kerja kursus pkp 3106

Upload: munirah1977

Post on 03-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    1/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat

    saya menyiapkan tugasan bagi subjek PKU3106 Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan ini

    dengan selamat. Biarpun pada peringkat awal untuk menyiapkan tugasan ini saya menghadapi

    pelbagai kesukaran dan masalah, namunakhirnya ianya dapat disempurnakan juga, walaupun

    tidak sebaik yang dipinta. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang

    tidak terhingga kepada para pensyarah yang mengajar saya di IPGM Kampus Perempuan Melayu

    Melaka. Terutamanya, khas buat En. Hadri Bin Khairuddin diatas kesudian membantu dan

    membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini, sukar bagi saya untuk

    menyiapkan tugasan ini. Biarpun subjek PKU 3106 ini adalah satu subjek yang agak sukar di mana

    ianya merupakan satu subjek baru bagi saya, dimana masa di peringkat diploma dahulu saya

    tidak pernah mempelajarinya namun dengan teknik dan kemahiran yang gunakan oleh En. Hadri

    seperti teknik pembentangan dan perbincangan dapat membantu saya untuk memahami serba

    sedikit mengenai subjek ini. Ianya secara tidak langsung dapat membantu saya untuk mengajar

    murid - murid di sekolah saya. Terima kasih sekali lagi. Sekian, wasallam.

    PENGENALAN.

    1

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    2/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Definisi Pentaksiran.

    Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya

    membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

    Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

    pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

    skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi

    sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan

    gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti

    pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan

    Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan

    gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiranseperti

    membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu, guru dapat mengesan

    punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi strategi pengajaran

    dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Pentaksiran juga

    memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa

    untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.

    Menurut Popham, ( 2000) , beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian

    dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran

    melibatkan proses membuat keputusan berdasrkan kepada suatu peraturan atau

    piawai. Manakala, menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk

    menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.

    Selain itu, satu lagi pendapat yang saya temui melalui internet iaitu

    webhttp://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm iaitu satu laman web pendidikan khas,

    matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran

    2

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    3/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan

    pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki

    kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut

    peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu, pentaksiran juga

    melibatkankan proses pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa

    tertentu untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam

    bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.

    Segala bukti dan data tersebutmenggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid

    berkenaan untuk penempatan.

    Konsep.Pentaksiran.

    Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan

    sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu. Tahap, status, dan nilai. proses

    menilai secara kuantitatif. merangkumi skala ordianal dan skala slang. Sebagai

    kesimpulannya pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian

    murid.

    Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai satu proses

    pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi

    skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu

    tujuan tertentu( Lembaga Peperiksaan Malaysia , 2000).

    Pentaksiran dilaksanakan dalam proses pendidikan bagi mencapai beberapa

    objektif. Antara tujuan pentaksiran adalah untuk menilai aktiviti yang dijalankan sema

    sapengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dilaksanakan haruslah bersesuaian

    dengan tahap dan kemampuan murid. Pentaksiran juga dilaksanakan bagimen

    dapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Seorang guru

    perlu merekod data perkembangan dan prestasi murid sepanjang proses pembelajaran

    dan pengajaran agar guru dapat memperbaiki teknik pengajarannya dari semasa ke

    3

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    4/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    semasa. Selain daripada itu, pentaksiran juga bertujuan untuk merancang aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap

    keupayaan murid. Melalui pentaksiran, maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran

    juga dapat diperolehi secara berterusan agar guru dapat memperbaiki proses

    pengajaran dan pembelajaran yang berlansung di dalam kelas.

    Jenis-Jenis Pentaksiran.

    Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran

    pembelajaran asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran

    kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran

    kemahiran. matematik.

    Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas

    Melibatkan pengamatan yang mana meliputi aspek penglihatan, pendengaran ,

    kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran pembelajaran asas juga meliputi

    konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah merupakan kebolehan untuk

    memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Selain itu dalam kemahiranpembelajaran asas juga, aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan

    maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan individu

    memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan

    yang bersesuaian dengan pantas.

    Aspek yang paling banyak diperbincangkan dalam kemahiran pembelajaran asas

    ini ialah merupakan aspek pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis

    kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah

    berlakunya proses dalam mental.

    Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran manusia dan

    merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner (1971) dalam

    4

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    5/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    bukunya Children With Learning Disabilities telah mentaksirkan pengamatan sebagai

    proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme

    yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek

    Antara komponen utama dalam pengamatan adalah terdiri daripada penglihatan,

    pendengaran dan juga sensori motor. Bagi kemahiran pengamatan, antara aspek yang

    diuji ialah diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, mengingat

    kembali, orientasi kedudukan, mengikut turutan, menyudah dan melengkapkan,

    menyalin, rajah latar belakang atau bertindih, koordinasi motor mata tangan, pertalian

    jarak atau ruang, gambar bersiri, kekalan atau keabadian bentuk , mencari jalan keluar

    dan mencari benda tersembunyi.

    Pentaksiran Kemahiran sosial dan tingkah laku.

    Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran social dan

    tingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya

    melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang penting

    untuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujuk

    kepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitandengan umur dan kumpulan kebudayaan.

    Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakan

    tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh

    dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatif

    dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihat

    dan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah seperti

    menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah laku

    negatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas.

    Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaran

    modifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yang

    5

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    6/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranya

    termasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan,

    pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah laku

    sasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yang

    bersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakan

    susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkah

    laku yang positif dapat dikekalkan.

    Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini antaranya

    adalah dengan pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan sosial.

    Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan minuman, manakala ganjaran

    sekunder pula terdiri daripada token, kupon dan lain-lain. Ganjaran sosial pula adalah

    seperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi kepada individu. Terdapat

    beberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak dan

    sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya adalah

    seperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan semula dan yang

    lain lagi. Segala strategi peningkatan dan pelupusan ini sememangnya dapat

    membantu untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang diingini. Segala

    hasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai jenis rekod seperti rekodanekdot, persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satu

    baseline dapat dilihat dan disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti

    yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan.

    Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah laku

    juga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orang

    yang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan perbincangan daripada ibu

    bapa sememangnya sangat membantu guru dalam membuat pentaksiran dengan betul

    dan lebih jitu.

    Pentaksiran Kemahiran Bahasa Lisan.

    6

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    7/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan.

    Lima komponen utama itu ialah fonologi, semantik, sintaksis, morfologi dan juga

    pragmatik. Melalui lima pentaksiran aspek ini, masalah dan daerah kelemahan murid-

    murid dapat dikenal pasti dan seterusnya dapat membantu guru melakukan strategi dan

    intervensi yang bersesuaian bagi individu berikut.

    Bidang fonologi adalah merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan

    peraturan-peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan. Sebutan

    dan bunyi yang berlainan akan memberikan makna yang lain. Sebagai contoh,

    perkataan pin dan tin, perbezaan bunyi utama adalah pada awal perkataan-

    perkataan tersebut. Kebiasaannya individu yang mengalami masalah pembelajaran ini

    sukar untuk membunyikan bunyi fonetik dengan betul. Kadangkala mereka seringkali

    melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan sebagainya. Contohnya

    perkataan bahu menjadi bau . Hal ini telah pun berlaku pengguguran dan perkara ini

    seringkali terjadi kepada individu yang menghadapi down sindrom. Walaupun

    perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi

    ini menghasilkan dua perkataan dan masing-masing mempunyai makna yang berbeza

    Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang mengkaji prosespembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem). Morfem

    adalah adalah kesatuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti dalam

    struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat.

    Morfem terikat adalah merupakan morfem yang tidak berdiri dengan sendiri, contohnya

    perkataan basement. Kehilangan perkataan pada suku kata terakhir boleh memberi

    makna yang lain. Morfem tidak terikat pula morfem yang dapat berdiri dengan

    sendirinya. Sebagai contoh base.

    Sintaksis pula merupakan unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sintaksis

    boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa, perkataan,

    dan morfem. Sebagai contoh Ibu pergi ke kedai. Namun bagi individu yang mengalami

    7

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    8/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    masalah dalam penggunaan sintaksis, individu itu hanya mampu menyebut ibu kedai.

    Hal ini sememangnya telah pun memberi maksud dan makna yang lain.

    Bidang semantik pula bidang yang berkaitan dengan makna. Komponen

    kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-

    perkataan digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik

    melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang

    bergabung akan membentuk perkataan, dan perkataan digunakan untuk mewakili

    benda, konsep, pengalaman dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami masalah

    pembelajaran ini sangat lemah dalam bidang semantik terutama dalam membezakan

    perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi. Contohnya

    perkataan perang (e pepet) dan jupa perang (e taling) . Perang di sini bermaksud

    berlawan dan menentang musuh manakala perang yang satu lagi adalah sifat warna.

    Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahami peribahasa seperti

    simpulan bahasa dan sebagainya.

    Bidang pragmatik pula ialah merupakan bidang yang berkaitan dengan

    penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autisme

    misalnya mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti diri. Hal ini kerana kataganti diri pertama seperti I seringkali ditukarkan dengan perkataan you. Penggunaan

    bahasa yang salah akan memberi maksud yang berlainan. Disebabkan itulah unsur

    pragmatik juga memainkan peranan penting dalam aspek komponen bahasa.

    Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakan

    maklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru.

    Selain itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangan

    kognitif. Tujuan pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan maklumat khusus

    berkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran

    lisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran secara lebih

    efektif berdasarkan data yang diperolehi.

    8

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    9/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek utama

    untuk dinilai dan ditafsirkan. Masalah bahasa yang terdapat dalam kalangan kanak-

    kanak keperluan khas ini ialah masalah bahasa ekspresif dan juga masalah reseptif.

    Bahasa ekspresif merujuk kepada keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dan

    meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain. Pentaksiran

    terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaran bunyi yang

    betul, ucapan , dan bahasa. Perucapan atau pertuturan adalah merupakan pengeluaran

    untuk menghasilkan bahasa ekpresif.

    Bahasa reseptif pula merujuk kepada keupayaan individu untuk menerima dan

    memahami input bahasa yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap

    bahasa reseptif ini misalnya akan melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar

    perkataan atau frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadapa isu yang

    diperkatakan tadi. Sebagai contoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan,

    murid tersebut akan disoal semula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang

    dibacakan tadi.

    Antara ciri-ciri yang mengalami masalah ekspresif dan reseptif ini ialah,kebiasaannya individu yang mengalami masalah lebih suka untuk berdiam diri daripada

    sebarang perbincangan dan perbualan. Selain itu, mereka juga seringkali memberi

    respons yang salah dengan arahan yang diberikan. Murid-murid yang mengalami

    masalah ini juga akan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi dan

    bercakap apabila mereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua masalah

    ini dapat dirawat jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat

    dijalankan untuk merawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi

    masalah dalam emosi dan juga tingkah laku,

    Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan

    ini, terdapat beberapa cara dan kaedah. Antaranya guru boleh menyediakan beberapa

    set soalan dalam memahami perkembangan bahasa mereka. Selain itu guru juga boleh

    9

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    10/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    melakukan deskripsi lisan, temuduga, perbincangan, penggunaan videotape dan

    mengadakan ujian yang standard kepada mereka. Contoh ujian yang sesuai dijalankan

    adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan dan juga bahasa.

    Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif, mimik muka atau

    gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari. Ujian

    seperti ini biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7 tahun.

    Selain daripada ujian juga, guru boleh mengambil kira persekitaran sosial kanak-

    kanak tersebut. Hal ini dapat membantu guru membuat perkaitan dengan masalah yang

    dihadapi oleh murid dan seterusnya merancang strategi bagi mengatasi masalah yang

    dihadapi.

    Pentaksiran Bacaan

    Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalam

    proses pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya

    adalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkan

    faktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara

    pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan, berpandukanarahan dan menggunakan maklumat.

    Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulah

    dilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumat

    dan membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini

    mengandungi beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitu

    fonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga

    merangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman terhadap

    apa yang dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan dilakukan di tempat

    kebiasaan murid.

    10

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    11/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan.

    Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami

    masalah apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yang

    sama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan

    membaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara bunyi

    perkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap

    perkataan yang dibaca.

    Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perlu

    dilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secara

    variasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan

    yang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid.

    Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kira

    jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasa

    membuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa.

    Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkan

    prob, analisis kesalahan, think aloud, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepas

    bacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahanoleh murid, dan juga penilaian kendiri.

    Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan

    melakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan

    kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayat

    dan teks.

    Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yang

    hampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalam

    menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapat

    juga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contoh

    perkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam

    11

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    12/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    bacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan yang mana kakak

    disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba.

    Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan dengan

    orientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbeza

    bentuk seperti A-a.

    Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaran

    membaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada

    semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jenis

    kesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid

    semasa melakukan proses bacaan adalah seperti insertion, substitution ,

    inversion , omission dan banyak lagi.

    Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaan

    yang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal,

    kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakan

    kefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal berdasarkan

    maklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula memerlukan belajar

    untuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan ataupenjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Murid

    juga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, murid

    akan diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan sama

    ada berbentuk literal atau inferens.

    Pentaksiran Kemahiran Menulis.

    Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah berkait rapat dengan

    kemahiran membaca. Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan kebolehan

    untuk menterjemahkan lambang-lambang bunyi bahasa kepada penulisan. Definisi bagi

    menulis adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan

    perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor,

    12

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    13/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan

    Hoffman, (1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk

    menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih

    tinggi

    Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai

    semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh

    murid tersebut. Ujian diagnostik penulisan akan dilakukan setelah guru membuat

    pemerhatian dan penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil kerja murid.

    Melalui ujian diagnostik guru akan dapat melihat masalah murid yang terdapat dalam

    penulisan.

    Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh ialah bentuk huruf yang

    tidak konsisten.( maKan). Selain itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan

    perkataan dengan baik. (lam pu). Murid yang mengalami masalah penulisan juga tidak

    mampu untuk mengeja dengan baik misalnya makan menjadi (makang). Tulisan murid

    ini juga kotor kerana kerap memadam dengan getah pemadam.

    Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan beberapa kemahiran yangperlu diuji. Antara kemahiran yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf

    besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan banyak lagi. Kesemua

    kemahiran ini akan dinilai untuk mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan.

    Apa yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran terhadap murid-muird, ujian

    yang diberikan mestilah normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang diberikan

    perlulah bermakna dan bersifat pelbagai dimensi.

    Pentaksiran Kemahiran Matematik.

    Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih minda supaya dapat

    berfikir secara mantik dan sistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat

    13

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    14/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    keputusan. Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan

    mencabar pemikiran.

    Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah berkaitan dengan hukum

    dan tatacara dalam matematik. Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah,

    pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid. Guru perlulah melakukan

    pentaksiran berdasarkan pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan

    mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan maklum balas murid perlulah

    spesifikasi , tepat dan dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan pemikiran

    yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah melibatkan diri dalam proses pentaksiran

    dan penilaian yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat meningkatkan dan

    mengaplikasi kemahiran yang standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri

    menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.

    Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat mengetahui pengetahuan

    kemahiran matematik yang ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan ujian

    kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan, deskripsi penulisan, senarai semak

    dan soalan, temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan murid di dalam kelas

    dan portfolio murid.

    Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah nombor, pecahan,

    perpuluhan, penolakan, darab, duit dan lain lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan

    dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek persekitaran yang terlibat ialah

    keadaan fizikal persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga persekitaran sosial

    murid

    Dua Jenis Alat Pentaksiran.

    Wechsler Inteligen For Childern. (WISC)

    Difinisi.

    14

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    15/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Merupakan ujian kecerdasan untuk kanak-kanak yang berusia dari 0 6 tahun

    dan 11 -16 tahun. Ujian kecerdasan Wechsler boleh diselesaikan tampa membaca dan

    menulis. Ujian yang terdapat WISC akan menghasilkan skor IQ.

    Sejarah.

    Mula diperkenalkan oleh Devid Wechsler. Terdapat dua edisi yang telah

    diterbitkan oleh Devid Wechsler iaitu WISC_R (1974) dan WISC III (1991). Penghasilan

    yang terbaharu ialah WISC IV (2003). Setiap versi tersebut telah dikeluarkan secara

    berturut-turut dan telah disahkan ujiannya terlebih dahulu bagi mengimbangi kesan

    Flynn. Bahan-bahan yang digunapakai dalam ujian telah dikemaskini terlebih dahulu.

    Hal ini bagi membolehkan individu yang mengambil ujian memahami pentakbiran ujian.

    Sejak kematian beliau, pada tahun 1981. Ujian kecerdasan Wechsler telah disemak

    oleh penerbit mereka iaitu Psikology Properation.

    Tujuan.

    a. Mengukur kecerdasan manusia.

    Direka untuk mengukur kecerdasan manusia sebagai mana yang tergambar

    pada kemampuan verbal. (keupayaan untuk memahami dan menyelesaikan

    masalah asas dalam bahasa). Dan Non-verbal (prestasi atau keupayaan untuk

    memahami dan menyelesaikan masalah visual dan menggambarkan masalah).

    Beliau percaya bahawa kecerdasan mempunyai aras yang tinggi yang

    menggambarkan kemampuan terukur.

    b. Kegunaan sekolah untuk penilaian penempatan untuk program kanak-kanak

    berbakat.

    Digunakan di sekolah-sekolah sebagai oenilaian penempatan untuk program

    kanak-kanak yang berbakat. Beberapa ujian digunakan bagi mengenal pasti

    tahap kecerdasan kanak-kanak.

    15

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    16/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Raven Matrices

    Matriks Progresif Raven (sering dirujuk hanya sebagai Matriks Raven) atau

    RPM, adalah ujian kumpulan bukan lisan biasanya digunakan dalam persekitaran

    pendidikan. Ia adalah ujian yang paling biasa dan popular yang diberikan kepada

    kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 5-tahun kepada warga

    tua. Ia diperbuat daripada 60 soalan pelbagai pilihan, yang disenaraikan dalam perintah

    kesukaran. Format ini direka untuk mengukur keupayaan penaakulan pengambil ujian

    atau, ("makna membuat") komponen Spearman'sg, yang sering dirujuk sebagai

    kecerdasan umum. Ujian telah asalnya dibangunkan Raven C. byJohn pada tahun

    1936. Dalam setiap item ujian, subjek diminta untuk mengenal pasti elemen yang hilang

    yang melengkapkan corak. Corak Ramai yang dibentangkan dalam bentuk matriks 4x4,

    3x3 atau 2x2, memberikan ujian namanya.

    Versi

    Matriks boleh didapati dalam tiga bentuk yang berbeza untuk peserta keupayaan

    yang berbeza:

    Standard Matriks Progresif:

    Ini adalah bentuk asal matriks, mula-mula diterbitkan pada tahun 1938. Buku ini terdiri

    daripada lima set (A hingga E) 12 item setiap satu (contohnya, A1 hingga A12), dengan

    item dalam set menjadi semakin sukar, yang memerlukan kapasiti pernah lebih kognitif

    untuk mengekod dan menganalisis maklumat. Semua barangan yang dibentangkandalam dakwat hitam pada latar belakang putih.

    Matriks berwarna Progresif:

    Direka untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun umur, orang tua, dan mental dan

    fizikal terjejas individu. Ini ujian mengandungi set A dan B dari matriks standard, dengan16

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    17/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    satu set lagi 12 item dimasukkan antara kedua-dua, seperti yang ditetapkan Ab.

    Kebanyakan barangan yang dibentangkan pada latar belakang berwarna untuk

    membuat ujian visual merangsang untuk peserta. Walau bagaimanapun perkara-

    perkara yang sangat kebelakangan B set dibentangkan sebagai hitam-on-putih, dengan

    cara ini, jika subjek melebihi jangkaan penguji, peralihan kepada set C, D, dan E

    matriks standard susut.

    Advanced Matriks Progresif:

    Bentuk maju matriks mengandungi 48 item, yang dibentangkan sebagai satu set 12

    (ditetapkan saya), dan satu lagi 36 (ditetapkan II). Item sekali lagi dibentangkan dalam

    dakwat hitam pada latar belakang putih, dan menjadi semakin sukar sebagai kemajuan

    dibuat melalui setiap set. Barangan ini sesuai untuk orang dewasa dan remaja risikan

    melebihi purata. Di samping itu, "selari" bentuk matriks progresif standard dan berwarna

    telah diterbitkan pada tahun 1998. Ini adalah untuk menangani masalah Matriks Raven

    yang terlalu terkenal dalam populasi umum. Item dalam ujian selari telah dibina supaya

    kadar penyelesaian purata untuk setiap soalan adalah sama bagi versi klasik dan selari.

    Satu versi yang disemak semula SPM - Matriks Progresif Standard Plus - telah

    diterbitkan pada masa yang sama. Ini adalah berdasarkan versi "selari" tetapi,

    walaupun ujian adalah sama panjangnya, ia mempunyai barangan yang lebih sukaruntuk memulihkan diskriminasi bahawa SPM asal terpaksa di kalangan remaja yang

    lebih mampu dan dewasa muda apabila ia mula-mula diterbitkan. Ini ujian baru,

    dibangunkan dengan bantuan pengaturan pensampelan yang lebih baik dan

    perkembangan dalam prosedur disediakan untuk melaksanakan Teori Response Item,

    telah ternyata mempunyai sifat ujian teladan. Raven JC pertama kali diterbitkan Matriks

    Progresif di United Kingdom pada tahun 1938. Tiga orang anaknya yang ditubuhkan

    Scotland berasaskan ujian penerbit JC Raven Ltd pada tahun 1972. Pada tahun 2004,

    Penilaian Harcourt, Inc pembahagian Harcourt Pendidikan diperolehi JC Raven Ltd

    Harcourt kemudiannya diperoleh oleh Pearson PLC Triple Sembilan Society,

    masyarakat IQ yang tinggi, menerima borang Matriks Advanced Progresif untuk satu

    ujian kemasukan mereka. Mereka memerlukan skor sekurang-kurangnya 32 daripada

    36 pada atau sebelum 31 Disember, 1999 pada RAPM. Persatuan Antarabangsa bagi

    17

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    18/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Pertanyaan Falsafah (ISPE) sama menerima RAPM sebagai kelayakan untuk

    kemasukan, dan begitu juga Antarabangsa Tinggi IQ Society.

    Asas faktor

    Matriks Progresif Raven dan ujian Vocabulary pada asalnya dibangunkan untuk

    kegunaan dalam penyelidikan ke dalam asal-usul genetik dan persekitaran "keupayaan

    kognitif". Raven merasakan bahawa ujian yang biasa digunakan pada masa itu adalah

    rumit untuk mentadbir dan keputusan sukar untuk mentafsir. Sehubungan itu, beliau

    menetapkan tentang membangunkan langkah-langkah mudah dua komponen utama

    G.Spearman. Kedua-dua komponen; keupayaan untuk berfikir dengan jelas dan masuk

    akal kerumitan, yang dikenali sebagai keupayaan eductive (dari akar Latin "educere",

    yang bermaksud "untuk menarik keluar") dan keupayaan untuk menyimpan dan

    membiak maklumat, dikenali sebagai keupayaan pembiakan. Ujian Raven kedua-

    duanya telah dibangunkan dengan bantuan apa yang kemudiannya menjadi dikenali

    sebagai Teori Response Item. Satu contoh satu jenis item ujian IQ, yang dimodelkan

    selepas item dalam ujian Progresif Raven Matriks.

    Kegunaan ujian

    Walaupun ujian telah dibangunkan untuk tujuan penyelidikan, kerana

    kemerdekaan bahasa mereka dan kemahiran membaca dan menulis, dan

    kesederhanaan penggunaan dan tafsiran mereka, mereka dengan cepat mendapati

    permohonan praktikal meluas. Sebagai contoh, semua peserta untuk angkatan tentera

    British dari 1942 dan seterusnya mengambil versi 20 minit SPM. Pentadbiran rutin apa

    menjadi Matriks Standard Progresif kepada semua peserta (conscripts) kepada banyak

    perkhidmatan tentera di seluruh dunia (termasuk Kesatuan Soviet) yang berterusan

    sekurang-kurangnya sehingga abad ini. Ia adalah dengan membawa bersama data ini

    bahawa Jim Flynn mampu untuk meletakkan peningkatan antara generasi dalam skor

    melampaui keraguan munasabah. Walaupun ini telah menjadi dikenali sebagai Kesan

    Flynn ia, pada hakikatnya, telah menyatakan lebih awal oleh, antara lain, Robert L.

    18

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    19/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Thorndike bekerja dengan ujian Stanford Binet dan John Raven dengan RPM. Satu lagi

    permohonan yang amat penting dalam ujian dalam penyelidikan Kajian Berkembar

    Minnesota Keluarga yang ditubuhkan anggaran pertama dipercayai warisan yang

    gemilang.

    Perhatian harus, bagaimanapun, tertarik dengan kepentingan sosial dan politik

    muncul dari pemerhatian nampaknya tahap rendah kajian yang dijalankan untuk

    menjana data rujukan yang berasingan (norma) untuk banyak negara dan kumpulan

    etnik di seluruh dunia. Kerana RPM mempunyai ciri-ciri ujian yang sempurna yang

    disahkan dalam kajian selepas kajian dalam kumpulan-kumpulan ini, ia telah menjadi

    lebih sukar untuk mengaitkan perbezaan di antara kumpulan etnik untuk "menguji berat

    sebelah".

    Satu kajian 2007 yang disediakan bukti bahawa individu dengan Asperger

    Sindrom, seorang autisme fungsi tinggi spektrum gangguan, skor lebih tinggi daripada

    individu lain pada ujian Raven ini.

    Satu lagi kajian 2007 memberikan bukti bahawa individu dengan autisme klasik,

    satu gangguan rendah-functioningautism spektrum, skor yang lebih tinggi dalam ujian

    Raven daripada dalam ujian Wechsler. Di samping itu, individu dengan autisme klasik

    telah menyediakan jawapan yang betul untuk ujian Raven dalam masa kurang daripada

    individu tanpa autisme, walaupun berdosa sekerap.

    19

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    20/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Mentaksir Kebolehan Pentaksiran Asas.

    Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran

    pembelajaran asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran

    kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran

    kemahiran matematik.

    Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan yang mana

    meliputi aspek penglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran

    pembelajaran asas juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah

    merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul.

    Selain itu dalam kemahiran pembelajaran asas juga, aspek utama yang terlibat ialah

    kepantasan pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat ini, melibatkan

    kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan

    perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.

    Aspek yang paling banyak diperbincangkan dalam kemahiran pembelajaran asas

    ini ialah merupakan aspek pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis

    20

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    21/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah

    berlakunya proses dalam mental.

    Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran manusia dan

    merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner (1971) dalam

    bukunya Children With Learning Disabilities telah mentaksirkan pengamatan sebagai

    proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme

    yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek

    Antara komponen utama dalam pengamatan adalah terdiri daripada penglihatan,

    pendengaran dan juga sensori motor. Bagi kemahiran pengamatan, antara aspek yang

    diuji ialah diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, mengingat

    kembali, orientasi kedudukan, mengikut turutan, menyudah dan melengkapkan,

    menyalin, rajah latar belakang atau bertindih, koordinasi motor mata tangan, pertalian

    jarak atau ruang, gambar bersiri, kekalan atau keabadian bentuk , mencari jalan keluar

    dan mencari benda tersembunyi.

    21

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    22/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Pilih objek yang berbeza.

    22

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    23/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Pilih objek yang sama kumpulan.

    23

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    24/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Pilih gambar mengikut urutan yang betul.

    24

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    25/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Suaikan gambar dengan huruf.

    25

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    26/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Tulis huruf pada tempat kosong.

    26

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    27/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Tulis suku kata KV pada ruang yang betul.

    27

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    28/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Eja dan sebut perkataan dengan betul.

    28

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    29/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Sebutkan perkataan di bawah dengan betul.

    29

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    30/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Bacakan ayat mudah di bawah dengan betul.

    30

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    31/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Biodata Murid Yang Dipilih.

    Nama : Nuraminah Bt. Hussien

    Tarikh lahir : 05.06.2001

    Tempat lahir : Hospital Besar Ampang Putri

    Sijil kelahiran : AT 99948

    No. KP : 010605-10-0602

    Keturunan/ bangsa : Melayu

    Agama : Islam

    Bahasa pertuturan : Bahasa Melayu

    Laporan perlaksanaan pentaksiran.

    Pada peringkat permulaan. Kami telah berbincang untuk membina item bagi

    melaksanakan proses pentaksiran ke atas seorang murid pemulihan. Murid ini

    merupakan murid masalah penglihatan dari Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu (B),

    Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kami telah membina item pentaksiran berdasarkan

    kepada pentaksiran asas, membaca dan menulis. Setelah item yang dibina lengkap dansiap dicetak. Kami dengan segera menjalankan ujian pentaksiran terbuat. Kemahiran

    yang kami uji adalah berdasarkan kepada mata pelajaran Bahasa Malaysia.

    a.Pentaksiran asas.

    - objek yang berbeza.

    - kumpulan yang sama

    - susunan mengikut urutan yang betul

    b. menulis.

    - pra tulisan

    - menulis huruf vokal

    - menulis suku kata KV

    c.membaca.

    31

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    32/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    - membaca suku kata KVKV

    - membaca ayat mudah.

    Rumusan Hasil Perlaksanaan Pentaksiran.

    Hasil daripada perlaksanaan pentaksiran ini. Kami boleh menilai bahawa murid

    ini bermasalah dalam kemahiran menulis dan membaca. Murid ini tidak dapat menulis

    dengan kemas dan berada dalam garisan yang disediakan. Seperti mana yang kita

    semua sudah sedia maklum, murid yang kami pilih ini adalah murid pemulihan yang

    mempunyai masalah penglihatan. Murid ini juga mempunyai masalah apabila membaca

    sesuatu perkataan ataupun ayat dalam saiz tulisan biasa (arial 12). Serta murid ini juga

    tidak boleh membaca perkataan lebih dari satu suku kata.

    Matlamat pengajaran yang akan dilakukan.

    Matlamat kami terhadap murid ini adalah untuk memperbaiki tulisan serta

    melancarkan bacaannya. Kami akan memperbanyakkan latihan pratulisan, sebagai

    contoh menyambung titik-titik untuk menghasilkan corak, objek, dan huruf. Kemudian

    kami akan melatih murid menulis secara latih tubi di atas garisan dengan betul. Setelahmurid ini boleh mengenal dan menulis dengan betul, kami akan mengajar murid

    membaca perkataan kvkv dari asas mengeja hinggalah murid ini boleh menyebutnya

    tampa perlu mengeja perkataan tersebut.

    Perancangan Intervensi yang Sesuai.

    Berdasarkan hasil pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan, saya

    mempunyai beberapa cadangan yang untuk membantu mengatasi masalah yang

    dihadapi oleh Nuraminah. Pertama, merujuk hasil Ujian Bahasa Melayu, dia mempunyai

    masalah dalam membaca perkataan yang lebih dari satu suku kata. Oleh yang

    demikian, guru boleh mendedahkan Nuraminah dengan lebih kerap tentang perkataan

    yang melibatkan lebih dari satu suku kata. Guru boleh menggunakan kaedah

    32

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    33/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    pengajaran menggunakan kad perkataan, kad bergambar, bercerita dan sebagainya.

    Usaha ini akan menambahkan lagi perbendaharaan kata dan kemahiran membacanya.

    Kedua, berkenaan dengan masalah saiz dan orientasi tulisannya. Di sini, guru

    boleh mengajar menulis saiz huruf dengan betul dengan cara menyuruh dia menulis

    mengikut saiz kotak atau garisan. Guru boleh melukis kotak atau garisan yang saiznya

    sesuai dengan huruf. Contohnya, kotak ini atau garis ini . Berkenaan dengan orientasi

    tulisannya pula, guru seharusnya memerhatikan cara kedudukannya semasa menulis.

    Sekiranya kedudukan badan, pensil atau kertas dalam keadaan yang salah seperti

    senget, guru hendaklah membetulkan kedudukannya.

    Gambar murid sedang menjawab soalan.

    33

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    34/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Refleksi.

    34

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    35/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat

    yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

    Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan

    meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat

    kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

    Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid

    dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti

    dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan

    beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.

    Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan

    dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan. Mengikut pemahaman saya,

    pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran

    tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,

    mengira dan sebagainya.

    Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka

    intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahapkebolehannya. Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah

    memberi saya pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan

    murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid

    Pendidikan Khas adalah berbeza mengikut jenis masalahnya.

    Hasil daripada perlaksanaan pentaksiran terhadap murid, didapati bahawa bukan

    sahaja mempunyai masalah penglihatan (rabun B3). Tetapi dia juga mempunyai

    masalah autisme yang agak berat. Murid ini kadang-kadang sukar untuk menerima

    arahan mudah dari saya. Kadang-kadang murid ini juga berada dalam dunianya sendiri

    walaupun pada masa tersebut dia sedang menjawab soalan.

    35

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    36/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam merancang

    dan merangka intervensi serta strategi yang paling sesuai untuk menjalankan proses

    pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi pendidikan yang

    sepatutnya.

    BIBLIOGRAFI.

    36

  • 7/29/2019 kerja kursus PKP 3106

    37/37

    Munirah Bt Ali @ Abu Bakar PKP 3106 2013

    1. Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2007. Psikologi

    Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

    2. Mok Soon Sang. 2007. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. (Sekolah Rendah :

    Komponen 1 & 2 ). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    3. Azizi Ahmad. 2010. Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    4. Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc.

    5. Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum,

    Kementerian Pendidikan Malaysia.