profesional keguruan

8
PROFESIONALISME KEGURUAN Di bawah konteks profesionalisme keguruan, seorang guru harus menguasai kemahiran-kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Belajar secara formal bermula di sekolah iaitu mempelajari kemahiran mendengar, membaca, menulis dan mengira (3M). Kita juga belajar kemahiran sosial seperti bekerjasama,berkomunikasi, berinteraksi dengan orang lain dan orang dewasa yang lain. Proses ini berterusan, mulai dari masa kita lahir sehinggalah kita sampai tua. Manusia menggunakan organ deria mereka untuk memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai.Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Kemahiran belajar melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa MASRIANI/KPLI_MT_09 1

Upload: maizira

Post on 12-Jun-2015

5.283 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROFESIONAL KEGURUAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Di bawah konteks profesionalisme keguruan, seorang guru harus menguasai

kemahiran-kemahiran belajar, berfikir, merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai,

berkomunikasi, mengurus, termasuk kemahiran mengurus teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT).

Belajar secara formal bermula di sekolah iaitu mempelajari kemahiran

mendengar, membaca, menulis dan mengira (3M). Kita juga belajar kemahiran

sosial seperti bekerjasama,berkomunikasi, berinteraksi dengan orang lain dan

orang dewasa yang lain. Proses ini berterusan, mulai dari masa kita lahir

sehinggalah kita sampai tua. Manusia menggunakan organ deria mereka untuk

memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan. Proses pembelajaran akan

diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai.Proses pembelajaran ini akan

berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Kemahiran belajar melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk

memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Guru harus

menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi

yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi

dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru hari

ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu

pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa

Proses pemikiran melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-

perkara yang tersembunyi, membuatkan kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau

kemahiran baru. Pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat,

konsep atau idea yang berkaitan.

Tedapat 3 peringkat pemikiran iaitu Pemikiran kreatif, Pemikiran abstrak dan

Pemikiran konkrit . Huraian konsep pemikiran diatas, kita boleh rumuskan kemahiran

berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Pada masa

kini, peranannya telah ditukar menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi

rangsangan dalam bilik darjah. Masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

MASRIANI/KPLI_MT_09 1

Page 2: PROFESIONAL KEGURUAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Untuk meningkatkan kemahiran berfikir, teknik menyoal harus sering digunakan

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru digalakkan pula menggunakan

soalan bercapah untuk membimbing pelajar berfikir secara analitik, kritik dan rasional

Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran

dan pembelajaran.Kejayaan setiap aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih isi

pengajaran, memilih strategik dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran

pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih dan menyediakan

bahan-bahan pelajaran serta menyediakan dan menguruskan kemudahan-kemudahan

untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada saranan pelajaran,

pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Pemilihan strategi dan kaedah

mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Aktiviti merancang

pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran

untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya.

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran

ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti

aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan

tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan

cara yang berkesan, iaitu menggunakan pendekatan , strategi, kaedah dan teknik

mengajar berlandaskan teori pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Antara ciri-ciri kemahiran mengajar ialah pengajaran secara ansur-maju ,di

dalam peringkat permulaan guru berjaya memotivasikan murid-murid, aktiviti

pengajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, isi pelajaran disampaikan langkah

demi langkah, suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakan. Seterusnya,

murid-murid diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka, murid dapat

mendisiplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan dan strategi dan kaedah

mengajar yang digunakan adalah sesuai. Akhir sekali, aktivit peneguhan dalam

peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan murid-murid

kepada mereka.

MASRIANI/KPLI_MT_09 2

Page 3: PROFESIONAL KEGURUAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Sebagai pemudahcara, tugas utama seorang guru ialah melicinkan segala

proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi Kemahiran Pemudahcara

terbahagi kepada dua iaitu Berpusatkan Murid dan Berpusatkan Bahan Pelajaran.

Dalam strategi berpusatkan murid, guru membimbing pelajar menjalankan aktiviti

pembelajaran.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua

hala. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guru mementingkan

pengelolaan kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberi

perhatian, Seterusnya, strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran, bahan pelajaran

memainkan peranan yang penting. Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara

guru dengan bahan pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran

menggunakan bahan pelajaran. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif,

jasmani dan rohani.

Kemahiran menilai merupakan kemahiran yang amat penting bagi seorang guru.

Takrif Penilaian ialah proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat

yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Proses ini

meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti p&p, untuk

membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Antara ciri-ciri Kemahiran Menilai ialah aktiviti soal-jawab sering digunakan untuk

membuat penilaian, menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid membetulkan

kesalahan yang berlaku dengan serta merta dan hasil penilaian dapat membantu guru

mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajaran guru.

Tujuan komunikasi ialah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat

atau maklumat kepada pendengar. Guru dikehendaki menguasai kemahiran

berkomunikasi lisan dan bukan lisan untuk menjalankan P&P dan menyampaikan

maklumat atau ilmu dengan berkesan . Kemahiran berkomunikasi yang berkesan

membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran dengan tepat dan berkesan dan murid-

murid tidak akan keliru atau salah faham apa yang disampaikan oleh guru.

MASRIANI/KPLI_MT_09 3

Page 4: PROFESIONAL KEGURUAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Ciri-ciri Kemahiran Berkomunikasi yang berkesan ialah bertutur dengan

penggunaan kepelbagaian nada, suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul,

perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif dan

bebas daripada disisip dengan bukan perkataan seperti ”umm”, ”ahh”, ”er” dan ”ok”, dan

menulis dengan penggunaan saiz tulisan yang mudah dibaca, perkataan yang tepat

dan mudah difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang teratur serta jarak di

antara barisan ayat yang berpatutan.

Kemahiran mengurus merupakan aspek kemahiran yang sangat bagi seorang

guru. Tujuan kemahiran ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran,

keberkesanan bergantung kepada kemahiran mengajar, aktiviti pengajaran untuk

meransang murid belajar dan Objektif-bawa hasil pembelajaran dengan bentuk

perubahan tingkah laku.

Guru sebagai pengurus bertanggungjawab untuk mengurus rutin bilik darjah,

mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas

seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun mena-kerusi, mengurus murid-murid

supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah

supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus

bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan

mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Kemahiran mengurus teknologi maklumat dan komunikasi terbahagi kepada 4

iaitu Komputer membantu pendidikan ( computer aided education CAE ), Komputer

membantu pengajaran ( computer assisted instruction, CAI ),Komputer mengurus

pengajaran ( computer manage instruction, CMI ) dan Komputer membantu pengujian

( computer assisted testing, CAT ).

Komputer digunakan untuk mengumpul data, membuat analisis daripada

keputusan peperiksaan kebangsaan. Digunakan dalam pelbagai bidang pengurusan

dan pentadbiran pendidikan, baik di peringkat sekolah dan negeri, mahupun di

peringkat kebangsaan.

MASRIANI/KPLI_MT_09 4

Page 5: PROFESIONAL KEGURUAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Peningkatan taraf profesionalisme bermaksud menaikkan atau meningkatkan

martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Martabat yang tinggi akan

menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi, mempunyai nilai dan berkualiti tinggi.

Perlu diingat, sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan,

diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. Kesediaan tersebut adalah dari

segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru, mematuhi tatasusila dan sedia

menerima segala perubahan. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada

pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya

dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan.

Langkah yang boleh guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap

profesionalisme perguruan ialah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme

Keguruan. Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan

membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi

memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan

profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah

juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman.

Seterunya guru boleh membuat penyelidikan dan penulisan. Penyelidikan dan

penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan

atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru.

Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah,

penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti

berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan

lembaran kerja sebagai penilaian.

Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing.

Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya

mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang

baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik

akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih

berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.

MASRIANI/KPLI_MT_09 5

Page 6: PROFESIONAL KEGURUAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

Guru yang berketrampilan haruslah peka terhadap perkembangan pendidikan

dan teknologi terkini. Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu

pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini.

Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa

mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang

perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.

Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih

dinamik. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat

kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar

terhadap seseorang guru.

MASRIANI/KPLI_MT_09 6