program energetik akademik spm 2013 · pdf filemempelajari subjek sejarah dan cara-cara...

20
1 PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2 Moderator/Fasilitator: cikgusazalilaloh CSL2013

Upload: vuliem

Post on 30-Jan-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

1

PROGRAM ENERGETIK

AKADEMIK SPM

2013

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM

KERTAS 2

Moderator/Fasilitator:

cikgusazalilaloh

CSL2013

Page 2: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

2

Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang kepentingan mempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia, bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang menjadi ukuran, malah pembangunan modal insan dilihat sebagai elemen paling penting dalam menentukan jatuh bangun tamadun sesuatu bangsa. Remaja hari ini perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan kesejahteraan bangsa dan kemakmuran negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.

Dalam konteks ini, subjek Sejarah disandarkan harapan agar dapat menyemai semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, subjek ini mampu memangkinkan perasaan dan tindakan semua warga untuk mempertahankan negara. Malahan, subjek Sejarah merupakan pendekatan terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Peristiwa dan fakta yang dipelajari dalam subjek Sejarah seperti perjuangan menuntut kemerdekaan sekiranya dihayati boleh menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita. Era globalisasi yang melanda seluruh dunia pula telah menjadikan masyarakat kita terutamanya anak muda mudah terdedah dengan pembaharuan budaya berteraskan Barat. Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan semangat kenegaraan.

Pembelajaran melalui subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. Selain itu, subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan negara. Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, menjadi tanggungjawab setiap warga negaranya untuk memahami kebudayaan setiap kaum. Jelaslah bahawa subjek Sejarah melahirkan sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini. Subjek Sejarah sebenamya merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar. Kaedah inkuiri ini menjadikan mereka memiliki nilai intelek iaitu nilai yang membina pemikiran kritis dan objektif pelajar. Subjek ini juga berperanan mendidik aspek kemasyarakatan seseorang seperti rasa keinsafan dan mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan.

Namun begitu, subjek Sejarah sering dikesampingkan oleh pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya. Pelajar memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa depan mereka. Pelajar juga merasakan bahawa mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima. Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan juga merupakan salah satu punca subjek ini tidak diminati. Perkara-perkara sebegini perlu diberi perhatian serius. Maka, wajarlah subjek Sejarah terns dimartabatkan bagi membina negara bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global.

(Dipetik dan diubah suai daripada 'Sejarah Perlu Dipelajari?' oleh Abdul Ghani Abu,

Dewan Siswa, Januari 2009)

Page 3: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

3

Skema Pemarkahan: Pendahuluan (2 markah) Petikan membincangkan kelebihan/keistimewaan/kemaslahatan/keperluan/faedah/manfaat/ kebaikan/kesan positif/mustahaknya mempelajari subjek Sejarah dalam kalangan pelajar di negara kita. 2m Petikan membincangkan kelebihanlkeistimewaan/kemaslahatan/keperluan/faedah/manfaat/ kebaikan/kesan positif/mustahaknya mempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadapnya. 0m Petikan membincangkan kepentingan mempelajari subjek Sejarah. 0m lsi Tersurat [ 4- 12 markah] 1. menyemai semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan generasi muda 2m 2. memangkinkan perasaan dan tindakan semua warga untuk mempertahankan

negara. 2m 3. memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda 2m 4. menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita 2m 5. mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. 2m 6. mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat

dan negara. 2m (1 aspek sahaja- 0 markah)

7. melahirkan sikap toleransi dalam diri rakyat negara ini 2m 8. merangsang semangat ingin tahu dalam diri pelajar. 2m 9. mendidik aspek kemasyarakatan seseorang. 2m 10. mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan. 2m lsi Tersirat [4- 12 markah] 1. Sukatan pelajaran/ kurikulum subjek Sejarah dipinda/diperbaharu 2m 2. Guru menggunakan kaedah pengajaran terkini/baharu/berbeza 2m 3. Guru mempelbagaikan teknik pengajaran (bercerita,lakonan,bahas dsb) 2m 4. Guru menggunakan medium teknologi maklumat/internet/peralatan multimedia

dalam pengajaran 2m 5. Program lawatan ke tempat-tempat penting/bersejarah diadakan 2m 6. Sekolah mengadakan pelbagai program pendidikan bertemakan sejarah

(kuiz, pameran, pertandingan esei dsb) 2m 7. Sekolah menjemput tokoh sejarah berkongsi pengalaman 2m 8. Media massa menyiarkan bahan-bahan/rancangan sejarah dengan lebih menarik 2m Kesimpulan [2 markah] Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memperkasakan subjek Sejarah agar dapat membina identiti negara bangsa Malaysia yang cemerlang 2m

Page 4: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

4

PANDUAN MENJAWAB RUMUSAN Pendahuluan: Petikan membincangkan + ..........................(sinonim kata kunci) + ..........................(tugasan tersurat) + dalam kalangan…….......................+ di negara kita. Rumus sinonim kata kunci

i. usaha-usaha/cara-cara/langkah-langkah/kaedah-kaedah/strategi-strategi ii. punca-punca/sebab-sebab/faktor-faktor iii. kesan/akibat/implikasi iv. kepentingan/kelebihan/keistimewaan v. peranan/tanggungjawab vi. ciri-ciri/sifat-sifat/kriteria-kriteria

Contoh Pendahuluan: Petikan membincangkan kelebihan mempelajari subjek sejarah dalam kalangan pelajar di negara kita. Isi Tersurat (6 isi dalam 6 ayat) Ayat 1: Antaranya ialah ….isi 1…. Ayat 2: Seterusnya ….isi 2…. Ayat 3: Di samping itu ….isi 3…. Ayat 4: Selain itu ….isi 4…. Ayat 5: Tambahan pula ….isi 5…. Ayat 6: Akhir sekali ….isi 6…. (Pastikan setiap ayat mempunyai subjek dan predikat. Subjek ayat boleh mengikut konteks soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi Tersurat: Antaranya ialah menyemai semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan generasi muda. Seterusnya subjek sejarah memangkinkan perasaan dan tindakan semua warga untuk mempertahankan negara. Di samping itu, subjek sejarah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Selain itu, subjek sejarah menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita. Tambahan pula, subjek sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. Akhir sekali subjek sejarah mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan negara. Isi Tersirat (Sekurang-kurangnya 2 isi dalam 2 ayat) Ayat 1: (Salin tugasan isi tersirat dalam soalan selepas …dan…) ialah …isi 1.. Ayat 2: Selain itu ….isi 2…. (Pastikan isi tersirat mempunyai 2 perkara yang berbeza) Contoh Penulisan Isi Tersirat: Cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut ialah guru mempelbagaikan teknik pengajaran sejarah. Selain itu, sekolah mengadakan program lawatan ke tempat-tempat bersejarah.

Page 5: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

5

Kesimpulan: Kesimpulannya, .......................(tulis sasaran dalam pendahuluan) mestilah berusaha untuk (salin tugasan isi tersurat dalam soalan) agar negara dapat melahirkan masyarakat yang …… Contoh Penulisan Kesimpulan: Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk mempelajari subjek Sejarah agar negara dapat melahirkan masyarakat yang patriotik. Contoh Rumusan Yang Lengkap

Petikan membincangkan kelebihan mempelajari subjek sejarah dalam kalangan pelajar di negara kita. Antaranya ialah menyemai semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan generasi muda. Seterusnya subjek sejarah memangkinkan perasaan dan tindakan semua warga untuk mempertahankan negara. Di samping itu, subjek sejarah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Selain itu, subjek sejarah menjana pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita. Tambahan pula, subjek sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. Akhir sekali subjek sejarah mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan negara.

Cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut ialah guru mempelbagaikan teknik pengajaran sejarah. Selain itu, sekolah mengadakan program lawatan ke tempat-tempat bersejarah.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk mempelajari subjek

Sejarah agar negara dapat melahirkan masyarakat yang patriotik. (120 patah perkataan)

Page 6: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

6

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata menentukan jatuh bangun? [2 markah] Skema Maksud menentukan jatuh bangun (maksimum 2 markah)

- memastikan / menetapkan maju mundur 2m - memastikan / menetapkan berjaya atau gagal 2m - memastikan / menetapkan kejayaan /prestasi/pencapaian 1m

Panduan Menjawab: Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu Maksud rangkai kata menentukan jatuh bangun ialah …………….. (Mesti ada 2 item yang disinonimkan) ATAU Rangkai kata menentukan jatuh bangun bermaksud ................ Jawapan lengkap: Rangkai kata menentukan jatuh bangun bermaksud memastikan berjaya atau gagal. (ii) Penulis menyatakan beberapa sebab subjek Sejarah sering diabaikan.

Nyatakan sebab-sebab tersebut. [3 markah] Panduan Soalan ini ialah soalan analisis petikan. Jawapannya ADA dalam petikan. Cuba cari is dalam petikan di bawah Namun begitu, subjek Sejarah sering dikesampingkan oleh pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya. Pelajar memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa depan mereka. Pelajar juga merasakan bahawa mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima. Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan juga merupakan salah satu punca subjek ini tidak diminati. Perkara-perkara sebegini perlu diberi perhatian serius. Maka, wajarlah subjek Sejarah terns dimartabatkan bagi membina negara bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global. (Perenggan 4) Skema Sebab-sebab subjek Sejarah sering diabaikan oleh pelajar ... (maksimum 3 markah)

- pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya 1m - anggapan kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa - depan 1m - mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang

Page 7: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

7

berulang-ulang (sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima) 1m - kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan 1m

Panduan Menjawab: Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu

Ayat 1: Sebab subjek sejarah sering diabaikan ialah ….isi 1… Ayat 2: Sebab yang lain ialah …isi 2… Ayat 3: Sebab yang berikutnya ialah …isi 3…

[MESTI ada 3 isi kerana peruntukan 3 markah. Elakkan daripada menggabungkan isi. Tulis dalam 3 ayat] Jawapan lengkap

Sebab subjek sejarah sering diabaikan ialah pemahaman sempit pelajar tentang kepentingannya. Sebab yang lain ialah pelajar menganggap kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin masa depan. Sebab yang berikutnya ialah mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima (iii) Subjek Sejarah penting dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya sekiranya subjek Sejarah tidak dipentingkan? Berikan empat kesan. [4 markah]

Panduan Soalan ini ialah soalan KBKK. Jawapannya TIADA dalam petikan. Skema Kesan sekiranya subjek sejarah tidak dipentingkan ...(maksimum 4 markah)

- tidak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 1m - lahir generasi buta sejarah /memandang remeh sejarah negara 1m - muncul generasi yang akan melakukan kesilapan seperti generasi

terdahulu 1m - perpaduan / keamanan negara tergugat 1m - matlamat untuk melahirkan generasi yang bermartabat mulia /

berdaya maju tidak tercapai 1m - melahirkan masyarakat yang tidak patriotik 1m - melahirkan generasi yang tidak mempunyai jati diri 1m

[ terima mana-mana isi yang sesuai ] Panduan Menjawab:

Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu Ayat 1: Pada pendapat saya, kesan sekiranya subjek Sejarah tidak dipentingkan

ialah ….isi 1… Ayat 2: Kesan yang lain ialah …isi 2… Ayat 3: Kesan yang berikutnya ialah …isi 3…

Ayat 4: Kesan yang seterusnya ialah …isi 4…

Page 8: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

8

Jawapan lengkap

Pada pendapat saya, kesannya sekiranya subjek sejarah tidak dipentingkan ialah pelajar tidak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Kesan yang lain ialah pelajar memandang remeh akan sejarah negara. Kesan yang berikutnya ialah keamanan negara tergugat. Kesan yang seterusnya ialah negara akan melahirkan masyarakat yang tidak patriotik.

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor. Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza. Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati M16. (Dipetik daripada “Mellisa” oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 9: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

9

(i) Nyatakan dua harapan Mellisa terhadap rakyat negara ini sebelum dia meninggal dunia. [2 markah]

Skema: Harapan (maksimum 2 markah)

- rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai 1m

- semua kaum dapat hidup sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya 1m

Panduan Menjawab:

Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu Ayat 1: Harapan Mellisa terhadap rakyat negara ini sebelum dia meninggal dunia

ialah ….isi 1… Ayat 2: Harapan yang lain ialah …isi 2…

Jawapan Lengkap:

Harapan Mellisa terhadap rakyat negara ini sebelum dia meninggal dunia ialah rakyat negara ini hidup dalam keadaan aman dan damai. Harapan yang lain ialah semua kaum dapat hidup sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya.

(ii) Sekiranya anda Syahid, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil apabila mengetahui

Mellisa telah memilih kerjaya sebagai tentera? [3 markah] Skema: Tiga tindakan (maksimum 3 markah)

- mengucapkan tahniah kerana berjaya mencapai cita-cita 1m - menasihati supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh 1m - meminta supaya sentiasa waspada 1m - menyatakan kekaguman dengan keberanian Mellisa 1m (terima mana-mana isi yang sesuai)

Panduan Menjawab:

Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu Ayat 1: Sekiranya saya Syahid, tindakan yang akan saya ambil apabila

mengetahui Mellisa telah memilih kerjaya sebagai tentera ialah ….isi 1… Ayat 2: Tindakan yang lain ialah …isi 2… Ayat 3: Tindakan yang berikutnya ialah …isi 3…

Jawapan Lengkap:

Sekiranya saya Syahid, tindakan yang akan saya ambil apabila mengetahui Mellisa telah memilih kerjaya sebagai tentera ialah mengucapkan tahniah kerana berjaya mencapai cita-cita. Tindakan yang lain ialah menasihati Mellisa supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh. Tindakan yang berikutnya ialah meminta Mellisa supaya sentiasa waspada.

Page 10: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

10

(iii) Jelaskan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Skema: Perwatakan dalam petikan: (1 isi + 1 contoh = 2markah)

- Mellisa seorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi. Contohnya dia menyertai tentera semata-mata untuk berkhidmat dan sayang kepada negara ini.

Perwatakan dalam cerpen (1 isi + 1 contoh = 2 markah) - Mellisa seorang yang tabah menghadapi dugaan. Contohnya dia tidak berdendam

kepada orang yang membunuh tunangnya, sebaliknya menganggap kejadian itu takdir Ilahi.

(terima mana-mana isi yang sesuai) Panduan Menjawab: i. Soalan ini terbahagi kepada 2 bahagian ii. Bahagian 1

Perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan ialah ….(sebutkan nilai). Contohnya…………..(nyatakan contoh yang diambil daripada petikan)

iii. Bahagian 2 Perwatakan Mellisa yang terkandung dalam keseluruhan cerpen ini ialah ….(nyatakan nilai dan contoh)

Jawapan Lengkap:

Perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan ialah seorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi. Contohnya Melllisa menyertai tentera semata-mata untuk berkhidmat dan sayang kepada negara ini. Perwatakan Mellisa yang terkandung dalam keseluruhan cerpen ini ialah seorang yang tabah menghadapi dugaan. Contohnya Mellisa tidak berdendam kepada orang yang membunuh tunangnya, sebaliknya menganggap kejadian itu takdir Ilahi. Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka kata Khoja Maimun, “Hai nyawaku, buah hatiku, cahaya mataku, benar kata tuan hamba itu, tetapi akan hal kita hidup di dalam dunia ini jikalau tiada emas, barang satu pekerjaan pun tiada hasil dan kerana emas itu berkuasa maka ia dapat menghasilkan segala kehendak yang dimaksudkan! Maka sebaik-baik harta dunia ini emaslah kita carikan. Adapun hamba dengan tuan itu adalah seperti mangga dengan pintu, demikianlah apabila mangga itu ditanggalkan pintu pun nescayalah binasalah dia dan rumah pun tiadalah ada kebajikannya, diperbanyak-banyak doa tuan hamba kepada Allah S.W.T dan tuan hamba pun telah hamba serahkan kepada Tuhan serwa sekalian alam, tetapi amanat hamba kepada tuan hamba, muafakatlah dengan unggas kedua itu,

Page 11: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

11

hubaya-hubaya jangan tiada hai kasihku, kerana dunia ini amat besar dugaannya lagi terlebih bahaya tajamnya daripada senjata!” Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda-molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja Maimun pun pergilah belayar.

(i) Berikan maksud menghasilkan segala kehendak. [2 markah] Skema: Maksud (maksimum 2 markah)

- Memberikan semua keinginan/kemahuan 2m Panduan Menjawab:

Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu Rangkai kata menghasilkan segala kehendak bermaksud …………….. Jawapan Lengkap:

Rangkai kata menghasilkan segala kehendak bermaksud memberikan semua keinginan.

(ii) Apakah pesanan-pesanan Khoja Maimun terhadap isterinya sebelum dia keluar berniaga? [3 markah]

Skema: Pesanan (maksimum 3 markah)

- Selalu berdoa kepada Allah S.W.T 1m - Bermuafakat dengan kedua-dua unggas itu 1m - Banyak dugaan di dunia 1m

Panduan Menjawab:

Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu Ayat 1: Pesanan Khoja Maimun terhadap isterinya sebelum dia keluar berniaga

ialah ….isi 1… Ayat 2: Pesanan yang lain ialah …isi 2… Ayat 3: Pesanan yang berikutnya ialah …isi 3…

Jawapan Lengkap:

Pesanan Khoja Maimun terhadap isterinya sebelum dia keluar berniaga ialah selalu berdoa kepada Allah S.W.T. Pesanan yang lain ialah bermuafakat dengan kedua-dua unggas itu. Pesanan yang berikutnya ialah banyak dugaan di dunia.

Page 12: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

12

(iii) Sekiranya anda Khoja Maimun, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk memastikan keselamatan isteri sepanjang peninggalan itu. [3 markah]

Skema: Untuk memastikan keselamatan isteri (maksimum 3 markah)

- Tinggal bersama ibu bapa / keluarga 1m - Berpesan kepada jiran tetangga untuk membantu 1m - Memasang alat-alat keselamatan di sekitar rumah 1m - Sentiasa berdoa kepada Tuhan 1m

(terima mana-mana isi yang sesuai) Panduan Menjawab:

Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu Ayat 1: Sekiranya saya Khoja Maimun, tindakan yang akan saya lakukan untuk

memastikan keselamatan isteri sepanjang peninggalan itu ialah ….isi 1… Ayat 2: Tindakan yang lain ialah …isi 2… Ayat 3: Tindakan yang berikutnya ialah …isi 3…

Jawapan Lengkap:

Sekiranya saya Khoja Maimun, tindakan yang akan saya lakukan untuk memastikan keselamatan isteri sepanjang peninggalan itu ialah membawa isteri tinggal bersama keluarga. Tindakan yang lain ialah berpesan kepada jiran tetangga untuk membantu isteri saya. Tindakan yang berikutnya ialah memasang alat-alat keselamatan di sekitar rumah.

Page 13: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

13

Soalan 2 (b) – Syair

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Makna Riak Mohd Yusuf Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) Kemudian dinyatakan makna riak, Terkadang bercakap ilmunya mantik, Amal ibadat kerana menusia, Bicara alhayat konon diselidik, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Supaya disangka ianya cerdik, Sebab kerana syirikkan Dia. Sukalah orang memberinya gundik. Terkadang riak pula dilakukan, Terkadang riak dengan pakaian, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Berserban lilit ekor berhambaian, Bertutur itu suara diperlahankan, Sejadah di bahu bersampaian, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Tasbih di tangan berulitan. Supaya disangka ianya wali, Pejamkan mata duduk bersila, Akan dunia tidak peduli, Lidah berzikir Allah Taala, Hemahnya itu disangka ali, Terkadang jazbah seperti gila, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Kasadnya hendak jadi kepala. Terkadang riakkan ia berilmu, Riak demikian menjadi balak, Bersurah ketika orang berjamu, Amal itu tentu ditolak, Berkata-kata tidaklah jemu, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Nahu dan sarap habis diramu. Allah Taala sualak.

(i) Nyatakan kesan perbuatan riak sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas. [2 markah] Skema: kesan perbuatan riak (maksimum 2 markah)

- amal ibadat orang yang riak tidak diterima oleh Allah. 1m - mereka akan menanggung dosa akibat daripada perbuatan mereka. 1m

Panduan Menjawab: Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu

Ayat 1: kesan perbuatan riak sebagaimana yang terdapat dalam puisi ialah….isi 1… Ayat 2: Kesan yang lain ialah …isi 2… Ayat 3: Kesan yang berikutnya ialah…isi 3 …

Jawapan Lengkap:

Kesan perbuatan riak sebagaimana yang terdapat dalam puisi ialah amal ibadat orang yang riak tidak diterima oleh Allah. Kesan yang lain ialah mereka akan menanggung dosa akibat daripada perbuatan mereka.

Page 14: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

14

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang dapat dilakukan untuk membendung perasaan riak yang terdapat dalam diri seseorang? [3 markah]

Skema: Cara membendung perasaan riak (maksimum 3 markah)

- beribadat kepada Tuhan dengan hati yang benar-benar ikhlas. 1m - sedar akan kesan dan dosa akibat daripada perbuatan tersebut. 1m - selalu mengikuti kelas-kelas agama untuk menyucikan jiwa kita. 1m

(terima mana-mana isi yang sesuai)

Panduan Menjawab: Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu

Ayat 1: Pada pendapat saya, cara yang dapat dilakukan untuk membendung perasaan riak yang terdapat dalam diri seseorang ialah ….isi 1…

Ayat 2: Cara yang lain ialah …isi 2… Ayat 3: Cara yang berikutnya ialah …isi 3…

Jawapan Lengkap:

Pada pendapat saya, cara yang dapat dilakukan untuk membendung perasaan riak yang terdapat dalam diri seseorang ialah beribadat kepada Tuhan dengan hati yang benar-benar ikhlas. Cara yang lain ialah sedar akan kesan dan dosa akibat daripada perbuatan tersebut. Cara yang berikutnya ialah selalu mengikuti kelas-kelas agama untuk menyucikan jiwa kita. (iii) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. [4 markah] Skema: Pengajaran (maksimum 4 markah) – 3 isi sahaja

- kita janganlah riak dalam melakukan ibadat kerana perbuatan itu menyebabkan amalan kita tidak diterima oleh Allah. 1m

- keimanan hendaklah dizahirkan dari hati yang ikhlas terhadap Allah tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. 1m

- Kita juga hendaklah melakukan amal ibadat dengan ikhlas dan bersungguh- sungguh agar segala ibadat kita akan diterima oleh Allah. 1m

- kita hendaklah mengamal dan mempamerkan ketinggian budi pekerti walaupun di mana sahaja kita berada. 1m

(terima mana-mana isi yang sesuai)

Panduan Menjawab: Mulakan jawapan dengan arahan soalan iaitu

Ayat 1: Pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut ialah….isi 1… Ayat 2: Pengajaran yang lain ialah …isi 2… Ayat 3: Pengajaran yang berikutnya ialah …isi 3…

Page 15: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

15

Jawapan Lengkap:

Pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut ialah kita janganlah riak dalam melakukan ibadat kerana perbuatan itu menyebabkan amalan kita tidak diterima oleh Allah. Pengajaran yang lain ialah Kita juga hendaklah melakukan amal ibadat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh agar segala ibadat kita akan diterima oleh Allah. Pengajaran yang berikutnya ialah kita hendaklah mengamal dan mempamerkan ketinggian budi pekerti walaupun di mana sahaja kita berada.

Soalan 3 Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

i. jalan ii. gamat iii. bidang

[6 markah] Skema: (a) Buat ayat

i. Jalan - menunjukkan laluan - menunjukkan usaha/idea/cara 2m

Ii gamat

- sejenis haiwan laut - suasana yang bingit 2m

iii. bidang

- menunjukkan luas - menunjukkan ruang kerjaya 2m

Panduan Menjawab: Pastikan ayat yang ditulis menepati kehendak soalan iaitu perkataan yang diuji jelas maksudnya dan betul penggunaannya dalam ayat tersebut.

Page 16: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

16

Contoh Jawapan: i. Jalan yang dibina di kampung itu telah rosak selepas kejadian banjir kilat pada minggu

lepas. Guru matematik itu menunjukkan jalan pengiraan yang mudah untuk menyelesaikan

soalan berkaitan algebra.

ii. Kehadiran pelawak popular dalam majlis itu menjadikan suasana dalam dewan menjadi gamat.

Gamat merupakan sejenis hidupan laut yang digunakan dalam perubatan tradisional. iii. Beberapa bidang tanah telah ditebus guna untuk projek pertanian secara berkelompok. Selepas menamatkan pengajian di universiti, Sazali telah membuat keputusan untuk

menceburi bidang pendidikan yang amat diminatinya.

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubahj maksud asalnya. (i) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa. (ii) Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam.

(iii) Sajak-sajak yang puitis itu telah ditulis olehnya pada bulan lepas. [6 markah]

Skema: Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Pihak berkuasa perlu menangani dengan segera masalah alam sekitar 2m (ii) Saya telah mencuci kasut yang kotor itu semalam. 2m

(iii) Dia telah menulis sajak-sajak yang puitis itu pada bulan lepas. 2m (c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

(i) Jentera pemerosesan minyak kelapa sawit yang diimpot dari luar negara itu sudah

rosak dan perlu diganti segera.

(ii) Kepulangan peninju negara yang memperolehi pingat emas dalam Sukan Sea telah disambut dengan meriah.

Page 17: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

17

(iii) Tentera yang berjuang mempertahankan negara di Lahad Datu di nobatkan sebagai satria tanah air kita.

[6 markah] Skema: (c) (i) diimpot - diimport (Ejaan) 1m pemerosesan - pemprosesan (Imbuhan) 1m (ii) peninju - petinju (Ejaan) 1m Memperolehi - memperoleh (Imbuhan) 1m (iii) satria - sateria (Ejaan) 1m di nobatkan - dinobatkan (Imbuhan) 1m (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan

satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalian ayat itu semula.

(i) Ibu bapa haruslah bertindak sebagai pencerap nilai-nilai murni di dalam kehidupan

keluarga. (ii) Yang di-Pertuan Agong duduk di atas takhta untuk menganugerahkan tokoh itu

pingat kebesaran.

(iii) Dia mengucapkan tahniah atas kematian kedua orang tua Amin dalam kemalangan ngeri itu.

[6 markah] Skema: (d) (i) pencerap - penerap (Istilah) 1m di dalam - dalam (Tatabahasa) 1m (ii) duduk - bersemayam (Istilah) 1m menganugerahkan - menganugerahi (Tatabahasa) 1m (iii) tahniah - takziah (Istilah) 1m kedua - kedua-dua (Tatabahasa) 1m

Page 18: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

18

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Haziq menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.

(ii) Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-

sungguh.

(iii) Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia membuat tempahan dahulu.

[6 markah] Skema: (e) (i) genggam bara api biar sampai jadi arang/alang-alang menyeluk pekasam..... 2m (ii) jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya 2m

(iv) indah khabar dari rupa 2m

Page 19: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

19

Soalan 4 Novel

[15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

(i) Renyah karya Gunawan Mahmood (ii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Watak utama biasanya dikaitkan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa

dihadapinya.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan bagaimana watak utama menghadapi cabaran tersebut. [7 markah]

Skema: (a) Watak utama biasanya dikaitkan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa

dihadapinya. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan bagaimana watak utama menghadapi cabaran tersebut. [7 markah]

Markah isi : Pernyataan 2 cabaran + penyelesaian = 4 markah Markah bahasa : 3 markah Jawapan Lengkap:

Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Dolhi.

Cabaran yang dihadapi oleh Datuk Dolhi ialah anak-anak beliau tidak berminat untuk menggantikannya dalam perniagaan. Untuk menghadapi cabaran ini, beliau berusaha memujuk anaknya Wahi yang tinggal di Jepun dan akhirnya Wahi bersetuju.

Cabaran yang lain ialah anak-anak Datuk Dolhi terlibat dalam pelbagai masalah dan gejala negatif. Untuk menghadapi cabaran ini, Datuk Dolhi sentiasa menasihati mereka dan akur apabila anaknya Hasnol ditangkap kerana rasuah dan Dani ditangkap kerana dadah.

Page 20: PROGRAM ENERGETIK AKADEMIK SPM 2013 · PDF filemempelajari subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar ... soalan sama ada tema atau sasaran) Contoh Penulisan Isi ... 3

20

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh penggunaan

teknik saspens yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah] Skema: (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh penggunaan

teknik saspens yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah] Markah isi : Renyah - 1 teknik + 1 contoh = 3 markah SDL - 1 teknik + 1 contoh = 3 markah Markah bahasa : 2 markah Jawapan Lengkap:

Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood dan Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan. Pengarang menggunakan teknik saspens dalam kedua-dua novel ini.

Dalam novel Renyah, pengarang menggunakan teknik saspens untuk menggambarkan Ameera menghadapi dilema apabila menerima hadiah daripada peminat misteri. Pembaca tertanya-tanya siapakah peminat misteri tersebut dan apakah yang akan terjadi seterusnya kepada Ameera.

Dalam novel Sutera Dalam Lukisan, pengarang menggunakan teknik saspens apabila menunjukkan Bujei menggunakan senjata untuk menyerang Alias yang membulinya. Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada Alias dan Bujei seterusnya akibat tindakan drastik Bujei itu.

KERTAS SOALAN TAMAT CSL2013