puisi melayu trdsnl

Download PUISI MELAYU TRDSNL

Post on 03-Jul-2015

1.499 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TAJUK: PUISI MELAYU LAMA CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI NAMA : RAMIZAH BT SULAIMAN NO. MATRIK : JEA 080113 NO. K/P : 881204-06-5168 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD PENGENALAN Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakan berkaitan akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi Melayu lama yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan peribahasa.1 Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak. Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah sebagai sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral, etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan.2 Dalam konteks sastera Melayu, genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh daripada puisi tradisional menggabungkan nilai estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu. Secara umumnya, budi didefinisikan sebagai akal atau daya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal. 1http://pen yai r.wo rdpress. com/cate gor y/puisitradisional/ 2http://pen yai r.wo rdpress. com/cate gor y/puisi- tradisional/ PANTUN BUDI CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI Sutan Muda dari Lampung, Memikul cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah serkah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak, Budi yang baik tetap di hati Banyak orang di Bukit Cina, Daun nanas serak-serakan, Burung tempua di pohon saga; Zaman sekarang ringgit berguna, Emas perak jadi taruhan, Budi baik terpinggir juga. Padi bukit padi huma, Taruh mari di dalam peti, Dibawa orang ke Tanjung Jati; Budimu tuan saya terima, Sudah terlekat di dalam hati, Terpahat kukuh hingga ke mati. Buah lada lebat di pangkal, Gugur daun dengan buahnya, Dibawa dagang pergi seberang; Sungguh ringgit penuh sekapal, Budi tiada apa gunanya, Nama pun tidak disebut orang. Dari Johor ke Majapahit, Singgah berlabuh di Pulau Bangka, Ambil muatan gula dan rempah; Jika masyhur budi yang baik, Jangan pula mengada-ngada, Orang keliling jadi menyampah. (Sumber: Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001)3 3 Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. BIBLIOGRAFI BUKU Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003.Analisis Autentik Sastera-Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional:Satu Pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Bn

Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. LAMAN WEB Perbilangan Adat Melayu, h ttp : //p en yai r. w o r d p r es s . co m/categ o r y/p u is i- tr ad is io n a l/ Ads by Google

NAZAM Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi. Mengikut Kamus Dewan (1994:858) Nazam ialah perkataan Arab yang bermaksud gubahan puisi seperti sajak dan syair, bernazam adalah bercerita dengan lagu, bersajak atau bersyair, manakala menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu atau mengubah dan menyajakkan. Kamus Dewan juga memberikan kata lain yang digunakan untuk nazam iaitu nalam. Mengikut Kamus At-tullab Arab-Melayu (1994:) nazam dalam bahasa Arab bererti merangkai, mengarang, menyusun dan mengatur. Makna ini termasuklah merangkai, mengarang dan menyusun kata-kata dalam mencipta puisi. Dalam Kamoes Bahasa Minangkabau-Bahasa Melayoe Riau, (Jakarta,1935) tidak dijumpai kata "nazam", namun dapat disamakan dengan "nalam", iaitu banalam (bernazam) ialah bertjerita dengan lagu terutama tentang agama atau yang berisi pengajaran. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia,terbitan Balai Pustaka 1988, ditemukan kata "nalam" dan "nazam". "Nalam" adalah gubahan sajak (syair, karangan); sementara bernalam, bermaksud membaca puisi atau bercerita dengan lagu; bersajak (bersyair). Mengikut Kamus Umum Bahasa Indonesia (1984) mengatakan "nalam": gubahan sajak, syair atau karangan); "bernalam" bermakna bersajak atau bersyair; bercerita dengan lagu; "menalamkan" adalah menyajakkan; menceritakan dengan lagu. Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa dalam bahasa asalnya, nazam bermakna puisi secara umum. Di samping itu istilah bernazam pula digunakan bagi maksud berlagu. Di dalam hal ini istilah Nazam mengalami kedudukan yang sama dengan istilah syair dan gurindam. Ketiga-tiga perkataan itu diambil dari bahasa asing. Syair dan nazam diambil dari bahasa Arab, gurindam pula berasal dari bahasa Tamil. Ketiga-tiga perkataan ini bermaksud gubahan puisi secara umum di dalam bahasa asal masing-masing. Setelah diterima ke dalam bahasa Melayu perkataan-perkataan ini kemudian mengalami pengubahsuaian dan digunakan sebagai istilah teknikal yang merujuk kepada sesuatu jenis puisi yang mempunyai struktur, isi dan fungsi yang tersendiri. Perkataan nazam yang digunakan sebagai istilah teknik kepada suatu jenis puisi mula ditemui dalam Tajus Salatin yang dikarang oleh Bokhari al-Jauhari kira-kira dalam tahun 1603. Istilah nazam dalam konteks puisi Melayu tradisional yang diterima pada masa ini merujuk kepada sejenis puisi tradisional yang mempunyai beberapa ciri khas. Ciri-ciri utama nazam adalah seperti di bawah: 1. Gubahan puisi yang mengandungi dua baris serangkap. Dalam aspek ini ia menyerupai pantun dua kerat tetapi tidak mempunyai pembayang maksud. Kedua-dua

baris adalah maksud. 2. Skima rima Nazam ialah a-a, b-b. Namun begitu skima rima ini tidaklah terlalu rigid. Terdapat nazam yang selepas beberapa rangkap, skima rimanya menjadi agak longgar. 3. Lazimnya, tiap-tiap baris nazam terdiri daripada lima atau enam perkataan menjadikan sukukata antara sepuluh hingga dua belas. Namun begitu ada juga yang lebih daripada enam perkataan dan mempunyai hingga 20 sukukata. 4. Bilangan baris pada sesuatu nazam adalah tidak terhad. Ada nazam yang panjang hingga seribu rangkap. 5. Nazam adalah puisi yang bertemakan keagamaan seperti menceritakan tentang hukum hakam dan kisah kehidupan Nabi Muhammad saw. 6. Dari sudut gaya bahasa, terdapat banyak penggunaan perkataan Arab. 7. Ciri signifikan dalam Nazam ialah ia dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah dan selawat ke atas Nabi. Baris yang berupa puji-pujian dan selawat ini diulang-ulang hingga ke baris akhir. 8. Nazam biasanya disampaikan dengan lagu yang agak rancak,lazimnya diiringi paluan rebana 9. Pada masa ini nazam biasanya dinyanyikan dalam majlis-majlis berendoi dan majlis-majlis keagamaan yang lain Perkembangan Nazam di Tanah Melayu Nazam tidaklah begitu terkenal seperti pantun dan syair. Tidak banyak penyelidikan yang telah dijalankan ke atasnya. Bahkan, Vladimir Braginsky (2004:491) berpendapat bahawa hanya dua subgenre puisi tradisional yang masih subur di dalam kesusasteraan Melayu bertulis iaitu pantun dan syair. Perkembangan nazam hanya terbatas kepada beberapa buah negeri, iaitu Terengganu, Pahang dan Melaka sahaja. Mengikut sejarah, nazam dibawa ke Asia Tenggara pada abad ke 16 oleh pedagang dan alim ulama yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu. Nazam, di samping syair, adalah puisi yang lahir dari kedatangan dan perkembangan kesusasteraan Islam sejak zaman Kerajaan Pasai hingga ke empayar Melayu Melaka. Mereka menggunakan nazam untuk menyampaikan ajaran Islam, mengajar hukum hakam dan kisah Nabi-nabi. Selepas kejatuhan Melaka, Aceh telah muncul sebagai pusat perkembangan dan kekuatan kesusasteraan Islam. Di sinilah lahirnya pengarang dan pujangga Melayu yang turut menghasilkan karya-karya agung. Pada peringkat awal, pengarang-pengarang Aceh telah memperkenal dan menterjemah karya-karya Arab dan Parsi ke dalam bahasa Melayu. Hal ini dituruti dengan percubaan untuk mencipta puisi dalam bahasa Melayu dengan menggunakan gaya atau metrum puisi Arab Parsi. Kegiatan ini menyuburkan perkembangan syair dan nazam. Hasil usaha pengarang-pengarang Aceh ditemui di dalam sebuah naskah pada 1296H/1879M. Di dalamnya terdapat terdapat sebuah puisi diberi jodol Aqidat al Awam. Akan nadham ini Aqidat al Awam Daripada yang wajib bagi agama sudah tamam

terjemah nadham tiada boleh disebutkan kerana gharib lagi miskin kehinaan tiada warith tiada kaum sangat terdagang memintak sedekah mana-mana negeri orang siapa-siapa yang kasih dengan sayang jangan dengki jangan benci jangan wayang kerana sebab hancur hati kedukaan tinggal negeri tinggal kampung percintaan siapa melihat salah silap minta maafkan jikalau kasih dengan insaf tuan baikkan dengan serta nahi kita loghat serta ...........semuhanya tuan angat empat ilmu tua sudah faham dengan tahqiq mana yang salah tuan ubah dengan........... jikalau tuan tiada tahu yang demikian baik tuanku mengikut yang ada dalam suratan satu huruf satu baris satu titik haram atas tuan mengubahkan bertukar balik itulah nasihat daripada hamba tuan kabul supaya di akhirat jadi senang tiada berhadul kerana hamba baharu datang tiada fasih Bahasa Melayu baik tuanku tolong fasrih. (Teuku Iskandar , 1995:438)

Karya ini merupakan puisi yang ditulis dalam dua baris serangkap dan berima di hujungnya. Pada rangkap pertama dan kedua pengarang (atau pen