program susu sekolah

5

Click here to load reader

Upload: nor-azlan-minhad

Post on 22-Jul-2015

188 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program susu sekolah

PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan

(RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi

keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa

berada di sekolah.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah

rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid

sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat

awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar

Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini

yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali

Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.

Program ini mengandungi dua skim iaitu:

Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara

subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.

Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di

bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau

pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

Objektif Program:

Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu

Bayaran

Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah

dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma

Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama

agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.

Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.

Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan

makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.

Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran,

pemprosesan dan bekalan susu

PENGENALAN

Page 2: Program susu sekolah

Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah

dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan

(RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid

sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah

nama Program Susu 1Malaysia (PS1M).

OBJEKTIF PROGRAM

Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan

tabiat selalu/ sentiasa minum susu.

AKTIVITI YANG DUJALANKAN

Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan menerima 2 kotak

susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu.

FAEDAH PROGRAM

Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid sekolah dan memastikan murid-

murid dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengambil susu. Selain itu, pemberian susu

kepada murid sekolah juga adalah satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat,

tegap dan lebih cerdas. Melalui bekalan susu ke sekolah, taraf ekonomi pengusaha dan penternak

tempatan akan dapat ditingkatkan.

Page 3: Program susu sekolah
Page 4: Program susu sekolah

PENGENALAN

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia sejak tahun 1979. Ia merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid sekolah

rendah golongan miskin dan bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi

nutrien seimbang bagi membantu murid-murid memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam

kelas. Bagi maksud pelaksanaan RMT di sekolah rendah, kadar yang ditetapkan ialah RM1.80/

murid/ hari bagi Semenanjung dan RM2.05/ murid/ hari bagi Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Perubahan Kadar Makan Murid RMT Mulai 01 Januari 2014

Merujuk kepada surat : KP(BKEW/BT)1910/RMT/A 5 Jld.18 (68) bertarikh 01.11.2013 menerangkan bahawa

Kadar Kos Makan Murid RMT Sekolah Rendah mulai hari pertama persekolahan 2014 telah dinaikkan

daripada kadar asal RM 1.80 sehari kepada:

RM 2.50 seorang murid / sehari. (Semenanjung Malaysia)

RM 3.00 seorang murid / sehari. (Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Semoga dengan kenaikan ini akan membantu penyediaan makanan yang lebih berkhasiat dan menyelerakan

penerima RMT nant

OBJEKTIF

Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid dari golongan

miskin untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan dan

kekurangan tenaga.

Menyelenggara amalan kesihatan dan pemakanan langsung dan tidak langsung.

Memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini

berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.

Page 5: Program susu sekolah