pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat melayu yang wujud sejak zaman berzaman

30
PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a- b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea Abstrak Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Setiap lagu dan ungkapan yang digunakan bukan sahaja memperlihatkan irama yang indah, tetapi juga disusun denngan begitu teliti agar pemilihan perkataan yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis. Masyarakat Melayu yang amat terkenal dengan budi bahasa dan budaya ketimuran yang mementingkan “air muka” dan adab sopan telah menjadikan pantun sebagai alat kritik sosial yang amat berkesan. Penggunaan pantun sebagai satu alat kritik sosial mencerminkan satu bentuk ketekalan minda yang dimiliki oleh masyarakat Melayu yang tidak mungkin ditelan zaman. Berikutan daripada itu, kertas ini akan membincangkan bagaimana pantun digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai alat kritik sosial yang digunakan dari dahulu hingga sekarang. Pendahuluan Pantun merupakan satu khazanah yang amat bernilai dalam dunia Melayu. Pantun memang tidak asing kepada masyarakat Melayu. Secara langsung atau tidak langsung kita sentiasa bertembung dengan pantun. Saban hari kita mendengar pantun, bahkan pelbagai bentuk rakaman yang memanfaatkan pantun sebagai seni kata lagu

Upload: dwen-wan

Post on 29-Jul-2015

220 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea

Abstrak

Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Setiap lagu dan ungkapan yang digunakan bukan sahaja memperlihatkan irama yang indah, tetapi juga disusun denngan begitu teliti agar pemilihan perkataan yang digunakan dapat membayangkan corak pemikiran yang kritis. Masyarakat Melayu yang amat terkenal dengan budi bahasa dan budaya ketimuran yang mementingkan “air muka” dan adab sopan telah menjadikan pantun sebagai alat kritik sosial yang amat berkesan. Penggunaan pantun sebagai satu alat kritik sosial mencerminkan satu bentuk ketekalan minda yang dimiliki oleh masyarakat Melayu yang tidak mungkin ditelan zaman. Berikutan daripada itu, kertas ini akan membincangkan bagaimana pantun digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai alat kritik sosial yang digunakan dari dahulu hingga sekarang.

Pendahuluan

Pantun merupakan satu khazanah yang amat bernilai dalam dunia Melayu. Pantun memang tidak asing kepada masyarakat Melayu. Secara langsung atau tidak langsung kita sentiasa bertembung dengan pantun. Saban hari kita mendengar pantun, bahkan pelbagai bentuk rakaman yang memanfaatkan pantun sebagai seni kata lagu yang menarik dan indah. Selalunya, seni kata lagu yang berbentuk pantun akan menjadi siulan para remaja (Zainal Abidin Bakar: 1984: 3). Pantun telah menjadi sebati dengan jiwa dan budaya masyarakat Melayu satu masa dahulu. Perubahan masa telah menjadikan pantun semakin hari semakin jauh ditinggalkan. Anak-anak muda hari ini semakin melupakan pantun yang menjadi sebahagian daripada amalan hidup masyarakat Melayu lama yang sentiasa mementingkan adab dan kesantunan.

Pantun adalah salah satu cabang puisi Melayu tradisional yang masih popular hingga ke hari ini. Ia tersebar luas melalui pelbagai media seperti lirik lagu, majlis-majlis dan pelbagai upacara, misalnya majlis perkahwinan. Malah pantun juga berkembang mekar di laman internet (ada pantun net) dan berbalas pantun dari seluruh dunia. Mengikut Muhammad Haji Salleh (2006) terdapat kekreatifan baru dunia pantun dalam bentuk bercetak, lisan (radio), visual

Page 2: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

(televisyen) dan dunia siber termasuk di internet dan yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas atau sms di seluruh dunia.

Sering juga diadakan pertandingan antara kelas, antara sekolah dan antara negeri. Malah pertandingan pantun di Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan turut ditaja oleh pihak-pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka , RTM, Berita Harian. Pantun bukan sahaja hidup dalam majalah ilmiah sahaja, seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam majalah-majalah jenaka dan komik seperti Ujang dan Din Lawak. Pantun juga menjadi media iklan, misalnya;

Kek lapis dan kuih bahulu,

Menjadi juadah di Hari raya;

Kalau puan-puan ingin tahu,

Semua perkakasan ada di IKEA.

(Utusan Malaysia 13 Oktober 2006 dalam iklan IKEA )

Melihat kepada keadaan ini, kita tidak bimbang tentang survival pantun. Ia bukan hanya survive tetapi berkembang mekar. Walau bagaimanapun hal yang membimbangkan ialah tentang penghayatan pantun. Masyarakat mengucapkan pantun tetapi kurang menghayati maksud dan kata-kata yang digunakan menyebabkan nilai, maksud dan falsafah yang tinggi itu tidak dikenali oleh masyarakat.

Masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian ketika berkomunikasi antara satu sama lain. Pada satu ketika dahulu, pantun menjadi bahasa basahan yang digunakan sebagai alat komunikasi yang bertujuan menjaga air muka pendengar atau orang yang dilawan bercakap. Melalui pantun, masyarakat Melayu berkias mengenai sesuatu secara halus dan teliti agar setiap perkara yang ingin disampaikan akan diterima dengan baik oleh seseorang. Oleh sebab itu, melodi dan pemilihan perkataan dalam pantun dibuat dengan begitu teliti. Ini memperlihatkan bentuk pemikiran masyarakat Melayu yang sentiasa peka terhadap alam sekeliling dan menjadikan pantun sebagai satu lambang ketekalan minda yang “tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan”.

Kehebatan dan ketepatan pantun sebagai satu alat kritik sosial yang digunakan oleh masyarakat Melayu menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai daya pemikiran yang begitu halus dan kreatif. Seperti mana Laksamana Hang Tuah pernah berkata “tak Melayu hilang di dunia”, pantun juga harus dipelihara agar terus hidup dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu hari ini. Pantun dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias, sesetengahnya dalam nada bergurau.

Page 3: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Melalui pantun terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan dalam pantun adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan karya Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar. Namun daripada pantun yang kita warisi, terbukti bahawa pengarang pantun adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku lalu menyampaikan teguran dan kritikan untuk membawa kebaikan. Pengarang pantun menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar pantun.

Sesuai dengan ruang dan masa seminar, kertas ini akan membincangkan kritik sosial dalam pantun Melayu dengan menumpukan kepada aspek percintaan, etika dan masyarakat, serta sifat buruk manusia yang sering dialami dalam hidup manusia.

Percintaan

Sebahagian besar pantun yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah pantun percintaan. Percintaan merupakan salah satu hubungan yang terjalin sesama manusia. Dalam konteks kertas kerja ini akan dibicarakan pantun-pantun yang berupa teguran atau kritik tentang tingkah laku manusia yang menyebabkan hubungan percintaan tidak berjalan dengan baik.

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

(Zainal Abidin Abu Bakar,1984: 247)

Pantun ini dipopularkan melalui lagu “Gurindam Jiwa” nyanyian Rafeah Buang dan R.Ismail dan dipetik daripada filem yang juga berjudul “Gurindam Jiwa”( terbitan tahun 1966 lakonan Nordin Ahmad dan Latiffah Omar) . Pantun ini membayangkan suasana percintaan atau hubungan yang masih erat. Namun begitu si kekasih berpesan kepada pasangannya supaya “intai kami antara nampak” supaya “esok jangan rindu-rinduan”. Dengan pesanan ini si kekasih sebenarnya memberi peringatan supaya pasangannya selalu mengintai, dalam erti kata selalu menjengok dan melihat keadaannya. Ini juga membawa maksud mengambil berat untuk memastikan orang yang dijenguk atau diintai itu masih ada ditempatnya dan berada dalam keadaan yang baik.

Dalam konteks perhubungan percintaan pantun membawa pesanan supaya jangan sesekali mengambil ringan dan jangan mengamalkan sikap take for granted bahawa hubungan yang sedang berjalan dengan baik itu akan terus kekal baik. Hubungan kasih mesti dijaga dengan sewajarnya. Jangan sampai si kekasih merajuk dan merasa dirinya tidak dipedulikan. Jika si kekasih pergi membawa diri maka jangan sampai ia dirindu dibiarkan belalu pergi baru nak

Page 4: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

menyesal baru nak cari. Jangan take for granted. Hal ini adalah penting demi menjaga hubungan kasih sayang.

Pembayang pantun menggambarkan keadaan alam iaitu padi dalam keadaan “antara masak”, Padi baru mula masak dan ada antaranya yang belum masak. Dalam keadaan inilah petani mesti bersedia untuk menuai padinya kerana jika ditunggu ada padi yang akan layu dan tidak sempat dituai. Padi mesti dituai semasa antara masak, iaitu dalam keadaan antara masak dan tidak masak. Jangan biar atau tunggu kerana esok padi akan masak. Jika ditunggu sehingga semuanya masak, kemungkinan tidak sempat mengetam atau menuai. Sebahagiannya akan layu ditangkai. Dari segi falsafahnya pantun ini memberi penekanan kepada faktor masa dan peluang. Sesuatu yang berharga (iaitu hubungan percintaan) mestilah dihargai sebelum ianya hilang atau sebelum terlambat.

Tuan ketam padi pulut,

Saya ketam padi Jawi;

Tuan berkata sedap di mulut,

Saya mendengar sakit hati.

(Zainal Abidin Abu Bakar,1984: 153)

Pantun ini memberi nasihat supaya berhati-hati dengan kata-kata. Hubungan percintaan juga boleh terjejas akibat salah seorang tidak pandai mengawal kata-kata. Salah satu kesilapan yang diakukan oleh pasangan bercinta ialah tidak berhati-hati dengan kata-kata. Apa yang dilafazkan mungkin menggores perasaan pasangannya. Secara amnya seseorang tidak sepatutnya berkata sesedap hati tanpa menimbang akibatnya kepada orang yang mendengar,apatah lagi bila berkata-kata dengan orang yang sentiasa mengharapkan kasih sayang. Hati mudah terluka lebih-lebih ketika dilamun cinta dan mengharapkan kekasih akan membelai dengan kata-kata yang manis. Pembayang maksud menyentuh dua perkara yang berbeza. Seorang mengetam padi pulut, seorang mengetam padi Jawi. Dari sini membayangkan bahawa perbezaan adalah perkara biasa. Hal ini mudah membawa kepada perbezaan pendapat atau perselisihan faham. Perbezaan ini juga seharusnya membuat kita sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk memahami orang lain.

Mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan juga merupakan suatu penderaan. Penderaan tidak hanya terhad kepada penderaan fizikal, tetapi juga penderaan psikologi iaitu menyakitkan seseorang dengan kata-kata. Dengan kata-kata merupakan penderaan psikologi, bukan fizikal. Menyebabkan orang yang mendengar berasa sakit.

Burung jelatik sarang kedidi,Sarang tempua sarang berjuntai;Sungguhpun cantik sutera dipuji,Belacu juga tahan dipakai.

( lirik lagu Pandang-pandang Jeling-jeling)

Page 5: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Pantun ini menjadi terkenal bila ia dinyanyikan dalam lagu “Pandang-pandang Jeling-jeling” (S.M.Salim/Siti Nurhaliza). Pantun ini adalah teguran terhadap orang yang mementingkan kecantikan fizikal sedangkan kebahagiaan tidak terjamin dengan rupa paras yang cantik semata-mata. Oleh itu janganlah terlalu memuji sutera kerana kecantikan dan kehalusannya ataupun menghina belacu kerana kekasarannya walhal di dalam keadaan sehari-hari belacu lebih berguna dan dipakai sebagai kain basahan dan untuk bekerja. Hal ini dapat dikaitkan dengan falsafah keindahan dalam Islam. Islam menekankan kepada pentingnya sesuatu yang indah dan yang bermanfaat.

Keindahan dalam Islam bukan semata-mata diukur dari segi fizikal atau rupa paras. Keindahan merangkumi kecantikan fizikal dan nilai yang baik dan positif. Sesuatu yang dipandang indah mestilah juga mempunyai nilai gunaan, iaitu dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Misalnya mutu sesebuah karya sastera atau karya seni yang lain diukur dari nilai-nilai yang dituntut oleh Islam, iaitu yang bercirikan kebenaran, kebaikan dan keindahan. Selaras dengan ajaran Islam seperti yang dihuraikan di atas, pantun Melayu juga menasihatkan agar berhati-hati memilih kekasih atau pasangan hidup. Janganlah hanya memberi perhatian kepada rupa paras kerana kecantikan mungkin hanya sifat luaran semata-mata. Hal ini dapat dikaitkan dengan pantun di bawah:

Berbaju batik bujang kelana,

Duduk bermadah di tilam pandak;

Usah dipetik si bunga sena,

Warnanya indah berbau tidak.

(Zainal Abidin Abu Bakar, 1984:154)

Pantun di atas membawa maksud, seseorang dinasihati supaya jangan memilih bunga yang cantik tetapi tidak bau wangi. Dia sepatutnya memilih bunga yang harum. Di dalam puisi Melayu bunga yang harum dikaitkan dengan nama yang harum atau nama yang baik. Bunga yang cantik tetapi tidak berbau adalah rendah nilainya seperti yang terungkap dalam pantun. Kecantikan tidak dapat menjamin kebahagiaan sekiranya hanya luaran sahaja yang cantik, tetapi dari aspek dalaman tidak seperti yang diharapkan. Ini dikaitkan dengan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Bunga yang wangi adalah objek alam yang masih digunakan untuk membawa makna sesuatu keindahan dan kemurnian yang menjadi kenangan dan sebutan. Masyarakat Melayu mengutamakan nama yang baik dan oleh itu seseorang disarankan supaya berkelakuan baik supaya tidak mencemarkan nama ibu bapa dan keluarga. Selaras dengan itu ialah pandangan Islam yang juga mengutamakan nama yang baik atau nama yang bersih. Allah S.W.T mengajar manusia supaya berdoa agar meninggalkan nama yang harum, di samping berdoa untuk menambahkan ilmu: “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih. Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian” (Surah asy-Syura, ayat 83-84).

Page 6: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Terdapat pantun-pantun yang memperkatakan tentang perilaku kekasih yang tidak setia. Misalnya:

Budak-budak mendayung perahu,

Sambil berdayung sambil bermain;

Macam mana bunga tak layu,

Embun menitis di tempat lain.

(Zainal Abidin Abu Bakar,1984:165)

Seri Andalas ke kota Ambon,

Hendak mencari asam paya;

Kasih ibarat setitis embun,

Ditiup angin berderai ia.

(lirik lagu Seri Andalas)

Pantun kedua di atas menggunakan perlambangan embun untuk menyatakan perihal kasih yang tidak bersungguh-sungguh. Embun dijadikan simbol kepada sesuatu keadaan yang tidak kekal dan tidak terjamin. Pantun yang pertama merupakan luahan rasa terhadap kekasih yang tidak lagi memberi perhatian kepada pasangannya. Daripada simbol yang digunakan iaitu bunga maka dapatlah diketahui bahawa yang ditinggalkan itu ialah perempuan dan yang berubah hati ialah lelaki. Hati lelaki sudah beralih kepada gadis yang lain. Hal ini diperikan sebagai embun yang menitis di tempat lain. Perilaku lelaki ini dianggap sebagai tidak bersungguh-sungguh di dalam hubungan percintaan dan keadaan ini disebut di dalam pembayang pantun seperti budak-budak yang sambil berdayung sambil bermain. Ini juga membawa maksud tidak ada niat atau keazaman untuk sampai ke sesuatu destinasi. Demikian juga hubungan cinta yang tidak serius, akan menyebabkan kegagalan. Cinta yang gagal dilambangkan oleh bunga yang layu.

Etika Masyarakat Melayu

Etika ialah prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (Kamus Dewan, 1996: 345). Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Etika masyarakat merujuk pada nilai moral atau akhlak yang harus dipegang oleh sesebuah masyarakat. Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku

Page 7: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

(Wikipedia Ensiklopedia Bebas, http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat). Masyarakat Melayu biasanya mengaitkan etika masyarakat dengan pegangan agama Islam. Contohnya seperti yang tergambar dalam pantun di bawah:

Asam kandis asam gelugur,Ketiga asam riang-riang;

Mengangis di pintu kubur,Teringat badan tidak sembahyang.

(http://culture.melayuonline.com)Sesuatu yang bercanggah dengan agama Islam merupakan perlanggaran kepada etika masyarakat Melayu. Setiap perlakuan dalam kehidupan masyarakat Melayu yang beragama Islam secara halus dikaitkan dan dijalin dengan indah dalam pantun. Ini juga sebagai peringatan secara bersahaja dan relaks tanpa menyentuh peribadi sesiapapun yang terlibat.

Pantun berikut merupakan kritikan sosial dalam etika masyarakat Melayu.

Mengapa bising di tepi laut,

Ombak menghempas berderai-derai;

Kusangka tuan beras pulut,

Bila ditanak nasi berderai.

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 184)

Daripada petikan pantun di atas, jelas menunjukkan kritikan sosial orang Melayu terhadap orang yang tidak boleh dipercayai. Terdapat banyak kategori sikap ’orang yang tidak boleh dipercayai’, dan ini dapat dilihat banyak sekali dalam peribahasa Melayu yang merujuk kepada orang yang tidak boleh dipercayai. Misalnya ’talam dua muka’ – orang memuji di depan tetapi di belakang kita mereka mengeji, ’ular lidah bercabang’ – orang yang tidak menepati janji, atau orang yang sentiasa berubah dengan cepat kata-katanya,

Pemantun dalam pantun di atas telah menunjukkan nada marah dan sindiran terhadap orang yang tidak boleh dipercayai ini. Dalam konteks pantun di atas, ’orang yang tidak dipercayai’ merujuk kepada kepercayaan terhadap pada orang yang disangka dapat berkongsi masalah dan menyimpan rahsia, namun kepercayaan terhadap orang itu musnah kerana sikapnya yang tidak sebaik yang disangka. Berdasarkan pembayang dan maksud yang diberikan dalam pantun di atas, kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut ialah suka membawa mulut atau menceritakan perihal orang lain, atau kemungkinan juga orang itu tidak boleh menyimpan rahsia, sebaliknya suka menghebahkan rahsia atau sesuatu perkara kepada orang lain. Beras pulut ialah lambang ’orang yang dipercayai’, yang boleh menyimpan rahsia. Ini dapat disesuaikan dengan beras pulut apabila ditanak akan melekat dan padat. ’Beras’ pula menjadi lambang ’orang yang tidak boleh dipercayai’ kerana apabila ditanak akan berderai, tidak seperti pulut. Penggunaan simbol-simbol ini jelas memperlihatkan kebijaksanaan orang Melayu dahulu dalam membuat pemilihan kata yang bertepatan dengan pemikiran yang hendak disampaikan.

Page 8: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Pantun berikutnya turut memperlihatkan rasa marah pemantun terhadap lelaki yang suka mempermain-mainkan wanita. Pemantun yang menuturkan pantun ini berkemungkinan besar adalah seorang wanita.

Nasi dingin bersayur mumbang,

Sayur dimasak dalam belanga;

Kami tak ingin melihat kumbang,

Kalau kumbang merosak bunga.

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 251 )

Pantun di atas jelas menunjukkan kemarahan pemantun terhadap lelaki yang gemar merosakkan wanita. Ibarat peri bahasa ’habis madu sepah dibuang’ sekiranya peribahasa ini merujuk kepada wanita, ia bermaksud wanita yang ditinggalkan apabila lelaki itu sudah mendapat apa yang dihajati daripada wanita berkenaan; peribahasa ’ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang’ turut bermaksud wanita yang ’dirosak’ oleh lelaki, iaitu wanita yang dikasihi semasa muda tetapi diceraikan apabila tua. Kritikan sosial di sini jelas ditujukan kepada golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab terhadap wanita. Dalam Al-Quran menegaskan bahawa “Lelaki itu adalah pelindung/pemimpin bagi wanita.” Riwayat Abu Hurairah dalam Sahih Bukhari mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata:

“O Muslims! I advise you to be gentle with women, for they are created from a rib, and the most crooked portion of the rib is its upper part. If you try to straighten it, it will break and if you leave it, it will remain crooked, so I urge you to take care of the women.”

(http://nurjeehan.hadithuna.com/ ).

Namun, perlakuan lelaki adalah dalam pantun ini jelas menyalahi norma masyarakat malah menyalahi hukum Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Golongan lelaki ini bukan sahaja mereka tidak melindung dan membimbing wanita, malahan mereka merosakkan pula wanita tersebut. Seorang suami misalnya hendaklah memberi perlindungan dan bimbingan sebaik-baiknya kepada isteri, bukan setakat makanan dan pakaian sahaja, tetapi juga agama.

Pantun seterusnya yang bernada marah dapat dilihat dalam pantun jenaka. Apabila pantun ini dibaca, secara tidak langsung perasaan pendengar akan tercuit rasa geli hati. Namun jika diteliti sebenarnya pantun ini mengandungi emosi marah, bukan jenaka semata-mata, dan emosi marah jelas terlihat dalam perkataan ’terajang punggung’.

Di sana merak di sini merak,

Merak mana hendak dikepung;

Page 9: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Di sana hendak di sini pun hendak,

Pusing belakang terajang punggung.

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 103)

Pantun di atas merupakan satu kritikan sosial terhadap orang yang suka mengikut hawa nafsu dalam kehidupan mereka. Pemantun mengkritik orang yang bersifat tamak haloba, terlalu mementingkan hawa nafsu dan sekali gus memperlihatkan sikap mereka yang mementingkan keduniaan semata-mata. Banyak sekali mengenai sikap tamak diungkapkan dalam peribahasa Melayu, iaitu ”seperti anjing dengan bayang-bayang”, ”seperti anjing berebut tulang” dan ”seperti anjing beroleh bangkai”. Dalam pantun lama juga ada memperlihatkan akibat daripada sikap tamak, iaitu sentiasa mendapat kerugian dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dalam pantun di bawah:

Dalam semak ada duri,Ayam kuning membuat sarang;Orang tamak selalu rugi,Seperti anjing dengan bayang-bayang.

(http://pestapantun.wordpress.com/category/pantun-lama/)

Sifat Buruk Manusia

Setiap manusia di dunia ini dilahirkan dengan pelbagai sifat dan rupa. Di sebalik wajah yang cantik kadangkala ada benda yang buruk, tidak semua manusia di atas dunia ini sempurna sifatnya. Masyarakat Melayu amat kreatif dalam memperkatakan sifat buruk ini dalam bentuk teguran, nasihat ataupun luahan melalui pantun. Antara pantun yang dapat dilihat dalam bahasa Melayu yang menunjukkan kritik sosial sifat-sifat buruk ini ialah seperti:

Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis,

Mari dibawa angin utara;

Berhadapan saja mulutnya manis,

Paling belakang lain bicara.

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 173)

Pantun di atas membawa maksud bahawa dalam kalangan manusia, banyak yang akan sentiasa memberi pujian atau meluahkan kata-kata yang manis, namun di sebalik perkataan yang manis itu, mungkin akan jadi sebaliknya apabila mereka bercakap di belakang kita. Dalam rutin kehidupan, kita tidak boleh lari daripada menghadapi situasi di mana terdapat pelbagai jenis manusia wujud di sekeliling kita. Pantun ini sebenarnya sebagai peringatan bahawa dalam hidup kita pasti ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan, terutama daripada mereka yang mempunyai perasaan hasad dan dengki terhadap apa yang kita miliki. Kadang kala seseorang

Page 10: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

yang banyak memuji kita itulah sebenarnya yang akan menjadi duri dalam daging, maksud merekalah yang lebih banyak mempunyai perasaan hasad dan dengki terhadap kita.

Berilah saya pisau raut,

Hendak meraut bingkai tudung;

Gila apakah ikan di laut,

Mengidam umpan di kaki gunung.

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 178)

Pantun di atas juga menunjukkan bagaimana sifat hasad dan dengki dalam kalangan manusia yang dikaitkan dengan ikan yang mengidam umpan di kaki gunung. Pantun ini membawa dua maksud, iaitu sebagai peringatan kepada mereka yang menginginkan sesuatu yang di luar kemampuan, dan juga sebagai peringatan kepada manusia mengenai pelbagai sifat manusia yang tidak dijangka akan berlaku kepada kita.

Buah cempedak buah nangka,

Ditanam orang dalam di dalam kebun;

Haram tidak disangka-sangka,

Buah delima menjadi racun.

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 179)

Pantun di atas jelas menggambarkan bahawa akibat daripada perbuatan yang tidak baik akan mewujudkan satu keadaan yang tidak diangka-sangka berlaku dalam kehidupan kita. Benda yang luarannya kelihatan cantik dan molek, kadangkala akan menjadi perosak atau pembunuh yang kejam. Maksudnya di sini, kita harus berhati-hati dalam melakukan sesuatu hal, ataupun dalam mempercayai sesuatu perkara yang kita lihat kerana dalam apa jua keadaan, benda yang cantik atau yang disangka manis itu sebenarnya adalah racun yang akan merosakkan.

Raja di gua jalan ke teluk,

Cantik halus rupa mukanya;

Ibarat buah busuk di pokok,

Hilang manis pahit rasanya.

(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 180)

Page 11: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Pantun di atas pula merujuk kepada sifat manusia yang tidak mahu berubah. Kebanyakan kita kadangkala lupa bahawa dunia ini sentiasa berubah, begitu juga dengan sifat manusia. Perubahan zaman dan masa ini juga harus kita sedari kerana sekiranya kita tidak mengikuti perkembangan zaman, maka kita akan ketinggalan di belakang. Pantun ini juga bertujuan menegur bahawa ketika berada pada sesuatu tahap kita perlu mengikut peredaran masa bagi membolehkan kita diterima dalam masyarakat. Misalnya, apabila meningkat tua, seseorang itu haruslah sedar bahawa umur yang meingkat memerlukan mereka menjadi dewasa. Mereka yang tidak mahu berubah akan dikecam atau dikeji.

Berbanding dengan masyarakat muda hari ini pula, pantun dilihat sebagai sesuatu yang agak tradisi yang diwarisi daripada masyarakat lama. Namun begitu, masyarakat muda juga tidak ketinggalan dengan pantun mereka yang diadaptasikan dan disesuaikan dengan dunia baru. Kewujudan pantun-pantun generasi baru ini kadangkala dianggap sebagai perosak kepada keindahan pantun lama, tetapi jika dilihat daripada aspek yang positif, generasi hari ini juga mencipta pantun, namun agak longgar dan lebih bersahaja sifat. Contohnya:

Ada duit naik teksi,Tak ada duit naik bas;Cari makwe jangan seksi,Nanti cepat kena kebas.

Pantun ini ditemu ketika penulis bercuti hari raya, dan dalam gurauan antara anak-anak muda, penulis sempat mendengar pantun ini yang menjadi bahan gurauan anak-anak muda yang datang menziarah. Dapat dilihat bahawa generasi hari ini lebih terbuka dan berterus terang dalam mengungkapkan sesuatu. Setiap pemilihan kata yang dibuat lebih bersahaja dan agak selamba. Ini seakan telah menyebabkan unsur estetika dan keindahan dalam pemilihan kata telah sedikit bergeser kerana pembayang dan maksud yang dipilih kelihatan wujud secara langsung dengan kehidupan dan suasana masyarakat hari ini.

Pantun di bawah ini pula merujuk kepada bentuk pantun lama yang diberi wajah baru.

Siakap senohong,Gelama ikan duri;

bercakap bohong, Lama-lama jadi menteri.

(http://ibrahimbaba.wordpress.com/) Pantun di atas sebenarnya merujuk kepada sikap ahli politik yang banyak memberi ceramah dan berjanji sana sini untuk mendapat undi rakyat. Namun di sebalik ceramah yang diberi, banyak antaranya adalah bohong semata-mata.

Siakap senohong,Gelama ikan duri;

Baca berita bohong,Lama-lama mencuri.(http://erisar.blogspot.com/2008_04_01_archive.html)

Pantun di atas berkaitan dengan penyiaran berita di TV3, yang banyak menyokong kerajaan. Pantun tersebut digunakan bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kandungan berita yang disiarkan di TV3 yang dikatakan banyak mengandungi unsur tokok tambah.

Page 12: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Perkembangan masa telah menjadikan pantun sebagai bahan jenaka yang digunakan dalam menempelak seseorang. Jika diteliti dengan mendalam, kelihatan bahawa pantun-pantun baru menerima banyak perubahan, namun unsur-unsur kesamaan bunyi dan penyampaian maksud itu masih boleh difahami.

Kesimpulan

Pantun merupakan khazanah bangsa yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam.

Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka dan juga sebagai satu senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan harmonis. Perkara-perkara seperti inilah yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam jiwa generasi hari ini.

Generasi muda mempunyai pemikiran yang lebih kepada straight to the point, ataupun lebih berterus terang dalam mengungkapkan atau meluahkan maksud, sama ada dalam pantun mahupun dalam bahasa seharian. Ini terjadi akibat daripada pengaruh globalisasi yang semakin merubah jiwa dan perasaan masyarakat Melayu hari ini. Perubahan masa bukanlah satu alasan untuk generasi hari ini merosakkan dan memperlecehkan keindahan dan kehalusan pantun. Sepatutnya perlu ada kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan generasi hari ini untuk memelihara kesopanan dan kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam pantun. Adat muda semestinya ada bentuk-bentuk yang baru, tetapi janganlah sehingga mengetepikan khazanah lama yang ternyata indah dan halus. Membentuk masyarakat yang maju dan bersopan santun serta berbudi bahasa menjadi tanggungjawab bersama yang akan memastikan Melayu mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini.

Bibliografi

Blog Pantun Sepantun Sehari, 5 Mac 2008 dlm. http://pestapantun.wordpress.com/

category/pantun-lama/

Blog (http://culture.melayuonline.com)

Page 13: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Blog Ezza Erisa (http://erisar.blogspot.com/2008_04_01_archive.html)Blog Ibrahim Baba(http://ibrahimbaba.wordpress.com/)

Hadithuna – Muslim Blogs, http://nurjeehan.hadithuna.com/

Lirik Lagu “Pandang-pandang Jeling-jeling” (S.M.Salim/Siti Nurhaliza).

Lirik Lagu ”Gurindam Jiwa” (Rafeah Buang dan R.Ismail)

Mohd. Tajuddin Hj. Abd. Rahman, 2006 (Edisi Ketiga). Kamus Peribahasa, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muhammad Haji Salleh, kertas kerja “Pantun Nusantara, Penjinak Globalisasi” dlm. Konferensi Internasional Kesusastraan, Hiski (Jakarta 7 – 10 Ogos, 2006).

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali dan Mohamad Shaidan, 2005. ”Emosi Melayu dalam Pantun: Satu Pandangan Awal Berdasarkan Tema” dlm. Hashim Awang et.al., Emosi Melayu, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Utusan Malaysia 13 Oktober 2006.

Wikipedia Ensiklopedia Bebas, http://ms.wikipedia.org/wiki/Masyarakat

Zainal Abidin Borhan (peny.), 1984. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[1] Dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional, Tema “Pantun, Syair, Gurindam dan Nazam: Ketekalan Minda Melayu”, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24-25 November 2008, Kuala Lumpur.

Page 14: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

sejarah pantun

oleh Berbalas Pantun pada 16 Agustus 2010 pukul 21:05 ·

Pantun suburkan budaya bangsaOleh ANI AWANG

PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayuyang berkembang di seluruh dunia

khususnya di Nusantara sejak ratusantahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat

Nusantara dan iaadalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagaialat

komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampumengetengahkan aspirasi masyarakat

dengan lebih jelas. Ia begitusinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara

danMalaysia.Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukandialek. Pantun

juga didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja,

Vietnam serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan Malaysia).Pantun

diMalaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah, iamungkin berusia lebih

tua daripada itu seperti tertulis dalam HikayatRaja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu.Menyedari

kepentingan pantun dalammemartabatkan budaya Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan

WarisanNegara di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telahmengadakan

Seminar Pantun 2006 di Auditorium Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Wilayah

Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.Seminaritu bertujuan mengetengahkan bakat-bakat

baru di kalangan sektorkorporat di samping memastikan generasi akan datang mengenali

pantunsebagai seni tradisional Melayu yang unik.Menurut Ketua BahagianKesusasteraan

Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Rogayah A.Hamid, pantun merupakan satu-

satunya hak milik kekal bangsa Melayu yangtidak tercemar dalam pertembungan masyarakat

dunia.Oleh itu, katabeliau, usaha mengekalkan semula pantun terutama pada majlis-

majlistertentu haruslah dipelihara supaya kesenian itu dapat dikembalikandalam kehidupan

Melayu sarwajagat."Sayangnya hari ini kita melihatada unsur-unsur yang cuba menodai ciri-ciri

pantun dengan mempopularkanpantun dua kerat yang kononnya disesuaikan dengan

kehidupankosmopolitan,'' katanya dalam kertas kerja 'Kebijaksanaan Emosi DalamPantun' pada

seminar itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.Penggiat pantun,Abdul Halim Salleh (Abdul Halim

R) dalam kertas kerja 'Berbalas Pantundan Kaedahnya' pula menjelaskan:"Pantun yang baik

sepatutnya memilikidua baris pembayang dan dua baris maksud. Kata-katanya harus

Page 15: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

diambildaripada kata-kata yang indah."Menurut Rogayah, sejak zamanberzaman keindahan

pantun memainkan peranan penting sebagai bahanhiburan bergurau senda dan juga meluahkan

perasaan yang tersirat.Contohnya:

Jeling-jeling paku,

Paku masak lemak;

Siapa jeling aku

Aku cakap pada emak.

Contoh itu, katanya, melambangkan orang Melayumempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam

mengeksploitasi danmemanipulasi hal percintaan dan kasih sayang.Malah, kata

Rogayah,kebijaksanaan orang Melayu menjadikan pantun sebagai alat komunikasidalam

beberapa upacara penting seperti upacara merisik, meminang danadat istiadat perkahwinan,

pembuka bicara dalam adat istiadat dirajajuga telah memberi gambaran orang Melayu sebagai

satu bangsa yangunik.Selain digunakan untuk berkomunikasi dalam beberapa adat

istiadat,pantun juga dijadikan sebagai lirik dalam lagu-lagu Melayu lama sepertilagu Melayu

asli, keroncong, dondang sayang, zapin, ghazal, canggung,beduan, seloka rakyat, bongai,

belotah, barongan, tumbuk kalang,gendang Sarawak dan sebagainya. Contohnya:

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Sehubungan itu, Rogayah berkata, secara jelas pantundapat memperlihatkan kesopanan Melayu

kerana percakapan dalam pantunsentiasa beralas, suka berkias ibarat kerana sikap tolak ansur

yangtinggi dan merendah diri.PencemaranAbdul Halim Salleh menjelaskan,pencemaran pantun

berlaku kerana pemantun kerap kali tersilap dalammenyebut ataupun tidak dapat membezakan

Page 16: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

antara pantun dengansyair.Menurut beliau, kesilapan pantun boleh terjadi apabila terlebihatau

terkurang suku kata, pembayang tidak betul, tidak sama rima, rimaakhir macam syair, baris

pantun yang tergantung dan silap teknik dalammenulis.Sementara itu, penulis dan penyelidik

pantun tradisionalMelayu, Dr. Harun Mat Piah dalam kertas kerja 'Sejarah Pantun

danKeindahannya' berkata, sejarah dan perkembangan pantun Melayu amatjelas membuktikan

pantun adalah milik bangsa dan tamadun Melayu."Pemahamanterhadap pantun Melayu

sewajarnya mengambil kira beberapa aspek sasteradan budaya Melayu sendiri termasuk ciri-ciri

keunikan bahasa, aspekestetika dan etikanya, nilai dan pemikiran, jati diri dan pandangandunia,"

tambah beliau.

(Sumber : Utusan Malaysia (02/03/2006) )

Page 17: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Bentuk dan Jenis-jenis Pantun

Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat  Pergi Ke sini.Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait   Pergi Ke sini.Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".

Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.

Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.

Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.

Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.

Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :-

Page 18: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Jenis Pantun : Dua Kerat Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-tekiFungsi : Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir

Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya?

Jenis Pantun : Empat Kerat - JenakaFungsi : Semata-mata untuk hiburan

Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kasih Sayang

Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat

Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Budi

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasib

Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau

Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Adat

Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kepahlawanan

Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Peribahasa

Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kias dan Ibarat

Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang;

Page 19: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Agama

Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia.

Jenis Pantun : Empat Kerat - Kanak-kanakFungsi : Lagu sedih dan bersuka-ria

Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

esday, April 15, 2009

Page 20: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Page 21: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur

alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,

mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

JENIS-JENIS PANTUN

Pantun 2 kerat

Pantun 4 kerat (jenis paling popular)

Pantun 6 kerat

Pantun 8 kerat

Pantun 10 kerat

Pantun 12 kerat

Pantun 14 kerat

Pantun berkait

Maklumat dari : http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Posted by Cikgu Wa at 4:33 AM

Page 22: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa Nusantara. Pantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa Minangkabau yang berarti "petuntun". 

Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan, dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan, dan dalam bahasa Batak dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa). Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), setiap baris terdiri dari 8-12 suku kata, bersajak akhir dengan pola a-b-a-b dan a-a-a-a (tidak boleh a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.

Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam (mencirikan budaya agraris masyarakat pendukungnya), dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Dua baris terakhir merupakan isi, yang merupakan tujuan dari pantun tersebut.

Karmina dan talibun merupakan bentuk kembangan pantun, dalam artian memiliki bagian sampiran dan isi. Karmina merupakan pantun "versi pendek" (hanya dua baris), sedangkan talibun adalah "versi panjang" (enam baris atau lebih).

a. Struktur pantun

Menurut Sutan Takdir Alisjahbana fungsi sampiran terutama menyiapkan rima dan irama untuk mempermudah pendengar memahami isi pantun. Ini dapat dipahami karena pantun merupakan sastra lisan.

Meskipun pada umumnya sampiran tak berhubungan dengan isi kadang-kadang bentuk sampiran membayangkan isi. Sebagai contoh dalam pantun di bawah ini:

Air dalam bertambah dalamHujan di hulu belum lagi teduhHati dendam bertambah dendamDendam dahulu belum lagi sembuh

Beberapa sarjana Eropa berusaha mencari aturan dalam pantun maupun puisi lama lainnya. Misalnya satu larik pantun biasanya terdiri atas 4-6 kata dan 8-12 suku kata. Namun aturan ini tak selalu berlaku.

b. Jenis-jenis Pantun

- Pantun Adat

Page 23: PANTUN Adalah Sejenis Puisi Tradisional Masyarakat Melayu Yang Wujud Sejak Zaman Berzaman

pantun adat juga merupakan cerminan masyarakat Melayu sama ada daripada segi adatresam, perlakuan, pandangan ataupun pemikiran hidup manusia Melayu itu sendiri.Selain itu, pantun adat juga adalah bertujuan memartabatkan adat sesebuahmasyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapanyang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalahmerujuk kepada peraturan kehidupan.Dalam hal ini, kita dapat merumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsimenyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuahmasyarakat. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam pantun-pantun tersebutterdapat banyak nilai-nilai sosiobudaya masyarakat Melayu yang dapat ditelusurimenerusi karya sastera tradisi yang berbentuk naratif. Sekaligus dapat menilai bentuk pemikiran masyarakat dalam semua aspek.Oleh itu, menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (DBP), pantun mempengaruhi pemikiran, kreativiti, dan peradaban kehidupan masyarakat Melayu. Justeru itu, pantun perlulah dipertahankan dalam masyarakat, bukan sahaja kerana nilai eksotiknya tetapi juga sebagai warisan yang tidak ternilai