program kesihatan sekolah

38
1 TUGASAN 1 1. Tajuk : Program Kecemerlangan lompat tinggi 2. Tempoh masa : 8 minggu. 3. Matlamat Program : Menyediakan atlet yang berjaya dalam acara lompat tinggi 4. Tempoh masa latihan . Program latihan bertujuan dan berfungsi berdasarkan tahap peringkat latihan yang dilakukan. Dalam tempoh 8 minggu, latihan mengandungi 5 jenis fasa latihan, iaitu: a. Fasa Pra-Persedian b. Fasa Persediaan c. Fasa Pra-Pertandingan d. Fasa Pertandingan e. Fasa Transisi 4.1.1 Fasa Pra-Persediaan Objektif: Untuk meningkatkan kebolehan dan persediaan bagi menerima latihan dalam intensiti yang lebih tinggi.

Upload: wandi12345678

Post on 18-Jul-2016

129 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kesihatan sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Program Kesihatan Sekolah

1

TUGASAN 1

1. Tajuk :

Program Kecemerlangan lompat tinggi

2. Tempoh masa :

8 minggu.

3. Matlamat Program :

Menyediakan atlet yang berjaya dalam acara lompat tinggi

4. Tempoh masa latihan.

Program latihan bertujuan dan berfungsi berdasarkan tahap peringkat latihan yang

dilakukan. Dalam tempoh 8 minggu, latihan mengandungi 5 jenis fasa latihan, iaitu:

a. Fasa Pra-Persedian

b. Fasa Persediaan

c. Fasa Pra-Pertandingan

d. Fasa Pertandingan

e. Fasa Transisi

4.1.1 Fasa Pra-Persediaan

Objektif: Untuk meningkatkan kebolehan dan persediaan bagi menerima latihan dalam

intensiti yang lebih tinggi.

Penilaian: Ujian kecergasan.

Fasa Pra-Persediaan ini merupakan peringkat awal latihan. Isipadu latihan yang tinggi

adalah perlu untuk membina tapak bagi adaptasi yang secukupnya kepada

Page 2: Program Kesihatan Sekolah

2

pengkhususan latihan. Di peringkat ini masa 2 minggu bergantung kepada ciri-ciri

kecergasan peserta.

Objektif Pra-Persediaan adalah untuk membentuk keupayaan kerja atlet, persediaan

fizikal secara menyeluruh dan mempertingkatkan elemen-elemen teknik disamping

memperbaiki taktik pergerakan-pergerakan asas. Ini juga untuk membentuk peringkat

pelaziman fizikal yang tinggi yang akan memudahkan latihan masa hadapan dan juga

prestasi.Pada keseluruhan fasa ini, isipadu latihan yang tinggi dipertekankan bertujuan

untuk mempertingkatkan keupayaan bekerja dan desakan psikologi iaitu azam,

kesungguhan dan ketabahan bagi membolehkan adaptasi atlet kepada usaha-usaha

khusus yang diperlukan oleh pelari acara lari berganti.

 Fasa Persediaan

Objektif: Cantuman jenis latihan dengan suaian fizikal khusus diutamakan.

Meningkatkan teknik kemahiran dan tahap kecergasan.

Latihan: Latihan bebanan yang berat, latihan tekanan, intensiti latihan ditingkatkan,

latihan am dikurangkan, latihan khas / khusus ditambah dan pendedahan pelbagai

situasi seperti pagi, petang, hujan dan panas.

Penilaian: Ujian kecergasan.

Pada keseluruhan fasa ini, seseorang atlet itu akan cuba mempertingkatkan

perkembangan fizikal, teknik, taktik dan persediaan psikologi untuk menghadapi fasa

Pra-Pertandingan. Ciri-ciri latihan menjadi lebih khusus. Penekanan lebih diberikan

untuk membina daya tahan kardiovaskular.

Matlamat utama fasa ini adalah untuk mengadakan kesedian fizikal terhadap

beban kerja yang lebih berat. Ini juga adalah tahap di mana atlet memperbaiki sikap

dan tanggungjawab terhadap latihan. Diperingkat ini juga mereka memperbaiki

kelemahan kemahiran dengan memperkenalkan teknik-teknik yang betul.

Page 3: Program Kesihatan Sekolah

3

Walaupun terdapat isipadu latihan yang masih tinggi, tetapi usaha diarah kepada

latihan dan senaman yang berkaitan dengan kemahiran atau corak teknik yang perlu

dikuasai. Di hujung fasa ini, isipadu latihan akan beransur-ansur kurang membenarkan

pertambahan intensiti latihan.

 Fasa Pra-Pertandingan

Objektif: Menstabilkan prestasi ke peringkat optima serta menetapkan prestasi atlet.

Latihan: Latihan am dan khusus dikurangkan, latihan khusus pertandingan

dipentingkan. Latihan am digunakan untuk pemulihan aktiviti.

Penilaian: Ujian prestasi serta petunjuk kemajuan.

Dalam Fasa Pra-Pertandingan, ia melibatkan penyertaan dalam pelbagai pertandingan

tidak rasmi atau pertandingan pertunjukan supaya jurulatih dapat menilai secara objektif

tahap persediaan atletnya dalam segala faktor latihan. Tujuan Fasa Pra-Pertandingan

ini adalah untuk memberi penekanan kepada kecergasan fizikal yang lebih baik, sistem

tenaga yang dominan dan teknik-teknik yang khusus.

6.4 Fasa Pertandingan

Objektif: Mengekal dan meningkatkan prestasi.

Latihan: Oleh kerana latihan telah sampai di kemuncak maka latihan am dan khas

dipertingkatkan. Latihan Persediaan dikurangkan, pertandingan lain dielakkan.

Penilaian: Penilaian prestasi serta petunjuk kemajuan.

Jangkamasa Fasa Pertandingan boleh dilanjutkan dari empat hingga enam bulan

bergantung kapada sukan tertentu. Jangka masa pertandingan yang terlalu lama

memerlukan fasa persediaan yang lama juga dan ini akan memendekkan fasa

persediaan yang berikutnya. Fasa Pertandingan menumpukan kepada peningkatan

Page 4: Program Kesihatan Sekolah

4

potensi atlet kepada tahap optima dan dengan itu memudahkan pencapaian prestasi

yang maksimum di dalam pertandingan.

Objektif Fasa Pertandingan ini adalah untuk mencapai peningkatan yang

berterusan kebolehan biomotor iaitu kekuatan, kepantasan, ketahanan, kelenturan dan

koordinasi serta trait-trait psikologi yang diperlukan dalam sukan tertentu. Ia

menyempurnakan, memperkukuh dan meningkatkan taraf kemahiran teknik serta

memperkenal dan mendalami lebih banyak strategi. Melalui fasa ini juga, atlet dapat

menyempurnakan taktik-taktik pergerakan dan mendapat pengalaman bertanding.

Selari dengan itu, pada tahap ini para atlet dapat mengekalkan tahap kecergasan yang

sedia ada dan memperolehi persediaan fizikal yang menyeluruh.

 Fasa Transisi

Objektif: Memberi masa rehat, pulih kecederaan, tekanan, mentalisasi dan fizikal. Atlet

rehat emosi. Latihan aktif agar prestasi atlet tidak merosot

Latihan: Aktiviti kesenggangan dan rekreasi serta latihan intensiti yang rendah.

Penilaian: Akhir fasa dan awal fasa.

5. Jumlah murid yang dilatih

12 orang murid telah dipilih.Terdiri 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.

6. Alatan yang diperlukan i) Tiang lompat tinggi

Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa

pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah

dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua

Page 5: Program Kesihatan Sekolah

5

tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang

ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

ii) Palang lompat tinggi

Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun

bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah

sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan

pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan

atau diturunkan pada tiang.

iii) Kawasan mendarat

Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi

perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik

lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang

sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan

pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas yang diisikan dengan pasir

lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan

tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau

pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat

tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk

pendaratan peserta.

iv) Pita pengukur

Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh

setiap peserta. Ukurang hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas

palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan

bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

UKURAN

i) Tiang lompat tinggi

Tiang lompat tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau

maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

ii) Palang lompat tinggi

Page 6: Program Kesihatan Sekolah

6

Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang

dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah dua kilogram. Palang ini diletakkan

pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk

segiempat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

iii) Kawasan mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut

bergetah dan berbentuk segiempat dengan bersaiz 5 meter panjang, 4 meter lebar dan

1 meter tebal.

iv) Pita pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh

peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai

pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu

mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada

bahagian tengah palang ke aras tanah.

7. Jadual Program Latihan

LATIHAN LOMPAT TINGGI

HARI BERAT SEDERHANA RINGAN REHAT

Isnin . X . .

Selasa X . . .

Rabu . . . X

Khamis . X . .

Jumaat . . X .

Sabtu X . . .

Ahad . . . X

Page 7: Program Kesihatan Sekolah

7

8. Objektif Setiap Ansur Maju Latihani. Menyediakan atlet dengan keupayaan dan kekuatan untuk acara lompat tinggi.

ii. Memberikan pemahaman tentang kaedah lompat tinggi

iii. Mendedahkan atlet tentang ilmu dan gaya lompat tinggi yang betul.

iv. Atlet juga perlu mengetahui aspek-aspek kognitif dan psikomotor supaya latihanmenjadi lebih bermakna kepada mereka.

9. Perincian Aktiviti Ansur Maju Kemahiran

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :

a) Penujuan – larian menghala ke palang

b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan

c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.

d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. 3.0

GAYA LOMPAT TINGGI

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling

barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

a) Gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan

kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam

keadaan duduk berlunjur

Page 8: Program Kesihatan Sekolah

8

. b) Gaya Timur Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah.

Semasa melonjak, kaki bebas diayun secara tegak ke hadapan badannya dan

pelompat melepasi palang secara mengiring.

c) Gaya guling barat

Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak

dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan

bengkok semasa pelompat ‘ berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

d) Gaya pelana

Gaya ini hamper sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara

bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan

badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

a) Penujuan Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah

menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas

dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak

dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

b) Lonjakan Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat

hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian

tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki

bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu

dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

c) Layangan Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada

dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini,

badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu

dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah

Page 9: Program Kesihatan Sekolah

9

untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah

menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

d) Pendaratan Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan

mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA

a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal.

b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah.

c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.

d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi

palang.

Gaya Fosbury Flop

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury

Flop .Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang.

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada Tahun 1968. Beliau telah

memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan

palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di

belakang badan hamper dengan bahagian tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada

masa kini dan tidak ada sebab mengapa para pelajar tidak diberi peluang untuk

mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, tilam pendaratan yang mencukupi

digunakan semasa pelajaran atau latihan. Berikut ini merupakan fasa-fasa yang

terdapat dalam gaya Fosbury Flop.

1) Penujuan Bisanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di

mana tiga langkah terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah

yang menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

Page 10: Program Kesihatan Sekolah

10

2) Lonjakan Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri

larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda

lonjakan yang hamper selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan

dan diayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga

dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan secara melintang badan untuk membantu

pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

3) Layangan Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (menendang palang)

sambil melentikkan badan. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua

belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lantikan badan ini akan membantu

bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat

melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas.

Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai

Persediaan untuk pendaratan.

4) Pendaratan Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik

kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan

pelompat mendarat di atas bahagia belakang badannya (tulang belikat).

10. Variasi Latih Tubi Kemahiran

Aktiviti mendorong

a. Berjalan dengan lutut tinggi

b. Berlari dengan lutut tinggi

c. Berlari dalam bulatan

d. Berlari mengikut laluan angka lapan.

e. Melonjak

f. Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.

Page 11: Program Kesihatan Sekolah

11

Latihan Lompatan

a. Memulakan lompatan dengan gaya gunting.

b. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’, kaki selari denagn palang.

c. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk ‘L’ serta kaki bersudut 45 darjah.

d. Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah denagn kaki mengahala kea rah

palang

e. Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat.

f. Ulang

1. Latihan Garisan

Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada

sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat melintasi

palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk

peserta yang baru mempelajari gaya ini.

2. Latihan Pergerakan Kaki

Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah

digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi

palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan.

(Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang

dan tilam digunakan untuk mendarat).

3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki

Page 12: Program Kesihatan Sekolah

12

Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu

objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan

berhati-hati kerana ia agak merbahaya.

4. Latihan Melonjak

Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala

pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk

membuat lonjakan yang lebih bertenaga.

5. Latihan Gulingan Badan

Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di

bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat gulingan

badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan

kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui

latihan ini.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Langkah 1 :

Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa

mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan

aktiviti-aktiviti seterusnya.

Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belakang.

Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya

diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan

untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan tegak. Kemudian

Page 13: Program Kesihatan Sekolah

13

badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan

seterusnya.

Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan

di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan

bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti

ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak).

Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu

dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan

tangan yang lebih mantap. Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan

kangkang sedikit.

Langkah 2 :

Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala

perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan

diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan.

Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan

kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan

keyakinan.

Langkah 3 :

Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi.

Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan.

Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan

di kiri dan kanan tempat melompat.

Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan

kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan

melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2.

Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang

sebenar.

Langkah 4 :

Page 14: Program Kesihatan Sekolah

14

Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit

dengan layangan.

i) Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk

mendapatkan daya putaran pada badan.

ii) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya

mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.

Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai

suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5 :

Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar.

Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan

lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada

mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian

landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti

sekiranya lompatan berjaya dilakukan.

Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari

landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak

laju.

11. Prinsip-prinsip Latihan yang Relevan

Prinsip-prinsip Latihan

a- Memanaskan badan

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diakhiri

dengan sesi melegakan badan(warming down). Memanaskan badan adalah penting

untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan

peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan

Page 15: Program Kesihatan Sekolah

15

aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit

bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan

berlakunya kecederaan otot.

b- Ansur Maju

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Beban kerja hendaklah bertambah.

Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit

yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan

yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik

ialah 6 hingga 8 minggu.  

c- Intensiti

Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban

latihan. Intensiti latihan diberi dengan mempertingkatkan tempo latihan supaya atlit

bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata

terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap

sub maksimum.

 

d- Spesifisiti (Pengkhususan)

Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan

kekuatan dan dayatahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan

fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang

diceburi. Contoh bagi atlit lari berganti perlu banyak latihan di bahagian tangan,

pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk

meningkatkan dayatahan kardiovaskular.

 

e- Kekerapan latihan

Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan

latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan

bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang

Page 16: Program Kesihatan Sekolah

16

individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah

bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah

dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan

yang rendah.

 

f- Masa latihan

Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar

nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan

dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang

signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan

50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini

tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah

beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

12. Kaedah Pemilihan Murid Berbakat Selepas Program Latihan Berdasarkan kepada latihan selama 2 bulan, jurulatih dapat mengenal pasti atlet yang

berbakat dalam menguasai kemahiran asas lompat tinggi.

13. Aspek Keselamatan yang Harus Diutamakan

Aspek keselamatan amat penting di dalam acara lompat tinggi. Bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan, beberapa pertimbangan dari segi keselamatan perlu diambil kira. Antaranya ialah:

1) Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan.

2) Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.

Page 17: Program Kesihatan Sekolah

17

3) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh.

4) Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.

14. Persediaan Pasukan ke Kejohanan Sukan Peringkat Daerah

Persediaan pasukan untuk ke kejohanan sukan memang disusun rapi. Segala

persiapan mental dan fizikal telah dilakukan mengikut jadual perancangan yang telah

disediakan. Semua atlit yang terpilih mempunyai rekod ketinggian lompatan yang

terbaik. Digabungkan dengan teknik yang hebat dari jurulatih akan menambahkan lagi

keyakinan diri

TUGASAN 2

Page 18: Program Kesihatan Sekolah

18

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BADMINTON

BAWAH 12 TAHUN

PERINGKAT NEGERI KELANTAN

TEMPAT:

STADIUM BADMINTON KOTA BHARU

TARIKH:

3.12.2014

ANJURAN:

KELAB BADMINTON

SEKOLAH KEBANGSAAN LABOK

PERTANDINGAN BADMINTON

Page 19: Program Kesihatan Sekolah

19

BAWAH 12 TAHUN

PERINGKAT NEGERI

1.0 PENDAHULUAN

PertandinganBadminton ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab

Badminton SK Labok. Program ini boleh disertai oleh murid-murid lelaki dan perempuan,

bawah 12 tahun, bagi semua sekolah negeri Kelantan. Ia akan diadakan di Stadium Badminton

Kota Bharu pada3.12.2014. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian

Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu

wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam

melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

permainan badminton ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam

kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan peraturan dan teknik

permainan badminton. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan

fizikal dan mental setiap peserta. Pertandingan ini juga dapat membina keyakinan diri dan

mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan

pembangunan negara yang mampan. Selain itu, murid juga akan terdedah dengan

pertandingan yang skopnya lebih luas; pada peingkat negeri.

Page 20: Program Kesihatan Sekolah

20

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam Pertandingan

Badminton.

3.2 Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam

pelbagai situasi.

3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai

kesihatan tubuh badan.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai pertandingan yang

disediakan.

3.5 Melahirkan murid yang berpengetahuan dalam sukan badminton.

3.6 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

3.7 Merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga pendidikan negeri.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yangdirancang ialah pada 3.12.2014.

4.2 Dilaksanakan bermula dari jam 8.00pagi dan dijangka tamat pada

pukul 5.00 petang.

4.3 Aturcara pertandinganadalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0 KUMPULAN SASARAN/PENYERTAAN

Page 21: Program Kesihatan Sekolah

21

5.1 Wakil daripada setiap daerah bagi lelaki dan perempuan.

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : AB. RAHMAN CHE NOH

Pengerusi : BAKERI MOHAMMAD

Setiausaha : ARI SHAZUAN ABD RAHMAN

Bendahari : SITI MAYANG MOHD JAHAN

AHLI JAWATANKUASA

Ketua Teknik Pertandingan :KUIK EH DI

AJK Teknik Pertandingan :ISMAWANDI ISMAIL

Ketua Pengadil : YM RAJA ALIAS RAJA DAUD

AJK Kepengadilan :ROSLI LAH

Ketua Bantuan Kecemasan : AMRAN MAT SEMAN

AJK Bantuan Kecemasan :ROSMAWATI MOHAMMAD

Page 22: Program Kesihatan Sekolah

22

Ketua Buku Program : SITI MUSLIZAWATI MUSNEB

AJK Buku Program :NORLIYANA RAZAK

Ketua Persediaan Tempat :RAFIE GHANI

AJK Persediaan Tempat :AZHAR ISMAIL

Ketua Hadiah dan Sijil :HAMIDAH HARUN

AJK Hadiah dan Sijil : SITI KAMAZIRA AHMAD

Ketua Disiplin :NASIR SEMAN

AJK Disiplin : HJ ZULKIFLI ABU

Ketua Makanan :WAN SEPIAH WAN AHMAD

AJK Makanan : MASTURA ABU KASSIM

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

Page 23: Program Kesihatan Sekolah

23

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Makanan 62.00

2 Sewa Dewan 3 gelanggang x 3 jam x RM 4 36.00

3 Medal :

a) Perseorangan Lelaki

b) Perseorangan Perempuan

c) Beregu Lelaki

d) Beregu Perempuan

Hadiah :

e) Perseorangan Lelaki

f) Perseorangan Perempuan

g) Beregu Lelaki

h) Beregu Perempuan

i) Jemputan PIBG (Kumpulan)

4 pemenang X RM 3

4 pemenang X RM 3

4 pemenang X RM 3

4 pemenang X RM 3

1 pemenang X(RM 7, RM6, RM5, RM4)

1 pemenang X (RM 7, RM6, RM5, RM4)

4 pemenang X RM 10

4 pemenang X RM 10

10 pemenang x RM10 Johan

10 pemenang x RM8 N. Johan

12.00

12.00

12.00

12.00

22.00

22.00

40.00

40.00

100.00

80.00

Jumlah 450.00

Sumber Kewangan

Page 24: Program Kesihatan Sekolah

24

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH (RM)

1 Peruntukan Sekolah RM170.00

2 Bantuan Sukan RM100.00

3 Wang PIBG RM180.00

Jumlah Keseluruhan RM450.00

Page 25: Program Kesihatan Sekolah

25

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti pertandingan

badminton ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan

modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ..................................................

(EN. ARI SHAZUAN ABD RAHMAN) (En. Sarji Bin Amat)

Setiausaha Sukan, PK Kokurikulum,

SK LABOK. SK Alam Damai.

Disahkan oleh,

Page 26: Program Kesihatan Sekolah

26

…………………………………….

(En. Muhammad Halili Bin Mohd Isa)

Guru Besar SK Alam Damai.

LAMPIRAN 1

ATURCARA PERTANDINGAN BADMINTON

8.00 pagi : Pendaftaran peserta.

8.45 pagi : Taklimat kepada peserta.

9.00 pagi : Pertandingan dimulakan :

a) Perseorangan Lelaki - Gelanggang Ab) Perseorangan perempuan - Gelanggang B

Page 27: Program Kesihatan Sekolah

27

4.00 petang : Ucapan Penutup oleh En Muhammad Halili B Mohd Isa. ( Guru Besar SK Alam Damai)

4.30petang : Penyampaian hadiah dan cenderamata.

5.00 petang : Bersurai.

LAMPIRAN 2

MANUAL ORGANISASI KEJOHANAN

Bil Tugas dan Tanggungjawab

1 PENGERUSI

1.0

1.1

1.2

1.3

1.4

Menyediakan Kertas Kerja Dasar Projek.

Berurusan dengan pihak Ko Kurikulum dan HEP

Menyelia semua mesyuarat projek.

Memastikan kelancaran gerak kerja projek.

Menyediakan dan menyerahkan laporan akhir projek.

Page 28: Program Kesihatan Sekolah

28

2 TIMBALAN PENGERUSI

2.1

2.2

Menggantikan tempat dan semua tugas pengarah ketika pengarah tiada.

Membantu pengarah dalam melaksanakan gerak kerja projek.

3 SETIAUSAHA

3.1

3.2

3.3

Menyediakan surat-surat berkenaan dengan projek.

Menyediakan minit mesyuarat projek.

Menyediakan laporan sepanjang projek berlangsung.

4 BENDAHARI

4.1

4.2

4.3

Menguruskan pendapatan dan perbelanjaan projek.

Menyediakan anggaran belanjawan projek.

Menyediakan laporan belanjawan projek.

5 JAWATANKUASA PUBLISITI

5.1

5.2

Menyediakan Banner/ Iklan

Publisiti kepada semua warga SKPM

6 JAWATANKUASA CENDERAMATA DAN MAKANAN

Page 29: Program Kesihatan Sekolah

29

6.1

6.2

Menguruskan cenderamata

Menyediakan makanan

7 JAWATANKUASA PERSIAPAN GELANGGANG DAN PERALATAN

7.1

7.2

Menguruskan gelanggang pertandingan

Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan

8 JAWATANKUASA URUSETIA DAN PENDAFTARAN

8.1

8.2

8.3

Membuat tag nama AJK

Pendaftaran peserta

Menyambut Tetamu

9 JAWATANKUASA PENGADILAN

9.1 Menjadi pengadil

Page 30: Program Kesihatan Sekolah

30

LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LABOK

Jalan SP 1/1 ,Seksyen 1 , 47110 Puchong , Selangor DarulEhsan,

Tel : 03 - 8060 1055 Fax : 03 - 8060 1055

RujKami : 100/2/3/3

Tarikh : 30Oktober 2014

Kepada :

Jabatan Pelajaran Negeri

Negeri Kelantan

Page 31: Program Kesihatan Sekolah

31

Tuan / Puan

MemohonSumbanganKewanganbagiPertandingan Badminton

Adalahdengansegalahormatnya ,perkara di atasdirujuk .

2. SukacitadimaklumkanbahawaSekolahKebangsaanAlamDamaiakanmengadakan

Pertandingan Badminton PeringkatNegeripada 3.12.2014 di Stadium Badminton Cheras.

3. Pihak kami memohonpadapihaktuansupayadapatmenyumbangsebanyak RM500 bagimenjayakan program ini.

4.

Sekianuntukmaklumanpihaktuan ,segalakerjasamadanperhatiandaripadapihaktuandidahuluidenganucapanjutaanterimakasih.

Sekian,

" BerkhidmatUntuk Negara "

Yang MenurutPerintah ,

Page 32: Program Kesihatan Sekolah

32

En Muhammad Halili B Mohd Isa

GB SK LABOK