proposal bola baling

7
KERTAS CADANGAN PENYERTAAN PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN KE KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN ZON TANJUNG ARU TAHUN 2015 ANJURAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG ARU 1 KOTA KINABALU TARIKH

Upload: elina-zaliha

Post on 15-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

proposal untuk menghantar pemain ke kejohanan bola baling

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Bola Baling

KERTAS CADANGAN PENYERTAAN PASUKAN

BOLA BALING SEKOLAH KEBANGSAAN

SEMBULAN KE KEJOHANAN BOLA BALING

BAWAH 12 TAHUN ZON TANJUNG ARU

TAHUN 2015

ANJURAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG ARU 1KOTA KINABALU

TARIKH

20 & 21 JANUARI 2015

Page 2: Proposal Bola Baling

KERTAS CADANGAN PENYERTAAN PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBULAN KE KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 12

TAHUN ZON TANJUNG ARU TAHUN 2015

PENGENALAN

F a l s a f a h P e n d i d i k a n N e g a r a m e l e t a k k a n m a t l a m a t

u n t u k m e l a h i r d a n memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

dan seimbang. Pembentukan s ahs i ah mur id s e r t a kepe r ibad i an mu l i a dapa t

d ipupuk me la lu i penye r t a an da l am  bidang sukan. Bidang ini bukan sahaja dapat

menyihatkan badan, malahan juga dapat mendidik dan melatih seseorang murid itu menjiwai

sifat-sifat kekitaan, bekerjasama dan bertoleransi. Bola baling sememangnya sudah tidak asing lagi

kepada murid Sekolah Kebangsaan Sembulan. Sebagai sebuah permainan yang berpasukan, banyak nilai

positif yang dapat diterapkan, antaranya bekerjasama, berdisiplin, semangat juang yang tinggi dan semangat

kesukanan. Ia juga menjadikan seseorang murid lebih berdaya tahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial

di samping membina kekuatan intelek dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Pengalaman dalam

permainan dan pertandingan ini dapat digunakan dalam kehidupan seharian bagi menghasilkan kualiti hidup

yang lebih sempurna. Pada tahun ini, Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Zon

Tanjung Aru akan dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 pada tarikh 20 dan

21 Januari 2015. Penganjuran kejohanan ini adalah bagi m e n g e n a l p a s t i p e m a i n

y a n g b e r b a k a t d a n b e r k e b o l e h a n u n t u k   diketengahkan bagi mewakili

Zon Tanjung Aru ke kejohanan peringkat daerah pada 28 dan 29 Januari 2015 di

Sekolah Kebangsaan Tebobon.

Page 3: Proposal Bola Baling

TUJUAN

Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan

untuk kecemerlangan sekolah.Namun sekolah agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini

terutama bagi peringkat bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Rekod pencapaian pasukan

bola baling Sekolah Kebangsaan Sembulan pada peringkat zon adalah agak baik. Pada tahun

2014 pasukan Lelaki bawah 12 tahun telah menjadi johan peringkat Zon Tanjung Aru.

Sepuluh orang pemain daripada Sekolah Kebangsaan Sembulan telah dipilih untuk menggalas

cabaran di peringkat daerah dan seterusnya beberapa pemain telah dipilih untuk mewakili

daerah ke kejohanan peringkat negeri. Pemain yang telah dipilih ini bukan sahaja membawa

nama daerah malah turut membawa nama Sekolah Kebangsaan Sembulan. Pencapaian yang

lebih cemerlang boleh digapai seandainya usaha pembangunan bola baling dijalankan

diperingkat sekolah sedari awal.

OBJEKTIF

Menghasilkan pemain-pemain bola baling di peringkat tinggi yang berkemahiran

tinggi, kreatif dan mempunyai semangat juang.  

Melahirkan murid-murid yang sihat dan aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.

Memperluas lagi peluang penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum

Mengetengahkan bakat baru dan secara tidak langsung menjadi pemain pelapis pasukan

bola baling sekolah.

Memajukan sukan bola baling sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya

ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 4: Proposal Bola Baling

JADUAL LATIHAN

Tarikh/Hari Masa Tempat

1. 15/1/2015 (Khamis) 2.30 – 4.00 petang Gelanggang Futsal Kg Sembulan

2. 16/1/2015 (Jumaat) 9.00 – 11.00 pagi

2.30 – 4.00 petang

Gelanggang Futsal Kg Sembulan

3. 17/1/2015 (Sabtu) 8.00 – 10.00 pagi Gelanggang Futsal Kg Sembulan

4. 18/1/2015 (Ahad) 8.00 – 10.00 pagi Gelanggang Futsal Kg Sembulan

5. 19/1/2015 (Isnin) 7.20 – 8.20 pagi

2.30 – 3.30 petang

Gelanggang Futsal Kg Sembulan

BAJET KEWANGAN

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah

1. Yuran penyertaan RM 100.00 x 1 RM 100.00

2. Pengangkutan (van) RM 120.00 x 2 hari RM 240.00

3. Makanan dan minuman pemain RM 8.00 x 24 pemain

x 2 hari

RM 384.00

Jumlah keseluruhan RM 724.00

    

SUMBER KEWANGAN

1. Unit Kewangan Sekolah Kebangsaan Sembulan

Page 5: Proposal Bola Baling

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………

(NAZMI BIN MUSTAFA)

Jurulatih Bola Baling,

Sekolah Kebangsaan Sembulan,

Kota Kinabalu.

………………………….

( AZMAN BIN JAHILU )

Penolong Kanan Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan Sembulan,

Kota Kinabalu.

 

Diluluskan oleh:

…………………………………………

(MARIANAH BINTI MOHD YUSUF)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sembulan,

Kota Kinabalu.