progr am susu sihat-2

3
2.0 PROGRAM SUSU SEKOLAH 2.1 PENDAHULUAN Program Susu Sekolah (PSS) merupakan program yang dijalankan selaras dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan pemakanan bagi memastikan kanak-kanak sihat dari segi fizikal ,mentel dan kesihatan umum bertambah baik.Program susu sekolah ini juga merupakan satu program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia. 2.3 MATLAMAT PROGRAM Matlamat program minum susu sihat adalah bertujuan mengekalkan tahap kesihatan murid dan seterusnya memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya mengambil keperluan susu untuk tumbesaran di peringkat kanak-kanak OBJEKTIF PROGRAM Program ini adalah bertujuan untuk ; a) Memastikan murid-murid dapat menerima nutrisi yang secukupnya pada peringkat awal kanak-kanak. b) Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang cergas semasa berada di sekolah. c) Membantu pertumbuhan dan tumbesaran murid sekolah agar dapat mencapai tahap tumbesaran yang optimum. d) Memberi peluang kepada murid-murid yang tidak mampu untuk membeli susu kotak di kedai merasai nikmat minum susu. e) Memberi pendedahan kepada murid berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan. 2.5 PELAKSANAAN,TINDAKAN YANG DIJALANKAN Tarikh : 25 September 2014 Hari : Khamis Masa : 10.30 pagi :

Upload: wanrosini-wanabdullah

Post on 20-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Progr Am Susu Sihat-2

2.0  PROGRAM SUSU SEKOLAH

2.1 PENDAHULUAN

Program Susu Sekolah (PSS) merupakan program yang dijalankan selaras dengan Rancangan

Makanan Tambahan (RMT).Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan

pemakanan  bagi memastikan  kanak-kanak sihat dari segi fizikal ,mentel dan kesihatan umum

bertambah baik.Program susu sekolah ini juga merupakan satu program yang dianjurkan bersama

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama syarikat pengeluar susu selaras dengan

konsep Pensyarikatan Malaysia.Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid

sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran

Malaysia.

 

2.3   MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program minum susu sihat adalah bertujuan  mengekalkan tahap kesihatan murid dan

seterusnya memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya mengambil keperluan susu

untuk tumbesaran di peringkat kanak-kanak

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini adalah bertujuan untuk ;

a)      Memastikan murid-murid dapat menerima nutrisi yang secukupnya pada peringkat awal kanak-

kanak.

b)      Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang cergas semasa berada di sekolah.

c)      Membantu pertumbuhan dan tumbesaran murid sekolah agar dapat mencapai tahap tumbesaran

yang optimum.

d)     Memberi peluang kepada murid-murid yang tidak mampu untuk membeli susu kotak di kedai

merasai nikmat minum susu.

e)      Memberi pendedahan kepada murid berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan tubuh

badan.

2.5       PELAKSANAAN,TINDAKAN YANG DIJALANKAN            Tarikh              : 25 September 2014

Hari                 : KhamisMasa                : 10.30 pagi         : Program minum susu sihat  ini adalah merupakan program tahunan di mana semua murid

diberi minum susu oleh pihak sekolah. Pemberian susu ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap murid mendapat nutrisi yang mencukupi bagi melahirkan murid-murid yang cergas dan cerdas dari aspek jasmani dan emosi. Pengambilan susu yang kaya dengan nutrisi kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan tumbesaran tulang. Dengan itu, ia akan dapat meningkatkan

Page 2: Progr Am Susu Sihat-2

saiz tinggi badan murid untuk mencapai tahap ketinggian yang optimum sebagai orang asia. Ini dapat mengelakkan murid mengalami masalah pertumbuhan tinggi mereka.

Seperti yang diketahui, saiz tubuh badan adalah sangat penting bagi membolehkan setiap murid menjadi aktif dalam sesuatu bidang sukan. Ini kerana, untuk menjadi atlet yang mampu pergi lebih jauh dalam bidang sukan memerlukan saiz fizikal seorang atlet iaitu tinggi dan berotot. Untuk mencapai matlamat tersebut, program susu ini dapat membantu murid untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Disamping itu, program susu ini dapat memberi murid kecergasan tubuh badan untuk mengikuti kelas dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Apabila murid menjadi cergas dan cerdas, ia dapat membantu murid dengan memudahkan lagi murid untuk faham dan melakukan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.

Justeru itu, program susu sekolah sangatlah dititik beratkan oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia agar terus dilaksanakan di setiap sekolah di Malaysia. Hal ini disokong dengan penganjuran program minum susu sedunia di mana program ini dijalankan secara besar-besaran di setiap sekolah rendah di seluruh Malaysia. Program ini juga dijalankan secara serentak bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Melalui program minum susu ini, beberapa aktiviti yang berkaitan juga boleh diterapkan secara tidak langsung bagi memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah.

Program ini dijalankan selepas waktu rehat iaitu dalam lingkungan masa pukul 10.30 pagi. Program dimulakan dengan mengumpul semua murid daripada tahun 1 hingga tahun 6 di kantin sekolah. Setelah semua murid berkumpul di kantin, guru bertugas telah memberi sedikit taklimat berkenaan program yang dijalankan. Antara perkara yang diterangkan semasa memberi taklimat ialah menerangkan berkenaan program yang dijalankan dan seterusnya memberikan panduan kepada murid mengenai cara untuk menikmati susu tersebut. Panduan ini adalah bertujuan untuk memastikan murid mendapat susu yang selamat untuk di minum dan seterusnya dapat mengelakkan daripada mengalami keracunan makanan.

Selesai memberi taklimat kepada murid, guru yang bertugas dengan bantuan daripada beberapa guru lain dan juga pengawas sekolah mengagihkan susu kotak kepada setiap murid sekolah. Kemudian setelah murid mendapat susu yang diagihkan, guru yang bertugas menunjukkan langkah-langkah untuk menikmati susu sekolah tersebut. Murid-murid mengikuti langkah yang diberikan dan seterusnya menikmati susu kotak yang diberikan. Selepas selesai menikmati susu kotak yang diberikan, guru yang bertugas menyuruh murid membuang kotak kosong ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Secara tidak langsung murid dapat disemai dengan tingkah laku yang baik.

Selesai semua murid menikmati susu yang diberikan, guru yang bertugas mengarahkan semua murid untuk bergerak masuk ke kelas masing-masing dengan iringan daripada pengawas sekolah. Alhamdulillah, program minum susu yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan jayanya.

Akhir sekali, adalah diharapkan semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan yang lebih baik agar murid-murid mendapat maklumat mengenai

Page 3: Progr Am Susu Sihat-2

program susu sekolah ini dengan lebih tepat dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka.