prosa klasik tingkatan 4 - peminangan puteri gunung ledang

3
NOTA PROSA KLASIK ANTOLOGI ‘ANAK LAUT’ PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG Peristiwa Penting 1. Kemangkatan permaisuri membuatkan Sultan Mahmud berasa amat dukacita kerana Melaka tidak mempunyai Raja Perempuan. 2. Baginda memanggil Bendahara serta para pembesar dan menyatakan hasrat baginda untuk beristeri lagi.Kali ini baginda mahu beristerikan seorang wanita yang bukan daripada kalangan anak raja biasa. Hal ini disebabkan baginda berpendapat bahawa raja- raja lain telah pun berkahwin dengan perempuan daripada keturunan raja-raja juga. Sedangkan baginda mahu memperisteri seorang perempuan yang tidak dimiliki oleh raja-raja yang lain. Oleh itu, baginda menitahkan Laksamana dan Sang Setia untuk pergi meminang Tuan Puteri Gunung Ledang. 3. Tun Mamat mendahului perjalanan ke Gunung Ledang dengan membawa orang Inderagiri. Tun Mamat ialah ketua orang Inderagiri. Orang-orang Inderagiri yang arif akan jalan ke Gunung Ledang berjalan sambil membersihkan semak-samun sepanjang jalan ke gunung itu. 4. Tun Mamat,Laksamana dan Sang Setia pergi ke Gunung Ledang berserta dengan hulubalang dan para pembesar. 5. Sampai di kaki Gunung Ledang, mereka meneruskan perjalanan . Mereka berhenti di pertengahan gunung itu . Perjalanan ketika itu terlalu sukar dan angin pula bertiup terlalu kencang. Ahli rombongan itu sudah tidak berdaya untuk meneruskan pendakian. Oleh sebab itu, Tun Mamat meminta kebenaran untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang dengan dua orang pembantu yang pantas berjalan, sementara Laksamana serta yang lain-lain menunggu di tempat itu. 6. Tun Mamat dengan pembantunya sampai di had buluh perindu.Keadaan di tempat itu digambarkan seperti berikut :

Upload: sszma

Post on 06-Jun-2015

1.679 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

nota prosa klasik t4 komsas.

TRANSCRIPT

Page 1: PROSA KLASIK TINGKATAN 4 - PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

NOTA PROSA KLASIK ANTOLOGI ‘ANAK LAUT’

PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

Peristiwa Penting

1. Kemangkatan permaisuri membuatkan Sultan Mahmud berasa amat dukacita kerana Melaka tidak mempunyai Raja Perempuan. 2. Baginda memanggil Bendahara serta para pembesar dan menyatakan hasrat baginda untuk beristeri lagi.Kali ini baginda mahu beristerikan seorang wanita yang bukan daripada kalangan anak raja biasa. Hal ini disebabkan baginda berpendapat bahawa raja- raja lain telah pun berkahwin dengan perempuan daripada keturunan raja-raja juga. Sedangkan baginda mahu memperisteri seorang perempuan yang tidak dimiliki oleh raja-raja yang lain. Oleh itu, baginda menitahkan Laksamana dan Sang Setia untuk pergi meminang Tuan Puteri Gunung Ledang.

3. Tun Mamat mendahului perjalanan ke Gunung Ledang dengan membawa orang Inderagiri. Tun Mamat ialah ketua orang Inderagiri. Orang-orang Inderagiri yang arif akan jalan ke Gunung Ledang berjalan sambil membersihkan semak-samun sepanjang jalan ke gunung itu.

4. Tun Mamat,Laksamana dan Sang Setia pergi ke Gunung Ledang berserta dengan hulubalang dan para pembesar.

5. Sampai di kaki Gunung Ledang, mereka meneruskan perjalanan . Mereka berhenti di pertengahan gunung itu . Perjalanan ketika itu terlalu sukar dan angin pula bertiup terlalu kencang. Ahli rombongan itu sudah tidak berdaya untuk meneruskan pendakian. Oleh sebab itu, Tun Mamat meminta kebenaran untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Ledang dengan dua orang pembantu yang pantas berjalan, sementara Laksamana serta yang lain-lain menunggu di tempat itu.

6. Tun Mamat dengan pembantunya sampai di had buluh perindu.Keadaan di tempat itu digambarkan seperti berikut :

- angin bertiup terlalu kuat/sangat kencang sehingga mereka bertiga seperti akan terbang.- awan seperti boleh dicapai ( tempat itu terlalu tinggi ).- Kedengaran bunyi buluh perindu yang sangat merdu sehingga burung-burung berhenti terbang untuk menikmati kemerduan itu.

Tun Mamat tiba di sebuah taman . Keadaan di taman itu sangat indah:- terdapat pelbagai jenis bunga dan buah-buahan.

Page 2: PROSA KLASIK TINGKATAN 4 - PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG

- terdapat bunga yang boleh bernyanyi dan berpantun.- limau mangkar boleh bersorak.- anggerik boleh mengilai.- tumbuh-tumbuhan boleh tertawa dan tersenyum.

7. Tun Mamat tiba di sebuah balai di taman itu. - Atap balai itu diperbuat daripada rambut, dindingnya dan lain-lain diperbuat daripada tulang. - Tun Mamat bertemu dengan Dang Raya Rani, seorang tua yang merupakan pengetua Puteri Gunung Ledang, diiringi 4 orang perempuan muda. - Tun Mamat memberitahu Dang Raya Rani akan tujuan kedatangannya.

1 - Dang Raya Rani menghilang untuk memberitahu Tuan Puteri Gunung Ledang tentang kedatangan Tun Mamat.

8. Beberapa saat kemudian , muncul seorang perempuan tua yang bongkok tiga memberitahu Tun Mamat hantaran yang diminta TPGL sekiranya Sultan Mahmud mahu memperisterikannya

- ebuah jambatan emas dan sebuah jambatan perak yang dibina menghubungkan Melaka dengan Gunung Ledang.

- 7 dulang hati nyamuk.- 7 dulang hati kuman.- 1 tempayan air mata.- 1 tempayan air pinang muda.- 1 mangkuk darah raja.- 1 mangkuk darah anak raja.

9. Tun Mamat pun menuruni Gunung Ledang lalu mempersembahkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Tuan Puteri Gunung Ledang itu kepada Laksamana dan Sang Setia.

10. Rombongan itu pun memulakan perjalanan pulang ke Melaka.Setibanya di istana,

Laksamana, Sang Setia dan Tun Mamat pun masuklah menghadap Sultan Mahmud. Mereka mempersembahkan segala syarat yang dinyatakan oleh TPGL kepada raja.

11. Sultan bertitah bahawa baginda sanggup mengadakan semua permintaan TPGL kecuali permintaan TPGL untuk semangkuk darah raja dan darah Raja Ahmad. Oleh sebab itu, baginda menangguhkan/menghentikan/melupakan hasratnya untuk memperisterikan TPGL itu.