faktor-faktor yang boleh menyuburkan minat ke arah …
TRANSCRIPT
1
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYUBURKAN MINAT KE ARAH NEGARA-NEGARA REPUBLIK DAN
MENGHAKIS PERANAN INSTITUSI RAJA
MUQADDIMAH
Selepas lebih lima dekad Malaysia mencapai kemerdekaan, negara ini tidak terkecuali
melalui peredaran zaman yang terisi dengan cabaran sama ada dalam aspek politik,
ekonomi mahupun sosial. Begitu juga dengan Institusi Raja yang berhadapan dengan
cabaran khususnya segi wujudnya tuntutan serta inisiatif oleh golongan anti Institusi
Raja dan para pendukung republik-liberalisme yang berusaha menerapkan idealisme
tersebut dalam jiwa dan pemikiran masyarakat termasuk umat Islam/Melayu.
Dalam konteks Malaysia, sistem Raja berkuasa mutlak yang sebelumnya diamalkan di
negara ini akhirnya dipinda kepada amalan Raja Berperlembagaan bagi memastikan
kelangsungan sistem terulung dalam membangunkan tamadun sebuah negara bangsa.
Institusi Raja pada hari ini turut sama berperanan meningkatkan prestij dan
penghormatan rakyat melalui penguasaan ilmu serta kehebatan dalam pemerintahan.
FUNGSI UTAMA RAJA-RAJA MELAYU MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
2
AGENDA PENGHAPUSAN INSTITUSI RAJA DAN HUBUNGANNYA DENGAN ZIONIS
3
FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYUBURKAN MINAT KE ARAH NEGARA
REPUBLIK DAN MENGHAKIS PERANAN INSTITUSI RAJA
1. KELEMAHAN INSTITUSI RAJA
Wujud kelemahan dalam kalangan segelintir Raja-Raja Melayu dan golongan
istana dalam memberi contoh mithali kepada rakyat segi penghayatan nilai
dan budaya Islam.
Wujud persepsi bahawa Institusi Raja kurang menyerlah segi memainkan
peranan dengan berkesan khususnya berkaitan dengan kepentingan Islam
dan umat Melayu.
Wujud tuntutan agar Raja-Raja Melayu dan golongan istana untuk menekuni
dan menghayati akhlak, perwatakan, sifat-sifat pemimpin dan golongan
istana serta adab-adab dan amalan-amalan yang melayakkan mereka untuk
memimpin dan menaungi rakyat.
Wujud ketidakpuasan hati terhadap kekebalan Raja-Raja Melayu di bawah
imuniti Raja-Raja Melayu di mana melaluinya, mereka terlepas begitu sahaja
tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
4
Wujud usaha yang bertujuan membataskan hak, peranan dan bidang kuasa
Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja kesan daripada pembaharuan
perundangan/pindaan perundangan.
Wujud kelemahan sistem pentadbiran – Institusi Raja dan pemimpin Melayu
tidak memain peranan memajukan rakyat termasuk gagal memberi
penyelesaian secara optimum berkaitan masalah sosioekonomi yang
membelenggu rakyat.
Wujud kegelisahan dan keresahan masyarakat terhadap penguasaan serta
tindakan pihak atau golongan istana yang cuba mempengaruhi dan
menguasai politik.
Wujud kecenderungan dalam kalangan rakyat atau masyarakat untuk
melihat Raja-Raja Melayu dan golongan istana memiliki ketinggian segi daya
pemikiran, keintelektualan, kepemimpinan dan ketetapan pendirian atau
keputusan dalam membela serta mendaulatkan Islam, umat Melayu,
masyarakat dan negara.
Wujud tuntutan daripada rakyat atau masyarakat supaya Raja-Raja Melayu
dan golongan istana memelihara etika dan akhlak yang menepati syari’at
Islam dan nilai-nilai murni budaya Melayu.
Wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat terhadap kemewahan
melampau yang dinikmati dan dipamerkan oleh golongan istana.
Wujud situasi di mana rakyat mula hilang rasa hormat dan menjauhi Institusi
Raja kerana penglibatan golongan istana dalam isu-isu seperti perebutan
takhta, pengumpulan harta, pembaziran, perlanggaran undang-undang,
pengamalan gaya hidup yang kebaratan dan sebagainya.
2. KELEMAHAN UMAT MELAYU
Wujud krisis kerapuhan jati diri dan semangat nasionalisme segi
menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial dalam kalangan
rakyat termasuk umat Melayu.
5
Wujud krisis keyakinan dalam kalangan umat Melayu terhadap Institusi Raja
disebabkan kejahilan mereka mengenai sejarah, peranan dan kepentingan
Institusi Raja khususnya terhadap Islam dan umat Melayu.
Wujud jurang pemikiran dan nilai antara generasi dan perasaan bangga
terhadap identiti sebagai umat Islam/Melayu semakin terhakis.
Wujud kelompangan pengisian dan bimbingan secara konsisten daripada
para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk memberi pandangan, nasihat
mahupun teguran kepada Raja-Raja Melayu dan golongan istana.
Wujud situasi di mana rasa kesegeraan (sense of urgency) dalam kalangan
umat Melayu masih rendah untuk mempertahankan Institusi Raja demi
survival Islam dan umat Melayu antaranya disebabkan terperangkap dalam
zon selesa.
Wujud masalah kelesuan institusi-institusi pemikir Melayu dalam membela
dan mempertahankan Institusi Raja.
Wujud kelompangan segi penyediaan entiti dan platform yang strategik
untuk menggerakkan tokoh-tokoh dan pertubuhan-pertubuhan
Melayu/Islam melakukan hujah balas terhadap sebarang kenyataan,
penulisan atau tindakan yang mengancam Institusi Raja.
Wujud kecenderungan dalam kalangan umat Melayu yang gemar mengikut
arus trend (pemikiran, budaya dan gaya hidup) terutamanya dari Barat.
Wujud kelemahan dalam kalangan segelintir umat Melayu yang mudah
berkompromi dan menerima apa juga bentuk maklumat atau pengaruh
khususnya daripada anasir atau agen pendukung anti Institusi Raja tanpa
menyaringnya terlebih dahulu.
Wujud masalah di mana umat Melayu kurang berkemampuan segi mengesan
“blind spot” di sebalik agenda atau strategi oleh pihak berkepentingan serta
tidak mampu menilai permasalahan secara gambar besar dan impak yang
akan menimpa Islam dan umat Melayu jika Institusi Raja tidak
dipertahankan.
6
3. PERSEPSI MASYARAKAT UMUM
Wujud situasi majoriti rakyat jahil mengenai sejarah dan peranan Institusi
Raja termasuk segi hak, kedudukan dan peranan Yang DiPertuan
Agong/Raja-Raja Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan.
Wujud senario di mana segelintir masyarakat kurang memahami dan
memandang rendah terhadap kepentingan sistem beraja.
Wujud persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa Institusi Raja sudah
tidak relevan kerana mengaitkannya ia adalah satu warisan yang berasaskan
mitos dan lagenda silam yang ditokok tambah.
Wujud kemusykilan dalam kalangan rakyat sejauh mana Institusi Raja
memainkan peranan dan menyumbang secara optimum terhadap
pembangunan sosioekonomi rakyat secara keseluruhannya.
Wujud tanggapan negatif terhadap Institusi Raja khususnya dalam kalangan
kaum bukan Melayu bahawa mereka tidak menerima secara adil dan
saksama segi hak, kepentingan dan kebajikan disebabkan kejahilan mereka
mengenai kontrak sosial yang telah termetri semenjak negara mencapai
kemerdekaan.
Wujud persepsi dan prejudis kaum yang memberi gambaran umat Islam
sebagai golongan yang mundur, konservatif, statik dan tidak maju ke
hadapan.
Wujud kesalahfahaman masyarakat mengenai konsep daulat yang secara
umumnya dikaitkan dengan mitos dan lagenda semata-mata tanpa
memahami bahawa ia adalah lambang pada kuasa dan kewibawaan Raja-Raja
Melayu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah.
Wujud trend di mana semakin ramai dalam kalangan masyarakat yang kian
tidak menghormati lambang atau simbol kedaulatan negara (Institusi Raja,
Jalur Gemilang, Lagu Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan dan sebagainya).
7
4. PERBEZAAN DAN PERTEMBUNGAN ALIRAN PEMIKIRAN
Wujud pertembungan falsafah yang menyebabkan Institusi Raja dipandang
sebagai penghalang khususnya berkaitan dengan:
▪ Kedaulatan Islam vs Ketuanan Rakyat
▪ Negara Islam vs Negara Sekular
▪ Tanah Melayu Islam vs Malaysian Malaysia
Wujud trend pemikiran yang menjurus pada perspektif Barat khususnya
dalam kalangan akademia, profesional dan ahli politik.
Wujud pengaruh yang mendorong pada penularan arus liberalisme dan
kecenderungan masyarakat terhadap fahaman liberalisme, pluralisme,
demokrasi tulen dan kebebasan bersuara.
Wujud inisiatif daripada para pendukung fahaman liberalisme serta sistem
politik republik yang menggerakkan usaha menerapkan unsur-unsur
liberalisme dan gagasan republik dalam kalangan pemikir atau cendekiawan
mahupun pertubuhan Islam.
Wujud individu-individu dan kelompok-kelompok ekstrem yang mentafsir
konsep khilafah Islamiyyah secara sempit sehingga mengganggap sistem Raja
Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini bertentangan dengan syari’at
Islam.
5. PENGARUH SERTA DAKYAH PIHAK BERKEPENTINGAN DAN BERAGENDA
Wujud sentimen kekecewaan dalam kalangan masyarakat terhadap
pertelingkahan dan perbalahan antara pihak istana dengan pentadbiran
negeri/negara.
Wujud trend di mana parti-parti poltik di negara ini mula bersifat cauvinis
serta mengamal dan memainkan sentimen rasis yang boleh
memecahbelahkan masyarakat dan menggugat keyakinan rakyat terhadap
sistem politik sedia ada.
8
Wujud campur tangan pengaruh asing yang menguasai parti pembangkang
dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Wujud agenda dan inisiatif mencipta persepsi negatif terhadap Raja-Raja
Melayu serta golongan istana oleh pendukung-pendukung anti Institusi Raja
bagi mempengaruhi pemikiran rakyat.
Wujud keghairahan dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan yang
mempunyai agenda pembentukan sistem politik republik di negara ini.
Wujud kecenderungan dalam kalangan parti politik yang menjadikan sistem
pemerintahan negara jiran sebagai model untuk mentransformasikan sistem
pentadbiran negara sedia ada kepada sistem republik.
Wujud situasi di mana isu-isu sensasi dan sensitif segera dimanipulasi
mengikut strategi oleh golongan pro-republik atau kelompok anti Institusi
Raja.
Wujud gerakan dan situasi yang memperlihatkan para pendukung sistem
politik republik-liberal semakin berani menyerang secara terbuka terhadap
Institusi Raja serta hak keistimewaan Raja-Raja Melayu dan umat Melayu.
Wujud golongan dalam kalangan segelintir personaliti berpengaruh yang
semakin berani menyanggah Institusi Raja secara lancang, biadap dan terang-
terangan sehingga menjadi ikutan dan budaya.
Wujud pertubuhan NGO-NGO beraliran liberal yang mempunyai agenda dan
strategi untuk meruntuhkan Institusi Raja dan menggantikannya dengan
sistem republik-liberal.
6. PENULARAN NILAI DAN BUDAYA MEROSAKKAN
Wujud pengaruh dan budaya demonstrasi jalanan.
Wujud kepelbagaian bentuk dan unsur penghinaan yang memburuk-
burukkan, mempersenda dan mempersoalkan kewujudan Institusi Raja
dibangkitkan menerusi media sama ada menerusi sama ada dalam bentuk
video, penulisan, karikatur seperti dalam blog, Facebook, Twitter, laman
web, buku dan sebagainya.
9
Wujud sikap kurang proaktif sebaliknya mengamalkan sikap reaktif segi
mengekang dan mengambil tindakan ke atas kenyataan, perbuatan dan
aktiviti yang mencerminkan kebiadapan terhadap Institusi Raja.
Wujud persepsi negatif terhadap Institusi Raja kesan daripada tindak-tanduk
pemimpin yang mempersoalkan peranan Institusi Raja dengan
membangkitkan pelbagai persoalan yang mengelirukan rakyat.
Wujud kecelaruan keyakinan dalam kalangan rakyat kesan daripada kemelut
dan perubahan dalam corak politik negara.
Wujud tokoh-tokoh dan golongan berpengaruh yang mempertikaikan kuasa
dan titah Diraja.
Wujud situasi di mana budaya Barat amat mempengaruhi jiwa, pemikiran
dan gaya hidup masyarakat termasuk umat Islam/Melayu sehingga
menjejaskan jati iman, jati budaya dan jati diri yang menyebabkan mereka
kurang menghargai dan menghormati Institusi Raja yang antara lainnya
berperanan untuk melindungi Islam dan kepentingan umat Melayu.
PENUTUP
Institusi Raja adalah simbol kedaulatan negara dan rakyat Malaysia. Kemerdekaan
negara yang hampir menjangkau enam dekad menunjukkan negara telah mencapai
kemajuan yang membanggakan dan mengorak langkah kecemerlangan dalam
menjamin rakyat hidup dalam suasana aman, makmur, stabil dan harmoni. Pencapaian
negara tersebut turut dicapai atas peranan yang dimainkan Institusi Raja yang wujud
dalam konteks undang-undang dan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh negara
ini selama berdekad-dekad lamanya. Justeru, Institusi Raja wajar dipertahankan kerana
Institusi Raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti sebuah negara
bangsa, satu lambang kedaulatan iaitu payung mahkota negara.
10
TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN INSTITUSI RAJA DEMI MENJAMIN
KEDAULATAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERPELIHARA
11
BEBERAPA PERINGATAN DARIPADA AL-QUR’AN DAN AL-HADIS MENGENAI
AGENDA DAN DAKYAH MUSUH
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan
dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-
henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang
menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan
mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya
telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu)
memahaminya.
(Surah Ali ‘Imraan; 3:118)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan;
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan
sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta
orang-orang yang sabar.
(Surah Al-Anfaal; 8:60)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah
petunjuk yang benar.". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
(Surah Al-Baqarah; 2:120)
12
Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:
Sesiapapun yang melihat sesuatu daripada pemimpinnya yang tidak disukainya,
hendaklah ia bersabar terhadapnya, sebab siapa yang memisahkan diri sejengkal dari
jama’ah lalu dia mati, kecuali dia mati seperti mati jahiliyah.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:
Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan, maka ia akan menemui Allah di hari
kiamat dalam keadaan tidak memiliki hujah, dan barangsiapa mati dalam keadaan tidak
berbai’at, maka ia mati seperti mati jahiliyyah.
(Hadis Riwayat Muslim)