psv 3106

Upload: asihwiniy-francisco

Post on 14-Apr-2018

355 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 PSV 3106

    1/81

    Disediakan Oleh:Norsiah Binti Saleng

    Asihwiniy A/P Francisco

  • 7/30/2019 PSV 3106

    2/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    3/81

    Dipanggil bidang Menggambar iaitu

    salah satu di antara empat bidang

    kegiatan yang terkandung dalamsukatan mata pelajaran Pendidikan

    Seni Visual KBSR.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    4/81

    Satu representasi visual terhadap sesuatu objek atau imej yang

    dihasilkan diatas permukaan rata.

    Satu olahan elemen-elemen Asas Seni Reka yang mengandungi

    komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas

    permukaan rata.

    Satu gambaran mental yang nyata dan pemberitahuan imej

    emosi/mental seseorang.

    Imej melalui ilustrasi menjelaskan tentang sesuatu objek.

    Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.

    Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi.

    Imej sebagai satu artifak yang menunjukkan satu

    kecenderungan terhadap sesuatu objek.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    5/81

    Merangkumi skop tajuk-tajuk yang

    dicadangkan sesuai dengan tahap murid.

    Asas-Asas Seni Reka, nilai artistik,kreativiti, apresiasi, persepsi seni visual,

    budaya serta kemahiran-kemahiran asas

    diterapkan dalam aktiviti-aktiviti

    menggambar.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    6/81

    Membezakan antara alat dengan bahan.

    Memperkenalkan pelbagai jenis alat dalam bidang

    kegiatan menggambar.

    Menunjuk cara bagaimana mengendalikan alat.

    Mendedahkan pelbagai jenis bahan dalam bidang

    kegiatan menggambar.

    Membuat penerokaan / eksperimental terhadappenggunaan pelbagai bahan dalam bidang kegiatan

    menggambar.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    7/81

    Merangkumi jenis-jenis menggambar seperti

    Lukisan, Catan, Foto, Ilustrasi, Animasi, gambar 3

    Dimensi dan Ilusi Visual (optical illussion).

  • 7/30/2019 PSV 3106

    8/81

    Mengandungi beberapa jenis aktiviti menggambarantaranya ialah :Lukisan,

    Catan,

    Kolaj,

    Montaj,

    Renjisan,

    Percikan,

    Gurisan,

    Mozek,

    Capan,

    Stensilan (cetakan),

    Gosokan

    Tiupan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    9/81

    Lukisan ialah garisan yang membentuk imejdengan menggunakan media kering seperti

    pensel, arang, pen dan lain-lain atau

    menggunakan media warna yang terhad, lukisan

    juga merupakan pengetahuan yang dibuat untuk

    meluahkan perasaan berbentuk imej.

    Menurut Ronald Pearsall , lukisan merupakan

    satu persembahan objek atau bentuk yangdihasilkan melalui beberapa elemen. Antaranya

    ialah line, space, texture, form dan color.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    10/81

    Mengikut Ronald Pearsall, dalam konsep seni lukis

    terdapat empat jenis lukisan :

    Mencuba untuk menghasilkan sesuatu objek atau

    benda yang dapat dilihat atau yang berada di

    depan mata.

    Mencuba untuk melukis sesuatu yang datang dari

    pengalaman atau sesuatu perkara yang diingatmelalui daya ingatan yang kuat.

    Mencuba melukis dengan meniru daripada medium

    yang lain.

    Mencuba untuk menghasilkan sesuatu daripada

    daya imaginasi atau daya pemikiran.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    11/81

    Proses menghasilkan garisan, melorek dan menggosok jugadinamakan

    lukisan.

    Lukisan ialah penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata.

    Lukisan adalah lanjutan dari kerja-kerja lakaran bagi merakamkaninformasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,montaj dan cetakan.

    Lakaran ialah penghasilan garisan-garisan saranan atau garisaneksperimental bagi mencari satu imej yang dikehendaki.

    Lukisan bermula dengan lakaran dan daripada lakaranlahterhasilnya lukisan dan lukisan akan berlanjutan kepada catan.

    Adalah menjadi tanggungjawab guru melatih murid melakukanlakaran terlebih dahulu sebelum melukis imej yang sebenar.

    Galakkan murid melakukan thumbnail (lakaran-lakaran kecil)

    ketika mencari idea. Elakkan penggunaan pemadam ketika membuat lakaran. Sudah

    menjadi sifat kanak-kanak gemar menggunakannya ketikamelakar.

    GuruPendidikan Seni harus peka dengan situasi ini.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    12/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    13/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    14/81

    Kertas lukisan biasa (drawing block) - permukaan yang sesuai untuk semuabahan. Kertas cat air mempunyai beberapa gred tekstura.

    Kertasnya tebal dan bermutu tinggi, mahal dan sesuai untuk cat air dan

    antara jenama yang biasa terdapat sepertiArches, Cotman, Fredrixdan

    lain-lain.

    Bod Bristol- merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang diciptauntuk pen.

    Kertas Ledger Bond- kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis

    permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar.

    Kertas Ingres/sugar paper- kertas ini mempunyai permukaan yang halus

    dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna.Biasanya digunakan untuklukisan pastel.

    Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek,

    kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    15/81

    Catan adalah satu proses menyapu warna atau pigmen ke atas

    sesuatu permukaan rata dengan menggunakan pelbagai alatseperti berus, pallette knife, jari dan lain-lain.

    Aplikasi warna basah untuk menghasilkan imej ke atas permukaan

    rata seperti kertas lukisan, kanvas, dinding dan sebagainya.

    Aplikasi pelbagai teknik mewarna. Penggunaan alat, bahan dan teknik dalam catan sangat penting

    dan perlu dititik beratkan. Ia dapat menentukan jenis dan kualiti

    sesuatu catan yang akan dihasilkan.

    Terdapat pelbagai teknik yang boleh dihasilkan semasa mencatan. Antaranya ialah teknik Impasto, Glazing, Hard Edge, Scumbling,

    Alla Prima, Basah Atas Basah, Basah Atas Kering, Kering Atas

    Basah dan Kering Atas Kering tetapi di peringkat sekolah rendah

    kebanyakan teknik-teknik mencatan adalah secara spontan dan

    terus menerus.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    16/81

    Pensil digunakan untuk membuat lakaransebelum mewarna

    Pelbagai jenis berus

    Pelbagai jenis warna seperti warna air, warnaposter, akrilik, warna minyak, cat mural, warnatempera.

    Palet atau bekas membancuh warna

    Bekas untuk mengisi air atau minyak Kertas lukisan, kanvas, permukaan dinding

    Kain untuk mengelap atau membersih

  • 7/30/2019 PSV 3106

    17/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    18/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    19/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    20/81

    Hasil penggunaan Cat Air

    Hasil penggunaan Cat Minyak

  • 7/30/2019 PSV 3106

    21/81

    Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam,

    tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan

    Berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud

    gam iaitu kerja-kerja menampal / melekatkancebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas

    permukaan 2D.

    Satu hasil kerja seni yang menggabungkan

    sebahagian imej seperti foto atau dari cetakan

    majalah disusun dan ditindih-tindih mencantum

    potongan gambar menjadi satu komposisi artistik

  • 7/30/2019 PSV 3106

    22/81

    Menjadikan objek-objek di sekeliling mereka untuk dijadikanbahan-bahan dalam hasil kolaj mereka. Bebas menggunakanapa sahaja peralatan, media, teknik seperti dawai, kepinganbesi, kaca, plastik, kulit pokok, batu, dedaun kering, lalang

    kering, kain perca, butang, reja reben, benang, potongangambar dari majalah atau suratkhabar, setem, gambar foto,tiub kadbod, pelbagai jenis kertas yang berjalinan, kotaktelur, kapas, tisu dan sebagainya.

    Kolaj juga boleh dihasilkan daripada campuran pasta kering,beras dan kekacang seperti yang mempunyai bentuk danwarna yang menarik.

    Pengkarya menggunakan kepingan kadbod yang kukuhsebagai dasar.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    23/81

    Warna-warna seperti cat kilat, cat poster, cat air,

    akrilik, dan tempera juga digunakan untuk bahagian

    latar belakang kolaj.

    Hasil penggunaan alat dan bahan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    24/81

    Satu proses menggosok dan merekod corak atau imej yang

    terdapat pada permukaan yang berjalinan Satu proses awal penerokaan murid melalui deria sentuh

    terhadap jalinan yang terdapat di sekeliling mereka.

    Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk

    merakamkan pelbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel,kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatupermukaan yang berjalinan.

    Satu representasi salinan dibuat dengan meletakkan

    sekeping kertas di atas sesuatu permukaan denganmenggosok menggunakan bahan tertentu.

    Gosokan dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapatmengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinandan ton.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    25/81

    Lazimnya alat dan bahan yang digunakan dalam

    kegiatan gosokan adalah mudah didapati dan

    terpulang kepada pengkarya itu sendiri.

    Walaubagaimanapun diperingkat sekolah rendah,

    peralatan, bahan dan jenis media adalah terhad

    kepada kemampuan dan keupayaan tahap murid itu

    sendiri. Guru harus berperanan sebagai motivator/penggerak

    dalam pemilihan dan penyediaan bahan.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    26/81

    Berikut ialah senarai alatan dan media yang boleh digunakandalam aktiviti gosokan:

    Pelbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel yangberasaskan lilin dan pelbagai jenis pensel warna yangterdapat di pasaran. Pensel dan pensel warna akanmemberikan kesan yang halus. Kesan graphitepadamata pensel jenis lembut adalah paling sesuai tetapicepat rosak.

    Kapur dan pastel yang pelbagai warna. Jalinan yangdihasilkan tidak akan kekal lama kerana kapur dan pasteladalah bahan kering dan rapuh. Penyembur pematiwarna atau fixatif perlu digunakan untuk melindungi

    kesan jalinan daripada rosak. Pelbagai jenis warna krayon. Memberikan kesan gosokkan

    yang tebal dan nyata. Penggunaan krayon digosok secarasisi atau dibaringkan akan menghasilkan kesan jalinanyang lebih baik daripada menggunakan mata krayon.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    27/81

    Arang atau pensil arang. Gosokan yang dihasilkan oleh

    arang mudah rosak kerana sifatnya yang berhabuk dan

    rapuh. Fixativeatau pemati warna digunakan ke atas

    permukaan berjalinan untuk mengukuhkan kesanjalinannya daripada mudah rosak.

    Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas

    pengalas rak-rak dapur yang jenis nipis, kertas kartrij,kertas taip dan lain-lain kertas yang bersesuaian.

    Penggunaan pelbagai jenis kertas yang tidak terlalu tebal

    adalah penting untuk memperoleh kesan jalinan yang

    menarik.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    28/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    29/81

    Menampal dan melekatkan gambar-gambar padasuatu permukaan bagi menimbulkan mesej.

    Menggunakan potongan gambar-gambar yang

    berkaitan dari mana-mana media cetak untuk

    menghasilkan satu karya.

    Cantuman gambar-gambar / foto dalam satu komposisi

    ilustrasi.

    Satu komposisi gambar dicipta dengan menggunakanteknik superimposedi mana pelbagai cebisan

    gambar/foto disusun secara kreatif.

    S t h il i d i b h i d i d

  • 7/30/2019 PSV 3106

    30/81

    Satu hasil seni yang mengandungi sebahagian daripada

    imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah,

    cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,

    diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Satu proses menghasilkan karya seni cantuman

    beberapa gambar atau corak yang disusun secara

    bertindih-tindihan di antara satu sama lain

    Satu cara yang sama digunakan pada zaman sekarang

    menggunakan perisian image editing software.

    Teknik ini digunakan oleh orang-orang professional

    sebagai compositingatau Photoshop.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    31/81

    Penggunaan alatan dan bahan untuk menghasilkan

    sesuatu hasil kerja seni, pelukis akan mengenalpasti

    bahan apakah yang sesuai dan senang untuk didapati

    supaya kerja-kerja yang hendak dijalankan tidakterganggu.

    Berikut ialah beberapa contoh alatan dan bahan yang

    boleh digunakan dalam penghasilan aktiviti montaj:

    Foto sebenar seperti gambar keluarga, alamsemulajadi, haiwan, alam benda.

    F t b ti b k l l l j di

  • 7/30/2019 PSV 3106

    32/81

    Foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi,haiwan, alam benda.

    Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti

    figura, landskap dan tumbuh-tumbuhan. Gunting, pisau pemotong kertas, pelbagai jenis gam.

    Warna basah seperti cat tempera, cat air, cat poster,dakwat dan berus lukisan.

    Gambar atau imej yang telah diimbas denganmenggunakan pengimbas.

    Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar lama,cawan dan pinggan kertas, imej kartun dari majalah,

    poster dan lain-lain bahan yang berkaitan.

    Pelbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket tol, tiket teksi,tiket pawagam dan lain-lain.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    33/81

    Hasil penggunaan Alat dan Bahan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    34/81

    Percikan adalah salah satu aktiviti dalam bidangmenggambar. Ia merupakan salah satu teknik hiasan catan

    dengan mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang

    akan menghasilkan kesan speckled granite - stylefinishyang

    akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percik-percik halus warna disembur ke ruangan yang sudah

    dikepung dengan imej untuk menghasilkan kesan percikan.

    Satu teknik corakan warna yang dihasilkan dengan tepukan

    atau jentikan menggunakan berus lukisan yang mengandungi

    warna ke atas permukaan yang rata yang sudah ditandai

    dengan imej.

    Satu kegiatan menyembur bahan cecair ke atas permukaan.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    35/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    36/81

    Hasil penggunaan alat dan bahan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    37/81

    Resis / resistboleh didefinisikan sebagai satu aktiviti

    menggambar yang dihasilkan melalui penggunaan warna

    basah dan contengan lilin sebagai bahan pemisah.

    Lilin sebagai bahan pemisah yang tidak larut air digunakan

    untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

    Menurut buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai

    satu kaedah melukis yang menggunakan bahan cat

    berasaskan air yang disapu ke permukaan yang telahdisapukan lilin yang tidak serap air.

    Resis bermakna satu aktiviti menggambar yang dihasilkan

    dengan cara menolak warna basah yang disapu ke atas

    permukaan kertas yang berlilin.

    Lili di k l h l ki b i h d t k

  • 7/30/2019 PSV 3106

    38/81

    Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk

    melindungi warna asal atau warna asli sesuatu

    permukaan daripada terkena warna baru.

    Satu teknik menggunakan bahan berlilin seperti pasteldan krayon bertindak sebagai penghadang kepada

    serapan warna basah.

    Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yangdiliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam

    keadaan warna asal

    Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan

    tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dariperingkat warna terang ke peringkat warna gelap.

    Satu teknik menggambar yang mengaplikasikan teknik-

    teknik batik.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    39/81

    Antara alat dan bahan yang boleh digunakan dalam

    aktiviti ini seperti:

    Bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin,

    krayon dan pastel.

    Pelbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal,kertas kadbod, kertas kad manila.

    Pelbagai jenis tekstil seperti kain putih seperti kain cotton

    poplin, cotton cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima.

    Jenis-jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekasair, pemadam.

    Jenis-jenis warna seperti cat air, cat poster, tempera,cat

    emulsi dan lain-lain warna yang bersaskan air.

    Pelbagai jenis dakwat basah.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    40/81

    Hasil penggunaan alat dan bahan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    41/81

    Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa

  • 7/30/2019 PSV 3106

    42/81

    Foto mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa

    gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.

    Satu media seni yang mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu

    atau seramik disusun di bahagian latar yang diplaster. Satu teknik menggambar yang dihasilkan dengan cara

    menyusun secara teratur sebelah-menyebelah kepingan batu,

    kaca, seramik atau tessera serta bahan-bahan lain yang sesuai

    Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecilkaca, batu, tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.

    Satu bentuk seni yang mana kepingan bahan semula jadi atau

    bahan buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan

    tidak ditindih di atas permukaan rata untuk menghasilkan

    gambar atau corak.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    43/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    44/81

    Hasil penggunaan alat dan bahan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    45/81

    Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Satu proses yang melibatkan penciptaan plat yang dapat

    menghasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yangdicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan seperti

    linoleum, styrofoam, logam, kadbod dan bahan-bahanlain.

    Blok atau plat cetakan boleh disediakan denganmemotong, mengguris, etching, atau melukis. Kemudian

    dakwat diletakkan ke atas blok atau plat tersebutdengan pelbagai teknik. Kertas dicetak dengan caramenekap ke atas blok melalui gosokan tangan ataumenggunakan mesin cetak.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    46/81

    Hasil Penggunaan alat dan bahan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    47/81

    Cetakan Menggunakan Bahan Alam Teknik Capan

    Bahan-bahan alam seperti ubi kentang, daun, bawang,

    pelepah pisang sering menjadi pilihan untuk

    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual disekolah rendah dalam bidang Menggambar. Situasi ini

    terjadi mungkin disebabkan bahan-bahan tersebut

    mudah didapati di persekitaran murid.

    Bahan: Kentang, warna air dan kertas

    Alatan : Gunting, pisau, berus dan span

  • 7/30/2019 PSV 3106

    48/81

    Salah satu teknik menggambar yang menjadi

    kegemaran murid ialah teknik Gurisan, di mana teknik

    ini memerlukan langkah-langkah yang terperinci dan

    betul kaedahnya. Guru disarankan melakukan satu demonstrasi sebelum

    melakukan aktiviti agar murid lebih faham dan jelas

    mengenai langkahlangkahnya.

    Pastikan ketika aktiviti ini berlangsung murid memberi

    perhatian kepada hal-hal kebersihan agar pakaian

    mereka tidak tercemar dengan bahan krayon atau

    pastel.

    satu teknik pembentukkan imej melalui kerja-kerja

  • 7/30/2019 PSV 3106

    49/81

    satu teknik pembentukkan imej melalui kerja-kerja

    mengguris atau mengikis semula warna-warna yang

    terdapat pada permukaan kertas.

    Imej yang terhasil adalah dalam bentuk-bentuk garisanyang menggabungkan pelbagai jenis garisan seperti

    silang pangkah (cross hatching), contengan, garisan

    selari dan sebagainya.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    50/81

    Kertas lukisan

    Alat jangka lukis / pisau / jarum dan lain-lain yang

    difikirkan sesuai untuk kerja-kerja mengguris atau

    mengikis

    Krayon atau pastel minyak (pastel jenis kapur tidak

    sesuai digunakan)

  • 7/30/2019 PSV 3106

    51/81

    Hasil penggunaan alat dan bahan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    52/81

    Bidang Menggambar merupakan salah satu di antaraempat bidang yang terdapat dalam sukatan mata pelajaranPendidikan Seni Visual KBSR.

    Seseorang guru Pendidikan Seni Visual (PSV) hendaklahsentiasa memperlengkapkan diri mereka dengankemahirankemahiran yang berkualiti dalam melakukankegiatan-kegiatan Menggambar agar murid bertambahyakin dan percaya dengan kemampuan guru.

    Guru PSV hendaklah sentiasa bersama-sama dengan guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan koordinasi sertasuasana kondusif dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagimenjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    53/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    54/81

    Bidang Membuat Corak dan Rekaanmerupakan salah satu daripada empatbidang utama yang terdapat dalam

    Kursus Pendidikan Seni Visual KBSR.Membuat Corak dan Rekaan merupakanlatihan berfikir, penonjolan kreativiti dansebagainya. Bidang ini juga merupakan

    bahagian ilmu pengetahuan danlapangan atau jurusan tertentu.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    55/81

    Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancangatau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak

    Terancang dan Corak Tidak Terancang.

    Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas

    atau Corak Tidak Terancang. Motif-motif yang digunakan boleh didapati daripada :-

    - Rupa atau bentuk alam ciptaan Ilahi seperti pokok, bunga, haiwan, serangga.

    - Rupa atau bentuk buatan manusia seperti rumah, kasut, peralatan dapur.

    - Rupa atau bentuk geometri seperti segitiga, bulat, selinder, kon, piramid.- Rupa atau bentuk Abjad A hingga Z atau kaligrafi Khat , tulisan Cina,tulisan

    Tamil.

    - Rupa atau bentuk angka 0, 1, 2, 3, 4.....9.

    - Rupa atau bentuk simbol

    - Rupa atau bentuk tradisional.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    56/81

    Susunan ulang sekataMotif diulang berurutan dalam baris dan lajur yang sama untuk

    menghasilkan corak yang menarik. Garisan grid digunakan

    sebagai panduan.

    Susunan berselang seliMotif disusun secara berselang-seli antara ruangan kosong.

    Garisan grid membantu menghasilkan corak yang menarik dan

    teratur.

    Susunan batu-bataMotif disusun berurutan pada barisan atau lajur yang sama.

    Motif seterusnya disusun antara pertemuan dua motif yang

    sebelumnya

    Susunan bertimbal

  • 7/30/2019 PSV 3106

    57/81

    Motif diwujudkan secara cerminan. Motif kelihatandalam posisi yang bertentangan.

    Susunan bertindihMotif yang sama disusun bertindih atau bertindansehingga membentuk corak yang menarik.

    Susunan beralun

    Motif kelihatan berombak dalam bentuk garisan yangsekata dan tidak sekata. Motif terdiri daripada motifyang sama atau berbeza.

    Susunan berpusat

    Motif berpunca daripada satu titik tengah yangdikembangkan. Motif dihasilkan dalam bentuk bulatan,segi empat hexagon dan oktagon.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    58/81

    Mengandungi tema, tajuk dan aktiviti untukdikendali dalam bidang Membuat Corak danRekaan mengikut tahap atau tahun.

    Guru merupakan anggota yang terlibat secara

    langsung dalam pelaksanaan kurikulum danberperanan penting. Guru PSV memainkanperanan yang berkesan khususnya kemahiranmengajar dalam bidang Membuat Corak danRekaan.

    Kemahiran dan penilaian terhadap keberkesananpengajaran seseorang guru PSV apabila merekamahir mengajar dalam bidang seperti:

    Menguasai pengetahuan dan teori pembelajaran dan

  • 7/30/2019 PSV 3106

    59/81

    Menguasai pengetahuan dan teori pembelajaran danpsikologi manusia dalam menjalankan aktiviti MembuatCorak dan Rekaan.

    Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lengkapdalam bidang aktiviti yang dijalankan mengikut aras dantahap murid.

    Mengguna kaedah dan teknik mengajar yang

    membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaransecara sistematik dan menyeronokkan.

    Menunjukan sikap jujur dan komitmen yang dapatmenggalakan pembelajaran serta mewujudkan interaksi

    dalam pelbagai hala aktiviti.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    60/81

    Alat ditakrifkan sebagai barang yang diperlukan ataudigunakan untuk menghasilkan sesuatu danmerupakan suatu kelengkapan untuk memenuhikeperluan mengajar untuk mencapai sesuatu

    maksud atau matlamat dalam pengajaran. Bahan ditakrifkan sebagai sesuatu atau beberapa

    benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatuatau untuk sesuatu tujuan yang dijadikan rujukan

    untuk tujuan pembelajaran. Bahan juga didifinisikan sebagai bahan perantaraan

    yang digunakan untuk penghasilan karya seni dalampengajaran dan pembelajaran.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    61/81

    Jenis Membuat Corak dan Rekaan terbahagi kepadadua iaitu :-

    Corak Tidak Terancang - dihasilkan secara bebas tanpa

    mempunyai motif tertentu. Ia dihasilkan dengan cara

    seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan

    sebagainya.

    Corak Terancang - dibuat menggunakan motif yang

    disusun dengan teratur dan dalam susunan tetentu.Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai

    jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam

    penghasilan corak.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    62/81

    Antara aktiviti dalam bidang Membuat Corak dan

    Rekaan ialah: Lukisan,

    Catan,

    Cetakan,

    Capan, Lipatan dan guntingan,

    Resis,

    Kolaj,

    Kaligrafi,

    Pualaman,

    Tiupan,

    Titisan,

    Ikatan dan celupan,

    Renjisan dan percikan.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    63/81

    - Proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan.

    - Proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang sama dalam

    jumlah banyak, yang dikenali cetakan

    - Lazimnya, cetakan dibuat dengan menebuk corak yang diingini di

    atas kentang dan lobak atau potong kacang bendi untuk

    dapatkan corak pada atasnya kemudian sapu warna di atas

    ukiran atau corak atau tapak kaki dan tangan selepas itu

    mencetak ke atas permukaaan rata seperti kertas.

    Alat : bongkah kayu, tali parcel, berus lukisan, palet, surat

    khabar

    Bahan : gam UHU, kertas lukisan, dan warna poster

    Hasil: Pembalut hadiah

  • 7/30/2019 PSV 3106

    64/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    65/81

    Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentukkreativiti artistik yang berkait rapat denganpenggunaan media berasaskan air dan minyak.

    Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang

    dan corak tidak terancang. Reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran

    dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

    Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan

    berfikir yang berhubung dengan asas rekaan danprinsip rekaan.

    Teknik mencanting dalam batik adalah satu kaedahmembuat corak resis.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    66/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    67/81

    Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan,lipatan dan jahitan.

    Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar,sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah

    kecil. Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik

    pelangi.

    Haji Che Su bin Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal

    di Malaysia. Garam digunakan sebagai bahan penyerapan

    Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera danorganza.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    68/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    69/81

    Lukisan merupakan bentuk seni halus yang tertuasekali.

    Manusia melukis sebelum menulis.

    Terdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekanton, melakar garisan, titikan dan gosokan.

    Corak dalam lukisan berkait dengan minda, emosi danperwatakan.

    Leonardo da Vinci adalah pelukis terkenal zamanRenaissance di Itali.

    Teknik lukisan memberi kesan terhadap lukisan yangdihasilkan.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    70/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    71/81

    Anyaman adalah kraf tradisional bermotif yangbersumberkan bahan tumbuhan.

    Anyaman kontemporari boleh dihasilkan daripada

    pelbagai bahan alternatif dengan motif yang lebih

    bebas.

    Pilih, layur, jangka, lurut dan rendam adalah proses

    penyediaan bahan dalam anyaman berasaskan pandan

    / mengkuang. Terdapat dua bentuk anyaman iaitu 2D dalam bentuk

    hamparan dan 3D Contoh corak anyaman.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    72/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    73/81

    Pualaman adalah satu penghasilan corak tidak sengaja dimana warna dimendapkan daripada cairan yang

    bergelatin dan melekit

    Ia merupakan sejenis aktiviti yang tidak bersatu antara

    air dan minyak. Bahan yang berasaskan minyak akan

    terapung di atas permukaan air dalam semua arah

    mengikut aliran bahan tersebut.

    Corak pualaman boleh digunakan sebagai penghias kulitbuku.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    74/81

  • 7/30/2019 PSV 3106

    75/81

    Aktiviti mozek adalah satu bentuk kreativiti artistik

    yang dapat menghasilkan corak yang menarik.

    Reka corak mozek boleh diaplikasikan sebagai hiasan

    dalaman dan lanskap

  • 7/30/2019 PSV 3106

    76/81

    Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis

    meluahkan perasaannya, membuat interpretasi

    pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang

    dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Corak Mesir purba adalah rekaan corak yang

    mempunyai corak tersendiri tentang kepercayaan dan

    agama.

    Corak menggunakan teknik catan boleh terbentuk secara

  • 7/30/2019 PSV 3106

    77/81

    terancang dan tidak terancang.

    Corak dalam catan terbentuk hasil daripada kemahiran

    artis menggunakan media dan teknik.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    78/81

    Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknikdalam menghasilkan corak terancang atau tidak

    terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.

    Bentuk renjisan atau percikan bergantung kepada daya

    kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluandomain kognitif, psikomotor dan afektif.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    79/81

    Bidang Membuat Corak dan Rekaan membolehkan

    guru dan murid mengenali dan mengkaji pelbagai

    corak yang terdapat dalam alam sekeliling dan

    kehidupan seharian.

    Topik ini menegaskan aktiviti mengenai olahan motif

    dan susunan untuk menghasilkan pelbagai jenis

    corak mengikut proses, jenis dan aktiviti.

    Bidang ini memberi peluang kepada guru dan muridk h lk lb k d

  • 7/30/2019 PSV 3106

    80/81

    untuk menghasilkan pelbagai jenis corak denganmenggunakan daya kreativiti dalam mengolah alat danbahan serta pengaplikasian perisian komputer yangsesuai. Aspek apresiasi juga diberi penekanan sebagaisatu proses untuk memahami dan menghayati hasil kerjamurid.

    Menerusi aktiviti dalam bidang ini, guru dan muridseharusnya dapat memahami, mengenal pasti, mengkaji,meneroka dan mengaplikasi kepelbagaian corak danrekaan dalam alam, persekitaran, dan kehidupanseharian.

  • 7/30/2019 PSV 3106

    81/81