harga remaja-puisi tradisional

Upload: twinkle-twinkle

Post on 17-Jul-2015

146 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

PUISI TRADISIONAL

Pantun Empat Kerat (budi ) Tafsiran Maksud Pantun Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput, Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama, Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit bika kan hilang, Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun, Kasih tuan saya terima,Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 1

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

Sebagai hutang seribu tahun. Anwar Ridhwan (Penyelenggara) Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004 Dewan Bahasa dan Pustaka 1. Makna kata Punggur = dahan kayu yang mati Resam = kebiasaan hidup

2. Maksud Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput, Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut

Seeorang yang tidak diingati, biasanya tidak akan disebut-sebut oleh orang lain walaupun telah menabur bakti

Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama,Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 2

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama.

Menjadi kebiasaan hidup manusia, orang yang telah meninggal dunia sentiasa disebut-sebut orang/dikenang orang

Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit bila kan hilang, Itu jadi kenang-kenangan.

Sedikit kebaikan yang dibuat, akan tetap diingati sampai bila-bila Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun, Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun.

Kebaikan yang diberi ,diterima dengan hati terbuka Dan dianggap sesuatu yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 3

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

3.TEMA KEPENTINGAN HIDUP BERBUDI DALAM MASYARAKAT

- Budi dan jasa memainkan peranan penting dalam kehidupan biasa manusia. Biasanya orang yang berbudi akan sentiasa dikenang dan disebut-sebut oleh orang lain sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia. 4. PERSOALAN i. Hanya orang yang dingati sahaja yang sentiasa disebut-sebut dan menjadi ingatan Manusia yang berbudi dan berjasa menjadi sebutan masyarakat sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia Manusia yang berjasa walaupun kecil sumbangannya tetap akan dikenang orang Orang yang berbudi akan sentiasa diterima baik dalam masyarakat dan budinya tidak dapat dibalas sampai bila-bila pun

ii.

iii.

iv.

5. NILAI

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 4

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

i. Berbudi bahasa berbudi walaupun kecil ii. Mengenang budi orang berjasa sentiasa dihargai iii. Kasih sayang - orang yang berbudi sentiasa disayangi 6. PENGAJARAN i. ii. iii. iv. Kita hendaklah menabur budi dengan ikhlas agar diingati masyarakat Kita hendaklah berbuat jasa walaupun kecil Kita mesti menghargai jasa dan budi yang dicurahkan oleh orang lain terhadap kita Jangan melupakan jasa orang lain terhadap kita.

Soalan-soalan pemahaman

i.

Berikan maksud rangkap ke empat. ( 2 markah )

ii.

Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai jasa ibu bapa? ( 3 markah )

iii.

Huraikan tiga pengajaran daripada pantun tersebut. ( 4 markah )

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 5

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

PANTUN EMPAT KERAT ( Jenaka dan Sindiran)Tema: Perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan biasa manusia sebagai panduan dan pedoman hidupApa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tidak pandai menumbuk sambal Dalam kehidupan berkeluarga, seorang isteri/perempuan mesti pandai mengurus keluarga bukan sekadar pandai berhias diri.

Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab.

Memandang rendah akan kesungguhan orang lain mencari ilmu sedangkan diri sendiri penuh dengan kekurangan

Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut.

Orang yang kehilangan kuasa dan kekuatan tidak lagi digeruni oleh orang yang pernah dianiaya. Orang ramai tidak lagi gerun dan takut akan seseorang yang telah kehilangan kuasa dan kekuatan.

Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu.

Perbuatan yang di luar norma /kehidupan/rutin hidup seeorang melahirkan kebimbangan kepada orang lain Melakukan sesuatu yang mustahil akan menyebabkan perasaan bimbang kepada orang lain

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 6

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pengkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan.

Kehebatan/keangkuhan/kelebihan seseorang mampu ditewaskan oleh orang yang tidak disangka-sangka seringkali menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat

Persoalan1. 2. 3. 4. 5. Kepentingan ilmu mengurus rumahtangga jika mahukan keluarga bahagia Sikap masyarakat yang gemar memperlekeh usaha orang lain mencari ilmu Sikap masyarakat yang tidak sedar akan kekurangan diri sendiri Peraturan hidup alam, yang berkuasa akan jatuh Sikap manusia yang sering melakukan perkara yang aneh dan pelik

PENGAJARAN1. Ilmu pengurusan keluarga mesti dikuasai jika ingin keluarga yang bahagia bukan sekadar menjaga penampilan diri. 2. Jangan memandang rendah akan kesungguhan orang lain mencari ilmu. 3. Kita perlu cermin kekurangan diri sebelum melihat kekurangan orang lain 4. Jangan berlagak pandai. 5. Kita perlu sedar, kelebihan diri, kepandaian diri tidak akan kekal selama-lamanya, sampai masanya kita akan jatuh juga. 6. Jangan melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan adat kebiasaan kerana akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. 7. Jangan berasa diri sentiasa hebat kerana kita dapat ditewaskan pada bila-bila masa

SOALAN-SOALAN PEMAHAMANi. Berikan maksud Hairan sekali hati saya Burung terbang disambar ikan ( rangkap ke lima pantun ) ( 2 markah ) ii. Jelaskan kelebihan-kelebihan yang akan diperoleh remaja jika bersikap merendah diri dalam kalangan rakan-rakan. ( 3 markah )Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 7

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

iii. Huraikan 2 persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. ( 4 markah ) a. Huraikan ciri-ciri pengurusan keluarga yang baik . b. Jelaskan implikasi-imlipkasi negatif yang mungkin wujud dalam masyarakat jika sifat sombong dan lupa diri menjadi amalan. c. Jelaskan sebab-sebab keluarga mesti diurus dengan baik oleh ibu bapa.

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL TEMAKelebihan orang yang berakal Orang berakal dapat membezakan perkara yang baik dan buruk kerana orang berakal sentiasa berfikir sebelum bertindak

Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia.

Status orang yang berakal/berilmu amatlah mulia dalam masyarakat kerana itulah ciri para nabi dan orang alim. Sesiapa yang mempubyai sifat ini akan beroleh kebahgiaan. Orang berakal/berilmu mempunyai fikiran yang tajam dan bernas. Orang yang berakal boleh menjadi pelindung /pemimpin dalam segala aspek Orang berakal dapat menyekat diri dari terjerumus dengan

Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 8

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

unsur-unsur kezaliman Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. Orang berakal mampu mentafsir sesuatu perkara dengan baik dan tepat Orang berakal amat dikasihi dan disenangi oleh semua orang Orang berakal tidak akan bersetongkol dengan mereka yang berbuat kejahatan kerana dikhuatiri membawa kecelakaan/ keaiban kepada diri.

Sebagai lagi tanda orang berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal

Satu lagi tanda orang berilmu ialah; tidak melanggar perintah agama, tidak tamak sebaliknya banyak berserah kepada Allah SWT/tuhan sentiasa bersedih kerana sedar dunia ini tidak kekal sebaliknya akan musnah

Satu lagi tanda orang berilmu ialah apabila ia disukai /dihargai Jika ia dikasihi raja, oleh pemimpin Tiadalah ia melanja-lanja, suka Tiadalah menyombong pada Tidak berpeleseran/melepak bekerja, Dengan taulannya bersamaan Tidak meninggi diri apabila melakukan sesuatu perkara sahaja. Tidak membezakan status diri dengan rakan-rakan yang lainNormarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 9

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

Apabila raja kasih sangat, Makin itu ia ingat, Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta khidmat.

Orang berilmu ; apabila disukai pemimpin akan sentiasa beringatingat/tidak lupa diri. Semua rakan dan kenalan terpaut hati/ menyukai orang berakal Orang berakal bersifat merendah diri semasa menabur khidmat.

Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan jangan tersemu.

Sifat orang berakal mesti diberi perhatian Orang berakal amat sayang akan ilmu Rajin belajar tanpa rasa jemu Sentiasa mendalami ilmu agar tidak tertipu semasa menjalani hidup

Persoalan 1. Kemuliaan yang diperoleh oleh seseorang apabila memiliki ketinggian ilmu dan dikategorikan oleh orang berakal 2. Ketinggian ilmu dan akal dapat membawa kesan positif dalam hidup 3. Sifat-sifat terpuji yang terhasil kesan ketinggian akal dan ilmu seseorang 4. Ilmu yang sentiasa dicari apabila memiliki ketinggian akalNormarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 10

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

NILAI1 2 3 4 5 6 KEBIJAKSANAAN RENDAH DIRI KETAATAN KERAJINAN BERHATI-HATI PENYAYANG Orang berakal bijak menyelesaikan masalah Orang berakal sentiasa merendah diri apabila bergaul/bekerja Orang berakal sangat taat akan perintah agama Orang berakal amat rajin meningkatkan ilmu yang ada Orang berakal sentiasa berhati-hati dalam tindakan Orang berakal amat menyayangi sahabat handai

PENGAJARAN1. 2. 3. 4. 5. Jangan menyombong diri apabila kita mempunyai kepandaian. Jangan bersifat tamak dengan menggunakan ilmu untuk kepentingan diri Jangan menggunakan ilmu untuk melakukan kejahatan Kita hendaklah merendah diri jika memiliki kepandaian Kita hendaklah menjaga hubungan yang baik dengan sahabat dan masyarakat walaupun kita memiliki kelebihan ilmu

SIFAT-SIFAT ORANG BERAKAL1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. MERENDAH DIRI TIDAK TAMAK TIDAK SOMBONG JUJUR BERFIKIR PANJANG MENGHARGAI RAKAN-RAKAN SUKA MENAMBAH PENGETAHUAN

SOALAN PEMAHAMANi. Berikan maksud bait ke enam dalam sayair di atas. ( 3 markah ) ii. Sebagai remaja, jelaskan sifat-sifat yang baik semasa menuntut ilmu. ( 3 markah )Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 11

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

iii. Huraikan 4 pengajaran dari syair di atas. ( 3 markah )

1. Berikan maksud rangkai kata a. Telek pandangan dengan makrifat b. Ibanya tahu dunia tak kekal c. Dengan taulannya bersamaan sahaja d. Mencari kupasan jangan tersemu

SYAIR SITI SIANAH TEMANasihat kepada kaum wanita agar menjaga maruah diri, agama dan bangsa Nasihat kepada kaum wanita agar tidak melanggar norma kehidupan dan budaya bangsa.

Maksud syairWanita yang gemar mencukur bulu roma di Sesetengahnya perempuan terlalu janggalnya, muka, menbentuk kening seperti taji ayam Roma di muka pula dicukurnya, dan keterlaluan berhias diri dianggap Seperti taji berandam di keningnya, janggal dalam masyarakat Kemudian memakai dengan selengkapnya. Ketawa mengilai-ngilai Suka mempamerkan diri di hadapan elaki Muga-mua kaum lelaki tertarik akan dirinya

Mengagak mengilai terlaku suka, Melihat laki-laki ditampakkan muka, Supaya laki-laki boleh menyangka, Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek, Berhias berdandan berpaki molek, Di dalam cermin muka ditelek, Kanan dan kiri di belek-belek.Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Sesetengah kaum wanita amat suka bersolek dan berpakaian cantik. Asyik menelek muka dan bergaya di nhadapan cermin kerana terlalu taksub dengan penampilan diri

Page 12

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

Meskipun tiada berapa eloknya, Ada yang setengah kembang hidungnya, Serta pula kepik hidungnya, Seperti buaya besar mulutnya.

Walaupun sesetengah kaum wanita tidak memiliki wajah yang cantik tetapi masih tetap berhias diri secara keterlaluan

Setengah perempuan perangainya cela, Habis dipenuhi rambut di kepala, Rambut yang sikit disiputnya pula, Memakai cemara berjela-jela.

Ada kaum wanita yang memakai rambut palsu untuk menutup kekurangan diri yang berambut sedikit ditegur oleh penyair

Terkadang muka dibubuh pupuri, Kaki dan tangan, lengan dan jari, Jadilah rupanya putih berseri, Pekerjaan tipu sangat digemari.

Sesetengah kaum wanita dianggap menipu tentang ketrampilan diri kerana mengenakan mekap yang tebal

Setengah perempuan yang makan angkat, Ada kaum wanita yang dikategorikan Memakai gelang bertingkat-tingkat, sebagai orang yang suka dipuji. Memandang laki-laki matanya lekat, Mulalah menghias diri berlebih-lebihan Dengan jantan suka melekat. Berperangai suka memandang-mandang orang lelaki Suka berfoya-foya dengan laki-laki jahat/tidak bermoral Perempuan yang meliuk lengguk di hadapan lelaki sebenarnya bertujuan menggoda lakilaki

Kaki dan tangan dinaikkan pula, Pura-pura dikatakan ubat segala, Hakikatnya diketahui Allah Taala, Supaya lelaki menjadi gila.

Berlindunglah kita kepada Allah, Daripada perbuatan yang amat salah, Mudah-mudahan dilepaskanlah, Jangan menjadi betina sempolah.

Kita diingatkan agar sentiasa berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah dari segala perbuatan yang keji. Agar kita tidak menjadi sampah masyarakat. Ada perempuan yang suka berjudi sehingga habis segala harta yang ada. Segala barang kemas habis digadaikan kerana terlalu gemar berjudi dan tabiat

Setengahnya suka bermain judi, Inilah perangai banyak terjadi, Habislah tergadai intan serudi, Kerana perangai sudah membadi.Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 13

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

buruk ini tidak dapat dikikis lagi. Perempuan dan lelaki yang tidak menjaga kelakuan banyak terjebak dalam perbuatan yang dilarang agama. Segala amalan sembahyang tidak dilaksanakan kerana telah terjebak dengan hasutan syaitan.

Laki-laki perempuan bertindih lutut, Banyaklah perbuatan yang tidak patut, Sembahyang ibadat sudahlah bantut, Kerana syaitan duduk di buntut.

PERSOALAN1. 2. 3. 4. Kaum wanita yang tidak tahu menjaga maruah diri. Kaum wanita yang terlalu bebas pergaulan Perlanggaran terhadap larangan tuhan/ tidak mengambil berat tuntutan agama Keperluan doa dalam hidup manusia agar tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral

NILAI1 KETAATAN Taat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diri terpelihara dari perbuatan keji.

PENGAJARAN1. 2. 3. 4. 5. 6. Wanita perlu menjaga aurat dan fizikal agar terlindung dari kejahatan lelaki Jangan berlebih-lebihan menghias diri Hendaklah patuh akan ajaran agama Hendaklah menerima keadaan semula jadi fizikal diri. Jangan suka dipuji-puji kerana akhirnya memberi kemudaratan Hendaklah menjaga maruah diri demi nama baik keluarga

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 14

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

SOALAN PEMAHAMANi. Berikan makna a. Makan angkat b. Sempolah c. Cemara d. Membadi ii. iii. a. b. c. ( 2 markah ) Pada pendapat anda, mengapakah wanita perlu menjaga maruah diri mereka? ( 3 markah ) Huraikan 4 pengajaran dari syair di atas. ( 4 markah ) Jelaskan cara-cara untuk menjadi wanita yang berakhlak mulia. Jelaskan cara-cara yang akan anda lakukan untuk menyedarkan diri rakan anda yang terlalu bebas pergaulannya. Huraikan cara-cara untuk mendapar sahabat yang berakhlak mulia.

GURINDAM 12 PASAL YANG KE ENAM TEMANasihat dan pengajaran kepada murid-murid /remaja tentang cirri-ciri orang yang boleh dijadikan teman dan sahabat dalam hidup.

MAKSUD GURINDAMCahari olehmu akan sahabat Yang boleh dijadikan ubat Cahari olehmu akan guru Yang boleh tahukan oleh seteru Apabila mencari sahabat, pilihlah yang boleh membawa kebaikan kepada kita Apabila mencari sahabat, carilah orang yang boleh menasihati kita agar sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk manusia di sekeliling Apabila mencari teman hidup, pilihlah wanita yang taat dan patuh akan suami Apabila memilih kawan, pilihlah yang tahu nilai persahabatan dan setia dengan persahabatan yang terjalin

Cahari olehmu akan isteri Yang boleh menyerahkan diri Cahari olehmu akan kawan Pilih segala orang setiakawan

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 15

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

PERSOALAN1. 2. 3. 4. Sikap berhati-hati semasa memilih teman Teman yang berakhlak mulia akan membawa keharmonian kepada kita Ketaatan dan kesetiaan amat penting dalan menjalin hubungan baik sesama manusia Ciri-ciri wanita yang baik amat penting untuk kebahagiaan rumahtangga

PENGAJARAN1. Hendaklah berhati-hati dalam pergaulan 2. Hendaklah berkawan dengan orang yang berbudi pekerti tinggi agar perilaku kita terpuji

SOALAN PEMAHAMANi. Berikan maksud rangkap 1 gurindam ( 2 markah ) ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita dapat mengenal pasti ciri-ciri orang berperangai baik. ( 3 markah ) iii. Huraikan 4 persoalan dari gurindam tersebut. ( 4 markah )

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 16

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

SELOKA EMAK SI RANDANG TEMASikap manusia yang sering menghargai orang lain berbanding keluarga sendiri Berbudi tidak kena pad tempatnya.

MAKSUDBaik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan. Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Keluarga/anak-anak tidak dipedulikan Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak berhutang,Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Emak Si Randang terlalu baik ketika melayan tetamu. Segala keperluaan disediakan sehingga sanggup menghabiskan harta demi keselesaan tetamu

Akhirnya membawa kerugian kerana menanggung hutang sedangkan tetamu yang bertandang telah berangkat pergi.

Page 17

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

Beras habis padi tak jadi

Oleh sebab mahu menjaga hati tetamu, segala pekerjaan tidak dibuat. Akhirnya mendapat susah kerana tiada pendapatan sedangkan simpanan makanan telah kehabisan

PERSOALAN1. 2. 3. 4. Berbudi dan berjasa mengikut kemampuan diri. Sikap terlalu mengagung-agungkan orang lain selain dari keluarga sendiri Sikap manusia yang kurang beringat tentang kemampuan diri Sikap manusia yang suka menunjuk-nunjuk akhirnya membawa kesusahan kepada diri sendiri

NILAI1. MENGHORMATI TETAMU Emak Si Randang amat menghormati tetamu dengan member layanan yang sangat Istimewa

PENGAJARAN1. Apabila berbudi hendaklah berpatutan dan sesuai dengan kemampuan diri 2. Jangan terlalu mengagung-agungkan orang asing kerana belum tentu mereka membawa kebaikan kepada kita 3. Hendaklah mengutamakan kebajikan anak dan keluarga berbanding orang luar dari keluarga kita 4. Hendaklah membuat perancangan yang teliti agar tidak diperalatkan oleh orang yang tidak dikenali. 5. Hendaklah berhati-hati agar tidak ditimpa kesusahan kemudian hari.

SOALAN PEMAHAMANNormarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 18

Antologi;HARGA REMAJA;PUISI TRADISIONAL

1. Apakah kesusahan yang dialami oleh Emak Si Randang setelah dagang pergi ? ( 2 markah ) ii. Mengapakah kita perlu menabur jasa mengikut kemampuan diri? ( 3 markah ) iii.Jelaskan 4 persoalan daripada seloka tersebut. ( 4 markah ) a.Senaraikan perlakuan negatif Emak Si Randang. b.Berikan maksud Anak pulang kelaparan Anak di pangku diletakkan Kera di hutan disusui

Normarjana Ibrahim, SSI, JB, JOHOR 9-Jan-10 Panitia Bahasa Melayu, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU,JOHOR

Page 19