanah

                                                Melenggok bajak di dada bumi

                                                Kerbau menyapa meyuak ramah

                                                Perpadu tenaga membongkar umbi

  

            Penggunaan demikian, bukanlah suatu pengekalan bentuk pantun,tetapi dibawakan melalui cirri-ciri persambungan dan perubahan ke dalam pewarnaan baru.

            Kemunculan Kassim Ahmad, seorang penyair lepasan universiti membawakan pembaharuan yang penting pula. Beliau adalah penyair yang mula membawa puisi ke peringkat intelektual. Sajak-sajaknya seperti “Dialog”, “Sidang Roh” dan “Jalan Ke Parlimen”, dalam antalogi Kemarau Di Lembah, memperlihatkan pernyataan pemikiran dan cara penyampaian yang belum ditemui sebelumnya. Sajak-sajak ini berhasil mengutarakan pemikiran mendalam terhadap kepincangan sosial,  politik dan ekonomi. Di dalamnya terjelma kritikan yang keras melalui gaya bahasa yang artistik. Demikian antaranya Kassim menyuarakan dalam petikan sajak “Dialog” ini:

                                             Ada besok maka pasti ada suria

                                              Aku akan pergi

                                              Dengan seribu jebat si anak tani

                                              Kian lama kita mati dan setia

                                            Kali ini kita hidup dalam durhaka!

  

   Jelas terasa keberkesanan adunan emosi dan akal melalui pengucapan tersendiri untuk meletakkannya sebagai kematangan fikiran dalam puisi. Pembaharuan yang telah dirintis oleh Kassim inilah mengambil tempat yang lebih jelas dalam tahun-tahun selanjutnya.

2.7       TAHUN TUJUH PULUHAN (1970-1979)

Page 13: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

            Sejak awal tahun 1970-an, arah perkembangan puisi Melayu moden mula menjanjikan kematangan intelektual yang semakin meyakinkan. Sajak-sajak yang dihasilkan mula menjurus secara terencana kepada pernyataan pemikiran yang lebih analitikal. Ini keran penyair-penyair memperlihatkan kecenderungan menjadikan diri dasar segala pengalaman, prinsip dan pandangan hidup. Kecenderungan ini dilakukan terutamanya oleh A. Latiff Mohidin, Baha Zain dan Muhammad Haji Salleh.

            Berhadapan dengan sajak-sajak A. Latiff Mohidin akan selalu merasai suara hati seorang pengembara yang mencari kebenaran tentang hubungan alam dengan manusia. Sepanjang pencarian itu, yang sering ditemui adalah bentuk-bentuk keganasan, kekecewaan dan kehampaan. Segalanya ini, seperti yang diperlihatkan pada sajak-sajak, “Lagu Sepi Ini”, “Malam” dan “Suara” (kembara malam), untuk membawa kehidupan manusia dalam kesepian belaka. Kebenaran demikian kekal menjadi keyakinannya. Penyataan keyakinan Latiff terukir secara jujur, tanpa menonjolkan keakuan dan terlepas dari sebarang idealogi. Hal-hal ini menjadikan sajak-sajak tidak mempunyai amanat yang besar.

            Sesuai dengan kesepian premis sajak-sajaknya, maka penggunaan kata-kata yang tepat dan padat sentiasa diutamakan. Ini diperkuat lagi oleh susunan secara visual untuk menyampaikan makna secara abstrak. Pembaharuan sajak-sajak Latiff adalah pembaharuan kesusasteraan, yang cara pengucapannya kerapkali membawakan gaya surrealism.

            Di tangan Baha Zain pula, sajak-sajak tidak lagi dibebankan dengan perasaan atau kenyataan hidup manusia secara pemaparan yang dangkal. Baha membina suatu tanggapan di sebalik kenyataan itu melalui kepekaan inteleknya. Dengan demikian, sajak-sajaknya seperti “Sketsa Anak Kecil”, “Topeng-topeng” dan “Menangguhkan Kebenaran” (Perempuan Dan Bayang-Bayang), adalah diaturkan oleh fenomena dalaman sehingga kesanpersoalan yang dikemukakan lebih bening. Begitulah kehadiran Baha sebagai penyair yang menjadi perenung masalah manusia masa kini dan pemikir masa depan kehidupan. Dan ini dilakukannya untuk mempertajam kesedaran kita menerima kebenaran. Disini diperlihatkan renungan Baha melalui sajak “Menagguhkan Kebenaran”, dalam petikan:

                                      Aku berbaring tanpa pakaian di ranjang

                                    Mengiring mengadap wajah kaca yabg sepi

                                    Betapa derita tubuhku dan pucatnya kulit

                                    Bagaikan seksa seabad berhimpun sesaat

                                    Mengundang kemusnahan tetapi menaggughkannya

                                    Untuk suatu waktu yang tak pasti     

  

Page 14: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

            Gaya pengucapan pada sajak-sajak Baha sentiasa diimbangi oleh perasaan dan pemikiran. Bahasanya lebih banyak disaring daripada bahasa percakapan dan akademik sehingga terbentuk ungkapan baru, yang dibersihkan dari klise dan ulangan. Pembaziran kata-kata sentiasa dihindarkan untuk menimbulkan kepadatan.

            Sumbangan Muhammad Haji Salleh dalam perkembangan puisi Melayu moden adalah terletak pada kepekaannya yang luar biasa terhadap ‘kuasa dan peranan intelek’. Sajak-sajaknya terbentuk dari ketajaman akal dan bukan didorong oleh emosi yang berlebih-lebihan. Kepekaan itu diperlihatkan dalam sajak-sajak “Di Kubur Chairil”, “Intelektual” (Sajak-Sajak Pendatang) dan “Pulang Si Tanggang” (Buku Perjalanan Si Tanggang II). Dalam sajak “Pulang Si Tanggang”, antaranya Muhammad menyuarakan:

                                     Jarak jasmani yang kutempah ini

                                    Adalah perjalanan jiwa

                                    Pemindahan diri dari tanah asal

                                    Ke negeri yang di kumpul oleh mata dan akal.

                                    Ilmu yang dating darinya

                                    Adalah ilmu pendatang

                                    Yang belajar melihat, berfikir

                                    Dan memilih di antara kenyataan

                                    Yang selalu merobah.

  

            Kesan penyataan yang disuarakan  oleh Muhammad ini, begitu jelas di dalamnya perjuangan serta pegolakan di antara perasaan dan pemikiran. Oleh hal yang demikian, wajarlah kehadiran Muhammad merupakan penyair pertama memanfaatkan sepenuhnya unsur pemikiran intelek dalam puisi Melayu moden di Malaysia. Tetapi kerana terlalu menekankan aspek intelek ini, hingga ada yang menganggap puisi Muhammad kering dari perasaan. Walupun begitu, Muhammad turut juga menghadiahkan kepada bahasa Melayu ungkapan baru. Ditemui misalnya, ‘teruji bandingan’, ‘malas memaknakan’, ‘mengimbang-lunakkan kenyataan’ dan ‘berbeza-pilihan’. Ungkapan-ungkapan adalah terbentuk dari kata-kata biasa, tetapi memberanikan keaslian yang agak mutlak dari Muhammad.

            A. Wahab Ali, yang dalam tahun 1960-an sering membawakan keharuan melalui kelembutan pengucapannya, bersama Sajak Orang Berdosa, timbul denga suara untuk manusia moden dalam satira yang tajam. Tetapi kesederhanaan serta kelembutan pengucapan bahasanya tetap kekal menyentuh perasaan. Jihaty Abadi, yang kadang-kadang agak ‘radang seoanjang

Page 15: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

ruang’, datang dengan Saat Sebelum Berangkat, membawakan kejernihan renungannya.

            Tiga penyair tahun 1950-an, yang terus berkayra ikut juga membawakn pembaharuan dan perubahan. Usman Awang tahan duiji zaman, membawakan sajak-sajak “Kambing Hitam”, dan “Salji Hitam” dengan bentuk visual tanpa melunturkan kejernihan bahasa dan persoalan kemanusian sejagat yang menjadi kekuatan abadinya. A, Samad Said, yang tiba-tiba muncul dengan antalogi-antalogi Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku, cuba membawa pengucapan intelektualisme dalam beberapa buah ‘sajak kecil’ dan pendek yang lebih berkesan. Suhaimi Haju Muhammad, yang sejak tahun 1950-an begitu ghairah melakukan percubaan demi percubaan untuk membawakan kelainan dan pembaharuan, mula kembali kepada ‘kesederhanaan’. Dan kesannya dapat menemukan perseimbangan pernyataan perasaan dan pemikiran, sebagai yang dapat dirasakan dari petikan sajak “Di Rumah Sendiri” ini:

                                                  Di rumah sendiri

                                                Aku ingin berhenti

                                                Dari lelah kembara.

                                                Tidak segera ku cari

                                                Punting api

                                                Buat berdiang.

            Dalam pelbagai corak pengucapan dan cara penggarapan puisi, terlihat kemantapan yang agak khusus. Antaranya, A. Ghafar Ibrahim yang sejak awalnya bergerak dengan keyakinan bahawa puisi semestinya untuk ‘dibaca-didengar-dilihat’, berhasil membawakan makna kepada ‘puisi visual’ dan ‘puisi konkrit’. Jaafa H.S., telah memberikan kedalaman serta kejituan kecenderungan terhadap unsure falsafah. Sajak-sajaknya, “Suatu Hari Bernama Esok”, “Di Ruang Yang Sempit Ini” dan “Kala”, jelas bukan sekadar untuk dibaca tetapi difikirkan tanpa dorongan emosi semata-mata. Zurinah Hassan, yang lebih cenderung dan lebih berhasil pula mengungkapkan pengalaman diri, semakin berhasil membawakan persoalan kewujudan wanita dalam bentuk-bentuk kehampaan, kesepian dan keputusasaan. Keberhasilan itu di dukung oleh kelembutan serta kelunakan bahasanya yang lebih mengarah kepada pengucapan rasional.

            Penyair-penyair lain yang terserlah bakat tersendiri dan keupayaannya sejak tahin 1970-an, ikut juga memberikan kea rah mempelbagai corak pengucapan puisi. Di kalangan penyair tersebut yang penting sumbangannya ialah T. Alias Taib, Rahman Shaari, Zaihasra dan Siti Zainon Ismail. Mereka ini adalah penyair-penyair  yang muncul dari pengalaman, pengetahuan dan model-model yang telah lama dikenal dan dipelajari untuk membentuk identiti penyairannya. Demikianlah, terlihatnya pula T. Alias Taib. Sajak-sajaknya betolak dari tanggapannya terhadap rentak kehidupan masyarakat. Ketelitian pengolahan, kesederhanaan bahasa yang kaya dengan bunyi dan ulangan, maka kekuatan sajak-sajak terletak pada pewarnaan baru pengucapannya. Kesan seperti ini dapat dirasakan pada sajak-sajaknya dalam antalogi Pemburu Kota. Rahman Shaari, adalah seorang penyair yang tidak begitu mengizinkan sajak-sajaknya, mewah dengan

Page 16: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

unsu-unsur dan lambing indah. Tetapi dengan kata-kata biasa sajak-sajaknya, terutama “Giliran” dan “Hamparan Kuning”, masih dapat mempertajam pengertian dan kesan rasa.

            Perkembangan lain yang berlaku sekitar tahun 1970-an ini ialah kemunculan beberapa orang penyair bukan melayu. Kemunculan mereka, seperti Cheng Poh Hock, dan Lim Swee Tin, menandakan arah perkembangan puisi Melayu moden pada masa depan lebih bermakna.

3.0       KESIMPULAN

            Sepanjang pembicaraan “Perkembangan Puisi  Melayu Moden 1942-1979” ini, terdapat dua corak arah perkembangannya. Pertama, perkembangan yang bercorak “persambungan dan perubahan” dari yang lama. Ini timbul dari adanya penciptaannya bersifat sosial, iaitu penyair-penyair lebih terikat kepada faktor sosial. Dengan begitu, seseoramg penyair berusaha untuk tidak berbeza dengan penyair lain, terutama dari segi teknik. Kedua, perkembangan yang bercorak “pembaharuan atau pemutusan” dari yang lama. Corak ini pula timbul dari penciptaan yang bersifat peribadi. Sifat ini bertolak dari kesedaran penyairnya, menghasilkan puisi untuk berbeza dari penyair lain supaya dapat menemui peribadinya sendiri.

            Kesan yang terlihat sejauh ini ialah ‘persambungan dan perubahan’ begitu lama menguasai arah perkembangan puisi Melayu moden. Sedangkan ‘pembaharuan’, iaitu pembaharuan teknik amat lambat munculnya. Malah kedua-dua corak perkembangan ini bergerak seiring, tanpa “pemutusan” langsung dengan lama. Di sinilah letaknya cirri khusus hakikat perkembangan puisi Melayu moden di Malaysia, sesuai dengan cirri-ciri budaya Melayu sendiri.

 

BIBLIOGRAFI

1.      Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Asiah Abdul Rahman. 2011. Sastera Melayu Suatu                             Pengantar. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd.

2.      Drs. Umar Junus. 1976. Perkembangan Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.      Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur.                         Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.      Md. Ali Bin Bachik.1989. Himpunan  Puisi  Klasik. Shah Alam: Marwilis Publishers & Distibutors  Sdn . Bhd .

5.      Prof. Khoo Kay Kim, Abdullah Tahir. 1985. Sastera dan Sasterawan III . Kuala Lumpur. United Selangor                         Press Sdn. Bhd.

6.      Rahman Shaari.1987. Glosari Istilah Sastera. Kuala Lumpur: K Publishing & Distributors    Sdn . Bhd .

Page 17: Sejarah Perkembangan Puisi Melayu

7.      Sahlan Mohd Saman. 2005. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden : Puisi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa                         dan Pustaka.