pondok ledang

8
Fathur Rahman Fi Aqai’dul Iman m.s 4 baris 12 dari atas “Barangsiapa membunuh akan seorang yang hendak sampai ajalnya maka baginyalah pakaiannya yang ada pada badannya..." 1. Hukum Syara’ atas perbuatan manusia sendiri. Sifat Wahdaniah bukan pada zat semata-mata, Wahdaniah termasuk sifat Salbiah ia menafikan Kam Muttasil dan Kam Munfasil. Kam Mutasil menafikan sifat Allah tersusun. Kam Munfasil, Allah ada sifat qudrah, ta’luk yang memberi bekas, walau berkuasa makhluk ia akan mati diada kuasa dengan pangkat manakala kuasa Allah adalah mutlak. Allah jadikan matahari –Sifat Wahdaniah- esa pada af’al menafikan ada kuasa selain dari Allah Ta’ala. 2-Perbuatan dari segi hakikat semua datang dari Allah, tetapi syariah itu datang dari kita, disandarkan kepada kita supaya hukum taklif dapat dilaksanakan kepada dia. Ikhtiar dan usaha, pilihan ikhtiar juz’iah yang memberi bekas itu tetap dari Allah. Memberi bekas pada hukum akal sahaja. “Demikianlah engkau tilik dan fkir baik-baik dengan akal engkau sendiri...” 3 - Mengaji tauhid kena fikir, akal antara perkara pertama yang dijadikan namun khilaf dengan benda yang lain seperti arasy dan lain-lain. Namun sepakat pada perkara yang mula dijadikan adalah Nur Muhammad. Siapa kenal diri maka dia kenal Allah, dia kata dia ada akal. Mengaji tauhid tidak boleh taklid, fiqh ada kena

Upload: norfadhilah-khalid

Post on 27-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pondok Ledang

Fathur Rahman Fi Aqai’dul Iman

m.s 4 baris 12 dari atas

“Barangsiapa membunuh akan seorang yang hendak sampai ajalnya maka baginyalah pakaiannya

yang ada pada badannya..."

1. Hukum Syara’ atas perbuatan manusia sendiri. Sifat Wahdaniah bukan pada zat semata-mata,

Wahdaniah termasuk sifat Salbiah ia menafikan Kam Muttasil dan Kam Munfasil. Kam Mutasil

menafikan sifat Allah tersusun. Kam Munfasil, Allah ada sifat qudrah, ta’luk yang memberi bekas,

walau berkuasa makhluk ia akan mati diada kuasa dengan pangkat manakala kuasa Allah adalah

mutlak. Allah jadikan matahari –Sifat Wahdaniah- esa pada af’al menafikan ada kuasa selain dari

Allah Ta’ala.

2-Perbuatan dari segi hakikat semua datang dari Allah, tetapi syariah itu datang dari kita,

disandarkan kepada kita supaya hukum taklif dapat dilaksanakan kepada dia. Ikhtiar dan usaha,

pilihan ikhtiar juz’iah yang memberi bekas itu tetap dari Allah. Memberi bekas pada hukum akal

sahaja.

“Demikianlah engkau tilik dan fkir baik-baik dengan akal engkau sendiri...”

3 - Mengaji tauhid kena fikir, akal antara perkara pertama yang dijadikan namun khilaf dengan

benda yang lain seperti arasy dan lain-lain. Namun sepakat pada perkara yang mula dijadikan

adalah Nur Muhammad. Siapa kenal diri maka dia kenal Allah, dia kata dia ada akal. Mengaji tauhid

tidak boleh taklid, fiqh ada kena taklid malah ada wajib taklid. Bab tauhid yang boleh taklid hanya

Page 2: Pondok Ledang

bukan ahli Nazhor, seperti orang sakit pemikiran.

4. Kena mengaji tauhid terlebih dahulu, kerana “La tasihu ibadah hatta ta’limal Ma’bud” tidak sah

ibadah hingga kenal dengan apa yang disembah. Paling kurang orang Buddha sembah patungnya,

takkan kita ni sembah dinding. Mengenal Allah ada 3 jalan: 1) Khabar Sadiq – Nas Al-Quran dan

Hadis. 2) Khawas yang lima – pancaindera; 3) Akal yang waras. Tahu mesti dengan jazam mesti

keadaan ‘iklam.

5. Jangan jadi Jahil Murakkab, “la yadri an nahu la yadri” dia tak tahu bahawa dia tu tak tahu. Ada

ungkapan “Al-Jahiluna fa mauta qabla mautihi, wal aqiluna, ahya hu ba’da mautihi” Perbandingan

dengan orang yang tidak tahu ditanya dia tak tahu jawab, kalau pergi bilik mayat tanya pun mayat

tak leh jawab, jadi serilah dia dengan mayat. Manakala orang alim dah meninggal pun namanya

disebut-sebut, seperti Imam-Imam yang muktabar.

6. Cuma kita yang dah tahu sikit ni jangan

pula mudah mengkafirkan orang. Kalau ada orang kata aku nyalakan lampu ini, jangan kata orang

itu kafir. “Qul Kullun min indillah, la tataharraku illa biiznillah” Katakan segalanya datang dari Allah,

tiada digerakkan melainkan dengan izin Allah.

7. Hukum terbahagi kepada tiga: akal, adat dan syara’. Perbuatan terbahagi kepada ikhtiari dan

idtirari. Ikhtiari adalah pilihan kita, sekecil-kecil ikhtiari adalah qasad. Kita berqasad untuk berbuat

baik, telahpun ada pahala untuk kita, begitu juga dengan sebaliknya. Perbuatan idhtirari, bukan

pilihan kita, contoh perbuatan tidak sengaja tidak dikira hukum taklifi, tidak ada dosa padanya

contoh lain seperti jatuh ke bawah.

8. Pembahagian mazhab perbuatan hamba kepada 3. Muktazilah atau qadariah- usaha sandar

kepada makhluk semata-mata dengan hujjah mereka, takkan Allah buat benda yang tak baik..

Kedua Jabariah, kita tak ada kuasa langsung. Kata meraka, “nak buat macammana dah ditakdirkan

nak jadi pelacur”.

9. Dalam mu’tazilah juga ada perbuatan ikhtiari dan idhtirari. Ikhtiarai perbuatan sendiri samada

baik atau buruk datang dari dirinya sendiri. Selalu kita dengan pengerusi majlis cakap yang baik itu

datang dari Allah dan yang buruk datang dari dirinya sendiri. “ma asobaka min khairin faminallah,

wa ma asobaka min sharin famin nafsik”. Ini sebaik-baik ucapan dari segi adab. Manakala

perbuatan idhtirari datangnya dari Allah. Oleh yang demikian bagi mu’tazilah orang yang buat

dosa maka ia jatuh kafir.

10. Iman itu datang dalam 5 wajah; 1) matbu’ - iman pada malaikah 2) maqbul – Iman yang

diterima iaitu iman pada mukminin 3) ma’sum – Iman pada anmbia’ 4) mardud – ditolak iman

munafik dan 5) iman mauquf seperti iman mubtadi’ termasuk di dalamnya iman para muktazilah

dan jabariah.

Page 3: Pondok Ledang

11. Jabariah pula mengatakan tiada usaha melainkan dari Allah, hamba ini seolah-olah mayat,

seperti wayang kulit kepercayan sebegini adalah bahaya boleh keluarkan syarat taklif dan ditakuti

kepada kafir.

12. Kemudian Al-Fadhil ustaz membaca kitab kedua “Daqaiqul Akhbar” pada menceritakan

keadaan pada hari kebangkitan semula, dimana menyeru orang yang menyeru “dimana ahlul

fadhli?” maka bangun segerombolan kecil maka masuklah mereka kedalam syurga, lalu ditanya

oleh malaikat siapakah mereka, mereka itu adalah orang yang apabila dizalimi mereka sabar.

13. Barangsiapa yang sabar dengan maksiat maka akan diangkat 300 darjat Allah bagi 1 darjat

jaraknya antara langit dan bumi. Setiap maksiat ada empat unsur, manusia, dunia, syaitan dan

hawa nafsu. Siapa yang sabar dalam mentaati Allah maka akan diangkat sebanyak 600 darjat,

jarak satu darjat adalah antara langit dan bumi. antaranya orang yang menuntut ilmu.

“Awwaluddin makrifatullah, fa’lam” maka tuntutan untuk mengenal Allah kena dengan cara ilmu

juga.

14. Barangsiapa yang sabar dalam musibah akan diangkat darjat 900 darjat, jarak antara satu

darjat adalah diantara arasy dan 7 petala bumi. (bukan 7 petala cinta) sabar yang paling diganjari

adalah sewaktu mula-mula ditimpa musibah (As-sabru fi sadamil ula). Arasy ada perhiasan, ditulis

kalimah La ilaha illallah, Muhammadar Rasullullah, maka oleh itu dinding rumah kita jangan

biarkan kosong dengan kalimah Allah dan Muhammad. Wallahu’alam.

Post: Ustaz juga promote kuliah Habib Umar yang akan diadakan pada 20 April kuliah subuh di BBU, Jumaat di UTM dan malamnya di Masjid Jauhar Mutiara Rini. Datnglah ambil imu dari ulama berketurunan Rasulillah. Semoga anda beroleh berkat dunia dan akhirat.

Page 4: Pondok Ledang

Dalam mensyarahkan Dawaul Qulub Minal Uyub pada perenggan muqaddimah pada menyatakan

adab segala orang yang Alim dan segala murid. 

2.Akhlak dan tasauf tidak sama. Orang bertasauf semestinya beradab dan tidak semua orang berakhlak/ beradab itu punya tasauf. 

3.Kita boleh untuk bersihkan hati dengan syarat ada keinginan, belajar dengan himmah

memperbaiki hati, jangan belajar perkara memperbaiki hati tetapi hati tidak berminat untuk

diperbaiki.

 Sheikhuna bersama Sheikh Husni Ginting Al-Lankati Al-Azhari 

juga dikenali sebagai Musnid Asia Tenggara.

4. Ulamak terdahulu belajar adab selama 20 tahun lepas tu baru belajar hadis, adab adalah kunci

barakah, dengan sebab adab Allah beri semangat untuk beramal.

5. Banyak orang ada ilmu tetapi kefahaman tidak sama sebab faham berbeza-beza, rezki untuk

memahami ilmu tidak sama. Ada orang gaji RM1000.00 habis 2 hari dan ada orang gaji RM1000.00

boleh tahan sebulan.

Page 5: Pondok Ledang

Sheikhuna bersama Sheikh Muhd Zainul Asri Mudir Maahad Darul Hadis, Alor Setar Kedah. Mulutnya tidak lekang dengan Selawat dan Salam kepada Rasulullah.

6. Adab Dunya wa Din – Adab menuntut ilmu mesti menghina diri dan merendah diri, maka kita

akan menerima ghanimah (habuan) ilmu, jika tiada keduanya maka Haramlah ia Ghanimah.

7. Hak seorang guru kepada murid seperti hak tuan kepada hambanya. Kata saidina Ali

Sesungguhnya sesiapa yang mengajarku, dia akan menjadi tuan aku, sekiranya ia mahu ia boleh

menyuruhku, sekiranya ia mahu ia boleh membebaskanku, dan sekiranya ia mahu ia boleh

membiarkan aku.

Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Qadir Yusufi mempunyai Daurah tetap di Pondok Ledang sebulan sekali. Alim Hadis ini banyak menulis Risalah berkenaan Ulumul Hadis untuk diskusi dan membaca Sunan Tarmizi di Madrasah As-Shatiri di Kampung Melayu Johor Bahru. 

8. Imam Shafie semasa sedang mengajar datang orang yang berpakaian compang camping dari

tempat sampah lalu Imam bangun dan memeluk orang tersebut. Imam Shafie menjelaskan bahawa

orang tersebut telah memberi ilmu cara mengenal anjing jantan dan anjing betina.

9. Alimnya Imam Shafie, sehingga Imam Ahmad belajar darinya. Imam Shafie dibenarkan memberi

fatwa semasa umur 15 tahun. Semasa memberi fatwa Al-Imam makan epal disebalik selindangnya

kerana pada masa itu Al-Imam masih belum baligh.

Page 6: Pondok Ledang

Tuan Guru Baba Haji Ghazali Ahmad Al-Fathoni, seorang Alim dalam Ilmu Akidah dan Kalam turut mempunyai daurah sebulan sekali di Pondok Ledang. Masih lagi mensyarahkan Matan Aqidah Thohawiyah dan lain-lain risalah berkenaan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

10. Sekarang banyak orang dapat ilmu tanpa keberkatan, tetapi memberi musibah atas diri dan

musibah atas orang lain. Hari-hari ada sahaja hukum baharu yang keluar dari ilmu google. Allah

berfirman “Fas alu Ahla Zikra”  Tanyalah kepada Ahli Zikra iaitu orang yang mempunyai ilmu

pengetahuan. “Ahli” itu adalah orang yang sebenar-benar takut kepada Allah SWT. Akan datang

Dajjal datang mula dengan orang Alim, kemudian mengaku wali Allah, kemudian mengaku

Nabiullah kemudian akhirnya mengaku diri nya lah Allah.   

11. Para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana atas perbuatan mereka.

Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia adalah pada jalan Allah (fisabilillah) sehingga ia

pulang. Jadikan kita orang yang menuntut ilmu.

http://aburazeen.blogspot.com/search/label/isu%20kalimah%20allah

Page 7: Pondok Ledang

12. Imam Nawawi berpesan seorang murid mesti duduk sebagai murid bukan sebagai guru. Tidak

boleh sandar ke dinding (kecuali yang sudah tua). Ilmu yang benar adalah ilmu yang memberi

faedah.

13. Untuk menuntut ilmu ada adabnya, untung kita datang belajar. Rezeki kefahaman dan rezeki

keberkatan dalam menuntut ilmu akan diperolehi dengan sempurnya adab belajar.

Bumi Johor kian subur dengan majlis ilmu, hatta di penghujung bandar JB-Pontian. Surau Nurus

Salam. Taman Pulai Indah. Kangkar Pulai, Johor Bahru turut menganjurkan pengajian kuliah

maghrib setiap hari kecuali malam Jumaat. Jadilah orang yang mengajar, atau pelajar atau

pendengar atau pencinta ilmu maka jangan kamu jadi golongan yang ke lima.

14. Dipenangguhan pengajian harini 8/1/2014 baris kesebelas dari atas mukasurat 93:

“Tiada sah ilmu melainkan adab dan tiada sah adab melainkan dengan engkau ketahui segala

kaifiatnya, maka sebab itulah kedahulukan adab daripada lainnya” …sambung minggu depan. 

Page 8: Pondok Ledang

Post: Semoga isteri dan anak-anak pak cik memahami betapa kurangnya masa yang dapat diluangkan demi untuk memburu ilmu bagi kemanfaatan dunia akhirat. Pesanan akhir ...hidup di dunia ini sementara akhirat jua kekal abadi, oleh itu kejarlah akhirat ..nanti engkau akan lihat dunia akan mengejarmu pula!.