tokoh ahli perniagaan (tan sri azman hashim)

10
TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA 1

Upload: nadiah980418

Post on 16-Aug-2015

88 views

Category:

Business


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

1

TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

Page 2: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

2

TAN SRI AZMAN HASHIMUSAHAWAN PERBANKAN ELEKTRONIK

( AMBANK )

Page 3: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

3

LATAR BELAKANG TAN SRI AZMAN HASHIM

• Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kamoung Baru, Kuala Lumpur.

• Beliau adalah anak kepada seorang guru.

• Beliau adalah akauntan berkanun yang terlatih.

• Beliiau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messers. OL Haines & Co.

Australia.

Page 4: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

4

KERJAYA BELIAU DALAM BIDANG PERBANKAN

Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya.

Page 5: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

5

KEPENTINGAN BELIAU DALAM SYARIKAT LAIN

Selain memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab - Malaysian

Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB),

Arab - Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development

Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30%

kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

Page 6: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

6

KEJAYAAN BELIAU

Banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri

Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya

mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya

menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan

MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab -

Malaysian Finance Berhad.

Page 7: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

7

PENGIKTIRAFAN YANG DIPEROLEHI BELIAU

Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Antaranya adalah

Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi

Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik

Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional dan banyak

lagi.

Page 8: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

8

ANUGERAH YANG DIPEROLEHI BELIAU

Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah

Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan

Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh

Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus

Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.

Page 9: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

9

SUMBANGAN BELIAU

Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam

menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting

dalam proses pembangunan negara.

Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga

dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan

metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor.

Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang

menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses

melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan

petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang

kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.

Page 10: Tokoh ahli perniagaan (Tan Sri Azman Hashim)

10

GAMBAR