psv sem4 sbe

10
MAKLUMAT UMUM Sekolah Kebangsaan Sungai Layar merupakan sekolah yang saya hadiri untuk PBS siri 4. Tugasan yang diberikan kepada kami pelajar elektif PSV adalah menjalankan temuramah bersama guru Pendidikan Seni di sekolah ini. Perkara yang perlu dikenal pasti semasa menjalankan temuramah adalah pemasalahan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan seni visual. Kami meminta izin untuk melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru berkenaan menjalakan PdP. Dengan pemerhatian kami dapat melihat sendiri masalah yang timbul semasa PdP dijalanakan. Oleh itu pemahaman kami akan menjadi lebih jelas berkenaan masalah yang akan dibincangkan dalam tulisan ini. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar oleh itu pelajar sekolah ini kebanyakannya berlatarbelakangkan keluarga kampung. Kelas tahun 4 Bulan menjadi subjek pemerhatian saya untuk mencari pemasalahan yang timbul semasa proses PdP dijalankan. Kelas ini merangkumi 24 orang murid yang memiliki variasi abiliti. Tajuk kolaj menjadi tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

Upload: epol

Post on 21-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

MAKLUMAT UMUM

Sekolah Kebangsaan Sungai Layar merupakan sekolah yang saya hadiri untuk PBS siri 4. Tugasan yang diberikan kepada kami pelajar elektif PSV adalah menjalankan temuramah bersama guru Pendidikan Seni di sekolah ini. Perkara yang perlu dikenal pasti semasa menjalankan temuramah adalah pemasalahan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan seni visual. Kami meminta izin untuk melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru berkenaan menjalakan PdP. Dengan pemerhatian kami dapat melihat sendiri masalah yang timbul semasa PdP dijalanakan. Oleh itu pemahaman kami akan menjadi lebih jelas berkenaan masalah yang akan dibincangkan dalam tulisan ini. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar oleh itu pelajar sekolah ini kebanyakannya berlatarbelakangkan keluarga kampung. Kelas tahun 4 Bulan menjadi subjek pemerhatian saya untuk mencari pemasalahan yang timbul semasa proses PdP dijalankan. Kelas ini merangkumi 24 orang murid yang memiliki variasi abiliti. Tajuk kolaj menjadi tajuk pembelajaran pada hari tersebut.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM KELAS Kelas hari tersebut dimulakan dengan set induksi oleh guru tersebut. Set induksi merupakan satu bahagian proses pembelajaran dimana guru menghubungkait maklumat sedia ada dengan maklumat baharu untuk menyediakan pelajar untuk subjek pada hari itu. Guru tersebut memaparkan gambar-gambar sayur sayuran yang dihasilkan menggunakan teknik kolaj. Set induksi juga bertindak sebagai penarik perhatian kepada topik pembelajaran pada hari itu. Gambar yang digunakan oleh guru tersebut merupakan gambar cili hijau yang dibuat menggunakan teknik kolaj. Selain daripada itu guru tersebut juga memaparkan hasil karya yang lain berasaskan kolaj kepada murid-murid. Seterusnya merupakan peringkat persembahan oleh guru mengenai teknik kolaj. Peringkat persembahan merupakan peringkat dimana guru memberi input mengenai topik yang akan dipelajari pada hari tersebut. Persembahan amat penting bagi memastikan murid menerima info yang mencukupi mengenai teknik kolaj yang akan mereka pelajari pada hari itu. Selain daripada itu, peringkat persembahan juga merupakan satu peringkat yang akan menentukan keberkesanan prose PdP pada hari itu. Guru tersebut menggunakan teknik demonstrasi untuk proses pengajaran. Guru tersebut memulakan demonstrasi dengan menunjukkan gambar sebiji cili yang tidak mempunyai warna di atas kertas majung, selepas itu beliau mengambil beberapa keeping kerta berwarna merah yang telah dipotong dan melekatkannya diruangan kosong yang terdaapt di gambar cili tersebut. Penyusunan warna adalah mengikut warna sebenar sayur sayuran tersebut.Peringkat praktis adalah peringkat yang seterusnya. Pada peringkat ini guru memberikan gambar yang tidak berwarna bersama potongan potongan kertas. Murid akan menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj dengan bantuan guru. Pada peringkat ini aktiviti yang dijalankan mengandungi klu-klu atau tutorial yang jelas mengenai apa yang perlu dilakukan dari masa ke semasa. Pada masa ini murid-murid merasai sendiri bagaimana caranya menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj. Selain daripada itu peringkat ini juga menjadikan murid-murid semakin biasa dengan teknik kolaj menjadikan mereka bersedia untuk menjalani peringkat aktiviti yang seterusnya. Selepas peringkat praktis, peringkat penghasilan mengambil tempat. Peringkat ini merupakan peringkat dimana murid-murid menggunakan teknik dan ilmu yang dipelajari pada peringkat sebelum-sebelumnya dan menghasilkan sebuah karya daripadanya. Pada peringkat ini, guru hanya membekalkan kertas hitam kepada murid-murid. Murid-murid dikehendaki menghasilkan karya kolaj diatas kertas tersebut berdasarkan objek yang mereka sukai. Guru akan memantau murid-murid semasa penghasilan karya. Guru juga memberikan bantuan kepada pelajar yang memerlukan bantuan semasa proses penghasilan karya. Peringkat ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang baru dipelajari lalu memberikan lebih kefahaman dan keseronokan kepada mereka kepada proses pembelajaran pada hari itu. Penutup merupakan proses terakhir kepada sebuah PdP yang dijalankan didalam kelas bagi memastikan murid-murid dapat merasional ilmu-ilmu yang dipelajari pada hari tersebut. Guru menyatakan nilai-nilai yang bole dipelajari melalui aktiviti yang mereka jalankan pada hari itu. Kesabaran dan ketelitian akan menghasilkan sebuah karya yang cantik dan memuaskan hati merupakan nilai yang dinyatakan oleh guru tersebut. Guru mengakhiri kelas pada hari tersebut dengan memberikan kerja rumah kepada murid-murid.

PEMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Masalah merupakan satu unsur yang tetap akan ada dalam sesebuah perkara. Pada pemerhatian saya semasa guru in menjalankan PdP beliau di kelas terdapat beberapa masalah yang timbul dan menarik perhatian saya semasa proses PdP dijalankan didalam kelas. Permasalahan yang pertama adalah guru kurang sensitif dengan keadaan semasa murid-murid. Keadaan semasa murid-murid merujuk kepada kesediaan murid-murid untuk belajar. Semasa kelas masih bising, guru tersebut menerangkan berkenaan kolaj tanpa mengambil peduli kesediaan murid-murid kepada proses pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa guru tersebut mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang lemah. Permasalahan yang kedua pula adalah pemilihan alat bantu mengajar yang lemah. Proses demonstrasi yang dijalankan pada peringkat persembahan menggunakan kertas majung sebagai medium pemapar. Seperti yang kita tahu kertas majung adalah sangat nipis, rapuh dan mudah ditiup angin. Semasa proses mempersembahkan demonstrasi tersebut, jertas majung tersebut tidak berada didalam kedudukan yang tetap kerana ditiup angin, ini akan menjejaskan fokus pelajar dan boleh menyebabkan pelajar merasakan guru tersebut tidak Sirius semasa mengajar. ini dapat dibuktikan apabila terdapat beberapa orang pelajar tidak menumpukan terhadap apa yang dilakukan oleh guru tersebut dihadapan kelas. Murid-murid yang tidak menunjukkan minat terhadap kelas menjadikan proses PdP mengambil masa yang lebih panjang semasa proses praktis kerana pada peringkat ini guru perlu memberi panduan kepada pelajar semasa proses penghasilan karya. Apabila terdapat murid-murid yang tidak menumpukan perhatian maka guru terpaksa memberikan arahan yang lebih jelas dan terperinci kepada mereka. Maka masa yang tinggal untuk pelajar yang lain untuk peringkat seterusnya berkurangan. Selain daripada itu, guru tersebut kelihatan seperti tidak bersedia dari segi pengetahuan dan teknik mengenai penghasilan kolaj. Ini menunjukkan ketidak sediaan guru tersebut untuk mengajar. Maklumat yang disampaikan kepada pelajar haruslah sahih, benar dan tepat bagi mengelakkan konsep yang salah dalam sesebuah perkara. Keadaan bilik darjah yang kurang kondusif juga merupakan antara masalah lain yang timbul di dalam kelas tersebut. Kelas tersebut tidak mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Untuk kelas seni pencahayaan dan pengudaraan merupakan perkara yang amat penting bagi menjamin keselesaan pelajar menghasilkan karya. Permasalahan-permasalahan yang timbul merupakan permasalahan yang boleh diatasi dengan mudah sekali oleh para guru. Dengan meminimakan permasalahan di dalam sesebuah PdP proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna.

REFLEKSI

Aktiviti yang dipilih oleh guru tersebut adalah amat bersesuaian dengan topic kolaj. Oleh itu, untuk menjadikan pembelajaran pada hari itu lebih bermakna adalah dengan mengatasi permasalahan-permasalahan yang timbul semasa proses PdP dan meminimakan kemunculan pemasalahan-pemasalahan baru. Guru sepatutnya meletakkan murid-murid sebagai nombor satu didalam kelas kerana mereka umpama pelanggan yang dating kekedai ingin membeli (ilmu). Sebagai seorang guru, segala aspek perlu diambil kira agar murid-murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Untuk pemilihan ABM pula, pada pendapat saya adalah bernas jika guru tersebut menggunakan papan hitam atau papan putih yang terdapat didalam kelas tersebut. Ini kerana saiz papan tersebut adalah besar dan murid-murid dan memberikan perhatian dengan lebih mudah kepada guru yang sedang mengajar dihadapan. Selain daripada itu, guru juga perlu peka dengan keadaan pelajar. Guru boleh memberikan arahan supaya bertanya jika ada apa-apa yang tidak difahami. Ini menjadikan interaksi dua hala lebih berkesan dan menjadikan pembelajaran pada hari itu lebih berkesan dan bermakna. Selain daripada itu, guru juga perlu lebih bersedia dengan topik yang ingin diajar pada hari tersebut agar segala pertanyaan dapat dijawab serta murid-murid akan menunjukkan perhatian yang lebih jika guru tersebut berkeyakinan semasa mengajar. Atmosfera kelas juga akan bertambah baik dan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar. Kesimpulannya, perancangan yang baik tidak semestinya menjamin proses PdP yang baik. Guru perlu sentiasa meramal permasalahan yang akan timbul semasa PdP sedang berlansung. PdP yang baik adalah perancangan yang baik serta kesedian guru yang baik. Tugasan ini banyak memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada saya sebagai bakal guru. Saya rasa dengan ilmu-ilmu seperti ini saya dapat menyiapkan diri saya untuk menjadi seorang guru yang baik dimasa hadapan.

LAMPIRAN