3. puisi tradisional syair makna riak

35
SYAIR MAKNA RIAK 0Leh : Mohd Yusof Md Nor & Abd Rahman Kaeh Nota disusun oleh Puan Wickneswary a/p Muniyandy Guru Bahasa Melayu SMK Selayang Bharu , Selangor

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 15-Jun-2015

2.468 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 1. SYAIR MAKNA RIAK0Leh : Mohd Yusof Md Nor &Abd Rahman KaehNota disusun olehPuan Wickneswary a/p Muniyandy Guru Bahasa MelayuSMK Selayang Bharu , Selangor

2. Rangkap 1 Kemudian dinyatakan makna riakAmal ibadat kerana manusiaInilah kebencian tuhan yang sedaya Sebab kerana syirikkan Dia 3. Rangkap 2Terkadang riak pula dilakukanMengiringkan beberapa puasa tak makan Bertutur itu suara diperlahankanTubuh dan badan tidak dihiraukan 4. Rangkap 3 Supaya disangka ianya wali , Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali,Tetapi hatinya ke dunia bertali 5. Rangkap 4 Terkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu,Berkata-kata tidaklah jemu,Nahu dan sarap habis diramu 6. Rangkap 5Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik,Supaya disangka ianya cerdek , Sukalah orang memberinya gundik . 7. Rangkap 6Terkadang riak dengan pakaian ,Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan 8. Rangkap 7 Pejamkan duduk bersila,Lidah berzikir Allah Taala,Terkadang jazbah seperti gila ,Kasadnya hendak jadi kepala 9. Rangkap 8Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak,Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak 10. MAKSUD RANGKAP 1Penyair menyatakan maksud riak iaitu beramal hanya untuk manusia dan hal ini mendatangkan kebencian tuhan kerana mensyirikkanNya 11. MAKSUD RANGKAP 2Penyair menggambarkan sifat orang riakyang sanggup berpuasa , bertuturdengan sopan namun keadaan tubuh badan tidak dihiraukan 12. Maksud rangkap 3 Penyair menggambarkan orang riakbiasanya mahu dirinya dianggap wali sehingga tidak mempedulikan urusandunia namun di hatinya bersifat duniawi 13. Rangkap 4Penyair menggambarkan ada ketika cubaberiak seperti orang yang berilmu dengan membaca pelbagai ayat ketikadiadakan majlis keramaian dan tidak jemu berceramah hingga dicampuradukkan yang benar dan yang batil 14. Rangkap 5Penyair menggambarkan ada ketikanyaorang yang riak cuba menunjuk-nunjuk kehebatan ilmu mantiknya dengan bercakap tentang alhayat yang konontelah diselidik supaya dia mendapat hadiah gundik . 15. Rangkap 6 Penyair menggambarkan ada ketikanyaseseorang itu riak melalui pakaiandengan berserban dan sejadahtersangkut di bahu dan tasbih sentiasa di tangan 16. Rangkap 7Penyair menggambarkan orang yang riakmemejamkan mata sambil lidah berzikirsehingga seperti orang gila yangmahukan kedudukan dan kuasa 17. Rangkap 8Sifat demikian dikatakan akan membawa padah kerana amalan akan ditolak danada kala akan memalukan diri sendiri dan akan dilatnat (dikutuk) oleh tuhan 18. TEM AKemanusiaan dankemasyarakatan yangmenjurus kepada sifat riakatau menunjuk-nunjuk . 19. PERSOALAN Sifat riak dibenci oleh tuhan Manusia sanggup berpura-pura untukmenunjuk-nunjuk sifat baik mereka Manusia sanggup menggadai maruahdan agama untuk kepentingan diri 20. Persoalan Manusia mempermain-mainkan ayatsuci al quran untuk dilihat sebagaiorang yang bijak Perbuatan riak merupakan perbuatanyang dibenci tuhan 21. Nilai Nilai rendah diri, Nilai kepatuhan kepada tuhan, Nilai kesopanan , 22. Nilai Kesopanan dan berbudibahasa 23. PENGAJARAN Kita hendaklah mematuhi ajaran tuhandan meninggalkan segala laranganNya Kita perlu menjadi seorang yangsederhana dan tidak bersikap berpura-pura . Kita hendaklah menjadi orang yang sopandan beradab kesusahan 24. SEKIAN TERIMA KASIH