bahasa melayu sem4

Upload: sholahuddin-jaafar

Post on 05-Apr-2018

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    1/23

    HBML1103

    1

    1. PENDAHULUAN

    Pendidikan adalah usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi manusia secara

    menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektul melalui kegiatan pengajaran

    dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku interaksi di antara

    guru dan murid di mana murid sebagai pencari atau penerima pelajaran yang diperlukan.

    Sementara guru pula sebagai pengolah kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran

    merupakan aktiviti mental, fizikal atau rohani kepada diri murid itu sendiri. Ia adalah proses di

    mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka supaya berkembang secaraberterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi bagi

    kemajuan diri sendiri khasnya dan masyarakat atau negara amnya.

    Kita sering mendengar kenyataan bahawa fungsi pengjaran adalah menghasilkan

    pembelajaran yang efektif. Oleh itu satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran

    guru memadankan kaedah mengajar dengan objektif pembelajaran dan juga gaya pembelajaran

    mereka. Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan perlakuan,

    pemikiran(termasuklah proses dan hasil berfikir ),persepsi dan afektif (termasuklah

    perasaan,sikap dan nilai).Perubahan tersebut pula adalah kekal dan dipengaruhi oleh perubahan

    dalam sistem saraf pusat manusia itu sendiri.

    Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran.

    Keberkesanan pengajaran juga bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar

    yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran. Sepatutnya segala aktiviti pengajaran

    hendaklah dirancang sebaik mungkin supaya dapat merangsang pelajar untuk belajar. Dengan

    itu terdapat dua fungsi utama pengajaran iaitu merangsang pembelajaran dan mewujudkan

    pembelajaran yang berkesan. Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal

    mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Sesungguhnya segala pendekatan, strategi,

    kaedah dan teknik mengajar berlandaskan kepada segala teori dan ciri pembelajaran. Perkara ini

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    2/23

    HBML1103

    2

    sangat penting bagi memastikan segala usaha pengajaran tersebut berupaya menghasilkan aktiviti

    pembelajaran yang berkesan. Oleh kerana terdapat banyak model pengajaran diperkenalkan

    maka guru perlulah memilih strategi yang sesuai berdasarkan pelajar di dalam kelasnya, objektif

    yang ingin dicapai, serta topik yang diajarkan

    Strategi bermaksud tindakan yang harus dilakukan oleh guru untuk mencapai sesuatu

    objektif pembelajaran. Pencapaian sesuatu objektif pembelajaran pula wajar disasarkan dalam

    trend pengajaran terkini yang lebih menjurus kepada strategi berpusatkan murid. Perancangan

    startegi berpusatkan murid pula perlu sejajar dengan pemilihan bahan bantu pembelajaran yang

    sesuai. Tujuannya untuk memastikan murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang

    ditetapkan.

    2. DEFINISI , KONSEP DAN CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN MURID.

    Strategi ialah langkah-langkah atau taktik yang perlu diambil oleh seseorang untuk

    menjayakan perancangan. Strategi juga boleh dikatakan sebagai satu konsep yang sesuai untuk

    semua disiplin ilmu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran khususnya pengajaran dan

    pembelajaran bahasa, strategi bermaksud suatu cara atau langkah atau tindakan yang harus

    dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran

    dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

    Menurut Shahabuddin Hashim (2003) Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan

    Berkesan , menyatakan bahawa strategi merupakan suatu susunan pendekatan-pendekatan dan

    kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta

    kemudahan secara optimum. Sebagai contoh, strategi digunakan oleh panglima tentera untuk

    memastikan kubu pertahanan mereka dapat dipertahankan selain memperoleh kemenangan.

    Seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah

    mengajar tertentu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Juriah Long,et.al.

    (1994) dalam bukunya Pengkaedahan pengajaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa

    rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah yang

    dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas

    membaca, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    3/23

    HBML1103

    3

    kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Ringkasnya rancangan yang lengkap mengandungi

    pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

    Pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat

    yang berbeza-beza sememangnya perlu menggunakan strategi. Pendekatan dan kaedah yang

    digunakan perlu dirancang untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu.

    Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah,

    kumpulan serdahana serta kumpulan cergas. Guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang

    terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.

    Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang

    tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang

    sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai

    kaedah mengajar tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun

    kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam

    pengajarannya.

    2.1 Strategi Berpusatkan Murid

    Strategi berpusatkan murid bermaksud murid mangambil alih sedikit tanggungjawab

    untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Ada sedikit kecenderungan

    terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka. Pembelajaran

    secara aktif berpusatkan murid dan meningkatkan penglibatan murid (Orlich et al., 2007).

    Tumpuan pengajaran diberikan kepada murid dalam melaksanakan aktiviti pengajaran. Murid

    memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru. Proses pembelajaran berbentuk

    penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru.

    Choong Lean Keow (2011) dalam bukunya Murid Dan Alam Belajar II menyatakan

    strategi berpusatkan murid berasaskan teori pembelajaran konsturktivis di mana guru berperanan

    sebagai fasilitator yang membimbing murid-murid untuk membina, seterusnya memperoleh

    kefahaman masing-masing mengenai isi pengajaran yang disampaikan. Strategi ini berpegang

    kepada prinsip-prinsip seperti murid- murid bukan bekas kosong . Sebaliknya, mereka

    membawa bersam kerangka persepsi masing-masing ke dalam bilik darjah; setiap murid

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    4/23

    HBML1103

    4

    mempunyai gaya pembelajar tersendiri; pembelajaran adalah satu proses yang aktif dan dinamik

    yang sentiasa mengalami perubahan demi kepentingan murid-murid; murid-murid juga

    membina makna masing-masing melalui percakapan, pendengaran, penulisan, bacaan dan isu-

    isu serta keprihatinan yang timbul.

    Dalam kajiannya juga beberapa kaedah yang menggunakan strategi pemusatan murid,

    iaitu terdapat tiga kaedah (i) pusat pembelajaran di mana aktiviti dijalankan secara individu atau

    dalam kumpulan kecil,murid-murid menyiapkan tugas yang deberikan. (ii) pembelajaran

    berasaskan masalah yang mana guru memberikan satu masalah dan murid cuba menyelesaikan

    dengan menggunakan kaedah inkuiri untuk mencari alternatif-alternatif penyelesaian. (iii) Apa

    yang diketahui- Apa yang ingin diketahui- Apa yang telah dipelajari (K-W-L) merupakan satu

    proses di mana murid-murid mengingat kembali apa yang mereka ketahui mengenai satu-satu

    tajuk, kemudian menyatakan apa yang ingin diketahui, dan seterusnya apa yang telah dipelajari.

    Begitu juga menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Yig, Sharifah Fakhriah syed Ahmad:

    (2009) dalam bukunya Murid Dan Alam Belajar . Strategi berpusatkan murid dapat

    menggalakkan murid bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami

    bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan ilkim bilik darjah

    yang dapat memperkembangkan kreativiti murid. Pelajar menyertai aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala serta berlakunya soal jawab antara

    guru dengan murid. Pendekatan ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan

    secara berkesan berbanding dengan berpusatkan guru dan matlamatnya untuk

    memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah

    yang berpusatkan murid selalunya kurang eksplisit.

    Guru tidak membiarkan murid untuk melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru

    bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap murid. Guru juga bertindak secara

    autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada murid. Kajian menunjukkan bahawastrategi berpusatkan murid mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan murid

    dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta

    memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan. Bilik darjah

    yang berpusatkan murid juga menunjukkan perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi

    dalam kalangan murid.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    5/23

    HBML1103

    5

    Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri-

    penemuan. Contoh strategi pemusatkan murid ialah induktif, lakonan, permainan, main peranan,

    simulasi, perbincangan, koperatif, sumbang saran dan sebagainya.

    1.a) Ciri-ciri Berpusatkan Murid

    Salah satu cirri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah pelajar menjadi pemain utama

    Dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara

    aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar

    meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak

    sebagai fasilitator atau pemudahcara.

    Corak komunikasi yang digunakan juga adalah lebih aktif dengan interaksi antara guru-

    pelajar dan pelajar-pelajar.

    Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik dan pelajar bebas bertanya serta memberi

    pendapat. Guru juga menggalakkan pelajar terlibat secara aktif mencuba dan melakukan aktiviti

    pembelajaran sendiri. Yang diberi perhatian ialah pencapaian objektif pembelajaran.

    Banyak teknik perbincangan dijalankan bagi memupuk sifat kerjasama dan toleransi di

    kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Ciri yang seterusnya

    ialah guru juga lebih berpeluang berinterakasi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan

    Guru

    Pelajar Pelajar

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    6/23

    HBML1103

    6

    mereka diperingkat awal lagi. Langkah-langkah mengatasi kelemahan dapat dijalankan dengan

    cepat. Hasilnya pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.

    Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran.

    Strategi ini mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan

    melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pegajaran merangkumi kemahiran kreatif

    dan kritikal. Pengajaran dalam bilik darjah pemusatan murid menggalakkan lebih banyak

    penglibatan murid dalam aktiviti bilik darjah.

    Sebagaimana yang kita sedia maklum dalam pendidikan bahasa Melayu strategi

    pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka

    berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Pendekatan

    berpusatkan murid selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan untuk

    memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui kaedah pembelajaran

    masteri, murid diberikan peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Dalam

    hal ini aktiviti penilaian, pemulihan, dan pengayaan perlulah dijadikan sebahagian daripada

    proses pengjaran dan pembelajaran.

    Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid. Strategi ini didapati

    lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dansikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan

    menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan. Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah

    penerokaan, inkuiri dan penemuan, dan beberapa bentuk perbincangan. Strategi pemusatan

    murid ini termasuk menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid

    dapat berinteraksi dengan guru dan murid lain.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    7/23

    HBML1103

    7

    Susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-

    kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan

    menggunakan tenaga, masa serta kemudahan

    secara optimum.

    STRATEGI

    Strategi Pengajaran

    Mempertimbangkan pendekatan yang

    digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu

    digunakan.

    Perpusatkan Guru

    Perpusatkan Murid

    Pendekatan dan kaedah yang digunakan perlu

    dirancang untuk mengajar kumpulan-kumpulan

    yang berbeza-beza.

    Guru mesti menguasai berbagai-bagai kaedah

    mengajar dan bagaimana mengintegrasikan

    serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk

    membentuk strategi pengajaran yang paling

    berkesan dalam pengajaran.

    Perpusatkan Bahan

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    8/23

    HBML1103

    8

    2.2 DEFINISI, KONSEP DAN CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN BANTU

    PEMBELAJARAN.

    2.a) Definisi Bahan Bantu Pembelajaran.

    Pengalaman dan kajian telah membuktikan bahawa bahan pembelajaran amat penting

    untuk membantu kita menyampaikan maklumat, pengetahuan, atau kemahiran kepada pelajar.

    Dalam era sains dan teknologi, bahan pembelajaran ini bukan sahaja terhad kepada buku dan

    alat tulis sahaja, tetapi juga meliputi pelbagai alat elektronik yang canggih seperti video, LCD,

    computer, dan sebagainya. Strategi pengajaran lebih memberikan penekanan kepada alat-alat

    bantu yang digunakan bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran guru. Alat-alat bantu

    ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran. Bahan

    pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran

    merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Kedua-dua jenis bahan

    tersebut digunakan semata-mata bagi memudahkan guru mengendalikan pengajarannya dan

    membantu pembelajaran pelajar.

    Sebelum sesuatu pemilihan bahan pengajaran, kita sebagai guru perlu sentiasa

    merancang apakah bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan bagi mewujudkan

    suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan. Untuk mendapatkan bahanyang sesuai bagi digunakan dalam kelas, kita haruslah lebih kreatif supaya para pelajar yang

    datang dari berbagai-bagai latar belakang sosioekonomi dan taraf pendidikan keluarga dapat

    memperoleh manafaatnya.

    2.b) Konsep Bahan Bantu Pembelajaran.

    Bahan bantu pembelajaran ialah segala kelengkapan, perkara, atau benda yang

    digunakan oleh guru untuk membantu murid, belajar dengan lebih berkesan dan menarik.

    Menurut Atan Long, (1981:179-203) membahagikan bahan bantu pengajaran kepada tiga

    kumpulan , iaitu alat-alat pendengaran, alat pandangan dan alat pandang dengar.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    9/23

    HBML1103

    9

    Menurut Norziah Abdul Hamid (1981) pula menggolongkan alat-alat itu kepada dua

    kumpulan, iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

    Manakala menurut Hanapiah Sudin (1979: 51-52) dan Khairiah Ahmad, (1980: 13)

    mengkelaskannya kepada dua, iaitu bahan- bahan software dan bahan- bahan hardware.

    Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35) menerangkan bahawa bahan bantu mengajar tidak dapat

    ditakrifkan dengan tepat, walaupun pada keseluruhannya, ramai pendidik menyetujui bahawa

    penggunaan banahn bantu mengajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran adalah

    pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau pandangan seseorang.

    Rumusannya bahan bantu mengajar dapat dikategorikan seperti Media Elektronik

    contohnya slaid,pita video/rakaman, perakam video/kaset. OHP, televisyen dan lain-lain. Kedua

    Media Cetak contoh buku, gambar, carta, akhbar, risalah, brosur dan lain-lain. Ketiga ialah

    Media Tiga Dimensi (3D) contohnya realia, model, diorama, mobail, topeng, boneka,

    akuarium dan terrarium. Yang keempat ialah Persekitaran contoh bunyi, warna, cahaya, bau,

    pergerakan dan lain-lain. Manakala terakhirnya ialah Manusia itu sendiri contohnya

    pengalaman, tingkah laku, tokoh dan lain-lain.

    Sebagai seorang guru kita boleh mengajar tanpa menggunakan bahan bantu

    mengajar , tetapi mengajar murid dengan menggunakan bahan bantu mengajar lebih baik dan

    lebih berkesan lagi. Penggunaan bahan bantu pembelajaran dapat menarik minat murid untuk

    mengetahui lebih lanjut isi pelajaran dan mengelakkan kebosanan serta ketegangan. Tumpuan,

    pemerhatian dan pemikiran murid juga lebih focus sekali gus dapat mengelakkan masalah

    disiplin semasa sesi pembelajaran. Seterusnya ia juga dapat mencetuskan pemikiran dan

    kefahaman terhadap kemahiran yang dipelajari

    Penggunaan bahan bantu pembelajaran juga memudahkam pemahaman murid terhadap

    apa yang diterangkan oleh guru serta menggalakkan kemahiran berfikir dan membantu guru

    menjelaskan konsep serta mengawal urutan idea dan melancarkan penyampaian guru tanpa

    tersekat-sekat.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    10/23

    HBML1103

    10

    2(c) Ciri-Ciri Pemilihan Bahan Bantu Pembelajaran.

    i) Bersesuaian

    Pemilihan ialan proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan untuk pengajaran danpembelajaran. Pemilihan bahan biasanya diprngaruhi oleh tujuan dan kegunaan serta tingkat

    pencapaian para pelajar. Sumber penggunaan bahan Bahasa Melayu begitu meluas kerana tiap-

    tiap bahan memang mempunyai unsure-unsur bahasa. Walaupun begitu, beberapa perkara

    harus difikirkan apabila memilih bahan sama ada dari segi bahan, bentuk, taraf, peranan, unsur-

    unsur bahasa dan kemahiaran yang terkandung di dalamnya. Selain daripada itu, penyesuaian

    dan penggunaan yang akan digunakan juga harus diambil kira. Terdapat beberapa ciri dalam

    pemilihan bahan bantu pembelajaran , antaranya aspek kesesuaian yang mana bahan mestilah

    mempunyai hubungan kesesuaian dengan objektif dan matlamat pembelajaran bahasa Melayu,

    pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, keadaan pelajar, suasana pembelajaran dan minat

    pelajar.

    ii) Mencabar

    Ciri yang kedua ialah mencabar di mana dalam proses pembelajaran, terdapat tiga

    konsep yang penting, iaitu rangsangan, pemikiran, dan tingkah laku. Ransangan akan

    mengarahkan pemikiran dan mewujudkan tingkah laku tertentu. Oleh sebab itu bahan-bahan

    yang dipilih itu mesti sesuai dengan pelajar dalam erti kata memberikan rangsangan untuk

    pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. Bahan pengajaran yang dapat

    mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri bahan konkrit

    kepada bahan abstrak, bahan mudah kepada bahan kompleks. Bahan yang mengandungi fakta

    terasing kepada yang mempunyai hubungan bersepadu, bahan khusus kepada bahan umum

    (induktif), bahan umum kepada bahan khusus (deduktif), bahan umum kepada bahan teori dan

    bahan masa kini kepada bahan masa akan datang.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    11/23

    HBML1103

    11

    iii) Menepati

    Bahan pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek

    kandungan dan bahasa, proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga aspek di atas harus

    diberi penekanan yang seimbang dalam bahan tersebut supaya pelajar tidak hanya melihat

    bahan sebagai satu alat pengajaran bahasa semata-mata, tetapi murid-murid juga diberikan

    maklumat tentang proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Ketepatan sesuatu bahan

    dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan cirri-ciri seperti berikut:

    1. Isi kandungan bahan itu dengan peringkat pencapaian murid, kebolehan, minat, latar

    belakang serta pengalaman murid;

    2. Susunan bahan menstilah mengandungi isi-isi utama yang sesuai, mempuyai hubungan

    antara bab dengan bab lainnya, dan ada kaitan dengan pengalaman murid;

    3. Mengandungi maklumat atau fakta yang tepat;

    4. Fakta dipersembahkan secara objektif;

    5. Isu, fakta dan maklumat yang terdapat dalam bahan pengajaran mestilah kemas kini dan

    pemaparkan fakta semasa;

    6. Perbendaharaan kata mestilah sesuai dengan peringkat umur murid;

    7. Bahan pengajaran mestilah mengikut prinsip pengajaran dan pembelajaran, iaitu daripada

    sudah diketahui kepada belum diketahui, mudah kepada susah, konkrit kepada abstrak,khusus kepada umun dan sederhana kepada rumit;

    8. Bahan prngajaran berbentuk buku teks mestilah yang telah diperakui oleh Biro Buku

    Teks, Kementerian Pelajaran; dan

    9. Bahan pengjaran mestilah mengandungi soalan-soalan latihan dan soalan-soalan ulang

    kaji.

    iv) Menarik

    Sesuatu bahan pengajaran yang dipilih mestilah mengambil kira beberapa cirri fizikal

    seperti reka letak seperti peta, lukisan,carta, jadual, graf, rajah, gambar kartun atau penanda

    bab mestilah disusun berhampiran maklumat yang berkaitan. Manakala saiz huruf cetak atau

    saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur murid, ilustrasi dan bahan grafik mestilah

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    12/23

    HBML1103

    12

    dapat menarik perhatian murid, kualiti kulit dan cara buku dijilid juga mestilah kemas, tidak

    mudah tercerai atau terhurai dan mampu menarik minat murid membaca isi kandungannya

    dan bahan pengajaran yang dipilih juga mestilah mengandungi arahan yang jelas.

    v) Jimat dan Mudah

    Bahan pengajaran tidak semestinya mahal. Bahan pengajaran boleh dibuat sendiri

    oleh guru, guru dan murid, atau murid-murid dengan bimbingan guru-guru. Bahan itu juga

    boleh dibuat dengan kerjasama guru-guru lain melalui bengkel-bengkel membuat bahan

    pengajaran. Ini dapat menunjukkan daya kreatif dan menyesuaikannya dengan sesuatu tajuk

    pengajaran.

    Pemilihan bahan-bahan pengajaran yang terdiri daripada bahan-bahan elektronik pula

    perlu menitikberatkan aspek-aspek keselamatan, khususnya tidak membahayakan ketika

    digunakan oleh murid. Pengendalaian bahan pengajaran tersebut juga mudah dan tidak

    melibatkan kemahiran teknikal yang tinggi di samping bahan tersebut tidak cepat ketinggalan

    zaman.

    vi) Praktikal

    Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnyapraktikal. Ia boleh digunakan sama ada kepada guru atau kepada murid. Bahan pengajaran

    mestilah boleh digunakan untuk lebih daripada satu mata pelajaran, dan sesuai pada masa dan

    mata pelajaran lain, serta mengandungi contoh-contoh yang praktikal yang mudah difahami

    oleh murid. Bahan itu juga mungkin boleh digunakan untuk pelbagai tahap umur, aras

    pemikiran, dan pencapaian serta objektif pengajaran.

    vii) Mudah Alih

    Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa ke mana-

    mana dan ringan (tidak terlalu berat atau besar) . Bagi bahan yang menggunakan kuasa

    elektrik pula, guru perlu memikirkan alternative kuasa yang lain untuk mengendalikan bahan

    tersebut, jika berlaku gangguan punca elektrik. Secara keseluruhannya, pemilihan dan

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    13/23

    HBML1103

    13

    kesesuaian bahn bantu mengajar haruslah mengambil kira perkara-perkara seperti objektif

    pelajaran mesti ada tema pelajaran yang dihubungkaitkan dengan kemahiran-kemahiran

    bahasa, kemahiran mata pelajaran lain, sistem bahasa , pencapaian dan kebolehan murid,

    kewangan sekolah, nilai-nilai yang hendak diserap, bentuk-bentuk aktiviti yang menarik,

    ketahanan bahan dan cara bahan itu diperolehi.

    3. FAKTOR-FAKTOR DAN CARA-CARA SESUATU BAHAN BANTU

    PEMBELAJARAN DAPAT DISESUAIKAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN

    MURID.

    Apabila seseorang guru hendak memilih bahan bantu mengajar, guru hendaklah memilih

    bahan sesuai dengan mengambil kira perkara-perkara seperti matlamat objektif pengajaran,

    pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, aktiviti pengajaran, minat murid, jantina,keadaan

    murid, belajar cara belajar dan suasana pembelajaran.

    Bahan hendaklah menepati kehendak matlamat dan objektif pengajaran. Bahan yang

    tidak menepati matlamat dan objektif tidak sesuai digunakan dalam sesuatu pengajaran. Bahan

    juga hendaklah sesuai dengan pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran. Minat murid dan

    jantina perlu diambil kira semasa menentukan bahan pengajaran. Bahan juga harus disesuaikan

    dengan bentuk aktiviti yang akan guru jalankan, sama ada aktiviti secara kelas, berkumpulan,

    berpasangan atau individu.

    Setiap individu ada cara belajar yang berbeza. Misalnya ada murid yang suka belajar

    sambil mendengar muzik, berlakon, kenistetik dan menari. Oleh itu Bahan Bantu Mengajar

    hendaklah sesuai dengan cara murid belajar. Demikian juga suasana pembelajaran. Prinsip

    pembinaan bahan-bahan pengajaran dapat dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan

    mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid.

    Walaubagaimanapun, aspek kandungan bahan dan bahasa perlu diberi perhatian oleh guru-guru.

    Hal ini melibatkan bentuk dan fungsi bahasa, ketetapan, kepelbagaian, kemahiran bahasa,

    penyerapan pengetahuan dan nilai, standardisasi dan simplikasi.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    14/23

    HBML1103

    14

    Faktor kesesuaian BBM

    1. Tepat dengan objektif pelajaran

    Faktor utama kesesuaian BBM ialah harus sesuai dengan objektif pelajaran. BBM itumesti tepat untuk mencapai objektif pengajaran. Set induksi saya menggunakan slaid untuk

    menayangkan visual orang sedang membajak sawah dan bersoal jawab dengan murid.

    Kemudian saya mengaikan dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut. Tayangan slaid ini jelas

    untuk memberi kefahaman kepada murid bagi mengaitkan isi pelajaran seterusnya. Ini

    bersesuaian dengan objektif pengajaran pada hari itu. Penggunaan slaid ini turut membantu

    murid memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta tepat penanggapan. Hal ini

    membolehkan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

    2. BBM bersesuaian dengan aktiviti pengajaran

    BBM pula harus sesuai dengan aktiviti pengajaran di mana dalam pengajaran saya

    menggunakan beberapa bahan pengajaran seperti LCD, slaid, computer riba dan gambarajah

    tumbuhan. Penggunaan bahan ini dapat membantu saya menyesuaikan objektif pengajaran

    dengan aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. Gambarajah tumbuhan yang saya gunakan

    dapat membantu murid memahami dengan lebih jelas. Gambar yang besar dan berwarna-warni

    dapat menarik minat serta meningkatkan penumpuan murid dalam pelajaran. Komputer riba

    pula merupakan satu alat media pengajaran yang digunakan secara berleluasa dalam bilik darjah

    pada masa kini. Saya menggunakan perisian pengajaran yang dibekalkan dan disediakan sendiri

    untuk rancangan pengajaran harian saya.

    3. Penggunaan bahasa yang jelas dan mudah difahami

    Arahan dan penggunaan bahasa seharusnya mudah difahami oleh murid. Arahan mesti

    jelas, tidak berjela-jela dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas, jelas dan mudah difahami

    oleh semua murid di dalam kelas. Sekiranya arahan yang diberi tidak jelas menyebabkan murid

    kurang memberi perhatian dan tumpuan pada proses pembelajaran pada hari tersebut. Saya

    menjalankan aktiviti soal jawab bersama murid dengan menggunakan bahasa yang mudah

    difahami oleh murid sambil mengaitkan isi pelajaran dengan objektif pelajaran.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    15/23

    HBML1103

    15

    4. Saiz bahan mudah dilihat dan menarik

    Penggunaan bahan yang saya pilih mengikut saiz yang agak besar kerana murid tahap

    satu perlukan benda-benda yang boleh menarik mereka untuk belajar. Lakaran gambar

    tumbuhan yang ditunjukkan menarik perhatian murid kerana penggunaan warna yang terang dan

    jelas. Saya bertanyakan pelbagai soalan kepada murid yang biasa dengan BBM slaid pokok

    pisang yang berlabel. Murid dapat nyatakan dengan betul bahagian-bahagian pokok pisang

    kerana gambar yang ditunjukkan itu besar, jelas dan menarik perhatian mereka. Ini

    membuktikan bahawa saiz sesuatu bahan itu amat penting untuk melancarkan proses pengajaran

    dan pembelajaran dalam bilik darjah.

    5. Logik

    Kemukakan soalan-soalan berbentuk tertutup dan terbuka serta logic pada pemikiran

    murid untuk menggerakkan mereka melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Semasa sesi perbincangan iaitu murid berada dalam kumpulan untuk membincangkan tentang

    fungsi bahagian-bahagian pokok pisang. Saya membimbing murid supaya berfokus kepada

    topik yang dibincangkan dan idea-idea yang diberikan biarlah logik. Saya juga menarik minat

    murid-murid yang bersifat pendiam agar melibatkan diri dalam perbincangan dan membimbing

    murid-murid merumuskan idea-idea yang telah dikemukakan pada akhir sesi pengajaran danpembelajaran. Apabila kemahiran-kemahiran pemudahcara dilaksanakan, didapati murid-murid

    akan mengambil bahagian dengan aktif.

    6. Ciri-ciri fizikal sesuatu bahan itu selamat digunakan

    Sepertimana yang telah kita ketahui, dunia hari ini sedang berkembang dengan pesat dan

    ledakan maklumat dapat disampaikan ke seluruh pelusuk dunia dengan memicit sebiji butang

    computer sahaja. Penggunaan alat elektronik seperti LCD, video, slaid dan sebagainya perlulah

    dipastikan akan keselamatannya. Begitu juga halnya dengan saya dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di dalam bilik darjah, setiap bahan yang digunakan mesti dipastikan terlebih

    dahulu selamat dan berfungsi ataupun tidak. Ini untuk memastikan murid-murid dapat

    didedahkan kepada penggunaan teknologi di tahap persekolahan pendidikan rendah lagi. Saya

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    16/23

    HBML1103

    16

    menggunakan computer riba, dan LCD mudah alih ini selaras dengan pengajaran berbentukkan

    multimedia pada masa kini.

    4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

    Tarikh / Hari : 13 Februari 2012

    Masa : 60 minit

    Tahun : 3 Gemilang

    Mata pelajaran : Bahasa Melayu

    Tajuk : Petani Jaya

    Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :

    1) Meningkatkan kemahiran menulis dan bertutur.

    2) Murid dapat mengetahui fungsi sesuatu tumbuhan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Fokus Utama

    6.1 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks

    tentang sesuatu tajuk.

    Aras 3

    i. Membina pelbagai jenis ayat dalam sesuatu penulisan teks.

    Fokus Sampingan

    1.2 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    17/23

    HBML1103

    17

    Aras 2

    i. Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik.

    SISTEM BAHASA

    Tatabahasa :Ayat tunggal, ayat majmuk Kosa kata :Bendang, menternak, mengusahakan, kegigihan

    dan lumayan.

    Bahan bantu mengajar : Gambar rajah tumbuhan, slaid, LCD, Komputer riba Kemahiran bernilai tambah : Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

    Kecerdasan pelbagai : interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik,verbal ruang

    PENGISIAN KURIKULUM :

    Ilmu - Sains

    Nilai - Berdikari, kerajinan, kasih sayang

    Kemahiran Berfikir - Mencirikan

    Belajar cara belajar - Bacaan dan intonasi

    Kecerdasan Pelbagai - Interpersonal,

    ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

    Pernahkah murid murid

    melihat orang bertani?

    Set Induksi (5 minit)

    i. Guru menayangkan visual orang sedang

    membajak sawah.

    ii. Guru bersoal jawab dengan murid.

    iii. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.

    Visual orang

    sedang membajak

    sawah.

    Interpersonal

    Pendekatan

    komunikatif

    Interpersonal

    Petani Jaya Langkah 1 (15 minit)

    1. Murid dibahagikan kepada beberapa

    kumpulan.

    Kemahiran

    membaca

    -mekanis

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    18/23

    HBML1103

    18

    2. Murid diminta membaca teks secara

    berkumpulan pada muka surat 6 dan 7 dan

    menyuruh beberapa orang murid membaca

    dengan kuat beserta intonasi dan sebutan yang

    betul.

    3. Murid membaca senyap teks.

    4. Beberapa orang murid membaca kuat teks

    dengan sebutan dan intonasi yang betul

    -mentalis

    Intrapersonal

    BBM: teks

    Penerangan gambar:

    Batang Daun

    Buah Jantung pisang

    Langkah 2 (15 minit)

    1. Murid ditunjukkan slaid pokok pisang yang

    siap berlabel.

    2. Murid berbincang mengenai fungsi bagi setiapbahagian pokok pisang.

    BBM: slaid

    pokok pisang,

    LCD, komputer

    riba

    Kemahiran

    berfikir kritis

    Interpersonal

    Kemahiran lisan

    Membina ayat majmuk:Langkah 3 (10 minit)

    1. Murid diminta membina ayat majmuk yang

    diberikan secara berkumpulan berdasarkan

    gambar rajah fizikal pokok pisang.

    2. Secara berkumpulan, murid membina ayat

    majmuk berdasarkan apa yang dibincangkan.

    Kemahiranmenulis

    Intrapersonal

    BBM: lampiran

    soalan

    Strategi

    berpusatkan

    murid.

    Penilaian

    Penutup (15 minit)

    1. Guru memberi 4 soalan kepada murid

    berdasarkan teks bacaan pada muka surat 6 dan

    7.

    2. Murid menjawab soalan yang diberikan.

    Kemahiran

    berfikir kreatif

    dan kritis

    Interpersonal

    Intrapersonal

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    19/23

    HBML1103

    19

    3. Guru membuat kesimpulan mengenai

    pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

    Membuat

    kesimpulan

    Pengayaan :

    Murid diminta untuk mencari tumbuhan lain

    dan menyatakan fungsi bagi setiap bahagian

    tumbuhan itu.

    Pemulihan :

    Murid yang gagal menjawab soalan peneguhan

    yang diberikan akan membuat pembetulan.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    20/23

    HBML1103

    20

    5. RUMUSAN

    Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah bahawa amat penting bagi guru melengkapidiri dengan ilmu dan kemahiran mengenai pelbagai jenis pendekatan, kaedah, strategi dan teknik

    pengajaran. Pembelajaran berpusatkan murid secara aktif dapat meningkatkan penglibatan

    murid. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri-

    penemuan amat bersesuaian dengan dunia hari ini yang serba canggih serta terkini. Seorang

    guru seharusnya kreatif menyediakan bahan pengajaran dan perlu bijak menguruskan

    penggunaannya supaya tidak timbul masalah kawalan kelas. Guru juga perlu merancang dan

    menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang menarik serta sesuai dengan kebolehan

    murid dan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar. Membuat persediaan yang rapid an

    melibatkan murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Bahan bantu mengajar perlu digunakan secara maksimum. Guru merangka aktiviti

    perbincangan, soal jawab dan lain-lain berasaskan bahan yang digunakan. Guru perlu

    merancang cara memperkenalkan bahan, serta aktiviti semasa dan selepas penggunaan bahan.

    Penggunaan contoh dan ilustrasi akan memudahkan murid memahami maksud idea atau konsep

    yang abstrak. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.Contoh yang baik ialah contoh yang biasa atau dalam pengetahuan murid. Di sini jelaslah

    menunjukkan bahawa pembelajaran berpusatkan murid dan pemilihan bahan bantu

    pembelajaran amat penting dalam proses pembelajaran yang berkesan dan berkualiti sejajar

    dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    6. REFLEKSI

    Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Murid-murid

    menunjukkan minat yang mendalam. Tayangan slaid dapat menarik minat murid dan

    tumpuan. Tetapi ada sesetengah murid tidak mengambil bahagian secara aktif dalam

    kerja berkumpulan. Apa yang diperhatikan ada juga murid yang tidak mahu menerima

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    21/23

    HBML1103

    21

    idea daripada rakan-rakan lain. Hal ini menyebabkan murid lain tidak berpuas hati dan

    berlakunya pertengkaran kecil.Memandangkan keadaan ini saya menyarankan supaya

    rakan-rakan dalam kumpulan berhak memberi buah fikiran dengan pertimbangan yang

    wajar oleh ahli kumpulan. Bagi sesetengah murid yang pendiam, saya galakkan supaya

    lebih aktif memberi idea walaupun sedikit bukannya hanya memerhati sahaja.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    22/23

    HBML1103

    22

    RUJUKAN

    Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakob dan Mohd. Zohir Ahmad.(2003). Pedagogi Strategi

    Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Bentong. PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

    Choong Lean Keow. (2011). Murid dan Alam Belajar 2. Klang. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam. Oxford Fajar

    Bakti Sdn. Bhd.

    Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn.Bhd.

    Abdul Rashid Jamian & Arba ie Sujud. (2001 ). Integrasi Media Pengajaran Bahasa dan

    Sastera. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    Juriah Long, dll. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit

    Fajar Bakti.

    Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa . Selangor: Sarjana

    (M) Sdn.Bhd.

    Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa Perkaedahan . Kuala Lumpur: Kumpulan

    Budiman Sdn.Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Teknik Pengajaran Bahasa II. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Yahya Hussin. (1987). Pendekatan dan Pemilihan Bahan Pengajaran Bahasa . Petaling Jaya:

    Rawna design.

  • 7/31/2019 Bahasa Melayu Sem4

    23/23

    HBML1103

    23